Anda di halaman 1dari 8

Dimensi Tauhid Dalam Kehidupan Muslim Menurut Pemikiran Ismail Al-Faruqi

Latar Belakang

Nama sebenar Ismail al-Faruqi ialah Raji bin Abd al-Huda al-Faruqi. Beliau dilahirkan di
Jaffa, Palestin pada 1 Januari 1921M. Ayah beliau merupakan seorang ulama dan alim
dalam bidang syariah. Maka tidak hairanlah jika Abd al- Huda telah diamanahkan
menjawat jawatan qadi pada ketika itu.

Ismail al-Faruqi menerima pendidikan awal di masjid dan kemudian di sebuah sekolah
convent bernama College des Freres di Lubnan sejak tahun 1936. Sekolah ini
menggunakan bahasa Perancis sebagai bahasa pengantar. Meskipun perubahan dari
masjid ke convent adalah sesuatu yang mengharu-birukan,lantaran percanggahan antara
kedua-duanya,namun keadaan ini sedikit pun tidak mengubah pendirian al-Faruqi
terhadap barat. Malah perbezaan aliran pembelajaran ini telah memberi peluang kepada
beliau memahami budaya yang berbeza-beza dan membentuk pemikiran yang lebih kritis
untuk menganalisa ilmu-ilmu yang diperolehi.

Seterusnya al-Faruqi mengikuti kuliah pertama di American University di Beirut hingga


mendapat ijazah sajanamuda pada tahun 1941. Setelah itu beliau dilantik menjadi
pegawai pemerintah Palestin dibawah mandate Inggeris selama emopat tahun (1941- 45 ).
Keamudian pada tahun 1945, ketika berusia 24 tahun, al-Faruqi al-Faruqi telah menjadi
gabenor wilayah Galilee yang terakhir. Namun pada tahun 1947M, wilayah yang
dipimpinnya jatuh ke tangan Israel dan memaksa beliau berhijrah ke Amerika Syarikat
pada tahun 1948M.

Penghijrahannya ke Amerika Syarikat telah mengubah haluan hidupnya.Beliau telah


terlibat dalam dunia akademik. Pada tahun 1949M, beliau telah mendapat ijazah MA
dalam bidang falsafah dari universiti Indiana. Seterusnya beliau mengikuti kursus di
universiti Havard,tetapi kerana masalah kewangan telah memaksa beliau menamatkan
pengajiannya di Harvard setelah memperolehi ijazah sarjana buat kali ke 2 pada tahun
1951M.

Namun demikian, hal ini tidak melemahkan semangatnya. Pengalamannya di Harvard


menyakinkannya bahawa jalan untuk mencapai sesuatu yang bukan kebendaan ialah
menerusi kemantapan kedudukan kewangan seseorang itu sendiri. Dengan wang seribu
dolar yang diperolehi dari American Council of Learned societies kerana
menterjemahkan karya-karya dari bahasa Arab, al-Faruqi menceburi bidang pembinaan,
khususnya pembinaan rumah kediaman yang bermutu dengan perhiasan dan perabut
ciptaannya sendiri. Hasil perniagaannya sungguh lumayan, namun wang ringgit bukanlah
menjadi matlamat al-Faruqi. Sebaliknya, beliau lebih meminati dunia keserjanaan.Beliau
kembali melanjutkan pengajiannya, sekali lagi ke Universiti Indiana di Bloomington dan
menamatkan pengajian kedoktoran dalam bidang falsafah Barat pada tahun 1952M.
Ternyata setelah 10 tahun al-Faruqi menceburkan diri dalam arena penerokaan ilmu telah
berjaya menyerlahkan ketokohan dan keserjanaan beliau terutamanya dalam bidang
falsafah klasik. Malahan, sepanjang beliau menjalani liku-liku kehidupan di beberapa
buah Negara di Barat telah memberi banyak pengalaman dan pengetahuan kepada beliau
mengenai budaya, pemikiran dan social masyarakat Barat. Oleh itu dalam usaha
mendalami bidang ilmu dan pemikiran Islam telah membawa beliau kembali semula ke
dunia Islam dengan menghabiskan masanya mendalami pengajian Islam di pelbagai buah
Negara Islam sekitar Afrika dan Timur Tengah termasuk universiti tertua di dunia iaitu
Universiti al-Azhar. Al-Faruqi telah berusaha mendapatkan khidmat tunjuk ajar dan
bimbingan daripada para intelektual Muslim dalam pelbagai disiplin ilmu.

