Anda di halaman 1dari 38

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN: AMALAN PENGAJARAN BERSAMA PENGGERAK KEJAYAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF

Disediakan oleh: ROSNIYATI BINTI OSMAN


FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

M20122001605

Disediakan Untuk: DR. NOOR AINI BINTI AHMAD

KBP6014/A(L)-PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN

2013

PENGHARGAAN

"Dengan Nama Allah Yang Malta Pemurah Lagi Malta Penyayang"

Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan keberkatanNya, Laporan Kajian ini dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Selawat dan salam buat junjungan besar, Nabi Muhammad S.A.W serta keluarganya, para sahabat-sahabat baginda dan para ambia muslimin dan muslimat yang diredhai Allah. Ucapan jutaan terima kasih dan penghargaan ikhlas buat Dr. Noor Aini Binti Ahmad selaku Pensyarah Subjek Pendidikan Inklusif Murid-Murid Bermasalah Pembelajaran di atas sokongan, bimbingan dan dorongan yang telah diberikan. Penghargaan dan ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua yang terlibat secara langsung mahu pun secara tidak langsung yang banyak membantu dalam memberikan idea dan pandangan dalam usaha menyiapkan tugasan ini. Segala kerjasama dan bantuan yang diberikan amat dihargai.. Semoga apa yang telah dicurahkan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T

KBP6014/A(L)-PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN

2013

ISI KANDUNGAN
PENGHARGAAN ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL ABSTRAK

Muka Surat i ii iv vi vii

BAB 1 1.1 1.2 1.3 1.4

PENGENALAN Pengenalan Latar Belakang Kajian Pernyataan Masalah Tujuan 1.4.1 1.4.2 Objektif Kajian Persoalan Kajian 3 3 3 4 5 5 5 6 1 1 2

1.5

Kerangka Konseptual 1.5.1 1.5.2 1.5.3 Perancangan Perlaksanaan Keberkesanan Keputusan

1.6 1.7

Batasan Kajian Kepentingan Kajian

BAB 2 2.1 2.2

TINJAUAN LITERATUR Pengenalan Model Pengajaran Bersama 2.2.1 Faktor Keberkesanan Pelaksanaan Pengajaran Bersama 7 7 7

KBP6014/A(L)-PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN

2013

2.2.2 2.2.3 2.2.4 2.3

Kelebihan Pengajaran Bersama Kepada Murid Kelebihan Pengajaran Kepada Guru Model-model Pengajaran Bersama

9 9 10 10

Kesimpulan

BAB 3 3.1

METODOLOGI KAJIAN Kaedah Kajian 3.1.1 3.1.2 3.1.3 3.1.4 Rekabentuk Kajian Populasi Kajian Sampel Kajian Instrumen Kajian 12 12 12 12 13

BAB 4 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5

DAPATAN KAJIAN Pengenalan Pengesahan penempatan Murid Pendedahan Guru-guru Aliran Perdana berkaitan Program Inklusif Amalan Pengajaran Bersama di dalam Kelas Inklusif Tindak balas Murid Inklusif dalam Sosialisasi dan Komunikasi 14 14 15 16 17

BAB 5 5.1

RUMUSAN DAN PERBINCANGAN Rumusan 5.1.1 5.1.2 5.1.3 Inklusif Yang Berkesan Kerjasama Guru Mewujudkan Pengajaran Bersama Perancangan Yang Teliti 18 18 18 19 20

5.2

Cadangan

KBP6014/A(L)-PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN

2013

5.2.1 5.2.2 5.2.3 5.2.4 5.3

Cadangan Untuk Sekolah Kolaborasi di antara Guru Khas dan Guru Aliran Perdana Peranan Ibu Bapa Sikap Kejujuran dalam Perlaksanaan Tugas

20 21 23 23 23

Penutup

RUJUKAN

25

KBP6014/A(L)-PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN

2013

SENARAI RAJAH
Muka Surat Rajah 1 Kerangka Proses Pengajaran Bersama 3

KBP6014/A(L)-PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN

2013

SENARAI JADUAL
Muka Surat Jadual 1 Sampel Kajian di Sekolah Kebangsaan Pokok Sena, Pulau Pinang 12

KBP6014/A(L)-PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN

2013

AMALAN PENGAJARAN BERSAMA PENGGERAK KEJAYAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF

ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk melihat amalan pengajaran bersama di antara guru Pendidikan Khas dan guru di Aliran Perdana sebagai penggerak kepada kejayaan program Pendidikan Inklusif di sesebuah sekolah. Program Pendidikan Inklusif dilaksanakan adalah untuk memberi peluang dan ruang kepada semua murid Pendidikan Khas berinteraksi dalam semua aspek sosial dan akademik dengan rakan-rakan di Aliran Perdana. Peluang pendidikan untuk murid-murid berkeperluan khas belajar di dalam kelas biasa bersamasama murid-murid normal di Aliran Perdana dengan mengikuti kurikulum biasa dan mendapat bimbingan sama rata. Kajian ini merupakan kajian tindakan kualitatif yang menggunakan instrumen temu bual separa berstruktur dan pemerhatian berstruktur iaitu melalui senarai semak. Hasil kajian mendapati bahawa amalan pengajaran bersama mampu menjayakan Program Pendidikan Inklusif dengan lebih berkesan sekiranya diimplementasikan dengan bantuan, sokongan dan pemantauan berterusan.

ABSTRACT This study was conducted to examine the practice of co-teaching between special education teachers and teachers in Mainstream mover to the success of Inclusive Education program at the school. Inclusive Education programs aim to provide opportunities and space to all special education students in all aspects of social interaction and academic partners in the Mainstream. Educational opportunities for students with special needs in the regular classroom learning along the normal pupils in Mainstream with regular curriculum and guidance equally. This study uses qualitative action instruments and semi-structured interviews, through structured observation checklists. The study found that the practice of co-teaching is running the Inclusive Education program more effective if implemented with assistance, support and ongoing monitoring.

KBP6014/A(L)-PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN

2013

BAB 1 : 1.1

PENDAHULUAN Pengenalan Pengajaran bersama atau co-teaching merupakan satu model kerjasama di antara guru Pendidikan Khas dan guru Aliran Perdana dalam berganding bahu atau bergabung dalam menyampaikan teknik kepelbagaian arahan kepada satu kumpulan murid yang terdiri daripada murid Pendidikan Khas dan murid di Aliran Perdana yang bercampur dalam kelas yang sama dan mengikuti kurikulum yang sama (Friend & Cook, 2010).

