Anda di halaman 1dari 21

SURAH AL-THALAK

‫يا أيها النب اذا طلقتم النساء فطلقوهن لعدتن وأحصوا العدة‬
- Ayat ini ditujukan kepada Nabi Muhammad s.a.w dengan lafaz yang menunjukan
jamaah, tujuan digunakan lafaz ini sebagai memuliakan dan menhormatinya.

- Ada pendapat lain yang menafsirkan ayat ini ditujukan kepada Nabi dan
perlaksanannya @ maksudnya kepada umat Nabi dan taqdir makna ayat ini ialah wahai
nabi katakanlah kepada mereka apabila kamu menceraikan isteri kamu maka ceraikanlah
mereka pada waktu mereka dapat (menghadapi) iddahnya (yang wajar)

- Sebab turun ayat ini;


i. Sesunguhnya Nabi s.a.w telah menceraikan isterinya Hafsah kemudian
merujuknyasemula.

ii. al-Kalbi meriwayatkan: Nabi s.a.w marah kepada isterinya Hafsah kerana
memecahkan rahsia yang diceritakaanya oleh Nabi s.a.w kepada isteri nabi yang lain iaitu
‘Aisyah justeru itu nabi menceraikan Hafsah dengan talak satu.

iii. Ada pendapat lain mengatakan ayat ini ditutunkan kerana Ibnu ‘Umar telah
mencerai isteri yang sedang dalam haid ini menyebabkan datang perintah Nabi s.a.w
kepada Ibn Umar supaya merujuk kembali isterinya. Nabi s.a.w menerangkan ’idah
(masa) yang dibenarkan oleh suami menceraikan isterinya.

Iv Ada pendapat lain iaitu ramai lelaki yang menceraikan isterinya yang dalam
keadaan haid maka turunlah ayat ini.

‫فطلقوهن لعدتن‬
Ayat ini berhubung dengan isteri-isteri yang disetubuhi kerana isteri yang belum
disetubuhi tidak ada idah bagi mereka.
Al-Jurjani menyatakan ‫ لعدت ن‬membawa maksud pada idah iaitu pada waktu mereka
dapat (menghadapi) iddahnya (yang wajar). Pendapat sekata ulamak penceraian yang
berlaku semasa isteri sedang haid adalah dilarang @ haram sedangakan penceraian ketika
isteri tidak didatangi haid adalah sah @ dibenarkan.

- Sesiapa yang menceraikan isterinya semasa isterinya dalam keadaan suci serta tidak
disetubuhinya maka sah penceraian tersebut serta memperoleh sunnah sedangkan
menceraikan isteri yang dalam keadaan haid tetap sah talaknya tetapi menyalahi sunnah.
Sa’id ibn al-Musyaib mengatakan tidak sah talak dalam mana isteri sedang haid
disebabkan bercannggah dengan sunnah akan tetapi ketahuilah ini pandangan syiah.

Pendapat ulamak mengenai talak sunnah


Syarat talak sunnah ada tujuh
i. Suami menjatuhkan satu talak ii.
iii. Isteri tidak didatangi haid iv. Suami tidak menyetubuhinya
v. vi. Talak tidak dijatuhkan lagi semasa

Imam Syafei berpendapat dibenarkan menjatuhkan talak kepada isteri pada setiap kali
masa suci isteri walaupun lebih daripada sekali, perkara ini dibenarkan kerana keumuman
ayat di atas yang menunjukan masa bukan bilangan talak yang dijatuhkan.

Abu Hanifah berpendapat dibenarkan menjatuhkan talak pada setiap kali suci satu talak.

Al-Sya’bi berpendapat dibolehkan menjatuhkan talak kepada isteri pada setiap kali suci
yang menghimpunkannya

‫وأحصوا العدة‬
Makna ayat di sii ialah jagalah kamu masa idah selepas dijatuhkan talak sehingga tiga
kali suci yang membolehkan isteri berkahwin semula.

Ulamak berbeza pendapat mengenai khitab ayat ini diturunkan.


i. Ada mengatakan suami ii. Ada mengatakan isteri
iii. ada berpendapat kepada orang islam

Ibnu al-’Arabi mentarjihkan sesungguhnya ayat ini ditujukan kepada suami kerana
dhomir ayat ini kembali kepada suami. Walaubagaimanapun isteri .........................

‫ل ترجوهن من بيوتن ول يرجن‬


Makna : Suami tidak dibenarkan mengusir isteri yang diceraikan daripada rumahnya
selagimana isteri tidak tamat tempoh idah dan tidak harus isteri yang diceraikan keluar
dari rumah tersebut dengan tujuan-tujuan tertentu melainkan darurat. Sekiranya isteri
ingkar maka dia berdosa tetapi idah tidak terputus tetap berjalan seperti biasa.
Imam Malik, Syafei dan Ahmad berpendapat isteri yang dalam idah dibenarkan keluar
dari rumah pada waktu siang bagi memenuhi hajatnya dan dikehendaki pulang semula ke
rumah pada waktu malam. Pendapat ini berdasarkan hadith dari Jabir. Imam Malik tidak
membezakan di antara isteri yang ditalak raj’iah dan baein. Manakala Imam al-Syafei
pula berpendapat isteri yang ditalak baein sahaja yang boleh keluar pada waktu siang.
Abu Hanifah pula berpandangan hanya isteri yang suaminya mati sahaja yang dibenarkan
keluar pada waktu siang sedangkan sebaliknya tidak dibenarkan.

‫ال أن يأتي بفاحشة مبينة‬


- Ayat ini memberi pengecualian terhadap isteri yang tidak dibenarkan keluar
daripada rumah selagi mana dalam keadaan idah.
- Ulamak telak berbeza pendapat mengenai maksud kalimah ‫فاحشة‬
i Berkata Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan yang lain – zina
ii Ibnu Abbas dan al-Syafei – berkelakuan tidak sopan dengan bapa mertua.
iv. Ada yang mengatakan segala jenis maksiat
v. Ibnu Umar menjelaskan ” melainkan mereka melakukan perbuatan keji
terang dengan keluar mereka dari rumah mereka tanpa sebarang hak,
sekiranya mereka (isteri) ingkar berdosa.
vi. Qatadah berpandangan : ‫ فاحششة‬bermaksud nusyuz yang mana suami
menjatuhkan talak kepada isteri kerana nusyuz maka pindah dari
rumahnya (suami).

