Anda di halaman 1dari 31

FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

KBP 6014 PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID-MUIRD BERMASALAH PEMBELAJARAN

TAJUK KAJIAN : SIKAP DAN PERANAN GURU DALAM MEMPERKASAKAN PENDIDIKAN INKLUSIF

NAMA PENSYARAH NAMA PELAJAR NO. MATRIK

: DR. NOOR AINI BT AHMAD : ALIAA BINTI ISMAIL : M20122001573

NO. KAD PENGENALAN : 831209-02-5020

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Allah S.W.T dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya dapat saya melaksanakan kajian dan menghasilkan penulisan ini. Terima kasih kepada pihak yang telah memberikan kerjasama, bantuan dan dorongan sama ada secara langsung dan tidak langsung di dalam menjalankan kajian ini. Jutaan penghargaan kepada Pensyarah KBK 6014 Pendidikan Inklusif Bagi Murid Bermasalah Pembelajaran iaitu yang teristimewa DR. Noraini binti Ahmad, atas segala nasihat yang bermakna, tunjuk ajar dan bimbingan yang membina sepanjang proses melaksanakan projek ini. Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi nasihat, bimbingan dan semangat dalam menghasilkan kajian ini. Sekalung terima kasih kepada Guru Besar SK Hashim Awang, Penolong Kanan SK Hashim Awang, Penolong Kanan Pendidikan Khas SK Hashim Awang, guru-guru SK Hashim Awang yang telah banyak memberi kerjasama yang diberikan. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru pendidikan Khas di SK Hashim Awang kerana kerjasama dan kesudian mereka untuk menjayakan kajian ini. Ribuan terima kasih kepada teman-teman perjuangan yang sentiasa memberi sokongan dan nasihat sepanjang saya menghasilkan kajian ini.

Sekian, terima kasih.

ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKA SURAT

1.

PENGENALAN

2.

1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1.2 Latar Belakang Kajian 1.3 Penyertaan Masalah 1.4 Tujuan Kajian 1-2 25 57 79

3.

2.0 SOROTAN PENULISAN 2.1 Sejarah Pendidikan Inklusif 2.2 Sikap dan Peranan Guru 10 11 11 - -13 13 15 16 17 17 18 19

4.

3.0 METODOLOGI KAJIAN

5.

4.0 DAPATAN KAJIAN 4.1 Pengetahuan Guru Mengenai Pendidikan Khas dan KanakKanak Berkeperluan Khas 4.2 Sikap Penerimaan Guru Terhadap Murid Berkeperluan Khas 4.2.1 Penerimaan Guru Terhadap Murid berkeperluan Khas

6.