1.2

Latar Belakang Kajian Pengajaran merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran yang tertentu. Proses ini meliputi perkara-perkara seperti aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian yang bertujuan menyebarkan ilmu pengetahuan kepada murid-murid

dengan cara yang berkesan.

Menurut Thomas F. Green, tujuan mengajar ialah menukar tingkah laku dan kelakuan murid melalui perolehan ilmu pengetahuan atau kepercayaan baru. Proses pengajaran meliputi aktiviti-aktiviti latihan, pelaziman, tunjuk ajar atau indoktrinasi yang akan menukarkan tingkah laku dan kelakuan, disamping membawa ilmu pengetahuan dan kepercayaan baru kepada para murid.

Melalui amalan model pengajaran bersama dapat memberi impak kepada menyokong guru biasa sebagai seorang professional, mengurangkan atau menghapuskan stigma untuk kanak-kanak Keperluan Khas dan dapat

memartabatkan Program Inklusif dengan mewujudkan persekitaran yang pelbagai (Avramidis et al, 2000).

KBP6014/A(L)-PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN

2013

1.3

Pernyataan Masalah Program Pendidikan Inklusif bagi murid bermasalah pembelajaran telah lebih sedekad dijalankan. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah banyak bergantung kepada corak interaksi guru dengan murid, murid dengan murid dan murid dengan bahan pengajaran. Penglibatan murid Pendidikan Khas di dalam kelas inklusif sedikit sebanyak memerlukan guru di Aliran Perdana membuat penyesuaian pengajaran.

Keadaan ini akan mengubah corak interaksi sedia ada dan sebaliknya memberi kesan kepada murid-murid normal pula. Perlaksanaan Program Inklusif ini akhirnya dikuatiri tidak memberikan apa-apa kesan positif kepada murid Pendidikan Khas. Malang sekali jika murid-murid normal turut merasa tergugat dan mengganggap program ini memberi kesan negatif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran mereka (Gargiulo, 2006).

Peluang pendidikan untuk semua murid-murid Pendidikan Khas di dalam kelas biasa belajar bersama-sama murid-murid normal di Aliran Perdana dengan mengikuti kurikulum biasa, mendapat bimbingan sama rata oleh guru Aliran Perdana dengan dibantu oleh guru Pendidikan Khas atau dikenali sebagai guru pembimbing (Kasser & Lytle, 2005).

Sesetengah guru dan pihak pentadbir tidak dapat menerima secara positif penempatan murid-murid inklusif di sekolah mereka. Anggapan murid-murid ini akan menjejas prestasi sekolah dan menyusahkan pengurusan pentadbiran sekolah. Sebaliknya mereka mempunyai hak yang sama untuk mendapatkan layanan serta pendidikan yang terbaik agar potensi mereka dapat berkembang ke tahap yang optimum. Oleh itu, satu kajian yang menyeluruh perlu dilaksanakan terhadap penentuan model pengajaran yang paling berkesan untuk kerjasama di kalangan guru Pendidikan Khas dan guru di Aliran Perdana yang terlibat secara langsung dalam kelas inklusif murid-murid khas.

KBP6014/A(L)-PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN

2013

1.4

Tujuan Kajian ini adalah untuk membolehkan penyelidik menentukan terlebih dahulu objektif serta persoalan kajian. 1.4.1 Objektif Kajian Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui; a) Pendedahan guru-guru di Aliran Perdana mengenai Pendidikan Khas dan Pendidikan Inklusif, b) Aspek kerjasama di antara guru di Aliran Perdana dengan guru Pendidikan Khas di dalam melaksanakan Program Pendidikan Inklusif, c) Amalan model pengajaran guru-guru di kelas inklusif. 1.4.2 Persoalan Kajian Kajian kes ini bertujuan untuk mendapatkan jawapan kepada persoalanpersoalan berikut; a) Adakah guru-guru Aliran Perdana diberi pendedahan mengenai Pendidikan Khas dan Pendidikan Inklusif sebelum proses pengajaran? b) Adakah wujud kerjasama di antara guru Aliran Perdana dengan guru Pendidikan Khas di dalam melaksanakan Program Pendidikan Inklusif? c) Apakah amalan model pengajaran guru-guru di kelas inklusif?

1.5

Kerangka Konseptual Rajah 1 : Kerangka Konseptual Model Pengajaran Bersama

PERLAKSANAAN
Pentadbiran Guru Sasaran Murid

PERANCANGAN

Model Pengajaran Bersama (stesen, pengajaran selari,pengajaran alternatif, pengajaran berpasukan dan seorang mengajar seorang bantu)

Keberkesanan Hasil KEPUTUSAN

KBP6014/A(L)-PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN

2013

Berdasarkan Rajah 1 menunjukkan kerangka konseptual yang merupakan peta kepada kajian ini. Proses pengajaran bersama merangkumi tiga peringkat utama iaitu peringkat perancangan, perlaksanaan dan keputusan. 1.5.1 Perancangan

Terbahagi kepada tiga iaitu perancangan pentadbiran, perancangan guru dan sasaran murid. Perancangan Pentadbiran dipecahkan kepada pemilihan guru, penjadualan, penyusunan kelas dan pengurusan masa. Dari segi pemilihan guru di mana sebagai contoh mencari pasangan guru yang ada persamaan untuk mengajar. Jikalau tidak ada cari sukarela yang boleh menyertai pemilihan guru. Kaedah pemilihan boleh dibuat melalui soalselidik untuk melihat kekuatan guru dalam mencari pasangan untuk pengajaran bersama. Penjadualan melihat kepada keperluan pelajar, mencari keserasian pasangan guru, menilai secara keseluruhan jadual dan mengasingkan pelajar berdasarkan kesesuaian guru. Penyusunan kelas pula melihat anggaran kelas mestilah seimbang dalam nisbah bilangan pelajar iaitu bilangan pelajar berkeperluan khas tidak lebih dari sepuluh peratus hingga tiga puluh tiga peratus dari keseluruhan pelajar contohnya sepuluh orang murid, bilangan murid khas adalah di antara satu hingga tiga orang sahaja. Pengurusan masa mengambilkira penjadualan mengambil kira waktu biasa, masa yang disediakan sebelum atau selepas sekolah, masa untuk rehat dan makan, hari pembangunan staff, jadual tugasan biasa dan perjumpaan mesyuarat guru. Perancangan Guru kelas/perancangan kurikulum terdiri daripada kerja berpasukan, kesesuaian pasangan, perancangan pengajaran, perancangan kemajuan pemantauan dan penentuan gred dan perancangan murid. Setiap guru dalam pengajaran bersama perlu bersedia memberi perkhidmatan professional yang berkait. Sebagai contoh cara hendak mendapatkan sokongan keluarga adalah dengan menghantar surat, penyediaan fakta pengajaran bersama kepada keluarga, memaparkan tajuk pengajaran di dalam website, pengisian informasi di dalam majalah sekolah, mengedarkan risalah dan lain-lain selagi mampu mengizinkan maklumat kepada

KBP6014/A(L)-PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN

2013

keluarga pelajar. Secara tidak langsung hubungan baik secara peribadi terjalin dan pengajaran bersama akan memberi impak besar dalam sistem pembelajaran kini.