Kegigihan al-Faruqi meneroka bidang ilmu di institusi-intitusi pengajian sama ada di


Timur ataupun di Barat berserta kombinasi pengalaman hidup yang dilalui dalam
pelbagai keadaan telah maembentuk daya intelektual beliau yang terserlah melalui
penghasilan pelbagai karya ilmiah beliau. Umat Islam telah menerima faedah yang besar
daripada kesarjanaan al-Faruqi,apabila beliau telah memberi sumbangan besar kepada
perkembangan ilmu ini. Sepanjang lebih kurang 30 tahun profesion kesarjanaan beliau,
al-Faruqi telah menulis, menyunting serta menterjemahkan sebanyak 25 buah buku selain
turut berjaya menerbitkan lebih daripada seratus artikel yang menyentuh pelbagai bidang
ilmu dan pemikiran Islam.

Ketokohan al-Faruqi dalam bidang akademik terserlah apabila beliau dilantik sebagai
Prof. jemputan dalam bidang pengajian agama Islam di universiti Mc Gill (1958-1961)
sebagai Prof. dalam bidang pengajian Islam di Institut Pengajian Islam di Karachi (1961-
1963). Seterusnya sebagai Prof. jemputan dalam bidang sejarah agama di Univ. Chicago,
Prof. Kanan dalam bidang Pengajian Agama di Univ. Syracuse (1964-1968) dan Prof.
dalam bidang Pengajian Agama di Univ. Temple (1968-1986), hingga akhir hayatnya
(www.fatimah.com).

Ketokohan al-Faruqi dalam bidang kepimpinan dapat diukur sejak dari tahun 1970an di
mana beliau memulakan pelbagai usaha untuk memantapkan program pengajian dan
pendidikan Islam dengan bertindak sebagai ketua lembaga penasihat dan pemeriksa luar
di pelbagai institut pengajian sama ada di Barat mahupun di negara-negara sebelah Timur
termasuk Malaysia iaitu di Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA). Al-Faruqi juga
turut menyumbang tenaga dan idea membimbing pelajar-pelajar Islam serta mengetuai
dialog-dialog agama antara Islam dengan agama-agama lain di dunia.

Al-Faruqi juga turut menyumbang peranan penting sama ada sebagai pengasas mahupun
penggerak dalam beberapa organisasi dan institusi Islam di Barat seperti The Muslim
Students Associations (MSA) dan The Association of Muslim Social Scientist (AMSS).
Beliau juga merupakan presiden pertama bagi American Islamic College di Chicago dan
seterusnya pada tahun 1981 beliau telah mengasaskan International Institute of Islamic
Thought (IIIT) di Virginia. Walaupun pentertaan beliau banyak berkisar dalam organisasi
Islam yang bersifat intelektual berbanding dengan pemikir Islam seangkatan dengannya
yang menjadikan Jamaah Islam sebagai wadah dan harakah perjuangan, al-Faruqi tetap di
jadikan rujukan bagi sebahagian gerakan Islam yang menyangjung tinggi pemikiran
moderate (sederhana) beliau dalam bidang dakwah dan budaya serta pemikiran Islam.

