Anda di halaman 1dari 10

1.

0 PENDAHULUAN

Imam al-Turmudhī merupakan salah seorang Imam hadith yang masyhur dengan
periwayatan hadith samada hadith şahīh, hasan, dacif dan sebagainya dan beliau
merupakan pelopor pengunaan istilah hasan dalam menghukum sesebuah hadis serta
gadingan hukum samada şahīh (lagi) hasan atau şahīh (lagi) hasan (lagi) dacīf dan
sebagainya.

Di dalam kitabnya terkandung pelbagai jenis isyarat yang menunjukkan


kepakarannya dalam bidang ilmu hadith. Cara yang digunakan oleh Imam Al-Turmudhī
dalam menghimpun hadith dalam kitabnya ialah dengan meriwayat hadith-hadith disertai
dengan sanad-sanad serta hadith yang dikeluarkannya disusun berdasarkan empat
keadaan iaitu hadith yang şahīh kemudian diiringinya dengan hadith yang şahīh, hadith
yang şahīh diiringi dengan hadith yang tidak şahīh, hadith yang dipertikaikan atau dacīf
diiringnya dengan hadith yang şahīh dan hadith yang dacif dikemukakan dengan hadith
yang dacif. Cara seterusnya dengan menggunakan isyarat kepada hadith-hadith tertentu
yang semakna atau munasabah dengan hadith yang dikemukakan dalam tajuk bab dengan
menyebut perwai-perawi hadith daripada kalangan sahabat, seumpama kata Imam al-
Turmudhī yang bermaksud ”Dan dalam bab ini (sehubungan dengan bab ini)
diriwayatkan juga daripada pulan dan si pulan.

Dalam penulisan ini penulis hanya mengeluarkan hadith yang terdapat di dalam
isyarat wa fi bāb bagi tujuan untuk menzahirkan lafaz-lafaz tambahan yang terdapat
dalam matan hadith. Selain dari itu bagi maksud mengemukakan pencanggahan riwayat
di kalangan perawi berhubung dengan matan hadith serta mengetahui bilangan syawahid
serta mutābacāt hadith tersebut bagi tujuan menguatkan hadith tersebut atau bagi
mengklasifikasikan hadith tersebut samada hadith masyhur, ’aziz dan gharib. Selain
daripada isyarat wa fī al-bāb penulis juga akan mengkaji isyarat lain yang digunakan
oleh Imam al-Tirmidhī iaitu Asahh Shay’ Fi al-Bab Aw Ahsan di mana penulis akan
mengeluarkan hadith yang disyarahkan dengan mengunakan isyarat tersebut bagi
mengetahui maksud dan tujuan diaplikasikan isyarat tersebut.

1
2.0 MATAN HADITH
HADITH A

‫باب ما جاء ف صلة الرحم‬

‫ حدثنا بن أب عمر حدثنا سفيان حدثنا بشي أبو إساعيل وفطر بن خليفة عن ماهد‬1908

‫عن عبد ال بن عمرو عن النب صلى ال عليه وسلم قال )) ليس الواصل بالكافئ ولكن‬

‫الوا صل الذي إذا انقط عت رح ه و صلها(( قال أ بو عي سى هذا حد يث ح سن صحيح و ف‬

‫الباب عن سلمان وعائشة وعبد ال بن عمر‬

Maksudnya:
1908. Dari Abdillah bin Amr dari Rasulullah s.a.w. bersabda: ” Tidaklah disebut orang
yang menyambung tali hubungan orang yang membalas perbuatan kerabatnya, tetapi
yang disebut orang yang menyambung tali hubungan adalah orang yang jika kerabatnya
memutuskan tali hubungan maka ia menyambung tali hubungan dengannya.1

Hadith ini berstatus Hasan Sahih, Hadith yang sesuai dalam bab ini ialah hadith yang
diriwayatkan oleh Salman dan cAisyah dan cAbdullah bin cAmru.

HADITH B

‫ حدث نا بن أ ب ع مر ون صر بن علي و سعيد بن ع بد الرح ن قالوا حدث نا سفيان عن‬1909

‫الزهري عن ممد بن جبي بن مطعم عن أبيه قال قال رسول ال صلى ال عليه وسلم ))ل‬

((‫يدخل النة قاطع‬


1
Muhammad ‘Abd Rahman Ibn ‘Abd Rahim al-Mubarakfuri, Tuhfah al-Ahwazi bi Syarh Jami’ al-Tirmizi,
Juz keenam, Bab Kebajikan dan hubungan, Dar al-Kutub al-‘Ilmiah, Beirut, Lubnan.

