Anda di halaman 1dari 49

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Hidupan Harian

20

TOPIK 5


APLIKASI HUKUM-HUKUM NEWTON DALAM KEHIDUPAN
HARIAN


Sinopsis

Daya merupakan sesuatu yang kerap digunakan dalam kehidupan anda seharian. Daya-
daya boleh diklasifikasi kepada daya sentuhan dan daya yang bertindak dari jarak jauh
tanpa sentuhan. Daya memainkan peranan yang utama dalam perkembangan manusia
sejak purba kala dan alhi sains yang terkenal sekali, Isaac Newton telah membentukkan
tiga Hukum tentang daya. Dalam topik ini, anda akan didedahkan kepada Hukum-hukum
gerakan Newton dan aplikasinya untuk membantu anda memahami banyak peritiwa
melibatkan penggunaan daya dalam kehidupan seharian.

Hasil Pembelajaran

1. Menakrifkan daya serta membeza antara daya sentuhan dan daya tanpa sentuhan
2. Menerang makna Hukum gerakan Newton yang pertama.
3. Mengenali keistimewaan Hukum gerakan Newton yang kedua
4. Menyelesaikan masalah dengan kegunaan Hukum gerakan Newton yang kedua


Gambaran Keseluruhan




Isi Kandungan

5.1 Jenis Daya

Daya boleh diklasifikasikan kepada 2 jenis iaitu daya bersentuhan dan daya bertindak
secara jauh.
Daya bersentuhan bertindak dalam situasi dimana satu sentuhan berlaku antara objek
dengan daya itu seperti daya geseran yang bertindak apabila dua permukaan
bersentuhan.
Daya secara jauh bertindak tanpa sentuhan antara daya dengan objek berkenaan
seperti daya magnet dan graviti.



5.2 Hukum-hukum Gerakan Newton

APLIKASI
HUKUM-HUKUM
NEWTON
Jenis Daya
Hukum-hukum
Newton
Aplikasi Hukum-
hukum Newton
SCE3105 Fizik Dalam Konteks Hidupan Harian
21
Hukum gerakan Newton pertama

Suatu objek yang berada dalam keadaan pegun atau bergerak dengan laju seragam
akan terus kekal dalam keadaan yang sama sekiranya daya paduan bertindak pada
objek itu adalah sifar. Hukum ini juga dikenali sebagai Hukum inersia.

Inersia adalah kecenderungan suatu objek untuk menentang sebarang perubahan
dalam keadaannya.


Hukum gerakan Newton kedua

Hukum gerakan Newton kedua menyatakan bahawa kadar perubahan momentum
adalah berkadar terus dengan daya paduan yang bertindak ke atas objek itu. Perubahan
momentum adalah dalam arah yang sama dengan arah tindakan daya paduan itu.

Persamaan yang dihasilkan dari hukum gerakan Newton kedua adalah

Daya paduan (F) = Jisim x Pecutan (m x a)

Hukum gerakan Newton ketiga

Hukum ini menyatakan bahawa untuk setiap daya tindakan terdapat satu daya
tindakbalas yang bermagnitud sama tetapi bertindak pada arah yang bertentangan.


5.3 Aplikasi Hukum-hukum Newton

- Berat suatu objek adalah bergantung kepada pecutan graviti pada lokasi
berkenaan serta jisim benda, maka jisim kekal sama di mana juga tetapi
berat boleh berubah-ubah bergantung kepada pecutan graviti.(Hukum
Newton Kedua)
- Daya geseran bertindak antara dua permukaan yang bersentuhan dan ia
adalah berkadar langsung dengan daya yang merapatkan dua permukaan
bersama(daya normal).



Fikir
Layari laman web berikut yang menunjukkan satu animasi
berkaitan dengan berat ketara seorang menaiki lif
http://glencoe.com/sec/science/physics/ppp_09/animation/Chapter%
204/Apparent%20Weight.swf
Cuba kaji dengan teliti tayangan berkenaan dan buat nota untuk
mengaitkan Hukum Gerakan Newton dengan konsep berat ketara..



Rujukan:
SCE3105 Fizik Dalam Konteks Hidupan Harian
22

Zitzewitz,P.W.(2002) Physics: Principles and Problems. Ohio: Glencoe/McGraw-Hill.
(Chapter 6 Forces)

http://glencoe.com/sec/science/physics/ppp_09/animation/Chapter%204/Apparent%20W
eight.swf (Konsep berat ketara concept of apparent weight)

http://www.physicsclassroom.com/Class/newtlaws/index.cfm
(Hukum-hukum Gerakan Newton nota dan tutorial)


TOPIK 6


Kerja Dan Mesin Ringkas


Sinopsis

Topik ini bertumpu kepada kerja dan mesin ringkas di mana anda akan didedahkan
kepada contoh-contoh kerja, pengiraan kerja, contoh-contoh mesin ringkas dan mesin
majmuk serta pengiraan faedah mekanikal dan kecekapan setiap mesin ringkas. Selain
itu anda akan didedahkan kepada aplikasi mesin dalam kehidupan seharian serta mesin
manusia berjalan.


Hasil Pembelajaran

1. Mendefinisi kerja dan mesin ringkas.
2. Memberi contoh-contoh mesin ringkas dan mesin majmuk.
3. Menerangkan faedah mekanikal dan kecekapan mesin.
4. Membandingkan antara mesin ringkas dan mesin majmuk dan juga
antara faedah mekanikal dan kecekapan.
5. Membina mesin ringkas dan mesin majmuk dan mencadangkan
bagaimana untuk menambahbaik faedah mekanikal dan kecekapannya.
6. Menerangkan mesin manusia berjalan.

Gambaran Keseluruhan



Rajah 6.1 Gambaran Keseluruhan Isi Kandungan
Isi Kandungan
Kerja dan Mesin

Kerja
Mesin ringkas
dan mesin
majmuk
Faedah
mekanikal dan
kecekapan
Mesin manusia
berjalan
SCE3105 Fizik Dalam Konteks Hidupan Harian
23

6.1 Kerja

Kerja didefinisikan sebagai daya yang bertindak ke atas objek untuk mengakibatkan
sesaran. Kerja yang dilakukan ke atas objek oleh satu daya tetap adalah hasil
komponen daya yang selari dengan arah sesaran objek, darab dengan magnitud
sesaran. Kerja dan tenaga diukur dalam unit yang sama, Joule (J).

Kerja yang dilakukan (Joule, J) = Daya (Newton, N) x Sesaran (meter, m)

W = F.s cos


Contoh-contoh kerja

Seekor kuda menarik beban melalui padang.
Seorang pelajar mengangkat buku buku ke atas bahunya.
Seorang ahli sukan melontar lontar peluru.



Kerja berhubung dengan jarak daya yang mengerakkan objek dan bukan masa yang
diambil untuk mengerakkan objek.
Sudut yang diukur didefinisikan sebagai sudut antara daya dan sesaran.

Senario A

Satu daya bertindak ke arah kanan ke atas objek yang tersesar ke kanan. Vektor daya
dan vektor sesaran adalah pada arah yang sama. Maka, sudut antara F dan d adalah 0
darjah.

Senario B

Satu daya bertindak arah kiri ke atas objek yang tersesar ke kanan. Vektor daya dan
vektor sesaran adalah dalam arah bertentangan. Jadi sudut antara F dan d adalah 180
darjah.
darjah
SCE3105 Fizik Dalam Konteks Hidupan Harian
24


Senario C

Satu daya bertindak ke atas ke atas objek yang tersesar ke kanan. Vektor daya dan
vektor sesaran adalah pada sudut 90 darjah.


Contoh soalan

Seorang pelayar menarik sebuah bot sepanjang dok menggunakan tali pada sudut 60
0

dengan ufuk. Berapakah kerja yang dilakukan oleh pelayar itu jika dia mengenakan daya
255N ke atas tali dan menarik tali sepanjang 30.0 m?

6.2 Mesin ringkas dan mesin majmuk

Mesin ringkas ialah alat yang membantu kita melakukan kerja. Ia membantu kita dengan
mengubah jumlah daya ke atas objek dan mengubah arah daya.


Jenis-jenis mesin ringkas

A. Tuas dibuat daripada papan atau bar yang diletakkan di atas fulkrum. Digunakan
untuk mengangkat berat.

Contoh tuas:
Jongkang jongkit, pengumpil, kayu besbol, pencakar tanah.

Ada tiga jenis tuas iaitu tuas kelas pertama, tuas kelas kedua dan tuas kelas ketiga



darjah
darjah
Daya usaha

Beban
Daya usaha
Daya usaha
Beban
Beban
SCE3105 Fizik Dalam Konteks Hidupan Harian
25


B. Satah condong merupakan permukaan sendeng untuk memudahkan kerja.
Contoh: Cerun dan tangga

C. Baji adalah dua satah condong digunakan untuk mengangkat dan memisahkan
objek.
Contoh: Pisau, baji pintu dan kapak.

D. Skru ialah satah condong disekeliling paku atau shaf untuk memegang bahan-
bahan bersama-sama atau menebuk lubang.
Contoh: Gerudi kecil dan skru

E. Roda dan gandar merupakan roda yang berputar yang membantu mengerakkan
barang dengan mudah dan cepat.
Contoh: Roda stering, tombol pintu dan pemutar skru.

