Anda di halaman 1dari 12

SULIT

PEJABAT PELAJARAN DAERAH

PEPERIKSAAN PENILAIAN P1 BAHASA MELAYU Kertas 1 Mac TINGKATAN 2 1 jam ________________________________________________________________ BAHASA MELAYU TINGKATAN 2 Kertas 1 Satu jam ________________________________________________________________ JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A,B,C, dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan. ________________________________________________________________

Soalan 1 - 7 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1. . A B C D 2. jarang-jarang sayup-sayup samar-samar sipi-sipi Saya tidak nampak dengan jelas kejadian itu kerana cahaya pada waktu itu _________ , kata Siva kepada pegawai polis itu.

Kita digalakkan _________ dengan jiran untuk mewujudkan suasana yang harmoni. A B C D tahu-menahu sapa-menyapa ungkit-mengungkit pandang-memandang

3.

Beberapa orang pelajar yang _____ di kompleks beli-belah itu turut ditahan oleh pihak polis A B C D bertaburan berhamburan berpelesiran berserakan

4.

Atlet itu berusaha untuk _______ diri ke Sukan Olimpik pada tahun hadapan A B C D melayakkan selayaknya layak berkelayakan

5.

Puan Lee membeli tembikar itu sebagai _________ untuk rakan baiknya. A B C D tanda harga tanda mata tanda hati buah mulut

6.

Makanan dan selimut itu akan ________ kepada mangsa-mangsa banjir. A B disebarkan diagihkan 2

C D 7.

dihimpunkan dilambakkan

_________ bumiputera perlu berani bersaing dengan usahawan bangsa lain untuk maju dalam bidang perniagaan. A B C D Budayawan Negarawan Cendekiawan Usahawan

Soalan 8 - 14 Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah.Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B, atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan D. Pilih jawapan yang paling sesuai. 8. Bila sampai di simpang jalan itu, kamu beloklah ke kiri. Tiada kesalahan. A B C D Para peserta kursus diberi masa selama setengah jam untuk mengajukan A B pelbagai persoalan kepada penceramah itu. Tiada kesalahan. C D Sikap para penyokong yang saling tolak-menolak sewaktu keluar dari A B stadium itu menyebabkan beberapa orang kanak-kanak terjatuh dan C mengalami kecederaan. Tiada kesalahan. D Para penduduk mengkritik sikap pemimpin itu yang lupa kepada A B janji-janjinya untuk memajukan kawasan ini. Tiada kesalahan. C D Kami bergotong-royong pembersihan kelas untuk mewujudkan suasana A yang selesa, sekali gus melancarkan proses pengajaran dan B C pembelajaran Tiada kesalahan. D

9.

10.

11.

12.

13.

Rumah-rumah yang dibina di kawasan perumahan mewah itu besar A B sungguh. Tiada kesalahan. C D Ayah bual-bual dengan Pak Ngah Talib sementara ibu menyiapkan A B C hidangan untuk mereka di dapur. Tiada kesalahan. D

14.

Soalan 15 - 17 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul. 15. I II III IV A B C D 16. I II III IV Orang ramai berpusu-pusu ke pusat beli-belah yang sedang mengumpulkan jualan murah sejak petang semalam. Sultan menitahkan laksamana agar mengumpulkan para perajurit untuk mengawal sempadan negeri. Mereka mengumpulkan surat khabar dan majalah lama itu di dalam stor sebelum dijual kepada Tauke Seng. Ibu bapa perlu memberikan galakan kepada anak-anak untuk mengumpulkan wang. I dan IV sahaja II dan III sahaja I, II dan III sahaja II, III, dan IV sahaja Penceramah itu memetik beberapa ayat suci Al-Quran ketika menyampaikan ceramahnya. Pemuda itu bernyanyi sambil memetik gitar. Pak Mail menyuruh anaknya memetik suis kipas kerana cuaca sangat panas. Sikap pelajar itu yang bersopan-santun amat memetik hati guruguru. I dan II sahaja II dan IV sahaja I, II dan III sahaja II, III, dan IV sahaja Abang sulung saya adalah menuntut di Universiti Malaya. Pekerja-pekerja di kilang tekstil itu menuntut kenaikan gaji daripada pihak pengurusan. Kamsiah bersemuka dengan Pak Ngah Ali untuk menuntut hak ayahnya atas tanah pusaka itu. Ibu menuntut abang supaya tidak bergaul dengan budak-budak nakal 4