2
‫قال بن أب عمر قال سفيان يعن قاطع رحم قال أبو عيسى هذا حديث حسن صحيح‬

:Maknanya
1909. Ibnu Abi Umar dan Nashr bin Ali dan Said bin Abd al-Rahman al-Makhzumi
menceritakan kepada kami, mereka berkata: ” Sufyan menceritakan kepada kami dari al-
Zuhri dari Muhammad bin Jubair bin Mutcim dari ayahnya berkata:”Rasulullah s.a.w.
bersabda ”Orang yang memutuskan tali hubungan kerabat tidak masuk syurga” Ibnu
Umar berkata: Sufyan berkata maksudnya orang yang memutuskan tali hubungan
kerabat.

.Hadith ini adalah hasan sahih

‫ حدثنا أبو بكر بن أب شيبة وزهي بن حرب واللفظ لب بكر قال حدثنا وكيع عن‬2555

‫معاوية بن أب مزرد عن يزيد بن رومان عن عروة عن عائشة قالت قال رسول ال صلى ال‬

((2‫عليه وسلم ))الرحم معلقة بالعرش تقول من وصلن وصله ال ومن قطعن قطعه ال‬

‫حدثنا ممد بن كثي أخبنا سفيان عن العمش والسن بن عمرو وفطر عن ماهد‬ 5532

‫عن عبد ال بن عمرو قال سفيان ل يرفعه العمش إل النب صلى ال عليه وسلم ورفعه حسن‬

‫وفطر عن النب صلى ال عليه وسلم قال ليس الواصل بالكافئ ولكن الواصل الذى إذا قطعت‬
3
.‫رحه وصلها‬

2
Muslim bin al-Hajjaj, Sahih Muslim, Bab al-Silah wa al-Bir, Dar wa Maktabah al-Hilal, Beirut, Lubnan.
3
Muhammad bin Ismail, Sahih al-Bukhari, Dar Ibn Kathir, al-Yamamah, Beirut 1987-1407.

3
3.0 PENJELASAN

Dua hadith pertama di atas adalah hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmidhi yang
dapat diambil di dalam kitab jamicnya. Imam al-Tirmidhi menghukum kedua-dua hadith
tersebut sebagai hasan sahih yang bermaksud sanad-sanad hadith ditemui berbilang-
bilang hingga mencapai darjat sahih. Imam al-Tirmidhi menghimpunkan lafaz hasan
kepada lafaz sahih bertujuan menerangkan hadith tersebut terkeluar daripada had gharib.

Hadith pertama di atas bukan hadith munqatic tetapi muttasil dan marfuc yang
mana mempunyai tiga syawahid iaitu Salman, cAisyah dan cAbdullah bin cAmru justeru
itu hadith ini diklasifikasikan sebagai hadith masyhur. Dalam hadith ini penggunaan
kalimah haddathana dalam menyampaikan hadith menguatkan lagi kekuatan hadith
tersebut. Tajuk bab ini ialah mengenai hubungan persaudaraan. Tajuk lain yang boleh
dibuat bagi bab ini ialah hakikat kebajikan, keutamaan berkasih sayang dan mengalakkan
berkasih sayang sesama Islam, keutamaan menghubung tali persaudaraan, Akibat tidak
menghubung tali persaudaraan. Perkara yang menghalang masuk syurga dan sebagainya.

Hadith yang kedua merupakan sunnah qawliyah yang diriwayatkan secara


muttasil serta marfuc . seperti mana hadith pertama di atas. Imam al-Tirmidhi
menghukum hadith ini hasan sahih sebagaimana hadith di atas juga. Walaupun Abu cIsa
tidak menyatakan isyarat wa fii bab bagi memberitahu syawahid bagi hadith ini tetapi
apabila diselidiki didapati hadith ini mempunyai seramai tiga perawi dari peringkat
sahabat iaitu Jubair bin Mutcim, Mutcim, dan Abu Hurairah (r.a.hum). Selain daripada
Imam al-Tirmidhi Imam al-Bukhari, Muslim, Abi Daud dan Ahmad turut serta
meriwayatkan hadith tersebut. Tajuk lain yang boleh dinamakan bagi hadith ini selain
daripada hubungan silaturahim ialah Syarat masuk syurga, dosa pemutus tali
persaudaraan, dosa-dosa besar, sifat ahli neraka dan kesalahannya, apa yang
membatalkan amalan seseorang dan menghapuskannya daripada buku amalan serta lain-
lain lagi.

