Anda di halaman 1dari 52

Pemprosesan maklumat bermaksud aktiviti mental manusia yang berkaitan dengan menerima maklumat, menyimpan dan mengeluarkannya semula

untuk digunakan.
Model pemprosesan maklumat sama seperti model komputer iaitu terdiri daripada ingatan deria, ingatan jangka pendek atau ingatan kerja dan ingatan jangka panjang.

merupakan ingatan deria jangka panjang yang wujud pada deria manusia. Masa simpanan maklumat ialah antara 1 hingga 3 saat. Jika maklumat ini tidak diproses, ia akan hilang serta merta.

Kapasiti ingatan jangka pendek adalah kecil. Tempoh simpanan maklumat adalah antara 5 hingga 20 saat. Maklumat diproes, ditapis, disusun atau disintesis untuk dihantar ke stor ingatan jangka panjang untuk disimpan. Salah satu cara untuk menyimpan maklumat baru ialah secara ulang sebut berkali-kali. Contohnya, dalam pengajaran-pembelajaran, guru berhenti sebentar, tanya soalan tentang fakta.

Ingatan jangka panjang mempunyai kapasiti besar. Ia menyimpan maklumat lebih lama, iaitu lebih daripada beberapa minit hingga ke beberapa tahun. Ingatan jangka panjang, dari segi kandungan boleh dibahagikan kepada 3, iaitu ingatan episodik, semantik dan prosedural :

a) Ingatan episodik Adalah ingatan tentang peristiwa yang dialami seseorang sepanjang hayatnya, lengkap dengan masa dan tempat. Contohnya, mengingat peristiwa jatuh basikal. b) Ingatan semantik Ingatan semantik adalah ingatan tentang makna, iaitu menyimpan konsep , fakta, hukum, skema atau imej. Contohnya, mengingat makna semantik.

c) Ingatan prosedural Adalah ingatan tentang bagaimana melakukan sesuatu, terutamanya yang melibatkan aktiviti fizikal yang berurutan. Contohnya, mengingat bagaimana menaiki basikal, sekiranya anda telah lama tidak menaiki basikal. PROSES KAWALAN EKSEKUTIF
rangsangan

Belajar Ingatan sensori Ingatan jangka pendek Ingatan jangka panjang

Lupaaan (simpanan sementara)

Ingatan semula (simpanan tetap)

Pelajar yang memperoleh pencapaian tinggi dalam peperiksaan dikatakan sebagai pandai atau cerdas. Dalam situasi begini, kecerdasan bermaksud kebolehan untuk mendapat markah yang tinggi atau prestasi yang baik di sekolah.

Piaget (1950) berpendapat kecerdasan adalah kebolehan individu berfikir atau menaakul dalam usahanya menyesuaikan diri dengan persekitaran. Menurut Kalat (1999), kecerdasan adalah gabungan antara kebolehan umum dan kemahiran praktis. Weschler (1975) pula berpendapat kecerdasan ialah kebolehan seseorang individu memahami alam sekitarnya, dirinya dan kepakaran yang dimilikinya untuk membantunya menghadapi cabaran hidup.

Gardner (1983) percaya bahawa kecerdasan melibatkan kebolehan seseorang untuk menyelesaikan masalah atau mencipta sesuatu hasil kerja dalam konteks budayanya (seperti menggubah lagu, mencipta puisi atau koreograf tarian). Dia menentang pendapat yang mengatakan kecerdasan seseorang boleh dikenal pasti melalui ujian seperti ujian IQ. Gardner berpendapat bukan terdapat hanya satu cara untuk menyelesaikan masalah, tetapi terdapat pelbagai cara, iaitu individu menggunakan beberapa set proses kognitif untuk menyelesaikan masalah atau menghasilkan produk. Terdapat 9 jenis kecerdasan yang diperlukan oleh seseorang untuk meyelesaikan masalah atau menghasilkan produk . Teori ini dikenali sebagai Teori Pelbagai Kecerdasan Gardner.