‫( ل تدرى لعل ال يدث بعد ذلك أمرا‬Kamu tidak mengetahui barangkali Allah mengadakan
sesudah itu sesuatu hal yang baru)

Muqatil berkata makna selepas itu ialah selepas talak.

Maksud ayat di atas ” Sesungguhnya suami yang menjatuhkan talak kepada isterinya itu
tidak mengetahui apa yang akan Allah s.w.t. wujudkan di dalam hatinya selepas
berlakunya talak, kemungkinan Allah mengubah hatinya daripada benci kepada bekas
isterinya kepada cinta semula kepadanya dan daripada bertikad melepaskannya terus
kepada penyesalan maka dirujuk semula isterinya.

Maksud yang lain ialah mengalakan suami menjatuhkan satu talak kepada isteri dan
melarang dari menjatuhkan tiga talak sekaligus ini kerana dengan menjatuhkan talak tiga
sekaligus kepada isteri akan memberi kesan kepada jiwa suami ketika mana terdetik
penyesalan terhadap apa yang telah dibuatdan ingin kembali rujuk semula tetapi tidak
boleh.

‫فإذا بلغن أجلهن فأمسكوهن بعروف أو فارقوهن بعروف‬


‫فأم سكوهن بعروف‬ bermaksud merujuk atau bersatu semula dengan isteri dengan baik.
Ma’ruf di sini bermakna perasaan suka menyambung semula hubungan dengan isteri
tanpa memasang niat untuk menginayanya dengan menceraikannya semula.

‫فارقوهشن بعروف‬ biarlah dia mengambil jalannya sendiri dan biarkan dia membuat
keputusan sehingga tamat idah di mana dia memiliki dirinya sendiri dan boleh berkahwin
dengan orang lain.

‫وأشهدوا ذوى عدل منكم‬


Apa yang perlu disaksikan dalam ayat ini? Ada yang mengatakan talak yang dijatuhkan.
Ada yang mengatakan rujuk dan ada yang mengatakan juga perpiahan dan rujuk antara
mereka berdua dan yang zahir adalah yang kedua iaitu rujuk.

Sah rujuk tanpa penyaksian orang lain terdapat 2 pendapat (sah & tak sah).
i. Abu Hanifah menghukum sunat ada penyaksian semasa proses rujuk.
ii. Syafei menjatuhkan hukum wajib semasa rujuk dan sunat semasa berpisah.

Faedah penyaksian ialah mengelakkan dari berlaku pertikaian dan tohmahan serta
tuntutan harta pusaka oleh isteri yang ditalak tetapi isteri mengatakan mereka berdua
telah merujuk semula tanpa ada sebarang saksi yang dapat mengukuhkan dakwannya.

Makna ‫ذوى عدل منكم‬


i. Hasan – orang muslim
ii. Qatadah – yang merdeka bukan hamba.

Dalam ayat ini dikhususkan penyaksian rujuk oleh lelaki bukan perempuan kerana
perkataan ‫ ذوى‬menunjukkan lelaki oleh yang demikian ulamak telah membuat
kesimpulan perempuan tidak boleh menjadi saksi kecuali dalam permasalahan harta.

‫ومن يتق ال يعل له مرجا ويرزقه من حيث ل يتسب‬


i. Ibnu ‘Abbas menerangkan ayat ini khas untuk talak di mana “ siapa yang
mentalakkan isterinya dengan cara yang ditetapkan oleh Allah maka Allah
akan memberi jalan keluar rujuk dan masa idah.
ii. Dalam riwayat yang lain Allah menyelamatkan orang yang bertaqwa dari
segala kedukaan di dunia dan di akhirat,
iii. ’Ali bin Salih : Allah mencukupkan rezeki kepada orang yang bertaqwa.
iv. Al-Qalbi : siapa yang bertaqwa kepada Allah dengan sabar ketika ditimpa
musibah nescaya Allah akan memberinya jalan keluar untuk terselamat dari
dimasukan ke dalam api neraka dan dimasukan ke dalam syurga.
v. Abu al-’Aliyah : jalan keluar dari sebarang kesempitan.
vi. Al-Rabi’ – Allah menunjukkan kepadanya jalan keluar yang manusia sendiri
tidak dapat memikirkannya.
vii. Al-Husin bin al-Fadil : Siap yang bertaqwa kepada Allah dalam mengerjakan
suruhannya maka terselamatnya dari seksaan Allah.
viii. Sahl bin Abdullah : Siap yang bertaqwa kepada Allah dalam mengamalkan
sunnah diselamatkan dari seksaan terhadap mereka yang melakukan amalan
bid’ah.
ix.
‫ومن يتوكل على ال فهو حسبه إن ال بالغ أمره قد جعل ال لكل شى قدرا‬

146- 144 ‫سورة البقرة‬


‫قد نرى تقلّب وجهك ف السمآء فلنولّينّك قبلة ترضها‬
Makna ‫ تقلّب وج هك‬Maksudnya ialah Nabi Muhammad s.a.w. sering melihat ke langit
mendoa dan menunggu-nunggu turunnya wahyu yang memerintahkan beliau menghadap
ke Baitullah.

Al-Tabari berkata : mengubah wajah kamu kea rah langit.

Al-Zujaj berkata : menghala pandangan mata ke arah langit.

Kenapa dikhususkan langit?


Kerana memuliakan apa yang disandarkan kepadanya dan apa yang kembali daripadanya
seperti hujan, rahmt dan wahyu.

Makna ringkas : Sering kali kami melihat kamu melihat kelangit mengnunggu-nunggu
turunnya wahyu yang memerintahkan beliau menghadap ke langit.

Tafisr Ubnu Kathir : Nabi Muhammad s.a.w. berkiblatkan Bait al-Maqdis selama sepuluh
bulan. Pada hakikatnya beliau lebih suka kiblat Nabi Ibrahim justeru itu dia berdoa
kepada Allah dan melihat ke langit. Dan diriwayatkan dari Ibnu Abbas apabila Nabi
Muhammad s.a.w. memberi salam dari solatnya pada ketika menghadap ke Bait al-
Maqdis mengangkat kepalanya ke langit.

