Anda di halaman 1dari 17

1

B Ba ab b1 1: :
P PE EN NG GE EN NA AL LA AN N
Setelah selesai bab ini, anda akan dapat: Mentakrif istilah falsafah Mengenal pasti cabang-cabang falsafah Nyatakan kepentingan belajar falsafah Menerangkan apa itu falsafah pendidikan Menghuraikan falsafah pendidikan negara
Bab 1: Pengenalan Bab 2: Perspektif Awal Tentang Kurikulum Bab 3: Socrates, Plato dan Aristotle Bab 4: Al-Farabi dan Ibnu Sina Bab 5: Jean Rousseau, John Locke & Frederick Froebel Bab 6: Confucius dan Mencius Bab 7: Paulo Freire dan Ivan Illich Bab 8: John Dewey dan Hilda Taba Bab 9: Rabindranath Tagore and Vivekananda

Ringkasan Bab

1.1 Apakah falsafah? 1.2 Cabang-cabang falsafah 1.3 Mengapakah belajar falsafah? 1.4 Falsafah pendidikan 1.5 Falsafah pendidikan Malaysia Latar belakang Falsafah & matlamat pendidikan negara Huraian falsafah pendidikan negara Penutup

Kata Kunci Ringkasan Rujukan Nota Tambahan

Mukadimah Bab ini membincang apa itu falsafah dan cabang-cabang falsafah seperti metafizik, epistemologi, etika dan logik. Dalam setiap cabang berbagai-bagai jenis soalan dikemukakan yang kadang kala bertindihan. Juag dibincangkan faedah mempelajarai falsafah dan kaitanya dengan pelbagai jenis pekerjaan dan kerjaya. Juga dibincang ialah falsafah pendidikan serta falsafah pendidikan Malaysia.

Chapter 1: Introduction

1.1 Apakah Falsafah?

Apabila perkataan falsafah disebut, ramai di antara kita mengaitkannya dengan berfikir; iaitu berfikir secara mendalam hingga ke asal-usulnya dan berfikir secara menyeruluh dengan mengambil kira pelbagai pandangan dan sudut (Lihat Rajah 1.1).Memang sukar memberi definisi yang tepat tentang apa itu falsafah? Oleh itu, tidak ada satu definisi yang dapat diterima umum tanpa kontroversi atau pertikaian. Mungkin, itulah sebabnya ia dipanggil falsafah! Salah satu sudut menyatakan bahawa Pythagoras yang berasal daripada Greece (500-580 SM) adalah pengasas dan orang yang pertama menggunakan istilah falsafah yang membawa maksud pengetahuan dan kebijaksanaan.

Rajah 1.1 Arca Thinker oleh Rodin

Ada pula pandangan lain yang menyatakan bahawa Socrates, juga daripada Greece (560-989 SM) yang memperkenalkan istilah falsafah. Dia menyifatkan falsafah sebagai suatu usaha mencari sebab dan kebenaran kepada punca sesuatu. Contohnya, apakah itu keadilan?; Apakah hakikat manusia dilahirkan? Apakah itu kecantikan? Apakah cemerlangan manusia? Istilah falsafah berasal daripada dua perkataan; iaitu, philos yang bermaksud cinta dan sophia yang bermaka hikmah dalam bahasa Yunani. Jadi, falsafah bermaksud cinta kepada hikmah" (love for wisdom). Falsafah merupakan satu usaha pemikiran yang bertujuan mendapatkan kebenaran (search for truth). Berikut ini ialab beberapa definisi kamus tentang falsafah: Dictionary.com mentakrif falsafah sebagai penyiasatan secara rasional tentang kebenaran dan prinsip pengetahuan atau tingkahlaku. American Heritage Dictionary mentakrif falsafah sebagai penyiasatan ciri, sebab atau prinsip berkenaan realiti, pengetahuan atau nilai menggunakan penakulan logikal dan bukan kaedah empirikal.

Merriam-Webster Dictionary mentakrif falsafah sebagai analisis konsep-konsep yang menerangkan kepercayaan-kepercayaan asas tentang realiti dan nilai.

Sehingga kini, ahli-ahli falsafah masih belum mencapai kata sepakat mengenai takrifan falsafah. Malah ada yang mengatakan bahawa falsafah merupakan sesuatu yang tidak dapat ditakrifkan. Ahi faIsafah masih berfalsafah tentang pengertian falsafah. Maka dengan itulah kita akan menemui pendapat yang berbeza-beza mengenai takrif falsafah di antara ahli-ahli falsafah itu sendiri. 2

Chapter 1: Introduction Apakah yang dimaksudkan dengan Berfalsafah (to philosophise)?

