Anda di halaman 1dari 7

Kemuncak Pengenalan Kecemerlangan dalam sesuatu sukan atau permainan hanya akan tercapai melalui latihan fizikal yang

sistematik, terancang dan dilaksanakan mengikut fasa-fasa latihan serta disiplin yang tinggi.

Kemuncak ( Peaking ) Satu proses persediaan akhir terhadap sesuatu pertandingan atau siri-siri pertandingan. Atlit telah bersedia dari aspek fizikal , psikologikal, teknikal dan taktikal. Kemajuan mencapai kemuncak terbahagi kepada tiga bahagian. a. Darjah latihan Melakukan latihan dengan berasas atau sistematik. Hasil latihan yang sistematik dan terancang , kapasiti kerja , ketepatan latihan dan taktikal memberi gambaran pencapaian tinggi dalam pelbagai aspek ujian keatasnya. Semakin tinggi darjah latihan, semakin tinggi kecekapan dan keberkesanan atlit. Darjah latihan terbahagi dua bentuk iaitu bentuk am - mempunyai adaptasi yang tinggi dan signifikan kepada pelbagai bentuk latihan. Bentuk khusus - atlit telah mencapai dan mampu adaptasi kepada latihan spesifik yang diperlukan dalam sukan tersebut.

22

b.

Keadaan atlit. Atlit yang baik mamapu mempamerkan prestasi maksimun begitu juga

sebaliknya. Keadaaan atlit menjadi asas kepada arah pencapaian kemuncak bagi atlit tersebut. c. Kemuncak Penampilan terbaik atlit pada tahun tersebut atau fasa pertandingan itu Fisiologi individu dan kapasiti adaptasi anatomikal adalah pada tahap maksimum dan koordinasi neuro-maskular adalah sempurna. Tubuh badan atlit mencapai tahap fungsi bersama ( functional synergism ).Ciri-ciri biologikal terhadap kemuncak berbeza mengikut jenis sukan.

Jenis Sukan Anaerobik

Ciri-ciri Kapasiti melibatkan keupayaan atlit dalam tempoh singkat dengan pemulihan yang cepat. kapasiti kerja yang tinggi dengan berdasarkan keberkesanan fisiologikal yang tinggi

Contoh lari pecut lari berpagar

Aerobik

marathon LSD

Kombinasi aerobik dan anaerobik

Kapasitio dalam menangani pergerkan berulang yang beritensiti tinggi dengan berdasarkan kepada keberkesanan fisiologikal yang tinggi

Renang Lumba basikal

Gambarajah (1) menunjukkan jenis sukan dan ciri penggunaan kapasiti kerja.

23

Ciri ciri psikologikal bagi atlit mencapai kemuncak prestasi terbahagi kepada dua aspek iaitu , aspek objektif : kapasiti sistem saraf yang dapat mengadaptasi secara cepat dan berkesan terhadap stress dan permintaan pertandingan. Aspek subjektif : keyakinan diri atlit terhadap motivasi dan persepsi motor serta biologikal synergism

Faktor yang memudahkan pencapaian kemuncak Potensi kerja yang tinggi dan kadar pemulihan yang cepat. Dua unsur penting bagi atlit mencapai latihan yang bertahap tinggi. Kadar pemulihan yang cepat melambangkan atlit itu mempunyai adaptasi secara khusus terhadap stimuli dalam latihan dan pertandingan. Kurang upaya coping dengan isipadu latihan tinggi menjadikan prestasi seseorang atlit itu menurun. b Koordinasi neuro muskular yang hampir sempurna . Kapasiti lakuan kemahiran dan aplikasi taktikal atlit secara sempurna tanpa kesalahan yang boleh mengganggu prestasi . Kelemahan teknikal dan taktikal menjadikan atlit tersebut tidak dapat melakukan secara betul dan autonomic (autonomous). Over compensation. Kesan kerja dan regenarasi pada individu yang berfungsi sebagai asas biologikal bagi mengatasi arousal fizikal dan psikoilogikal untuk pertandingan pada tahun tersebut. Tidak tambah beban, fasa unloading yang betul dan tepat dapat memudahkan atlit mencapai kemuncak. Jurulatih

mesti memanipulasi konsep latihan dari aspek isipadu dan itensiti kerja. Tiga kitaran awal menunjukkan beban masih bertambah secara progresif dan berhatihati