Tafsir Ruh al-Ma’ani oleh Alusi : Adalah Nabi Muhammad s.a.w berharap kepada
tuhannya supaya mengubah kiblat ketika mana orang Yahudi berkata Nabi Muhammad
cuba membezakan kami sedangkan dia mengikut kiblat kami sedangka dia ada kiblat
bapanya Nabi Ibrahim maka dia ada dua kiblat dan dia menyeru orang Arab supaya
beriman kepada Allah s.w.t.

Tafsir al-Sobui : Dalam ayat ini terdapat perhatian yang halus di mana tentang adab nabi
yang mulia di mana baginda menungu penurunan wahyu dan tidak terus meminta kepada
tuhannya oleh yang demikian Allah memuliakan adab ini dengan mengurniakan kiblat
yang disukainya.

Sebab Nabi Muhammad suka kepada kiblat Ibrahim;


i. Membezakan antara kiblat Yahudi dan Islam
ii. Ka’bah adalah kiblat bapanya Ibrahim.
iii. Pendekatan memikat hati orang arab supaya memeluk agama Islam
iv. Nabi dilahirkan dan dibesarkan di negara yang aman iaitu Makah dan di
alamnya terdapat masjid al-haram dan dia merupakan kiblat semua masjid
maka bginda lebih menyukainya.

Adakah Nabi Muhammad meminta?


Pada zahirnya Nabi Muhammad s.a.w tidak meminta tetapi hanya menungu sahaja
penurunan wahyu. Sekiranya nabi meminta nescaya pada zahirnya disebutkan.
Berkata Qatadah dan al-Suddi adalah nabi membalik-balikan wajahnya ke langit ketika
berdoa perbuatannya ini merupakan satu permintaan seperti mana dalam Ibnu Kathir
iaitu perubahan wajahnya ke menghadap ke langit menunjukkan itu satu permintaan.

Al-Alusi berkata : Tidak ada tegahan @ tidak salah kalau nabi meminta supaya kiblat
ditukar kerana ini merupakan maslahah umat.

‫فو ّل وجهك شطر السجد الرام‬


-Kalimah ‫ فول‬merupakan fi’il amar menunjukkan kepada kewajipan.

-Lafaz ‫ شطر‬bermakna ke arah iaitu masjid al-haram dan ulamak bersepakat dengan
makna ini.
- Diriwayatkan dari Ubay bin Ka’ab dia membaca tilqa’ dan dari ‘Ali qibl dan semuanya
sama iaitu tuntutan supaya menghadap kea rah masjid al-haram yang mana di dalamnya
terdapat ka’bah.

‫وإن الذين آوتوا الكتاب ليعلمون أنه الق من ربم وما ال بغافل عما يعملون‬

-Yang dimaksudkan disini kepada yahudi dan nasara.


-Maksud al-haq ialah perintah pertukaran kiblat dari bait al-maqdis ke bait allah.
-Yahudi dan Nasara mengetahui berdasarkan pengetahuan mereka dengan kitab mereka
bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah Nabi yang diutuskan di mana baginda tidak
berkata sesuatu ucapan dan memerintahkan sesuatu perkara melainkan haq. Kemudian
mereka mengetahui daripada agama mereka bahawa harus penasakhan dan pertukaran
qiblat dari bai al-Maqdis ke Ka’bah.

Lafaz ‫ يعلمون‬di baca oleh Ibn ‘Amir, Hamzah dan al-Kisaei dengan bacaan ta’malun
ucapan yang ditujukan kepada orang-orang yang beriman atau ahli kitab dan ayat ini
mengandungi janji baik dan janji buruk. Adapun bacaan dengan yaa maka mengandungi
janji balasan buruk kepada ahl kitab dan mereka yang mendustakan Nabi.

‫ ولئن أتيت الّذين أوتوا الكتاب بك ّل آية ماتبعوا قبلتك وما انت بتابع قبلتهم‬.......
-Dalam ayat ini Allah menerangkan tabiat ahl kitab untuk menghiburkan hati Nabi.

-Makna : Dan sesungguhnya jika kamu mendatangkan kepada orang-orang (Yahudi dan
Nasrani) yang diberi Al Kitab (Taurat dan Injil), semua ayat (keterangan), mereka tidak
akan mengikuti kiblatmu, dan kamupun tidak akan mengikuti kiblat mereka, dan
sebahagian merekapun tidak akan mengikuti kiblat sebahagian yang lain. Dan
sesungguhnya jika kamu mengikuti keinginan mereka setelah datang ilmu kepadamu,
sesungguhnya kamu -kalau begitu- termasuk golongan orang-orang yang zalim.

‫وما انت بتابع قبلتهم‬ ayat ini mengandungi perintah iaitu janganlah kamu cenderung
kepada apa yang mereka kehendaki dan mengikuti kiblat mereka.

Tafsir Ibn Kathir : Allah s.w.t mengkhabarkan mengenai kekufuran dan keingkaran
Yahudi dari apa yang mereka tahu dengan keadaan Nabi. Walaupun didatangkan kepada
mereka dalil yang sahih nescaya mereka akan meninggalkannya dan mengikuti hawa
nafsu mereka.

Ayat ini menceritakan tentang kesungguhan dan kesetiaan Nabi dalam mengikuti perintah
Allah seperti mana Yahudi dan Nasara kuat dalam berpegang teguh terhadap pendapat
dan pegangan mereka begitu juga Nabi. Allah s.w.t memberi amaran kepada mereka
yang menyangkal perkara yang haq yang mana dia ketahuinya.

Tafsir Muhammad Mahmud Hijazi.......... : Adalah Nabi s.a.w bersungguh-sungguh dalam


menyeru ahl kitab supaya beriman kepada Allah kerana percakapan mereka didengari
oleh orang awam oleh yang demikian baginda ingin dihapuskan setiap purbasangka
supaya mereka beriman. Justeru itu Allah mengingatkan Nabi dan menghiburkan Nabi :
sesunguhnya mereka adalah kaum yang ingkar maka tak memberi faedah segala ayat
untuk mereka. Sekiranya didatangkan kepada mreka sebarang ayat bagi memuaskan hati
mereka untuk mengikuti kiblat kamu nescaya tidak sama sekali merka mengikuti kamu.

Allah mengancam orang yang menyangkal perintah Allah dan mengikuti hawa nafsu
mereka.