Perkahwinan dan Kematian al-Faruqi

Cinta al-Faruqi berputik di Amerika dengan isterinya Lois Lamya yang berasal dari
Montana dan pasangan ini telah melansungkan perkahwinan mereka di Indiana ketika
masing-masing masih lagi di alam pengajian; pada tahun 1944M. Hasil perkahwinan
mereka, telah dikurniakan lima orang cahaya mata. Sikap saling sokong menyokong
dalam segenap aspek kehidupan sama ada atau kerjaya menyebabkan mereka berjaya
membariskan nama di kalangan sarjana-sarjana terkemuka Islam yang lain ketika itu.
Walaupun al-Faruqi telah memilih memperjuangkan Islam melalui bidang keintelektualan
tanpa mengangkat senjata, beliau tetap menghadapi pelbagai mehnah dan tribulasi dari
musuh-musuh Islam. Kemuncak perjuangan Islam beliau diakhiri dengan pembunuhan
pasangan ini di rumah mereka sendiri di Wyncote PnnSylvania pada 27 Mei 1986M.
Dunia Islam kehilangan tokoh sarjana dan intelektual Islam yang telah berjihad
menyumbang idea dan buah fikiran demi menegakkan kebenaran Islam sepanjang
hayatnya.

Dimensi Tauhid Dalam Kehidupan Muslim

Dari segi cara berfikirnya, al-Faruqi paling tepat digambarkan sebagai seorang ahli ilmu
Tauhid. M.Tariq Quraishi dalam tulisannya berjudul Ismail al-Faruqi: An Enduring
Legacy (Ismail al-Faruqi Warisan Zaman yang Abadi ) menegaskan bahawa belum
pernah ada seorang penulis yang menggunakan konsep tauhid sebagaimana yang
digunakan oleh al-Faruqi.

Dari segi makna linguistiknya, tidak ada sebarang perbezaan pendapat antara beliau
dengan sarjana-sarjana terkemuka yang lain. Walau bagaimana pun, apabila
penggunaannya dihubungkan dengan kehidupan dalam konteks Islam, ternyata
pengertian yang diberinya cukup mendalam.

Tidak dapat dinafikan bahawa nadi kepada agama Islam ialah Tauhid. Tauhid telah
didefinisikan secara tradisional dan ringkas sebagai satu keyakinan atau penyaksian
bahawa “ tiada tuhan melainkan Allah”. Peryataan berbentuk negatif dan ringkas ini
mempunyai pengertian yang cukup besar bagi Islam dan ummahnya. Tauhid juga
mengesahkan bahawa Allah S.W.T adalah Yang Maha Berkuasa, Tuan dan Raja segala-
gala yang wujud di alam semesta ini.

Menurut al-Faruqi, kewujudwn Tuhan merupakan elemen penting dalam agama.


Shahadah menekankan bahawa: : Tiada tuhan melainkan Allah”. Nama Tuhan, iaitu
Allah, yang bermaksud Tuhan mengisi tempat utama di dalam kehidupan, tindakan serta
pemikiran setiap Muslim. Kewujudan tuhan mengisi kesedaran diri seseorang Muslim
pada setiap masa dan ketika. Bagi setiap orang Muslim, Tuhan merupakan satu
Kemuliaan yang sentiasa memenuhi hati sanubarinya.
Menurut al-Faruqi, tauhid sebagai teras Islam mengandungi enam prinsip; iaitu:

1. Tidak ada Tuhan melainkan Allah bermaksud bahawa pada kenyataannya terdapat
2 realiti iaitu: Pencipta (Khaliq) dan yang dicipta (makhluq). Tauhid menuntut
hakikat ini terus kekal sebagai dua kelainan yang mustahil untuk disamakan.
2. Allah ada hubungannya dengan makhluk ciptaan-Nya sebagai Penciptanya. Bagi
al-Faruqi, perkara ini amat penting, kerana jika Maha Pencipta tidak menjadi
matlamat bagi ciptaannya sendiri, ini bermakna bahawa yang dicipta tidak
merupakan sesuatu yang dihasratkan, yang selaras dengan sifat ketuhanan, tetapi
sebaliknya hanyalah sekadar sesuatu yang tidak bererti kepada-Nya.
3. Manusia mempunyai keupayaan bertindak. Ertinya, manusia mampu merubah
dirinya dan persekitarannya sejajar dengan kehendak Allah. Alam tabii bukannya
bersifat keji dan jahat. Kedua-duanya yakni alam tabii dan Allah adalah kenyataan
dan bersifat baik.
4. Manusia bebas memilih sama ada hendak bertindak atau tidak. Kebebasan ini
disertai oleh tanggung jawab, dan ini memberi makna kepada kehidupan di muka
bumi.
5. Manusia mempunyai keterikatan untuk memainkan peranan dalam pertalian
antara alam tabii dengan sejarah (kehidupan) supaya dengan itu manusia dapat
memenuhi kehendak Ilahi. Menurut al-Faruqi, Islam adalah suatu tamadun. Oleh
itu kebendaan dan kekayaan mesti diraih, keselesaan hidup dinikmati dan
malapetaka dalam kehidupan dihadapi dengan penuh ketabahandan kecekalan
hati.
6. Manusia adalah mulia dan tidak tercemar sebagai “ dilahirkan malang.”Dengan
mematuhi titah perintah Allah, manusia meningkatkan tarafnya sebagai si
penyelamat dan bukan sebagai makhluk yang diselamatkan. Dia adalah wakil
(khalifah) Allah S.W.T, laksana seorang rakan kongsi dalam memenuhi kehendak
Allah S.W.T.