Berfalsafah ialah proses mencari kebenaran tentang alam semulajadi dan tentang manusia (Nagel, 1987). Contohnya, kita mungkin ditanya; Adakah menerima rasuah salah? Jawapan kita tertakluk kepada pegangan nilai moral dan agama kita. Ahli falsafah menganggap jawapan kepada soalan sedemikian sudah jelas dan tidak perlu disiasat. Ahli falsafah lebih minat mencari jawapan kepada soalan, Apakah yang menjadikan sesuatu tindakan itu salah? Secara mudah, berfalsafah dimaksudkan sebagai memikirkan tentang sesuatu dengan mendalam. Proses berfikir ini terdiri daripada tiga ciri:

Ketuntasan Berfalsafah merupakan corak pemikiran yang ketuntasan (exhaustive), iaitu berfikir dengan sedalam-dalamnya sehingga kepada akar-umbi sesuatu masalah. Sistematik Berfalsafah adalah satu proses pemikiran yang sistematik atau logikal, yang bergerak selangkah demi selangkah dengan penuh kesedaran dengan urutan yang tersusun. Sejagat Sejagat bermaksud umum. Dalam corak pemikiran ini, pemikiran tidak terbatas pada bahagian-bahagian tertentu, tetapi jawapan keseluruhan bagi sesuatu persoalan.

Ketika berfalsafah, anda tidak digalakkan untuk merujuk kepada sumber kewibawaan dalam menyelesaikan sesuatu persoalan. Sebaliknya, anda digalakkan untuk menjawabnya dengan hanya menggunakan akal sendiri. Contohnya, dalam menjawab soalan "Apakah Y", anda tidak seharus menjawab "Y itu X kerana Profesor Z pernah mengatakannya", tetapi sebaliknya anda harus menjawab soalan ini dengan jiwa yang bebas secara "berfalsafah". Menurut Sinnott-Armstrong (2008), jika anda ingin mempelajari tentang tubuh manusia, ambillah kursus biologi; jika anda ingin mengetahui tentang minda manusia, ambillah kursus psikologi; sekiranya anda ingin mengetahui bagaimana tubuh dan minda manusia berkaitan, ambillah kursus falsafah! Secara umum, ahli falsafah terlibat dengan isu-isu spekulatif yang tidak boleh disiasat menggunakan kaedah saintifik seperti ujian eksperimental. Bagaimana pun, seperti ahli saintis, ahli falsafah juga mengemukakan hipotesis atau soalan falsafah (philosophical question) yang mereka cuba membuktikan atau cuba menjawab melalui penakulan dan bukti. Soalan falsafah disifatkan sebagai soalan yang sangat rumit yang memerlukan pemikiran yang bersungguh-sungguh. Soalan yang baik Falasafah ialah tabiat sentiasa mencari alternatif. -William James 3

Chapter 1: Introduction

menjanjikan jawapan yang baik. Contohnya, soalan-soalan ilmu pengetahuan yang ditanyakan pada zaman dulu-dulu telah memajukan sains dan teknologi. Pernah dinyatakan bahawa apa jua bidang pun boleh dikaji daripada sudut falsafah. Kebanyakan bidang-bidang ilmu mempunyai sub-bidang falsafah. Contohnya, falsafah undang-undang, falsafah ekonomi, falsafah sains, falsafah matematik, falsafah pendidikan dan sebagainya. Memang menjadi tabiat manusia untuk mengetahui.....Keinginan mengetahui ini yang mendorong manusia untuk berfalsafah. -Aristotle

1.1

AKTIVITI PEMBELAJARAN

a) Apakah falsafah? b) Kenapakah tidak ada satu definisi falsafah yang dapat diterima umum? c) Apakah anda fahamkan dengan berfalsafah?

1. 2 Cabang-Cabang Falsafah

Falsafah terdiri daripada LIMA cabang tertakluk kepada soalan-soalan yang kemukakan dan disiasat. Contohnya, jika anda ingin mencari jawapan kepada soalan, Apa itu minda?; anda perlu menceburi cabang falsafah metafizik, manakala jika anda ingin mencari kepada jawapan, Mengapakah manusia menipu?; anda perlu menceburi cabang falsafah etika. 1. Metafizik (Metaphysics Metafizik ialah salah satu cabang falsafah tentang hakikat realiti atau kewujudan sesuatu sama ada boleh dilihat atau tidak boleh dilihat. Perkataan meta bermakna melepasi manakala fizik ialah mengenai fenomena alam dan manusia. Antara soalan -soalan yang ditanya dalam metaphysics ialah seperti berikut: Apakah sifat masa? Apakah itu minda? Sekiranya tidak sesiapa melihat sesuatu berlaku, adakah ia bermakna ia tidak berlaku? Apakah istimewa menjadi seorang manusia? Apakah ruang? Adakah manusia mempunyai kebebasan mutlak? Adakah Tuhan wujud? 4

