Anda di halaman 1dari 17

Ringkasan tamadun islam

Khulafa al-Rasyidin
Khulafa ar-Rasyidin atau Khulafa ar-Rasyidun (jamak kepada Khalifatur Rasyid) bererti wakil-
wakil atau khalifah-khalifah yang benar atau lurus. Mereka waris kepimpinan Rasulullah selepas
kewafatan baginda Nabi Muhammad s.a.w.. Perlantikan mereka dibuat secara syura iaitu perbincangan
para sahabat atau pilihan khalifah sebelum. Selepas pemerintahan ini, kerajaan Islam diganti oleh
kerajaan Ummaiyyah. Khulafa ar-Rasydin terdiri daripada empat sahabat:

• Saidina Abu Bakar, 632-634 M


• Saidina Umar Al-Khatab, (Umar І) 634-644 M
• Saidina Uthman Affan, 644-656 M
• Saidina Ali Abi Talib, 656-661 M

Selepas kematian Saidina Ali, pemerintahan jatuh kepada Muawiyah yang mengasaskan Kerajaan Bani
Ummaiyyah.

Kaitan
Hassan bin Ali dan Umar bin Abdul Aziz sering dikaitkan dengan Khulafa ar-Rasyidin.

Hassan bin Ali

Setelah ayahnya, Ali, meletakkan jawatan demi keamanan Muslimin, walaupun pucuk pemerintahan
sudah diambil Muawiyah, penyokong Ali telah mengangkat Hassan sebagai khalifah di Iraq tetapi telah
digulingkan oleh Muawiyah dalam tahun yand sama. Pilihan ini dirakam sebagai pilihan waris pertama
dalam sejarah khalifah kerana tiada persetujuan am diadakan. Muawiyah kemudian memulakan zaman
Ummaiyyah, zaman khalifah warisan yang pertama.

Umar bin Abdul Aziz

Beliau memang seorang khalifah pada zaman Ummaiyyah dan ternyata bukan antara Khulafa ar-
Rasydin. Dikenali sebagai Umar ІІ, beliau juga dikenali sebagai seorang khalifah yang agung kerana
menyerupai datuknya, Umar І (Saidina Umar Al-Khatab) dari segi sikap tegas tetapi adil dan
kesentosaan yang dibawa kepada wilayahnya semasa wilayah itu sedang kucar-kacir; punca beliau
diangkat untuk memerintah. Keagungan beliau menyebabkan beliau dikenali dalam hikayat yang
disebarkan luas ke mana-mana Islam disebarkan. Hal ini menyebabkan beliau lebih terkenal daripada
Hassan bin Ali dan disalahanggap sebagai antara Khulafa ar-Rasyidin.
Ringkasan tamadun islam

Khalifah Abu Bakar as-Siddiq

Semasa Rasulullah s.a.w. sedang sakit tenat, baginda mengarahkan supaya Saidina Abu Bakar
mengimamkan solat orang Islam. Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., sebuah majlis yang
dihadiri oleh golongan Ansar dan Muhajirin ditubuhkan untuk melantik seorang khalifah bagi
memimpin umat Islam. Hasil daripada perjumpaan itu, Saidina Abu Bakar dilantik dan menjadi khalifah
pertama umat Islam. Perlantikan Saidina Abu Bakar mendapat tentangan daripada beberapa orang yang
ingin melantik Saidina Ali Abi Talib sebagai khalifah kerana Saidina Ali antaranya ialah golongan Syiah.
Tentangan itu tamat selepas Saidina Ali Abi Talib membaiahkan Saidina Abu Bakar. Antara kejayaan
yang diperoleh Saidina Abu Bakar ialah menghapuskan golongan Riddah dan nabi palsu, pengumpulan
Al Quran, dan berjaya menawan beberapa kawasan milik Empayar Parsi dan Byzantine. Beliau wafat
pada tahun 634.

Khalifah Umar al-Khatab

Semasa pemerintahan singkat Saidina Abu Bakar, Saidina Umar merupakan penasihat Saidina Abu
Bakar. Saidina Abu Bakar mencalonkan Saidina Umar sebagai penggantinya sebelum kematiannya pada
tahun 634 masihi. Dengan itu Saidina Umar menjadi khalifah kedua umat Islam. Semasa pemerintah
Saidina Umar, empayar Islam berkembang dengan pesat; menawan Mesopotamia dan sebahagian
kawasan Parsi daripada Empayar Parsi (berjaya menamatkan Empayar Parsi), dan menawan Mesir,
Palestin, Syria, Afrika Utara, dan Armenia daripada Byzantine (Rom Timur). Pada tahun 638, selepas
pengempungan Baitulmuqaddis yang agak lama, tentera Islam berjaya menakluk kota tersebut. Saidina
Umar banyak melakukan perubahan terhadap sistem pemerintahan Islam seperti menubuhkan
pentadbiran baru di kawasan yang baru ditakluk, memberi upah kepada tentera & membuat jadual
giliran bertugas, mewujudkan pejabat pos untuk surat menyurat, menyelaras aliran sungai untuk tujuan
penanaman dan melantik panglima-panglima perang yang berkebolehan. Semasa pemerintahannya juga
kota Basra dan Kufah dibina. Saidina Umar wafat pada tahun 644 selepas dibunuh oleh seorang hamba
Parsi yang bernama Abu Lu'lu'ah.

Khalifah Uthman Affan

Saidina Uthman menjadi khalifah selepas Saidina Umar Al-Khatab dibunuh pada tahun 644. Beliau
memerintah selama dua belas tahun iaitu dari tahun 644 sehingga tahun 656. Antara pembaharuan yang
dibuat ialah menubuhkan Angkatan Tentera Laut yang diketuai oleh Muawiyah dan membuat dasar
terbuka dalam hubungan politik & urusan dagangan. Semasa pemerintahannya, keseluruhan Iran,
sebahagian daripada Afrika Utara, dan Cyprus menjadi sebahagian daripada empayar Islam. Saidina
Uthman wafat pada tahun 656 akibat dibunuh oleh pemberontak yang tidak puas hati dengan
pemerintahannya.
Ringkasan tamadun islam

Khalifah Ali

Pada tahun 656 masihi, khalifah ketiga Islam iaitu Saidina Uthman Affan wafat kerana dibunuh di dalam
rumahnya sendiri. Segelintir masyarakat kemudiannya mencadangkan Saidina Ali supaya menjadi
khalifah tetapi Saidina Ali menolak. Tetapi selepas didesak oleh pengikutnya, beliau akhirnya menerima
untuk menjadi khalifah. Terjadi dua perang saudara semasa pemerintahan Saidina Ali iaitu Perang Jamal
(Perang Unta) antara tentera pimpinan Saidina Ali dengan pengikut Aishah, Zubair & Talhah yang
mengakibatkan Zubair & Talhah terkorban sementara Perang Siffin pula membabitkan penentangan
Muawiyah yang ketika itu berpusat di Damsyik. Dalam peperangan ini, Ammar ibn Yasir terkorban.
Penentangan ini berjaya ditamatkan apabila empayar Islam dipecahkan kepada dua. Saidina Ali wafat
pada tahun 661 akibat dibunuh ketika beliau hendak bersolat subuh.