Antaranya (a) (b) (c) (d) (e)

ialah :

(f)
(g) (h) (i)

logik-matematik Bahasa-linguistik Muzikal Visual-ruang-spatial Interpersonal Intrapersonal Eksistensial Naturalis Kinestetik-badan

Orang yang mempunyai kecerdasan logik-matematik mahir memanipulasi nombor dan pengiraan. Mereka juga berkeupayaan menyatakan sesuatu secara deduktif atau induktif dan dapat mengenal pasti serta mampu menggunakan corak-corak abstrak dan perhubungannya.

Kecerdasan ini merangkumi pembacaan, penulisan dan pembualan dalam bahasa sendiri atau bahasa asing. Kecerdasan ini juga tidak hanya berkisar kepada menghasilkan bahan bahasa, tetapi juga perbezaan, susunan dan rima perkataan. Mempunyai ingatan yang baik bagi nama tempat, tarikh atau lirik.

Melibatkan kepekaan kepada nada, rentak dan bunyi serta bertindak balas kepada elemen-elemen yang melibatkan perasaan. Di samping komposer dan pemuzik, orang-orang yang suka mendengar kicauan burung dan menghargai irama juga termasuk dalam golongan yang mempunyai kecerdasan muzik. Mereka yang mempunyai kecerdasan ini termasuklah mereka yang mempunyai keupayaan untuk menghasilkan ruang pandangan dunia dipindahkan ke dalam imej mental. Keupayaan ini amat diperlukan bagi kerja-kerja binaan, ukur bahan dan kejuruteraan.

Ialah keupayaan untuk memahami niat orang lain dan mengenal pasti matlamat pendorong orang lain untuk bekerja. Orang yang memiliki kecerdasan ini, sekiranya dia adalah pemimpin, dia akan dapat bekerja dan berhubung secara berkesandan pekerjanya.

Dimiliki oleh mereka yang mempunyai pengetahuan tentang diri sendiri yang melibatkan perasaan, niat dan matlamat hidup. Kecerdasan ini sukar dinilai. Contohnya, suka bersendirian dalam mengejar matlamat, hobi dan projek.

Dimiliki oleh mereka yang lazimnya mempunyai kepekaan dan keupayaan untuk menjawab personal yang berkaitan dengan kewujudan manusia dan kematian. Golongan ini dimiliki sensitiviti yang kuat terhadap permasalahan manusia di sekelilingnya.

Dimiliki oleh mereka yang menyintai alam semula jadi. Mereka mudah mengenal dan mengingati nama tumbuhantumbuhan dan haiwan. Mereka gemar meneroka hutan atau memelihara binatang-binatang.

Melibatkan penggunaan tubuh untuk menyelesaikan masalah, mencipta sesuatu serta menyatakan idea dan perasaan. Olagragawan, pakar bedah, penari, gimnastik dan orang yang menghasilkan kraftangan yang bermutu tinggi adalah orang-orang yang memiliki kecerdasan ini. Contohnya, tidak boleh duduk diam di atas kerusi dan bijak meniru mimik muka atau tingkah laku orang lain.

Kecerdasan merujuk kepada kebolehan kognitif individu yang dipelajari dari pengalaman untuk membolehkannya membuat penyesuaian diri dalam kehidupan sehari-hari. Istilah kecerdasan mula diperkenalkan oleh Sir Francis Galton. Beliau meyakini bahawa kebolehan intelek seseorang adalah bersifat penurunan. Mengikut Kamus Dewan (1986 hlm.99) cerdas ditakrifkan sebagai sempurna akal (untuk berfikir, mengerti dan lain-lain), cerdik, pintar dan sempurna pertumbuhan (perkembangan) badannya. Emosi atau dalam bahasa latin motus anima adalah fikiran tentang sesuatu situasi di mana manusia itu menemui diri mereka dan ia lahir daripada perlakuan-pelakuan fisiologi, iaitu tindak balas badaniah yang dikawal oleh otak . Emosi biasanya ditonjolkan keluar untuk dipuaskan oleh setiap manusia.