Chapter 1: Introduction

2. Epistemologi Epistemologi berasal daripada dua perkataan Yunani, iaitu "episteme" dan "logos". "Episteme" bermaksud pengetahuan manakala "logos" pula bermaksud teori. Jadi epistemologi ialah berkenaan teori pengetahuan atau memikirkan tentang ilmu pengetahuan. Dalam cabang ini, ahli falsafah berdebat secara mendalam segenap proses yang terlihat dalam usaha kita memperolehi pengetahuan. Antara soalan-soalan yang ditanya dalam metaphysics ialah seperti berikut: 3. Etika Etika ialah bidang falsafah yang melibatkan perbincangan tentang salah dan betul, baik dan jahat yang menjadi asas kemoralan dan kelakuan moral. Contoh soalan-soalan yang ditanya dalam cabang falsafah ini ialah: 4. Logik Logik adalah satu bidang falsafah yang mengkaji penaakulan manusia. Logik ialah alat yang digunakan ahli falsafah mengkaji sesuatu isu. Antara soalan yang ditanya ialah: Apakah ciri-ciri penakulan baik dan penakulan tidak baik? Bagaimana kita menentukan sama ada sesuatu penakulan itu baik atau lemah? 5. Pemikiran Tokoh-Tokoh Falsafah Selain EMPAT cabang di atas, sesetengah ahli falsafah, terlibat dengan cabang falsafah yang ke5 yang merupakan pengajian dengan mendalam hujah-hujah ahli falsafah lain. Mereka ini mengkaji idea-idea yang dikemukakan oleh ahli-ahli falsafah Greek, Islam, Cina, India, Jepun, Eropah, Amerika Amerika Utara dan sebagainya. Contohnya, tulisan-tulisan ahi-ahli falsafah seperti Plato, al-Farabi, Tagore, Confucius, Locke dan sebagai dikaji untuk memahami dan menganalisis hujah-hujah mereka tentang pelbagai soalan. Dalam kursus ini, kita akan bertumpukan kepada cabang falsafah yang ke5 dengan memberi perhatian kepada pemikiran pelbagai tokoh falsafah dengan tumpuan kepada falsafah pendidikan. Setiap bidang ilmu atau disiplin mempunyai komponen falsafah. Contohnya, isu etika sangat penting dalam kebanyakkan disiplin seperti 5 Apakah perbezaan antara tindakan bermoral dan tindakan yang tidak bermoral? Adakah nilai moral mutlak atau tertakluk kepada situasi? Bagaimana manusia harus hidup? Bagaimana kita harus melayan orang lain? Apa itu pengetahuan? Bagaimana kita tahu apa yang kita tahu?

Chapter 1: Introduction

perniagaan, sains, ekonomi, undang-undang, pendidikan dan sebagainya. Oleh itu dalam kebanyakkan bidang yang dikaji pada peringkat universiti, terdapat sekurang-kurangnya satu kursus yang melibatkan falsafah seperti berikut:

Falsafah Undang-Undang Falsafah Ekonomi Falsafah Sains Falsafah Pendidikan

Falsafah Sejarah Falsafah Bahasa Falsafah Politik Falsafah Peniagaan

1.2

AKTIVITI PEMBELAJARAN

a) Jelaskan perbezaan di antara metafizik, epistemologi, etika and logik? b) Hampir semua disiplin terlibat dengan isu-isu falsafah Jelaskan.

1.3 Mengapa Belajar Falsafah?

Sesetengah orang berpendapat mempelajari falsafah tidak berfaedah kerana ia tidak dapat meningkatkan graduan mengurus sesuatu syarikat atau membantu mendiagnos sesuatu penyakit atau menghasil sesuatu perisian. Adakah mempelajari falsafah berbaloi? Thomas (2008), mengakui bahawa mempelajai falsafah tidak memperkembangkan kemahiran untuk sesuatu kerjaya, tetapi ia dapat mempertingkatkan kemahiran-kemahiran umum atau generik yang penting dalam semua bidang pekerjaan seperti berikut: 1. Kemahiran Penyelesaian Masalah: Falsafah ialah tentang bertanya soalan-soalan yang sukar dijawab dan memerlukan jawapan yang boleh dipertahankan melalui proses penyoalan yang rapi dan teliti. Anda dikehendaki belajar bagaimana menganalisis konsep, definisi dan hujah-hujah ke arah menyelesaikan masalah tertentu. Anda akan lebih yakin dengan penyelesaian yang diutarakan sekiranya anda telah membuatnya secara sistematik dan teliti.

