Anda di halaman 1dari 8

Apakah penyelidikan?

Tatacara yang teratur yang digunakan oleh manusia untuk menambahkan ilmu pengetahuan baru, dan berbeza sekali dengan penemuan ilmu secara kebetulan atau spontan. Penyelidikan dilakukan mengikut langkah-langkah tertentu yang diatur khas untuk mengeluarkan maklumat baru. (Ahmad Mahzan Ayob, 1983) Penyelidikan bertujuan mendapatkan kebenaran yang mempunyai logik mengenai sesuatu fenomena, tetapi ia tidak bererti bahawa kebenaran yang didapati itu merupakan kebenaran yang muktamad mengenai fenomena itu. Fakta-fakta baru atau fakta-fakta yang tidak didapati semasa penyelidikan dijalankan mungkin akan timbul dan ini akan mengubah keputusan penyelidikan dan dengan itu pengetahuan akan sentiasa berubah. (Mohd. Sheffie Abu Bakar, 1987) usaha mencari data yang akan dipergunakan untuk menguji sesuatu hipotesis, untuk memecahkan sesuatu persoalan tertentu, atau hanya sekadar ingin mengetahui samada wujudnya ataupun tidak sesuatu persoalan itu. (J. Supranto, 1986) In carrying out research the purpose is to try to make some claim to knowledge; to try to show something that was not known before. However small, however modest the hoped for claim to knowledge is, provided it is carried out systematically, critically and self-critically, the search for knowledge is research. (Bassey, 1990)

Dari segi sejarah perkembangan penyelidikan, jelas membuktikan kajiselidik adalah satu langkah sistematik yang mengkaji perhubungan di antara pembolehubah. Langkah sistematik ini merupakan elemen yang terpenting didalam konsep asas penyelidikan. Seseorang mungkin melakukan sesuatu kajian ataupun pemerhatian, tetapi tindakan tersebut tidak akan membawa sebarang makna yang berkesan sekiranya proses langkah sistematik diabaikan. (Dr. Asaruddin Hj Ashaari, 1989)

Penyelidikan ialah satu kaedah yang tersusun, sistematik atau teratur dan bersifat objektif, bukan subjektif dan bebas dari pertimbangan nilai. Dengan lain perkataan, penyelidikan yang bersandarkan kepada pertimbangan fakta dan logik pemikiran manusia. Logik pemikiran manusia tentulah berdasarkan apa yang ditanggap oleh pancaindera manusia.

Ciri-ciri penyelidikan

Menambahkan ilmu pengetahuan Melalui pemerhatian,pengumpulan data/maklumat tentang sesuatu fenomena dan mengeluarkan prinsip-prinsip yang teguh untuk menerangkan fenomena tersebut dengan menyatakan sebab dan akibatnya. Bergantung semata-mata kepada logik penakulan akal manusia dan mesti berdasarkan kepada fakta semata-mata atau andaian-andaian yang dianggap munasabah menurut proses pemikiran manusia. Mesti boleh diulangi oleh penyelidik lain dengan menggunakan kaedah yang sama atau boleh diulangi secara empirikal. Laporan secara objektif (tanpa emosi) dengan bahasa yang tegas.

Langkah-langkah utama dalam penyelidikan 1. 2. 3. 4. 5. Kenalpasti masalah dan nyatakan objektif Cadangkan hipotesis atau penyelesaian Kumpulkan keterangan/data Analisis data Melaporkan keputusan

Tujuan penyelidikan.

Membantu manusia memahami sesuatu masalah. Menyampaikan idea dan maklumat kepada ahli masyarakat melalui laporan yang jelas. Menilai laporan penyelidikan dan mengendalikan penyelidikan yang serupa (jika ada) untuk mendapatkan bukti yang lanjut oleh penyelidik lain.

Data yang dikumpulkan melalui penyelidikan dipergunakan sebagai asas untuk membuat keputusan oleh orang yang menjalankan penyelidikan atau pihak lain (penaja). Exploratory studies - to explore or investigate little understood phenomena and discover the important underlying patterns, themes, and factors which affect them. Explanatory studies - the researcher is interested in explaining the forces causing a particular phenomenon, and in identifying important events, beliefs, attitudes, and/or policies which might be shaping the phenomenon. Predictive studies - involves the planned investigation of the outcome of a particular prediction or set of predictions. The main purposes of research is to develope new knowledge.