1.5.2

Perlaksanaan

Perlaksanaan terdiri daripada pemilihan model pengajaran iaitu kaedah stesen, pengajaran selari, pengajaran alternatif, pengajaran berpasukan dan seorang mengajar seorang bantu. Setiap satu mempunyai kelebihan tersendiri.

1.5.3

Keberkesanan Keputusan

Dinilai berdasarkan kepelbagaian cara iaitu perancangan, perlaksanaan dan tujuan keberkesanan. Antara faktor untuk menilai keberkesanan pengajaran bersama ialah pengisian kefahaman untuk konsep pengajaran bersama dan visi di kalangan professional iaitu pentadbiran, pembantu guru, guru-guru yang terlibat. Faktor tujuan dan niat penjadualan di mana murid yang kurang berkeupayaan atau bermasalah pembelajaran, murid mesti diutamakan untuk jadual dan mengikut keutamaan sokongan. Selain itu, keserasian guru untuk bekerja bersama-sama merupakan kunci utama keberkesanan pangajaran bersama dan perkongsian perancangan untuk menjayakan pengajaran bersama. Faktor keberkesanan juga di lihat dari segi kebergantungan kepada pembangunan professionalisme.

1.6

Batasan Kajian Ketepatan dapatan kajian bergantung kepada tindakbalas temubual dari aspek kesungguhan menjawab soalan yang dikemukakan. Kajian ini berupaya mempunyai batasan seperti; 1.6.1 Kajian hanya melibatkan murid-murid di kelas inklusif, guru-guru Pendidikan Khas dan guru-guru di Aliran Perdana yang mengajar mata pelajaran di kelas inklusif. Oleh yang demikian, dapatan kajian tidak boleh digeneralisasikan kepada semua murid dan guru di sekolah.

KBP6014/A(L)-PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN

2013

1.6.2

Kajian hanya terhad kepada tajuk dan perbincangan dalam kelas inklusif sahaja.

1.6.3

Dalam kajian, wujud kesukaran untuk mengawal pemboleh ubah luar yang memesong dari tujuan kajian.

1.7

Kepentingan Kajian Hasil kajian ini diharapkan akan dapat memberikan maklumat kepada pihak-pihak yang terlibat dalam perancangan dan perlaksanaan Program Pendidikan Inklusif seperti Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia, Unit Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan Pentadbir sekolah-sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi si sekolahsekolah harian. Peringkat Pihak Pentadbiran Sekolah bersama guru-guru Aliran Perdana pula diharapkan mendapat maklumat bagi penyediaan amalan model pengajaran bersama dalam perlaksanaan Program Pendidikan Inklusif khususnya melihat kepentingan secara menyeluruh.

KBP6014/A(L)-PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN

2013

BAB 2 : 2.1

TINJAUAN LITERATUR Pengenalan Pendidikan Inklusif merupakan satu bentuk penyampaian perkhidmatan yang disediakan untuk pembelajaran istimewa atau perkhidmatan berkaitan pelajar istimewa yang boleh menguasai sedangkan pada masa yang sama mereka dikekalkan dalam sistem pembelajaran di kelas Arus Perdana. Peluang pendidikan untuk murid-murid berkeperluan khas belajar di dalam kelas biasa bersama-sama murid-murid normal di aliran perdana dengan mengikuti kurikulum biasa, mendapat bimbingan sama rata oleh guru mata pelajaran dengan dibantu oleh guru pendidikan khas/guru pembimbing (Kasser & Lytle, 2005).

2.2

Model Pengajaran Bersama Pengajaran Bersama atau Co-Teaching berlaku apabila dua atau lebih profesional iaitu guru dalam kalangan guru Aliran Perdana dan guru Pendidikan Khas bergabung dalam menyampaikan teknik kepelbagaian arahan kepada satu kumpulan pelajar yang terdiri daripada murid berkeperluan khas dan murid di arus perdana yang bercampur dalam kelas yang sama dan mengikuti kurikulum yang sama (Friend & Cook, 2010). Merujuk kepada hubungan di antara guru Aliran Perdana dan guru Pendidikan Khas di mana guru ini mempunyai tanggungjawab dalam penentuan penyediaan kemudahan perkhidmatan pendidikan, perancangan dan penerimaan arahan kepada semua murid termasuk murid yang dikelaskan berkeperluan khas (Stetson & Associates, Inc.2005). 2.2.1 Faktor Keberkesanan Perlaksanaan Pengajaran Bersama

Faktor keberkesanan perlaksanaan pengajaran bersama di antara tenaga pengajar Aliran Perdana dan pengajar Kelas Khas adalah wujudnya kolaborasi atau kerjasama dalam sesuatu perkara.

KBP6014/A(L)-PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN

2013

Arahan merupakan fokus utama yang perlu diambil kira oleh setiap guru. Keduadua guru mesti bertanggungjawab untuk merancang, menyampaikan dan menilai setiap arahan. Arahan yang diberikan mestilah relevan dengan pengajaran.

Selain itu, wujudnya kesesuaian penerimaan murid dan modifikasi di mana pengajaran adalah lebih berjaya dengan mengambil kira faktor keselesaan dan kesesuaian murid atau dengan erti kata lain berlakunya modifikasi dalam pengajararan. Guru juga perlulah melihat daripada aspek pengurusan tingkahlaku. Menguruskan tingkah laku adalah begitu sukar dalam pengajaran yang berkesan.Walaubagaimanapun dalam pengajaran bersama ini, kedua-dua guru mestilah mampu untuk menguruskan tingkah laku dan setiap campurtangan mengikut keperluan dan kesesuaian intervensi.

