Anda di halaman 1dari 13

Menyanyi adalah satu cara istimewa dalam penggunaan suara.

Sebagai seorang penggiat muzik,kita perlulah mengetahui tentang teknik-teknik yang terdapat dalam nyanyian. Seorang penggiat muzik perlu tahu bagaimana sesuatu muzik itu dihasilkan. Sesuatu muzik terhasil apabila terdapat getaran sesuatu. Sebagai contoh, apabila permukaan meja diketuk, permukaan meja telah menghasilkan getaran dan kita dengar sebagai bunyi. Hal ini sama dengan suara manusia. Pita suara dikawal oleh angin supaya ia dapat menggetarkan angin yang melaluinya. Gabungan antara gigi, lidah dan bibir akan membentuk bunyi konsonan dan vokal. Simbol bagi konsonan dan vokal adalah huruf-huruf. Seorang penggiat muzik perlu juga tahu bagaimana menghasilkan pic yang tinggi. Penggiat muzik perlu menegangkan pita suara mereka untuk mendapatkan pic yang tinggi. Terdapat empat bahagian yang terlibat dalam pengeluaran suara iaitu motor, vibrator, pembesar suara dan artikulasi. Motor ialah tekanan nafas. Vibrator atau penggetar pula terhasil apabila angin yang kita keluarkan untuk menyanyi berlanggar dengan kulit yang berlipat di kedua-dua belah trakea dan tenggorok. Pembesar suara pula merupakan satu ruang yang dibentuk oleh lelangit, mulut dan kerongkong. Ruang kepala juga merupakan pembesar suara. Artikulasi pula dilakukan oleh bibir dan dagu.

Resonan pula merupakan getaran udara dalam satu rongga. Terdapat tiga rongga dalam sistem manusia iaitu rongga mulut, rongga dada dan rongga hidung. Apabila kita dapat mengawal sistem rongga kita dengan baik maka akan lebih baik seseorang itu dari segi lontaran suara mereka. Menjerit dan melontar suara adalah dua perkara yang berbeza. Suara menjerit merupakan satu suara yang sangat tidak berkualiti. Hal ini kerana suara menjerit tidak mempunyai ton suara yang baik. Menjerit juga merupakan satu teknik nyanyian yang salah. Seorang penyanyi yang baik tidak seharusnya menjerit untuk mencapai pic yang tinggi. Teknik yang ditekankan lagi adalah rejister suara. Berikut merupakan perletakan suara bagi lelaki dan wanita.

Terdapat tiga jenis rejister suara iaitu suara kepala, suara tengah dan suara dada. Berikut merupakan perletakan suara bagi suara kepala, tengan dan dada.

Suara Tengah

Suara Dada . Suara kepala terhasil apabila salah satu otot mengawal mekanisma vokal untuk menyanyi pada register yang tinggi di rongga di kepala yang memberi kesan gema yang tinggi kepada penyanyi tersebut. ini dinamakan suara kepala. Suara kepala menghasilkan suara yang jelas dan renj suara juga luas jika dibandingkan dengan suara dada. Suara kepala juga banyak membantu lelaki dalam menyanyikan folsetto. Untuk mendapatkan suara kepala yang bermutu, pengawalan nafas yang betul adalah amat diperlukan. Hal ini adalah untuk tidak menjadikan suara seorang penyanyi itu pecah apabila suara tinggi di nyanyikan.

Suara tengah adalah perletakan suara dari paras hidung ke kerongkong.

Latihan untuk suara tengah.

Suara dada adalah bertujuan untuk mengawal nyanyian yang register rendah. Namun begitu, suara dada ini tidak sesuai bagi kanak-kanak. Hal ini kerana, suara dada ini dihasilkan tanpa pernafasan yang baik. Suara dada ini tidak digalakkan bagi penyanyi amatur. Hal ini kerana pernafasan yang betul diperlukan bagi menghasilkan suara dada. Kebiasaannya penyanyi lelaki lebih selesa untuk menggunakan perletakan suara ini berbanding dengan penyanyi wanita.

