Anda di halaman 1dari 6

ISLAM DAGANG KALI KEDUA DAN CARA MENGATASINYA

Muqaddimah

Rasulullah SAW bersabda:

“Islam telah bermula dengan dagang dan ia akan kembali dagang, maka
berbahagialah mereka bersama Islam di waktu ia dagang.” - Hadith Riwayat
Muslim

Islam dan da’wahnya bermula dalam keadaan dagang. Islam sewaktu mula
didatangkan di Makkah Al Mukarramah, asing dan tidak dikenali oleh masyarakat.
Oleh kerana Islam ghurbah dan unik maka Islam dibenci dan dimusuhi. Pembawa
dan pendokong-pendokongnya dizalimi dan dihadapkan dengan berbagai-bagai
mehnah dan tribulasi.

Akibatnya, ada yang kehilangan penglihatan, ada yang gugur syahid, yang
terpaksa berhijrah ke Habsyah dan akhirnya pendokong-pendokong Islam
berhijrah ke Madinah demi mencari keredhaan Allah SWT dan merealisasikan
Islam di dalam wajahnya yang murni sebagai ad-Din. Hal ini telah dinyatakan oleh
Allah SWT di dalam Firman-Nya:

“Bagi orang-orang fakir yang berhijrah yang diusir dari kampung halaman dan
daripada harta benda mereka kerana mencari kurnia daripada Allah dan Rasul-
Nya, mereka itulah orang-orang yang benar.” - Surah al-Hasyr: ayat 8

Faktor Dagang Pertama

Terdapat pelbagai faktor Islam dagang kali pertama yang dikemukakan oleh pihak
tertentu seperti faktor politik, sosial, ekonomi dan sebagainya. Namun, di sana
terdapat satu faktor terbesar yang menyebabkan Islam dagang iaitu faktor aqidah
Islam yang berlawanan dengan Jahiliyyah atau kufur. Islam mengajak kepada
aqidah yang sohih, serta realiti hidup salimah, syamilah dan kamilah yang mana
bertentangan dengan kekufuran. Islam dan kekufuran sentiasa dalam keadaan
harb (peperangan). Kekufuran tidak dapat menerima Rububiyyah dan Uluhiyyah
Allah SWT. Kekufuran tidak menerima hukum-hukum dan undang-undang Allah
SWT berjalan dan berkuasa di bumi. Firman Allah SWT:

“Tiada kekuasaan memerintah itu melainkan Allah sahaja. Dia memerintah


supaya kamu jangan menyembah selain daripada-Nya, kerana yang demikian itu
adalah Din yang lurus.” - Surah Yusuf: ayat 40.

Inilah faktor terbesar. Faktor ini wujud di setiap zaman, hatta di zaman sekarang
walau pun tersembunyi di sebalik faktor-faktor lain.

Dengan ketentuan Allah SWT dan pertolongan-Nya serta berkat usaha,


pengorbanan dan jihad Rasulullah SAW bersama-sama para sahabat r.a. yang
sabar dan ikhlas, maka ghurbah (dagang) tersebut telah hilang. Akhirnya petunjuk
dan rahmat Allah SWT diterima, dihayati dan didaulatkan sepenuhnya di Madinah
al-Munawwarah.

Pengorbanan dan jihad Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat baginda telah


diterima dan diredhai Allah SWT. Mereka adalah contoh ikutan bagi kerja-kerja
da’wah untuk mendaulatkan din Allah. Allah SWT telah mengabadikan
pengorbanan mereka dalam firman-Nya:

“Golongan terdahulu dan awal di kalangan Muhajirin dan Ansar serta orang yang
mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka pun
redha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang
1
mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lama.
Itulah kemenangan yang besar.” - Surah at-Taubah: ayat 100

Ghurbah Ath-Thaniyah (Dagang Kedua)

