Anda di halaman 1dari 19

ORIENTALISMA

TA'RIF
Orientalisma adalah gagasan pemikiran yang mencerminkan berbagai kajian
tentang negara-negara timur Islam. Objek kajiannya meliputi peradaban,
agama, seni, sastera, bahasa dan kebudayaannya. Gagasan pemikiran ini
telah memberikan kesan yang besar dalam membentuk persepsi Barat
terhadap Islam dan dunia Islam. Caranya ialah dengan menyebarkan
kemunduran cara berfikir dunia Islam dalam pertarungan peradaban antara
Timur (Islam) dengan Barat.

SEJARAH KEMUCULAN DAN TOKOH-TOKOHNYA

1. Awal Kemunculannya

Amat sukar untuk menentukan secara pasti bilakan munculnya


Orientalisma. Sebagian ahli sejarah berkecenderungan mengatakan bahwa
Orientalisma bermula dari zaman Daulah Islamiyah di Andalusia (Sepanyol).
Sedangkan sebagian ahli sejarah yang lain mengatakan ia muncul ketika
terjadi Perang Salib. Orientalisma Ketuhanan (Lahuti) sudah wujud secara
rasmi sejak dikeluarkan keputusan Perundingan Gereja Viena tahun 1312 M
dengan memasukkan subjek bahasa Arab ke berbagai Universiti di Eropah.

Orientalisma muncul di Eropah hanya pada penghujung abad ke 18 M di


mana pertama kali muncul di England pada tahun 1779 M, di Perancis pada
tahun 1799 dan dimasukkan ke dalam Kamus Akademi Perancis pada tahun
1838.

Gerbert de Oraliac (938—1003 M), seorang paderi Venezia, pergi ke


Andalusia. Di sana ia belajar dengan seorang profesor. Setelah kembali ke
tanah air, dia dipilih sebagai Paderi Agung dengan gelaran Silvester II (999
—1003) M. Beliau merupakan Paus yang pertama dari Perancis.

Tahun 1130 M, Ketua Paderi Toledo menterjemahkan beberapa buku ilmiah


berbahasa Arab. Kemudiannya langkah ini diikuti oleh Gerard de Cremona
(1114—1187 M) dari Itali. Dia telah pergi ke Toledo dan menterjemahkan
buku-buku yang tidak kurang dari 87 judul di bidang falsafah, kedoktoran,
astronomi dan geologi.

Di Perancis, Pierre le Venerable (1094-1156), seorang paderi Venezia dan


Kepala Biarawan Cluny, menubuhkan kumpulan penterjemah. Tujuannya
ialah untuk memperolehi ilmu dan pengetahuan secara objektif tentang
Islam. Dia sendiri adalah orang pertama yang menterjemahkan al-Qur'an ke
dalam bahasa Latin (1143 M). Manakala penterjemahan al-Qur'an ke dalam
bahasa Inggeris dilakukan pertama kali oleh Robert of Ketton.

Juan de Sevilla, seorang Yahudi yang memeluk agama Kristian, muncul


pada pertengahan abad ke-12 dan memberi perhatian dalam bidang
astronomi. Ia telah menterjemah 4 buah buku berbahasa Arab karya Abu
Ma'syar al-Balkhi (1133 M). Tugas penterjemahannya dibantu oleh Adelard.

Roger Bacon (1214—1294 M), dari England . Menuntut ilmu di Oxford dan
Paris dan mendapat gelaran doktor di bidang Theologi. Ia menterjemahkan
buku berbahasa Arab berjudul ‘Mir'at al-Kimia’ dalam tahun 1251 M

2. Orientalis-orientalis yang Objektif (tidak berat sebelah)

Hardrian Roland (meninggal pada tahun 1718 M), adalah profesor bahasa-
bahasa Timur di Universiti Utrecht, Belanda. Ia menulis buku
Muhammadanism dalam bahasa Latin sebanyak dua jilid (1705 M). Gereja-
gereja di Eropah telah mengharamkan buku tersebut.
Johann J. Reiske (1716—1774 M), seorang orientalis Jerman pertama yang
patut dikenang. Ia dituduh murtad (atheis) karena sikapnya yang adil
terhadap Islam. Ia hidup menderita dan mati karena sakit paru-paru. Ia
sangat berjasa dalam memperkenalkan dan mengembangkan pengajian
Bahasa Arab di Jerman.

Silvestre de Sacy (meninggal 1838 M), seorang orientalis yang memberi


tumpuan kepada sastera dan nahu Arab. Ia mengelak dari terlibat dalam
pengkajian tentang agama Islam. Ia juga sangat berjasa dalam menjadikan
Paris sebagai pusat pengkajian Islam. Salah seorang yang pernah berurusan
dengan beliau ialah Syaikh Rifa'ah Thanthawi.

Thomas Arnold (1864—1930 M) dari England . Bukunya yang berjudul


‘Preaching in Islam’ telah diterjemahkan ke dalam bahasa Turki, Urdu dan
Arab.

Gustav le Bon, dikenal sebagai orientalis dan ahli falsafah materialisma. Ia


tidak percaya kepada agama. Pada umumnya kajian dan buku-bukunya
menyentuh tentang peradaban Islam. Disebabkan hasil kajian-kajiannya
beliau tidak dipedulikan malah dibenci oleh orang Barat.

Z. Honke dianggap tidak berat sebelah kerana buku-bukunya yang objektif


yang memperkenalkan pengaruh peradaban Arab terhadap Barat. Di antara
bukunya yang termasyhur ialah ‘Matahari Arab Bersinar di Barat’.