Pemikiran kreatif memberikan wawasan baru kepada kita dalam usaha memperoleh alternatif dalam sesuatu penyelesaian masalah.

Pemikiran kreatif juga dapat menyediakan peluang dan ruang yang lebih besar bagi meningkatkan motivasi dan pemikiran dalam apa jua situasi dan keadaan penyelesaian masalah

pemikiran kreatif memerlukan latihan dan amalan yang konsisten dari semasa ke semasa. Apabila ia sudah menjadi tabiat kepada diri, sesuatu idea itu lebih mudah dijana dan bersifat kreatif. Dalam situasi terdesak, misalnya tayar kereta bocor di tengah-tengah lebuh raya, sedangkan hari semakin gelap dan peralatan membuka tayar tidak dibawa.

Tiba-tiba terbit idea bagaimana membuka tayar itu. Apabila skru tayar dibuka, keempat-empat skru berkenaan jatuh ke dalam parit dan terus dibawa air. Sekali lagi dengan izin Tuhan kita mendapat idea kreatif menggantikan skru-skru yang hilang itu. Dalam situasi yang formal, kita berasa beruntung apabila idea yang kita terbitkan itu diterima pakai oleh orang lain.

Kita berasa puas dan ini mendorong kita supaya lebih proaktif dan produktif dalam menyumbangkan idea yang kreatif dan bernas.

Justeru, artis sangat kaya dengan daya persepsi yang kreatif contohnya, Helen Keller seorang novelis Inggeris yang terkenal. Daya persepsinya sangat mengagumkan walaupun beliau buta, pekak dan bisu.

Karya-karya yang dihasilkan berkelas dunia. Inilah kelebihan seorang artis walaupun dalam keadaan serba kekurangan. Pemikiran kreatif berkehendakkan kita menjiwai watak seorang kesatria. Edison, Einstein, Ibnu Sina, Imam alGhazali, Neil Bohr dan Salman al-Farisi antara sekian banyak tokoh yang mempunyai jiwa kesatria, iaitu berani melakukan perubahan dan tidak takut menghadapi risiko.

Seorang artis mempunyai sikap ingin mengetahui, suka mencuba sesuatu yang baru, gemar bereksperimen, tidak takut gagal dan berani mengambil risiko. Gaya dan teknik berfikir secara kreatif sudah menjadi suatu bahagian yang penting dalam kreativiti. Hal ini kerana gaya dan teknik memberi garis panduan kepada kita cara dan metode yang boleh diaplikasikan bagi menghasilkan idea dan penyelesaian masalah.

MEMBACA
PEMBELAJARAN SECARA SENDIRI

PELAKUAN

PEMBELAJARAN SECARA BERKUMPULAN

CARA PEMBELAJARAN

BERBINCANG

BELAJAR DENGAN KEADAAN TENANG

MEMERHATI
PEMBELAJARAN DENGAN MEMASANG MUZIK

TEMPAT BERLAKUNYA PEMBELAJARAN


Sekolah Kaki lima Tepi tasik Taman rekreasi rumah

TEMPAT

PERSEKITARAN PEMBELAJARAN

SYARAT-SYARAT PENDIDIKAN

STRUKTUR PEMBELAJARAN SEPERTI FORMAL ATAU INFORMAL

STAIL PEMBELAJARAN YANG DIMINATI

Peterson (1971) Cth cara syarahan atau cara belajar sendiri dan Steward

Gaya pembelajaran sebagai pendekatan yang digemari oleh seorang pelajar

Cara bagaimana elemen-elemen daripada lima rangsangan, iaitu persekitaran, emosi, sosiologi, fisiologi, dan psikologi mempengaruhi kepayaan seseorang untuk memahami dan Dun dan Dun berinteraksi serta bertindak balas kepada persekitaran pembelajarannya.