Generasi pertama iaitu Generasi Al-Quran yang dididik oleh Rasulullah SAW telah
berlalu. Kerja-kerja mereka telah selesai. Kelemahan umat Islam dan kelemahan
pimpinan dalam generasi-generasi selepas mereka telah berlaku. Daulah
Islamiyyah telah jatuh satu persatu dan yang terakhir ialah kejatuhan Daulah
Othamaniyyah di Turki. Serentak dengan itu pengaruh sekularisma yang ditaja
oleh penjajah telah bertapak, menular dan berkembang pesat di seluruh negara
yang diperintah oleh umat Islam. Pengaruh itu terus berakar umbi hingga kini di
negara-negara Islam tanpa kecuali. Akibatnya Islam kembali ghurbah untuk kali
kedua. Kini realiti menunggu rijal-rijal untuk menghilangkan Ghurbah Ath-
Thaniyah.

Benarlah sabda Rasulullah SAW:

“Islam bermula dalam keadaan dagang, ia akan kembali dagang. Beruntunglah


orang yang berpegang dengan Islam ketika ia dagang.” - Hadith Riwayat Muslim

Dalam sabda baginda yang lain:

“Beruntunglah sesiapa yang beriman denganku walaupun tidak melihatku


(bersamaku)”.

Sebab-Sebab Ghurbah Masa Kini

1. ‘Aqidah umat Islam tidak lagi berfungsi akibat pengaruh din bukan Islam.
Sedangkan da’wah Rasulullah SAW mengajak kepada aqidah yang soheh, hidup
dan berfungsi. ‘Aqidah yang menerima Allah SWT sebagai Ilah dan Rabb.
Menerima HakimiyyahNya. Menerima Din-Nya serta mendaulat dan
mempertahankannya di sepanjang hayat. Ini kerana Islam sahaja yang diterima
oleh Allah SWT.
Firman Allah SWT:

“Hari ini telah Aku sempurnakan bagi kamu din kamu, dan Aku sempurnakan
ni’mat-Ku, dan Aku redha bagi kamu Islam sebagai din.” (Surah al-Maidah: ayat
3)

Dengan Islam sahajalah manusia dimuliakan. Firman Allah SWT:

“Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia, menyeru pada
kema’rufan dan mencegah daripada kemungkaran serta kamu beriman dengan
Allah.” - Surah ‘Ali Imran: ayat 110

Inilah sebab terbesar yang menjadikan Islam ghurbah. Sebab ini mengatasi
sebab-sebab sosial, politik, ekonomi dan sebagainya.

2. Kejahilan umat tentang Islam baik dari segi tasawwur, tuntutan mahupun
penghayatannya. Begitu juga kejahilan tentang sifat-sifat Allah SWT, sifat-sifat
Rasulullah SAW, Hari Pembalasan dan perkara-perkara yang bersangkutan.

3. Sikap umat yang melupai dan mengabaikan ingatan-ingatan Allah SWT. Firman
Allah SWT:

2
“Tetapi mereka sengaja melupakan sebahagian daripada apa yang mereka telah
diberikan peringatan dengannya; maka Kami timbulkan di antara mereka
permusuhan dan kebencian sampai ke kari qiamat.” - Surah al-Maidah: ayat 14

4. Realiti umat yang beriman dengan sebahagian daripada kandungan al-Kitab


(al-Quran) sahaja. Firman Allah SWT:

“Apakah kamu beriman dengan sebahagian al-Kitab dan ingkar dengan


sebahagian yang lain? Tiadalah balasan orang yang berbuat demikian daripada
kamu, melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia dan di Hari Akhirat mereka
dikembalikan kepada siksa yang sangat berat. Allah tidak lengah daripada apa
yang kamu perbuat.” - Surah al-Baqarah: ayat 85

5. Dunia menguasai hati dan kehidupan umat Islam. Umat Islam kasihkan dunia
dan bencikan kematian. Apabila ‘aqidah umat telah sakit dan tidak berfungsi,
kejahilan menyelubungi kehidupan, ingatan-ingatan Allah SWT diabaikan, dunia
menguasai kehidupan dan jihad ditinggalkan, maka Islam menjadi Ghurbah.

