Anda di halaman 1dari 2

FOLIO PENDIDIKAN MORAL TUGASAN HARIAN 2011 TINGKATAN 5 1. Anak ialah kurniaan Tuhan.

Ibu bapa mempunyai tanggungajawab untuk membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang. Malangnya kejadian mendera dan menyeksa anak-anak seolah-olah menunjukkan bahawa ibu bapa tidak menunaikan amanah mereka dengan baik. Huraikan faktor-faktor yang sering kali dikaitkan sebagai punca penderaan kanak-kanak. 2. Kitar semula adalah antara langkah yang boleh diambil bagi menangani maslah pencemaran alam sekitar yang semakin meruncing di samping mengurangkan pembaziran sumber semulajadi. Jelaskan kebaikan amalan kitar semula dalam kehidupan seharian kita. 3. Kepelbagaian agama dan kepercayaan tradisi dan adat resam serta bahasa bukan penghalang kepada keharmonian dalam masyarakat. Bincangkan kenyataan tersebut berdasarkan contoh yang sesuai. 4. Pengguna perlu tahu bahwa mereka mempunyai hak untuk menikmati perkhidmatan yang memuaskan serta mendapat barangan yang berkualiti di pasaran dalam kehidupan seharian mereka. Jelaskan sikap yang perlu diamalkan oleh pengguna bagi melindungi hak mereka. Nota : 1. Ini tugasa harian 5 dan 6 2. Tugasan harian ini hendaklah ditulis tangan dan sekurang kurangnya ditulis 250 patah perkataan 3. Jawapan anda perlulah dikaitkan dengan nilai nilai moral yang telah dipelajari 4. Pilih mana mana dua tajuk diatas 5. Tugasan anda perlu dihantar sebelum atau pada 31 MAC 2011 sebelum 11 pagi.

Wanita kini bukan sahaja memonopoli bidang kerjaya seperti guru, jururawat, kerani atau setiausaha malah dewasa ini mereka lebih berani menoroka pelbagai kerjaya yang lebih mencabar yang dahulunya hanya diceburi oleh kaum lelaki. Hal ini membuktikan sumbangan wanita dalam pembangunan negara semakin meluas dan diiktiraf oleh masyarakat. Pilih beberapa tokoh wanita yg telah memberi sumbangan terhadap pembanguanan negara dalam pelbagai bidang dan huraikan sumbangan mereka.

Pembuangan bahan-bahan sisa pertanian akan mencetuskan maslah alam sekitar sekiranya tidak diuruskan dengan baik.Bincangkan bagaimanakah bahan sisa pertanian boleh ditebusguna untuk mengelakkan maslah alam sekitar. Terdapat sesetengah anggota masyarakat yang mengambil keputusan untuk menempatkan ibu bapa mereka di rumah orang-orang tua. Mengapakah fenomena ini berlaku? Kita sering kali didedahkan dengan perbuatan sumbang seperti salah laku seks, pelacuran, rogol, pergaulan bebas serta budaya melepak di kalangan masyarakat kita. Apa yang lebih menyedihkan salah laku seumpama ini melibatkan golongan remaja yang masih di bangku sekolah. Pada pandangan anda bagaimanakah golongan remaja dapat mengelakkan diri daripada terlibat dalam masalah seumpama ini?

Anda mungkin juga menyukai