Menurut al-Faruqi, Islam menawarkan suatu bentuk kemanusiaan baru. Kemanusiaan


baru ini tidak mempertuhankan manusia sepertimana halnya dengan tamadun Romawi-
Yunani, dan tidak pula menjatuhkan manusia ke martabat makhluk yang hina.
Sebaliknya, manusia sebagai ciptaan Allah yang fitrahnya dilahirkan mempunyai sifat-
sifat yang mulia juga dilahirkan dengan suatu matlamat. Menurut al-Faruqi, “Alam
semesta tidak bersifat seperti yang sedia ada tanpa kehendak Allah yang menjadi
matlamat perlakuan moral manusia...Jika manusia dianggap sebagai makhluk yang paling
mulia martabatnya, maka sudah tentu atas dasar inilah, iaitu dengan daya usaha dan
tindakannya yang penuh beretika, dia merupakan satu-satunya jambatan duniawi yang
menerusinya tahap moral dan kehendak Allah bergabung di alam ruang-masa menjadi
sejarah.

Justeru, tauhid dalam bentuk ini menjadi prinsip hidup yang penting dan membawa
perubahan, mendesak manusia supaya sedapat mungkin menyempurnakan peranannya di
dunia.
Tauhid dan Hubungannya dengan Matlamat Kehidupan Manusia

Menurut al-Faruqi, al-Quran menjelaskan bahawa tujuan utama manusia dicipta dan
diturunkan ke muka bumi ini ialah untuk mengabdikan dirinya kepada Allah sahaja.
Hanya Tuhan yang layak disembah, hanya kepada Dia kita berkhidmat. “Wajah-
Nya”,yakni takdir-Nya, merupakan kemuncak kepada segala keinginan dan tindak-tanduk
manusia. Ini merupakan keseluruhan isi utama kepada utusan yang disampaikan oleh
Rasulullah s.a.w.,yang mana baginda sendiri kurang berupaya menjelaskannya, tetapi
menyampaikan penjelasannya melalui firman Allah S.W.T. yang bermaksud :

“Marilah aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu
janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatu apa pun...”
(Surah al-An’am 6: 151)

Dari sini bererti bahawa tauhid merupakan ketetapan yang tertinggi dan paling mustahak
dan terbukti dengan kenyataan bahawa Allah berjanji menghapuskan dosa-dosa manusia
melainkan dosa-dosa yang melibatkan tauhid, Allah tidak akan mengampunkan,

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukan-Nya


(dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa
yang dikehendaki-Nya (menurut aturan syariat-Nya). Dan sesiapa yang
mempersekutukan Allah (dengan Sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah
melakukan dosa yang besar.
(Surah al-Nisa’ 4: 48)

Al-Faruqi menjelaskan lagi bahawa, sesungguhnya tiada ketentuan dalam Islam akan
teguh tanpa tauhid. Segala-galanya akan hancur, termasuk agama Islam sendiri,
kewajipan manisia terhadap Tuhan, pelaksanaan segala suruhan-Nya dan menjauhi segala
larangan-Nya, sekiranya tauhid diingkari. Kerana dengan mengingkari tauhid bermakna
kita meragui kenyataan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah S.W.T. Dengan
mengingkarinya bererti kita menyamakan makhluk-makhluk lain dengan Yang Maha Esa.
Ini akan terjadi sekiranya kita meragui pengertian serta kewajipan kita terhadap Allah.