Realiti kini, Islam berada di suatu lembah manakala umat Islam berada di suatu
lembah yang lain. Islam menjadi sasaran musuh. Ustaz Sa’id Hawwa ada
menyatakan:

“Kita dapati Islam dan kaum Muslimin menjadi sasaran musuh luar dan dalam...”

Walaupun musuh pada zahirnya kelihatan bergeseran di kalangan mereka, namun


mereka semua akan bersatu apabila menghala dan menghentam Islam. Sabda
Rasulullah SAW:

“Kekufuran mempunyai satu Millah.”

6. Penyakit perpecahan dan kedengkian yang menyerang hati-hati orang Islam.


Firman Allah SWT:

“Mereka tidak berpecah belah kecuali sesudah datang kepada mereka


pengetahuan kerana kedengkian antara mereka.” - Surah asy-Syura: ayat 14.

“Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Janganlah kamu berbantah-
bantah menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatan kamu.” - Surah
al-Anfal: ayat 46.

Ciri-Ciri Ghurbah

1. Berlaku Bid’ah Fiddiin iaitu umat Islam mengambil jalan (Din) yang bukan jalan
Islam.

Firman Allah SWT:

“Katakanlah (Muhammad), “Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku


mangajak (kamu) kepada Allah dengan yakin, Mahasuci Allah, dan aku tidak
termasuk orang-orang musyrik.” – Surah Yusof: ayat 108

2. Berbagai-bagai isme dianuti dan dicampur-adukkan dengan Islam. Firman Allah


SWT:

"Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam


keseluruhannya dan jangan kamu mengikuti jalan-jalan syaitan.” (Surah al-
Baqarah: ayat 208)

3
3. Cara hidup yang tidak menggambarkan aqidah di mana mungkar dipandang
ma’ruf dan ma’ruf dipandang mungkar.

4. Lahir perkara-perkara syubhat dalam urusan umat Islam seharian, disamping


mengikuti fahaman sekular yang diciplak daripada kristianisme dan kolonialisme
peninggalan penjajah. Islam dianggap tidak sesuai untuk masa kini. Islam
dikatakan tidak membawa kemajuan dan pembangunan.

Akhirnya, umat Islam menjadi dagang di tanah air sendiri. Islam dagang di
gedung perniagaan, di rumah, di dalam keluarga, di pejabat dan sebagainya.
Islam berada di satu lembah dan kaum Muslimin berada di satu lembah lain.

Kalaulah Islam dapat diumpamakan seperti seorang insan, maka sudah pasti akan
kedengaran suara tangisannya yang jauh di lubuk kedagangannya.

Permasalahan Islam

Permasalahan Islam kini yang perlu diselesaikan segera adalah:

1. Masyarakat tidak faham Islam. Mereka tidak jelas tasawwur Islam


sebenar. Fahaman mereka berbentuk juz’i dan bercampur aduk. Misalnya ada
yang melihat Islam dari aspek hukum semata-mata tanpa melihat kepada
Qadhiyyah Ilahiyyah yang menyeluruh.

2. Masyarakat tidak nampak Din Allah SWT dan rahmat-Nya sebagai


suatu alternatif yang dapat menyelesaikan permasalahan manusia dan
menyelamatkan mereka daripada kehancuran. Firman Allah SWT:

“Dan barangsiapa yang tidak diberikan cahaya (pertunjuk) oleh Allah maka ia
tidak mempunyai cahaya (pertunjuk) walaupun sedikit.” (Surah an-Nur: ayat 40)

3. Pupus semangat untuk kembali kepada Islam. Sedangkan Islam


mendidik umatnya supaya bekerja dan berusaha untuk menegakkan Din Allah
SWT serta mempertahankannya, bukan sebaliknya mempertahankan Din bukan
Islam.