F. Takal ialah roda yang mempunyai alur(groove) dihujungnya untuk memegang tali
dan kabel.
Contoh: Tiang bendera, penyidai baju, pancing ikan dan kren.

Takal bekerja dengan dua cara iaitu dengan mengubah arah daya atau mengubah
jumlah daya. Takal ada dua jenis iaitu takal tetap dan takal bergerak. Sistem takal
terdiri daripada kombinasi takal-takal tetap dan bergerak. Faedah mekanikal takal
sama dengan bilangan tali sokongan (supporting ropes).

Mesin majmuk merupakan gabungan beberapa jenis mesin ringkas. Contohnya, basikal
dan kereta.

6.3 Faedah mekanikal (MA) dan kecekapan

Mesin ringkas unggul tidak mempunyai kehilangan disebabkan geseran atau
kekenyalan. Jadi kecekapannya adalah 100%. Jika wujud geseran atau kekenyalan di
dalam sistem, kecekapan akan jadi lebih rendah. Kerja

input akan jadi lebih besar
daripada kerja output.

Ada dua jenis faedah mekanikal iaitu Faedah Mekanikal Unggul (Ideal Mechanical
Advantage) dan Faedah Mekanikal Sebenar (Actual Mechanical Advantage)

Faedah Mekanik Unggul (Ideal Mechanical Advantage - IMA)

Dalam Fizik, faedah mekanikal unggul adalah untuk mesin unggul. IMA mesin boleh
dicari dengan formula berikut:-
IMA = d
e
d
r
dimana
Kelas pertama Kelas kedua Kelas ketiga
SCE3105 Fizik Dalam Konteks Hidupan Harian
26
d
e
sama dengan jarak usaha (effort distance) and d
r
sama dengan
jarak rintangan (resistance distance).

Faedah Mekanikal Sebenar (Actual Mechanical Advantage - AMA)

Dalam fizik, faedah mekanikal sebenar adalah untuk mesin sebenar. AMA untuk mesin
boleh dicari dengan menggunakan formula berikut:
AMA* = F
R
F
e
dimana
- F
R
sama dengan daya rintangan (resistance force) and F
e
sama dengan
daya usaha (effort force) sebenar.

* AMA boleh juga ditulis sebagai MA

Faedah mekanikal adalah faktor dimana mesin menggandakan daya yang dikenakan. Ia
boleh dikira untuk mesin-mesin ringkas menggunakan formula berikut:

MA = (jarak dimana daya dikenakan) (jarak dimana beban digerakkan)
MA = de / dr

Atau, KERJA
in
= KERJA
out


Faedah mekanikal (MA) =

di mana F
e
=daya usaha
F
r
=daya rintangan

Kebanyakan mesin mempunyai MA >1
(bermakna mesin meningkatkan daya yang dikenakan)

Mesin unggul (IMA Ideal Mechanical Advantage)
kerja output = kerja input
W
o
= W
i


F
r
d
r
= F
e
d
e

Untuk mesin unggul,

IMA =



Mesin sebenar (real)
Kecekapan mesin =


=



=


e
r
F
F
r
e
e
r
d
d
F
F
=
i
o
W
W
% 100
r
e
e
r
d
d
F
F
% 100
IMA
MA
SCE3105 Fizik Dalam Konteks Hidupan Harian
27
MA Takal

Takal adalah roda yang disambung dengan tali. Dengan ini arah daya boleh diubah,
dengan sedikit kehilangan daya geseran. Walaubagaimanapun, takal-takal boleh
digabung untuk membentuk faedah mekanik tambahan dengan mempunyai tali yang
digelung ke beberapa takal.

Takal dengan 1 tali (1 takal tetap) mempunyai MA = 1,
Takal dengan 2 tali (1 takal bergerak) mempunyai MA = 2.
Takal dengan 6 tali (block and tackle) mempunyai MA = 6.

MA Tuas

Tuas: MA = Panjang lengan usaha panjang lengan rintangan.

MA Roda dan Gandar

Roda merupakan tuas dengan satu lengan berjarak antara gandar dengan titik luar
roda dan yang lagi satu merupakan jejari gandar. Mempunyai faedah mekanik (MA)
yang sangat besar.

MA Satah condong

MA = panjang cerun tinggi cerun


Contoh soalan

Seorang pelajar menggunakan roda basikal dengan jejari giar 4.00 sm dan jejari roda
35.6 sm. Bila daya 155 N dikenakan ke atas rantai, roda akan bergerak 14.0 cm.
Disebabkan geseran, kecekapannya adalah 95.0%.

a. Apakah IMA roda dan giar itu?
b. Apakah MA roda dan giar itu?
c. Apakah bacaan daya pada skala roda itu?
d. Bagaimana pelajar itu menarik rantai?

Penyelesaian













a.



b. Oleh kerana kecekapan =



107 . 0
% 100
) 112 . 0 %)( 0 . 95 (
% 100
= = =
IMA
kecekapan MA


c. MA=


N N F MA F
e r
6 . 16 ) 155 )( 107 . 0 ( ) )( ( = = =


d.






e
r
F
F
cm cm d IMA d
d
d
IMA
f e
f
e
7 . 15 ) 0 . 14 )( 112 . 0 ( ) )( ( = = = =
112 . 0
6 . 35
00 . 4
_
_
= = = =
cm
cm
roda jejari
giar jejari
d
d
IMA
r
e
% 100
IMA
MA
SCE3105 Fizik Dalam Konteks Hidupan Harian
28
6.4 Mesin manusia berjalan

Sistem tuas di dalam badan kita mempunyai 4 bahagian asas: tulang, sumber daya
(pengecutan otot), fulkrum (sendi-sendi boleh gerak diantara tulang temulang) dan
rintangan (berat badan atau objek yang diangkat). Bila kita berjalan punggung kita
bertindak sebagai fulkrum. Pusat jisim badan bergerak sebagai rintangan disekeliling
fulkrum. Panjang jejari bulatan adalah panjang tuas yang dibentuk oleh tualng-tulang
kaki. Untuk meningkatkan halaju berjalan, punggung dihayun ke atas untuk
meningkatkan jejari.


6.5 Contoh soalan dan latihan

1. Seorang kerani membawa bungkusan 34 N daripada tingkat bawah ke tingkat
lima bangunan pejabat yang ketinggianya 15 m. Berapakah kerja yang dilakukan
oleh kerani itu?
Jawapan: 510 J

2. Seorang pekerja menggunakan sistem takal untuk menaikkan barang 225 N
setinggi 16.5 m. Satu daya 129 N dikenakan dan tali ditarik sejauh 33.0 m.
a. Apakah faedah mekanikal sistem takal?
b. Apakah kecekapan sistem?
Jawapan: a. 1.74 b. 87%

6.6 Rujukan

1. http://www.mrfizix.com/home/worksimplemachines.htm
2.http://atlantis.coe.uh.edu/archive/science/science_lessons/scienceles1/finalho
me.htm
3. http://www.physicsclassroom.com/Class/energy/




















SCE3105 Fizik Dalam Konteks Hidupan Harian
29

TOPIK 7


Daya Dalam Bendalir



Sinopsis

Jisim berwujud dalam tiga bentuk iaitu pepejal, cecair dan gas. Topik ini bertumpu
kepada bentuk cecair di mana anda akan didedah kepada beberapa prinsip seperti
Pascal, Archimedes dan Bernoulli. Selain daripada itu, anda juga didedahkan kepada
penggunaan prinsip-prinsip tersebut dalam penyelesaian masalah dalam kehidupan
seharian.


Hasil Pembelajaran

1. Menghubungkaitkan ketumpatan dengan keapungan suatu bahan
2. Menyatakan prinsip-prinsip Pascal dan aplikasinya
3. Menyatakan prinsip-prinsip Archimedes dan aplikasinya
4. Menyatakan prinsip-prinsip Bernoulli dan aplikasinya


Gambaran Keseluruhan



Isi Kandungan

7.1 Terapung dan Tenggelam

Keapungan

Apakah daya-daya yang bertindak ke atas suatu objek yang terletak dalam suatu
cecair? Satu daya bertindak ke atas yang dinamakan daya tujah dan seperti biasa daya
tarikan graviti akan menarik objek ke bawah.

Daya tujah wujud dalam cecair disebabkan oleh tekanan cecair yang bertambah dengan
kedalamannya. Sama ada objek itu akan terapung atau tenggelam adalah bergantung
kepada beza antara dua daya itu.