Allah telah berfirman,maksudnya ;


“Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya rosaklah
pentadbiran kedua-duanya. Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah dengan menegaskan):
Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai ‘Arasy, dari apa yang mereka sifatkan.”
(Surah al-Anbiya’ 21:22)

Tanpa tauhid, tidak akan ada agama Islam. Bukan sahaja sunnah Nabi s.a.w yang akan
diragui dan ajarannya disangkal; malahan persoalan kenabian itu sendiri akan jatuh ke
bumi. Justeru, pegangan terhadap rukun-rukun tauhid merupakan batu asas kepada segala
ketaatan, keagamaan dan kesucian. Dengan itu, Allah S.W.T. dan Nabi Muhammad s.a.w.
telah meletakkan pengertian tauhid di taraf tertinggi dan menjadikannya punca segala
ganjaran dan pahala. Firman Allah dalam surah al- An’am 6: 82 bermaksud ;
“Orang-orang yang beriman dan tidaj mencampur adukkan iman mereka dengan
kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah
orang-orang yang mendapat hidayah pertunjuk.”

Melalui tauhid, Islam berikhtiar meletakkan agama bersih dan suci dari pemujaan tuhan-
tuhan ciptaan manusia. Dengan itu, ia mencapai dua matlamat; iaitu pengiktirafan Allah
S.W.T. sebagai Pencipta alam semesta yang unggul dan menyatakan bahawa semua
manusia adalah makhluk Allah S.W.T. yang dianugerahkan dengan sifat-sifat semula jadi
manusia.

Dengan kenyataan yang ringkas, La Ilaha illallah, tauhid menjelaskan dalam paksinya 3
maksud tersendiri;

Pertama, ialah penciptaan makhluk merupakan satu pelaksanaan yang telah ditetapkan
oleh Allah.Setiap ciri ciptaan-Nya adalah mulia secara semula jadi, dan ia bukan sahaja
yang terbaik,malahan tiada cacat cela dan sempurna. Malahan, ciptaan yang dipenuhi
dengan nilai yang baik dari segi moral dan gerak-gerinya merupakan tujuan sebenar
penciptaan dilakukan. Hasil dari itu, nikmat nilai kegunaannya adalah suci dan murni,
dunia yang murni merupakan satu mercu kepada keagungan Tuhan, di mana segala
tindakan memuliakan-Nya merupakan puji-pujian dan persembahan kepada-Nya.

Kedua, ialah bahawa manusia tidak berada dalam keadaan yang sukar dan menyulitkan
yang mana ia tidak berupaya menyelesaikan. Manusia dengan itu tidak memerlukan
seorang penyelamat, pembebas dan juga kebebasan, tetapi perlu mengabdikan dirinya
dengan tanggungjawab yang diberikan dan mengukur nilainya pada kadar pencapaiannya.
Islam mengajar manusia tentang kebahagiaan dan bukannya pembebasan,dan
menjanjikan mereka dengan ganjaran di dunia dan di akhirat sewajar dengan amalan yang
mereka lakukan.

Maksud ketiga tauhid, ialah menghuraikan tahap kepaksian yang mana segala kebaikan
yang dicapai ialah takdir dan ketentuan ilahi, dan oleh kerana takdir-Nya itu, tidak boleh
ada pilih kasih di antara tempat atau manusia sebagai objek segala tindakan bermoral.