‫الذين آتينهم الكتب يعرفونه كما يعرفون أبنآءهم وإن فريقا منهم ليكتمون الق وهم يعلمون‬.
- Ayat ini ditujukan kepada Yahudi dan Nasaara.

- ‫يعرفونه‬ dikatakan dhomir ini kembali kepada Nabi s.a.w. dan maksudnya mereka
mengetahui kenabian Nabi dan kebenaran risalahnya dan ini adalah pendapat Mujahid,
Qatadah dan yang lain.

- Dikatakan : mereka mengetahui pertukaran kiblat dari bait al-Maqdis kepada ka’bah
adalah perkara yang haq seperti mana pendapat Ibnu ’Abbas, Ibnu Juraij, Rabei’ dan
Qatadah. Pengunaan anak-anak dalam ayat ini kerana berlalu manusia ke atasnya
zamannya sebentar tidak diketahui dirinya dan tidak diketahui waktu yang tidak
diketahui pada anaknya.
Berkata Ibnu Kathir : Sesungguhnya ulama ahl kitab mereka mengetahui kesahihan apa
yang datang daripada Nabi Muhammd s.a.w seperti mana mereka mengetahui anak
mereka. Dan dimaksudkan juga di sini sesungguhnya mereka mengetahui rasul seperti
mana mereka mengetahui anak-anak mereka di mana tidak syak sekiranya di tanya
mengenai anak mereka mereka boleh menjawabnya.
‫ليكتمون الق‬ Mereka tidak memberi tahu kepada orang lain mengenai sifat nabi yang
terdapat di dalam kitab mereka.

‫الذين آتينهم الكتب يعرفونه كما يعرفون أبنآءهم وإن‬


Berkata al-Alusi dhomir ‫ يعرفونه‬bagi Nabi untuk menunjukkan firmannya seperti mana
mereka mengenali anak mereka. Tenyerupaan mengenalinya dengan mengenali anak-
anak dalil maksud ini.

- Tempat kembali dhomir ini nyata seperti yang disebutkan ayat sebelum ini dengan
cara khitab.
- Ada pendapat yang berpendapat dhomir tersebut kembali kepada ilmu seperti
mana yang terdapat di dalam firmannya ...min ba’di ma jaa aka min al-ilm
- Ada pendapat mengatakan dhomir tersebut kembali kepada al-quran dengan
................................................................

Tafsir al-Qurtubi: berkata Mujahid da Qatadah ”mereka mengetahuinya” iaitu mereka


mengetahui kenabian Nabi Muhammad s.a.w. dan kesahihan risalahnya. Ada pendapat
mengatakan ” mereka mengetahui penukaran qiblat dari bait al=Maqdis kepada ka’bah
adalah benar dan ini pendapat dari Ibn Abbas, Ibnu Juraij dan al-Rabei’.

Makna ayat ‫ ليكتمون الق‬berkata Mujahid dan Qatadah iaitu mereka mendiamkan Nabi
Muhammad s.a.w.. Ada pendapat lain mengatakan mereka mendiamkan perintah
menghadap ke ka’bah. Tafsiran ‫منهم‬ ‫ وإن فريقا‬iaitu sebahagian daripada ahl kitab yang
tidak beriman mendiamkan perkara yang haq serta hasad dan dengki.

Tafsir ‫جيعا‬ ‫ولك ّل وجهة هو مولّيها فاستبقوا اليات أينما تكونوا يأت بكم ال‬
Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka
berlomba-lombalah (dalam membuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah
akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat).

‫ولك ّل وجهة هو مولّيها فاستبقوا‬


i. Berkata Ibn Abas: untuk setiap ahli-ahli agama.
ii. Abu al’Aliah ; untuk yahudi kiblat mereka sendiri yang mereka hadap
kepadanya, untuk nasara begitu juga dan telah diberikan kepada kamu wahai
umat Muhammad kiblat yang berlainan dengan mereka iaitu ka’bah.

Dhomir huwa disni samada kembali kepada kepada ahli agama atau kepada Allah.
Sekirnya diambil pendapat yang pertama maka maknanya di sini ialah setiap ahli agama
dari agama yang ada pada masa itu kiblat mereka sendiri yang mana mereka menghadap
kepadanya. Sekiranya makna yang kedua maka maknannya di sini ialah sesungguhnya
untuk setiapa ahli agama kiblat yang mana mereka menghadap kepada Allah dengan
menghadap ke arah kiblat tersebut.

Tafsir ‫فاستبقوا اليات‬


Berkata al-Qurtubi iaitu bersegeralah kamu mengerjakan perintah Allah iaitu perintah
menghadap ke arah kiblat iaitu ka’bah. Makna al-murad iaitu bersegera menunaikan
solat di awal waktu.

Al-Qurtubi telah menyenaraikan dalil-dalil dari hadith mengenai solat di awal waktu
adalah seutama amalan.

Syeikh Hijazi menafsirkan ayat ini : Setiap umat mempunyai qiblat mereka tersendiri
yang mereka menghadap ke arahnya......
...............................................................................................................................................
..............

‫ومن حيث خرجت فو ّل وجهك شطر السجد الرام وأنه للحق من ربك وما ال بغافل عما تعملون‬
ّ‫ ومن حيث خرجت فولّ وجهك شطر السجد الرام وحيث ما كنتم فولّوا وجوهكم شطره لئل‬#
‫يكون للناس عليكم حجة ال الذين ظلموا منهم فل تشوهم واخشون ولتّ نعمت عليكم ولعلّكم‬
‫تتدون‬

Dan dari mana saja kamu keluar (datang), maka palingkanlah wajahmu ke arah Masjidil
Haram, sesungguhnya ketentuan itu benar-benar sesuatu yang hak dari Tuhanmu. Dan
Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang kamu kerjakan.

Tafsir ayat ini


Ibnu Kathir : Ini adalah perintah yang ketiga dari Allah s.w.t yang berkaitan menghadap
ke masjid al-haram dari mana saja berada. Ulama berbeza pendapat sebab pengulangan
suruhan menghadap ke arah kiblat
i Menguatkan lagi kerana nasikh pertama dalam Islam adalah perubahan qiblat
dari bait al-Maqdis kepada Kabah.
ii. Diturunkan kepada keadaan tertentu, maka suruhan yang pertama bagi yang
menyaksikan ka’bah, suruhan kedua bagi mereka yang tinggal di Makah tetapi tidak ada
di situ dan suruhan ketiga ialah bagi mereka yang tinggal selain dari Makah.