Setiap penilaian dibuat sebagai gambaran yang tepat terhadap tahap penguasaan murid contohnya melalui tugasan dan kerja khusus. Kerjasama di antara kedua-dua guru mestilah wujud dalam merekabentuk prosedur pengumpulan data dan menentukan bagaimana data dikutip dan dianalisis. Juga keterlibatan dalam perbincangan memerlukan kerjasama di antara kedua-dua guru ini. Setiap guru mestilah melibatkan diri dalam setiap peringkat perbincangan bersama murid bagi menjayakan program selain mewujudkan perbincangan dua hala.

Setiap guru mestilah mempunyai komitmen dalam menerima dan berkongsi maklumat serta berbincang dalam menyelesaikan sebarang masalah berkaitan murid dalam program pengajaran bersama. Antara lain ialah advokasi yang merupakan komponen yang agak kritikal dalam mewujudkan keberkesanan program pendidikan. Dalam pengajaran bersama, setiap guru mestilah mampu untuk memberikan khidmat nasihat dan perundingan bersama pelajar.

KBP6014/A(L)-PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN

2013

2.2.2

Kelebihan Pengajaran Bersama kepada murid

Pengajaran bersama dapat mengurangkan suasana persekitaran yang terhalang atau Least Restrictive Enviroment (LRE) di mana apabila murid khas ditempatkan di dalam kelas bersama murid arus perdana dan melalui pengajaran bersama dengan menggunakan sukatan yang sama, secara tidak langsung murid tidak berasa terasing. murid juga memiliki hak yang sama seperti murid di arus perdana yang lain. Oleh yang demikian, keadaan ini dapat mengurangkan suasana yang menghalang murid menyertai aktiviti pembelajaran.

Selain itu, melalui pengajaran bersama setiap jangkaan kebolehcapaian kurikulum umum dapat dicapai. Amalan ini juga dapat melahirkan suasana positif dalam proses pembelajaran dan dapat meningkatkan daya keyakinan diri murid. Justeru dapat meningkatkan keterlibatan dua hala dalam proses pembelajaran. Melalui program ini juga, dengan harapan melahirkan sebuah model bagaimana kerja secara bersama dan sebuah model dalam menanggani kepelbagaian. Kaedah ini mampu melahirkan pembelajaran yang realistik di dalam kelas (Scruggs et. al, 2006).

2.2.3 Faedah

Kelebihan Pengajaran Bersama Kepada Guru melalui perlaksanaan kaedah pengajaran bersama ialah dapat

meningkatkan tahap kepuasan kepada guru di mana murid mudah memahami penyampaian yang berpusatkan murid. Selain itu, dapat memberi peluang kepada perkembangan mengurangkan profesionalisme rasa terasing dalam dalam kalangan kalangan guru guru itu sendiri iaitu khas,

pendidikan

menyeimbangkan penghargaan kepada peranan guru Aliran Perdana dan guru Pendidikan Khas dan memberi peluang kepada perkembangan kreativiti murid khusunya dan guru amnya.

KBP6014/A(L)-PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN

2013

Dengan kerjasama guru Aliran Perdana dan guru Pendidikan Khas, secara tidak langsung guru dapat berkongsi rasa tanggungjawab di dalam kelas dan beban kelas dapat dikurangkan. Secara umumnya, perlaksanaan pengajaran bersama mampu mengurangkan masalah pengurusan sikap (Jones & Walsh, 2004).

2.2.4

Model-model Pengajaran Bersama

Amalan pengajaran bersama terbahagi kepada lima iaitu berasaskan stesen, pengajaran selari,pengajaran alternatif, pengajaran berpasukan dan seorang mengajar seorang bantu).

2.3

Kesimpulan Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk

memudahkan pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat meransangkan minat murid di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan murid.

Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan murid yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan murid. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi memeransangkan murid belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati murid serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna.

KBP6014/A(L)-PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN

2013

Perlunya guru menarik perhatian murid dalam sesuatu pengajaran, aktiviti-aktiviti yang dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep yang diterjemahkan secara jelas. Aktiviti harus boleh mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara berkesan. Oleh demikian, dalam mencari kesesuaian serta pendekatan yang berkesan, terlebih dahulu guru mempunyai sifat kerjasama sama ada guru Aliran Perdana dan guru Pendidikan Khas.

KBP6014/A(L)-PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN

2013

BAB 3 : 3.1

METODOLOGI KAJIAN Antara perkara yang akan dibincangkan ialah rekabentuk kajian, responden kajian, instrumen kajian, tatacara pengumpulan data dan tatacara penganalisaan data. 3.1.1 Rekabentuk Kajian Kajian ini adalah satu kajian kes yang dijalankan di sebuah sekolah rendah di Pulau Pinang. Pengkaji menggunakan kaedah kajian secara kualitatif dan menggunakan instrumen temu bual separa berstruktur dan pemerhatian berstruktur iaitu melalui senarai semak yang juga merupakan kaedah memungut data. 3.1.2 Populasi Kajian Populasi kajian ini ialah Sekolah Kebangsaan Pokok Sena, iaitu sebuah sekolah rendah di Daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Sekolah Kebangsaan Pokok Sena merupakan sebuah sekolah yang menjalankan Program Pendidikan Inklusif. 3.1.3 Sampel Kajian Berikut adalah sampel kajian ini. Jadual 1 : Sampel Kajian di Sekolah Kebangsaan Pokok Sena Bil 1. 2. 3. 4. 5. Guru Besar Penyelaras Kelas Khas Guru Aliran Perdana (Kelas Inklusif) Guru Pengiring Pendidikan Inklusif Murid Inklusif JUMLAH Sampel Bilangan 1 1 3 3 3 11 orang

Berdasarkan Jadual 1, kajian dibuat secara temuduga ke atas kumpulan yang terlibat secara langsung dalam Pendidikan Inklusif.

KBP6014/A(L)-PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN

2013

3.1.4

Instrumen Kajian Instrumen kajian kes ini adalah seperti berikut; a) Senarai Semak Pemerhatian Kelas Inklusif. Instrumen ini melihat aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas bagi melihat bagaimanakah pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif di sekolah yang dipilih. Senarai Semak ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu seperti; Bahagian A : Mengenai pengetahuan latar belakang Program Inklusif, Bahagian B : Mengenai aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran, Bahagian C : Mengenai Sosialisasi dan Komunikasi.

b) Set Temu Bual Instrumen ini melibatkan Protokol Temubual bersama Guru Besar, Protokol Temubual bersama Guru Aliran Perdana khusus yang mengajar kelas inklusif dan Protokol Temubual bersama Guru Penolong Kanan atau Penyelaras Pendidikan Khas.