Daya Dalam
Bendalir
Tergapung dan
tenggelam
Prinsip Pascal
dan aplikasinya
Prinsip
Archimedes dan
aplikasinya
Prinsip Bernoulli
dan aplikasinya
SCE3105 Fizik Dalam Konteks Hidupan Harian
30
7.2 Prinsip Archimedes dan Aplikasinya

Prinsip Archimedes

Prinsip Archimedes menyatakan bahawa apabila satu objek direndam sebahagiannya
atau sepenuhnya di dalam suatu bendalir, objek itu mengalami daya tujah ke atas yang
sama dengan berat bendalir yang disesarkan.


7.3 Prinsip Pascal dan Aplikasinya

Prinsip Pascal

Prinsip Pascal menyatakan bahawa tekanan yang dikenakan pada permukaan suatu
bendalir dalam bekas tertutup akan dipindah dengan seragam ke seluruh bahagian
bendalir itu.


Bahan Bacaan

Layari laman web berikut yang menunjukkan satu animasi
berkaitan dengan Prinsip Pascal dan aplikasinya
http://glencoe.com/sec/science/physics/ppp_09/animation/Chapter%
2013/Pascals%20Principle.swf
Cuba kaji dengan teliti tayangan berkenaan dan buat nota
mengenai aplikasi Prinsip Pascal



7.4 Prinsip Bernoulli dan Aplikasinya

Prinsip Bernoulli

Prinsip Bernoulli menyatakan bahawa apabila halaju aliran bendalir bertambah,
tekanan dalam bendalir itu berkurang.


Fikir


Layari internet untuk mencuba soalan berbentuk permainan silang kata
berkaitan dengan daya dalam cecair.
Berikut adalah suatu sumber web yang anda boleh membuat latihan
secara interaktif dalam topik daya dalam cecair
http://glencoe.com/olc_games/game_engine/content/gln_sci/ppp_09
/ch13_w/index.html

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Hidupan Harian
31
Rujukan:

http://glencoe.com/sec/science/physics/ppp_09/animation/Chapter%2013/Buoyancy.swf
(keapungan)

http://www.mhhe.com/physsci/physical/giambattista/buoyancy/buoyancy.html
(Tutorial interaktif untuk keapungan)

http://glencoe.com/sec/science/physics/ppp_09/animation/Chapter%2013/Pascals%20Pr
inciple.swf
(Prinsip Pascal)

http://glencoe.com/olc_games/game_engine/content/gln_sci/ppp_09/ch13_w/index.html
(teka-teki silang kata melibatkan terminologi cecair)

Zitzewitz,P.W.(2002) Physics: Principles and Problems. Ohio: Glencoe/McGraw-Hill.
(Chapter 13 States of Matter)


































SCE3105 Fizik Dalam Konteks Hidupan Harian
32

TOPIK 8


Gerakan Planet Dan Satelit




Sinopsis

Planet bergerak di sekelilingi matahari dan satelit (semulajadi atau buatan manusia)
bergerak disekelilingi planet. Gerakan jasad-jasad semawi dalam orbit masing-masing
adalah tertakluk kepada daya-daya yang bertindak di antara jasad-jasad tersebut.
Dalam bahagian ini, anda akan mengkaji gerakan jasad-jasad semawi melalui hukum-
hukum Kepler untuk menerangkan kejadian-kejadian yang berlaku disekeling anda
akibat pergerakan-pergerakan tersebut.


Hasil Pembelajaran

1. Menerangkan hukum-hukum Kepler
2. Membincangkan medan graviti dan hukum kegravitian semesta Newton
3. Menunjukkan pergerakan planet dan satelit
4. Membincangkan berat dan tanpa berat


Gambaran Keseluruhan


Isi Kandungan

8.1 Hukum-hukum Kepler

Planet-planet mengelilingi matahari adalah dalam gerakan berbentuk elips dengan
matahari sebagai satu fokusnya. Paksi putaran hampir kesemua planet dan satelit
adalah berserenjang dengan satah ecliptic. Hampir semua planet bergerak dalam arah
yang sama. Pada tahun Johannes Kepler mencadangkan tiga hukum untuk gerakan
planet .

Gerakan Planet
dan Satelit
Hukum-hukum
Kepler
Hukum Kepler
Pertama
Hukum Kepler
Kedua
Hukum Kepler
Ketiga
Kegravitian
Semesta
Gerakan Planet
Kejadian Siang
dan Malam
Gerakan
Rerograde
Berat dan
Tanpa Berat
Medan Graviti
SCE3105 Fizik Dalam Konteks Hidupan Harian
33












Hukum-hukum Kepler

Hukum Kepler Pertama (1609)
Orbit planet mengelilingi satu bintang adalah elips dengan bintang pada
satu fokus.


Hukum Kepler ke 2 (1609):






Planet
Paling
perlahan
Jarak
Aphelion
Jarak
Perihelion
Pusat
Matahari
Paling
pantas
bintang
SCE3105 Fizik Dalam Konteks Hidupan Harian
34
Menyatakan bahawa satu garisan yang menyambung satu planet dan
bintangnya mencangkupi kawasan yang sama dalam sela masa yang sama.
Apabila planet beredar di dalam orbit elipsnya, jaraknya daripada matahari akan
berubah-ubah. Luas yang sama dilalui pada sebarang tempoh masa kerana
jarak daripada planet ke bintang yang di orbitnya berubah.

Supaya ia dapat mencakupi luas yang sama, halaju planet sentiasa berubah-
ubah, dan lajunya bertambah atau berkurang mengikut kedudukannya daripada
matahari. Oleh itu, planet bergerak paling pantas semasa di kawasan perihelion
dan paling perlahan di kawasan aphelion (Hukum keabadian momentum sudut).



Hukum Kepler Ketiga (1618)

Hukum ini menyatakan nisbah kuasa dua tempoh sebarang 2 planet yang beredar
mengelilingi matahari adalah sama dengan nisbah kuasa tiga jarak purata mereka
daripada matahari.

Kuasa dua tempoh 2 planet mengeliingi
matahari berkadar dengan kuasa tiga
jarak purata dari matahari

T
p
2
~ a
3
................(i)


Maka

Jika 2 planet mempunyai tempoh T
a
and
T
b
dan jarak purata r
a
and r
b






..............................(ii)

di mana
T = tempoh perbintangan objek dalam tahun
a = paksi semimajor objek (dalam AU)
Berhampiran peihelion, dalam 30
hari sebuah planet mengcakumi
satu luas yang pendek tapi lebar
Berhampiran aphelion, dalam 30
hari sebuah planet mengcakumi
satu luas yang panjang tapi sempit
Luas yang dicakupi dalam tempoh 30 hari adalah sama
3 2
|
|
.
|

\
|
=
|
|
.
|

\
|
b
a
b
a
r
r
T
T
SCE3105 Fizik Dalam Konteks Hidupan Harian
35

Persamaan (i) menunjukkan kuasadua tempoh perbintangan (sidereal period)
planet yang mengorbit, T
p
adalah berkadaran dengan kuasatiga paksi semi-
major orbit, a

Oleh itu, bukan sahaja panjang orbit meningkat dengan jarak, laju orbit juga
berkurang, supaya peningkatan tempoh perbintangan adalah lebih daripada
berkadaran.

8.2 Kegravitian semesta

Newton meramalkan bahawa daya yang menarik dua jasad semawi (contohnya
planet dan matahari) adalah sama dengan daya yang menarik objek ke bumi.


Sekiranya dua jasad dipisahkan dengan jarak R, daya graviti F yang bertindak antara
dua jasad berjisim M dan m, dan yang dipisahkan oleh jarak R

adalah



di mana: G adalah pemalar graviti (G = 6.67 x 10
-11
m
3
/kg s
2
)

Hubungan d antara F, G, M, m dan R
2
dinamakan Hukum Kegravitian Semesta

8.3 Menggunakan hukum kegravitian semesta Newton

(1) Daripada Hukum Kegravitian Semesta Newton dan Hukum Kepler kita boleh
mencari perkaitan antara halaju jasad v, jisim M dan jejari R jasad tersebut

Hukum kegravitian
semesta


Hukum Newton


Jika F
1
= F
2
, maka

..(i)

Ini menunjukkan bahawa bagi gerakan jasad dalam suatu orbit, halaju
jasad v akan bertambah apabila jejari orbit R adalah kecil.
R
M
m
SCE3105 Fizik Dalam Konteks Hidupan Harian
36

(2) Daripada Hukum Kepler ketiga

Hukum Kepler Ketiga



Tetapi k = malar
=


Maka




8.4 Gerakan planet dan satelit

Satelit adalah mana-mana objek yang mengorbit bumi, matahari dan mana-mana jasad
semawi. Ia boleh dikategorikan sebagai satelit semulajadi atau satelit buatan manusia.
Contoh satelit semulajadi adalah bulan, planet dan komet, sementara satelit buatan
manusia adalah seperti yang dilancarkan ke angkasa lepas bagi tujuan komunikasi,
kajian saintifik, kaji cuaca dan sebagainya.

