Anda di halaman 1dari 6

Astronomi Islam, Geografi & Pengembaraan

1) Jam Matahari Ibn al-Shatir


Published: January 29, 2007

Ibn al-Shatir, Ahli Astronomi (m.d. 777H./1375M.) mencipta jam matahari ini untuk
Masjid Jamik Umayyah di Damsyik.

Ia dianggap sebagai pencapaian tertinggi bagi penciptaan jam matahari.

Kini, bentuk asal jam matahari ini telah pun pecah menjadi tiga kepingan.

Ia disimpan di Muzium Negara Syria di Damsyik.

2) Kompas jarum 4
Published: January 26, 2007

Kompas yang paling sofistikated ini dicipta oleh pelayar agung, Ahmad
bin Majid pada kurun ke-9H./15M.

Ia dihasilkan berdasarkan keterangan dan huraian yang terdapat


dalam kitab beliau, "Al-Fawa'id".
3) Kompas jarum 3
Published: January 26, 2007

Kompas ini menggambarkan perkembangan peringkat ketiga bagi kompas yang


digunakan oleh pelayar-pelayar Islam dalam pelayaran mereka di Lautan Hindi.

Alat ini dihasilkan dalam sumber-sumber Arab dan Portugis.

Kompas jarum 2
Published: January 26, 2007

Kompas yang menjadi contoh perkembangan peringkat kedua alat ini yang digunakan oleh
pelayar-pelayar Islam dalam pelayaran mereka di Lautan Hindi.

Alat ini dihasilkan berdasarkan keterangan dan huraian dalam sumber-sumber bahasa Arab
dan Portugis.
Kompas Jarum
Published: January 25, 2007

Kompas jarum

Jenis kompas tertua yang digunakan oleh pelayar-pelayar Islam di Lautan Hindi.

Ia dihasilkan berdasarkan keterangan dan huraian dalam sumber-sumber bahasa Arab dan
Portugis.

Kompas Terapung 2
Published: January 25, 2007

Kompas ini dihasilkan berdasarkan huraian yang diberikan oleh Petrus Peregrinus,
salah seorang yang terlibat dalam Perang Salib, dalam surat yang ditujukan kepada
sahabatnya, Syger de Foucaucourt pada tahun 1270M.

Ia merupakan penjelasan atau huraian yang memiliki ciri kemajuan bagi kompas
tertua yang tiba di Eropah dari dunia Islam melalui tentera-tentera Salib yang pulang
ke Eropah.
Kompas Terapung
Published: January 25, 2007

Kompas ini dihasilkan berdasarkan apa yang terkandung dalam risalah al-Malik al-Asyraf di
Yaman sekitar tahun 690H./1291M: sekeping kayu terapung bersama-sama dengan jarum
magnet.

Model Glob dengan Lukisan Peta Khalifah al-


Ma'mun
Published: January 25, 2007

Ia dihasilkan oleh sebilangan besar 'ulama' yang


ditugasi oleh khalifah al-ma'mun (memerintah
tahun 813-833M.) untuk melaksanakan tugas
tersebut.

Peta ini dilukis berdasarkan peta yang sampai


kepada kita serta buku yang mengandungi darjah
longitud dan darjah latitud bagi peta tersebut.
Jam Matahari Reka Bentuk Sepanyol-Arab
Published: January 23, 2007

'Le relogio de la piedra de la sombra' merupakan jenis jam keempat yang disebut dalam
Librosdel saber de astronomia. Ia menunjukkan jam-jam yang tidak sama atau sementara.

Jam Matahari Ibn al-Muhallabi


Published: January 23, 2007

Model ini berdasarkan jam matahari yang dibina oleh Zainaddin Abdarrahman ibn Muhammad
ibn al-Muhallabi al-Miqati,seorang ahli astronomi masjid (muwaqqit - penetap waktu) Mesir.
Staf` Ya'qub dengan Fungsi Pembacaan Berganda (Sukuan David)
Published: January 21, 2007

Pandangan boleh ubah pada dua segmen bulatan.

Pandangan tetap terletak di pusat sepunya kedua-dua segmen bulatan.