Anda di halaman 1dari 8

KAEDAH QIRAAH

PENGENALAN

• Secara umumnya, kaedah pengajaran menurut Mohd Athiyyah al-

Ibrasyi dalam karya beliau yang bertajuk Ruh al-Tarbiyyah wa al-

Ta,alim bermaksud jalan yang diikuti oleh murid untuk memudahkan

kefahaman dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah

pengajaran ialah perancangan yang disusun sebelum seseorang guru

memasuki kelas dan dilaksanakan di dalam kelas.

• Kaedah pengajaran al-Quran merujuk kepada jalan atau cara perlu

diikuti oleh seseorang guru dalam proses menyampaikan maklumat

kepada murid. Kaedah ini adalah satu kaedah yang telah disusun dan

dirancang dengan teliti untuk mencapai objektif pengajaran secara

maksimum.

• Bidang pembelajaran al-Quran terbahagi kepada dua bahagian, iaitu

tilawah al-Quran dan hafazan al-Quran. Kedua-dua memberi tumpuan

terhadap membaca dan menghafaz ayat al-Quran yang terpilih

mengikut hukum tajwid yang betul dan fasih. Bahagian ketiga pula

ialah kefahaman ayat dengan tumpuan kepada pengertian dan hikmah

ayat al-Quran serta menghayati pengajaran al-Quran sebagai sumber

hukum.
SEJARAH

• Asal-usul kaedah bacaan al-Quran mungkin bermula sejak penurunan

wahyu di Gua Hira’ iaitu ketika Jibril menyuruh nabi membaca al-Quran

(iqra’) sebanyak 3 kali (turun Surah al-Alaq).Sedangkan Nabi s.a.w.

seorang umi.

• Berdasarkan sejarah tersebut, jelaslah bahawa kaedah bacaan telah

bermula sejurus selepas penurunan wahyu tetapi kaedah bacaan yang

digunakan adalah secara hafazan.Ini boleh dilihat di mana Nabi

membaca ayat al-Quran itu berdasarkan bacaan Jibril kemudian

menghafaznya. Rentetan daripada peperangan yang menyebabkan

para sahabat yang hafaz al-Quran syahid, maka pembukuan al-Quran

dilakukan dan mungkin seiring dengan itu, kaedah bacaan yang perlu

mengeja terlebih dahulu pula muncul.

APLIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Dalam langkah melaksanakan rancangan pengajaran al-quran dengan

kaedah qiraah, beberapa cara boleh digunakan iaitu:

Langkah yang wajar dilakukan ketika murid-murid berada di peringkat

awal persekolahan, pengajaran perlu dimulai dengan mengenal huruf

hijaiyah kemudian kalimah dan akhir sekali adalah ayat. Bagi memudahkan

pembelajaran huruf hijaiyah, murid-murid perlu diajar dengan huruf-huruf

tunggal terlebih dahulu kemudian barulah diikuti dengan pembelajaran huruf


tunggal berbaris. Murid-murid perlu menyebut huruf tunggal dengan baris atas

(َ ) , kemudian dengan baris depan (ُ ),kemudian dengan baris bawah (ِِ ),

kemudian dengan baris mati (ْ ), kemudian dengan bersabdu (ّ ). Seterusnya

dalam memudahkan pembelajaran menyebut kalimah, murid-murid perlu

diajar menyebut huruf tunggal berbaris yang ada dalam kalimah satu-persatu,

contoh ( َ‫ع‬-َ‫ر‬-َ‫ ) ز‬atau (َ‫ن‬-َ‫ز‬-َ‫) و‬, kemudian sebut satu kalimah tersebut dengan

sempurna. Kaedah-kaedah tersebut merupakan peringkat paling asas dalam

mengajar al-Quran menggunakan kaedah membaca (M.Soleh

Samak.1962:51).

Setelah pengetahuan asas tersebut dikuasai, murid-murid patut

diajar menyebut kalimah-kalimah yang mudah terlebih dahulu secara

berulang-ulang. Selepas itu diikuti dengan kalimah-kalimah yang lebih susah

pula (M.Soleh Samak.1962:51).

Kaedah-kaedah yang wajar digunakan di peringkat sekolah rendah

setelah segala kemahiran asas membaca dikuasai ialah

1. Membaca ayat dan surah secara tartil

Pelbagai kaedah, teknik dan aktiviti boleh digunakan dalam mengajar

murid-murid membaca ayat & surah secara bertajwid dengan betul &

fasih. Antara teknik yg boleh digunakan:

• Teknik al-Tarikh bi al-Tadris

Teknik ini merupakan bacaan secara kelas atau keseluruhan

murid secara beramai-ramai dimulai dengan bacaan guru


kemudiannya diikuti oleh murid. Selain itu, kaedah ulangan juga

boleh digunakan dengan guru membaca ayat al-Quran secara

bertajwid dengan betul dan fasih kemudian diikuti oleh murid-

murid dengan beramai-ramai. Kemudian, guru meminta

beberapa orang murid untuk membaca secara individu. Seorang

murid dipilh untuk membaca dengan betul dan fasih secara

bertajwid dan diikuti oleh murid lain (Kamarul Azmi & Ab. Halim.