Kronologi Khulafa al-Rasyidin

• 632M- Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah. Usamah
mengetuai ekspedisi ke Syria. Kempen menentang Bani Tamim dan Musailimah.
• 633M- Pengumpulan Al Quran bermula.
• 634M- Kewafatan Saidina Abu Bakar. Saidina Umar Al-Khatab dilantik menjadi khalifah.
Penaklukan Damsyik.
• 635M- Penawanan Madain.
• 636M- Penaklukan Syria, Mesopotamia, dan Palestin.
• 637M- Mesir ditawan.
• 638M- Penawanan Baitulmuqaddis oleh tentera Islam.
• 640M- Kerajaan Islam Madinah mula membuat duit syiling Islam.
• 644M- Saidina Umar mati syahid akibat dibunuh. Saidina Uthman Affan menjadi khalifah.
• 645M- Kempen di Afrika Utara. Cyprus ditakluk.
• 646M- Kempen menentang Byzantine.
• 647M- Perang di laut menentang angkatan laut Byzantine. Empayar Parsi ditumpaskan.
• 648M- Pemberontakan menentang pemerintahan Saidina Uthman.
• 656M- Saidina Uthman wafat akibat dibunuh. Saidina Ali Abi Talib dilantik menjadi khalifah.
Terjadinya Perang Jamal.
• 657M- Saidina Ali memindahkan pusat pemerintahan daripada Madinah ke Kufah. Perang Siffin
meletus.
• 659M- Saidina Ali menawan kembali Hijaz dan Yaman daripada Muawiyah. Muawiyah
mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah Damsyik.
• 661M- Saidina Ali wafat. Tamatnya pemerintahan Khulafa al-Rasyidin. Muawiyah mengasaskan
Kerajaan Bani Ummaiyyah.
Ringkasan tamadun islam

Kerajaan Bani Ummaiyyah

Kerajaan Bani Ummaiyyah (Arab ‫ بنييو أمييية‬banū umayya / ‫ المويون‬al-umawiyyūn); Parsi ‫امويان‬
(Omaviyân), Turki, Emevi) ialah kerajaan khalifah Islam berasaskan perwarisan pertama selepas
kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Kerajaan ini terdiri daripada keluarga di dalam kaum Quraish
Makkah. Kerajaan Bani Ummaiyyah ini berkuasa dari tahun 661 masihi sehingga tahun 750 masihi.
Ironiknya kaum Bani Ummaiyyah sebelum ini pernah menjadi musuh ketat Islam sebelum mereka
memeluk Islam.

Pemerintahan Ummaiyyah

Muawiyah telah menjadi Gabenor Syria di bawah pemerintahan khalifah ketiga Islam, Saidina Uthman
Affan. Selepas peristiwa pembunuhan Saidina Uthman, Saidina Ali Abi Talib telah dilantik menjadi
khalifah yang baru. Memandangkan pembunuh Saidina Uthman yang melantik Saidina Ali sebagai
khalifah, Muawiyah enggan menerimanya sebagai khalifah dan menentang Saidina Ali pada tahun 657.
Kedua-dua pihak bersetuju untuk berunding untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Rundingan ini
dilihat oleh para pengikut Saidina Ali sebagai tidak adil. Empayar Islam dipecahkan. Selepas Saidina Ali
dibunuh pada tahun 661, anak Saidina Ali iaitu Saidina Hassan menyatakan sokongan kepada Muawiyah
sebagai khalifah seluruh empayar Islam. Hal ini menyebabkan tertubuhnya Kerajaan Bani Ummaiyyah
dan menyaksikan pertukaran pusat pemerintahan daripada Madinah ke Damsyik. Banyak penaklukan
dan pembukaan wilayah baru dibuat semasa pemerintahan Kerajaan Bani Ummaiyyah. Tentera Muslim
berjaya menakluk Afrika Utara dan Iran pada lewat tahun 600-an, mengembangkan empayar Islam
daripada Semenanjung Iberia di barat sehingga India di timur. Tentera Ummaiyyah pimpinan Tariq ibni
Ziyad menyeberangi Selat Gibraltar dan menubuhkan pemerintahan di Semenanjung Iberia (Sepanyol)
sementara baki tentera Islam yang lain menubuhkan pemerintahan di Sind, India. Kerajaan Bani
Ummaiyyah ditewaskan oleh Kerajaan Bani Abbasiyyah selepas tewas dalam perperangan pada tahun
750 masihi. Hal ini menyebabkan kebanyakan kaum keluarga Bani Ummaiyyah dibunuh oleh tentera
Abbasiyyah. Seorang waris Bani Ummaiyyah iaitu Abd-ar-rahman I mengambil pemerintahan Islam di
Andalusia dan menubuhkan Kerajaan Bani Ummaiyyah Andalusia di sana.

Kronologi Kerajaan Bani Ummaiyyah

• 661M- Muawiyah menjadi khalifah dan mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah.


• 670M- Mara ke Afrika Utara. Penaklukan Kabul.
• 677M- Penawanan Samarkand dan Tirmiz. Serangan ke atas Constantinople.
• 680M- Kematian Muawiyah. Yazid I menaiki takhta. Peristiwa pembunuhan Saidina Hussein.
• 685M- Khalifah Abdul Malik menjadikan Bahasa Arab sebagai bahasa rasmi kerajaan.
• 700M- Kempen menentang kaum Barbar di Afrika Utara.
• 711M- Penaklukan Sepanyol, Sind, dan Transoxiana.
• 712M- Tentera Ummaiyyah mara ke Sepanyol, Sind, dan Transoxiana.
• 713M- Penaklukan Multan.
• 716M- Serangan ke atas Constantinople.
• 717M- Umar bin Abdul Aziz menjadi khalifah. Pembaharuan yang hebat dijalankan.
• 725M- Tentera Islam menawan Nimes di Perancis.
• 749M- Kekalahan tentera Ummaiyyah di Kufah, Iraq ditangan tentera Abbasiyyah.
• 750M- Damsyik ditawan oleh tentera Abbasiyyah. Kejatuhan Kerajaan Bani Ummaiyyah.
Ringkasan tamadun islam

Khalifah Ummaiyyah di Damsyik

• Muawiyah I ibni Abu Sufyan, 661-680


• Yazid I ibni Muawiyah, 680-683
• Muawiyah II ibni Yazid, 683-684
• Marwan I ibni Hakam, 684-685
• Abd al-Malik ibni Marwan, 685-705
• al-Walid I ibni Abd al-Malik, 705-715
• Sulaiman ibni Abd al-Malik, 715-717
• Umar ibni Abd al-Aziz, 717-720
• Yazid II ibni Abd al-Malik, 720-724
• Hisham ibni Abd al-Malik, 724-743
• al-Walid II ibni Yazid II, 743-744
• Yazid III ibni al-Walid, 744
• Ibrahim ibni al-Walid, 744
• Marwan II ibni Muhammad, 744-750

Khalifah di Cordoba

• Abd ar-Rahman I, 756-788


• Hisham I, 788-796
• al-Hakam I, 796-822
• Abd ar-Rahman II, 822-852
• Muhammad I, 852-886
• al-Mundhir, 886-888
• Abdallah ibni Muhammad, 888-912
• Abd ar-Rahman III, 912-961
• Al-Hakam II, 961-976
• Hisham II, 976-1008
• Mohammed II, 1008-1009
• Sulaiman, 1009-1010
• Hisham II, menaiki takhta semula, 1010-1012
• Sulaiman, menaiki takhta semula, 1012-1017
• Abd ar-Rahman IV, 1021-1022
• Abd ar-Rahman V, 1022-1023
• Muhammad III, 1023-1024
• Hisham III, 1027-1031

Sahabat Rasulullah s.a.w.