Al-Qurtubi menyatakan suruhan pertama bagi mereka yang berada di Makah, suruhan
kedua bagi mereka yang tidak tinggal di Makah dan suruhan terakhir bagi mereka yang
keluar bersafar.
Tafsir yang jelas bagi ayat ini adalah sesungguhnya pengulangan ayat yang menyuruh
menghadap qiblat kabah bukan satu perkara @ ayat penggulangan tetapi bagi
menegaskan suruhan Allah dengan menukar arah qiblat dalam bentuk yang berbeza bagi
menjelaskan arahan menghadap ke kabah bukan pada waktu, tempat dan keadaan yang
tertentu.

Hikmah pertukaran arah qiblat mengikut al-Hijazi


i. Supaya manusia tidak berhujah dengan Allah disebabkan ahli kitab
mempunyai qiblat sendiri sedangkan Nabi Muhammad mempunyai kabah
yang sepatutnya dijadikan qiblat.
ii. Bagi menyempurnakan nikmat. Orang arab mempunyai suku / puak yang
mana berdekatan dengan nabi oleh yang demikian sekiranya mereka beriman
mereka suka qiblat mereka kabah.
iii. Moga-moga kamu diberi petunjuk iaitu semoga kamu mendapat petunjuk dan
ketetapan ke atas yang hak dan tidak memberontak.

SURAH AL-MULK

‫تبارك الذي بيده اللك وهو على كل شيء قدير * الذي خلق الوت والياة ليبلوكم أيّكم أحسن‬
‫عمل وهو العزيز الغفور* الذي خلق سبع سوت طباقا ما ترى ف خلق الرحن من تفوت فارجع‬
‫البصر هل ترى من فطور * ّث ارجع البصر كرّتي ينقلب إليك البصر خاسئا وهو حسي * ولقد‬
‫زيّنّا السمآء الدنيا بصبيح وجعلناها رجوما للشيطي وأعتدنا لم عذاب السعي‬

1.Maha Suci Allah Yang di tangan-Nyalah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas
segala sesuatu
2. Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu
yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,
3. Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat
pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah
berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang?
4. Kemudian pandanglah sekali lagi niscaya penglihatanmu akan kembali kepadamu
dengan tidak menemukan sesuatu cacat dan penglihatanmu itupun dalam keadaan payah.
5. Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang, dan
Kami jadikan bintang-bintang itu alat-alat pelempar syaitan, dan Kami sediakan bagi
mereka siksa neraka yang menyala-nyala.

‫تبارك الذي بيده اللك وهو على كل شيء قدير‬


Makna mujmal – Allah s.w.t maha agung keadaannya dan tidak ada sesiapa yang mampu
untuk menandingi keagungannya, banyak membuat kebaikan dan kebajikan kepada
ciptaannya dan dialah mentadbir ciptaannya.

Lafaz TABARAKA menunjukan kepada terlalu sempurna dan agung serta hebat
sehubungan dengan itu tidak harus mengunakan perkataan ini selain daripada Allah.

Hasan berkata maksud kalimah tersebut ialah menquduskan, ada pendapat lain :
berpanjangan @ sentiasa iaitu Allah seniasa dalam keadaan tidak adyang awal kewujudan
melainkan Allah dan tidak ada yang akhir melainkan Allah.

Allah menyatakan bahawa dengan tangannya segala kerajaan iaitu dia pengurus semua
makhluknya mengikut kehendaknya tiada yang mengingkari hukumnya dan tidak ada
yang boleh mempertikaikan apa yang Allah buat.

‫الذي خلق الوت والياة ليبلوكم أيّكم أحسن عمل‬


‫الذي خلق الوت والياة‬ Dia yang menciptakan kematian buat kamu di dunia dan
kehidupan di akhirat.

Muqatil menyatakan : Allah menciptakan kematian iaitu dari air mani, seketul darah dan
seketul daging kerana semuanya ini dalam keadaan mati dan menjadikan kehidupan iaitu
menjadikan manusia dan meniupkan ruh lalu menjadi manusia.

Dalam Ruh al-Ma’aani : ....................................................................................


Dikatakan ayat ini adalah kuniah mengenai kematian dari dunia yang mana ianya
berlaku di dunia dan kehidupan akhirat di mana akhirat tidak ada kematian.

Didahulukan maut dari kehidupan terdapat beberapa pendapat antaranya ialah kerana
..................................

Ada pendapat yang lain ialah kerana kematian lebih awal disebabkan setiap sesuatu
bermula dengan benda yang mati seperti tanah, air mani dlll.
Ada pendapat yang lain adalah manusia yang paling bertaqwa adalah mereka yang
menyeru beramal kerana taqdir kematian berada di depan matanya.

‫ليبلوكم أيّكم أحسن عمل‬ - istiarah tamthiliah (kata pinjaman penyerupaan) di mana Allah
.........................................................

Dan makna: untuk menguji kamu siapa kah diantara lebih baik amalan dan keikhlasanya
maka akan diganjari dengan maqrtabat yang berbeza mengikut perbezaan amalan.

Maksud ‫ليبلوكم‬ ‫خلق الوت‬ menguji hamba dengan kematian siapa yang mulia untuk
menjelaskan kesabarannya dan kehidupan untuk menjelaskan kesyukurannya.

‫أحسن عمل‬
Sudi menjelaskan iaitu yang paling banyak di antara kamu yang mengigati kematian dan
paling baik persediaan.

Ibn Umar iaitu yang paling warak dan menjaga diri dari perkara yang diharamkan Allah
dan bersegera mentaati perintahnya.

Ada pendapat lain iaitu Siapa yang paling banyak sabarnya ketika ditimpa musibah dan
banyak mensyukuri nikmatnya.

‫وهو العزيز الغفور‬


Sesungguhnya Allah s.w.t itu gagah dan tidak lemah menjatuhkan hukuman kepada
mereka yang melakukan maksiat serta pengampun bagi mereka yang bertaubat dan
kembali ke pangkal jalan selepas melakukan kekhilafan.

‫الذي خلق سبع سوت طباقا ما ترى ف خلق الرحن من تفوت فارجع البصر هل ترى من فطور‬
Ini adalah kemulian dan pujian dengan keagungan dan kekuasaan Allah dengan keluasan
ilmu dan hikmah yang berkuasa menciptakan tujuh petala langit iaitu bertingkat-tingkat.

