Anda di halaman 1dari 7

TAMADUN DAN ELEMENNYA

MUKADIMAH

Agama Islam adalah din yang mencakupi dan merangkumi seluruh sudut atau
aspek kehidupan manusia sama ada keagamaan atau keduniaan. Islam adalah kurniaan
Allah s.w.t yang paling berharga dan bernilai diturunkan kepada manusia. Dengan
perantaraan wahyu manusia diajar dan dididik aqidah yang benar, cara melaksanakan
ibadat ritual khusus dan prinsip-prinsip asas mu’amalat atau yang berkaitan dengan
bidang kemasyarakatan. Dengan minda dan daya berfikir yang dikurniakan oleh Allah
s.w.t manusia mencipta dan membina tamadun dengan berpandukan dan diselaraskan
dengan dasar-dasar dan prinsip-prinsip yang ditetapkan oleh wahyu. Aqidah, ibadat
khusus dan prinsip-prinsip asas mua’malat adalah tetap dan sabit, tidak boleh sama sekali
diubah, sebagai contoh Allah s.w.t telah mengharamkan sistem riba dalam urusan
seharian manuisa. Walauapapun keadaan, dasar ini tidak boleh dirombak. Sabda
Rasulullah s.a.w. bermaksud:

Sesiapa yang mengada-adakan di dalam urusan kami ini (iaitu urusan


keagamaan) sesuatu pekerjaan yang tiada daripadanya, maka ia (iaitu yang diada-
adakan itu) tertolak”. (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim).

Sebaliknya perkara yang berubah hanyalah tamadun yang dikembangkan oleh


mausia, mengikut kesesuaian masa dan tempat, pada ukuran akal, yang berlandaskan
prinsip-prinsip atau acuan wahyu tersebut. Oleh yang demikian pembaharuan dalam
Islam adalah mengikut Din Islam (agama) bukan sebaliknya. Walaupun begitu, ia tetap
bersifat ‘flexible’ dan tidak ‘rigid’. Tamadun Islam tidak terhad kepada tamadun yang
dicipta oleh orang Islam sahaja. Tamadun Islam dicipta dan dimiliki oleh semua orang.
Kemajuan ciptaan orang bukan Islam boleh diikuti dan diambil oleh umat Islam
sekiranya tidak bertentangan dengan Islam. Sebaliknya pembangunan ciptaan umat Islam
sendiri tidak boleh diterima andainya bercanggah dengan Islam. Tamadun Islam tidak
tertakluk kepada masa-masa tertentu serta tidak terkongkong dengan bangsa dan daerah
tertentu.

1 PEMIKIRAN ISLAM SEMASA


TAMADUN DAN ELEMENNYA

DEFINISI TAMADUN

Istilah tamadun berasal dari perkataan Arab tamaddun yang berakar umbi dari
perkataan maddana yang bererti ‘ Membangunkan atau memajukan (bandar), misalnya
dalam ungkapan ini “Dia membangunkan bandar”. Menjadikan atau mengubah
(seseorang yang berkelakuan kekampungan) kepada berkelakuan ‘kebandaran ’ atau
‘kepekanan’, misalnya dalam ungkapan “ Dia menjadikan budak itu berkelakuan seperti
orang pekan”. Tamaddun juga boleh dikatakan berpunca dari perkataan madana yang
bererti ‘Menduduki sesuatu tempat ’, atau ‘datang menduduki suatu bandar’. Berkelakuan
seperti orang pekan atau bandar’, atau ‘halus budi pekertinya’, misalnya di dalam
ungkapan “ Dia berkelakuan seperti orang pekan atau bandar “, atau “ Dia itu halus budi
pekertinya”. ‘Kampung ’ dan ‘Pekan’ tersebut dapat dilihat dengan jelas dalam konteks
masyarakat arab lama, dimana orang kampung, badwi biasanya kasar dan orang pekan
atau bandar bersopan santun. Perlu juga disebut bahawa dari perkataan madana jugalah
datangnya perkataan madinah (jamaknya, mudun) yang bermakna bandar. Perkataan
modern juga mempunyai kaitan dengan perkataan-perkataan ini.

Dari huraian etimologi ini ternyata tamadun pada dasarnya, berkaitan dengan
kebendaan seperti pembangunan Bandar dan kerohanian dan pembangunan akhlak. Oleh
itu tamadun dalam pengertian yang mudah ialah kemajuan jasmani atau fizikal dan rohani
iaitu dalam bentuk abstrak. Menurut Kamus Dewan, perkataan tamadun dijelaskan
sebagai Keadaan masyarakat manusia yang dicirikan atau didasarkan pada taraf
kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik, dll) yang
tinggi, atau peradaban serta budaya atau cara hidup orang-orang (negara, kawasan atau
sesuatu zaman) tertentu dan keadaan pemikiran (budaya dan moral) yang halus.