2007:238).

• Teknik al-Riyadhiah al-Tikrar

Teknik ini boleh digunakan dalam kaedah ulangan, iaitu

membaca secara latih tubi atau membaca secara berulang kali

sehingga betul dan lancar. Contohnya guru mengarahkan murid

membaca ayat tersebut berulang kali secara bergilir-gilir

sehingga benar-benar dan fasih dan bertajwid. Melalui kaedah

halaqah atau berkumpulan, guru mengarahkan murid

membentuk beberapa kumpulan dengan setiap kumpulan

dilantik seorang ketua. Setiap pelajar dalam kumpulan

berperanan untuk mendengar dan meneliti bacaan murid lain

dalam kumpulan masing-masing. Kaedah ini juga pernah

dilakukan oleh Imam al-Ghazali ketika mengajar al-Quran

(Kamarul Azmi & Ab. Halim. 2007:239).


2. Mendengar bacaan rakaman

Guru memperdengarkan kepada murid bacaan rakaman kaset

daripada qari dengan penggunaan tajwid yang betul. Teknik al-Tawasi’

bi al-Maqasid iaitu teknik pengajaran yang disertakan dengan BBM.

Selain itu, kaedah pandang dengar (audio visual) juga boleh

digunakan. Contoh lain adalah dengan penggunaan internet dan

sebagainya. Aktiviti yang digunakan ialah murid cuba membaca serta

mengikut bacaan dari audio visual, khususnya dalam bacaan tajwid.

Apa yang didengar dan dilihat dijadikan sebagai panduan atau model

kepada murid. Penggunaan kaedah ini bukan sahaja dapat membuka

jalan yang lebih luas dalam pengajaran dan pembelajaran yang

pelbagai malah dapat menarik minat dan tumpuan murid serta melatih

murid menjadi pengguna teknologi maklumat dan komunikasi yang

efisien (Kamarul Azmi & Ab. Halim. 2007:239).

3. Membaca secara senyap

Teknik ini diaplikasikan sebelum pengajaran dimulakan. Guru memberi

peluang kepada murid dalam beberapa minit untuk membaca secara

senyap dan mencari kalimah yang sukar atau menjadi masalah untuk

disebut sebelum menyemaknya dengan bacaan guru atau audio

visual. Teknik ini memberi peluang kepada murid untuk meneliti ayat

atau kalimah yang serta persediaan awal murid sebelum proses

pembelajaran bermula (Kamarul Azmi & Ab. Halim. 2007:239).


4. Membaca menurut nombor ayat

Penggunaan Teknik al-Jahar iaitu guru menyuruh setiap murid

membaca ayat demi ayat secara berganti-ganti. Selain itu,

penggunaan Teknik Riyadhiah al-Tikrar dapat membantu murid

melancarkan serta kefasihan sebutan dan tajwid. Kaedah ini

merupakan teknik membaca secara latih tubi atau membaca berulang

kali sehingga betul dan lancar (Kamarul Azmi & Ab. Halim. 2007:240).

5. Membaca tidak menurut nombor ayat

Membaca cara ini dapat membantu guru menilai terhadap penumpuan

murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru akan memilih

seorang murid untuk membaca ayat yang pertama kemudian memilih

seorang murid lain membaca ayat yang ketiga dan sebagainya. Oleh

yang demikian, tumpuan murid akan sentiasa konsisten terhadap

pengajaran guru. Aktiviti seperti ini, boleh juga diaplikasikan dalam

aktiviti berkumpulan (Kamarul Azmi & Ab. Halim. 2007:240).

6. Memerhati dan menyebut kalimah baru

Untuk meningkatkan kefasihan serta kelancaran murid dalam bacaan

al-Quran secara bertajwid, murid perlu didedahkan dengan kalimah

baru atau jarang didengari. Tujuan pendedahan ini ialah agar murid

dapat membuat perbandingan kalimah yang berlainan hukum

khususnya dalam sebutan makhraj atau hukum tajwid yang betul

(Kamarul Azmi & Ab. Halim. 2007:240).


Pendedahan kepada Teknik Tariqah bi al-Sautiyah iaitu teknik

membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul. Teknik ini perlu

digunakan bersama-sama dengan teknik Talaqqi, iaitu mengikut

sebutan guru dan melihat pergerakan mulut guru dan penggunaan

teknik Musyafahah, iaitu mendengar secara teliti daripada bacaan

guru. Guru akan menyebut kalimah berkenaan kemudian murid akan

mennyebutnya secara berulang-ulang(Kamarul Azmi & Ab. Halim.

2007:241).
RUJUKAN

Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri. 2007. Pendidikan Islam:Kaedah

Pengajaran dan Pembelajaran. Malaysia:Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Soleh Samak. 1962. fan al-Tadris lil lughat al-Qaumiah wa al-Tarbiah

al-Diniyyah: wifqu al-manhaj al-Khas bi thullab at-Takhassus bi

kuliyyah al-Lughah al-Aarabiah. Beirut:Kaherah.

Mahmur Makruf,Nayaf.1991. Khasais al-Aarabiah wa Tharaiq Tadrisuha.

Beirut: Lubnan.