Jack Burke, Anne Marie Simmel , Thomas Garlyle, Renier Ginaut, Dr.
Granier dan Gocthe adalah orientalis-orientalis yang tergolong sederhana.
3. Orientalis Fanatik (Melampau)

Goldziher (1850—1920 M), orientalis berketurunan Yahudi, penulis buku


Sejarah Aliran-aliran Tafsir dalam Islam, adalah tokoh Pengajian Islam di
Eropah. Ketokohan dan juga kefanatikannya tidak dapat dipertikaikan

J.Maynard, orientalis Amerika yang sangat fanatik ini termasuk salah seorang
Pengarang Majalah ‘Islamic Studies’.

S.M. Zwemer, orientalis dan pendawah Kristian , adalah pengasas majalah


‘Islamic World’ di Amerika. Di antara bukunya yang bernada fitnah ialah
‘Islam Memasung Aqidah’, terbit tahun 1908 M dan ‘Al-Islam’ yang
merupakan kumpulan makalah yang disampaikan dalam Persidangan
Kristianisasi II pada tahun 1911 M di Lucknow, India.

G. Von Grunebaum, seorang Yahudi berbangsa Jerman yang pernah belajar


di universiti-universiti Amerika. Tulisannya antara lain ialah ‘Upacara-upacara
Agama Muhammad’, terbit tahun 1951 M dan ‘Beberapa Kajian Tentang
Sejarah Kebudayaan Islam’ terbit pada tahun 1954 M.

A.J. Wensinek adalah orientalis yang sangat memusuhi Islam. Bukunya yang
berjudul ‘Aqidah Islam’ yang diterbitkan dalam tahun 1932, mengandungi
banyak kecaman terhadap Islam.

K.Cragg, orientalis Amerika yang sangat fanatik ini menulis buku ‘Da'wah
dan Menara Azan’ yang diterbitkan pada tahun 1956 M.

L. Massignon, pendakwah Kristian berbangsa Perancis, pernah menjadi


penasihat kepada Departmen Jajahan Perancis Berkenaan Afrika Selatan.
Bukunya yang terkenal ialah ‘Hallaj; Shufi yang Syahid dalam Islam’, terbit
pada tahun 1922 M.

D.B. Macdonald orientalis dan pendakwah Kristian berbangsa Amerika ialah


seorang yang terkenal fanatik. Ia menulis buku ‘Perkembangan Ilmu Kalam’,
‘Fiqh dan Teori Undang-Undang Negara’, terbit pada tahun 1930 M, dan buku
‘Sikap Agama Terhadap Kehidupan Menurut Islam’, terbit pada tahun 1908
M.

M. Green, setiausaha kepada Sidang Pengarang Majalah Timur Tengah.

D.S. Margoliouth (1885—1940 M), orientalis berbangsa Inggeris yang sangat


fanatik ini pernah mendidik dan mengasuh Thaha Husain dan Ahmad Amin .
Buku-bukunya antara lain:
- Perkembangan Baru dalam Islam, terbit pada tahun 1913 M.
- Muhammad Menjelang Kelahiran Islam, terbit pada tahun 1905 M.
- Universiti Islam, terbit pada tahun 1912 M.

A.J. Arberry, adalah orientalis Inggeris yang sangat fanatik memusuhi Islam.

Bukunya terkenal antara lain;


- Islam Dewasa Ini, terbit tahun 1943 M.
- Tashawwuf, terbit pada tahun 1950 M.

Baron Carra de Vaux adalah Orientalis Perancis yang sangat fanatik dan
termasuk salah seorang tokoh penting Sidang Pengarang Ensiklopedia
Islam.

H.A.R. Gibb (1895—1965 M), orientalis berbangsa Inggeris penulis buku


‘Mohammedanism’, diterbitkan dalam. tahun 1947 M dan ‘Aliran-aliran Moden
dalam Islam’ yang diterbitkan juga dalam tahun 1947 M.

R.A. Nicholson, orientalis berbangsa Inggeris yang menolak aspek


kerohanian Islam. la menganggap Islam sebagai agama materialistik dan
tidak mengakui keluhuran manusia. Bukunya yang terkenal ialah ‘Shufi-Shufi
Islam’ ( 1910 M) dan ‘Sejarah Kesusastraan Arab’ ( 1930 M )

Henry Lammens (1872—1937M), orientalis fanatik yang menulis buku ‘Al-


Islam’ dan ‘Tha'if’. Dia juga salah seorang sidang pengarang Ensiklopedia
Islam.

J. Schacht, terkenal sebagai orientalis Jerman yang sangat fanatik memusuhi


Islam. Penulis buku ‘Ushul Fiqh Islam’.

Blacherc yang pernah bekerja untuk Kementerian Luar Negara Perancis


sebagai staf untuk urusan Arab dan umat Islam.

Alfred Guillaume orientalis Inggeris yang sangat fanatik memusuhi Islam,


penulis buku AI-Islam.