KBP6014/A(L)-PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN

2013

BAB 4 : 4.1

DAPATAN KAJIAN Pengenalan Kajian kes ini telah melibatkan sebelas orang responden dari sekolah kajian iaitu Sekolah Kebangsaan Pokok Sena, Pulau Pinang. Murid-murid di sekolah ini terdiri daripada berbilang bangsa. Kemudahan perkhidmatan pengajaran dan

pembelajaran bermula seawal intervensi iaitu Program Prasekolah, Program Pendidikan Khas Integrasi, Pemulihan Khas dan pembelajaran normal tahun satu hingga tahun enam. Saiz kelas adalah sekitar dua puluh lima hingga tiga puluh orang murid bagi setiap kelas. 4.2 Pengesahan Penempatan Murid Menurut Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pokok Sena, perbincangan bersama Penolong Kanan Pendidikan Khas seawal tahun baru dalam menentukan pengesahan pemilihan murid untuk ditempatkan di kelas inklusif. Penempatan murid-murid dalam kepelbagaian ketidakupayaan adalah secara inklusif penuh telah pun diluluskan oleh pihak pentadbir sekolah. Seramai tiga orang murid telah menyertai kelas inklusif di mana dua orang ditempatkan di dalam darjah empat manakala seorang lagi berada di darjah dua. Ini bermakna mereka akan mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran sepenuh masa di dalam kelas-kelas yang terpilih bersama-sama murid normal. Murid-murid yang layak mengikuti kelas inklusif ini ditentukan oleh Penolong Kanan Pendidikan Khas. Pemilihan hanya menempatkan murid Pendidikan Khas yang telah menguasai sebahagian atau sebahagian besar mata pelajaran/akademik ke kelas biasa untuk mengikuti suasana pembelajaran normal. Di samping itu juga, murid-murid yang terpilih ini mampu untuk mengurus diri dan berkomunikasi dengan orang lain. Mereka mempunyai tingkah laku terkawal dan tidak mempamerkan masalah tingkah laku yang tidak diingini di mana situasi ini akan menjejaskan komunikasi dengan guru khususnya guru Aliran Perdana. Bahkan tingkah laku sebegini akan menganggu aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah kelak. Peluang pendidikan untuk murid-murid berkeperluan

KBP6014/A(L)-PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN

2013

khas belajar di dalam kelas biasa bersama-sama murid-murid normal di Aliran Perdana dengan mengikuti kurikulum biasa, mendapat bimbingan sama rata oleh guru mata pelajaran dengan dibantu oleh guru pendidikan khas/guru pembimbing.

Di lihat dari aspek kesediaan murid Pendidikan Khas itu sendiri untuk turut berada di dalam kelas pembelajaran normal, langkah proaktif telah pun diambil terlebih dahulu oleh pihak Pentadbiran Program Pendidikan Khas Integrasi itu sendiri. Melalui program persediaan yang terancang, peringkat permulaan, murid diperkenalkan dengan persekitaran sekolah. Lawatan ke kantin, ke perpustakaan, ke makmal komputer, ke Pejabat Pentadbiran, ke bilik-bilik darjah dan ke kawasan sekolah yang lain pada setiap pagi. Program ini dinamakan Program Pra Inklusif sebagai penerangan kepada senario aktiviti pembelajaran yang akan dialami apabila mereka melangkah masuk ke kelas inklusif kelak. Selain itu, murid ini dibawa menyertai perhimpunan mingguan dan keluar rehar bersama-sama murid normal. Keadaan ini dirasakan amat penting dititikberatkan agar murid Pendidikan Khas tidak merasa takut jauh sekali merasa terpinggir dan terasing apabila berada dalam kalangan murid normal.

4.3

Pendedahan guru-guru Aliran Perdana berkaitan Program Inklusif Persediaan sebelum program ini dilaksanakan adalah di pihak guru-guru Aliran Perdana khususnya guru matapelajaran inklusif dan murid-murid normal kelas inklusif. Sebagai perancangan yang teratur rapi bagi perlaksanaan Program Pendidikan Inklusif di sekolah ini ialah pihak sekolah dengan kerjasama Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang telah mengadakan satu Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan kepada semua guru berkaitan pendedahan awal Pendidikan Inklusif. Antara maklumat yang disampaikan berkaitan perlaksanaan Program Pendidikan Inklusif ialah objektif, ciri-ciri perwatakan murid-murid yang dipilih untuk diinklusifkan, cara untuk mengimplementasikan program tersebut dan bidang kuasa masing-masing. Setiap guru telah mendapat

KBP6014/A(L)-PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN

2013

taklimat yang jelas dan secara tidak langsung mereka berasa yakin untuk mengajar murid-murid Pendidikan Khas ini.

Di samping itu juga, penerangan juga telah diberikan oleh pihak pentadbiran sekolah kepada warga sekolah yang lain termasuk murid-murid normal sebagai persediaan mereka menerima murid khas di dalam kelas mereka. Penerangan ini telah disampaikan sama ada secara formal dan tidak formal. Pihak sekolah turut memaklumkan kepada waris melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru mengenai implementasi Program Pendidikan Inklusif ini.

4.4

Amalan Pengajaran Bersama di dalam Kelas Inklusif Tiada perubahan atau berlaku penyesuaian fizikal terhadap bahan bantu mengajar yang dibuat oleh pihak tertentu. Amalan Perlaksanaan Pendidikan Inklusif di Sekolah Kebangsaan Pokok Sena, Pulau Pinang ini pada setiap sesi kelas inklusif, terdapat seorang guru pengiring akan memberikan khidmat. Keadaan ini merupakan satu penyesuaian yang paling ketara dan berkesan bagi membantu murid khas semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ketika guru Aliran Perdana menjalankan aktiviti pengajaran, guru pengiring akan duduk bersebelahan Murid Pendidikan Khas.

Tugas utama guru pengiring tersebut adalah membimbing murid mengikut kesesuaian aktiviti yang dijelaskan oleh guru Aliran Perdana. Selain itu, guru pengiring ini juga menyediakan bahan rujukan serta lembaran kerja yang bersesuaian. Namun wujudnya kekangan dari aspek pengekalan guru pengiring di dalam kelas inklusif di mana kekurangan guru dan masa untuk menampung beban kerja di kelas Program Pendidikan Khas Integrasi itu sendiri.