A B C D 17. I II III IV

A B C D

I dan II sahaja II dan III sahaja I, II dan IV sahaja II, III dan IV sahaja

Soalan 18 - 21 Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa dan mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A,B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 18. Roslina mengucapkan tahniah dengan Siew Lai kerana telah memenangi tempat pertama dalam pertandingan mengarang. A B C D 19. mengucap tahniah dengan Siew Lai mengucap tahniah kepada Siew Lai mengucapkan tahniah kepada Siew Lai mengucapkan tahniah dengan Siew Lai

Mekanik itu mengambil masa kira-kira dua setengah jam untuk membaiki kereta ayah yang rosak. A B C D kira-kira dua jam tengah kira-kira setengah jam dua kira-kira dua jam setengah kira-kira dua setengah jam

20.

Pemilihan Cikgu Radzi sebagai Penolong Kanan Pentadbiran bukan berdasarkan pada pengalamannya. A B C D berdasarkan pengalamannya berdasar kepada pengalamannya berdasarkan dengan pengalamannya berdasarkan pada pengalamannya

21.

Masalah mengganggu bekalan air yang dilakukan di kampung itu menyebabkan para penduduk sukar untuk melakukan aktiviti seharian. A B C D gangguan bekalan air yang berlaku gangguan bekalan air yang dilakukan mengganggu bekalan air yang berlaku mengganggu bekalan air yang dilakukan

Soalan 22 hingga soalan 24 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 22. Seramai dua ratus orang murid yang terdiri daripada berbilang bangsa telah menyertai Kem Motivasi yang diadakan selama seminggu di Kem Bumi Jati. A B C D Selama seminggu Kem Bumi Jati itu menjadi tempat berlangsungnya Kem Motivasi yang melibatkan seramai dua ratus orang murid. Kem Motivasi yang diadakan selama seminggu di Kem Bumi Jati telah disertai oleh seramai dua ratus orang murid yang terdiri daripada berbilang bangsa. Murid-murid yang berbilang bangsa akan mengadakan Kem Motivasi di Kem Bumi Jati selama seminggu yang melibatkan peserta seramai dua ratus orang murid. Kem Motivasi yang diadakan selama seminggu untuk seramai dua ratus orang murid di Kem Bumi Jati itu akan disertai oleh murid-murid yang terdiri daripada berbilang bangsa.

23.

Semua penduduk digesa agar menjaga kebersihan kawasan kediaman masing-masing untuk mengelakkan pembiakan nyamuk aedes. A B C D Nyamuk aedes hanya membiak di kawasan kediaman yang diabaikan kebersihannya oleh semua penduduk. Pembiakan nyamuk aedes berlaku ekoran penduduk tidak digesa untuk menjaga kebersihan kawasan kediaman mereka. Demi memastikan nyamuk aedes tidak membiak, semua penduduk diminta supaya menjaga kebersihan kawasan rumah rumah mereka.. Gesaan agar menjaga kebersihan kawasan kediaman hanya diberikan kepada semua penduduk ekoran pembiakan nyamuk aedes di kawasan masing-masing.

24.

Faktor utama yang membawa kepada kemerosotan moral dalam kalangan pelajar ialah kurangnya pengetahuan agama. A B C D Keruntuhan moral yang berpunca daripada remaja yang tiada didikan agama sudah dikenal pasti. Anak remaja hari ini lebih cenderung untuk melakukan perbuatan yang bertentangan dengan didikan agama dan tidak bermoral. Kebanyakan remaja tidak dididik dengan ilmu agama kerana mereka keruntuhan akhlak. Ceteknya ilmu agama adalah punca utama yang dikenal pasti sebagai penyebab berlakunya keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja. 6