4.2.2

Komitmen Pentadbiran Sekolah 19 21

4.3 Peranan Guru 7. 5.0 CADANGAN DAN KESIMPULAN

22 BIBLIOGRAFI

SIKAP DAN PERANAN GURU DALAM MEMPERKASAKAN PENDIDIKAN KHAS

Aliaa binti Ismail Univeriti Pendidikan Sultan Idris

ABSTRAK

Pendidikan inklusif dalam konteks pendidikan adalah untuk menumpukan perhatiannya ke arah pengsealiran murid-muird berkeperluan khas di sekolah-sekolah normal. Matlamatnya adalah untuk memberikan peluang kepada murid-murid tersebut menerima pengajaran, pembelajaran dan menyertai semua aktiviti-aktiviti yang terdapat di sekolah bersama-sama dengan murid normal dan diajar oleh guru biasa. Matlamat selanjutnya supaya murid-murid berkeperluan khas dapat menyesuaikan diri dalam semua aspek kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan juga dalam komuniti setempat dengan tujuan menjadikan mereka lebih berupaya berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang menyumbang. Maka, pendedahan mengenai Pendidikan inklusif ini perlu bagi membolehkan semua pihak medapat penerangan yang betul sebelum melaksanakannya. Ia juga selaras dengan tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti keberkesanan Program Pendidikan Inklusif yang di laksanakan di Sekolah Kebangsaan Hashim Awang. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif untuk mengumpul datadata. Seramai tujuh puluh enam orang responden yang terlibat dalam kajian ini. Ia terdiri daripada Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan Ko-Kurikulum, Penolong Kanan Pendidikan Khas, Guru-guru Pendidikan Khas dan Guru-guru Aliran Perdana. Sekolah Kebangsaan Hashim Awang merupakan antara sekolah yang menjalankan Program Inklusif pada setiap tahun. Pada tahun ini terdapat seorang murid yang telah di inklusifkan secara sepenuhnya. Pemilihan murid untuk mengikuti program inklusif adalah mengikut permintaan daripada penjaga sendiri. Dapatan kajian mendapati pertambahan murid berkeperluan khas yang mengikuti pendidikan inklusif yang mana murid-murid tersebut dapat mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran bersama-sama rakan sekelas yang lain. Mereka dapat berkomunikasi dengan baik. Malah, guru pendamping dan guru matapelajaran dapat menjalinkan hubungan yang baik. Pemahaman guru arus perdana terhadap Program Inklusif semakin tinggi. Penolong Kanan menyarankan Program Inklusif ini akan berjalan dengan lancar sekiranya ia dirancang dengan baik.

ABSTRACT

Inclusive education in the context of education is focusing toward adaption of special needs student in normal school. The goal is to provide opportunity for the students to receive teaching, learning, and also participating in all activities available in the school along with normal student and taught by regular teachers. Further goals is to make sure that students with special needs can adapt themselves in all aspects of community within the school and also in local community with the aim making them more capable of being self-reliance and became more contributing members of society. Thus, exposure of this inclusive education is necessary to enable all parties can get correct explanation before implementing it. Consistent with the purpose of this study is to identify the effectiveness of Inclusive Education Programme implemented in Sekolah Kebangsaan Hashim Awang. This research uses qualitative and quantitative approaches to collect data. A total of seventy-six respondents participated in this study. It consists of a Principal, Senior Administrative Assistant, Senior Assistant Student Affairs, Senior Assistant Co-Curricular, Senior Assistant Special Education, Special Education Teachers and Mainstream Teachers (guru arus perdana). Sekolah Kebangsaan Hashim Awang is one of the schools that run Inclusive Program each year. This year, there is a student who has been fully being inclusive. Selection of students for the inclusive program is at the request of own guardian. Results showed that there is the increase of students with special needs who get inclusive education where students are able to get the teaching and learning activities along other classmates. They were able to communicate well. In fact, the escort teacher and subject teacher can establish a good relationship. Mainstream teacher (guru arus perdana) understandings of the Inclusive Program is higher. Senior Assistant Inclusive recommends this program will run smoothly if it is well planned.

1.0

PENDAHULUAN

1.1

PENGENALAN

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Falsafah Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Bagi memenuhi keperluan dan kehendak Falsafah Pendidikan Khas, kurikulum yang dibina berlandaskan kepada tiga prinsip utama iaitu pendidikan menyeluruh dan bersepadu bertujuan memberi fokus kepada petensi individu meliputi aspek jasmini, emosi, rohani, intelek dan sosial. Potensi ini hendaklah dipertingkatkan melaluai penglibatan kumpulan pelbagai disiplin secara kolaboratif dan bersepadu. Prinsip yang kedua ialah pembelajaran yang menggembirakan dan bermakna merujuk kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang merangsang dan mengekalkan minat murid berkeperluan khas kepada pembelajaran.Suasana penbelajaran yang kondusif perlu diberi penekanan agar murid dapat menguasai pengetahuan dan kemahiran yang boleh digunakan untuk keperluan diri dan masyarakat.Ini dapat melahirkan murid yang berkeyakinan dan berfikiran terbuka. Manakala prinsip yang ketiga ialah pendidikan sepanjang hayat iaitu merupakan pemerolehan ilmu pengetuahuan dan kemahiran di alam persekolahan yang dapat menjana penguasaan ilmu secara berterusan untuk digunakan dalam kehidupan seharian.