Penyiasatan Tidak banyak perbezaan antara penyiasatan dan penyelidikan kerana masing-masing mencari kebenaran dan bertujuan menambahkan ilmu pengetahuan atau maklumat baru. Perbezaan yang wujud adalah dari segi metodologi dan jenis masalah. Keduaduanya berjalan dengan teratur mengikut langkah-langkah tertentu. Penyiasatan adalah lebih bersifat 'penyelidikan bagi sesuatu kes'. Oleh itu penemuannya boleh digunakan hanya untuk kes itu sahaja atau kes yang sama dengannya. Penyiasatan tidak membuat keputusan atau kesimpulan mengenai alam. Penyiasatan juga tidak menegakkan prinsip dasar tentang ilmu atau teori.

Pengertian penyelidikan Kemajuan yang dicapai di dunia ini adalah hasil dari penyelidkan yang dijalankan oleh manusia. Kehidupan seharian manusia juga sentiasa dipengaruhi oleh hasil-hasil penyelidikan. Penyelidikan sentiasa dilakukan oleh seluruh lapisan masyarakat manusia. Organisasi kerajaan dan swasta sentiasa menjalankan penyelidikan yang dirancang dengan teliti untuk memperbaiki lagi perkhidmatan dan produktiviti masing-masing. Ahli-ahli antropologi pula sentiasa menjalankan penyelidikan tentang kesan-kesan tinggalan tamadun silam untuk mengetahui corak kehidupan dahulukala. Penyelidikanpenyelidikan dijalankan samada untuk mengetahui apa yang sedang, telah dan akan berlaku bagi menambahkan pengetahuan manusia. Ada manusia mendapat pengetahuan baru secara spontan, melalui pengalaman dan wahyu dari Allah,

tetapi terdapat manusia yang memperolehi pengetahuan melalui metod yang logik untuk mendapatkan generalisasi yang dinamakan pengetahuan.

Erti dan kegunaan data Kebanyakan orang yang berkerja di industri tidak menyedari tentang nilai penyelidikan pemasaran yangmembawa keuntungan kepada sesebuah syarikat serta menolong menjauhinya dari bencana-bencana yang dialami tanpa penyelidikan. (Electronic and Power, May, 1970)

Oleh kerana sesuatu anggapan atau andaian itu mungkin benar atau salah dan akan digunakan untuk membuat keputusan, maka anggapan yang berupa hipotesis itu harus diuji terlebih dahulu dengan cara mengumpul data dan kemudian menggunakan asasasas pengujian tertentu untuk mengujinya. Sesuatu penyelidikan sering dijalankan untuk menguji hipotesis atau anggapan yang mungkin benar atau salah. Anggapan yang salah akan menghasilkan keputusan yang salah. Data dapat memberikan gambaran mengenai sesuatu keadaan atau persoalan. Di dalam kehidupan seharian, seseorang itu sering membuat keputusan. Oleh itu sesuatu keputusan yang hendak dibuat perlulah berdasarkan kepada hasil penyelidikan agar tidak mendatangkan kesan buruk kepada orang lain. Pada dasarnya, data itu merupakan satu alat yang digunakan sebagai asas untuk proses membuat keputusan atau memecahkan persoalan-persoalan. Keputusan yang baik hanya boleh diperolehi dari pembuat keputusan yang baik dimana keputusan tersebut dibuat berdasarkan kepada data yang baik.

Kategori penyelidikan Penyelidikan dikategorikan kepada dua:

1. Penyelidikan asas 2. Penyelidikan gunaan

Penyelidikan Asas

Semata-mata untuk menambahkan ilmu pengetahuan manusia. Penyelidikan yang mempunyai tujuan intelek untuk memperkembangkan ilmu pengetahuan. Penyelidikan ini berdasarkan keinginan untuk mengetahui sesuatu. Penyelidikan tentang alam sekelilingnya tanpa tujuan khusus untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Meliputi penyelidikan tentang mukabumi, dasar lautan, angkasa lepas dan cakerawala. Bersifat statik sekiranya teori yang ditemui tidak dapat diuji oleh ahli penyelidik penyelidikan gunaan. Jika diuji dan tidak tepat/benar, para penyelidik penyelidikan asas akan melakukan semula penyelidikan asas untuk memperbaiki model atau teori mereka.