Soalan 25 - 27 Pilih ayat-ayat yang betul. 25. I II III IV A B C D 26. I II III IV A B C D 27. I II III IV A B C D Jika ada apa masalah, berhubunglah dengan pihak pengurusan Ketiga-tiga orang perenang-perenang Negara telah mara ke peringkat separuh akhir. Lelaki yang beruniform biru itu ialah ketua jabatannya. Orang ramai dinasihati agar tidak terpengaruh oleh khabar-khabar angin. I dan IIIsahaja III dan IV sahaja I, III dan IV sahaja I, II , III dan IV sahaja Sudah hampir seminggu nelayan itu kehilangan di laut. Kajian menunjukkan bahawa segelintir murid di negara ini masih belum menguasai kemahiran membaca dan menulis. Para pekerja bertungkus lumus untuk menyiapkan rumah banglo dua tingkat itu. Pembinaan terowong itu berjaya membendung masalah banjir kilat yang berlaku di ibu kota. I dan IV sahaja II dan III sahaja II, III dan IV sahaja I, II, III dan IV sahaja Penggunaan dadah dalam semua jenis sukan adalah tidak dibenarkan. Tabiat menabung perlu dipupuk oleh ibu bapa dalam diri anak-anak sejak mereka masih kecil lagi. Turut kehadiran pada majlis itu ialah sekumpulan penghuni-penghuni Rumah Orang-orang Tua Seri Kenangan. Puan Senah sedang menunjukkan tentang cara-cara membuat biskut pada sekumpulan ibu tunggal di balai raya I dan II sahaja II dan III sahaja III dan IV sahaja I dan IV sahaja

Soalan 28 - 30 Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai . 28. Peribahasa seperti si buta mendapat tongkat membawa maksud A B C D mengambil kesempatan terhadap kesusahan yang dihadapi orang lain. melakukan sebarang perbuatan yang merugikan diri sendiri. bertangguh apabila melakukan sesuatu pekerjaan. bersikap sombong setelah memperoleh sesuatu.

Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing

29.

Peribahasa di atas memberikan pengajaran kepada kita supaya A B C D lupa akan jasa orang lain kepada kita. mencari kesalahan orang lain semata-mata. tidak bersikap mementingkan diri. tabah dalam menghadapi masalah.

30.

Peribahasa yang dapat dikaitkan dengan kedudukan atau pekerjaan yang tidak tetap ialah A B C D seperti rumput di tepi jalan. seperti batu di pulau. seperti abu di atas tunggul. seperti tikus jatuh di beras.

Soalan 31 - 35 Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Semasa Hafizi dan Raja berjalan ke kelas, Kamil sudah pun menunggu mereka berdua di muka pintu. Sebaik sahaja Hafizi masuk, Kamil terus menolak Hafizi sehingga terjatuh. Kawan-kawan Kamil ketawa riang apabila melihat Hafizi tersungkur ke lantai. Raja segera mengangkat Hafizi. Ingin saja ditumbuknya muka Kamil tetapi dihalang oleh Hafizi. Kalau dia kaki samseng kita jangan terikut-ikut perangai seperti dia, Raja! Hafizi mengingatkan dengan geram bercampur marah. Dia malu diperlakukan sedemikian rupa. Jangan tunjuk baiklah Si Tempang. Kamil terus menghina Hafizi. Tetapi, dia tidak busuk hati seperti kau, Kamil! Sampuk Mei Ling. Kau jangan masuk campur Mei Ling, kau tu perempuan, bentak Kamil. Kenapa? Kau ingat aku takut? Nanti aku beritahu Cikgu Ridzuan, kau tahulah nanti, ugut Mei Ling. Kamil dan kawan-kawan terus duduk di tempat masing-masing apabila melihat Cikgu Lee menuju ke arah mereka. Kejayaan tidak dapat diukur dengan pangkat dan darjat, kaya atau miskin, cacat atau sempurna. Kalau ingin berjaya harus berusaha keras. Kalau tidak, sesiapa saja akan gagal, jelas Cikgu Lee, guru mata pelajaran Sains. Kesempatan 10 minit terakhir sering digunakan olehnya untuk memberi motivasi dan kesedaran diri kepada semua murid. Contohnya seperti Hafizi, walaupun dia cacat, tidak boleh bersukan dan bergerak cergas seperti kita, tetapi dia seorang murid yang pintar. Awak ingat kepintaran itu boleh dicapai tanpa berusaha? ujar Cikgu Lee sambil memandang ke arah Kamil. Kamil menjeling tajam ke arah Hafizi. Tidak kira apa-apa agama sekalipun yang kita anuti, kita tidak diajar untuk menghina orang lain. Perbuatan itu adalah salah sama sekali! sambung Cikgu Lee. Hafizi memandang ke arah kaki kirinya. Aku tidak pernah menyesal dilahirkan begini, mengapa orang lain pula yang bersusah hati melihat kepincangan diriku, bisik hati Hafizi.