Prinsip di atas perlu dilaksanakan melalui proses yang melibatkan tiga aspek iaitu bidang pembelajaran, pendekatan pengajaran dan pembelajaran, dan penilaian yang berteraskan kepada

keperluan individu. Untuk menentukan keperluan setiap individu, penilaian awal perlu perlu dijalankan berdasarkan laporan pakar. Guru perlu menjalankan ujian pengesanan untuk menentukan murid layak berada dalam program pendidikan khas. Setelah murid berada dalam pendidikan khas, ujian diagnostik seperti temubual, senarai semak dan pemerhatian perlu dijalankan untuk menentukan tahap kefungsian murid dan seterusnya merancang program pendidikan berdasarkan keperluan individu.

1.2

LATAR BELAKANG KAJIAN

Perkataan inklusif ini diambil daripada perkataan inggeris Inclusive yang memberikan maksud merangumi. Menurut Naim, 1997 dalam buku Psikologi Pendidikan maksud inklusif secara umumnya adalah mengintegrasikan murid-murid berkeperluan khas ke dalam bilik darjah biasa, supaya mereka berpeluang menikmati segala kemudahan belajar dalam keadaan normal seperti murid-murid lain tanpa mengira status dan kekurangan.

Hallahan dan Kauffman, (1977) menyatakan Pendidikan Khas bermakna pengajaran yang direka khas untuk memenuhi keperluan-keperluan yang luar biasa seseorang kanak-kanak yang luar biasa. Bahan-bahan khas, teknik-teknik pengajaran, atau peralatan dan atau kemudahankemudahan diperlukan. Culatta dan Tompkins (1999) menyatakan Pendidikan Khas ialah pengajaran yang bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan dan berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan Khas menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum yang baku atau biasa atau perkhidmatanperkhidmatan sekolah biasa (Mohd Najib, 2006).

Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1986 mengeluarkan Falsafah Pendidikan Khas iaitu Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara (Sabilah, 2006).

Deklerasi Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Asasi 1948 dan ikrar masyarakat dunia di Persidangan Dunia mengenai Pendidikan Untuk Semua 1990, menegaskan hak untuk semua mendapat pendidikan tanpa mengira perbezaan individu dan kemampuannya. Oleh yang demikian Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil satu langkah positif iaitu menyediakan satu program bagi membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah untuk belajar secara biasa mengikut kemampuan mereka dengan menitik beratkan aspek intelek, rohani, jasmani, emosi , sosial, bakat, nilai-nilai moral dan estetika (Mohd Najib, 2006).

Pendekatan Pendidikan Inklusif dilaksanakan di sekolah tertentu di seluruh negara bagi memenuhi keperluan murid dan juga permintaan ibu bapa. Dasar sedia ada yang diterima pakai sekian lama memperuntukkan hak mendapat pendidikan formal bagi kanak-kanak berkeperluan khas, dan dasar tersebut diperkukuh oleh dasar Pendidikan Wajib dan Pendidikan untuk Semua yang kini menjadi asas perkiraan dalam perancangan pelaksanaan pendidikan khas di Malaysia. Dengan termaterai dua dasar tersebut, pendekatan pendidikan inklusif menjadi perkara penting dalam menghadapi cabaran dan isu-isu semasa pendidikan khas. Oleh itu terdapat keperluan pendidikan inklusif dilaksanakan dalam arus perdana sistem pendidikan di Malaysia kerana merangkumi keperluan kesamarataan hak asasi, keperluan pendidikan berkualiti dan keperluan sosial.