Chapter 1: Introduction

2. Kemahirakn Komunikasi: Seorang yang berjaya berkomunikasi dalam bidang falsafah juga akan berjaya berkomunikasi dalam bidang-bidang lain. Ketika membahas sesuatu isu, anda perlu menyatakan idea anda dengan jelas dan tepat semasa mengucap atau menulis. Terlalu banyak masalah perbahasan boleh dikaitkan dengan istilah yang kurang tepat dan konsep yang kurang jelas. Isu-isu seperti ini boleh diatasi jika orang boleh berkomunikasi tentang apa yang difikirkan. 3. Pengetahuan-Kendiri: Mempelajari falsafah tidak setakat kemahiran berkomunikasi, tetapi ia membawa kepada pemahaman lebih mendalam tentang diri-sendiri. Memang menjadi matlamat falsafah untuk memberi gambaran yang lebih jelas tentang kepercayaan seseorang yang dikaji dengan cara sistematik dan teliti. 4. Kemahiran Memujuk: Kemahiran penyelesaian masalah dan kemahiran berkomunikasi sangat berguna untuk memujuk orang bersetuju dengan sesuatu pendapat atau pandangan. Oleh itu, mempelajari falsafah mengglakkan perkembangan kemahiran memujuk kerana seseorang itu perlu mempertahankan pendapatnya. Sudah tentu seseorang itu menghadapi kesukaran memujuk orang lain jika di tidak memiliki kemahiran berkomunikasi menjelaskan pendiriannya. Kempat-empat kemahiran di atas adalah sangat berguna dalam apa jua pekerjaan atau kerjaya. Kemahiran-kemahiran ini mudah dipindahkan kepada pelbagai bidang ilmu termasuk kehidupan seharian kita. Contohnya, setiap hari kita membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan kemahiran-kemahiran ini dapat membantu. Apa sahaja yang memerlukan pemikiran teliti, penaakulan sistematik, dan menangani soalan-soalan sukar akan mendapat manfaat dengan mempunyai latar belakang falsafah. Falsafah bukahlah sesuatu bidang yang terhad kepada orang-orang terpelajar diuniversiti. Sebenarnya falsafah adalah untuk semua dan ini terbukti dengan pandangan ramai ahli-ahli falsafah seperti Plato, Al-Farabi dan Aristotle yang menyarankan mata pelajran falsafah diajar disekolah. Kita semua terlibat dengan falsafah dalam satu bentuk atau yang lain kerana kita adalah makluk yang berfalsafah (Vuletic, 2006). Melalui falsafah kita lebih memahami diri sendiri dan dunia sekeliling. Manusia secara semulajadi ingin mengetahui dan ingin menyoal. Kita semua mempunyai falsafah yang tersendiri dan berfalsafah apabila kita memikirkan dan menangani isuisu yang menyentuh kehidupan kita, masyarakat kita dan isu-isu nilai moral. Kita mungkin tidak akan sampai kepada jawapan muktamad, tetapi yang lebih penting ialah perjalanan (journey) dan bukan destinasi. Falsafah membolehkan kita memahami. Bolehkah seseorang itu bahagia tanpa menyoal apa-apa pun sepanjang hayatnya? Sebaliknya, inkuiri falsafah (philosophical 7

Chapter 1: Introduction

inquiry) juga membimbangkan kerana ia tidak menawarkan sebarang jaminan bahawa usaha anda akan menghasilkan sesuatu jawapan atau kesimpulan yang anda harapkan. Jika anda menceburi diri dengan falsafah, anda mungkin hidup dengan keadaan ketidakpastian berterusan. Sebaliknya, mereka yang tidak terlibat dengan falsafah (iaitu menyoal & berfikir dengan mendalam) mungkin lebih bahagia kerana terus hidup dalam keadaan kejahilan tanpa mempersoalkan apa jua pun. Tetapi, menurut tokoh falsafah seperti Socrates dan Al-Farabi (dibincang dengan lebih mendalam dalam Bab 3 & 4), kehidupan kita lebih bahagia jika kita menyoal untuk memahami walau pun perkara yang anda memahami ialah had pengetahuan anda sendiri.

1.3 AKTIVITI PEMBELAJARAN

a) Apakah faedah mempelajari falsafah? b) Bolehkah kita mencapai kebahagian tanpa menyoal apa jua pun? Beri pendapat anda.

1.4 Falsafah Pendidikan

Sejak awal lagi, maunsia telah berkecimpong dengan falsafah pendidikan dengan bertanya; Apakah manusia harus mempelajari untuk membolehkan mereka hidup dengan berjaya dalam masyarakat?. Ramai ahli falsafah telah membincang dengan mendalam apakah peranan pendidikan serta apakah yang harus diajar dalam bilik darjah. Antara topik-topik yang disentuh dalam bidang falsafah pendidikan ialah; apakah tujuan pendidikan, bagaimana manusia belajar sesuatu, bagaimana intelek manusia boleh diperkembangkan, apakah mata pelajaran yang patut diperkenalkan kepada pelajar dan seterusnya. Oxford Dictionary of Philosophy (2005) Di samping mempekembangkan memerihalkan falsafah pendidikan sebagai kebolehan seseorang, pendidikan inkuiri atau penyiasatan tentang teori dan harus cuba membangunkan rasa dasar pendidikan. Soalan pokok falsafah pendidikan ialah apakah yang berbaloi tanggungjawab terhadap orang (worthwhile) atau patut diajar serta apakah lain sebagai menggantikan kaedah yang baik untuk mengajarnya. Ahli pemujaan kuasa dan kejayaan falsafah mempunyai pendapat yang berbeza dalam masyarakat kita sekarang. tentang pendidikan dan sifat manusia. - Albert Einstein, 1949 Contoh, sesetengah tokoh falsafah melihat minda manusia sebagai periuk kosong yang perlu diisikan dengan maklumat (m.s. John Locke - yang kita akan membincang dalam Bab 5) manakala tokoh falsafah lain mempercayai manusia mempunyai pengetahuan sedia ada (m.s. John Dewey - yang kita akan membincang dalam Bab 8).

