Anda di halaman 1dari 3

KURSUS PEMBANGUNAN JATI DIRI USAHAWAN MARA.

Pengenalan.

Kejayaan akan dapat dicapai apabila potensi diri dapat digunakan


secara optima. Usaha membangunkan kecemerlangan potensi diri
memerlukan satu kekuatan jati diri yang mampu memacu kejayaan
usaha yang dilaksanakan. Bermotivasi dan berkeyakinan diri serta
kekuatan minda lebih diperlukan berbanding keupayaan fizikal. Oleh
itu keupayaan mengenalpasti kendiri dan berminda positif perlu
ditingkatkan dalam usaha meningkatkan pembangunan jati diri
sebagai langkah untuk memburu kejayaan. Tahap ketanggungjawapan
yang tinggi serta pemilikan daya saing amat membantu seseorang
menentukan hala tuju dan wawasan hidup. Turut dibincangkan pada
modul ini adalah kefahaman budaya keusahawanan serta
tanggungjawab keusahawanan social. Justeru itu modul pembangunan
jati diri yang dikemukakan ini akan cuba menghuraikan langkah-
langkah terbaik dalam membina kendiri yang berdaya saing , budaya
bertanggungjawab, bermotivasi dan berminda positif. Diharapkan
selepas tamat kursus, para peserta akan dapat mempertingkatkan jati
diri masing-masing ke arah membina masa depan yang lebih
berwawasan dan memperolehi kecemerlangan dalam bidang yang
diusahakan.

Tempoh Program : 2 hari 1 malam.

Objektif Kursus.
1. Mengenalpasti dan Menganalisis Kendiri dalam konteks Membina
Kecemerlangan Prestasi dan Sikap Kebertanggungjawapan
kepada Tuntutan Kehidupan.
2. Memahami Aspek Pembentukan Jati Diri & Membentuk Minda
Positif.
3. Memahami Halangan Ke Arah Membentuk Jati Diri Cemerlang.
4. Mempelajari kemahiran berfikir secara kreatif & memupuk
budaya Keusahawanan.
5. Membentuk Budaya Penyelenggaraan Minda & Jati diri.
Kandungan Modul.

Hari Pertama.

1. Modul 1 : Penganalisisan Kendiri.


a. Ta’aruf.
b. Potensi Diri – Analisis SWOT.
c. Masalah & Kekangan Jati Diri - aspek keyakinan, motivasi
& tanggungjawab.
d. Hubungan Kemanusiaan.

2. Modul 2 : Pembentukan Jati Diri .


a. Pembentukan Keyakinan Diri.
b. Motivasi Diri.
c. Pengurusan Hati
d. Memahami Kita Sebagai Insan & Khalifah.
e. Wawasan, Masa Depan & Keutamaan Hidup.
f. Memahami Fitrah Kehidupan.

3. Modul 3: Ke Arah Mencipta Kecemerlangan Hidup.


a. Langkah membentuk minda positif.
b. Kunci menjadi individu berkredibiliti.
c. Membina Ketrampilan & sikap postif.

Hari Kedua.

1. Modul 4 : Budaya & Minda Keusahawanan.


a. Anda, Dia, Mereka adalah sama.
b. Daya Maju = Masa = Daya Saing.
c. Kreativiti : Melakukan Perubahan Makna.
d. Think Power.
e. Tanggungjawab keusahawanan sosial.

2. Modul 5 : Membentuk Budaya Penyelenggaraan Minda &


Jati diri.
a. Kompas Kualiti :
1. Kepercayaan,
2. Kesederhanaan
3. Kemampuan
4. Prihatin
b. Menambat : Cara Mengawal Perasaan.
c. Bila Berfikiran Negatif Itu adalah baik.
d. Resepi Sarapan & Vitamin Minda.
e. Kaedah Penyelenggaraan Jati Diri.

3. Modul 6 : Persaingan Memperkasakan Jatidiri Usahawan.


a. Persaingan Aras Penentu Kejayaan.
b. Memanfaatkan Persaingan Dari sudut Strategi Blue Ocean.
c. Persaingan Membina jatidiri Usahawan Berjaya.