Anda di halaman 1dari 2

GARIS PANDUAN PERCANGAHAN DI ANTARA AL-JARH & AL-TA’DIL

1. Memahami manhaj-manhaj para imam yang diaplikasikannya dalam proses


kritikan dan pentawtiqahan terhadap seseorang perawi.

2. Mengetahui pengktitik-pengkritik dari setiap peringkat (syadid, mu’tadil &


mutasahil) di setiap generasi.

3. Perlu ditangguhkan keputusan kritikan terhadap seseorang perawi sekirannya


terdapat unsur perselisihan aqidah di antara pengkritik dan yang dikritik &
sebagainya @ permusuhan di antara mereka.

4. Tidak diterima kritikan yang dilancarkan kepada imam-imam hadith yang


masyhur keadilan dan kedhabitannya seperti Imam Malik dlll.

5. Tidak boleh digunapakai kritikan (pentajrihan) yang mempunyai sanad lemah.

6. Kritikan yang datang daripada perawi yang dihukum dhaif oleh Ulama tidak
boleh diterima pakai.

7. Tidak boleh diterima pakai kritikan yang dibuat berdasarkan sangkaan semata-
mata @ sumbernya lemah.

8. Perlu diambil perhatian terhadap pentajrihan yang dihukum oleh ulama


terkemudian terhadap seseorang perawi apabila ianya bertentangan dengan ulama
terdahulu di mana mereka menghukum perawi tersebut sebagai thiqah. Perkara
tersebut boleh diterima sekiranya ulama terkemudian mengeluarkan keterangan
yang yang jelas serta wajar terhadap hukum yang dibuat.

9. Kadang-kadang berlaku pentajrihan disebabkan salah semasa menyalin hukum


tersebut. Justeru itu pentajrihan tersebut tidak boleh diterima.

10. Berkata Hafiz Ibnu Hajar terdapat perawi yang mana dikenali mereka tidak akan
meriwayatkan sesebuah hadith melainkan daripada perawi yang benar-benar
thiqah. (So perawi tersebut boleh diterima)

11. Perawi-perawi yang diambil hadithnya oleh Bukhari dan Muslim @ salah seorang
daripadanya. Terbahagi 2;
i. Perawi-perawi yang terselamat daripada dihukum jarh
ii. Perawi-perawi yang dijadikan mutaba’at, syawahid dan riwayat
sokongan.

12. Tidak boleh tidak difahami maksud setiap istilah yang digunakan oleh ulama
dalam proses jarh dan ta’dil
13. Kadang-kadang terdapat perbezaan pertunjuk lafaz jarh dan ta’dil disebabkan
perbezaan baris atau tanda.

14. Kadang ditolak pentawthiqahan dan pentajrihan terhadap imam-imam yang terikat
dengan situasi-situasi tertentu. Terbahagi 6
i. Dihukum thiqah seseorang perawi terhadap hadith yang
dikhabarkannya di sesebuah negeri bukan negeri yang lain.
ii. Dihukum thiqah perawi tersebut pada apa yang diriwayatkan hadith
daripada guru tertentu.
iii. Dihukum thiqah terhadap perawi yang mana anak muridnya
meriwayatkan hadithnya daripada negeri tertentu.
iv. Dihukum dhaif perawi yang thiqah apabila meriwayatkan sesuatu
hadith daripada guru tertentu.
v.
vi. Dihukum thiqah seseorang perawi pada umurnya yang tertentu.

15. Perlu difahami ungkapan perbandingan diantara perawi yang thiqah yang mana
dilebihkan thiqah dan dilemahkan yang lain.

16. Kadang-kadang terdapat keumuman atau mutlak ungkapan thiqah terhadap


seseorang perawi oleh ulama-ulama terdahulu dan dibataskan darjat perawi
tersebut di sisi ulama terdahulu.

17. Pengkhususan atau lebih banyak masa diberikan terhadap sesuatu ilmu
menjadikan ianya lebih mahir terhadap ilmu tersebut tidak ilmu sebaliknya.

18. Kadang-kadang ditolak lafaz-lafaz jarh dan ta’dil yang ditrasferkan daripada kitab
ulama terdaulu yang diringkaskan dengan makna di dalam kitab ulama
terkemudian. Kerinkasaanya memberi kesan terhadap ungkapan tersebut.

19. Memberi kesan pentajrihan dan penta’dilan yang datang daripada imam-imam
terkemudian dengan mengikut pandangan ulama terdahulu dalam menghukum
seseorang perawi.

20. Tidak disyaratkan ke atas perawi-perawi terkemudian seperti syarat yang


dikenakan terhadap perawi terdahulu dari sudut dhabt dan itqan.