PEMIKIRAN DAN DOKTRIN-DOKTRINNYA

Pertama : Faktor-faktor munculnya Orientalisme

1. Faktor Agama
Faktor inilah yang menjadi asas kepada kemunculan dan pertumbuhan
orientalisma yang berlangsung begitu lama. Sasarannya antara lain ialah :

a. Menimbulkan keraguan ke atas kerasulan Muhammad s.a.w dan


menganggap hadis Nabi sebagai amal perbuatan ummat Islam (bukannya
daripada nabi) selama tiga abad pertama.
b. Menimbulkan keraguan terhadap kebenaran al-Qur'an dan memutar
belitnnya.
c. Memperkecil nilai fiqh Islam dan menganggapnya sebagai saduran dari
hukum Romawi.
d. Menganaktirikan bahasa Arab dan menjauhkannya dari ilmu pengetahuan
yang semakin berkembang.
e. Memperkenalkan teori bahwa Islam adalah berasal dari agama Yahudi
dan Nasrani
f. Mengkristiankan ummat Islam.
g. Menggunakan hadis-hadis dha'if dan maudhu' untuk menyokong
pendapatnya dan mengembangkan teorinya.

2. Faktor ekonomi dan penjajahan

Institusi-institusi kewangan, industri-industri mega dan pihak pemerintah


sendiri telah mengeluarkan banyak modal untuk kajian-kajian bagi
mengenalpasti keadaan negara-negara Islam dengan lebih mendalam .
Kajian tersebut sangat digalakkan terutamanya pada masa sebelum
penjajahan Barat dalam abad 19 dan 20 M.

3. Faktor politik

a. Melemahkan semangat ukhuwah Islamiyah dan memecah belah ummat


untuk membolehkan mereka (orang-orang Islam) dikuasai

b. Menghidupkan bahasa Arab 'amiyyah (bahasa pasar) dan mengubah adat


istiadat yang diamalkan.

c. Para pegawai di negara-negara Islam diarahkan untuk mempelajari bahasa


asing (iaitu bahasa penjajah) agar memahami kebudayaan dan agama
penjajah. Tujuannya agar mereka mudah dipengaruhi dan dikuasai.

4. Faktor keilmuan

a. Sebagian orientalis ada yang mengarahkan kajian dan analisanya semata-


mata untuk menambah ilmu dan pengetahuan. Sebagian mereka ada yang
memahami asas-asas dan roh Islam malah ada yang memeluk Islam,
seperti Thomas Arnold yang mempunyai peranan yang besar dalam
menyedarkan kaum muslimin dengan bukunya ‘The Preaching in Islam’, dan
Dinet yang telah memeluk Islam dan tinggal di Algeria. la menulis, buku
Sinar Khusus Cahaya Islam. Ia meninggal di Perancis dan dikebumikan di
Algeria.

Kedua: Karya-karya Orientalis yang Penting

1. Sejarah Kesusasteraan Arab, Carl Brockelmann (meninggal 1956 M).


2. Ensiklopedia Islam, cetakan pertama terbit dalam bahasa Inggeris,
Perancis dan Jerman, antara tahun 1913—1938 M. Sedangkan cetakan
berikutnya diterbitkan dalam bahasa Inggeris dan Perancis saja, 1945—1977
M.
3. Mu’jam Mufahras li Alfazhi al-Hadits, sebuah kamus untuk
mencari lafaz-lafaz hadits. Mu’jam ini mencakup Kitab Sunan
Sittah, kumpulan hadits yang terhimpun dalam kitab yang
enam, ditambah dengan Musnad Darimi, Muwaththa' Imam
Malik, Musnad Ahmad bin Hanbal. Mu’jam ini terdiri daripada tujuh jilid dan
beredar sejak tahun 1936 M sampai sekarang.

Ketiga: Persidangan dan Organisasi

Pada tahun 1873 telah diadakan persidangan orientalis pertama di Paris.


Setelah itu banyak kali persidangan-persidangan seumpamanya diadakan.
Setakat ini tidak kurang dari 30 kali persidangan di peringkat antarabangsa
dianjurkkan. Ini tidak termasuk sesi perbincangan, seminar dan pertemuan-
pertemuan di peringkat serantau, seperti Persidangan Orientalis Jerman
yang dianjurkan di Bandar Dresden, Jerman Barat, pada tahun 1849 M.
Sampai sekarang persidangan-persidangan seperti itu masih tetap berjalan.

Dalam persidangan-persidangan seperti ini disertai beratus cendikiawan


orientalis. Misalnya, Persidangan Oxford yang dihadiri tidak kurang dari 900
cendikiawan dari 25 negara, 80 universiti dan 69 institusi ilmiah.

Kegiatannya ditaja oleh institusi-institusi orientalisma, seperti Institut Asiatik


di Perancis, ditubuhkan dalam tahun 1822 M. Lembaga Hak Milik Asia di
England, ditubuhkan dalam tahun 1823 M, Institut Orientalisma Amerika,
ditubuhkan pada tahun 1842 M dan Institute Orientalisma Jerman, didirikan
tahun 1845 M.

Keempat : Majalah-majalah Orientalis


Mereka menerbitkan majalah dan mempunyai banyak kilang-kilang
penerbitan. Lebih dari 300 majalah yang beraneka ragam dan dalam
berbagai bahasa diterbitkan, antara lain ;

1. The Muslim World, diasaskan oleh Samuel Zwemer (meninggal tahun 1952
M) di England . Dalam tahun 1911 M ia menjadi Ketua Gerakan Kristianisasi
di Timur Tengah.

2. Mir Islama terbit di Petersburg pada tahun 1912 M. Tapi majalah ini tidak
berumur panjang.

3. Sumber Air Timur, diterbitkan di Wina, 1809—1818 M.

4. Islam, terbit di Paris, pada tahun 1895 M. Kemudian dalam tahun 1906 M
ditukar nama kepada ‘Islamic World’. Majalah ini diterbitkan oleh Missi
Ilmiah Perancis di Morocco. Akhir sekali, namanya ditukar menjadi majalah
Islamic Studies.