Malaysia mengamalkan sistem pendidikan berpusat dan Kementerian Pelajaran bertanggungjawab terhadap pembangunan dan pengurusan pendidikan formal untuk setiap kanak-kanak termasuk individu berkeperluan khas atau kurang upaya. Dalam Akta Pendidikan 1996, konsep ketidakupayaan (disabled) adalah merangkumi murid yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran (Bahagian H, Seksyen 41). Secara umumnya setiap individu berhak mendapat hak yang sama rata termasuklah keperluan pendidikan mengikut keupayaan masing- masing termasuklah untuk golongan kurang upaya. Ini kerana semua kanak- kanak mempunyai hak untuk belajar dan dididik di persekitaran yang sama dengan rakan sebaya yang lain.

Pelbagai deklarasi antarabangsa yang menyokong bahawa pendidikan inklusif adalah suatu hak bagi kanak-kanak berkeperluan khas. Malahan mengasingkan kanak-kanak ke dalam

kelas khas juga adalah suatu diskriminasi. Akta Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa pendidikan yang diberikan kepada rakyat Malaysia adalah pelbagai dan skop yang komprehensif agar memenuhi keperluan negara, memupuk perpaduan negara melalui pembangunan budaya, sosial,ekonomi dan politik selaras dengan prinsip-prinsip Rukunegara. Oleh itu golongan bekeperluan khas juga seharusnya diberi peluang untuk sama-sama menikmati hak kesamarataan termasuklah dalam aspek pendidikan yang lebih berkualiti. Oleh itu keperluan pendidikan inklusif dan kaedah yang lebih sesuai bagi pendidikan ini dalam setiap kategori pendidikan khas haruslah dipertingkatkan untuk kemajuan golongan kurang upaya bukan sahaja dalam aspek pendidikan malahan segala aspek lain.

Pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dan segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatupadu, demokratik, liberal dan dinamik. Sistem pendidikan yang bertaraf dunia seharusnya memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi gagasan sesebuah Negara. Oleh itu pendidikan inklusif merupakan strategi jangka masa panjang yang baik untuk meningkatkan taraf pendidikan golongan bekeperluan khas di Negara kita. Ini kerana pendidikan seharusnya menjadi asset kepada setiap individu termasuklah golongan bekeperluan khas. Ketidakupayaan tidak boleh dijadikan alasan untuk keciciran mendapatkan pendidikan kerana pelbagai kaedah boleh dilaksanakan dalam menyediakan perkhidmatan kepada golongan bekeperluan khas .

Pendidikan inklusif memberi peluang kepada individu untuk berada dalam persekitaran masyarakat yang sebenar melalui sistem pendidikan. Situasi ini membantu pelajar untuk berinteraksi dengan persekitaran yang pelbagai serta melatih diri berhadapan dengan kehidupan masa depan kelak. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak menunjukkan prestasi akademik dan sosial yang lebih tinggi apabila mereka belajar dalam suatu persekitaran yang sama. Oleh itu pendidikan inklusif perlu dilaksanakan bukan sahaja di sekolah- sekolah yang terpilih namun di setiap sekolah dan pusat- pusat biasa untuk memudahkan akses pendidikan kepada golongan bekeperluan khas. Pendidikan Inklusif juga sebenarnya menjimatkan banyak masa, tenaga dan

material kepada pelbagai pihak seperti pelajar, keluarga, guru, sekolah dan kerajaan. Ini kerana pendidikan inklusif menjadi sebahagian daripada pendidikan arus perdana di Negara kita.

