Anda di halaman 1dari 19

Pengenalan

Bola jaring merupakan sukan yang sama dan terhasil dari bola keranjang, pada asalnya dikenali dinegara asalnya, Amerika Syarikat sebagai "bola keranjang wanita". Dicipta oleh Clara Gregory Baer, peneraju dalam sukan wanita, ia kini merupakan sukat berpasukan wanita tersoor (kedua-dua sebagai penonton dan pemain sukan) di Australia dan New Zealand dan turut popular di Jamaica, Barbados, South Africa, Sri Lanka, dan United Kingdom.

Sejarah Bola Jaring

Bola jaring merupakan satu satunya jenis sukan di dunia yang khusus dimainkan oleh wanita. Jenis sukan ini mula diperkenalkan pada tahun 1891 di Amerika Syarikat. Sejak itu ia semakin digemari dan hari ini ia dimainkan oleh semua golongan wanita dari berbagai bagai peringkat usia.

Pada mulanya, sukan ini digabungkan dengan bola keranjang, yang juga menggunakan keranjang sebagai gol. Ramai pula menganggap sukan bola jaring ini sebagai cabang bola keranjang. Yang bertanggungjawab yang memperkenalkan sukan bola jaring ialah Dr. James Naismith. Sukan ini diperkenalkan di Kolej Sringfield, Massachusetts pada tahun 1891. Sukan ini kemudian diperkenalkan sebagai acara sukan luar dewan. Bakul sebagai digantikan dengan gelang dan jaring. Maka lahirlah jenis sukan yang baru apa yang kita sebut hari ini sebagai bola jaring.

Salah satu sebab sukan ini mudah diterima umum ialah ia mudah dimainkan dan tidak memerlukan kawasan yang luas seperti halnya bola sepak dan hoki. Bilangan pemain tidak ramai. Hal ini turut mempengaruhi. Hari ini bola jaring telah diiktiraf sebagai salah satu

sukan antarabangsa dengan sebilangan besar negara dunia mengambil bahagian dalam pertandingan pertandingan antarabangsa.

Di negara kita bola jaring diminati oleh semua golongan wanita. Berbagai kejohanan dan pertandingan dianjurkan dari semasa ke semasa. Majlis Sukan Sekolah sekolah Malaysia (MSSM) menganjurkan kejohanan bola jaring yang dianggap paling menarik dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Kejohanan ini dijalankan dari peringkat daerah, negeri hinggalah ke peringkat kebangsaan. Persatuan Bola Jaring Malaysia juga turut menganjurkan kejohanannya sendiri, dan turut mengambil bahagian dalam kejohanan antarabangsa.

Sejarah Ringkas Bola Jaring

Apabila Dr James Naisnith yang berasal dari Kanada telah mencipta permainan bola keranjang bagi penuntut Bahagian Latihan Fizikal,Kolej Springfield di YMCA Amerika sekitar tahun 1891,tanpa beliau sedari beliau juga telah mencipta satu lagi permainan yang hamper sama dengan bola keranjang iaitu Bola Jaring.Pada 1895,Dr Tales telah membawa masuk permainan ini ke England yang pada asalnya dikenali sebagi Basket Ball.Permainan Bola Jaring amat popular di eropah terutamanya di Australia dan juga di New Zealand.Bahkan dalam masa yang singkat sahaja permainan ini telah berkembang ke Afrika,United Kingdom,Kepulauan Caribean dan juga Asia.Permainan Bola Jaring diambil dari permainan Bola Keranjang.Bola Jaring telah diperkenalkan oleh pelajar Kolej Latihan Fizikal Madame Ostenberg di Hampstead England.Permainan Bola Jaring dulunya dikenali sebagai Bola Keranjang perempuan.Pada awalnya permainan ini tidak mempunyai undangundang dan tiada garisan di gelanggang.Golnya pun hanya diperbuat dari tong sampah yang digantung di suatu sudut.Disebabkan menggunakan tong sampah,jika bola dimasukkan maka pemain terpaksa memanjat untuk mengambilnya dan ini amat menyusahkan pemain. Selepas 2 tahun permainan tidak lagi dimainkan di dalam dewan tetapi diluar dewan.Kelangkapan permainan juga telah ditukar.Gelung telah digunakan bagi menggantikan tong sampah bahkan gelanggang telah dibuat garisan.Gelanggang telah dibahagikan kepada 3

bahagian yang sama besar.Bola yang lebih besar juga telah digunakan.Pada awalnya Bola Jaring hanya dimainkan oleh perempuan.Oleh itu,baju bagi sukan ini juga telah diperkenalkan dimana pemain dikehendaki memakai skirt yang panjang dan baju yang berlengan besar.Undang-undang permainan pertama sekali dicipta pada 1901 iaitu tidak lama selepas penciptaannya.Disebabkan permainan ini diasaskan lewat abad ke 19,maka ia berkembang sekitar awal abad ke 20.Permainan ini telah disebarkan oleh pederi dan pendakwah Kristian ke seluruh jajahan takluk British seperti Australia dan New Zealand.Walaupun permainan ia diasaskan di Britain namun New Zealand mendahului dalam menubuhkan persatuan Bola Jaring pada 1924 kemudian diikuti oleh Britain 1926 dan Australia 1927.Australia dan New Zealand telah bertindak membuat peraturan sendiri bagi permainan ini sehinggalah tahun 1938.Pertandingan pertama Bola Jaring ini diadakan pada 1963 yang mana menyaksikan Australia memenangi pertandingan tersebut dengan mengatasi New Zealand dengan satu mata.Ini menyaksikan Australia merupakan Negara pertama yang memenangi pert