Manakala di dalam kamus Atlas Al-Mausuciy: English-Arab pula, mengertikan


perkataan tamadun (civilization) dengan ‘hadharah’. Hadharah, sebagaimana yang
dijelaskan oleh kamus ini memberi maksud sebagai suatu keadaan atau suasana kemajuan
hidup sesebuah masyarakat bandar yang disertai dengan tatasusila, adab, dan ilmu
pengetahuan serta mewujudkan asas-asas kemasyarakatan dan politik. Menurut kamus ini

2 PEMIKIRAN ISLAM SEMASA


TAMADUN DAN ELEMENNYA

lagi, hadharah juga diertikan sebagai bentuk kebudayaan dan bentuk masyarakat yang
berkembang di sesuatu bahagian tertentu atau kebudayaan yang muncul pada zaman yang
tertentu. Menurut kamus A Dictionary of Modern Writen Arabic, perkataan tamadun
bermaksud kemajuan yang diadakan atau dirancangkan.

Walau apa pun maksud yang diberikan terhadap perkataan tamadun, tetapi ia
bukanlah perkataan pertama yang digunakan bagi menghuraikan pencapaian manusia di
dalam pelbagai bidang kehidupan. Malah telah wujud beberapa perkataan lain
sebelumnya. Misalnya, Ibnu Khaldun pernah menggunakan perkataan ‘cumran’ di dalam
kitabnya al-Muqaddimah pada abad ke-14. Perkataan ini sama dan menepati maksud kata
tamadun. Perkataan ini terus dipergunakan sehingga abad ke-19 yang membawa erti
sekumpulan manusia yang mendiami sebidang tanah yang mempunyai sumber ekonomi
yang mencukupi, keselamatan nyawa dan harta terjamin dan sebagainya yang
memungkinkan mereka mencapai kemajuan di dalam pelbagai bidang. Daripada
definisi-definisi yang dinyatakan, kita dapat perhatikan bahawa konsep yang difahamkan
daripada perkataan tamadun adalah sama iaitu sesuatu yang berkaitan dengan
perkembangan umat dalam pelbagai aspek kehidupan jasmani dan rohani.

DUA FAKTA PERBINCANGAN

Dalam bab pengenalan “Tamadun dan Elementnya” Dr. Muhammad Sa’id


Ramadan al-Buti telah membentangkan perbincangan tentang tamadun dan subjeknya
dengan memfokuskan kepada dua fakta yang utama. Fakta pertama mengenai ruang
lingkup atau skop tamadun yang berkisar di sekitar usaha-usaha dan pengeksploitasian
yang dilakukan oleh manusia untuk beralih daripada corak kehidupan kepedalaman yang
serba ringkas kepada corak kehidupan moden yang serba kompleks.

Penulis berpendapat pengertian hadharah (tamadun) dari aspek definisi


terminologi dan etimologi mempunyai korelasi yang jelas dan nyata atau saling berkait
antara satu sama lain. Kalau kita tinjau dan memperhatikan kalimat hadharah (tamadun)
yang berasal daripada kata “hadhar” dari segi etimologinya adalah antonim kepada

3 PEMIKIRAN ISLAM SEMASA


TAMADUN DAN ELEMENNYA

perkataan “badawah” yang signifikan kepada kepedalaman atau kebadawian, iaitu dari
segi maksud yang identik (sama) serta ciri-ciri yang ada padanya. Ruang lingkup
pengertian hadharah akan menjadi lebih luas jika komunitinya lebih giat dan aktif
melakukan revolusi dan transformasi dari segala aspek kehidupan serta penuh
keghairahan untuk membiasakan diri dengan corak serta gaya hidup komuniti yang
progresif dan advance serta sentiasa melakukan perubahan ke atas unit alam dari masa
kesemasa disebabkan bertindak balas dengan kesan dan natijahnya.

Rentetan daripada fakta pertama diatas dapatlah didefinisikan perkataan


hadharah sebagai hasil dan natijah tidak balas antara manusia dengan alam dan
kehidupan. Justeru itu, tamadun tidak lebih daripada impak dan implikasi usaha yang
diimplimentasikan oleh manusia untuk meneroka dan mengeksploitasi unit-unit dan
sumber-sumber alam yang berbagai-bagai kategori terdapat di dalamnya. Falsafah utama
adalah untuk merealisasikan segala keperluan dan keinginan dalam komuniti insan
bersama menyebar luas element-element kebaikan dan kebajikan serta kebahagian hidup
sesama insan. Fakta berikut ini merupakan fakta yang kedua yang cuba diterapkan oleh
penulis bagi menjelaskan fakta pertamanya.

TIGA RUKUN ASASI TAMADUN

Oleh yang demikian, elemen atau unsur tamadun yang asasi dilihat melalui tiga
punca premier iaitu manusia, kehidupan, dan alam semesta. Elemen yang pertama iaitu
manusia atau kewujudan manusia bermaksud akal, pemikiran dan hati nuraninya.
Manakala kehidupan di sisni bermaksud umur yang dimiliki oleh manusia. Dan alam
semesta bermakna segala unit alam yang berbagai-bagai yang mana berupaya
dimanfaatkan dan digunakan oleh manusia.