Satelit kadangkala mengorbit dalam laluan yang dipanggil elips . Dalam kes sebegini
jasad utama terletak di pusat elips.

Kejadian siang dan malam

Daripada pergerakan planet-planet mengelilingi matahari, fikirkan bagaimana siang dan
malam.






SCE3105 Fizik Dalam Konteks Hidupan Harian
37


Gerakan ketara planet-planet yang orbitnya lebih besar daripada bumi gerakan
songsangan (retrograde motion)






Kadangkala satu objek di langit kelihatan bergerak ke belakang dibandingkan dengan
pergerakan system. Ia di katakan dalam keadaan gerakan sonsangan (retrograde
motion). Satu contoh yang paling lazim adalah dalam system suria di mana planet
Marikh bergerak secara ketara ke barat (biasanya ke timur) pada kedudukan 3-5 pada
rajah di atas. Hal ini berlaku kerana Marikh mempunyai orbit yang lebih besar
daripada bumi, maka bergerak lebih perlahan pada orbitnya.

Kedua-dua planet sedang bergerak ke timur, tetapi oleh kerana bumi bergerak lebih
laju pada orbitnya, pada satu kedudukan ia kelihatan seperti memotong Marikh. Jika
berlatarbelakangkan bintang, Marikh akan kelihatan semakin perlahan, kemudian
pegun dan kemudian bergerak pada arah bertentangan.

Hal ini akan berlaku selama beberapa bulan sehingga ia kembali kepada pergerakan
asalnya ke timur (kedudukan 6-7).
Barat Timur
Latarbelakang bintang
Bumi
Marikh
Matahari

Bumi
matahari jatuh matahari terbit
ufuk
matahari

BARAT
(matahari
jatuh)
matahari

TIMUR
(matahari
terbit)

Gerakan ketara satu daripada bintang petang-pagi
Gerakan ketara planet yang orbitnya lebih besar daripada
orbit bumi
SCE3105 Fizik Dalam Konteks Hidupan Harian
38

8.5 Berat dan tanpa berat

Tanpa berat adalah satu sensasi yang dialami oleh sesorang individu bila tiada objek
menyentuh, menolak atau menariknya. Tiada daya-daya sentuhan yang bertindak
kekatasnya. Contohnya adalah bila anda jatuh bebas, satu-satu daya yang bertindak
ke atas anda adalah graviti (daya bukan sentuhan) Daya graviti tidak boleh dirasai,
maka anda akan merasa seakan-akan kehilangan berat.
Contoh lain adalah apabila anda berada di taman-taman tema. Sekiranya anda menaiki
roller coaster dan tiba-tiba rasa terangkat daripada tempat duduk anda, ini menunjukkan
tiada sentuhan berlaku antara anda dan kerusi, kerana tidak ada daya normal bertindak
ke atas anda. Satu-satu daya yang bertindak ke atas anda adalah daya graviti. Dalam
hal ini, anda akan berasa kehilangan berat.
Oleh itu, jika berat merujuk kepada daya tarikan graviti ke bumi, maka kehilangan berat
pula bermaksud sesorang itu masih menerima daya tarikan graviti bumi, bukan hilang
beratnya. Angkasawan biasanya mengalami sensasi tanpa berat di angkasa lepas.
Graviti sifar selalu digunakan sebagai sinonim tanpa berat, tanpa berat dalam orbit
bukan graviti yang disingkir atau berkurang dengan nyata.


8.6 Medan graviti

Medan graviti adalah model yang digunakan dalam bidang fizik untuk
menerangkan bagaimana graviti wujud di alam semesta.
Mengikut konsep asal, graviti adalah daya antara titik jisim jisim.

Dari F = ma, daya graviti daya graviti, F
g
= mg
Maka medan graviti, g


Dari rumus,


Maka medan graviti, g



- Persamaan

menunjukkan bahawa medan graviti, g semakin berkurang


apabila jarak titik daripada jisim, R semakin jauh.



SCE3105 Fizik Dalam Konteks Hidupan Harian
39
8.7 Contoh soalan dan latihan

1. Galileo menjumpai 4 bulan Jupiter. Io, yang diukurnya adalah 4.2 unit
daripada pusat, mempunyai tempoh 1.8 hari. Dia mengukur jejari orbit
Ganymede sebagai 10.7 unit. Gunakan Hukum Kepler yang ke 3 untuk
mencari tempoh Ganymede.

2. Matahari mempunyai jisim 2x10
30
kg, dan berjarak 1.5x10
8
km, manakala
jisim Bulan adalah 7.35x10
22
kg, dan 3.8x10
5
km jauhnya. Yang manakah
menghasilkan pengaruh graviti yang lebih kuat ke atas bumi?

A. Matahari
B. Bulan
C. Mereka adalah lebih kurang sama.
D. Tidak berkenaan

3. Bulan Jupiter yang keempat, Callisto, mempunyai tempoh 16.7 hari. Cari
jarak daripada Jupiter menggunakan unit yang sama digunakan Galileo

4. Satu satelit berjarak 225 km daripada permukaan bumi. Apakah halaju
orbitnya?
(Jejari Bumi, R
E
= 6.37 x 10
6
m, Jisim Bumi, M
E
= 5.98 x 10
24
kg,
G = 6.67 x 10
-11
N-m
2/
kg
2


5. Jika Bumi dua kali lebih besar tetapi sama saiz, apa akan jadi kepada g?


8.8 Rujukan

http://www.physicsclassroom.com/Class/circles/u6l4d.cfm
















SCE3105 Fizik Dalam Konteks Hidupan Harian
40


TOPIK 9


Fizik Dalam Muzik


Sinopsis

Bunyi ada disekeliling kita. Dalam bahagian ini, anda akan dapat membezakan bunyi
melalui keamatan dan frekuensinya yang membezakan bunyi dari segi kekuatan dan
kenyaringannya. Selain itu, anda juga dapat mengkaji fenomena resonans dan kejadian-
kejadian yang berlaku akibatnya. Perbezaan kualiti bunyi oleh alat-alat muzik yang
berbeza juga akan dibincangkan.


Hasil Pembelajaran

1. Menerangkan bagaimana bunyi dihasilkan
2. Mengaitkan keamatan bunyi dengan kekuatannya
3. Mengaitkan frekuensi dengan kenyaringan
4. Membincangkan bagaimana konsep gelombang bunyi dan resonans
digunakan untuk menerangkan kualiti bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat
muzik yang berbeza.





9.1 Bunyi dan gelombang membujur

Gelombang bunyi ialah sejenis gelombang membujur yang boleh merambat melalui
pepejal, cecair dan gas. Maka gelombang bunyi dirujuk sebagai gelombang
membujur kerana molekul-molekul udara (zarah-zarah medium) bergerak dalam
arah yang selari dengan arah gerakan gelombang. Hasil getaran membujur
seperti itu adalah disebabkan oleh mampatan dan regangan udara.

Tenaga dipindahkan oleh getaran molekul-molekul udara dalam siri mampatan dan
rengangan udara. Gelombang bunyi memerlukan medium tertentu untuk ianya bergerak.
Oleh itu gelombang bunyi tidak dapat merambat dalam keadaan vakum. Gerakan
perambatan molekul-molekul udara ini menghasilkan gelombang dengan halaju v,
panjang gelombang l dan frekuensi gelombang di mana

v = f
FIZIK DALAM
MUZIK
Bunyi dan
Gelombang
Membujur
Keamatan &
Kenyaringan
Frekuensi &
Kelangsingan
Gelombang
Tekanan
Kualiti Bunyi
SCE3105 Fizik Dalam Konteks Hidupan Harian
41


9.2 Keamatan dan kenyaringan

Bunyi adalah gelombang yang mempunyai amplitud, atau tinggi. Amplitud pengukuran
tenaga gelombang, lebih besar tenaga gelombang lebih tinggi amplitudnya. Bila
amplitud meningkat, keamatan bunyi juga meningkat. Keamatan adalah amaun tenaga
yang dipunyai bunyi dalam satu ruang. Bunyi mempunyai keamatan yang tinggi dalam
kawasan yang lebih kecil.Oleh itu, bunyi yang mempunyai keamatan yang tinggi adalah
lebih kuat. Membesarkan amplitud bunyi, membuat ia nyaring. Mengecilkan amplitud,
bunyi akan menjadi perlahan.



Amplitud gelombang berkait dengan jumlah tenaga yang dibawanya. Gelombang dgn
amplitud yang tinggi membawa jumlah tenaga yang besar. Gelombang dengan amplitud
yang kecil membawa jumlah tenaga yang kecil.