‫طباقا‬ bertingkat-tingkat atau berlapis-lapis. Adakah ianya bersambung-sambung iaitu


bercantum antara satu sama lain atau terpisah di mana di antara 2 langit ditengah-
tengahnya kosong? Di sini ada dua pendapat yang paling sahih adalah yang kedua seperti
mana yang terdapat di dalam hadith isra’

‫ما ترى ف خلق الرحن من تفوت‬ bacaan hamzah dan kisaei ‫تفوت‬ ‫من‬ iaitu sesungguhnya
kamu tidak akan dapat menjejaki perbezaan dan kelainan dan kamu tidak akan nampak
lihat sebarang kebengkokan dan berlawanan selama-lamanya.

‫خلق الرحن‬ iaitu setiap apa yang Allah s.w.t cipta kamu tidak akan dapati kelainan dan
berlawanan bahkan ianya lurus dan sama menunjukkan kepada penciptanya sekiranya
berbeza hanya gambaran dan sifatnya. Ada pendapat yang mengatakan dengan tujuh
petala langit yang khas iaitu kamu tidak akan melihat langit itu cacat celanya.

‫فارجع البصر‬ mengulangi pandangan kamu ke langit dan melihat kepadanya berkali-kali
sehingga kamu berpuas hati.

‫هل ترى من فطور‬ iaitu adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang.
Maksud futur ialah rekahan dan ini adalah riwayat Mujahid dan al-Dhohak. Qatadah pula
berpendapat kerosakan dan sudi berpendapat koyak atau lubang Ibnu Abbas berpendapat
sebarang kelemahan.

‫ثّ ارجع البصر كرّتي ينقلب إليك البصر خاسئا وهو حسي‬
Allah menyuruh memandangnya dua kalikerana manusia apabila melihat sesuatu tidak
dapat melihat keburukannyaselagi tidak dilihat lagi.

Maknanya : Sesungguhnya kalau kamu mengulangi melihat meskipun berulang kali


nescaya kamu akan merasa hampa kerana tidak dapat melihat keaibannya dan merasa
lesu dan penat.

‫ولقد زيّنّا السمآء الدنيا بصبيح وجعلناها رجوما للشيطي وأعتدنا لم عذاب السعي‬
Kami menghiasi langit dunia dengan lampu iaitu bintang2 dan planet2.

‫وجعلناها رجوما للشيطي‬


Dhomir kalimah ‫ جعلناها‬kembali kepada kepada jenis lampubukan dengan matanya ini
kerana yang direjam kepada syaitan bukan dengan planet atau bintang tetapi dengan tahi
bintang.
Ada pendapat lain yang mengatakan dhomir tersebut kembali kepada lampu2 iaitu
dengan bintang itu sendiri. Ada pendapat lain : Planet dan bintang2 ini berpecang kepada
beberapa bahagian yang bernyala2 akibat daripada pergeseran dengan angin atau udara
dengan benda ini digunakan untuk merejam syaitan.
‫رجوما للشيطي‬
Sesungguhnya malaikat merejam syaitan dan jin yang cuba mencuri berita dari langit
sehingga dia tidak dapat membuat fitnah di muka bumi mengenai agama Allah.

‫وأعتدنا لم عذاب السعي‬


Allah menyediakan kepada syaitan kehinaan ini di dunia dan bagi di akhirat azab yang
pedih.

* ‫وللذين كفروا بربّهم عذاب جهنم وبئس الصي * اذا القوا فيها سعوا لا شهيقا وهي تفور‬
‫تكاد تيّز من الغيظ كلما القي فيها فوج سألم خزنتها أل يأتكم نذير * قالوا بلى قد جآءنا نذير‬
‫فكذّبنا وقلنا ما نزّل ال من شيء إن أنتم إلّ ف ضلل كبي * وقالوا لو كنا نسمع او نعقل ما‬
‫كنا ف أصحاب السعي * فاعترفوا بذنبهم فسحقا لصحاب السعي* إن اللذين يشون ربم‬
‫*بالغيب لم مغفرة وأجر كبي‬

6. Dan orang-orang yang kafir kepada Tuhannya, memperoleh azab Jahannam. Dan itulah
seburuk-buruk tempat kembali.
7. Apabila mereka dilemparkan ke dalamnya mereka mendengar suara neraka yang
mengerikan, sedang neraka itu menggelegak,
8. hampir-hampir (neraka) itu terpecah-pecah lantaran marah. Setiap kali dilemparkan ke
dalamnya sekumpulan (orang-orang kafir), penjaga-penjaga (neraka itu) bertanya kepada
mereka: "Apakah belum pernah datang kepada kamu (di dunia) seorang pemberi
peringatan?"
9. Mereka menjawab: "Benar ada", sesungguhnya telah datang kepada kami seorang
pemberi peringatan, maka kami mendustakan(nya) dan kami katakan: "Allah tidak
menurunkan sesuatupun; kamu tidak lain hanyalah di dalam kesesatan yang besar."
10. Dan mereka berkata: "Sekiranya kami mendengarkan atau memikirkan (peringatan
itu) niscaya tidaklah kami termasuk penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala."
11. Mereka mengakui dosa mereka. Maka kebinasaanlah bagi penghuni-penghuni neraka
yang menyala-nyala.
12. Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhannya Yang tidak nampak oleh
mereka, mereka akan memperoleh ampunan dan pahala yang besar.

‫وللذين كفروا بربّهم عذاب جهنم وبئس الصي‬

‫وللذين كفروا بربّهم‬


Mereka yang mengingkari ketuhanan dan hari qiamat jadi mereka tidak beriman kepada
Allah samad mereka itu dari jin dan manusia Allah akan menyediakan tempat yang buruk
baginya.

‫وبئس الصي‬
Mereka dimasukan ke dalam neraka dan diazab di mana mereka akan diberi minum air
yang menggelegak dan makanannya buah zakum dan dhori’

‫اذا القوا فيها سعوا لا شهيقا وهي تفور‬


Apabila orang2 kafir dicampakkan ke dalam neraka mereka (orang kafir) mendengar
suara yang kuat dan menakutkan seperti suara himar apabila binatang tersebut menjerit.