5. Tahun 1910 M di Jerman terbit sebuah majalah berbahasa Jerman, Der


Islam.

Kelima: Orientalisma Adalah Abdi kepada Penjajah

Carl Heinrich Becker (meninggal tahun 1933 M) adalah yang


bertanggungjawab menubuhkan majalah Islam di Jerman. Ia melakukan
kajian tentang Timur untuk kepentingan penjajah di Afrika.

Barthold (meninggal tahun 1930 M), pengasas majalah The Muslim World
Rusia, yang telah menjalankan kajian untuk menjaga kepentingan Rusia di
Asia Tengah.

Snouck Horgronje dari Belanda (1857—1936) pernah menziarahi Mekah pada


tahun 1884 dengan nama Abdulghaffar. Ia tinggal di Mekah selama lebih
kurang setengah tahun. Kemudian dia kembali ke Belanda dengan laporan-
laporan untuk kepentingan penjajahan di dunia Islam bagian Timur.
Sebelumnya ia pernah tinggal di Indonesia selama 17 tahun.

Institut bahasa-bahasa Timur di Paris, ditubuhkan dalam tahun 1885 M,


bertugas sebagai pengumpul data dan maklumat tentang negara-negara
Timur dan Timur Jauh untuk memudahkan penjajah mengukuhkan
cengkamannya di kawasan-kawasan tersebut.

Keenam: Pemikiran-pemikiran Orientalisma yang Sangat Merbahaya


George Sale, dalam kata pengantar terjemahan al-Qur'annya (1736 M),
menyatakan bahwa al-Qur'an adalah produk dan karangan Muhammad. Ini,
katanya, tidak dapat dibantah.

Richard Bell menuduh Muhammad menyusun al-Qur'an berasaskan sumber


dari kitab Yahudi, khususnya Perjanjian Lama dan juga dari orang-orang
Nasrani.

Reinhart Dozy (Meninggal 1883 M) menganggap bahwa al-Qur'an


mempunyai citarasa yang sangat buruk. Di dalamnya tidak ada yang baru,
kecuali sedikit. Selain gaya bahasanya yang tidak menarik, kalimat-
kalimatnya terlalu panjang dan membosankan.

Menteri urusan koloni Inggeris di dalam salah satu laporannya yang


disampaikan kepada Ketua Pemerintahan 9 Januari 1938 menyatakan,
"Kami telah mendapat pelajaran dari perang”

Ternyata perpaduan Islam adalah sangat berbahaya. Ianya mesti diperangi


oleh kerajaan. Bukan hanya Kerajaan yang merasakan demikian, tetapi juga
Perancis. Kami sangat gembira karena Khilafah Islamiyyah telah lumpuh.
Saya berharap semoga ianya tidak akan bangkit kembali."

Saledon Amous berkata,bahwa 'Ajaran Muhammad’ hanyalah merupakan


ciplakan undang-undang Romawi bagi sebuah kerajaan Timur, terutama
dalam soal politik dan peraturan hak milik." Ia berkata lebih lanjut, "undang-
undang Muhammad tidak lain hanyalah undang-undang Justinian yang
berbaju Arab.'

Ahli falsafah Perancis Ernest Renan berkata, "Falsafah Arab adalah falsafah
Yunani yang ditulis dalam bahasa Arab."

Sedangkan Louis Massignon, seorang tokoh perosak , menganjurkan agar


bahasa Arab ditulis dengan huruf latin dan menggalakkan penggunaan
bahasa 'Amiyyah.

CATATAN

Walaupun demikian, para orientalis cukup berjasa dalam menggali buku-


buku warisan Islam dan disebarkannya setelah ditahqiq dan disistematikkan.
Banyak di antara mereka yang memiliki kaedah-kaedah ilmiah yang sangat
berguna dalam menjalankan kajian. Sebagian mereka ada juga yang
memiliki kesabaran, ketekunan dan ketelitian dalam mentahqiq, menyaring
dan menganalisai bahan-bahan dan masalah-masalah. Seorang Muslim
hendaknya bersikap kritis dalam menelaah karya-karya mereka, serta
berhati-hati terhadap hal-hal yang sesat dan menyimpang. Seorang Muslim
hendaklah membuang yang salah atau membongkar kesalahannya
kemudian dilakukan penolakan. "Hikmah adalah barang hilang milik kaum
muslimin. Di mana saja ia ditemukan, kaum muslimin berhak memilikinya."

ASAS PEMIKIRAN DAN SIFAT IDEOLOGINYA

Sebenarnya orientalisme adalah hasil pergeseran yang terjadi antara Timur


yang Islam dan Barat yang Nashrani pada masa Perang Salib dengan melalui
delegasi-delegasi resmi ataupun melalui perjalanan-perjalanan. Pendorong
utamanya ialah ajaran Nasrani yang bercita-cita menghancurkan Islam dari
dalam dengan cara tipu daya dan pembelotan. Tetapi pada akhir-akhir ini,
orientalisme nampaknya mula cuba melepaskan diri dari belenggu tersebut
dan beralih mendekati semangat ilmiah.

PENYEBARAN DAN KAWASAN PENGARUHNYA

Barat merupakan medan gerakan kaum orientalis. Mereka terdiri daripada


orang-orang Jerman, Inggeris, Perancis, Belanda dan Hungari.
Sebahagiannya muncul di Itali dan Sepanyol. Sekarang, Amerika merupakan
pusat orientalis yang terkemuka. Di sana banyak terdapat pusat-pusat
orientalisme dan pengkajian Islam.