Ini adalah sebahagian daripada Sahabat Rasulullah s.a.w. daripada Bani Ummaiyyah:

• Marwan ibni Al-Hakam


• Muawiyah ibni Abu Sufyan
• Abu Sufyan ibni Harb
Ringkasan tamadun islam

Kerajaan Bani Abbasiyyah

Kerajaan Bani Abbasiyyah (Arab: ‫ العبّاسييدين‬al-Abbāsidīn) ialah nama yang diberi bagi Khalifah
Baghdad iaitu empayar kedua Islam selepas penyingkiran pemerintahan Kerajaan Bani Ummaiyyah.
Kerajaan ini merampas kuasa pada tahun 750 selepas mereka berjaya mengalahkan tentera Ummaiyyah
dalam medan peperangan. Kerajaan ini berkembang selama dua kurun tetapi secara perlahan-lahan
mengalami zaman kejatuhan selepas kebangkitan tentera berbangsa Turki yang mereka cipta. Kerajaan
ini akhirnya berakhir pada tahun 1258 selepas Hulagu Khan iaitu seorang panglima tentera Mongol
menghancurkan Baghdad.

Revolusi menentang Ummaiyyah

Adalah dikatakan bahawa keturunan khalifah Abbasiyyah datang dari Saidina Abbas bin Abdul Muttalib
(566-652) yang merupakan salah seorang daripada bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w., oleh itu
mereka merasakan diri mereka layak untuk menjadi khalifah memandangkan salasilah keturunan mereka
itu. Bani Ummaiyyah pula ialah salah sebuah daripada golongan dalam kaum Quraish yang berlainan
daripada keturunan nabi. Muhammad ibni Ali, cicit kepada Saidina Abbas menjalankan kempen untuk
mengembalikan kuasa pemerintahan kepada keluarga Bani Hashim di Parsi semasa pemerintahan
Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Semasa pemerintahan Khalifah Marwan II, penentangan ini semakin
memuncak dan akhirnya pada tahun 750, Abu al-Abbas al-Saffah berjaya menewaskan tentera
Ummaiyyah dan kemudiannya dilantik sebagai khalifah.

Masalah dan Cabaran

Kerajaan Abbasiyyah amat bergantung kepada sokongan orang Parsi dalam usaha mereka menjatuhkan
Kerajaan Bani Ummaiyyah. Pengganti Khalifah Abu al-Abbas, al-Mansur, memindahkan pusat
pemerintahan mereka daripada Damsyik ke Baghdad dan mengalu-alukan kedatangan orang bukan Arab
Muslim ke sana. Hal ini membantu mengintegrasikan budaya Arab dan Parsi tetapi langkah ini
mengasingkan banyak penyokong berbangsa Arab mereka. Keadaan ini dengan cepat menimbulkan
banyak masalah. Bani Ummaiyyah walaupun tewas tetapi mereka masih tidak dimusnahkan. Saki-baki
golongan Bani Ummaiyyah selepas kekalahan mereka melarikan diri ke Sepanyol dan menubuhkan
sebuah kerajaan di sana yang juga digelar Kerajaan Ummaiyyah. Kerajaan Abbasiyyah juga
menghadapi kesukaran dengan golongan Syiah. Golongan Syiah banyak membantu Abbasiyyah
memandangkan mereka merupakan keturunan Nabi Muhammad s.a.w., tetapi Abbasiyyah ialah Ahli
Sunah Waljamaah dan mereka menghalang kegiatan puak Syiah sebaik sahaja memegang kuasa. Hal ini
mengakibatkan berlaku lebih banyak konflik. Dalam masa yang sama, kerajaan Abbasiyyah
menghadapi cabaran yang lebih berbahaya. Empayar Byzantine sedang berperang dengan Kerajaan
Abbasiyyah di wilayah pemerintahan Abbasiyyah di Anatolia dan Syria.

Mamluk

Kerajaan Abbasiyyah menghadapi cabaran di dalam dan luar negara. Bagi mengatasi masalah ini,
kerajaan Abbasiyyah memutuskan untuk mencipta sebuah unit angkatan tentera yang setia kepadanya
yang kebanyakan datang daripada hamba berbangsa Turki yang dikenali sebagai Mamluk. Pasukan ini
yang dicipta sewaktu zaman Khalifah al-Ma'mun (813-833) dan zaman pemerintahan khalifah
berikutnya iaitu Khalifah al-Mu'tasim (833-842). Pasukan tentera ini berjaya menghalang empayar Islam
Ringkasan tamadun islam

ini daripada terus diancam. Golongan Mamluk ini tidak lama kemudian mula mendapat pengaruh secara
perlahan sehinggalah mereka merampas kuasa.

Pembelajaran semasa zaman Abbasiyyah

Zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rashid (786 - 809) dan penggantinya menandakan bermulanya
perkembangan ilmu pengetahuan. Banyak golongan-golongan pemikir lahir semasa zaman ini, ramai
diantara mereka ialah bukan Islam dan bukan Arab Muslim. Mereka ini memainkan peranan yang
penting dalam menterjemahkan dan mengembangkan karya Greek dan Hindu, dan ilmu zaman pra-Islam
kepada masyarakat Kristian Eropah. Sumbangan mereka ini menyebabkan seorang ahli falsafah Greek
iaitu Aristotle terkenal di Eropah. Tambahan pula, pada zaman ini menyaksikan penemuan semula ilmu
geografi, matematik, dan astronomi seperti Euclid dan Claudius Ptolemy. Ilmu-ilmu ini kemudiannya
diperbaiki lagi oleh beberapa tokoh Islam seperti Al-Biruni dan sebagainya. Zaman ini juga
menyaksikan lahir sarjana-sarjana Islam terkenal seperti Ibnu Sina, Al-Khindi, al-Farabi dan sebagainya.

Kejatuhan Kerajaan Abbasiyyah

Hulagu Khan menyerang dan memusnahkan Baghdad pada 10 Februari 1258, menyebabkan kehilangan
nyawa yang banyak. Al-Musta'sim, pemerintah terakhir Abbasiyyah kemudiannya dihukum bunuh pada
20 Februari 1258. Banyak buku-buku rujukan yang tidak ternilai musnah akibat serangan Mongol ini.
Adalah dikatakan bahawa seramai 800,000 penduduk Baghdad mati dibunuh oleh tentera Mongol.