Selain itu fonasi adalah suatu yang penting dalam nyanyian. Fonasi adalah sebutan. Kejelasan sebutan adalah penting kerana mesej nyanyian yang ingin disampaikan dapat difahami oleh pendengar. Pernafasan dan bentuk mulut yang betul memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan bunyi yang berkualiti. Bunyi konsonan dari awal hingga akhir sesuatu perkataan itu perlulah jelas. Ciri-ciri ton yang baik perlulah merangkumi tenaga, intensiti, kekuatan bunyi dan harakat iaitu panjang atau pendek sesuatu perkataan.

Bentuk mulut apabila membunyikan huruf vokal.

Seorang guru muzik yang baik perlu memiliki kemahiran nyanyian bagi menyampaikan pembelajaran Pendidikan Muzik dengan berkesan. Penyediaan bahan-bahan berkaitan latihan vokal dan kemahiran menyampaikan nyanyian yang baik adalah penting sebagai persediaan menjadi seorang pendidik muzik yang berketerampilan. Seorang guru muzik itu perlulah mengetahui teknik-teknik vokal dan rejister suara setiap murid yang diajarnya. Nyanyian merupakan salah satu topik penting dalam muzik. Hal ini kerana dengan nyanyian, guru dapat mempertingkatkan imaginasi murid, memberi pengalaman muzik kepada murid dan membentuk keyakinan murid. Banyak teknik-teknik vokal yang perlu diketahui oleh seorang guru muzik. Antara teknik vokal adalah seperti rejister, sebutan, artikulasi dan perletakan suara. Sebagai seorang guru muzik, kita perlu tahu perletakan atau rejister suara bagi setiap murid yang kita ajar. Hal ini penting bagi kita untuk mengajar mereka nyanyian. Guru muzik tidak boleh memberi mereka menyanyi lagu yang di luar range suara mereka. Jika tidak murid tersebut mengalami kesukaran untuk mencapai range yang diberi oleh guru. Selain itu seorang guru muzik perlu tahu bahawa suara dada tidak sesuai bagi kanak-kanak. Murid kebiasaannya tidak tahu cara untuk mengaplikasikan pernafasan dalam nyanyian. Jika guru memberi range hingga ke suara dada hal ini akan menyebabkan murid mengalami kesukaran untuk menyanyi. Kebiasaannya suara murid sekolah rendah berada di range yang tinggi oleh itu, guru boleh menyuruh mereka menyanyikan sesuatu lagu menggunakan suara kepala atau suara tengah. Suara ini lebih mudah dan selesa untuk mereka nyanyikan. Murid juga cepat mengingati apa yang dipelajari pada hari tersebut. Suara dad hanya sesuai dinyanyikan oleh orang lelaki dewasa bukannya kanakkanak.

Sebagai seorang guru muzik yang cemerlang, kita perlu tahu akan jenis-jenis suara murid kita. Jika mereka mempunyai range suara alto kite boleh menyuruh mereka menyanyi menggunakan suara mereka sendiri. Hal ini bertujuan untuk memberi keselesaan kepada murid ketika menyanyi. Hal ini juga bertujuan untuk tidak memberikan pandangan kepada murid bahawa menyanyi adalah perkara yang sukar. Guru muzik juga perlulah membimbing muridnya dalam menyanyi. Jika murid tersebut menyanyi tidak sampai kepada pic yang diinginkan, guru perlulah bersabar dan mengajar mereka apa yang perlu dilakukan. Adalah penting bagi seorang guru tahu rejister suara murid mereka kerana rejister suara bagi kanak-kanak adalah tidak sama dengan rejister suara orang dewasa. Renge suara kanak-kanak boleh berubah apabila mereka telah sampai akil baligh. Guru juga perlu menekankan sebutan kepada murid terutamanya pelajar berbangsa cina dan india. Hal ini kerana pelat mereka mempengaruhi sebutan mereka. Sebagai contoh, pelajar cina menyebut lori sebaga loli. Mereka kebiasannya mempunyai masalah untuk membunyikan huruf r. Oleh itu, guru perlu mengambil inisiatif agar murid dapat mengatasi masalah tersebut dengan berkesan. Ketika masih kecillah guru perlu mengajar murid cara sebutan yang betul. Guru perlu membetulkan murid jika mereka salah menyebut perkataan yang di tulis. Jika tidak murid tidak akan tahu tentang masalah mereka. Guru perlu mengajar murid tentang cara untuk membunyikan huruf-huruf vokal selain memastikan mereka melontarkan suara. Kebiasaannya murid tidak mengalami masalah dari segi lontaran suara. Mereka merasakan apa yang mereka lakukan adalah betul seperti yang guru inginkan.