Pemerintah, lembaga-lembaga ekonomi, yayasan dan bahkan gereja tidak


putus-putus menyediakan dana untuk kepentingan orientalisma. Selain
mengeluarkan dana keuangan dan penajan , mereka juga menyediakan
kemudahan untuk pengkajian tentang Islam di universiti-universiti sehingga
jumlah orientalis mecapai ribuan orang. Gerakan orientalisme diciptakan
untuk mengabdi kepada penjajahan dan gerakan Kristianisasi. Akhir-akhir ini
gerakan ini dimanfaatkan kaum Yahudi dan Zionisme untuk kepentingannya
dalam rangka melumpuhkan Timur yang Islami dan mengukuhkan
cengkamannya , baik langsung ataupun tidak langsung.

Senarai Orientalis Barat, Karya Mereka & Serangan Terhadap Islam

Jenis kumpulan Orientalis

1. Kumpulan pengkaji yang suka mencari kisah ganjil, pelik dan dongeng.
Jenis ini banyak mereka cipta kisah bohong & fitnah terhadap Islam.
Muncul dengan pesat di awal kemunculan gerakan Orientalis,
bagaimanapun semakin berkurangan dari masa ke semasa.
2. Kumpulan yang meluangkan sepenuh masanya dalam kajian Islam dan
Arab dalam usaha membekalkan maklumat kepada Barat dari sudut
Ekonomi dan Politik dan Penjajahan baru.

3. Kumpulan yang sangat benci dan bermusuhan dengan Islam lalu


sengaja menutup kebenaran dalam tulisan-tulisan mereka.

4. Kumpulan yang memperkenalkan diri mereka sebagai pengkaji


akademik yang tulus ikhlas dan professional, bagaimanapun
sebenarnya mencari kelemahan Islam serta meragukan kesohihan
Risalah Islam, Aqidah Tauhid, kesahihan Al-Quran, Hadith dan lain-lain.

5. Kumpulan yang benar-benar membuat kajian secara ilmiah dan


professional tanpa sebarang sentimen agama, yang mana setengahnya
membawa mereka kepada Islam. (Rujuk Dr Hamdi Zaqzuq, ms 78-79)

Senarai Nama Para Orientalis Barat Jahat & Karya mereka

Berikut ialah nama Orientalis serta Tajuk Buku (Kebanyakan Tajuk disebut
dalam Bahasa Malaysia), Tahun Keluar (Masihi) serta Catatan Ringkas:

1. A.J Arberry
a. Islam Hari Ini (Islam Today)
b. Pendahuluan Sejarah Tasawuf
c. At-Tasawuf
d. Terjemahan Quran (1948-1950) ·
Warga British, sangat memusuhi Islam. Professor di Universiti
Cambridge. Ramai pelajar Mesir belajar dengannya dalam
Pengajian Islam

2. A. Geom
Buku: Al-Islam
Warga British, sangat memusuhi Islam. Pensyarah di Universiti di Britain
& USA. Jelas dalam karyanya agenda missionary. Ramai pelajar Mesir
mempelajari ilmu Timur darinya dengan biasiswa kerajaan Mesir.

3. Baron Garra de Vaux


Salah seorang pengarang Islamic Encyclopedia ·
Berbangsa Perancis dan sangat musuhi Islam

4. H.A.R Gibb

a. Pengarang utama Islamic Encyclopedia


b. Cara Islam (Inggeris & Arab)
c. Pendekatan Baru Dalam Islam (Inggeris&Arab)
d. Mazhab Muhammadi (Mohammedanism)
e. Islam & Masyarakat Barat
f. Whither Islam 19471947 ·
Warga British, Orientalis terbesar. Ahli dalam kesatuan Bahasa di Mesir.
Profesor di Universiti Hartford, USA· Karya-karyanya sangat bahaya
kepada Islam

5. Goldziher

a. Pengarang utama Islamic Encyclopedia


b. Sejarah Mazhab Tafsir Islam (Inggeris & Arab)
c. Pengenalan aqidah & Syariah Dalam Islam (Introduction to Islamic
Theology & Law)
d. Halangan Muhammad ·
Pengasas gerakan meragukan kesahihan hadith. Dianggap pakar dalam
bidang hadith oleh rakan-rakan Orientalisnya. Mendakwa Quran diubah
selepas Baginda SAW wafat. Tokoh utama oreintalis , terlalu benci kepada
Islam

6. John Maynard : Majalah Persatuan Pengajian Timur (1924)

7. S.M. Zweimer

a. Dunia Islam (pengasas majalah ini)


b. Islam Mencabar
c. Demi ‘Aqidah
d. Al-Islam (1908-1911)
Berasal dari Amerika Syarikat , Missionari, sangat terkenal dengan
permusuhannya dengan Islam.

8. Aziz ‘Atiyyah Suryal


Menulis beberapa buah kitab tentang Perang Salib .
Rakyat Mesir beragama Kristian. Belajar di Universiti Amerika, sangat
benci kepada Islam.· Terlalu banyak menyelewengkan ajaran Islam.

9. G.Von Grunbaum

a. Islam di zaman pertengahan


b. Perayaan Muhammad
c. Usaha Menerangkan Islam yang Moden
d. Pengajian Sejarah Keilmuan Islam
e. Al-Islam
f. Kesatuan & Kepelbagaian dalam Tamadun Islam
Rakyat Jerman berbangsa Yahudi tetapi menetap di Amerika Syarikat.
Profesor di Universiti Chicago. Terlampau banyak menyerang Islam.

