Anda di halaman 1dari 5

HAKIKAT KEWUJUDAN JIN BUKAN SUATU KHURAFAT

* Beriman dengan perkara yang ghaib.

Salah satu daripada rukun iman yang enam ialah beriman dengan yang perkara yang
ghaib. Ini diperkuatkan lagi dengan penurunan nas qathei dari awal surah kedua daripada
surah yang terdapat di dalam al-Quran yang memerintahkan kepada orang yang beriman
untuk beriman dengan perkara yang ghaib sebagai panduan bagi orang-orang yang
bertaqwa ;

﴿‫ال ۝ ذلك الكتاب ل ريب فيه هدى للمتقي ۝ الذين يؤمنون بالغيب ويقيمون الصلة وما رزقناهم‬
‫﴾ينفقون‬.

Rentetan dari pada ayat di atas perintah untuk beriman dngan perkara yang ghaib adalah
wajib bagi orang-orang yang beriman mempercayainya tanpa ada sebarang purbasangka
dan keraguan yang terdetik di sanubari orang Islam. Apakah yang di maksudkan dengan
perkara yang ghaib? Ghaib adalah apa yang tidak terdaya oleh manusia melihatnya tetapi
hakikat sebenar perkara tersebut memang wujud dengan bukti dan dalil yang terdapat di
dalam nas al-Quran dan sabdaan Nabi Muhammad s.a.w. sepertimana hadith yang
diriwayatkan oleh Ibn Mascud yang dinukilkan di dalam tafsir Ibn Kathir juz 1 muka
surat 42 iaitu makhluk jin merupakan salah satu daripada perkara-perkara ghaib yang
wajib kita beriman dengannya dengan bersandarkan dalil-dalil kewujudan yang
termaktub di dalam lembaran al-Quran dan al-Sunnah.

Di antara dalil-dalil al-Quran

1. ‫وإذا صرفنا إليك نفرا من الن يستمعون القرأن‬

Maksudnya: “ Dan ingatlah ketika kami hadapkan serombongan jin kepadamu


yang mendengarkan al-Quran1

2. ‫يا معشر الن والنس أل يأتكم رسل منكم يقصون عليكم اياتى وينذرونكم لقاء يومكم هذا‬

Maksudnya: “Hai golongan jin dan manusia, belumkah dating kepadamu rasul-
rasul dari golonganmu sendiri yang menyampaikan ayat-ayatku kepadamu dan
mengingatkanmu terhadap pertemuan dengan hari ini.2

1
Al-Ahqaf : 29
2
Al-An’am : 130
‫‪3.‬‬ ‫يا معشر الن والنس إن استطعتم أن تنفذوا من أقطار السماوات والرض فانفذوا ل تنفذون إل‬
‫بسلطان‬

‫‪4.‬‬
‫قل أوحى إل أنه استمع نفر من الن فقالوا إنا سعنا قرانا عجبا‬

‫‪Maksudnya: “Katakanlah (hai Muhammad) : “ Telah diwahyukan kepadaku‬‬


‫‪bahawasanya : Sekumpulan jin telah mendengarkan (al-Quran), lalu mereka‬‬
‫‪berkata : Sesungguhnya kami telah mendengarkan al-Quran yang menakjubkan”.3‬‬

‫‪5.‬‬

‫وأنه كان رجال من النس يعوذون برجال من الن فزادوهم رهقا‬

‫‪Maksudnya: “Dan bahawasanya ada beberapa orang lelaki di antara manusia‬‬


‫‪meminta perlindungan kepada beberapa lelaki di antara jin, maka jin-jin itu‬‬
‫‪menambah bagi mereka dosa dan kesalahan.‬‬

‫‪Di antara dalil-dalil al-Sunnah‬‬

‫‪Imam Muslim meriwayatkan di dalam sahihnya dari Ibn Mascud r.a dia berkata : Pada‬‬
‫‪suatu malam kami bersama Nabi Muhammad s.a.w.‬‬