Kronologi Kerajaan Bani Abbasiyyah

• 752M- Bermulanya Kerajaan Bani Abbasiyyah.


• 755M- Pemberontakan Abdullah bin Ali. Pembunuhan Abu Muslim.
• 756M- Abd ar-Rahman I mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah Sepanyol.
• 763M- Penubuhan kota Baghdad. Kekalahan tentera Abbasiyyah di Sepanyol.
• 786M- Harun al-Rashid menjadi Khalifah.
• 792M- Serangan ke atas selatan Perancis.
• 800M- Kaedah sainstifik dicipta. Algebra dicipta oleh Al-Khawarizmi.
• 805M- Kempen menentang Byzantine. Penawanan Pulau Rhodes dan Cyprus.
• 809M- Kewafatan Harun al-Rashid. Al-Amin dilantik menjadi khalifah.
• 814M- Perang saudara di antara Al-Amin dan Al-Ma'mun. Al-Amin terbunuh dan Al-Ma'mun
menjadi khalifah.
• 1000M- Masjid Besar Cordoba siap dibina.
• 1005M- Multan dan Ghur ditawan.

• 1055M- Baghdad ditawan oleh tentera Turki Seljuk. Pemerintahan Abbasiyyah-Seljuk bermula,
yang kekal sehingga tahun 1258 apabila tentera Mongol memusnahkan Baghdad.
• 1085M- Tentera Kristian tawan Toledo (di Sepanyol).
• 1091M- Bangsa Norman tawan Sicily, pemerintahan Muslim di sana tamat.
• 1095M- Perang Salib pertama berlaku.
Ringkasan tamadun islam

• 1099M- Tentera Salib tawan Baitulmuqaddis. Mereka membunuh semua penduduknya.


• 1144M- Nur al-Din tawan Edessa daripada tentera Kristian. Perang Salib kedua berlaku.
• 1187M- Salahuddin Al-Ayubbi tawan Baitulmuqaddis daripada tentera Salib. Perang Salib ketiga
berlaku.
• 1194M- Tentera Muslim menawan Delhi, India.
• 1236M- Tentera Kristian tawan Cordoba (di Sepanyol).
• 1258M- Tentera Mongol menyerang dan memusnahkan Baghdad. Ribuan penduduk
terbunuh.Kejatuhan Baghdad. Tamatnya pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyyah.

Khalifah Abbasiyyah Baghdad

• Abu al-Abbas al-Saffah 750 - 754


• Al-Mansur 754 - 775
• Al-Mahdi 775 - 785
• Al-Hadi 785 - 786
• Harun al-Rashid 786 - 809
• Al-Amin 809 - 813
• Al-Ma'mun 813 - 833
• Al-Mu'tasim 833 - 842
• Al-Wathiq 842 - 847
• Al-Mutawakkil 847 - 861
• Al-Muntasir 861 - 862
• Al-Musta'in 862 - 866
• Al-Mu'tazz 866 - 869
• Al-Muhtadi 869 - 870
• Al-Mu'tamid 870 - 892
• Al-Mu'tadid 892 - 902
• Al-Muktafi 902 - 908
• Al-Muqtadir 908 - 932
• Al-Qahir 932 - 934
• Ar-Radi 934 - 940
• Al-Muttaqi 940 - 944
• Al-Mustakfi 944 - 946
• Al-Muti 946 - 974
• At-Ta'i 974 - 991
• Al-Qadir 991 - 1031
• Al-Qa'im 1031 - 1075
• Al-Muqtadi 1075 - 1094
• Al-Mustazhir 1094 - 1118
• Al-Mustarshid 1118 - 1135
• Ar-Rashid 1135 - 1136
• Al-Muqtafi 1136 - 1160
• Al-Mustanjid 1160 - 1170
• Al-Mustadi 1170 - 1180
• An-Nasir 1180 - 1225
Ringkasan tamadun islam

• Az-Zahir 1225 - 1226


• Al-Mustansir 1226 - 1242
• Al-Musta'sim 1242 - 1258

Khalifah Abbasiyyah Kaherah

• Al-Mustansir II 1261
• Al-Hakim I 1262-1302
• Al-Mustakfi I 1302-1340
• Al-Wathiq I 1340-1341
• Al-Hakim II 1341-1352
• Al-Mu'tadid I 1352-1362
• Al-Mutawakkil I 1362-1383
• Al-Wathiq II 1383-1386
• Al-Mu'tasim II 1386-1389
• Al-Mutawakkil I (menaiki takhta semula) 1389-1406
• Al-Musta'in 1406-1414
• Al-Mu'tadid II 1414-1441
• Al-Mustakfi II 1441-1451
• Al-Qa'im 1451-1455
• Al-Mustanjid 1455-1479
• Al-Mutawakkil II 1479-1497
• Al-Mustamsik 1497-1508
• Al-Mutawakkil III 1508-1517

Empayar Turki Uthmaniyyah

Empayar Turki Uthmaniyyah (Turki Uthmaniyyah: Devlet-i Aliye-i Osmaniye; Turki Moden:
Osmanlı İmparatorluğu; Arab: ‫الدولة العثمانيية‬, Al-Dawla Al-ʿUthmaniyya) keluarga Bani Osmani ini
adalah sebahagian kecil dari keseluruhan suku-suku bangsa Turki yang dikenali sebagai bangsa Turki
yang masuk ke Asia Kecil semenjak abad ke sebelas yang lalu. Bangsa ini adalah pemimpin-pemimpin
yang terus-menerus berjuang menentang Byzantine, terutama setelah mereka bergerak ke barat laut
Anatolia di abad ke-13. Pengikut-pengikutnya direputasikan sebagai ghazi atau lebih mudah dikenali
sebagai parajurit yang berjuang memerangi Kristian kerana jihad untuk menegakkan Islam, dan
mengecapi kejayaan. Di sinilah wujudnya empayar atau kerajaan Uthmaniah, yang menampung
kerajaan-kerajaan kecil bangsa Turki yang lain.

Pada tahun 1357 mereka menyeberangi Dardenalles menuju ke semenanjung Gallipoli dan
sebelum akhir abad ke-14 mereka telah menduduki beberapa kawasan dibawah kerajaan Byzantine,
termasuk Yunani dan Bulgaria. Constantinople (kemudian ditukar nama kepada Istanbul) jatuh ke tangan
kerajaan Uthmaniah pada tahun 1453. Pada tahun 1526 sebagian besar wilayah Hungary telahpun berada
di bawah kekuasaan Uthmaniah .Kerajaan Uthmaniah mempunyai angkatan laut yang handal di Lautan
Ringkasan tamadun islam

Tengah dan melaksanakan tugasnya dalam perang dengan Sepanyol dan kuasa-kuasa Eropah yang lain.
Algeria segera mereka kuasai dan akhirnya menambahkan Tunisia sebagai wilayah kerajaan Uthmaniah.
Uthmaniah juga melanjutkan peluasan kuasanya dengan menuju ke bahagian tenggara, menduduki Iraq
dan bahagian-bahagian wilayah Arab yg lain. Bagi bangsa Eropah Barat, kemajuan Uthmaniah
merupakan keganasan Islam. Dengan ini mereka menegaskan bahawa Islam adalah agama kekejaman
dan agama pedang yang menakutkan. Maka tidak hairanlah pada tahun 1542, Dewan Kota Praja Basel di
Switzerland membekukan penerbitan terjemahan Al Qur'an yang diterjemahkan oleh Robert dari Ketton.
Dewan Kota Praja ini membantah dengan mengatakan "dongeng dan bid'ah yang dibuat-buat" dalam Al
Qur'an itu akan mengganggu penganut Kristian Pada akhir abad ke-17, kelemahan kerajaan Uthmaniyah
mulai terserlah selepas satu setengah abad berkuasa. Pengepungan ke atas Vienna di tahun 1683 turut
menemui kegagalan dan kerajaan Uthmaniah kini pula menghadapi Persekutuan dari Austria, Poland,
Venice dan Paus, dan bangsa Russia.