(Dipetik dan diubahsuaikan dengan cerpen T empang, karya Pitteriah Abdullah, antologi Kasut Kelopak Jantung, Tingkatan 1, Dewan Bahasa dan Pustaka)

31.

Apabila Hafizi jatuh tersungkur ditolak Kamil, Raja hendak menumbuk Kamil, tetapi dihalang oleh Hafizi. Hafizi bertindak demikian kerana dia seorang A B C D penakut budiman dan berhemah tinggi pelajar yang cacat murid yang pintar

32.

Kamil dan rakan-rakannya sangat membenci Hafizi kerana A B C D Hafizi murid kesayangan guru Hafizi anak orang kaya Hafizi murid cemerlang dalam kelasnya Hafizi tidak suka bergaul dengan Kamil dan rakan-rakannya

33.

Frasa busuk hati yang terdapat dalam petikan ialah unsur A B C D simpulan bahasa anafora personifikasi metafora

34.

Dalam cerpen ini, watak Kamil ialah watak A B C D dinamik protagonis statik antagonis

35.

Cerpen Tempang membawa tema A B C D kesabaran adalah separuh daripada iman keluhuran hati seorang remaja cacat terhadap rakan-rakannya orang yang cacat mempunyai perasaan juga berbuat baik kepada orang lain tidak merugikan kita

10

Soalan 36 - 40 Baca pantun di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Belayar perahu dari Berandan, Menuju arah Selat Melaka; Lebar kepala dari badan, Apakah itu cubalah teka? Burung nuri burung dara, Terbang ke sisi taman kayangan; Cubalah cari wahai saudara, Makin diisi makin ringan. Hari-hari ke rumah Cik Hitam, Melihat orang memotong tebu; Apa binatang darahnya hitam, Janggut delapan tulangnya satu? Ambil betik potongkan pisau, Buah masak pokoknya rendah: Keci-kecil berbaju hijau, Sudah besar berbaju merah? Kalau tuan bawa keladi, Bawa juga si pucuk rebung; Kalau tuan bijak bestari, Apa dia tanduk di hidung?

(Dipetik daripada Pantun Empat Kerat (Teka-Teki), Antologi Kasut Kelopak Jantung, Tingkatan 1, (Dewan Bahasa dan Pustaka)

36.

Apakah benda yang semakin diisi semakin ringan? A B C D belon kapas angin barangan

11

37.

Pengulangan kata kalau yang digunakan dalam rangkap ke-5 pantun ini ialah gaya bahasa A B C D anafora epifora metafora hiperbola

38.

Pernyataan berikut merupakan ciri-ciri pantun empat kerat, kecuali A B C D mempunyai rima a-b-a-b setiap ayat mengandungi maksud dua ayat pembayang dan dua ayat maksud setiap ayat mengandungi empat atau lima patah perkataan

39.

Pilih jeda yang sesuai bagi baris-baris pantun yang berikut A B C D Burung /nuri burung dara Terbang ke sisi/taman kayangan Cubalah cari wahai/ saudara Makin diisi makin ringan/

40.

Pantun teka-teki kebiasaannya mengambil alam dan kehidupan sebagai asas untuk berkarya kerana A B C D lebih mudah untuk mengarang banyak contoh yang boleh diperoleh menimbulkan kesan yang mendalam dekat dengan pencipta pantun tersebut

KERTAS SOALAN TAMAT

12

Anda mungkin juga menyukai