‫‪ 450‬حدث نا م مد بن الث ن حدث نا ع بد العلى عن داود عن عا مر قال سألت علق مة هل كان بن‬
‫مسعود شهد مع رسول ال صلى ال عليه وسلم ليلة الن قال فقال علقمة أنا سألت بن مسعود‬
‫فقلت هل ش هد أ حد من كم مع ر سول ال صلى ال عل يه و سلم ليلة ال ن قال ل ولك نا ك نا مع‬
‫رسول ال صلى ال عليه وسلم ذات ليلة ففقدناه فالتمسناه ف الودية والشعاب فقلنا استطي أو‬
‫اغتيل قال فبتنا بشر ليلة بات با قوم فلما أصبحنا إذا هو جاء من قبل حراء قال فقلنا يا رسول ال‬
‫ع بشعر ليلة بات ب ا قوم فقال آتا ن دا عي ال ن فذه بت مععه فقرأت‬
‫فقدناك فطلبناك فلم ندك فبتن ا‬
‫عليهم القرآن قال فانطلق بنا فأرانا آثارهم وآثار نيانم وسألوه الزاد فقال لكم كل عظم ذكر اسم‬
‫‪3‬‬
‫‪Al-Jin : 6‬‬
‫ال عليه يقع ف أيديكم أوفر ما يكون لما وكل بعرة علف لدوابكم فقال رسول ال صلى ال عليه‬
‫وسلم فل تستنجوا بما فإنما طعام إخوانكم‬

Ibn Mascud menceritakan kami bersama dengan Rasulullah s.a.w. pada suatu malam.
Nabi hendak meninggalkan kami dan meminta kami menunggu di lereng bukit. Maka
kami berkata
”Seorang da’i dari kalangan jin datang kepadaku, maka aku pergi bersamanya dan
membacakan ayat al-Quran kepada mereka (jemaah jin). Ibn Mascud berkata: ”lalu
baginda berangkat bersama kami dan memperlihatkan bekas-bekas jin dan bekas-bekas
apinya kepada kami: Bagi kalian setiap tulang yang disembelih dengan menyebut nama
Allah atasnya, yang kalian dapatkan dan tahi binatang untuk makanan ternak kalian.
Lalu Nabi bersabda selanjutnya kepada kami: janganlah kalian bersuci dengan keduanya
(tulang dan tahi binatang) kerana keduanya merupakan makanan saudara-saudaramu dari
bangsa jin.”

‫ حدثنا إساعيل حدثن مالك عن عبد الرحن بن عبد ال بن عبد الرحن بن أب صعصعة عن‬7109
‫أبيه أنه أخبه أن أبا سعيد الدري رضي ال عنه قال له إن أراك تب الغنم والبادية فإذا كنت ف‬
‫غنمك أو باديتك فأذنت للصلة فارفع صوتك بالنداء فإنه ل يسمع الؤذن جن ول إنس ول شيء‬
‫إل شهد له يوم القيامة‬

Dari Abi Sa’id al-Khudri ra Rasulullah s.a.w. bersabda sesungguhnya aku melihat kamu
suka kepada kambing biri-biri dan duduk di kawasan perdalaman. Apabila kamu berada
dengan kabing biri-biri kamu atau berada di kawasan pendalaman maka berazanlah untuk
mendirikan solat dengan meninggikan suara kamu. Kerana dengan itu tidak mendengar
jin, manusia dan sesiapa sahaja sehingga ianya menjadi saksi baginya pada hari qiamat.