10. Phillip Hitti

a. Ensaiklopedia Islam, Bab Sastera Arab


b. Sejarah Arab (History of Arabs) yang mengandungi tuduhan bahawa
Nabi tidak siuman
c. Al-Islam
d. Sejarah Syria
e. Asal usul Agama Duruz ·

Rakyat Lubnan beragama Kristian. Professor Pengajian Timur Universiti


Brenston, Amerika Sayrikat. Penyelia tidak rasmi kepada Kementerian Luar
Amerika . Sangat benci kepada Islam dan enggan menisbahkan Islam
dengan sebarang kebaikan atau keutamaan

11. Carl Brocklemann: The History (Jerman, Inggeris)

12. A.J Weinsink : Aqidah Islam (1932).

Mendakwa Nabi SAW mereka Al-Quran hasil dari ringkasan kitab-kitab


agama dan falsafah sebelumnya. Tetapi sesetengah karya Weinsink boleh
dibaca (lihat selepas ini)

13. Kenneth Gragg

a. Ketua Editor Majalah The Muslim World


b. Dakwah al-Makzanah (956) ·
Berasal dari Amerika. Sangat benci dan menentang Islam. Mengajar di
Universiti Amerika di Qaherah beberapa ketika. Missionari Kristian. Ketua
Jabatan Kristian di Universiti Hartford

14. L. Massignon

a. Al-Hallaj , sufi yang syahid di Alam Islam


b. Salah seorang penting dalam karya Ensaiklopedia Islam.
Berbangsa Perancis, Orientalis terbesar keluaran Perancis. Penasihat
Menteri Jajahan Perancis dalam hal ehwal Timur Afrika. Pengawas
Kerohanian Kesatuan Missionari Perancis di Mesir. Pernah menjadi askar
Perancis selama 5 tahun dalam Perang Dunia Pertama. Ahli Majlis Bahasa di
Mesir dan Kesatuan Ilmu ‘Arab di Dimasq, Syria. Mendalami bidang Falsafah
dan Tasauf Islam.
15. D.B. Macdonald

a. Perkembangan Ilmu Kalam, Fiqh dan Teori Perlembagaan Dalam Islam


b. Pendirian Agama & Hidup Dalam Islam (1903-1908) ·
Berasal dari Amerika, dan di antara orientalis yang paling memusuhi Islam
16. M.Green : Setiausaha Majalah Middle East

17. Majid Qadrawi


Bukunya bertajuk “Perang & Damai Dalam Islam” (1955) ·
Penganut Kristian dari Iraq, · Ketua Jabatan Pengajian Timur Tengah
Universiti John Hopkins, USA· Ketua Ma'ahad Timur Tengah untuk
Penyelidikan & Pendidikan di Washington·
Terlalu membenci Islam

18. D.S Margoliouth

a. Perkembangan Baru Dalam Islam


b. Muhammad & Kelahiran Islam
c. Universiti Islam
Berbangsa Inggeris

19. R.A Nicholson


a. Antara pengarang Ensaiklopedia Islam
b. Para ahli Sufi Islam
c. Sejarah Sastera Arab.. (1910-1930) ·
Berbangsa Inggeris. Sangat bencikan Islam· Menafikan Islam agama
wahyu· Mendalami bidang Tasawuf Islam.

20. Henry Lammens


a. Antara pengarang Ensaiklopedia Islam
b. Al-Islam
c. At-Toif
d. Majalah Kesatuan Pengajian Timur USA (1925) ·
Berbangsa Perancis. Tersangat merbahaya. Mendakwa Nabi tidak menyukai
perpaduan .· Telah banyak mengubah fakta sejarah Islam seperti
mengubah tarikh lahir Nabi SAW serta membuat gambaran jahat terhadap
Fatimah az-Zahra .

21. Joseph Schacht


a. Antara pengarang Ensaiklopedia Islam
b. Usul Fiqh Islam
c.. Sumber Fiqh Islam (The Origins of Mohammadans Jurisprudence) ·
Berbangsa Jerman. Menghasilkan banyak karya tentang fiqh dan Usul Fiqh.
Mendakwa asas syariat Islam adalah cedokan undang-undang Rom

22. Rudi Paret


a. The Quran
b. Der Koran ·
Menuduh Nabi SAW mereka sendiri Quran, dan mengambil pengalaman
hidup dan ilmu tentang Isa dan Maryam sebagai asas rekaan Al-Quran

23. Karl Heinrich Becker : Pengasas Majalah Islam

24. Jetson Phiit : Buku Majd al-Islam (Kemuliaan Islam)


Menghentam Islam melalui kitabnya

25. Richard Bell : Bukunya berjudul “Al-Quran & Hubungan Nasrani


dengan Nabi SAW (Arab & Inggeris)
Profesor Bahasa Arab di Universiti Edinburgh

26. Lord
Mendakwa Nabi terpengaruh dengan ajaran Yahudi dan mereka permulaan
beberapa surah dengan huruf-huruf. Seperti ‘Alif Lam Mim’ dan lain-lain.
27. Najib al-‘Aqiqi Al-Musytasriqun (Orientalis) · Berbangsa Arab

28. W.C. Smith : Buku berjudul “Islam in Modern History”

29. Montgomery Watt


a. Sirah Nabi di Mekah ,
b. Sirah Nabi di Mekah(Mohammad In Mecca & Medina)
c. Mohammad, Prophet & Statesman
30. Dr C.G Pfander: Buku berjudul ‘Neraca Kebenaran (Mizan al-Haqq)’