Bunyi dengan keamatan yang tinggi adalah lebih nyaring. Keamatan bunyi relatif
diberi dalam unit bel (B). Skala keamatan yang lebih kecil didapati dengan
menggunakan unit yang lebih kecil, decibels (dB).
Bunyi dan nilai desibel
Punca bunyi Desibel
Boeing 747 140
Siren Pertahanan Awam 130
Tukulan penukul 120
Konsert rock 110
Pengetam rumput 100
Motorsikal 90
Penyedut hampagas 70
Perbualan 60
Lampu isyarat 50
T
e
k
a
n
a
n
Kawasan mampatandan regangan
SCE3105 Fizik Dalam Konteks Hidupan Harian
42
Bunyi hingar 40
Bisikan 30
9.3 Frekuensi dan kelangsingan
Langsing membezakan antara bunyi yang rendah dan tinggi. Bila seorang penyanyi
menyanyi dengan not yang berlainan, kita boleh mendengar perbezaan antara dua
bunyi itu kerana kelangsingannya adalah berbeza.

Frequensi adalah bilangan gelombang dalam satu unit masa di mana satu jarak
gelombang adalah satu mampatan dan satu regangan. Apabila seorang penyanyi
menyanyi dengan not yang sama, kita dengar lagu itu berbeza kerana frekuensinya
berlainan.
Unit frekuensi adalah hertz. Satu hertz adalah bilangan kitaran satu mampatan dan satu
regangan dalam satu saat. Bunyi tinggi mempunyai frekuensi tinggi sementara bunyi
rendah mempunyai frekuensi rendah. Contohnya, petir mempunyai frekuensi 50 hertz,
sementara wisel mempunyai frekuensi 1,000 hertz.
Hanya gelombang bunyi antara 20 Hz to 20 kHz memulakan impuls saraf yang
diterjemahkan oleh otak manusia sebagai bunyi. Jika f lebih rendah daripada 20 Hz
adalah dalam kawasan infrasonik (e.g gelombang yang hasilkan oleh gempa bumi,
angin dan pola angin) di mana beberapa sesetengah binatang seperti gajah dan lembu
boleh mendengar dan memberi amaran awal tentang gangguan cuaca contohnya Bunyi
yang lebih daripada 20 kHz adalah kawasan gelombang ultrasonic. Gelombang
ultrasonik boleh dikesan oleh binatang-binatang seperti anjing (melebihi 45 kHz, kucing
70 kHz, kelawar 100kHz)

9.4 Resonan

Apabila satu alat muzik dipetik atau dipalu; ia akan bergetar. Tenaga akan dipindahkan
kepada alat itu dan ia akan bergetar dengan satu frekuensi yang dipanggil frekuensi
aslinya.

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Hidupan Harian
43
Satu objek yang bergetar dengan frekuensi aslinya boleh memaksa objek kedua yang
mempunyai frekuensi asli yang sama untuk bergetar sama. Keadaan ini dinamakan
resonans.


Gelas yang pecah Jambatan runtuh



Sebuah gelas mempunyai frekuensi asli yang mana ianya bergetar. Seorang penyanyi
boleh memecahkan gelas tersebut dengan menyanyi dengan not yang sama frekuensi.
Frekuensi yang sama ini menyebabkan tenaga dipindahkan daripada bunyi ke gelas
sehingga getaran sangat kuat lalu ia pecah. Ini dinamakan resonans.

Jambatan ini direka bentuk dengan satu frekuensi asli yang sama dengan frekuensi
yang dihasilkan oleh bunyi yang melaluinya. Hasilnya, setiap kali angin bertiup,
jambatan itu akan mula berguling dan berayun, menghasilkan resonan yang tidak dapat
dikawal disebabkan frekuensi asli ini. Dua bulan selepas pembinaan pada akhir tahun
1940's, gerakan ini menyebabkan jambatan runtuh dengan dramatik sekali.


9.5 Mengesan gelombang tekanan

Tacoma Narrows Bridge di Washington
SCE3105 Fizik Dalam Konteks Hidupan Harian
44

Oleh kerana gelombang bunyi terdiri daripada pengulangan pola tekanan tinggi dan
tekana rendah yang bergerak melalui medium, ia kadang kala dikenali juga sebagai
gelombang tekanan.

Jika pengesan, (telinga manusia atau alat ciptaan manusia) digunakan untuk mengesan
gelombang bunyi, ia boleh mengesan peruabahan dalam gelombang tekanan apabila
bunyi memberi kesan terhadap alat pengesan. Bila gelombang tekanan sampai ke
telinga, satu siri kawasan tekanan tinggi dan rendah memberi kesan kepada gegendang
telinga Ketibaan berterusan kawasan tekanan tinggi dan rendah menyebabkan
gegendang telinga kepada gerakan getaran

Tekanan bunyi boleh diukur menggunakan mikrofon di udara dan hydrofon di air. Unit SI
untuk tekanan bunyi adalah pascal (simbol: Pa).


Hydrofon Mikrofon


9.6 Kualiti bunyi

Bunyi mempunyai kualiti yang membenarkan telinga untuk mengenal pasti bunyi
bunyi-bunyi yang mempunyai nada, kekuatan dan frekuensi yang berlainan. Alat-
alat muzik yang berlainan mempunyai kualiti bunyi yang berlainan.

Bunyi sebagai gelombang tekanan
T
e
k
a
n
a
n
C: mampatan R: regangan
Masa
SCE3105 Fizik Dalam Konteks Hidupan Harian
45




9.7 Menghasilkan musik

Alat-alat muzik menghasilkan bunyi dalam berbagai cara, namum setiap alat
musik menggunakan beberapa ciri-ciri asas bunyi.

Fizik kepada muzik mengkaji bagaimana bunyi yang menarik dan sedap boleh
dihasilkan oleh aktiviti bertali, instrumen turus udara and alat genderang
(percussion). Muzik boleh dihasilkan hanya dengan kita meniup tabung uji yang
mempunyai turus-tururs udara yang berlainan panjang



Menghasilkan alat musik


SCE3105 Fizik Dalam Konteks Hidupan Harian
46


Alat muzik bertali, contohnya biola mempunyai empat tali. Setiap tali ditala kepada not-
not berlainan. Ia dimain samada menggunakan busur atau dipetik menggunakan jari.
Alat muzik yang ditiup melalui jubir(mouthpiece) membolehkan pemuzik menekan injap-
injap untuk mengubah panjang turus udara, lalu menghasilkan not-not berlainan.

Perbezaan musik dan bunyi bising

Bunyi mempunyai nada (pitch) yang boleh dikenalpasti, tone yang sedap, pola yang
berulang-ulang (lihat rajah A). Bunyi bising tidak mempunyai nada, ton yang tidak enak
dan tidak ada ritma (rajah B)




9.8 Contoh soalan dan latihan

Perhatikan kejadian dan terangkan fungsi contoh bagaimana pembesar
suara berfungsi?
Mengapa panjang tali-tali pada piano berbeza?
Mengapa gelas kaca pecah apabila beberapa not musik dihasilkan?
Bagaimanakah musik dan bunyi bising berbeza? dsb.


9.9 Rujukan
injap

jubir
Musik
Bunyi bising
SCE3105 Fizik Dalam Konteks Hidupan Harian
47

TOPIK 10


TERMOMETRI DAN TERMOMETER


Sinopsis

Tenaga haba merupakan suatu bentuk tenaga yang amat diperlukan dalam kehidupan
manusia. Ia membekalkan tenaga untuk membuat badan kita panas, memasak
makanan serta membolehkan pengeluaran benda-benda yang berguna kepada
manusia. Dalam topik ini, anda akan didedahkan kepada konsep suhu dan tenaga haba,
skala suhu dan termometer serta pindahan tenaga haba dan keseimbangan terma.


Hasil Pembelajaran

1. Menerangkan sifat-sifat haba terma.
2. Menakrif suhu dan menyatakan perbezaannya daripada haba terma
3. Menggunakan skala suhu celsius dan kelvin serta menukar dari satu ke yang lain
4. Dapat menakrif haba tentu dan mengira tenaga haba yang dipindah.


Gambaran Keseluruhan




Isi Kandungan
10.1 Tenaga haba dan Suhu
Teori molekular jirim terdiri daripada zarah-zarah halus yang sentiasa
bergerak.
Tenaga kinetik zarah itu mempengaruhi suhu jasad. Lebih lajunya gerakan
zarah lebih tinggi suhu jasad.
Suhu suatu objek menunjukkan darjah kepanasan objek itu.
Haba ialah tenaga yang mengalir dari objek yang lebih panas ke objek yang
lebih sejuk.

Termometri dan
termometer
Suhu dan
Tenaga haba
Keseimbangan
Terma
Jenis
Termometer
Pindahan Haba

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Hidupan Harian
48


Buat Nota

Untuk lebih memahami teori kinetik zarah dan keterangan tenaga
haba berdasarkan teori itu, sila baca nota-nota dalam laman web
berikut: http://www.saburchill.com/physics/chapters/0098.html
Sila baca juga Physics: Principles and Problems
Terbitan Glencoe Bab 12 Thermal Energy
Buat nota ringkas mengenai teori kinetic zarah dan tenaga haba.