“Sesiapa yang benci untuk bertemu dengan Allah SWT, maka Allah SWT benci
untuk bertemu dengannya.”

Tidak dinafikan bahawa terdapat individu-individu yang faham Islam, menerima


Islam sebagai alternatif dan memiliki semangat untuk kembali kepada Din Allah
SWT sepenuhnya. Tetapi malangnya mereka tidak terkumpul sebagai satu
kekuatan dalam bentuk jama’ah yang tersusun rapi dan mempersaksikan rahmat
Allah SWT dalam bentuk yang sempurna.

Cara Mengatasi Ghurbah

Untuk mengatasi Ghurbah ath-Thaniyah, maka tidak ada jalan lain melainkan
kembali kepada jalan Rasulullah SAW. Yakni jalan yang telah berjaya
menghilangkan Ghurbah al-Islam al-Awwal. Firman Allah SWT:

“Sesungguhnya pada Rasulullah itu teladan yang baik bagi mereka yang
mengharapkan rahmat Allah dan keselamatan hari Akhirat dan banyak
mengingati Allah.” - Surah al-Ahzab: ayat 21.

Sabda Rasulullah SAW: "Hendaklah kamu mengikuti sunnahku.... “

“Dan sebaik-baik pertunjuk ialah pertunjuk Muhammad SAW.”

4
Antara cara-caranya ialah:

1. Memahamkan Islam kepada masyarakat sebagaimana yang difahami


oleh Rasulullah SAW dan para sahabat r.a. yang mulia. Islam adalah satu
cara hidup yang benar dan akan membawa kepada keredhaan Allah SWT.
Manakala cara hidup yang lain adalah batil, sesat dan dimurkai Allah SWT. Dengan
Islam sahaja akan berakhir kefasadan, kejahatan dan kerosakan di bumi. Islam
adalah Taklif Rabbani. Manusia bertanggungjawab untuk memahaminya, beriman
dengannya, menyampaikannya dan menegakkannya di dalam kehidupan. Firman
Allah SWT:

“Sesiapa yang mencari selain Islam sebagai cara hidup, maka sesekali tidak akan
diterima.” - Surah Ali ‘Imran: ayat 85.

Sabda Rasulullah SAW:

“Demi yang jiwaku di tangan-Nya. Tidak mendengar daripadaku seseorangpun


dari umat ini, samada Yahudi atau Nasrani, kemudian dia tidak beriman dengan
apa yang diutuskan padaku, melainkan dia adalah terdiri ahli neraka.”

Islam hendaklah difahamkan melalui wasilah yang betul dan masyru’,


bersumberkan masdar (sumber) yang asli iaitu Al Qur’an, As Sunnah dan kitab-
kitab ulama’-ulama’ muktabar agar Islam yang diketengahkan itu Syamil dan
Kamil.

2. Melaksanakan didikan untuk melahirkan muslim yang serasi dan


komited dengan Islam. Muslim berkerja untuk Islam sepanjang hayat. Muslim
memiliki sifat-sifat mahmudah seperti yang dimiliki para sahabat Rasulullah SAW.
Muslim yang menjadi rijal dan mujahid yang mukhlis. Muslim yang terikat dengan
akhirat. Muslim yang merasai Ukhuwwah Fillah.

Didikan yang dijalankan di atas asas Iman yang akan melahirkan kesungguhan di
dalam kerja-kerja da’wah. Al-Imam asy-Syahid Hasan al-Banna r.a. menyatakan
yang bermaksud:

“Apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dalam menyampaikan dan memasukkan
da’wah di hati sahabat-sahabatnya Generasi Awal ialah menyeru mereka supaya
beriman dan beramal. Kemudian dihimpun hati mereka dengan penuh kasih
sayang dan persaudaraan, mereka berhimpun di atas kekuatan aqidah dan
kekuatan kesatuan, maka jadilah mereka jamaah contoh yang semestinya
terjulang kalimah dan da’wahnya, memperolehi kemenangan walaupun ahli-ahli
bumi seluruhnya tidak menyetujui dan menentang mereka.”