Elemen kehidupan dan alam semesta merupakan dua elemen yang penting dalam
usaha kearah pembentukan tamadun. Walaubagaimanapun manusia adalah elemen yang
paling penting berbanding dua elemen tersebut. Kenapa elemen manusia menjadi tunggak
utama pembangunan sesebuah tamadun? Kerana manusia adalah elemen yang bertindak

4 PEMIKIRAN ISLAM SEMASA


TAMADUN DAN ELEMENNYA

dan mempengaruhi sedangkan alam dan kehidupan menerima tindak balas dan
terpengaruh atau menerima kesan. Ini bererti manusia merupakan pusat utama
pembangunan alam dalam kehidupan, disebabkan manusia dikurniakan nikmat pemikiran
dan pandangan yang mendalam. Unit-unit alam yang berada di sekitar manusia
berperanan sebagai sebab-sebab yang dilihat oleh manusia untuk dieksploitasikan bagi
mencapai impian dan matlamat selepas mendapat inspirasi dan pedoman hasil dari
observasi dan pemerhatian yang mendalam terhadap unit ini.

IMPAK TAMADUN POSITIF ATAU NEGATIF?

Tamadun tidak lebih sebagai hasil kerja buat yang bersumber daripada pemikiran
manusia, iaitu bagaimana mereka hendak mendapatkan manfaat daripada kelengkapan-
kelengkapan alam semesta yang bertebaran disekitarnya. Impak dan hasil yang positif
atau negatif sesebuah tamadun adalah berpunca daripada pengeksploitasi itu sendiri
kalau mereka menjadikan kebenaran dan kebaikan sebagai pentunjuk atau pendomannya
maka apa yang akan terhasil adalah perkara-perkara yang positif, tetapi jika mereka
membelakangkannya impak yang diterima adalah sebaliknya.

Dr. Muhammad Sacid Ramadan Al-Buti juga mengemukakan persoalan adakah


terdapat suatu tamadun yang hanya mendatangkan keburukan kepada manusia atau,
adakah tamadun mendatangkan kebaikan kepada manusia hasil daripada
pengeksplotasian alam semesta? Sebagai jawapan bagi persoalan di atas, beliau
mengemukakan dua sebab mengapa timbulnya bencana hasil daripada tamadun iaitu:

1. Kebodohan jiwa dan hawa nafsu manusia yang biasanya mendorong manusia
melakukan kezaliman dan kejahatan.
2. Kegagalan manusia dalam mencari hakikat kebaikan dan kejahatan. Dalam proses
pencarian tersebut, manusia telah tersesat disebabkan oleh hal-hal yang bersifat
relatif.

5 PEMIKIRAN ISLAM SEMASA


TAMADUN DAN ELEMENNYA

Daripada dua sebab di atas, maka timbullah permasalahan tamadun dalam sejarah
kehidupan umat manusia sehingga dalam banyak period manusia telah menanggung
berbagai penderitaan hasil usaha yang bercorak tamadun dan ilmiah. Masalah ini boleh
diselesaikan oleh manusia sekiranya mereka kembali menerima bimbingan Maha
Pencipta yang menciptakan tiga elemen tamadun iaitu manusia, kehidupan, dan alam.

PENUTUP
Tamadun adalah hasil usaha yang dijalankan oleh manusia untuk mengeksploitasi unit-
unit alam yang berada disekitarnya. Elemen manusia adalah rukun tamadun yang primer
daripada elemen tamadun yang lain disebabkan manusia bertindak dan mempengaruhi
sedangkan alam dan kehidupan menerima tindak balas dan menerima impak daripada apa
yang dilakukan oleh manusia. Malapetaka yang dibawa oleh tamadun kepada manusia
disebabkan oleh kebodohan jiwa dan hawa nafsu manusia dan terjebak gejala hal-hal
yang bersifat relative serta tidak bersependapat dalam menerima neraca yang tetap buat
mengukur mana yang baik dan mana yang buruk. Akibatnya manusia menanggung derita
hasil usaha-usaha yang bercorak tamadun dan ilmiah, iaitu penderitaan yang melebihi
kebahagiaan yang diharapkan. Oleh hal yang demikian manusia perlu kenbali kepada
pendoman dan petunjuk Allah s.w.t. yang mana Allah s.w.t. yang menciptakan tiga
elemen tamadun.

6 PEMIKIRAN ISLAM SEMASA


TAMADUN DAN ELEMENNYA

BIBLIOGRAFI

Dr. Teuku Iskandar. 2002. Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Dan Pustaka

Dr. Muhammad Sacid Ramadan Al-Buti. 1981M/1401H. Manhaj al-Hadarah


al-Insaniyyah fi al-Quran. Damsyik

Hasnan kasan, Nasaruddin Yunos dan Nazri Muslim. 2003. Tamadun Islam Dan
Kenegaraan Malaysia A. Bangi: Pusat Pengajian Umum Universiti Kebangsaan
Malaysia.

7 PEMIKIRAN ISLAM SEMASA