10.2 Keseimbangan Terma
Kadar pindahan tenaga terma dari satu jasad yang lebih panas ke jasad yang
lebih sejuk akan berterusan sehingga kadar pindahan haba menjadi sama rata.
Maka kedua-dua jasad akan mempunyai suhu yang sama. Kedua-dua jasad
tersebut dikatakan telah mencapai keseimbangan terma.

Buat Nota

Untuk lebih memahami keseimbangan terma, sila baca nota-nota dalam
laman web berikut:
http://physics.about.com/od/thermodynamics/p/thermodynamics.htm
Sila baca juga Physics: Principles and Problems
Terbitan Glencoe Bab 12 Thermal Energy
Buat nota ringkas mengenai keseimbangan terma.


10.3 Jenis Termometer
Sifat fizikal bahan yang berubah dengan suhu dikenali sebagai sifat termometri
bahan itu. Termometer adalah suatu alat pengukur suhu yang dibina dengan
berdasarkan sifat termometri yang tertentu misalnya isipadu cecair, tekanan gas,
daya gerak elektrik dan rintangan dawai logam.
Termometer merkuri merupakan suatu termometer yang dibina dengan berdasarkan
sifat isipadu merkuri yang boleh berkembang dengan banyak apabila suhu berubah.
Sesuatu termometer yang dibina akan ditentukur dengan berdasarkan takat suhu
yang tertentu. Termometer merkuri adalah ditentukur berdasakan takat suhu didih
air(100 C) dan takat beku air (0 C). Antara dua takat suhu itu, julat antara dua
SCE3105 Fizik Dalam Konteks Hidupan Harian
49
takat itu telah dibahagi kepada 100 bahagian dengan sebahagian bersamaan
dengan 1C. Tahukah anda apakah skala suhu SI dan hubungan antara suhu SI itu
dengan skala suhu Celsius?

Buat Nota


Untuk lebih memahami tentang jenis termometer, skala dan ukuran suhu,
sila baca maklumat terkandung dalam laman web berikut:
http://www.saburchill.com/physics/chapters/0097.html
http://physics.about.com/od/glossary/g/temperature.htm
Sila baca juga Physics: Principles and Problems
Terbitan Glencoe Bab 12 Thermal Energy
Buat nota ringkas mengenai jenis termometer, skala dan ukuran
suhu.


10.4 Pindahan Haba
Muatan haba tentu suatu bahan ditakrifkan sebagai haba yang diperlukan untuk
menaikkan suhu sebanyak satu darjah Celsius bagi satu kilogram bahan itu, dan
unitnya ialah Jkg
-1
C
-1
.

Persamaan untuk pengiraan kuantiti haba Q adalah
Q = jisim bahan(m) X muatan haba tentu (c) X perubahan suhu (T)
Unit untuk Q adalah Joule(J), m adalah kg, c adalah Jkg
-1
C
-1
dan T adalah
C.
Tenaga haba dipindah melalui tiga cara iaitu konduksi, perolakan dan sinaran.
Konduksi melibatkan pengaliran haba dari satu tempat yang lebih panas ke
tempat yang lebih sejuk melalui media antara dua lokasi.
Perolakan melibatkan zarah-zarah yang tidak bersentuhan antara satu sama
lain.
Sinaran melibatkan pindaan tenaga tanpa bergantung kepada wujudnya jirim
antara punca tenaga haba dan sasaran. Pindaan tenaga adalah melalui sinaran
elektromagnet tanpa sebarang bahan perantaraan.

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Hidupan Harian
50

Buat Nota


Untuk lebih memahami tentang pindahan haba, sila baca maklumat
terkandung dalam laman web berikut:
http://physics.about.com/od/thermodynamics/p/thermodynamics.htm
http://physics.about.com/od/thermodynamics/f/heattransfer.htm
Sila baca juga Physics: Principles and Problems
Terbitan Glencoe Bab 12 Thermal Energy
Buat nota ringkas mengenai pindahan haba.




Fikir



Layari internet untuk mencuba soalan berkaitan dengan tenaga haba.
Berikut adalah suatu sumber web yang anda boleh
membuat latihan secara interaktif dalam topik tenaga haba
http://glencoe.mcgraw-
hill.com/sites/0078807220/student_view0/chapter12/interactive_tuto
r.html



Rujukan:
http://www.saburchill.com/physics/chapters/0097.html
(Skala Suhu Celsius)
http://www.saburchill.com/physics/chapters/0098.html
(Teori Kinetik Jirim)
http://physics.about.com/od/thermodynamics/p/thermodynamics.htm
(Takrifan keseimbangan terma, pindahan haba)
http://physics.about.com/od/glossary/g/temperature.htm
(Takrifan suhu, skala suhu dan termometri)
http://physics.about.com/od/thermodynamics/f/heattransfer.htm
(Kaedah pindahan haba)

Zitzewitz,P.W.(2002) Physics: Principles and Problems. Ohio: Glencoe/McGraw-Hill.
(Chapter 12 Thermal Energy)




SCE3105 Fizik Dalam Konteks Hidupan Harian
51

TOPIK 11


CAHAYA

Sinopsis:

Kita dapat melihat objek kerana cahaya dipantulkan atau dikeluarkan olehnya. Cahaya
dikeluarkan oleh objek bersinar, lampu kalimantang, televisyen atau LED. Namun
sumber utama cahaya adalah matahari. Cahaya dari matahari bukan sahaja dipantulkan
oleh cermin atau kertas putih, tetapi oleh bulan, pokok dan mungkin juga oleh kain yang
gelap. Kita melihat objek kerana cahaya bergerak dari objek ke mata kita. Lintasan lurus
cahaya yang dipanggil sinar cahaya mewakili lintasan sempit cahaya. Kajian sinar-sinar
cahaya ini membolehkan kita mengkaji pantulan dan pembiasan cahaya.


Hasil Pembelajaran:
1. Membincangkan pantulan dan cermin
2. Membincangkan pembiasan dan kanta
3. Membincangkan struktur dan prinsip kerja mikroskop dan teleskop

Gambaran Keseluruhan






11.1 Pantulan dan Cermin

Hukum Pantulan :

Pantulan cahaya pada permukaan yang licin adalah seragam, sementara permukaan
kasar dan tidak seragam akan mencapah dan berselerak.

Dua asas hukum pantulan:
- Sudut tuju, i sama dengan sudut biasan, r.
- Sinar tuju, sinar pantulan dan garis normal berada pada satah yang sama.

Cahaya
Pantulan
Cermin
Cermin
cekung
Cermin
cembung
Pembiasan
Kanta
Mikroskop
Teleskop
SCE3105 Fizik Dalam Konteks Hidupan Harian
52
Cermin satah

Cermin dapat membentuk imej kerana cahaya dari objek yang ditujukan kepadanya
dipantulkan balik ke mata kita.


Rajah 11.1


Latihan









Cermin Melengkung:

Terdapat dua jenis cermin melengkung iaitu cermin cekung dan cermin cembung.
Apabila sinar cahaya yang selari terkena permukaan cermin cekung, sinar-sinar cahaya
akan difokuskan pada satu titik fokus (Rajah 11.2a).


(a) (b)
Rajah 11.2

Apabila sinar cahaya yang selari terkena cermin cembung, sinar-sinar cahaya
akan dicapahkan (Rajah11.2b)

Uji kafahaman anda dengan mencuba tutorial interactive pada laman
web berikut:
http://glencoe.com/olc_games/game_engine/content/gln_sci/ppp_09/ch1
7/ch17_1/index.html

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Hidupan Harian
53
Pusat kelengkungan, C suatu cermin ialah pusat sfera dari mana cermin itu
dihasilkan. Jejari kelengkungan, r adalah jarak antara pusat sfera dengan
permukaan cermin.


Mengumpul Maklumat







11.2 Pembiasan dan Kanta

Pembiasan difinisikan sebagai pembengkokan cahaya bila ia melalui satu medium ke
medium lain yang mempunyai ketumpatan berbeza.



Rajah 11.3

Indeks biasan, n bagi suatu bahan adalah:

n = laju cahaya dalam vakum atau udara, c
laju cahaya dalam medium,v

n = sin i
sin r

Nilai indeks biasan adalah berbeza-beza untuk bagi bahan berbeza seperti ditunjukkan
dalam Jadual 11.1.