Chapter 1: Introduction

Falsafah pendidikan ialah kajian mengenai tujuan, proses, sifat dan ideal yang ingini tentang pendidikan. Pendidikan boleh dilihat sebagai aktiviti yang dilakukan dalam sesuatu instituisi (seperti sekolah, kolej atau universiti) atau sebagi proses manusia memahami dunia sekeliling, sama ada fakta, adat sosial, pengalaman atau emosi masing-masing. Falsafah Pendidikan berkaitan dengan bagaimana kanak-kanak perlu dididik, apa kandungan yang perlu diberi penekanan, dan apa tujuan utama pendidikan bagi sesuatu masyarakat. Dalam sesetengah masyarakat, falsafah pendidikan diberi perhatian sewajarna, kecuali diajar dalam program-program pendidikan guru yang bertujuan melatih guru (seperti anda mengikuti sekarang). Dalam konteks ini, falsafah berkait rapat dengan pedagogi, iaitu kaedah dan strategi mengajar. Falsafah pendidikan berkati rapat dengan soalan-soalan berikut: Adakah kita mahu anak-anak kita dididik untuk demokrasi? Adakah kita mahu anak-anak kita menghafal sahaja atau cekap menyelesaikan masalah? Adakah sekolah wujud untuk mengajar nilai-nilai murni dan kemahiran untuk kegunaan dalam dunia pekerjaan? Soalansoalan ini adalah penting, kerana ia akan menentukan sistem pendidikan yang reka bentuk untuk masa depan? .
1.4 AKTIVITI PEMBELAJARAN

a) Apakah falsafah pendidikan? b) Bincangkan bersama pelajar lain, falsafah pendidikan anda.

1.5 FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

Chapter 1: Introduction

10

a) Latar Belakang Penyata Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib (1960) menjadi asas kepada pembentukan sistem dan Dasar Pelajaran Kebangsaan seperti termaktub dalam Akta Pelajaran 1961. Ketiga-tiga dokumen ini menegaskan perpaduan sebagai matlamat utama negara. Di samping itu usaha-usaha juga mesti dilaksanakan untuk memajukan aspek-aspek pembangunan bangsa dan negara meliputi kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik. Kemajuan dalam aspek-aspek ini bertujuan untuk mempercepat serta memperkukuhkan cita-cita ke arah mewujudkan perpaduan negara. Usaha-usaha ke arah mewujudkan perpaduan menjadi semakin mendesak apabila berlakunya tragedi 13 Mei 1969. Kerajaan telah membentuk Dasar Ekonomi Baru yang bertujuan untuk menghapuskan kemiskinan dan pengenalan kaum mengikut pekerjaan. Di samping itu digubal Rukunnegara yang menggariskan lima rukun sebagai asas pegangan dan panduan setiap rakyat di negara ini. Di bidang pendidikan, satu jawatankuasa kabinet telah ditubuhkan pada tahun 1974 untuk mengkaji pelaksanaan dasar pelajaran kebangsaan. Dalam Laporan jawatankuasa ini matlamat perpaduan ditegaskan semula. Di samping itu Laporan ini juga meluaskan lagi matlamat pendidikan negara meliputi: matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin dan terlatih. (sumber: Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979. h: 1). Ringkasnya, matlamat pendidikan ialah untuk melahirkan warganegara yang baik yang memiliki ciri-ciri bersatupadu, berdisiplin dan terlatih. Lebih lanjut lagi Laporan tersebut menghuraikan ciri-ciri seorang warganegara yang baik. Ciri-ciri tersebut ialah: keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama dengan rukun dan damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia; menghormati dan mematuhi undang-undang serta peraturan, bersedia bekerja atau membuat sesuatu sehingga sempurna, menghormati hak-hak individu, mengamalkan tingkahlaku yang baik dan tidak menjejaskan kepentingan orang lain, menghormati dan mempunyai semangat memperbaiki keadaan secara membina, dan bersedia berkhidmat untuk negara; boleh menyertai dengan berkesan dalam kegiatan pembangunan negara.

Untuk menjayakan pembentukan warganegara yang berdisiplin dan bertatasusila, Laporan Jawatankuasa Kabinet memperakukan supaya murid-murid bukan Islam diajar Pendidikan Moral dan Etika. Pengajaran Pendidikan Islam pula diperbaiki serta diperkukuhkan. Ubahsuaian-ubahsuaian juga dilakukan dalam kurikulum untuk menemui dan memenuhi hasrat menghasilkan warganegara yang dapat memberi sumbangan kepada negara.