Mencabar Ulama Islam berdebat dengannya, disahut dan dilakukan pada


1854 M. Hasil debat ini akhirnya Pfander mengakui terdapat 8 tempat
penyelewengan dalam Injil. Debat dibuat dalam beberapa hari, pengikut
Kristian yang semakin ramai membanjiri majlis, kecewa dengan Pfander.·
Kelemahan hujjah Pfander ketara hingga beliau tidak datang pada hari ke 3
debat. Syiarnya selepas itu, “Kiranya Syeikh (ulama yang berdebat
dengannya) ada di satu tempat, saya beredar dari tempat itu.” (Lihat Abu
Hasan Ali An-Nadawi)
31. George Sale : Terjemahan al-Quran ke Bahasa Inggeris

32. Hamilton Jobb: Bukunya berjudul ‘Asas Bina Pemikiran Agama


dalam Islam’
Banyak melakukan penyelewengan maklumat dan menyelewengkan
pendapat ulama dalam bukunya.

33. William Muir


Cuba meragukan Bahasa al- Quran dan menuduh ianya tidak terjamin dari
kesalahan.

34. Louis Gardeih: Buku berjudul ‘Falsafah Pemikiran Agama antara


Islam dan Kristian’
Mendakwa Saidina Uthman yang menyusun surah dan ayat quran.

35. Z.P Bodly


Menuduh kotor isteri-isteri Nabi. Dakwaan bohong yang mengatakan Nabi
mempunyai hubungan dengan Rahib Kristian dan juga dakwaan bohong
Nabi dipengaruhi Paderi Waqas B. Sa'adah dan Waraqah Nawfal. (Lihat
Anwar al-Jundi)
36. Cofan, Renan, Jano ·.

Kesemua mereka adalah penipu besar dalam mengutarakan hal-hal Asas


Syariat Islam.

Berikut adalah beberapa nama buku yang paling bahaya hasil karya
para Oreintalis.

1. The Encyclopedia Of Islam – Terbitan pertama tahun 1913 hingga 1938


dalam 3 bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Jerman & Perancis. Kemudian
ensaiklopedia ini cuba diterjemah ke bahasa Arab sehingga huruf ‘ain.
Projek ini terhenti dan para penterjemahnya melakukan kritikan yang
banyak terhadap kandungannya hinggalah membawa kepada pindaan
sebahagian besar dari isi kandungannya. Terbitan baru tahun 1954 .
Diterbitkan dalam 6 jilid , dan kelihatan agak sederhana dalam
kebanyakan pendirian terhadap masalah khillafiah, disebabkan ada
sedikit campurtangan para ulama dalam kandungannya. Terjemahan
sempurna ke dalam bahasa Arab siap dan dikeluarkan pada tahun
1997 dalam 32 jilid.

2. Majalah ‘The Muslim World'


3. Shorter Encyclopedia Of Islam
4. Encyclopedia Of Religion and Ethics
5. Encyclopedia Of Social Sciences
6. Dirasat fi Tarikh ( Pengajian Sejarah) oleh Arnold Toynbee
7. Hayat Muhd ( Hidup Muhammad) oleh W Muir
8. Al-Islam oleh Alfred Geom
9. Deen As-Syiah ( Agama Syiah ) oleh D.M Donaldson
10.Tarikh Sharel al-Kabir oleh Bishop Turpin
11.Al-Islam dalam Bahasa Perancis oleh Henry Lammens
12.Al-Islam dalam Bahasa Inggeris oleh S.M Zweimer
13.Islam Today oleh A.J Arberry
14.Translation of Quran oleh A.J Arberry
15.Tarikh Mazahib Tafsir Al-Islami (Sejarah Mazhab Tafsir Islam) dalam
bahasa Jerman & Arab oleh Goldziher
16.Arabic History oleh Phillip Hitti
17.Jewism In Islam oleh Ibrahim Kashh
18.Qamus Al-Munjid :
19.

Dr Mustafa al-Jawad telah memberi komentar bahawa dikenalpasti lebih


324 penyelewengan dalam kamus ini dan kami tidak merujuknya kecuali
ketika sangat perlu sahaja, sebagai contoh lihat nama kalimah (‫ )الطلقاء‬,
diterjemahkan sebagai : Mereka yang memasuki Islam secara dipaksa.
(Penulis tidak sempat menyemak hal ini)

20.Dan lain2 kitab yang telah disebutkan sebelum ini juga merupakan
karya yang terbanyak membuat keraguan terhadap Islam.

Antara Karya Orientalis yang boleh dibaca

Menurut Syeikh Abul Hasan Ali An-Nadawi, karya-kara ini adalah diiktiraf
sebagai mempunyai kualiti ilmu yang baik dan amat sedikit kelihatan
sentimen dengki dan benci terhadap Islam. Sebagai contoh :-

1. Prof T. W Arnold - The Preaching of Islam


2. Stanley Lane Poole - Saladin (Salahuddin Al-Ayyubi)
3. Stanley Lane Poole - Moors in Spain
4. Dr Aloys Sprenger - Pendahuluan kitab ‘Al-Isobah fi tamyiz as- sahobah
karangan’ Al- Hafiz Ibnu Hajar
5. Edward William Lane - Mu'jam Arabic-English Lexicon
6. A.J Weinsink - Mu'jam Al-Mufhiras ‘Am Bagi Hadith Nabi (Dari Sunan yang
6, iaitu Musnad Ad-Darimi , Muwatto' Malik dan Musnad Ahmad
diterjemah ke bahasa Arab Arab oleh Mohd Fuad Abd Baqi dengan kata
pengantarnya oleh Syeikh Mohd Rashid Ridha
7. G.B Strenge - Land of the Eastern Caliphate

Antara karya bekas Orientalis yang telah memeluk Islam.