Semenjak tahun 1699 mereka telah banyak menemui kekalahan dan di dalam perjanjian damai
Karlovitz, Uthmaniah harus mempersetujui penyerahan wilayah-wilayahnya kepada Austria, Vennice
dan Poland. Walaupun demikian, mereka tetap mempertahankan hak mereka di bahagia tenggara
Eropah, termasuk pantai barat dan utara Laut Hitam. Namun pada abad ke-19, kerajaan Uthmaniah
kembali kehilangan sebahagian besar dari wilayah taklukkannya yang dimulai dengan kemerdekaan
Yunani pada tahun 1829 dan pendudukan Perancis ke atas Algeria pada tahn 1830. Kerajaan Uthmaniah
menjadi "the sick man of Europe" iaitu Orang Eropah yang sakit dan hanya persaingan mereka inilah
yang mencegah terjadinya perpecahan-perpecahan yang dahulunya pernah terjadi. Setelah kekalahannya
dalam Perang Dunia I di tahun 1912-1919, semua wilayah ini masih tetap berada di bawah Kerajaan
Uthmaniah, dengan wilayah Eropahnya adalah kawasan di sekitar Istanbul meluas sampai ke sebelah
utara Edirne (Adrianople) dan ke barat sampai ke Gallipoli. Bangsa Turki di bawah kekuasaan Mustafa
Kamal Ataturk telah menghapuskan nama Kerajaan Uthmaniah pada 1922 dan diganti dengan Republik
Turki. Wilayah-wilayah jajahan di Asia dan Afrika dahulu telah hilang kecuali Anatolia yang masih
berada di wilayah Republik Turki ini.

Sejarah

Wilayah Uthmaniyyah pada mulanya dikenali sebagai Beylik di dalam Kerajaan Turki Seljuk pada kurun
ke-13. Pada tahun 1299, Osman I mengisytiharkan kemerdekaan Wilayah Uthmaniyyah dan
mengasaskan Kerajaan Turki Uthmaniyyah.

Penubuhan dan Kemajuan (1299-1453)

Semasa penubuhan dan perkembangan Empayar Uthmaniyyah, karakteristik empayar ini tidak boleh
disoal lagi lebih-lebih lagi semasa pemerintahan Sultan Muhammad al-Fatih. Hal ini menjadikan
Empayar Uthmaniyyah istimewa dalam sejarah ketamadunan manusia. Sepanjang kurun ke-16, Empayar
Uthmaniyyah terus berkembang daripada segi wilayah dan kekuasaan dengan mengembangkan
kekuasaan sehingga ke Afrika Utara di barat daya dan Parsi di sebelah timur. Semasa Perang Chaldiran,
di sebelah timur Anatolia, (sekarang di barat Tabriz, Turki) pada tahun 1514, tentera Uthmaniyyah di
bawah pimpinan Sultan Selim I memenangi pertempuran menentang tentera Parsi. Hal ini memastikan
keselamatan wilayah Uthmaniyyah di sebelah timurnya. Selepas itu tumpuan Empayar Uthmaniyyah
beralih kepada bahagian barat empayar terbabit. Sultan Suleiman I, selepas menaiki takhta pada tahun
1518, mengetuai beberapa siri ketenteraan di Balkan. Di bawah Suleiman yang juga merupakan seorang
Ringkasan tamadun islam

strategis yang hebat, tentera Uthmaniyyah mara ke utara dengan menguasai Belgrade (1521),
mengalahkan Hungary (1526), dan menyerang Vienna (1529).

Kejayaan pengembangan kuasa Uthmaniyyah pada kurun ke-16 adalah kerana kemahiran bersenjata api
dan taktik peperangan di samping kesempurnaan sistem ketenteraan. Tentera Uthmaniyyah juga amat
mahir dalam melakukan serangan dan kepungan kerana serangan seperti ini mendatangkan kesan
kemusnahan yang teruk terhadap musuh mereka.

Salah satu contoh terbaik untuk menunjukkan kemahiran mereka menyerang atau membuat
pengepungan ialah semasa peristiwa penaklukan Constantinople (Istanbul) pada tahun 1453. Semasa
serangan terbabit, meriam-meriam besar digunakan bagi memusnahkan tembok yang tinggi dan tebal.
Meriam-meriam ini diperbuat daripada gangsa dan dibawa berdekatan dengan kota ini menggunakan
banyak tenaga manusia disamping penggunaan kerbau dan lembu kerana berat yang melampau meriam-
meriam ini. Meriam-meriam ini kemudiannya ditanam di sebelah hujung bagi menyerap tekanan
letupannya. Seorang panglima Austria pernah berkata bahawa tentera Uthmaniyyah amat "kebal"
semasa musim panas. Keterangan ini nyata benar memandangkan banyak kejayaan dicapai semasa
kempen-kempen perangnya.

Perkembangan (1453-1683)

Perkembangan kekuasaan Uthmaniyyah boleh dikategorikan kepada dua zaman. Zaman pertama boleh
dikatakan semasa berlakunya penaklukan dan perkembangan kuasa; iaitu bermula daripada penawanan
Constantinople pada tahun 1453 sehinggalah kematian Sultan Suleiman al-Qanuni (Suleiman the
Magnificent) pada tahun 1566. Selepas berakhirnya zaman pertama, zaman kedua pula muncul iaitu
semasa struktur pentadbiran mula menunjukkan kelemahannya akibat daripada perebutan kuasa dan
rasuah iaitu dari tahun 1566 sehinggalah kegagalan serangan ke atas Vienna pada tahun 1683.