10

Chapter 1: Introduction

11

Selaras dengan perkembangan masyarakat dunia, masyarakat Malaysia juga mengalami proses perkembangan yang pesat dan mencabar. Justeru itu sistem pendidikan harus menerima cabaran tersebut kerana proses perkembangan sesuatu masyarakat sentiasa dikaitkan secara langsung dengan sistem pemdidikan. Dalam konteks ini Laporan Jawatankuasa Kabinet menjelaskan: Untuk kepentingan pembangunan negara, tenaga rakyat yang diperlukan bukan sahaja perlu dilihat dari segi bilangan, jenis pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki bahkan perlu dilihat dari segi nilai-nilai disiplin yang perlu diterima. Dari segi sikap, mereka jujur dan dedikasi terhadap kerja. Mereka bukan sahaja perlu cekap bahkan perlu boleh berfikir dan bertindak dengan baik sama ada secara sendiri mahupun secara beramai-ramai dengan berpandukan kepada punca-punca akhlak yang mulia. Tegasnya, individu yang dilahirkan dari sistem persekolahan negara perlu selaras dengan tujuan pembanguan kemanusiaan. Dengan mengambilkira pernyataan dan perakuan di atas, sistem pendidikan negara mesti digerakkan untuk menemui serta memenuhi cita-cita tersebut.

b) Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara Dalam sistem pendidikan kebangsaan yang diamalkan sekarang, falsafah pedidikan tidak dinyatakan secara tersurat. Walau bagaimanapun, hasrat dan matlamat pendidikan negara telah dicerminkan dalam Penyata Razak, Laporan Rahman Talib, Akta Pelajaran 1961 dan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979. Dalam konteks pembangunan negara, sistem pendidikan kebangsaan ini dikaitkan pula dengan prinsip-prinsip Rukunegara. Keperluan untuk menyatakan Falsafah Pendidikan Negara secara tersurat telah lama disedari. Falsafah Pendidikan ini dapat menjadi cermin cita-cita dan keunggulan yang hendak diperjuangkan oleh rakyat negara ini. Selaras dengan hasrat dan cita-cita ini Falsafah Pendidikan Negara dipernyatakan seperti berikut: Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

11

Chapter 1: Introduction

12

Pernyataan falsafah ini menegaskan bahawa sistem pendidikan negara memberi penekanan kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu ke arah melahirkan insan yang baik, berdasarkan kepercayaan, keyakinan serta kepatuhan kepada Tuhan. Ini bermakna Falsafah Pendidika Negera berhasrat untuk melahirkan insan yang berpegang teguh kepada agama.

Berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Negara, matlamat pendidikan ialah ke arah melahirkan insan yang baik dan sempurna. Insan yang baik iani secara automatis menjadi warganegara Malaysia yang baik. Mereka ini hendaklah memiliki serta menghayati ciri-ciri yang berikut: percaya dan patuh kepada Tuhan; berilmu pengetahuan; berakhlak mulia; bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara; berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara; dan memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu. c) Huraian Falsafah Pendidikan Negara Memperkembangkan Potensi Individu Potensi ini ialah bakat dan kebolehan yang dimiliki oleh seseorang individu semenjak ia dilahirkan. Bakat dan kebolehan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani dan emosi, dan jasmani yang merupakan anugerah Tuhan. Bakatbakat ini perlu dicungkil, diperkembangkan dan dipertingkatkan secara berterusan. Menyeluruh dan Bersepadu Kesemua bakat dan kebolehan yang ada pada diri individu hendaklah dikembangkan secara optimum. Pengembangan itu pula hendaklah dilakukan zecara tergabung dan saling berkaitan di antara satu sama lain.