‫ حدثنا موسى بن إساعيل حدثنا أبو عوانة عن أب بشر عن سعيد بن جبي عن بن عباس قال‬4637
‫انطلق رسول ال صلى ال عليه وسلم ف طائفة من أصحابه عامدين إل سوق عكاظ وقد حيل‬
‫بي الشياطي وبي خب السماء وأرسلت عليهم الشهب فرجعت الشياطي فقالوا ما لكم فقالوا حيل‬
‫بين نا وب ي خب ال سماء وأر سلت علي نا الش هب قال ما حال بين كم وب ي خب ال سماء إل ما حدث‬
‫فاضربوا مشارق الرض ومغاربا فانظروا ما هذا المر الذي حدث فانطلقوا فضربوا مشارق الرض‬
‫ومغاربا ينظرون ما هذا المر الذي حال بينهم وبي خب السماء قال فانطلق الذين توجهوا نو تامة‬
‫إل رسول ال صلى ال عليه وسلم بنخلة وهو عامد إل سوق عكاظ وهو يصلي بأصحابه صلة‬
‫الفجر فلما سعوا القرآن تسمعوا له فقالوا هذا الذي حال بينكم وبي خب السماء فهنالك رجعوا إل‬
‫قومهم فقالوا يا قومنا إنا سعنا قرآنا عجبا يهدي إل الرشد فآمنا به ولن نشرك بربنا أحدا وأنزل ال‬
‫عز وجل على نبيه صلى ال عليه وسلم قل أوحي إل أنه استمع نفر من الن وإنا أوحي إليه قول‬
‫الن‬
Ertinya: Dari Ibn cAbbas dia berkata Rasulullah s.a.w. bertolak pergi ke segolongan
sahabat dari sahabat-sahabatnya yang menuju ke pasar cIkaz. Sesungguhnya terdapat
penghalang di antara syaitan-syaitan dan di antara perkhabaran dari langit di mana
direjam kepada mereka tahi bintang maka pulang syaitan kepada kaum mereka lalu
berkata ada penghalang di antara kita dengan khabar berita dari langit di mana kita akan
direjam dengan tahi bintang jika kita cuba mendengar perkhabaran dari langit. Mereka
berkata perkara sebegini adalah perkara baru bagi kita lalu mereka pergi ke ufuk timur
dan ufuk barat untuk mencari punca perkara ini berlaku
‫ حدثنا ممد بن رافع وعبد بن حيد قال عبد أخبنا وقال بن رافع حدثنا عبد الرزاق أخبنا‬2996
‫مع مر عن الزهري عن عروة عن عائ شة قالت قال ر سول ال صلى ال عل يه و سلم ث خل قت‬
‫اللئكة من نور وخلق الان من مارج من نار وخلق آدم ما وصف لكم‬

Ertinya: “Malaikat dijadikan daripada cahaya, Jin dijadikan daripada lidah api, sedangkan
Adam as. Dijadikan daripada pembentukan bagi kamu.”

Tidak dapat melihat bukan bukti ketidak wujudannya

Tidak semestinya kita tidak mampu melihat rupa bentuk jin bererti jin tidak wujud kerana
kalau kita perhatikan berapa banyak pekara yang tidak dapat kita lihat tetapi kita yakin
kewujudannya. Contoh yang sesuai ialah adakah kita boleh melihat arus elektrik? Sudah
tentu tidak tetapi kita yakin kewujudannya di mana arus elektrik menyelusuri wayar
elektrik untuk menyalakan cahaya lampu sebagai bukti bahawa arus elektrik itu wujud.
Di manakah udara yang setiap manusia di dunia ini menyedutnya setiap 20 saat dalam
kehidupannya seharian? Sudah tentu kita tidak berdaya melihatnya tetapi kita merasainya
melaui pancaindera yang kita miliki. Begitu juga persoalah roh yang dengan
perantaraanya kita boleh hidup dan tanpa kewujudan roh dalam diri manusia bermakna
manusia itu sudah mati. Kita tidak dapat melihat rupa bentuknya, meskipun begitu kita
tetap beriman akan kewujudan roh dalam diri setiap manusia yang masih hidup.

Bahan penciptaan jin


Sesungguhnya terdapat di dalam ayat-ayat al-Quran dan Sabdaan Nabi Muhammad s.a.w.
yang jelas menerangkan bahawa semua jin diciptakan daripada api.

‫وخلق الان من مارج من نار‬

Ibn cAbbas menafsirkan ayat ‫ مارج من نار‬sebagai api yang asli dan dalam riwayat yang
lain dari hujung nyalaan api. Allah s.w.t berfirman;
‫والان خلقناه من قبل من نار السموم‬

‫أنا خي منه خلقتن من نار وخلقته من طي‬.


Berdasarkan ayat di atas terdapat satu kenyataan yang di buat oleh iblis bahawa dia
dijadikan daripada api. Terdapat soalan yang timbul bagaimana kita boleh menjadikan
pengakuaan iblis sebagai bukti bahawa jin dijadikan daripada api berkemungkinan besar
dia membuat kenyataan yang salah bagi mengelirukan manusia. Jawapan bagi solan ini
ialah sesungguhnya kenyataan yang dibuat oleh iblis bukan kata-kata darinya semata-
mata tetapi diakui oleh Allah s.w.t. kebenaraanya kerana Allah s.w.t. tidak akan mengakui
kebenaran sesuatu perkara yang batil.

Muslim dan Ahmad meriwayatkan hadith dari cAisyah r.a.h. Nabi Muhammad s.a.w.
bersabda Malaikat dijadikan daripada cahaya, jin dijadikan dari api dan Adam dijadikan
daripada apa yang disifatkan oleh kamu.4

4
Muslim, Sahih Muslim 18/123 Nawawi.