PRAGMATIS

TEORIS
REFLEKTIF/ REFLEKTOR

AKTIVIS

strategi pengajaran yang utama ialah strategi berpusatkan murid dan bahan. mengatasi masalah pelbagai perbezaan gaya pembelajaran masteri yang menitikberatkan penguasaan pembelajaran melalui secara perseorangan, berpasangan, kumpulan dan keseluruhan kelas. pelbagai alat bantu pelajar.

Untuk

Memerlukan

Menggunakan pendekatan individu yang berkait rapat dengan gaya pembelajaran seseorang. Setiap pelajar mempunyai pengalaman berbeza, maka dianngap secara idealnya setiap pelajar harus menggunakan stategi pedagogi bestari yang sesuai dengan kebolehan dan gaya pembelajaran mereka. Felder Silverman ( 1993 1996) mengenal pasti ciri ciri 5 kategori pelajar. Setiap kategori mengandungi 2 jenis gaya pembelajaran dan hubungkaitkan dengan strategi pengajaran yang berkesan.

JENIS

PELAJAR

CIRI - CIRI

STRATEGI PENGAJARAN YANG BERKESAN


MERANCANG PROSEDUR SECARA SISTEMATIK. PENGGUNAAN PELBAGAI FAKTA APLIKASI SECARA PRAKTIK

APAKAH MAKLUMAT YANG DIGEMARI UNTUK PENGAMALAN

ORIENTASI KEPADA FAKTA DAN PROSEDUR.

PELAJAR SENSORI

SUKA MENYELESAIKAN MASALAH DENGAN KAEDAH YANG SISTEMATIK, KONKRIT DAN PRAKTIKAL.

PELAJAR INTUITIF (CELIK AKAL)

ORIENTASI KEPADA TEORI DAN MAKNA *SUKA INOVASI CEKAP MEMPEROLEHI KONSEP

YANG MANA MODALITI MAKLUMAT SENSORI YANG PALING BERKESAN DIAMATI?

PELAJAR VISUAL

SUKA BELAJAR BAHAN YANG MENGANDUNGI PERWAKILAN

GUNAKAN GAMBAR, GRAF, GAMBAR RAJAH, VIDEO DAN DEMONSTRASI *GUNAKAN TEKS DAN SUARA RAKAMAN KERJA KUMPULAN *PERBINCANGAN

PELAJAR VERBAL

SUKA PENERANGAN TULISAN ATAU LISAN

DENGAN APA ORGANISASI MAKLUMAT YANG DIGEMARI

PELAJAR INDUKTIF

SUKA PENYAMPAIAN DARI SPESIFIK KEPADA UMUM SUKA PENYAMPAIAN DARI UMUM KEPADA SPESIFIK

GUNAKAN KAEDAH INDUKTIF

PELAJAR DEDUKTIF

GUNAKAN KAEDAH DEDUKTIF

BAGAIMANA PELAJAR MEMILIH CARA YANG DISUKAI UNTUK MEMPROSES MAKLUMAT

PELAJAR AKTIF

SUKA MENYIMPAN DAN MEMAHAMI MAKLUMAT

*SIMULASI DAN LATIHAN MELALUI INTERAKSI DENGAN MAKLUMAT. KERJA KUMPULAN AKTIVITI PENYELESAIAN MASALAH

PERBINCANGAN
KAEDAH INDIVIDU BELAJAR MELALUI DENGAN PEMIKIRAN SECARA PEMBELAJARAN INDIVIDUAL MENGIKUT PROGRAM SENDIRI.

PELAJAR REFLEKTIF

BAGAIMANA KEMAJUAN PELAJAR KE ARAH KEFAHAMAN

PELAJAR SEKUENTIAL

SUKA BELAJAR SECARA LOGIKAL DEMI LANGKAH

MERANCANG PROGRAM PEMBELAJARAN SECARA SISTEMATIK GUNAKAN PENGELOLA AWAL, RINGKASAN DENGAN HYPERTEXT

PELAJAR GLOBAL

BELAJAR SECARA HOLISTIK DAN RAWAK TANPA PERKAITAN

Pendekatan behavioris menekankan peneguhan positif

untuk membangitkan tingkah laku yang dihendaki.