12

Chapter 1: Introduction

13

Insan yang Seimbang dan Harmonis Manusia yang memiliki sahsiah yang sepadu apabila semua potensi dirinya dikembangkan secara selaras, menyeluruh dan harmonis. Ia menjadi insan yang sentiasa bersyukur, bersedia menerima segala ujian dan cabaran hidup serta sentiasa berikhtiar untuk mengatasi segala masalah yang dihadapi dengan tenang. Oleh kerana itu ia dapat menikmati ketenteraman dan ketenangan jiwa. Keseimbangan dan kesejahteraan yang dimiliki bukan sahaja bermanfaat pada dirinya, malahan ia tercermin dalam hubunganya dengan orang lain, dengan alam sekitaran dan dengan Maha Pencipta. Perhubungan-perhubungan ini tidak dihadkan oleh batas sempadan negaranya sahaja, malah ia menjangkau ke peringkat dunia dan antarabangsa. Unsur Intelek Unsur Intelek mengandungi aspek-aspek berikut: o hikmah iaitu ilmu yang boleh membawa kepada kemakmuran; o daya pemikiran yang kreatif dan inovatif; o daya pemikiran yang logik dan analitis; o ilmu yang bermanfaat. Unsur Rohani dan Emosi Unsur-unsur rohani dan emosi merangkumi aspek-aspek berikut : o keyakinan terhadap Tuhan; o kepercayaan beragama; o kemantapan jiwa; o penghayatan nilai-nilai murni dan norma masyarakat; o berbudi pekerti mulia; o berbakti dan berkorban Unsur Jasmani Ciri-ciri unsur jasmani ialah : o kecergasan fizikal dan kesihatan diri; o dapat menggunakan anggota dan tenaga fizikal sendiri untuk o berdikari dan hidup bermasyarakat. Kepercayaan dan Kepatuhan Kepada Tuhan Usaha-usaha ke arah ini dapat melahirkan individu yang yakin bahawa manusia dan alam tidak terjadi secara tersendiri tetapi ada Penciptanya. Keyakinan ini pula menguatkan kepercayaan bahawa hukum-hukum alam adalah hukum-hukum Tuhan dan manusia dianjurkan mengkaji fenomena alam. Manusia juga dituntut memikul amanah dan bertanggungjawab kepada Tuhan dalam mentadbir dan memakmurkan alam. Rakyat Malaysia yang Berilmu Pengetahuan Masyarakat Malaysia yang berilmu pengetahuan memiliki sikap suka membaca serta cintakan ilmu pengetahuan. Manusia yang memiliki sifat-sifat 13

Chapter 1: Introduction

14

ini akan menggunakan ilmu tersebut untuk manfaat diri dan orang lain. Ini bermakna setiap individu mesti berusaha untuk menghayati prinsip pendidikan sepanjang hayat. Rakyat Malaysia yang Berakhlak Mulia Masyarakat Malaysia yang baik budi pekertinya memiliki tingkah laku yang sopan, berdisiplin dan bersepadu. Sifat-sifat mulia ini terbentuk dari dalam diri setiap rakyat. Sifat-sifat mulia ini juga mesti berteraskan ilmu, keyakinan dan amalan. Rakyat Malaysia yang Bertanggungjawab Masyarakat Malaysia yang berpegang teguh kepada amanah dan mempunyai tanggungjawab yang tinggi terhadap Tuhan, bangsa dan negara. Masyarakat ini adalah masyarakat yang produktif, bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasnya dengan cekap, bersih dan amanah. Rakyat Malaysia yang Berkeupayaan Menikmati Kesejahteraan Diri Masyarakat Malaysia yang memiliki jiwa yang damai dan tenteram. Ini membolehkan setiap individu memperkembang dan memanfaatkan seluruh potensi dirinya bagi memenuhi keperluan sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan negara. Rakyat Malaysia yang Dapat Memberi Sumbangan Masyarakat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran bagi melahirkan tenaga manusia yang produktif, berinisiatif dan berinovatif untuk mentadbirkan alam. Masyarakat ini mampu menggunakan teknologi dengan cekap bagi mempertingkatkan daya pengeluaran ke arah pembangunan Negara. Keharmonian dan Kemakmuran Masyarakat dan Negara Masyarakat Malaysia yang mengamalkan sikap toleransi di antara satu sama lain, bekerjasama, hormat-menghormati dan mencapai perpaduan kaum. Dengan adanya perpaduan muncul keadaan yang aman, tenteram dan stabil. Suasana yang sihat dan positif membantu dan menjamin perkembangan ekonomi dan kemajuan di dalam semua bidang kehidupan.

4. Penutup Falsafah Pendidikan Negara adalah teras kepada sistem pendidikan di negara ini. Falsafah ini digubal di atas kesedaran bahawa negara mesti mempunyai tuju hala dan matlamat yang benar dan tepat di dalam sistem dan rancangan pendidikannya. Selaras dengan Rukunnegara, falsafah pendidikan ini turut menekankan prinsip kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Malah keseluruhan Falsafah Pendidikan Negara adalah berpaksikan keTuhanan. Falsafah Pendidikan ini dimanifestasikan dalam diri insan yang memiliki ciri-ciri baik, seimbang dan harmonis. Dalam konteks yang lebih luas, insan yang baik, seimbang dan harmonis mencerminkan individu yang berilmu pengetahuan, luhur dan 14

Chapter 1: Introduction

15

mulia dari segi rohani, sihat dan bersih dari segi mental dan fizikal serta dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

1.5 AKTIVITI PEMBELAJARAN

a) Huraikan falsafah pendidikan kebangsaan. b) Sejauh manakah sistem pendidikan kita telah berjaya melahirkan pelajar sejajar dengan kehendak falsafah pendidikan negara?

KATA KUNCI Falsafah Epistemologi Etika Logik Cintakan hikmah Sejagat Sistematik Falsafah pendidikan Berfalsafah Insan seimbang Metafizik Inkuiri falsafah

RINGKASAN Istilah falsafah berasal daripada dua perkataan; iaitu, philos yang bermaksud cinta dan sophia yang bermaka hikmah dalam bahasa Yunani. Jadi, falsafah bermaksud cinta kepada hikmah" (love for wisdom).