Pendidikan Inklusif bukan sahaja bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada golongan bekeperluan khas malahan untuk mewujudkan hubungan kemanusiaan di antara ahli masyarakat. Ini kerana realitinya masyarakat terutamanya kanak- kanak tidak didedahkan dengan golongan kurang upaya sehinggakan menimbulkan sikap prejudis, takut dan tidak peduli terhadap golongan bekeperluan khas. Pelaksanaan Pendidikan Inklusif dalam sistem pendidikan arus perdana mengajar kanak- kanak untuk menerima golongan bekeperluan khas secara lebih semulajadi. Pendidikan inklusif berpotensi untuk mengurangkan rasa takut dan membina persahabatan, rasa hormat dan sikap memahami terhadap orang kurang upaya OKU. Ini kerana semua individu memerlukan pendidikan yang akan membantu mereka membina persahabatan dan persediaan untuk kehidupan di arus perdana. Bagi tujuan jangkamasa panjang pendidikan inklusif membantu pelajar bekelerluan khas untuk berfungsi ke tahap optimum mengikut kemampuan diri sendiri serta mengurangkan kebergantungan kepada orang lain.

1.3

PERNYATAAN MASALAH

Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikan kepada murid-murid dengan keperluan khas untuk belajar bersama-sama dengan murid-murid normal, yang mana mereka berada di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa (Haji Sabri Salleh, 1996). Pendidikan inklusif menumpukan perhatiannya kearah pengsealiran muridmurid berkeperluan khas di sekolah-sekolah normal. Matlamatnya adalah memberi peluang kepada pelajar-pelajar tersebut menerima pengajaran, pembelajaran, dan menyertai semua aktiviti-aktiviti yang terdapat disekolah bersama-sama pelajar normal. Ia juga bertujuan supaya murid-murid berkeperluan khas dapat menyesuaikan diri dalan semua aspek kemasyarakatan yang terdapat disekolah dan juga di dalam komuniti setempat dengan tujuan menjadikan mereka lebih berupaya dan mampu berdikari seterusnya menjadi anggota masyarakat yang menyumbang (Mohd. Siraj Awang, 1996).

Pelaksanaan Pendidikan Inklusif dalam sistem Pendidikan arus perdana merupakan matlamat yang ingin dicapai dalam meletakkan pendidikan Malaysia bertaraf dunia. Kajian Haniz Ibrahim (1998) mendapati bahawa guru aliran perdana sekolah rendah dan menegah bersikap negative terhadap pendidikan inklusif. Namun terdapat pelbagai isu dan cabaran dalam melaksanakan pendidikan Inklusif secara sepenuhnya di setiap sekolah. Antara faktor yang menjadi kekangan utama ialah sumber yang terhad, sikap serta pandangan yang negatif guruguru aliran perdana terhadap program pendidikan inklusif dan selain itu juga kajian Mohd Najib, 2006 yang meninjau pendapat guru Pendidikan Khas berkaitan pendidikan Inklusif mendapati cabaran dan isu yang dihadapi sering dihadapi termasuklah:

a.

Pembahagian tugas : Guru bilik darjah biasa tidak memberi sokongan dan kerjasama kepada pengajaran pemulihan dan murid-murid berpendidikan khas yang diletakkan dalam kelas inklusif.

b.

Penyelarasan pengajaran: Terdapat jurang perhubungan antara guru bilik darjah biasa dengan guru Pendidikan Khas. Guru Pendidikan Khas memisahkan diri dan pengajaran daripada kurikulum biasa. Tidak ada penyelarasan antara isi kurikulum kelas biasa dengan kelas pendidikan khas. Keadaan ini menjejaskan pembelajaran murid.

c.

Tanggungjawab : Guru kelas biasa menjauhkan diri dari terlibat dengan program pendidikan khas. Banyak kajian menunjukkan bahawa terdapat kurang kerjasama yang ditunjukkan oleh guru kelas biasa ini dan ini didapati salah satu yang menjadi faktor murid-murid menghadapi masalah dalam pembelajaran.

d.

Beban tugas : Guru Pendidikan Khas banyak diberikan tugas ko-kurikulum dan lain-lain apabila mereka tidak dapat menjalankan tugas dengan sempurna, ia memberi gambaran yang negatif kepada guru lain sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak bekerjasama.

e.