Setiap pelajar yang mengambil alat muzik utama vokal telah diberikan tugasan ini oleh pensyarah. Tugasan ini merupakan tugasan wajib yang perlu dilaksanakan untuk melayakkan diri seorang pelajar lulus untuk semester ini. Pelajar telah diberikan tugasan berkaitan dengan teknik-teknik nyanyian iaitu fonasi dan rejister suara. Sepanjang menjalankan tugasan ini pelbagai masalah yang saya hadapi namun begitu dengan pertolongan dari pensyarah dan rakan-rakan akhirnya tugasan ini dapat dilaksanakan. Masalah yang saya hadapi dalam melaksanakan tugasan ini adalah saya tidak ingat akan teknik-teknik nyanyian. Oleh itu saya mengambil keputusan untuk bertanyakan kepada rakan-rakan saya yang lebih mahir. Selain itu, saya tidak faham tentang fonasi. Saya mencari di dalam internet tentang teknik nyanyian yang berkaitan fonasi dan ia menunjukkan bahawa fonasi itu merupakan sebutan. Namun begitu, saya masih lagi was-was dengan kenyataan tersebut. Oleh itu, saya meminta pandangan dari rakan saya, malangnya rakan say itu juga tidak berapa pasti dengan makna fonasi itu sendiri. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk bertanyakan kepada pensyarah yang mengajar saya. Akhirnya terungkailah tentang masalah fonasi ataupun sebutan Saya juga mempunyai masalah untuk rejister suara. Hal ini keran disesetengah blog mengatakan bahawa rejister suara dan renge suara adalah sama. Apabila diajukan kepada pensyarah beliau mengatakan bahawa rejister suara dan range suara adalah dua benda yang sangat berbeza. Rajister suara merupakan perletakan suara manusia sedangkan range suara adalah jenis-jenis suara manusia. Contoh jenis suara manusia adalah bes, tenor, alto dan soprano.

Disamping itu, melalui tugasan ini, saya dapat mengetahui bahawa suara dada tidak sesuai bagi kanak-kanak. Selama ini saya meyangka bahawa kanakkanak boleh menggunakan suara dada. Oleh itu, saya perlu berhati-hati pada masa hadapan untuk meletakkan range yang sesuai pada kelas saya nanti. Tugasan ini juga menjadikan saya rajin untuk mencari maklumat di dalam segala sumber. Namun bagi tugasan ini saya hanya menmbuat rujukan dari internet dengan bimbingan dan bantuan dari rakan-rakan dan pensyarah. Walupun mempunyai banyak masalah yang saya perlu tempuhi akhirnya tugasan ini dapat disiapkan pada tarikh yang ditetapkan.

RUJUKAN

1. VOKAL-kssr. Dilayari pada 28.2.2013 pada jam 8.30 p.m http://www.slideboom.com/presentations/249775

2. NYANYIAN 1. Dilayari pada 2.3.2013 pada jam 11.00 p.m http://www.scribd.com/doc/39595203/NYANYIAN-1

3. 4 Jenis Rejister Suara. Dilayari pada 3.3.2013 pada jam 3.00 p.m http://upumanuwu.blogspot.com/2010/10/4-jenis-register-suara-specialwhistle.html

4. Muzik Dan Nyanyian. Dilayari pada 3.3.2013 pada jam 4.30 p.m http://bustamkamri.blogspot.com/2010/08/muzik-dan-nyanyian.html

5. Nyanyian Dan Lagu Dalam Aspek Perkembangan Kanak-kanak. Dilayari pada 4.3.2013 pada jam 5.30 p.m http://shahroel.blogspot.com/2009/09/nyanyian-dan-lagu-dalam-aspek.html

Anda mungkin juga menyukai