4
Hadith yang diambil dari wa fii bab tersebut terdapat di dalam Sahih al-Bukhari
dan Muslim. Perawi bernama cAbdullah bin cAmru dan cAisyah dapat dicari tetapi perawi
bernama Salman tidak dapat dikesan. Di dalam Kitab Tuhfah al-Ahwazi penulis
menyuruh mencarinya sendiri. Walaupun dengan mengunakan peralatan CD saya tidak
dapat mengenal pasti hadith yang diriwayatkan oleh Salman.

Apakah yang dapat diambil daripada kajian wa fii bab bagi hadith di atas? Perkara
pertama ialah dapat mengklasifikasikan sesebuah hadith samada hadith tersebut berstatus
gharib dengan cara mentakhrij hadith tersebut bagi mendapatkan syawahidnya dengan
mengaplikasikan bantuan elektronik CD al-Fiyyah dan Kutub al-Tiscah atau dengan
memeriksanya di dalam kitab hadith seperti Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abi
Daud, Sunan al-Tirmidhi, Sunan Ibnu Majah, al-Muwata Imam Malik, Musnad Imam
Ahmad bin Hanbal, Sunan al-Darimi, al-Sunan al-Kubra Imam al-Bayhaqi, Majma c al-
Zawaid dan Mancbac al-Fawacid oleh al-Hafiz Nur al-Din cAli Ibn Abu Bakr al-Haithami,
al-Talkhis al-Kabir oleh Ibn Hajar, Nasb al-Rayahfi Takhrij Ahadith al-Hidayah oleh
Muhammad bin Abd Allah bin Yusuf al-Zaylaci dan Jamic al-Usul oleh Ibn al-Athir serta
banyak lagi. Setelah dikaji hadith pertama mempunyai tiga syawahid dan matan serta
sanad mereka ternyata muttasil dan marfuc serta boleh diterima. Hadith kedua juga
mempunyai persamaan dengan hadith yang pertama.

Selain dari dapat mengetahui darjat sesuatu hadith ianya membolehkan kita
mendapat hukum atau fakta yang baru apabila terdapat penambahan matan pada hadith
yang diriwayatkan oleh sahabat yang terdapat dalam syawahid. Fakta yang boleh diambil
daripada kajian hadith di atas ialah
i. Orang yang membalas keburukan terhadap saudarannya yang membuat
keburukan terhadap dirinya dengan tujuan untuk memutus tali persaudaran
dikira orang yang memutuskan tali persaudaraan. Kalau mengikut hadith yang
kedua orang ini tidak akan masuk syurga.
ii. Orang yang berusaha berbaik dengan saudaranya bagi tujun untuk mengikat
kembali tali persaudaraan sedangkan saudaranya tetap menyakitinya bagi

5
memutuskan tali persaudaraan dikira orang yang menyambung tali
persaudaraan.
iii. Rahim akan mendoakan kebaikan dengan memohon kepada Allah supaya Allah
bersama dengannya bagi mereka yang berusaha mengikat tali persaudaraan.
Begitu pulak sebaliknya.

Kita dapati hadith di atas tidak mempunyai percanggahan sebaliknya mempunyai


maksudnya yang sama. Kalau kita mengkaji wa fii bab pada hadith Imam al-Tirmidhi
yang lain kita dapati banyak istinbat hukum yang boleh dibuat berdasarkan hadith dalam
bab tersebut dan kita juga boleh mengenali matan hadith mana yang dacif iaitu tidak
boleh dipakai dan matan hadith mana yang tidak boleh diterima dan dalam masa yang
sama kita boleh mengenal perawi dacif yang dihukum oleh ulama yang terdapat dalam
kitab tersebut serta mengetahui sebab perawi itu dilemahkan oleh ulama’.