Bahan Indeks Biasan, n
Udara 1.00
Air 1.33
Perspeks 1.49
Kaca 1.48-1.96
Intan 2.42
Jadual 11.1
Cari maklumat bagaimana melukis rajah sinar untuk pelbagai kedudukan
objek dari cermin cekung dan cermin cembung. Nyatakan ciri-ciri imej
objek yang dipantulkan. Gunakan link di bawah untuk membantu anda.
http://en.wikipedia.org/wiki/Convex_mirror
Using Light.doc



SCE3105 Fizik Dalam Konteks Hidupan Harian
54
Kanta cembung dan kanta cekung

Sinar-sinar selari akan terbias dan bertumpu ke satu titik yang dipanggil titik fokus.










Rajah 11.4



Cahaya selari yang memasuki kanta cekung akan akan terbias dan mencapah keluar
selepas melalui kanta cekung.


Rajah 11.5


Mengumpul Maklumat









11.3 Mikroskop dan Teleskop

Kanta-kanta boleh digunakan untuk menghasilkan alat-alat optik. Antaranya, mikroskop
majmuk dan teleskop astronomi boleh dibina melalui susunan dua kanta cembung yang
berlainan kuasa.


Rajah sinar mikroskop majmuk

Cari maklumat tentang rajah sinar kanta cembung dan kanta cekung pada
pelbagai kedudukan objek dan nyatakan ciri-ciri imej pada kedudukan-
kedudukan tersebut. Laman web berikut boleh membantu:
http://www.glenbrook.k12.il.us/GBSSCI/PHYS/class/refrn/u14l5da.html

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Hidupan Harian
55




Rajah sinar teleskop astronomi



Memikir








Rujukan:

http://en.wikipedia.org/wiki/Convex_mirror (Rajah sinar)
http://www.glenbrook.k12.il.us/GBSSCI/PHYS/class/refrn/u14l5da.html(kanta)
http://www.saburchill.com/physics/chapters3/0018.html
http://physics.bu.edu/~duffy/PY106/Instruments.html (Mikroskop dan teleskop)
http://www.phy.ntnu.edu.tw/ntnujava/index.php?topic=16.0
(Pantulan dan Biasan melalui animasi Gelombang cahaya)
Zitzewitz,P.W.(2002) Physics: Principles and Problems. Ohio: Glencoe/McGraw-Hill.
(Chapter 18 Mirrors and Lenses)



Fikirkan bagaimana susunan kanta-kanta cembung boleh menghasilkan
satu kanta cembung dan kanta cekung. Laman web di bawah mungkin
boleh membantu anda:
http://www.saburchill.com/physics/chapters3/0018.html
http://physics.bu.edu/~duffy/PY106/Instruments.html







SCE3105 Fizik Dalam Konteks Hidupan Harian
56

TOPIK 12


LITAR ELEKTRIK DI RUMAH

Sinopsis:

Elektrik memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian kita. Walau
bagaiamanapun, ia mempunyai potensi untuk menyebabkan kemudaratan yang besar.
Terdapat dua jenis litar di dalam pendawaian elektrik di rumah iaitu litar sesiri dan selari.
Beberapa alat-alat keselamatan didapati di dalam pendawaian elektrik untuk melindungi
pengguna daripada terkena renjatan elektrik.

Hasil Pembelajaran:
1. Membincangkan Hukum Ohm.
2. Membina litar-litar sesiri dan selari dan gabungan litar sesiri dan selari.
3. Memerihalkan alat keselamatan yang digunakan dalam litar elektrik.
4. Membincangkan kelebihan dan kekurangan menggunakan litar sesiri dan selari.
5. Menerangkan bagaimana kecerahan berhubungkait dengan sambungan lampu-lampu
mentol di dalam litar.

Gambaran Keseluruhan



Isi Kandungan

12.1 Gabungan litar sesiri dan selari

Terdapat dua cara asas untuk menyambung lebih dari dua komponen litar iaitu litar
sesiri dan litar selari.

Litar sesiri



Litar elektrik di
rumah

Gabungan litar
sesiri dan selari

Hukum Ohm

Aplikasi litar

Keselamatan dalam
litar


SCE3105 Fizik Dalam Konteks Hidupan Harian
57

Rajah 12.1

Litar selari


Rajah 12.2

Gabungan litar sesiri dan litar selari



Rajah 12.3

12.2 Hukum Ohm

Hukum Ohm menyatakan bahawa pada suhu tetap, arus yang melalui konduktor
diantara 2 titik adalah berkadar langsung dengan beza keupayaan (i.e. kejatuhan voltan
atau voltan) merentas dua titik.

Persamaan matematik yang menerangkan hubungan ini adalah:





SCE3105 Fizik Dalam Konteks Hidupan Harian
58
Jika 2 kuantiti diketahui, kuantiti yang ke 3 mudah untuk ditentukan. Jika bateri
membekalkan voltan 1.5 volt dan lampu mempunyai rintangan 5 ohms, maka arus
dalam litar boleh ditentukan.

Dengan menggunakan persamaan


Masukkan nilai2:


Penentuan voltan, arus atau rintangan menggunakan Hukum Ohm




Hukum Ohm dan litar sesiri


Litar sesiri:
Voltan = Jumlah semua voltan.
Semua komponen berkongsi arus yang sama.
Rintangan = Jumlah rintangan





Ampere
Hukum Ohm
SCE3105 Fizik Dalam Konteks Hidupan Harian
59
Hukum Ohm dan litar selari




Litar selari:
Semua komponen berkongsi voltan yang sama
Jumlah arus = Kesemua cabang arus
Jumlah rintangan = 1/R1 + 1/R2 + 1/R3+.


Aplikasi Hukum Ohm di dalam litar

Di dalam menganalisis sebarang litar kompleks, mula-mula kira rintangan berkesan.
Rintangan berkesan beban sesiri adalah hanya menjumlahkan semua rintangan.

Berapakah jumlah rintangan berkesan di dalam litar di bawah?


Petunjuk:
Mula-mula kira jumlah rintangan selari iaitu 1/R
J
= 1/R
2
+ 1/R
3

Kemudian jumlahkan, R
berkesan
= R1 + R
J


Contoh

Dengan menggunakan rajah litar di bawah, kira rintangan berkesan, voltan yang
merentasi setiap rintangan dan arus.


SCE3105 Fizik Dalam Konteks Hidupan Harian
60



12.3 Aplikasi litar


Rajah 12.4 Gabungan litar sesiri dan selari di dalam komponen elektronik


12.4 Keselamatan dalam litar

Untuk mengelakkan kerosakan harta dan bahaya dalam kehidupan, litar-litar di dalam
rumah dibina dengan ciri-ciri keselamatan. Antara peralatan keselamatan yang terdapat
di rumah ialah palam 3 pin, fius, pemutus litar, rod kilat dan palam 3 pin. Kebanyakan
peralatan dijual dengan palam yang telah dipasang. Kabel daripada peralatan biasanya
mengandungi 3 wayar. Wayar dibuat daripada kuprum yang disalut dengan pelindung
plastik.

Kombinasi litar sesiri dan selari
SCE3105 Fizik Dalam Konteks Hidupan Harian
61

Rajah 12.5 Palam 3 pin

Pelindung dibuat daripada plastik dan diwarnakan:
Wayar hidup perang.
Wayar neutral - biru
Wayar bumi hijau dan kuning (Pelindung)
Wayar hidup dan neutral membawa arus ke litar.
Ketiga-tiga wayar dilindung oleh pelindung luar yang dibuat daripada plastik
kenapa?

Palam 3 pin mempunyai ciri ciri berikut:
Pencengkam kabel, untuk mencengkam pelindung luar kabel dan mengelakkan
daripada tertarik keluar daripada palam.
Ketiga-tiga pin dibuat daripada loyang,
Fius
Bekas dibuat daripada plastik

12.5 Contoh soalan dan latihan

1. Bagaimana rod kilat melindungi bangunan?
2. Apakah alat2 keselamatan yang digunakan di dalam litar elektrik?


12.6 Rujukan

1. http://www.autoshop101.com/trainmodules/elec_circuits/circ109.html
2. http://www.allaboutcircuits.com/vol_1/chpt_5/1.html
3. http://physics.bu.edu/py106/notes/Circuits.html



TOPIK 13


KELEKTRIKAN DAN KEELEKTROMAGNETAN

Sinopsis:

Pelbagai peralatan elektrik di rumah menggunakan kuasa elektrik dan motor. Topik ini
memberi pendedahan dan kefahaman tentang daya dan arus dalam medan magnet
serta bagaimana prinsip ini digunakan di dalam operasi motor elektrik serta monitor TV.

Pencengkam kabel
Bumi
Hidup
Fius
Neutral
SCE3105 Fizik Dalam Konteks Hidupan Harian
62
Hasil Pembelajaran:

1. Menerangkan daya ke atas arus di dalam medan magnet.
2. Menerangkan daya ke atas satu zarah bercas.
3. Menerangkan bagaimana operasi motor elektrik dan pertukaran tenaga yang
berlaku di dalamnya.
4. Menyenaraikan peralatan elektrik di rumah yang menggunakan elektrik.
5. Menyenaraikan peralatan elektrik di rumah yang menggunakan motor.
6. Menerangkan bagaimana monitor TV berfungsi.