Maksud ‫شهيقا‬
i Ibnu Abbas : jeritan dari neraka jahanam ketika orang kafir dicampakkan ke
dalamnya. Menjerit dengan membunyikan suara yang menyeramkan dan suara api yang
mengelegak ini menyebabkan semua orang kafir takut.
ii Jeritan orang kafir ketika dicampakkan ke dalam api neraka.

‫ وهي تفور‬- mendidih


Mujahid – Neraka akan mengapung atau mengelegakkan mereka seperti kacang dal yang
dimasak mengelegak di dalam periuk
Ibnu Abbas mereka digelegakkan di dalam periuk.

‫تكاد تيّز من الغيظ كلما القي فيها فوج سألم خزنتها أل يأتكم نذير‬
‫تيّز‬ Ibn Abbas – terpecah Sa’id ibn Jubair iaitu terburai, terpecah, meletup
Iaitu hampir2 api neraka itu meletup disebabkan terlalu marah ketas orang kafir sebagai
musuh Allah.

‫الغيظ كلما القي فيها فوج سألم خزنتها‬


Tiap kali dicampak sekumpulan kafir ke dalam neraka malaikat yang menjaga Api neraka
iaitu Zabaniah seramai 19 malaikat bertanya kepada mereka. Soalan ini merupakan
soalan untuk menghina mereka kerana tahu apa yang mereka nak tanya

‫أل يأتكم نذير‬


Nazir (pemberitahu ancaman) iaitu nabi Muhammad s.a.w. yang diutuskan ke dunia
untuk mengajak manusia beriman dan taat kepada Allah dan menyampaikan berita
balasan buruk pada hari qiamat.
* ‫قالوا بلى قد جآءنا نذير فكذّبنا وقلنا ما نزّل ال من شيء إن أنتم إلّ ف ضلل كبي * وقالوا‬
‫لو كنا نسمع او نعقل ما كنا ف أصحاب السعي‬

‫قالوا بلى قد جآءنا نذير فكذّبنا‬


Orang kafir menjawab pertanyaan yang diajukan kepada mereka oleh malaikat dengan
jawapan yang sekata dan sepakat dari mereka iaitu Allah s.w.t telah mengutuskan nabi
kepada kami bagi menyampaikan risalah Allah dan menceritakan balasan buruk kepada
mereka akan tetapi mereka telah mendustakan apa yang dibawa oleh rasul tersebut
bahkan mengingkari dan berdoa supaya tidak diturunkan kepada mereka sesuatu dan
mendakwa rasul-rasul tersebut berada dalam kesesatan.

* ‫وقالوا لو كنا نسمع او نعقل ما كنا ف أصحاب السعي‬


Allah s.w.t mengkhabarkan mengenai tarik balik mereka terhadap apa yang telah mereka
katakan yang berupa penyesalan walaubagaimanapun penyesalan tersebut tidak
bermanfaat bagi mereka.

‫لو كنا نسمع او نعقل‬


#Ibn Abbas maknanya kalau lah kami mendengar pertunjuk yang disampaikan kepada
kami serta memikirkannya. Ayat ini merupakan dalil orang kafir tidak diberi aqal.

#Pendapat oleh Amru bin al-’Ash : apakah bala kaum kau mereka tidak beriman
bukankah mereka telah diberi aqal? Maka dia menjawab Aqal yang mereka ada tidak
berfungsi atau tidak disertakan dengan taufeq.

# Allah menganggap aqal orang kafir sebagai mimpi @ imaginasi ini kerana aqal tidak
diberikan kepada orang kafir. Walaupun mereka diberikan aqal mereka tidak beriman.
Sebenarnya orang kafir dikurniakan otak maka menjadi ke atasnya hujah dan otak
kemampuan menerima ilmu secara menyeluruh dan aqal dicirikan dengan ilmu dan
mampu membuat perkiraan bagi batasan-batasan perintah dan larangan.

# Diriwayatkan dari Nabi Muhammad sesungguhnya seorang lelaki telah berkata


alangkah beraqalnya seorang lelaki dari nasrani itu maka nabi menjawab tidak
sesungguhnya orang kafir tidak beraqal aku mendengar firman Allah ‫وقالوا لو كنا نسمع‬
‫او نعقل ما كنا ف أصحاب السعي‬

* ‫فاعترفوا بذنبهم فسحقا لصحاب السعي‬


Sesungguhnay mereka mengakui pembohongan mereka kepada rasul. Dan maksud dosa
di sini ialah himpunan kerana di dalam perkataan tersebut termasuk makna perbuatan.
‫فسحقا لصحاب السعي‬
‫فسحقا‬
‫‪# Jauh jauh dari rahmat Allah dan maksudnya oleh Sa’id bin Jubair ialah adalah satu‬‬
‫فسحقا ‪nama lubuk di dalam neraka yang dipanggil‬‬

‫‪# al-Zujaj membaca dengan baris atas fasahqa iaitu masdar bermakna Allah menjauhkan‬‬
‫‪mereka dengan jauh..‬‬

‫‪SURAH AL-BURUJ‬‬

‫والسماء ذات البوج * واليوم الوعود * وشاهد ومشهود * قتل أصحاب الخدود *النار ذات‬
‫الوقود * إذ هم عليها قعود * وهم على ما يفعلون بالؤمني شهود * وما نقموا منهم ا ّل أن يؤمنوا‬
‫بال العزيز الميد* الذي له ملك السموات والرض* وال على كل شيء شهيد* إن الذين فتنوا‬
‫الؤمني والؤمنات ثّ ل يتوبوا فلهم عذاب جهنّم ولم عذاب الريق أن الذين آمنوا وعملوا‬
‫* الصلحت لم جنت تري من تتها النار * ذلك الفوز الكبي‬
‫‪1. Demi langit yang mempunyai gugusan bintang,‬‬
‫‪2. dan hari yang dijanjikan,‬‬
3. dan yang menyaksikan dan yang disaksikan.
4. Binasa dan terlaknatlah orang-orang yang membuat parit
5. yang berapi (dinyalakan dengan) kayu bakar,
6. ketika mereka duduk di sekitarnya,
7. sedang mereka menyaksikan apa yang mereka perbuat terhadap orang-orang yang
beriman.
8. Dan mereka tidak menyiksa orang-orang mukmin itu melainkan karena orang-orang
mukmin itu beriman kepada Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji,
9. Yang mempunyai kerajaan langit dan bumi; dan Allah Maha Menyaksikan segala
sesuatu.
10. Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan cobaan kepada orang-orang yang
mukmin laki-laki dan perempuan kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka
azab Jahannam dan bagi mereka azab (neraka) yang membakar.
11. Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang saleh
bagi mereka surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; itulah keberuntungan yang
besar.