Menguatkan lagi kesahihan hadith dengan membuka hadith yang terdapat di


dalam isyarat wa fi bab. Hadith A dan B dihukum hasan sahih oleh imam al-Tirmidhi,
hukum tersebut menjadi lebih kuat apabila terdapat hadith yang sama yang mana
diriwayatkan oleh Imam Muslim. Dengan itu hadith tersebut menjadi sahih kerana
riwayat sokongan daripada Imam Muslim.

Selain daripada dapat menguatkan status hadith, isyarat tersebut dapat mengetahui
tidak ada percanggahan dalam maksud hadith tersebut. Kadang-kadang kita dapati hadith
mempunyai percanggahan maksud sesama mereka seperti hadith ganjaran salat
berjamaah terdapat riwayat yang mengatakan 25 dan ada riwayat lain 27. Akan tetapi
selepas dilihat hadith di dalam isyarat tersebut tidak ada percanggahan maksud yang
mana hadith tersebut bermaksud ’orang yang membalas keburukan saudaranya yang
membuat keburukan kepadanya bagi tujuan memutuskan tali persaudaraan tetap dikira
memutus tali persaudaraan, orang yang memutuskan tali persaudaraan tidak boleh masuk
syurga dan fakta ini tidak bercanggah.

6
4.0 KAJIAN TERHADAP ISYARAT ASSAHH SHAY’ FI AL-BAB AW AHSAN

‫باب ما جاء أي الشراب كان أحب إلى رسول ال صلى ال عليه وسلم‬
.Bab : Minuman apakah yang paling disukai Rasulullah s.a.w
Hadis A

‫ حدث نا سفيان بن عيي نة عن مع مر عن الزهري عن عروة عن‬, ‫ حدث نا ا بن أ ب ع مر‬-1957

‫ هكذا‬.))‫ ((كان أحب الشراب إل رسول ال صلى ال عليه وسلم اللو البارد‬:‫عائشة قالت‬

.‫رواه غيش واحشد عشن ابشن عيينشة مثشل هذا عشن معمشر عشن الزهري عشن عروة عشن عائششة‬
4
.‫والصحيح ما روى الزهرى عن النب صلى ال عليه وسلم مرسل‬

Maksudnya
Telah menceritakan kepada kami Ibnu Abi Umar, telah menceritakan kepada kami
Sufyan bin Uyaynah dari Ma’mar dari Al-Zuhri dari ‘Urwah dari ‘Aisyah beliau telah
berkata : ((“Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah s.a.w. adalah air manis yang
sejuk”)). Riwayat ini diriwayatkan juga oleh Ibnu ‘Uyainah dari Ma’mar dari Al-Zuhri
dari ‘Urwah dari ‘Aisyah. Dan yang sahih apa yang telah diriwayatkan oleh Al-Zuhri
dari Nabi Muhammad s.a.w. secara mursal.

Hadis B

(( ‫ حدثنا معمر ويونس عن الزهري‬, ‫ حدثنا عبد ال بن البارك‬, ‫ حدثنا أحد بن ممد‬-1958

‫ وهكذا روى‬.))‫ اللو البارد‬:‫ أي الشراب أط يب؟ قال‬:‫أن ال نب صلى ال عل يه و سلم سئل‬

4
Muhammad ‘Abd Rahman Ibn ‘Abd Rahim al-Mubarakfuri, Tuhfah al-Ahwazi bi Syarh Jami’ al-Tirmizi,
Juz keenam, Dar al-Kutub al-‘Ilmiah, Beirut, Lubnan.

7
‫ وهذا أ صح من‬.‫ع بد الرزاق عن مع مر عن الزهري عن ال نب صلى ال عل يه و سلم مر سل‬
5
.‫حديث ابن عيينة‬
Maksudnya
1958- Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Muhammad, telah menceritakan
kepada kami ‘Abdullah bin Al-Mubarak, telah menceritakan kepda kami Ma’mar dan
Yunus dari Al-Zuhri (( Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w. ditanya apakah minuman
yang paling baik? Baginda bersabda minuman manis yang sejuk)).

Inilah hadis yang telah diriwayatkan ‘Abd Al-Razak dari Ma’mar dari Zuhri dari Nabi
s.a.w. secara mursal. Hadis ini (hadis B) lebih sah dari hadis Ibnu Uyainah (hadis A).