1. Islam at the Crossroad oleh Muhamad Asad (nama sebelum Islam Leopold
Weis)
2. Road to Mecca oleh Muhamad Asad (nama sebelum Islam Leopold Weis)
3. Islam verses The West oleh Maryam al-Jameelah (nama sebelum Islam
Margaret Marcus)
4. Islam & Modernisme oleh Maryam al-Jameelah (nama sebelum Islam
Margaret Marcus)

Beberapa Individu Islam yang terpengaruh dengan Orientalis

Al-Marhum Syeikh Prof. Dr. Mustafa As-Sibaie pernah menyatakan bahawa


selain orientalis asli yang terdiri daripada golongan kuffar, terdapat juga
spesis anak buah berfikiran oreintalis yang sering menjalankan usaha
meragukan kekuatan Islam serta membawa berita dan fakta bohong dari
kalangan umat Islam.

Sebahagian lain pula terpengaruh dengan racun pemikiran Orientalis. Mereka


juga adalah dari kalangan umat Islam. Terdapat juga kalangan ini yang
menyeleweng akibat kejahilan hakikat Islam sebenar selain mempunyai
tujuan-tujuan lain. Antara yang boleh dianggap demikian adalah seperti
berikut :

1. Prof. Ahmad Amin

Pernah menjadi Dekan Kuliah Sastera, mempunyai sijil dalam Qadha' Syar'ie)

Kitabnya bernama ‘Fajr al-Islam’ · Majoriti kandungan kitab ini adalah


tentang Hadith Nabi. Di antara dakwaan di dalam buku ini kononnya Abu
Hurairah r.a. lemah dalam meriwayatkan Hadith, Imam Abu Hanifah tidak
mempunyai Hadith, menuduh Ibn Mubarak lalai, mempertikaikan keadilan
Sahabat Nabi, menimbulkan keraguan terhadap Imam Bukhari.·

2. Abu Rayyah Adwa': ‘ala As-Sunnah · Mempertikaikan Abu Hurairah

3. Ismail Adham. Tulisan mengenai Sunnah (tahun 1353 H) .

Mengisytiharkan hadith sahih dari kitab-kitab sunan tidak sah, serta


menuduh ianya mawdu' (rekaan)

4. Prof. Ali Hasbullah: Usul At-Tasri' Al-Islami .

Mendakwa maslahat perlu diutamakan apabila bertembung dengan Nusus


Quran & Sunnah yang Qat'ie.· Dakwaan ini dijawab oleh Dr. Yusoff Al-
Qaradhawi, Prof. Dr. Said Ramadhan Al-Buti , Syeikh Muhd Al-Ghazali dan
ramai lagi.

5. Syeikh Ali Abd Raziq :

Al-Islam wa Usul al-Hukm (Islam dan Usul Perundangan tahun 1925 ).


Menuduh tiada politik dalam Islam.· Kitab ini dikecam hebat oleh ulama
Islam semasa. · Antara ulama yang menjawab ialah Syeikh Muhd Bakhit al-
Mut'ie dan Syeikh Khudar Hussain. · Akhirnya penulis telah menarik balik
dakwaannya selepas itu, demikian menurut Dr. Muhd ‘Amaroh

6. Prof Khalid Muhd Khalid :

Bukunya bertajuk ‘Min Huna Nabda (Dari sini kita bermula)’ dan ‘ Ad-
Demoqratia Abadan’ · Kitab ini dijawap oleh Syeikh Muhd Al-Ghazali dalam
kitabnya ‘Min Huna na'lam’ (dari sini kita tahu)· Akhirnya penulis ini juga
menarik balik kalamnya lalu menulis kitab baru tajuk ‘Ad-Dawlah fil Islam’-
Bab Maslahat

7. Prof Dr Abd Hamid al-Mutawali (Seorang Profesor Undang-undang )

‘Manahij at-Tafsir fil Fiqh al-Islami’ (Perlu dingat hanya sebahagian kecil
dalam bab tertentu sahaja yang perlu disemak & diperbetul, majoriti
karyanya adalah diiktiraf, manakala kitabnya yang lain dipuji seperti Mabadi'
Nizom al-Hukm fil Islam– Al-Qaradhawi) · Bab Maslahat, men dakwa Saidina
Umar ra membatalkan Nas Quran kerana Maslahat. Dakwaan palsu ini
dijawab oleh al-Qaradhawi dan Al-Buti dll.

8. Dr Nur Farhat (Prof Undang-undang & dekan Kuliah Undang-undang di


Universiti Az-zaqaziq) Di mesir · Bab Maslahat dan Saidina Umar

9. Sai'd al-Ushmawi Mesir · Bab Maslahat dan Saidina Umar

12. Kumpulan Sisters In Islam (Malaysia). Dalam kebanyakan artikel karya


mereka . Tiada ruang untuk dinyatakan di sini.· Kebanyakan dakwaan dan
pertikaian disebabkan kekurangan maklumat Islam hakiki dan jahil.

13 Astora Jabat (Malaysia) Dalam kebanyakan tulisannya. Begitu banyak,


tiada ruang untuk disebut di sini

14. Dr. Kassim Ahmad Semua hal berkaitan hadith. Menafikan hadith secara
total. Pemimpin gerakan Anti Hadith Malaysia