‫* والسماء ذات البوج‬


Ini adalah di antara sumpah yang besar di mana Allah s.w.t bersumpah dengan langit
yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang, bulan, matahari dan 11 planet.

‫واليوم الوعود‬
Hari qiamat

‫وشاهد‬
Hari jumaat

‫ومشهود‬
Hari ’Arafah

Jawab sumpah ini atau yang hendak dikuatkan di sini ialah kamu akan dibangkitkan
kemudian kamu akan dibicarakan.

‫البوج‬ terdapat banyak pendapat mufassir


i. Ibnu Abbas, Mujahid, Dhohaq, Hasan ,Qatadah dan al-Sudi : gugusan bintang.
ii. Mujahid juga : al-haras
iii. Yahya bin Rafei’ : istana di langit
iv. Minhal bin Amru : yang mempunyai akhlak yang baik
v. Ibn Khaithamah : Orbit dan bulan dan 11 planet beredar matahari setiapnya
satu bulan dan beredar bulan 2 hari dan tiga iaitu 28 hari.............
‫واليوم الوعود‬
Abi Hatim berpandangan ke atas apa yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Rafie’ dari
Abu Hurairah bermaksud hari Jumaat.

‫وشاهد ومشهود‬
i. Ibnu Abi Hatim al-syahid ialah hari jumaat dan al-masyhud ialah hari ’arafah.
ii. Imam Ahmd syaahid hari jumaat dan masyhuud hari qiamat
iii. Abi Hurairah syaahid hari Jumaat dan al-Masyhuud hari ’Arafah dan hari
qiamat.
iv. Ibnu Jarir diriwayatkan oleh Ibn Abbas – al-syahid adalah Nabi Muhammad
dan masyhud hari qiamat.

# Diriwayatkan dari ibn hamid dari Jarir dari mughirah S lelaki bertanya Hasan bin Ali
mengenai ayat ini maka dia jawab sebelum ini aku(lelaki) ada tanya dengan orang lain
(Ibn Umar dan al-Zubair) tentang ayat tersebut - hari sembelih (korban) dan hari jumaat.
Hasan menjawab tidak tetapi al-syaahid adalah Nabi Muhammad kemudian membaca
ayat al-Quran.......................................................................
Masyhuud iailah hari qiamat kemudian membaca ayat al-
Quran..................................................

Saed al-Musayyab – masyhud hari qiamat


Mujahid, Ikrimah dan al-Dohak – al-Syahid ialah anak Adam dan masyhud hari qiamat.
Ikrimah – syahiid adalah Nabi Muhammad dan masyhuud ialah hari Jumaat.
Ali bin Tholha dari Ibn Abbas – al-Syahid ialah Allah dan masyhud ialah hari qiamah
Mujahid dan Ibn ’Abbas – al-Syahid ialah manusia dan masyhud hari jumaat.
Dikatakan al-syaahid ialah hafazah dan masyhuud ialah hari Jumaah
Dikatakan malam dan siang.

‫قتل أصحاب الخدود‬


Dikutuk mereka keatas apa yang mereka telah buat ke atas orang beriman berupa fitnah
dan mengazab mereka.
Maksud ashaab al-Ukhdud adalah segolongan orang kafir dari raja-raja Yaman atau
pemimpin-pemimpin Yahudi di mana mereka sangat marah dengan berimannya
sebahagian rakyatnya lalu mereka disiksa dengan kejam membuat parit iaitu lubang di
bumi dan membakar dengan bahan bakaranya daripada kayu api lalu diberi tawaran
kepada mereka yang beriman samada murtad dari beriman kepada Allah atau mati
dicampakkan ke dalam api yang akan membakarnya lalu mereka memilih untuk dibakar
daripada murtad..

# Dikatakan mereka adalah Zuu Nuwas dan tenteranya yang mengajak ahl Najrah
kepada agama Yahudi atau berperang maka mereka memilih berperang maka dibuat parit
dan dibakar dengan api dan membunuh dengan pedang seramai 20 000.
# Ibn Abi Hatiimdengan sanadnya dari Rabi’ bin Anas dia mendengar ssungguhnya
mereka adalah satu kaum di satu zaman di mana mereka melihat apa yang berlaku kepada
manusia dari fitnah dan keburukan mereka membuat kelompok atau parti. Di mana
mereka suka menyendiri diri atau beruzlah di kampung dan di sana mereka melakukan
ibadah dengan ikhlas, mendirikan salat menunaikan zakat. Pemimpin yang zalim telah
mengetahui perkara tersebut lalu memerintahkan mereka menyembah patung yang
mereka jadikan sebagai tuhan mereka akan tetapi mereka ingkar dengan perintah raja
tersebut dengan berkata kami tidak akan menyembah melainkan Allah dan tidak akan
mensyirikannya. Maka raja pun membuat keputusan jika mereka tidak menyembah tuhan
ini maka aku akan membunuh mereka tetapi mereka tetap tidak mahu menikuti kehendak
raja tersebut. Maka digali parit dan dinyalakan api maka mereka dikumpulkan lalu
ditanya sekali agi adakah kamu masih berdegil atau dibakar di dalam api ini mereka
menjawab dibakar api lebih aku sukai.

‫وما نقموا منهم الّ أن يؤمنوا بال العزيز الميد* الذي له ملك السموات والرض* وال على كل‬
‫شيء شهيد‬

Dan apa yang mereka malukan atau aibkan kerana mereka(orang islam) beriman kepada
Allah yang gagah lagi mengasihni bagi kerajaan langit dan bumi.
...........................................................

‫إن الذين فتنوا الؤمني والؤمنات ّث ل يتوبوا فلهم عذاب جهنّم ولم عذاب الريق‬
Sesungguhnya pemerintah yang zalim itu membakar orang2 yang beriman mereka tidak
bertaubat miskipun telah didatangkan kepada mereka keterangan maka disediakan bagi
mereka azab.