Bagi meluaskan pengaruh dan kawasan Empayar Uthmaniyyah semasa zaman perluasaan kuasanya,
pemimpin memilih untuk menyebarkan melalui laluan air yakni laut. Selim I menawan Parsi sebelum
tewas kepada tentera Parsi tidak lama kemudian. Parsi kemudian menewaskan tentera Uthmaniyyah dan
menawan sebahagian kawasan milik Uthmaniyyah di timur empayar itu. Mereka juga berjaya menawan
Baghdad. Empayar Uthmaniyyah menubuhkan tentera laut di Laut Merah bagi mengatasi pengaruh
Portugis dalam perdagangan rempah. Semasa zaman ini, Empayar Uthmaniyyah bersaing dengan kuasa-
kuasa Eropah di Laut India. Empayar Uthmaniyyah juga menghantar tentera lautnya bersama-sama
dengan kelengkapan perang dan askar ke Kenya dan Aceh bagi membantu pemerintah-pemerintah
Muslim di sana, di samping mempertahankan perdagangan rempah dan hamba. Di Aceh, Empayar
Uthmaniyyah membina kubu dan mempertahankannya menggunakan meriam. Empayar Turki
Uthmaniyyah juga merupakan kuasa yang bertanggungjawb dalam membantu perjuangan pihak
Protestant Belanda bagi menghadapai konflik mereka dengan golongan Katholik Sepanyol. Tentera laut
Uthmaniyyah juga mempunyai banyak pengaruh di Laut Mediterranean menjadikan perdagangan di
sana berkembang dengan pesat disebabkan kestabilan perdagangan di situ. Zaman ini kemudiannya
dikenali sebagai zaman "Pax Ottomanica" oleh orang Barat.

Serangan ke atas Vienna bukanlah satu siri pengembangan kuasa Empayar Uthmaniyyah terhadap
Jerman. Sebenarnya pihak Turki Uthmaniyyah hanyalah ingin bertindak terhadap campur tangan
Hapsburg Sepanyol ke atas Hungary. Hal ini juga menyebabkan sesetengah sekutu Uthmaniyyah
Ringkasan tamadun islam

membelot terhadap Empayar Uthmaniyyah. Paus di Itali kemudiannya meninggalkan kepentingan


sekularnya bagi membangkitkan semangat anti-Islam di samping ingin melancarkan perang salib yang
baru. Dalam masa yang akan datang, Empayar Uthmaniyyah bukan sahaja sebuah kuasa penakluk tetapi
juga sebuah instrumen politik Eropah. Perang di Vienna membawa kepada zaman kemerosotan terhadap
Empayar Utmaniyyah.

Kemerosotan (1683-1827)

Selepas tewasnya tentera Uthmaniyyah dalam perang di Vienna pada tahun 1683 yang menunjukkan
bahawa Empayar Uthmaniyyah bukan lagi kuasa besar di Eropah. Pada tahun 1699, buat pertama kali
dalam sejarahnya, Empayar Uthmaniyyah mengakui bahawa Austria adalah sama taraf dengannya.
Bukan sahaja itu, Empayar Uthmaniyyah juga kehilangan wilayah besar dikuasainya sejak sekian lama.
Terdapat banyak sultan yang dilantik selepas itu yang tidak sekuat generasi Mehmed II, Selim I dan
Suleyman I.

Semasa zaman kemerosotan ini, Empayar Uthmaniyyah lemah kerana masalah dalaman dan luarannya
disebabkan peperangan yang amat mahal terutamanya menentang Parsi, Persekutuan Poland-Lithuania,
Rusia, Austria-Hungary. Perang Rusia-Turki ialah peperangan antara Rusia dan Empayar Uthmaniyyah
semasa kurun ke-17, ke-18, dan ke-19 masihi (kesemuanya 10 peperangan). Ia merupakan di antara
konflik yang paling lama dalam sejarah Eropah yang berlarutan selama 241 tahun; lebih lama daripada
Perang Seratus Tahun di antara England dan Perancis. Sebelum itu, Empayar Uthmaniyyah tewas dalam
Perang Lepanto pada tahun 1571.

Perjanjian Passarowitz menghasilkan satu era yang aman di antara tahun 1718-1730. Pentadbiran
Uthmaniyyah mula berubah dengan memajukan kota-kota sekitar Balkan yang akan menjadi benteng
pertahanan mereka sekiranya peperangan meletus dengan kuasa Eropah. Pelbagai perubahan dilakukan
seperti mendapat pandangan rakyat, mengurangkan cukai, memperbaiki kemudahan awam, dan
berbagai-bagai lagi perubahan. Walau bagaimanapun, Empayar Uthmaniyyah gagal bersaing dalam
bidang teknologi dengan musuhnya di Eropah, terutamanya Rusia.

Pada penghujung kurun kelapan-belas menyaksikan Empayar Uthmaniyyah ketinggalan jauh berbanding
kuasa Barat. Peperangan berlaku dan mengakibatkan Uthmaniyyah kehilangan banyak wilayah kepada
Rusia dan Austria. Kawasan seperti Mesir juga mencapai kemerdekaan. Semasa zaman ini, bermula
dengan pemerintahan Sultan Selim III terdapat usaha-usaha untuk memodenkan sistem-sistem di Turki.
Banyak reformasi yang dilakukan oleh pemerintah dihalang oleh golongan-golongan konservatif di
dalam Turki Uthmaniyyah sendiri sama ada oleh golongan keagamaan atau oleh golongan Janissari yang
pada masa ini telah menjadi korup. Walaupun askar elit Janissari ini dimansuhkan pada tahun 1826,
usaha ini masih mendapat tentangan.

Kejatuhan (1828-1908)

Proses kemerosotan dan kejatuhan Empayar Uthmaniyyah dibentuk oleh pengstukturan semula dan
transformasi dalam setiap aspek Empayar Uthmaniyyah. Walau bagaimanapun, usaha yang berterusan
tidak membantu dalam menghalang proses kemerosotan sistem Uthmaniyyah. Satu perubahan yang
Ringkasan tamadun islam

signifikan hanyalah apabila Empayar Uthmaniyyah mula menjadi sekutu kuasa-kuasa Eropah. Terdapat
beberapa siri pakatan dengan beberapa negara Eropah seperti Perancis, Belanda, Britain dan Russia.
Salah satu contoh yang nyata ialah semasa Perang Crimea, yang mana Perancis, Britain, dan
Uthmaniyyah berpakat menentang Tsar Russia.

Terdapat pada satu masa iaitu antara tahun 1839 dan 1876, reformasi dilaksanakan. Semasa zaman ini
tentera moden ditubuhkan. Sistem perbankan juga disusun semula di samping pembinaan kilang-kilang
yang moden. Dari struktur ekonomi pula, pihak pentadbir Uthmaniyyah menghadapi kesukaran
membayar balik pinjaman yang dibuat dengan bank-bank di Eropah. Dari segi ketenteraan, ia
menghadapi masalah mempertahankan dirinya daripada diduduki kuasa-kuasa asing (cth: Mesir
diduduki Perancis pada 1798; Cyprus diduduki British pada 1876, dll.).

Dalam semua idea Empayar Uthmaniyyah dapati daripada kuasa Barat seperti nasionalisme etnik.
Kebangkitan nasionalisme etnik mengancam kestabilan Uthmaniyyah kerana rakyatnya yang berbilang
bangsa. Banyak peristiwa pemberontakan atas nama nasionalisme muncul dan mengugat Empayar
Uthmaniyyah. Kebangkitan nasionalisme memaksa Empayar Uthmaniyyah untuk bertindak.