KBP6014/A(L)-PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN

2013

Setakat ini, guru pengiring sering kali hanya bertindak sebagai tempat rujukan murid inklusif sekiranya mereka menghadapi masalah di dalam kelas inklusif. Sesekali mereka meyertai bersama murid inklusif di dalam kelas dalam membantu guru mata pelajaran inklusif.

Wujudnya kerjasama di antara guru-guru di Aliran Perdana dengan guru Pendidikan Khas. Kerjasama ini turut menggariskan skop tanggungjawab yang dibahagikan antara mereka. Kerjasama ini jelas apabila guru Aliran Perdana sendiri yang akan memaklumkan sesuatu maklumat kepada guru pengiring sewaktu mereka tidak dipertemukan di dalam kelas inklusif. Sewaktu pemerhatian pengkaji, dilihat guru Aliran Perdana tidak kekok berinteraksi bersama murid Pendidikan Khas.

4.5

Tindak balas Murid Inklusif dalam Sosialisasi dan Komunikasi Melalui pemerhatian pengkaji juga, persekitaran fizikal kelas inklusif dengan enrolmen murid antara dua puluh lima ke tiga puluh orang murid di dalam satu bilik darjah, kemasukan murid Pendidikan Khas tidak menjejaskan kepadatan kelas. Penyusunan meja yang disusun menghadap antara satu sama lain memudahkan interaksi murid-murid Pendidikan Khas dengan murid normal. Semasa proses pengajaran, di dapati sesekali sahaja murid Pendidikan Khas melibatkan diri secara aktif, namun majoritinya mereka agak pasif. Guru mata pelajaran menggunakan bahan bantu mengajar yang sama seperti murid normal.

Dari segi sosialisasi dan komunikasi, murid Khas mampu untuk berinteraksi menggunakan komunikasi biasa. Mereka boleh bersosialisasi dengan murid-murid lain. Komunikasi dua hala yang berkesan jelas dilihat sewaktu rehat. Malah mereka ini boleh bermain bersama-sama dengan murid normal yang lain di sekolah itu.

KBP6014/A(L)-PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN

2013

BAB 5 : 5.1

RUMUSAN DAN PERBINCANGAN Rumusan 5.1.1 Inklusif Yang Berkesan

Secara keseluruhannya, Program Pendidikan Inklusif di sekolah ini berjaya mencapai matlamatnya kerana telah memenuhi beberapa perkara asas kepada prasyarat Inklusif. Antaranya meluluskan kemasukan murid Pendidikan Khas ke kelas inklusif dengan menerima pendedahan pengetahuan berkaitan inklusif. Selain itu juga, pihak sekolah menyokong hak pembelajaran untuk semua dengan membenarkan sejumlah minoriti murid Pendidikan Khas belajar bersama-sama murid normal dan mengikuti Kurikulum Pembelajaran yang normal.

Kelas-kelas inklusif di Sekolah Kebangsaan Pokok Sena juga mempunyai enrolmen yang rendah di mana kemasukan Murid Khas adalah tidak membebankan. Kehadiran mereka di dalam kelas inklusif dengan melibatkan penggunaan kerusi dan meja juga tidak memadatkan ruang pembelajaran di dalam kelas. Mengikut kajian, perkiraan anggaran kelas mestilah seimbang dalam nisbah bilangan pelajar iaitu bilangan pelajar berkeperluan khas tidak lebih dari sepuluh peratus hingga tiga puluh tiga peratus dari keseluruhan pelajar contohnya sepuluh orang murid, bilangan murid khas adalah di antara satu hingga tiga orang sahaja. Jumlah sedia ada masih di bawah paras minimum.

5.1.2

Kerjasama Guru Mewujudkan Pengajaran Bersama

Program Pendidikan Inklusif di Sekolah Kebangsaan Pokok Sena, Pulau Pinang menunjukkan kerjasama di antara guru-guru Aliran Perdana dan guru-guru Pendidikan Khas di mana situasi ini jelas dilaksanakan atas rasa tanggungjawab di kalangan guru Aliran Perdana dan haruslah dipuji.

KBP6014/A(L)-PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN

2013

Amalan Pengajaran Bersama menjadi kunci kepada kejayaan program ini. Amalan seumpama ini menyamai Model Pengajaran Bersama atau Co-Teaching . Melihat salah satu Model Pengajaran Bersama iaitu Model Pengajaran Alternatif seorang guru akan mengambil tanggungjawab yang lebih besar berbanding seorang guru lagi mengawal kumpulan kecil di bahagian belakang kelas antara satu hingga lima orang sahaja. Dalam model ini, guru yang memegang kumpulan besar akan mengawal kelas. Manakala guru kumpulan kecil akan bergerak ke satu ruang di dalam kelas antara lima hingga lima belas minit sahaja. Kaedah ini bertujuan untuk memberikan tumpuan kepada lima orang yang yang diajar secara berulang-ulang kerana mengalami masalah sukar menerima pembelajaran. Kumpulan yang lebih besar akan meneruskan pembelajaran seperti biasa. Selepas masa yang ditentukan tamat, kumpulan ini akan digabungkan semua. Kaedah ini tidak membenarkan guru mengambil masa yang lama.

Meskipun apa yang dilaksanakan di sekolah kajian, bukanlah secara rasmi berlakunya pengajaran bersama, namun amalan ini mampu meningkatkan keberkesanan Program Pendidikan Inklusif. Dengan adanya kehadiran guru Pendidikan Khas sebagai guru pengiring, murid inklusif dapat terus dibimbing secara individu dan meningkatkan kefahaman serta tumpuan murid. Bantuan dan penerangan tambahan mengikut kesesuaian mereka amatlah membantu dan meringankan tanggungjawab guru Aliran Perdana khususnya guru mata pelajaran.

5.1.3

Perancangan Yang Teliti

Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif amat bergantung kepada pemahaman, penerimaan dan kolaborasi dari semua pihak termasuk pentadbir, guru-guru, murid-murid normal dan ibu bapa. Perancangan yang teliti adalah kata kunci utama kerana program ini tidak akan berjaya jika tidak dirancang dengan persediaan yang teliti termasuk menyelesaikan masalah yang timbul sebelum memulakan program (Weishaar & Borsa, 2001).

KBP6014/A(L)-PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN

2013

Dalam melaksanakan perancangan, semua pihak perlu memberikan komitmen yang sewajarnya demi melancarkan Perlaksanaan Pendidikan Inklusif.