Motivasi diberikan dalam bentuk peneguhan ekstrinsik, di mana ganjaran luar dalam bentuk makanan dapat memotivasi binatang dalam eksperimen untuk mengulangi tingkah laku yang dikehendaki.

Asas pendekatan behavioris ialah menggunakan motivasi ekstrinsik untuk mengukuhkan minat terhadap aktiviti pembelajaran yang kurang menarik.

A.

Teori pelaziman operan Thorndike


Implikasi daripada kajian Thorndike ialah tingkah laku

yang diingini boleh dilazimkan melalui ganjaran seperti


senyuman, pujian, hadiah dan sebagainya.

b) Teori pelaziman operan Skinner

Teori peneguhan Skinner juga mementingkan ganjaran luar seperti insentif yang menggalakan pelajar untuk mengulangi tingkah laku yang dihendaki. Jika ganjaran luaran tidaj diberikan, tingkah laku yang dihendaki akan terputus atau terhenti.

Pendekatan ini mementingkan tingkah laku yang dimotivasikan oleh naluri ingin tahu dan desakan mencuba manusia.

Schunk (1991) mengatakan bahawa dalam pendekatan kognitif, tingkah laku didorong oleh pemikiran dan bukan oleh ganjaran.

Tingkah laku dipengaruhi oleh cara seseorang mengamati persekitarannya untuk mencari penyelesaian atau menguasai

kemahiran.

Ini bermakna dalam pendekatan kogntif, individu


didorong oleh motivasi intrinsik. Implikasi teor kognitif ilah guru perlu mewujudkan motivasi yang dapat merangsangkan perasaan dan keinginan pelajar untuk memperoleh kejayaan.

Pendekatan humanis mementingkan pembelajaran mengikut motif

sendiri.

Motivasi intrinsik merupakan usaha asas yang menggerakkan manusia mencapai kejayaan untuk menjadi insan yang dihargai dan dihormati. Yeori klasik motivsi yang digunakan dalam pendekatan humanis ialah teori keperluan Maslow.

Keperluan estetik Keperluan mengetahui Sempurna kendiri Penghargaan kendiri Keperluan kasih sayang Keperluan keselamatan Keperluan fisiologi

Guru boleh menggunakan set induksi yang menarik untuk membangkitkan naluri ingin tahu pelajar.

cth: membawa binatang arnab ke dalam kelas semasa mengajar mata pelajaran Sains. suasana pembelajaran yang menyeronokkan
cth: melakukan aktiviti permainan yang berorientasikan Matematik .

menggunakan ciri-ciri komunikasi yang positif cth: memberi senyuman dan mengangguk kepala semasa berinteraksi dengan pelajar mempercayai pencapaian pelajar boleh dipertingkatkan. cth: jgn abaikan pelajar yang lemah dalam subjek Matematik dan memberi kata-kata perangsang dan memberi kepercayaan kepadanya

meningkatkan penglibatan pelajar dalam aktiviti akademik. cth: aktiviti unit beruniform

Menarik perhatian pelajar Pelajar yang mempunyai aras motivasi yang tinggi akan sentiasa memberi perhatian di dalam kelas

Menimbul dan mengekalkan minat pelajar


Motivasi guru akan menimbulkan minat pelajar terhadap pelajaran yang disampaikan

Motivasi dapat menimbulkan perasaan ingin tahu Cth: Cikgu Siti memulakan pelajarannya dengan menyatakan cahaya

matahari adalah perlu untuk tumbuh-tumbuhan Motivasi menggalakkan semangat persaingan

Motivasi yang diusahakan oleh guru dalam bentuk pemberian hadiah

Anda mungkin juga menyukai