Sepanjang enam abad yang lalu banyak yang telah berubah kecuali sistem kerajaan. Ada juga
sekumpulan orang dari Uthmaniyyah yang mempunyai pendidikan barat berpendapat bahawa konsep
raja berpelembagaan dapat mengurangkan tekanan di dalam negara. İttihat ve Terakki Cemiyeti
(Perhimpunan Perpaduan dan Kemajuan) mempunyai hubungan yang istimewa dalam kumpulan ini.
Menurut buku yang dikeluarkan oleh İttihat ve Terakki Cemiyeti, kejayaan dapat dicapai sekiranya
perubahan dilakukan terhadap institusi sosial dan politik Uthmaniyyah. Menerusi sebuah penggulingan
ketenteraan, İttihat ve Terakki Cemiyeti memaksa Sultan Abdul Aziz untuk menyerahkan takhta kepada
Murad V.

Bagaimanapun, Murad V mempunyai masalah mental. Sultan Abdul Aziz terpaksa dipanggil
semula dengan syarat baginda akan mengubah sistem politiknya. Sultan Abdul Aziz mengubah struktur
pentadbiran yang berusia ratusan tahun ini 23 November 1876. Baginda mengubah nama perlembagaan
baru ini kepada "Kanun-i Esasi". Perlembagaan ini bertahan sehinggalah bermulanya Perang Crimea.

Menjelang penghujung kurun kesembilan belas, keadaan politik Empayar Uthmaniyyah


menunjukkan keadaan kucar-kacir pada masa akan datang. Hal ini jelas menunjukkan bahawa reformasi
dan perubahan tidak cukup untuk membuat perbezaan dan tidak cukup untuk menghalang pembubaran
Empayar Turki Uthmaniyyah.

Pembubaran (1908-1922)

Dari sudut sosial, kebangkitan semangat nasionalisme dan perubahan untuk demokrasi menjadikan
rakyat semakin tidak tenteram. Hal ini akhirnya menyebabkan beberapa siri perebutan kuasa yang
mengakibatkan konsep raja berpelembagaan ditubuhkan yang mana sultan mempunyai sedikit kuasa
manakala Parti Jawatankuasa Pembangunan dan Kemajuan, lebih dikenali sebagai Turki Muda,
memerintah keseluruhan Empayar Uthmaniyyah.
Ringkasan tamadun islam

Tiga buah negara Balkan yang baru terbentuk pada penghujung abad kesembilan belas. Keseluruhan
wilayah itu termasuk Montenegro mencari kawasan tambahan di dalam wilayah Albania, Macedonia,
dan Thrace yang berada di bawah pentadbiran Uthmaniyyah. Dengan dorongan dari Russia, beberapa
siri perjanjian ditandatangani: antara Serbia dan Bulgaria (Mac 1912) dan antara Yunani dan Bulgaria
(Mei 1912). Perjanjian di antara Serbia dan Bulgaria mendesak kepada perpisahan Macedonia yang
mengakibatkan Perang Balkan I. Selepas itu terjadi pula Perang Balkan II.

Dalam usaha terakhir untuk memastikan wilayah-wilayah terbabit kekal dalam kekuasaan Uthmaniyyah,
Enver Pasha menyertai kuasa tengah dalam Perang Dunia Pertama. Empayar Uthmaniyyah mendapat
beberapa kejayaan dalam tempoh awal peperangan terbabit. Pihak bersekutu, termasuk unit tentera baru,
ANZAC dikalahkan di Gallipoli, Iraq dan Balkan, dan beberapa kawasan diperolehi. Di Caucasus,
tentera Uthmaniyyah tewas dalam beberapa siri pertempuran dan ini membolehkan tentera Russia
bergerak dari Trabzon, Erzurum, ke arah Van. Empayar Uthmaniyyah bagaimanapun tewas pada akhir
peperangan ini terhadap pihak bersekutu dan mengakibatkan ia kehilangan wilayahnya.

Mustafa Kemal Pasha, yang memperoleh reputasi yang baik semasa kempen di Gallipoli dan Palestin,
dengan rasmi dihantar daripada Istanbul (ditawan) untuk memerintah dan membubarkan tentera
Uthmaniyyah di Caucasus. Pada awalnya pihak Uthmaniyyah hanya mengikuti arahan sahaja. Walau
bagaimanapun dalam masa tahun kemudian, berlakunya perang kemerdekaan Turki (1918-1923)
menentang kuasa asing. Perjuangan mereka ini mengakibatkan penggulingan kuasa Sultan Mehmet VI
oleh Perhimpunan Baru Turki. Republik Turki kemudian diasaskan pada 29 Oktober 1923.

Negeri

Terdapat beberapa ciri didalam negeri kekuasaan Turki Uthmaniyyah yang mana tidak menunjukkan
perubahan setelah sekian lama.

Negeri-negeri Uthmaniyyah merevolusikan sistem pentadbiran dengan bantuan dan pengalaman


masyarakat Kristian dan Yahudi sementara negeri-negeri lain masih berpegang kepada agama dan
identiti mereka sendiri. Hal ini adalah salah satu cara mengembangkan kawasan mereka dengan pesat
yang memerlukan sumber tempatan untuk menguruskan sistem pentadbiran terbabit. Contohnya;
perlantikan penasihat kepada sultan. Ada diantara mereka ini dilantik daripada masyarakat bukan Islam
dan bukan berbangsa Turki tetapi amat setia kepada negara..

Dalam linkungan diplomatik, Empayar Uthmaniyyah seringkali ditafsir sebagai ‫ بابِب علی‬Bâb-i-âlî, atau
Sublime Porte ("pintu besar") - sebuah ilusi terhadap pintu besar Istana Topkapı di mana sultan
menyambung wakil-wakil dan duta-duta kerajaan asing. Ada sesetegah pihak menafsirkan gelaran
tersebut berikutan kedudukan geografi empayar ini. Hal ini bermakna Istanbul, ibu negeri Uthmaniyyah
menjadi gerbang di antara Eropah dan Asia. Masyarakat barat seringkali menganggap Empayar
Uthmaniyyah sebagai Empayar Turki ataupun Turki; yang kemudiannya tidak patut dikelirukan dengan
negara Turki moden.
Ringkasan tamadun islam

Sultan

Sultan ialah pemerintah tunggal Empayar Uthmaniyyah walaupun pada akhir zaman empayar ini, kuasa
mereka menjadi semakin terhad.

Dinasti ini dikenali sebagai Osmanli atau Uthmaniyyah oleh sesetengah pihak. Pemerintah pertama
empayar ini menggelar diri mereka sebagai Bey. Oleh itu mereka mereka mengakui kesetiaan kepada
Kerajaan Seljuk. Sultan Murad I ialah pemerintah pertama yang menggunakan gelaran "sultan". Dengan
tertawannya Constantinople (Istanbul) pada tahun 1453, empayar ini semakin menuju ke kemuncak
kehebatannya. Mulai tahun 1517, sultan-sultan Uthmaniyyah juga merupakan Khalifah umat Islam.
Sultan-sultan juga digelar dengan pelbagai gelaran, antaranya ialah Sultan bagi segala Sultan, Panglima
orang-orang Mukmin, dan waris Rasulullah s.a.w.