5.2

Cadangan Berdasarkan kepada rumusan hasil daripada kajian, terdapatnya faktor-faktor positif yang terdapat di sekolah ini untuk dijadikan panduan bagi amalan pengajaran bersama dalam perlaksanaan Program Inklusif. Oleh itu, beberapa cadangan dikemukakan bagi penambahbaikan serta peningkatan Program Pendidikan Inklusif di masa akan datang.

5.2.1

Cadangan untuk Sekolah

Pihak pentadbir perlulah peka dan memahami konsep sebenar Program Pendidikan Inklusif supaya matlamatnya tercapai. Perancangan yang rapi amatlah diperlukan supaya sekolah bersedia di waktu sukar dalam membuat keputusan. Sebagai contoh menanggani tingkah laku tidak terkawal murid Pendidikan Khas. Mengikut perkembangan pendidikan di Negara kita, hanya sekolah yang berenrolmen kecil sahaja sesuai bagi menjalankan program ini dengan berkesan. Ini adalah kerana kemasukan murid-murid Pendidikan Khas tidak banyak memberi impak kepada bilangan murid di dalam sesuatu bilik darjah. Pihak pentadbir juga perlu memainkan peranan dalam menyelidik pasangan guru yang ada chemistry untuk mengajar. Sebagai contoh, guru pengiring iaitu guru Pendidikan Khas perlulah serasi untuk digandingkan bersama guru Aliran Perdana. Hubungan yang berkesan dapat dihasilkan sekiranya wujud persefahaman di antara mereka. Sebaliknya dikuatiri berlakunya percanggahan yang membawa kepada kepincangan guru.

KBP6014/A(L)-PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN

2013

Jikalau tiada, perlulah mencari sukarela yang boleh menyertai pemilihan guru. Kaedah pemilihan boleh dibuat melalui soalselidik untuk melihat kekuatan guru dalam mencari pasangan untuk pengajaran bersama. Selain itu, keprihatinan pihak pentadbir dalam memajukan Program Inklusif ini dapat diadaptasikan melalui penyediaan keperluan guru sebagai contoh penyediaan latihan dalam mengukuhkan pengetahuan khususnya menentukan kaedah dan amalan yang sesuai dalam pengajaran. Pihak pentadbir boleh menganjurkan forum dengan menjemput pakar luar yang berkelayakan. Secara tidak langsung, situasi ini mampu memberi pendedahan kepada pihak yang tidak kenal pendekatan Pendidikan Inklusif. Penerangan yang khusus sama ada kepada murid-murid normal mahupun kepada ibu bapa berkaitan perlaksanaan Pendidikann Inklusif secara berkala. Keadaan ini mampu mengingatkan mereka kepada keperluan murid Pendidikan Khas yang juga mahukan kejayaan seperti mana murid normal. Nilai murni yang dipupuk ini secara tidak langsung dapat merapatkan jurang di antara mereka dan menghilangkan stigma kepada murid Khas.

5.2.2

Kolaborasi di antara Guru Khas dan Guru Aliran Perdana

Dalam merancang aktiviti pengajaran yang berkesan dan bermakna kepada para murid, guru haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang akan digunakan. Pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin kelicinan serta keberkesanan penyampaian sesuatu subjek. Di antara kaedah dan teknik yang boleh digunakan oleh guru ialah kaedah sumbang saran, kaedah tunjuk cara (demonstrasi), simulasi atau kaedah pengajaran kumpulan, kaedah perbincangan atau kaedah penyelesaian masalah dan kaedah projek. Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan murid terlibat secara aktif dan bergiat sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan. Dalam pengajaran dan pembelajaran, terdapat beberapa kaedah dan teknik

KBP6014/A(L)-PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN

2013

yang berkesan boleh digunakan oleh guru. Oleh yang demikian pemilihan terhadap kaedah dan teknik pelulah dilakukan secara berhati-hati supaya cara-cara ini tidak menghalang guru melaksanakan proses pembentukan konsep-konsep secara mudah dan berkesan. Kesediaan belajar antara seorang individu dengan seorang individu yang lain biasanya tidak setara. Ini kerana tahap atau proses pertumbuhan atau perkembangan mereka tidak sama dan searah. Walaupun terdapat semacam satu kecenderungan yang sama dalam pertumbuhan mereka tetapi fizikal, mental, emosi dan sosial mereka tetap berbeza. Biasanya hal-hal seperti inilah yang banyak menimbulkan masalah kepada guru, sama ada pada peringkat kesediaan perancangan atau pada peringkat melaksanakan pelajaran mereka. Oleh demikian, kolaborasi kerja dan tanggungjawab antara guru-guru Khas dan guru di Aliran Perdana merupakan faktor penyumbang kepada kejayaan Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif. Hubungan baik dan sikap bantu membantu menjamin hubungan yang harmoni dan seterusnya meningkatkan keberkesanan pelaksanaan program ini. Kedua-dua pihak perlu tahu bidang-bidang kuasa masing-masing supaya mereka dapat menjalankan tugas dengan lebih berkesan. Mereka boleh melakukan aktiviti bersama-sama seperti bengkel pengajaran dan pembelajaran yang sesuai sebagai contoh untuk memantapkan amalan pengajaran bersama, mereka sama-sama melibatkan diri dalam bengkel co-teching . Dalam keadaan tertentu peluang untuk bertukar-tukar pendapat dan pengalaman secara bermakna antara rakan sejawat amat baik. Oleh itu, amat besar faedahnya jika Program Pendidikan Inklusif diperluaskan pada skala yang lebih besar, maka diadakan pula forum untuk berkongsi kejayaan, masalah, strategi pengajaran dan lain-lain di antara guru-guru yang terlibat.

KBP6014/A(L)-PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN

2013

5.2.3

Peranan ibu bapa

Apa yang diharapkan adalah semua ibu bapa menjungjung tinggi hasrat sekolah dalam memacu keberkesanan amalan pengajaran bersama dalam kelas inklusif. Mengetahui maklumat Pendidikan Khas agar mengetahui hak murid Khas menerima peluang pendidikan adalah sama seperti kanak-kanak biasa.Kerjasama dan sokongan ini amatlah besar penghargaan kepada pihak sekolah yang tidak terhitung nilainya.

5.2.4

Sikap Kejujuran dalam Perlaksanaan Tugas

Perbezaan persepsi dalam apa jua yang manghalang kerjasama perlulah dikemukakan dalam mesyuarat agar dapat diperbincangkan dan diselesaikan. Sebagai contoh persepsi tentang beban tugas antara guru-guru Aliran Perdana dan guru-guru Pendidikan Khas. Persepsi ini boleh diperbetulkan melalui perbincangan supaya tidak timbul masalah salah persepsi. Sebagai seorang guru juga role model kepada anak murid perlulah bersedia memikul tanggungjawab untuk menjalankan tugas dengan sejujurnya.