Barisan muslimin yang bangkit sebagai du’at. Mereka berda’wah kepada keluarga
dan masyarakat agar kembali kepada Islam sebagai Din Allah yang bersifat Kamil
dan Mutakamil.

3. Melaksanakan jihad. Pembentukan masyarakat Islam dan pemerintahan


Islam, yang menjadi matlamat asasi dalam ‘Amal Islami, tidak akan tercapai tanpa
jihad. Malah jihad mengangkat pekerja-pekerja Islam daripada segala kerendahan
kepada ketinggian. Jihad akan menjadikan pekerja-pekerja Islam terikat dengan
Islam siang dan malam. Terpaut rasa dengan alam ukhrawi sepertimana
terpautnya manusia lain kepada kehidupan dunia.

Jihad perlu berterusan. Orang-orang yang mati tanpa berjihad tergolong dalam
golongan munafiq. Orang-orang yang mati tanpa kesan jihad akan bertemu Allah
SWT dalam keadaan sumbing. Sabda Rasulullah SAW:

5
“Sesiapa yang bertemu Allah (mati) tanpa kesan jihad, maka dia bertemu Allah
dan padanya terdapat kesumbingan.” - Hadith Riwayat at-Tarmizi.

Sabda Rasulullah SAW:

“Sesiapa yang mati dan tidak pernah berperang dan jiwanya tidak berlaku
peperangan, maka dia mati di atas cabangan nifaq.” - Hadith Riwayat Muslim.

Firman Allah SWT:

“Kalau kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperolehi dan
perjalanan yang tidak berapa jauh, pasti mereka mengikutimu, tetapi tempat
yang dituju itu mereka terasa amat jauh.” - Surah at-Taubah: ayat 42.

4. Du’at perlulah bekerja secara jama’i, tidak keseorangan.

5. Hendaklah difahami bahawa dengan kesedaran dan semangat semata-mata


tidak akan lahir pekerja dan penda’wah sepanjang hayat. Hamasah (semangat)
akan hilang apabila bertemu dengan ‘Uqubah dan Mehnah (bencana dan ujian) di
atas jalan da’wah. Lebih-lebih lagi jalan da’wah ini panjang dan jauh. Ia tidak
dihampari dengan permaidani indah atau ditaburi dengan bunga-bungaan. Justeru
itu Tarbiyyah, Takwin dan bekerja secara jama’i adalah perlu.

Dengan adanya Tarbiyyah dan Takwin, InsyaAllah akan lahirlah pekerja sepanjang
hayat, iltizam dengan matlamat da’wah yang besar dan bercita-cita mencari
keredhaan Allah SWT semata-mata.

Penutup

Menegakkan kembali Din Allah SWT adalah Amanah Qubra (besar) dan taklif
Rabbani. Du’at perlu memikul Amanah dan Taklif ini. Meninggalkannya adalah
berdosa lantaran du’at berada di satu penjuru daripada penjuru-penjuru Islam
yang perlu dikawal dan dijaga agar musuh tidak dapat menceroboh.

Bersama-samalah du’at memikul tugas yang mulia ini. Mengajak masyarakat ke


jalan Allah SWT secara jama’i, dengan penuh rasa Ukhuwwah dan dengan
mempersaksikan Qudwah Hasanah demi pengabdian kepada Allah SWT.

Medan da’wah dan berkerja untuk Islam adalah medan yang Allah SWT
muliakan. Begitu juga du’at menjadi mulia di atas medan ini. Du’at hidup dan
mati di atasnya. Du’at beristiqamah di atasnya hingga kembali bertemu Allah
SWT dalam keadaan mendapat kasih-Nya dan tersela-mat daripada kemurkaan-
Nya.