Undang-Undang

Terdapat tiga jenis sistem perundangan di dalam Empayar Uthmaniyyah: satu bagi orang Islam (kadi),
satu bagi orang bukan Islam, dan satu bagi perdagangan. Undang-undang tertinggi empayar ini ialah
Undang-Undang Kanun. Mahkamah utama dalam empayar ini ialah Mahkamah Syariah.

Terdapat dua sistem kehakiman iaitu Undang-Undang Syariah dan Undang-Undang Kanun. Tidak
berlaku percampuran kuasa bagi masalah agama yang lain. Undang-undang Syariah ialah berdasarkan
Al Quran dan hadith. Undang-undang kanun (juga dikenali sebagai Undang-undang sivil) ialah undang-
undang yang ditetapkan oleh sultan. Kedua-dua sistem ini diajar di sekolah undang-undang yang wujud
di Bursa dan Istanbul. Mahkamah diuruskan oleh seorang kadi yang dilantik sultan.

Ketenteraan

Pengambilan askar baru untuk menjadi sebahagian daripada tentera Uthmaniyyah merupakan satu
sistem yang kompleks. Didalam tentera Uthmaniyyah, askar berkuda merupakan unit utamanya. Askar
berkuda ini menggunakan panah dan pedang pendek sambil mempraktikkan taktik seperti yang
ditunjukkan oleh tentera Mongol. Tentera Uthmaniyyah pernah menjadi tentera termoden dan terkuat di
dunia, menjadikannya kerajaan pertama menggunakan khidmat askar bersenapang (Bahasa Inggeris
muskets). Unit tentera elit Uthmaniyyah ialah tentera Janissari yang juga merupakan pengawal peribadi
sultan-sultan. Selepas kurun ke 17, Kerajaan Uthmaniyyah tidak lagi mampu menghasilkan angkatan
tentera moden disebabkan kurangnya reformasi dan askar-askar Janissari yang korup. Pembubaran unit
Janissari pada tahun 1826 sudah terlambat dan ketika perang menentang Rusia, Empayar Uthmaniyyah
kekurangan senjata moden dan teknologi.

Pemodenan Empayar Uthmaniyyah pada kurun ke-19 bemula dengan pemodenan angkatan tenteranya.
Empayar ini merupakan institusi pertama mengupah pakar asing dan menghantar pegawai-pegawai
kanan mereka untuk menjalani latihan di negara-negara Barat. Dengan cara ini teknologi dan senjata
baru tiba di sini seperti senapang dari Jerman dan British, tentera udara dan tentera laut moden. Empayar
Uthmaniyyah berjaya dalam memodenkan angkatan tenteranya, walau bagaimanapun mereka masih
tidak dapat menandingi kuasa-kuasa Barat.
Ringkasan tamadun islam

Kebudayaan

Kajian terkini menunjukkan bahawa Empayar Uthmaniyyah sememangnya kaya dengan kebudayaan.
Pada asalnya, orang-orang Uthmaniyyah tergolong dalam kebudayaan orang-orang Asia Tengah. Mereka
kemudiannya mengintegrasikan kebudayaan Parsi dan Byzantine dalam kehidupan harian mereka.
Apabila melihat seni-seni Uthmaniyyah, kita dapat mengetahui bahawa mereka mewarisinya daripada
asal-usul mereka. Mereka menggunakan banyak budaya Parsi. Empayar ini menunjukkan terdapat
keharmonian di antara bangsa Turki dan bangsa Parsi. Bukan sahaja itu, terdapat juga pengaruh Eropah
dan Byzantine.

Empayar ini juga kaya dengan pelbagai kebudayaan seperti Arab, Eropah, dan lain-lain lagi kerana
empayarnya yang luas merangkumi pelbagai latar belakang dan budaya. Dengan berlakunya asimilasi
antara mereka, lahirlah budaya baru di empayar ini.

Kronologi Empayar Uthmaniyyah

• 1243M- Bangsa Turki yang hidup secara nomad menetap secara tetap di Asia Kecil.
• 1299M- Sebuah wilayah pemerintahan kecil Turki di bawah Turki Seljuk ditubuhkan di barat
Anatolia.
• 1301M- Osman I mengisytiharkan dirinya sebagai sultan. Tertubuhnya Empayar Turki
Uthmaniyyah.
• 1345M- Turki Seljuk menyeberangi Selat Bosporus.
• 1389M- Tentera Uthmaniyyah menewaskan tentera Serb di Kosovo.
• 1402M- Timurlane, Raja Tartar (Mongol) menumpaskan tentera Uthmaniyyah di Ankara.
• 1451M- Sultan Muhammad al-Fatih menjadi pemerintah.
• 1453M- Constantinople ditawan. Berakhirnya Empayar Byzantine.
• 1520M- Sultan Sulaiman al-Qanuni dilantik menjadi sultan.
• 1526M- Perang Mohacs
• 1529M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna.
• 1571M- Perang Lepanto berlaku.
• 1641M- Pemerintahan Sultan Muhammad IV
• 1683M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna buat kali kedua.
• 1687M- Sultan Muhammad IV meninggal dunia.
• 1703M- Pembaharuan kebudayaan di bawah Sultan Ahmed III.
• 1774M- Perjanjian Kucuk Kaynarca.
• 1792M- Perjanjian Jassy.
• 1793M- Sultan Selim III mengumumkan "Pentadbiran Baru".
• 1798M- Napoleon cuba untuk menawan Mesir.
• 1804M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia pertama.
• 1815M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia kedua.
• 1822M- Bermulanya perang kemerdekaan Greece.
• 1826M- Pembunuhan beramai-ramai tentera elit Janissari. Kekalahan tentera laut Uthmaniyyah
di Navarino.
Ringkasan tamadun islam

• 1829M- Perjanjian Adrianople.


• 1830M- Berakhirnya perang kemerdekaan Greece.
• 1841M- Konvensyen Selat.
• 1853M- Bermulanya Perang Crimea.
• 1856M- Berakhirnya Perang Crimea.
• 1876M- Perlembagaan Uthmaniyyah diluluskan.
• 1878M- Kongres Berlin. Serbia dan Montenegro diberi kemerdekaan. Bulgaria diberi kuasa
autonomi.
• 1908M- Jawatankuasa Perpaduan dan Kemajuan atau lebih dikenali sebagai Turki Muda
ditubuhkan. Perlembagaan Uthmaniyyah dikembalikan. Austria menyerang Bosnia dan
Herzegovina.
• 1912M- Perang Balkan pertama.
• 1913M- Perang Balkan kedua.
• 1914M- Empayar Uthmaniyyah memasuki Perang Dunia I sebagai sekutu kuasa tengah.
• 1919M- Mustafa Kemal Ataturk mendarat di Samsun.
• 1923M- Sistem kesultanan dihapuskan. Turki diisytiharkan sebagai sebuah Republik.
• 1924M- Pejabat khalifah dihapuskan. Tamatnya pemerintahan Empayar Turki Uthmaniyyah.

Anda mungkin juga menyukai