Tauhid dan Matlamat Penciptaan Manusia

Menurut al-Faruqi lagi, al-Quran telah menceritakan dengan mendalam matlamat


manusia diciptakan, dan menyatakan bahawa manusia harus memikul tanggungjawabnya
di alam ini. Manusia diciptakan untuk mengabdikan dirinya kepada Allah Penciptanya.
Setelah mengakui bahawa Allahlah, satu-satunya Tuhan yang menciptakan alam dan
seisinya, maka sudah menjadi kewajipan manusia mengabdikan diri hanya kepada Allah
semata-mata. Pengabdian (beribadah) di sini bukan hanya ibadah dalam erti kata yang
khusus tetapi meragkumi semua amalan yang dilakukan semata-mata untuk mencapai
keredhaan Allah.
Tegasnya, Islam adalah cara hidup yang menyeluruh. Barang siapa di antara Muslim yang
melanggar batas-batas yang telah ditetapkan oleh Allah bererti dia telah mencabuli
matlamat penciptaannya dan seolah-olah menafikan agama itu sendiri.

Allah telah berfirman dalam Surah al- Ma‘un ayat 1-3 yang bermaksud;

“Tahukah kamu (orang) yang mendustakan Agama? Itulah orang yang menghardek anak
yatim. Dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin...”

Dengan ini jelaslah bahawa untuk mengisi dunia, ruang dan masanya dengan nilai,
walaupun nilai material yang berupa makanan, bukan sahaja penting dalam agama, tetapi
merangkumi keseluruhan agama itu sendiri.

Hari akhirat pula dalam agama Islam tidak ada sejarahnya. Ia dilahirkan dengan lengkap
di dalam al-Quran. Ia dibentuk sebagai satu kemuncak etik dalam kehidupan di muka
bumi ini, kemuncak yang mengandungi ganjaran dan pembalasan. Dunia ini tidak boleh
diulangi. Apabila ia sampai kepenghujungnya, hanya ganjaran dan pelaksanaan
pengadilan, pemberian ganjaran dan balasan sewajarnya akan berlaku. Cara
pelaksanaannya tidak dapat digambarkan oleh ilmu pengetahuan manusia, melainkan
kiasan-kiasan yang telah disampaikan dalam wahyu-wahyu-Nya.

Kaum Muslimin yakin bahawa apa yang ditakdirkan Tuhan di peringkat akhir sejarah
merupakan hasil terus daripada pelaksanaan mereka sendiri, sama ada dari tahap peribadi
atau pun masyarakat. Agama Islan menganggap penganutnya sebagai seorang yang
benar-benar serius yang memikirkan keadaan alam dan berkata “Segala puji bagi Mu, ya
Tuhanku ! Kerana Engkau tidak menciptakan dunia ini kerana keseronokan!

Allah telah berfirman dalam Surah Ali ‘Imran 3: 191 maksudnya;


(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan
duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang
kejadian langit dan bumi (sambil berkata) : “Wahai Tuhan kami ! Tidaklah Engkau
menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab
neraka.

Tauhid dengan itu membenarkan kaum Muslimin melihat dirinya sebagai satu pusaran
dalam sejarah kerana dialah Khalifah Allah di muka bumi ini yang boleh melaksanakan
suruhan Tuhan dalam sejarah hidupnya.

Kesimpulannya

Al-Faruqi telah berjuang untuk menyatukan umat Islam seluruhnya melalui aspirasi
ummah yang berteraskan tauhid dalam tulisan-tulisan, kuliah-kuliah dan kegiatan-
kegiatan beliau sebagai pemimpin persatuan-persatuan pelajar yang dianggotainya.
Jelasnya al-Faruqi telah menempatkan “Tauhid” sebagai asas utama kehidupan Muslim
dan tamadunnya. Tanpa tauhid segala-galanya akan hancur,termasuk agama Islam itu
sendiri, kewajipan manusia terhadap Tuhan, pelaksanaan segala suruhan-Nya dan
menjauhi segala larangan-Nya. Kerana dengan mengingkari tauhid bermakna kita
meragui kenyataan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah S.W.T. Dengan mengingkarinya
bererti kita menyamakan makhluk-makhluk lain dengan Yang Maha Esa. Ini akan terjadi
sekiranya kita meragui pengertian serta kewajipan kita terhadap Allah. Oleh itu Tauhidlah
sebagai nadi agama Islam dan kehidupan Muslim.