4.1 PENERANGAN

Apakah maksud isyarat Asahh Shay’ Fi al-Bab Aw Ahsan di atas? Adakah ia bertindak
sebagai hukum kepada kesahihan hadith B atau hasan dan sebagainya?. Imam Nawawi
menyebutkan dalam al-Adhkar bahawa tidak semestinya ungkapan tersebut menunjukkan
kesahihan hadith B. Imam Nawawi mengulas lagi bahawa yang dikehendaki dengan
ungkapan haza hadith asahh min hadith ialah yang paling rajih atau yang paling kurang
keda’ifannya atau melebihkan hadith B dengan hadith A. Walaubagaimanapun penulis
tidak mengetahui sebab yang menyebabkan hadis B yang diriwayatkan oleh Ma’mar dan
Al-Zuhri ini lebih tinggi kedudukannya dari hais A yang marfu’ sedangkan hadis B adalah
hadis mursal yang bermaksud hadith yang akhir sanadnya terputus diperingkat perawi
selepas al-Tabi’ein. Al-Zuhri merupakan seorang tabien pertengahan yang mana tidak
disebutkan nama sahabat yang diambil darinya hadis B tersebut.

Ulasan yang diberikan oleh Imam al-Tirmizi dan Muhammad ‘Abd Rahman Ibn ‘Abd
Rahim al-Mubarakfuri menunjukkan bahawa hadith B lebih rendah kedhaifannya dan

5
Ibid

8
lebih rajih berbanding hadith A dan isyarat Asahh Shay’ Fi al-Bab Aw Ahsan yang
terdapat di dalam kitab jamic Imam al-Tirmidhi bukan bermaksud menghukum hadis
tertentu lebih sahih iaitu sahih yang boleh diterima hadith tersebut tetapi bermaksud
melebihkan kedudukan sesebuah hadith dari hadith yang lain dari bab yang sama dari
contoh dua buah hadith yang dacif dibandingkan antara keduanya mana yang lebih rendah
kedacifannya dan sebagainya.

Dengan bantuan alat elektronik CD kita dapat menilai sesuatu hadith itu lebih
sahih daripada hadith yang lain dalam bab tersebut. Terdapat juga hadith yang dihukum
oleh Imam al-Tirmidhi lebih sahih berbanding hadith kedua dalam bab tersebut tetapi
setelah diselidiki hadith kedua yang dianggap oleh Imam al-Tirmidhi sebagai rendah
daripada hadith pertama menjadi lebih sahih berbanding hadith yang pertama dengan
bukti-bukti yang nyata seperti mana yang telah dibuat oleh pengarang kitab Tuhfat al-
Ahwazi. Perkara seegi memerlukan masa yang lama bagi menguasai ilmu tersebut tetapi
menpunyai nilai yang tinggi bagi tujuan syariat.

5.0 PENUTUP

Kesimpulan yang dapat dibuat di sini ialah kitab Jamic Imam al-Tirmidhi merupakan
kitab mempunyai pelbagai isyarat yang mempunyai maknannya yang tersendiri. Oleh
yang demikian oleh yang demikian setiap orang yang ingin membaca kitab ini
dikehendaki mempelajari fiqh Imam al-Tirmidhi bagi mengelakkan daripada tersalah
memahami maksud yang dikehendaki oleh penulis. Selain daripada itu kitab ini sesuai
digunakan bagi tujuan latihan praktikal memahami ilmu mustalah hadith kerana di sini
mempunyai pelbagai isyarat, jenis-jenis hadith serta pelbagai darjat hadith yang terdapat
di dalamnya.

9
6.0 RUJUKAN

Muhammad ‘Abd Rahman Ibn ‘Abd Rahim al-Mubarakfuri, Tuhfah al-Ahwazi bi


Syarh Jami’ al-Tirmizi, Juz keenam, Dar al-Kutub al-‘Ilmiah, Beirut, Lubnan.

Muhammad bin Ismail, Sahih al-Bukhari, Dar Ibn Kathir, al-Yamamah, Beirut 1987-
1407.

Muslim bin al-Hajjaj, Sahih Muslim, , Dar wa Maktabah al-Hilal, Beirut, Lubnan.

Abi cAbd al-Rahman sharf al-haq Muhammad Asyarf al-şadiqi, cAun al-Macbūd Syarh
Sunan Abi Daud, Cetakan Pertama, 2000M/1421H, Dar al-Ehya al-Turath al-cArabi.

10