24

Dua kitaran terakhir menunjukkan bahawa jurulatih harus mengaplikasikan prinsip tidak tambah beban pada program latihan. Pemulihan, pemulihan dan regenarasi tubuh badan yang sesuai dan diikuti latihan dan pertandingan adalah penting untuk mencapai kemuncak. Teknik pemulihan yang tidak konsisten akan mengakibatkan atlit mudah

mengalami keletihan, kelesuan pada fizikal dan neuro psikologikal dan prestasi akan menurun. Motivasi, arousal dan reaksi psikologikal, tiga unsur yang penting Motivasi yang tinggi atlit menjadi lebih yakin dan psikologikal akan stabil serta tahap arousal yang rendah membolehkan atlit bertenang menghadapi tekanan. Kapasiti Kerja Sel Saraf. Prestasi dan keupayaan atlit meningkatadalah disebabkan oleh impuls saraf atau sistem saraf pusat (CNS) berada dalam keadaan yang terbaik. Apabila desakan latihan mencapai tahap kemampuan sel saraf yang terhad, ia akan beraktivasi dengan keadaan yang kurang memuaskan , dan ini menjadikan sel saraf menjadi semakin lesu. Keaktifan sel saraf berubah dalam lingkungan tempoh pertandingan ia akan meningkat pada hari sebelum pertandingan, mencapai kemuncak pada hari pertandingan dan merosot setelah hari pertandingan. Kemuncak mempunyai dua kemungkinan, kemuncak awal dan sebab-sebabnya, jurulatih atau atlit mengurangkan beban kerja terlalu awal. Terlalu banyak pertandingan sebelum menghadapi pertandingan utama. Tiada kekurangan dari segi isipadu latihan ketika beban latihan meningkat. Latihan suaian fizikal terlalu lama dengan beban yang tinggi. Persediaan atlit terlalu awal tanpa perancangan yang rasional. Kemuncak lewat dan sebab-

25

sebabnya, kurang teliti dalam perancangan. Tanda tanda kesan latihan yang baik, atlit mendapat momentum yang dihajati. Yakin dan berkebolehan melakukan latihan. Seronok dan bersedia untuk bertanding, peningkatan dalam prestasi lakuannya, keyakinan diri yang positif dan sentiasa riang dan sihat. Kesan latihan yang kurang memuaskan berlaku apabila atlit sentiasa mengalami kecederaan, atlit murung, panas baran dan sentiasa tension. Sukar tidur dan merasa dirinya bertambah berat badan, deman , selesema dan sakit perut, rasa sengal-sengal pada otot dan kelesuan badan.

Jadual pertandingan Faktor penting untuk periodisasi dalam mencapai kemuncak. Pemilihan corak latihan yang baik dan perancangan yang bernas perlu. Bilangan kemuncak, semua pembolehubah yang mendorong atau menghalang kepada pencapaian kemuncak tidak tetap. Kemuncak mudah dicapai dalam tiga pertandingan yang utama. Kaedah untuk identifikasi kemuncak prestasi atlit, identifikasi kemuncak atlit adalah sukar dan kontrovarsi terutamanya kreteria bagi menentukan prestasi atlit Matveer et. Al (1974) Dibuat berdasarkan prestasi individu tahun lalu sebagai parameter

atau mata rujukan (100%), zon satu deviasi kurang 2%, zon dua deviasi kurang 2- 3.5 %, zon tiga deviasi kurang 3.5 5 %, zon empat deviasi lebih 5%. Mengadakan beberapa ujian yang sesuai untuk mengenalpasti tahap latihan seseorang atlit Ghibu (1978) contoh ujian air kencing, biokimia , tonometer, ujian cekak tangan dinamometer, ujian elektrokardiografi, ujian kuasa

26

aerobik dan anaerobik. Data yang dikumpul dibanding dengan kriteria yang telah ditentukan, data subjektif : kesediaan dan kepekaan atlit, bersikap optimistic, berselera, tidur yang cukup, kerelaan dan komitmen yang tinggi dalam latihan dan pertandingan. Jurulatih positif dan mempunyai form yang baik. Jurulatih memberi perhatian aspek psikologi atlitnya.

Tempoh masa mengekalkan kemuncak atlit Tempoh masa kemuncak atlit berbeza mengikut insdividu. Semakin lama dan solid fasa persediaan atlit, semakin tinggi kemungkinan kearah kemuncak yang baik dan tinggi. Bergantung kepada jumlah pertandingan yang dilalui oleh atlit. Faktor-faktor bertentangan yang mungkin mempengaruhi kemuncak. ,organisasi pertandingan, keadaan pertandingan normal / standard, keadaan lancar dan cuaca baik, suhu persekitaran dan altitud, perubahan undian disaat akhir , kepengadilan yang berat sebelah, penonton yang tidak terkawal. Faktor berkaitan keadaan atlit itu sendiri, sikap dan gaya hidup, bertentangan dengan taraf moral atlit- negatif, ketidakpuasan hati dengan jurulatih , keluarga, rakan sebaya, dan sekolah- sikap negatif ketika berlatih atau semasa pertandingan. Faktor berkaitan latihan dan jurulatih. Program latihan yang tidak sistematik. Terlalu banyak pertandingan ( banyak tekanan). Pengetahuan jurulatih , sikap dan tingkahlakunya, kebolehan atau ketidakupayaan untuk mengawal emosi.

27

Bibliografi :

28