Penyelidikan Gunaan

Untuk mendapatkan pengetahuan baru untuk faedah dan manfaat manusia. Bertujuan untuk mengumpul maklumat atau pengetahuan yang akan digunakan seterusnya. Sentiasa menggunakan teori sebagai titik tolak dan teori itu lahir dari penyelidikan asas.

Penyelidikan asas dan penyelidikan gunaan sering perlu memerlukan dan saling kait mengait antara satu sama lain.

Tujuan Penyelidikan dalam Pendidikan


MENGAPA MENYELIDIK? Secara dasarnya, kajian dibuat untuk mengutip maklumat secara sistematik sebagai satu langkah kearah menyelesaikan sesuatu masalah tertentu. Tujuan Kajian boleh dikelaskan seperti berikut: Tujuan Menjalankan Kajian (a) Pelaporan/Penerokaan

Ini merupakan tujuan asas kajian. Ia dibuat terutamanya untuk mengutip maklumat awal atau latar belakang. Dalam pelaporan/penerokaan maklumat atau ringkasan statistic yang dibentangkan tidak member inferensi atau kesimpulan. Ada yang tidak menganggap pelaporan sebagai kajian, tetapi hanya sebagai sebahagian daripada kajian, sekiranya laporan dibuat secara terper inci. (b) Deskriptif

Kajian jenis ini menjawab soalan tentang siapa, apa, bila, dimana, kadangkala, bagaimana. Tujuannya ialah untuk menjelaskan subjek, biasanya dengan menyediakan profil masalah, orang atau peristiwa. Penyelidikan jenis ini mungkin tidak dapat menghasilkan inferensi yang kuat. Walaupun begitu, ia adalah popular disebabkan ia boleh dibuat merentas disiplin dan boleh digunakan dengan mudah untuk tujuan perancangan, pemantauan dan penilaian.

(c)

Explanatori

Penyelidikan jenis ini mnjawab soalan tentang mengapa dan bagaimana, ia lebih menjelas dan menerangkan sebab-sebab sesuatu fenomena berlaku, yang mana penyelidikan deskriptif hanya membuat pemerhatian. (d) Prediktif Penyelidikan jenis ini dapat menelah bila dan dalam situasi mana sesuatu fenomena besar kemungkinan akan berlaku. Keupayaan menelah masa dan situasi ini membolehkan kawalan dibuat terhadap sesuatu fenominum.

Ciri!

Penyelidikan Kuantitatif dan Kualitatif Penyelidikan Kuantitatif Satu bentuk inkuiri positivis yang menekankan permerolehan fakta menggunakan pengukuhan objektif dan analisis statistic data numeric untu memahami dan menjelaskan sesuatu fenomena yang boleh dijadikan panduan kepada amalan dan polisi.

Penyelidikan Kualitatif Penyelidikan yang menekankan kepada penghasilan makna. Berlainan daripada hanya bergantung kepada fakta dan rajah, ujian dan juga persampelan seting dan subjek kajian, Penyelidikan kualitatif mengambil kira apa yang tidak disentuh oleh kajian

Perbezaan antara Penyelidikan Kuantitatif dan Kualitatif Kuantitatif Kualitatif

Tujuan

Menyelidik hubungan, sebab dan kesan

Memahami fenomena sosial

Reka bentuk

Dibentuk sebelum kajian dijalankan

Dibentuk semasa kajian dijalankan

Pendekatan

Deduktif, menguji teori

Induktif, menjana teori

Alat-alat

Menggunakan alat-alat piawai

Menggunakan interkasi bersemuka

Sampel

Menggunakan sampel besar

Menggunakan sampel-sampel kecil

Analisis

Analisis statstik ke atas data numerik

Deskripsi dan interpreatasi naratif