5.3

Penutup Melalui kaedah Inklusif menggunakan pendekatan model Pengajaran Bersama/Coteaching mampu memberi kesan positif dalam kerjasama sebagai satu kumpulan guru-guru Aliran Perdana dan guru Pendidikan Khas iaitu satu himpunan kepakaran dan resos yang boleh digunakan untuk memenuhi keperluan kepelbagaian murid. Amalan model pengajaran bersama dapat memberi impak kepada menyokong guru biasa sebagai seorang professional, mengurangkan atau menghapuskan memartabatkan stigma untuk kanak-kanak Keperluan Khas dan dapat

KBP6014/A(L)-PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN

2013

Program Inklusif dengan mewujudkan persekitaran yang pelbagai. Kesepaduan tenaga dan pemikiran tersebut mengurangkan pergantungan kepada pendekatan pengasingan. Kejayaan perlaksanaan program Inklusif adalah berdasarkan perancangan dan usaha berterusan semua pihak yang digembleng demi meningkatkan mutu pendidikan khasnya untuk murid-murid khas dan murid normal amnya. Melalui pendidikan kita mampu membentuk murid menguasai ilmu pengetahuan seterusnya mempertingkatkan martabat diri, agama dan masyarakat.

KBP6014/A(L)-PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN

2013

RUJUKAN
Austin, V.L. (2010). Inclusive Practices in Tennessee: An Investigation of Co-Teaching in Middle Tennesssee Schools.

Bishop, A., & Jones, P. (2002) Promoting inclusive practice in primary initial teacher training: influencing hearts as well as minds. Support for Learning 17 (2) , 5863

Bursuck, W. & Friend, M. (1999). Including students with special needs: A practical guide for classroom teachers, 2nd ED., Needman Heights, MA: Allyn & Bacon

Cook, L., & Friend, M. (1995). Co-teaching: Guidelines for creating effective practices. Focus on Exceptional Children. 28(3), 1-16.

Cook, L., & Friend, M.(2004). Co-Teaching: Principles, Practices and Pragmatics, Paper presented at the quarterly meeting of the New Mexico Public Education Department Special Education Meeting, Albuquerque.

Embury, D.C., Dinnesen, M.S. (2013). C0-teaching in Inclusive Classrooms Using Stuctured Collaborative Planning.

Gately, F. & Gately, S. (1993). Developing positive co-teaching environments: Meeting the needs of an increasingly diverse student population. Haniz Ibrahim. (1998). Inclusion Education in Malaysia : Tearchers attitude to Change. Dessertasion Ph.D:Faculty of Education, University of Exeter.

Kamariah Jalil (1995): Pendidikan inklusif: Pendidikan untuk semua.Konsep dan pelaksanaan (Inclucive education. Education for all. Conceptual and Implementation). Seminar working paper. School Division. Ministry of Education. Malaysia. Kuala Lumpur Government Printers.

KBP6014/A(L)-PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN

2013

Magiera, K. (2005). Co-Teaching in Middle School Classrooms Under Routine Conditions: Does the Instructional Experience Differ for Students with Disabilities in Co-Taught and Solo-Taught Classes?.

Malian, I. (2010). Co-Teaching Beliefs to Support Inclusive Education: Survey of Relationships between General and Special Educators in Inclusive Classes.

Mastropieri, M., McDuffie, K.A. & Scruggs , T.E.( 2007). Co-teaching in inclusive classrooms: A meta-synthesis of qualitative research. Exceptional Children, 73, 392-416

Mastropieri, M. & Scruggs , T. (2000). The inclusive classroom: Strategies for effective instruction, Upper Saddle River, NJ: Prentice-Hall, Inc.

Mohd Majid Konting (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan, Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan Pustaka.

KBP6014/A(L)-PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN

2013

LAMPIRAN

KBP6014/A(L)-PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN

2013

BORANG SENARAI SEMAK: PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF


TARIKH SEKOLAH : MATA PELAJARAN : : KELAS :

BAHAGIAN A: Pengetahuan latar belakang Program Inklusif 1. Murid Pendidikan Khas diberi sedikit tumpuan secara individu. 2. Murid Pendidikan Khas ditempatkan di bahagian hadapan kelas. 3. Berlakunya eyes contact guru dengan Murid Khas. 4. Murid Khas diberikan peluang menjawab pertanyaan guru. BAHAGIAN B: Aktiviti Pembelajaran & Pengajaran 1. Guru Aliran Perdana berkomunikasi secara dua hala dengan Murid Khas. 2. Penyesuaian bahan bantu mengajar . 3. Melibatkan guru pengiring (guru Pendidikan Khas). 4. Murid Khas menunjukkan tingkah laku yang positif.

Catatan

Catatan

BAHAGIAN C: Sosialisasi dan Komunikasi 1. Murid Khas melibatkan diri sewaktu proses pembelajaran. 2. Murid Khas berinteraksi dan bersosial dengan murid Aliran Perdana. 3. Murid Aliran Perdana menunjukkan tindak balas yang positif terhadap Murid Khas. 4. Murid Khas menunjukkan minat terhadap pembelajaran. JUMLAH KESELURUHAN ( / )

Catatan

KBP6014/A(L)-PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN

2013

SET TEMU BUAL : AMALAN PENGAJARAN BERSAMA DALAM PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF

KUMPULAN TEMUBUAL : 1. Guru Besar 2. Penolong Kanan/ Penyelaras Pendidikan Khas 3. Guru Aliran Perdana (Kelas Inklusif) 4. Guru Pengiring Pendidikan Inklusif

SET SOALAN TEMU BUAL : 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Pengetahuan berkaitan Program Pendidikan Inklusif. Pendedahan latihan berkaitan Pendidikan Inklusif. Proses perjalanan Pendidikan Inklusif di kelas. Bidangkuasa dalam Pendidikan Inklusif. Tanggapan terhadap Murid Khas dalam proses pembelajaran. Program kesediaan murid inklusif. Keperluan Program Inklusif. Senario pembelajaran inklusif. Amalan pengajaran dalam kelas inklusif.

10. Kerjasama guru dalam Pendidikan Inklusif. 11. Masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan Pendidikan Inklusif.

KBP6014/A(L)-PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN

2013