Metafizik ialah salah satu cabang falsafah tentang hakikat realiti atau kewujudan sesuatu sama ada boleh dilihat atau tidak boleh dilihat Falsafah sebagai penyiasatan secara rasional tentang kebenaran dan prinsip pengetahuan atau tingkahlaku.

Jadi epistemologi ialah berkenaan teori pengetahuan atau memikirkan tentang ilmu pengetahuan.

15

Chapter 1: Introduction

16

Etika ialah bidang falsafah yang melibatkan perbincangan tentang salah dan betul, baik dan jahat yang menjadi asas kemoralan dan kelakuan moral. Logik adalah satu bidang falsafah yang mengkaji penaakulan manusia. Berfalsafah secara mudah dapat dimaksudkan sebagai memikirkan sesuatu dengan sangat mendalam. Falsafah dapat mempertingkatkan kemahiran-kemahiran umum atau generik yang penting bagi seseorang sepanjang hayat, Matlamat pendidikan ialah untuk melahirkan warganegara yang baik yang memiliki ciri-ciri bersatupadu, berdisiplin dan terlatih. Falsafah pendidikan negara digubal di atas kesedaran bahawa negara mesti mempunyai tuju hala dan matlamat yang benar dan tepat di dalam sistem dan rancangan pendidikannya.

RUJUKAN Falsafah Pendidikan Negara. Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. Ogos. 1988. Philosophy Dictionary. The Oxford Dictionary of Philosophy. Copyright 1994, 1996, 2005 by Oxford University Press Encyclopdia Britannica, Inc. (2006) Chicago. Illinois. http://corporate.britannica.com/about/index.html Sinnott-Armstrong, W. (2008). What is Philosophy? Department of Philosophy. Dartmouth College. http://www.dartmouth.edu/~phil/whatis/wsa.html Thomas, W. (2008). Why Does Anyone Need a Philosophy? The Atlas Society. Washington. DC. Vuletic, M. (2006). The Nature of Philosophy. What is Philosophy? http://www.vuletic.com/hume/ph/philosophy.html#f6

16

Chapter 1: Introduction

17

NOTA TAMBAHAN

1. Apakah yang dimaksudkan dengan falsafah? Falsafah merupakan satu perkataan yang akan memberikan pelbagai maksud mengikut individu yang mendalami tentangnya. Falsafah di dalam bahasa Melayu bermaksud cinta kepada hikmah. Falsafah dalam istilah Yunani disebut Filo dan Sofia. Socretes pula mengat akan falsafah ialah Ilmu yang m en yi n tai hikmah fit rah se mulajad i, manakala Aristotle pula mengatakan falsafah itu adalah Suatu ilmu yang mencari sebab-sebab yang jauh ataupun ilmu yang mencari kewujudan sesuatu terhadap sesuatu yang wujud. Istilahf alsafah ini jika d iru ju k kep ada Kamus De wan ed isi kee mp at, ian ya memb eri makn a pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang menjadi dasar ilmu-ilmu lain. Sepertimana yang katakan oleh Wolff (1989) falsafah adalah cinta kepada kebijaksanaan. Jika dirujuk kepada W. W. Howick pula beliau mengaitkan falsafah ini diant ara m anu sia den gan alam se jagat . Dari pend apat -pend apat itu bo leh lah d ikat a kan falsaf ah me rupakan su atu u saha be rfikir yang tiada a khirn ya d en gan t uju an men cari kebenaran. 2. Berikan takrifan anda sendiri mengenai makna falsafah? Falsafah merupakan suatu punca ilmu yang mana dengannya akan melahirkan pemikiran-pemikiran baru yang tidak lari dari tujuan atau makna asal kehidupan insan. Ianya berlaku melalui cara berfikir dan merangkumi logik akal yang menyeluruh dan tiada sempadan tetapi lengkap dari segenap bahagian. Falsafah boleh terbentuk dan dibentuk dari pemikiran yang berteraskan pengetahuan, praktikal dan pengalaman. 3. Bagaimanakah falsafah boleh berfungsi dalam kehidupan manusia? Falsafah boleh berfungsi dalam kehidupan manusia kerana falsafah akan memberi makna kepada kehidupan jika ianya dibentuk dengan sistematik dan percaya kepada sesuatu kewujudan. Jika ini menjadi perkara asas dalam falsafah maka pegangan seseorang tentangaspek ketuhanan tidak boleh dipertikaikan. Melalui falsafah manusia akan faham tentang aspek nilai dan membolehkan mereka berfikir tentang kesan sesuatu tindakan. Ia juga akan membantu manusia untuk berfikir berteraskan logik agar sesuatu penilaian yang dibuat tidak akan mendatangkan kesan yang tidak diingini selain melatih manusia untuk berfikir tentang kebenaran. Oleh itu dengan falsafah, kehidupan manusia akan menjadi lebih baik, berstruktur, berfokus dan bermatlamat. -----oooo-----

17