Gambaran Keseluruhan




Isi Kandungan

13.1 Penghasilan daya (F) akibat saling tindakan antara konduktor yang
membawa arus (I) dengan medan magnet (B)


Rajah 13.1

Satu dawai yang membawa arus (konduktor) yang diletakkan di antara dua magnet
kekal akan bertindak dengan medan magnet untuk menghasilkan daya yang
menyebabkan konduktor itu bergerak. Fenomena ini adalah disebabkan :
(i) Magnet ada medan magnet
(ii) Konduktor pembawa arus mempunyai medan magnet.

Kelektrikan dan
kemagnetan

Daya atas arus dan
medan magnet

Motor elektrik

Daya atas satu zarah
bercas

Skrin TV
Dawai membawa arus, I
Arah Daya, F
SCE3105 Fizik Dalam Konteks Hidupan Harian
63
(iii) Interaksi antara medan magnet dengan medan magnet konduktor
berarus menyebabkan dawai mengalami daya mekanikal lalu bergerak.
Arah gerakan daya ditentukan menggunakan Hukum Tangan Kiri
Fleming.

Penentuan arah daya


Rajah 13.2 Hukum Tangan Kiri Fleming

Magnitud daya adalah,
F = B I l Sin

di mana
B = ketumpatan fluks magnet,
I = arus yang mengalir melalui konduktor
l = panjang konduktor di dalam medan
= sudut antara medan magnet dan konduktor

Bila satu konduktor lurus diletakkan berserenjang (perpendicular) dengan medan
yang seragam (uniform field)
=90,
F = BIl

Contoh Pengiraan

Suatu arus 8.5 A yang mengalir melalui medan magnet didapati mengenakan daya 275
N. Panjang daya dalam medan magnet adalah 5 cm. Apakah nilai medan magnet itu?

F = BIl. B


Jawapan: 0.647 T

Hubungan ini adalah benar selagi arus adalah pada sudut 90 kepada medan magnet.
Jika dawai adalah pada sudut lain kepada medan magnet, rumus perlu mengambil kira
F = BIl sin




Medan
Jari Telunjuk
Daya
Ibu Jari
Arus
Jari Hantu
SCE3105 Fizik Dalam Konteks Hidupan Harian
64
13.2 Motor elektrik

Kegunaan penghasilan daya akibat saling tindakan antara konduktor yang membawa
arus dengan medan magnet.


Rajah 13.3 Motor elektrik

Kegunaan motor elektrik ialah menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga mekanikal.
Alat-alat elektrik yang menggunakan motor elektrik ialah mesin basuh, mesin pengisar,
kipas dan lain-lain lagi.

Prinsip kerja motor elektrik (arus terus)


Rajah 13.4 Prinsip kerja motor elektrik

Motor elektrik terdiri daripada satu angker yang terdiri daripada satu angker yang boleh
berputar diantara dua kutub magnet yang berlainan. Kedua-dua hujung dawai gegelung
disambung kepada komutator yang disentuh dengan berus karbon.

Apabila arus dialirkan melalui gegelung, saling tindakan antara medan magnet dari
angker membawa arus dengan medan magnet kekal akan berlaku. Medan lastik
dihasilkan di dua belah sisi dawai gegelung. Medan lastik ini menghasilkan satu daya
putaran untuk memutarkan gegelung itu.

Arah daya yang bertindak ke atas angker boleh ditentukan dengan menggunakan
peraturan tangan kiri Fleming. Corak medan lastik dapat dilukiskan.

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Hidupan Harian
65
Fungsi komutator berbelah dua yang dipasang pada angker adalah untuk melicinkan
pertukaran arah arus dalam gegelung setiap separuh putaran supaya gegelung motor itu
dapat berputar secara terus.

Lazimnya arus yang lebih besar diperlukan untuk memulakan pergerakan motor elektrik.
Apabila motor sudah berputar dengan laju seragam, arus yang lebih kecil diperlukan. Ini
kerana di dalam keadaan pegun, inersia gegelung motor adalah besar dan daya yang
lebih besar diperlukan untuk memulakan putarannya.

Semasa gegelung motor berputar dengan laju seragam dalam medan magnet, arus
teraruh dihasilkan dan mengalir dalam arah bertentangan dengan arah arus yang
berpunca dari bekalan kuasa. Oleh itu, arus yang lebih kecil diperlukan untuk motor
berputar dengan laju seragam.


13.3 Daya atas satu zarah bercas

Jika zarah bercas dianggap sebagai cas titik, medan elektrik ditakrif sebagai daya yang
di alami seunit cas:
E = F/q
di mana
F : daya elektrik yang dialami zarah
q : cas
E : medan elektrik di mana zarah itu berada

Ruang sekeliling cas elektrik mempunyai sifat yang dipanggil medan elektrik dan
medan elektrik ini mengenakan satu daya ke atas objek lain yang bercas elektrik. Daya
ini menyebabkan objek menolak atau menarik bergantung kepada cas yang ada pada
objek.



13.5 Medan elektrik disekitar sas titik

Daya antara zarah-zarah bercas diterangkan menggunakan Hukum Coulomb.





SCE3105 Fizik Dalam Konteks Hidupan Harian
66


Satu cas pegun dalam medan magnet tidak akan mengalami mana-mana daya. Cas
akan mengalami daya jika ia bergerak dalam medan magnet. Daya ini dikenali sebagai
daya magnet satu cas yang bergerak.

Magnitud daya magnet bergantung kepada:
(a) magnitud cas, q
(b) halaju cas, v
(c) arah pergerakan cas dalam medan magnet
(d) kekuatan medan magnet, B

Daya pada cas yang bergerak, F = qv B

F adalah maksimum bila halaju cas adalah berserenjang (perpendicular) kepada arah
medan magnet. Jika cas, q bergerak dalam arah yang yang berserenjang dengan
medan kepada B v sin . Maka

F = qv B sin

Cas titik yang bergerak berserenjang dengan medan magnet selari, B.

Rajah 13.6

Daya ke atas cas adalah berserenjang kepada kedua-dua arah gerakan cas dan arah
medan magnet.

Daya yang dialami oleh cas positif mempunyai magnitud
F =Bqv

Contoh pengiraan

Satu elektron di pecutkan ke 6.0 x 10
6
m/s
2
dipesongkan oleh medan magnet yang
kekuatannya 0.82 T. Apakah daya yang bertindak ke atas elektron? Adakah daya ini
berbeza bagi proton?

Jawapan: 7.9 10-
13
N

Medan Magnet, B
SCE3105 Fizik Dalam Konteks Hidupan Harian
67
13.4 Skrin TV



Bagaimanakah monitor TV berfungsi?

Gambar terhasil dengan menembak satu bim elektron (zarah bercas) daripada
senapang elektron (electron guns) di belakang ke skrin di hadapan. Elektron dengan
tenaga yang banyak, memindahkan tenaga itu ke skrin. Tenaga dipindahkan ke titik-
titik fosfor di belakang skrin.

Rajah 13.7

Fosfor adalah bahan yang mengeluarkan tenaga dalam bentuk cahaya, jadi ia
bercahaya. Satu topeng logam (metal mask) di belakang skrin mengandungi lubang-
lubang dalam kumpulan 3 tiik fosfor. Senapang elektron untuk warna berlainan adalah
pada tempat-tempat berlainan, ia menghentam lubang daripada arah-arah yang agak
berlainan.


Rajah 13.8

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Hidupan Harian
68
Walaupun ketiga-tiganya difokuskan pada lubang yang sama dalam topeng logam, ia
akhirnya menghentam tempat-tempat berlainan pada skrin, maka menghasilkan cahaya
pada titik-titik fosfor yang berlainan warna.

Untuk menuju ke bim, gegelung stering kuprum digunakan untuk menghasilkan medan
magnet dalam tiub. Medan menggerakkan bim elektron secara mencancang dan
mengufuk. Dengan mengenakan voltan berlainan pada gegelung stering, bim boleh di
laraskan pada mana-mana titik di atas skrin. Magnet kekal memesongkan elektron yang
lebih ringan supaya ia menghentam skrin.

13.5 Contoh soalan dan latihan

1. Senaraikan alatan-alatan di dalam rumah yang menggunankan tenaga elektrik.
2. Terangkan perubahan tenaga dalam satu motor elektrik?
3. Terangkan bagaimana komutator dan berus beroperasi dalam motor elektrik.


13.6 Rujukan

1. http://hyperphysics.phy-astr.gsu.edu/hbase/magnetic/forwir2.html
2. http://hyperphysics.phy-astr.gsu.edu/hbase/magnetic/motdc.html
3. http://www.s-cool.co.uk/a-level/physics/forces-in-magnetic-fields/revise-it/forces-
on-charged-particles
4. http://www.howstuffworks.com/tv.htm