Hubungan dengan guru besar dalam program Pendidikan Khas : Guru besar kurang mendapat pendedahan mengenai program pemulihan atau kelas Pendidikan Khas. Keadaan ini ada kalanya menjadikan guru besar menganggap kerja dan tanggungjawab guru Pendidikan Khas senang dan ringan. Oleh itu mereka diberikan tugas lain seperti menjadi Guru Sumber atau bilik sumber, atau jawatan-jawatan lain.

g.

Hubungan dengan ibubapa yang mempunyai anak istimewa: Ibubapa kurang menunjukkan minat dalam pembelajaran anak-anak istimewa ini. Sebagai contoh,

tidak datang berjumpa guru walaupun diminta untuk datang berjumpa dengan guru. Hal ini adalah disebabkan ibubapa tidak diberi penerangan tentang fungsi kelas pemulihan atau kelas khas yang dijalankan untuk anak-anak mereka.

Kadangkala tekanan yang hebat juga diterima dari pentadbiran yang langsung tidak membenarkan program inklusif dijalankan. Dasar yang telah ditentukan dalam Akta Pendidikan ini tidak memberi banyak makna kepada guru Pendidikan Khas kerana tekanan yang mereka terima lebih menyakitkan.persepsi negative dalam kalangan pentadbir menjadi duri kepada guruguru Pendidikan Khas meneruskan agenda pendidikan kepada murid-murid Pendidikan Khas. Maka tidak hairanlah ramai antara rakan kami tidak inklusifkan murid mereka kerana tidak sanggup menghadapi tekanan yang sedemikian.

Masalah lebih berat lagi jika ada guru aliran perdana yang tidak mahu menerima murid inklusif tersebut kerana mereka sudah ada target and tov untuk murid mereka. Bagi kebanyakan guru aliran perdana sukar menerima mereka kerana terpaksa menyediakan pelaporan dan dokumentasi.

Bagi guru pendidikan khas cabarannya ialah terpaksa mengajar dengan menggunakan dua sukatan pelajaran yang berbeza. Sukatan aliran perdana untuk murid inklusif dan sukatan alternative bagi murid pendidikan khas. Modifikasi dalam sukatan tersebut tidak menjadi masalah sebenarnya, guru pendidikan khas sanggup menyahut cabaran tersebut asalkan murid berjaya. Namun demikian isunya tidak tamat begitu sahaja. Timbul pula masalah pemberian markah dan kewibawaan guru pendidikan khas dipertikai dalam menyemak kertas soalan dan kelayakan memberi markah mengikut skema mereka.

1.4

TUJUAN KAJIAN

Perbincangan dalam kertas ini adalah berasaskan beberapa sumber maklumat. Antaranya adalah respons guru yang terlibat dalam kajian rintis program pendidikan khas integrasi pendekatan inklusif dalam interaksi dengan penulis melalui perbincangan formal dan juga tidak

formal. Selain itu maklumat juga di dapati daripada beberapa kajian ilmiah dan kajian tindakan yang berkaitan pendidikan inklusif secara langsung atau tidak langsung.

Maklumat tersebut digandingkan dengan maklumat perkembangan semasa yang didapati melalui projek rintis dalam program pendidikan khas. Dengan kata lain, secara khusus kaedah yang digunakan untuk mendapatkan maklumat bagi penulisan kertas ini adalah seperti berikut: 1. Analisis dokumen laporan kajian-kajian empirikal mengenai pendidikan inklusif di Malaysia: sikap guru; pengetahuan guru aliran perdana tentang pendidkan khas, persepsi guru tentang murid berkeperluan khas 2. Perbincangan tidak formal dengan guru dan pentadbir sekolah 3. Pemerhatian dalam kelas yang terdapat murid berkeperluan khas 4. Keratan artikel akhbar 5. Diari penulis: Pengalaman penulis dalam menjalankan pemantauan program pendidikan khas dan interaksi sosial seharian

1.4.1

OBJEKTIF KAJIAN

Banyak kajian tentang guru telah dijalankan oleh pelbagai pihak. Namun begitu, kajian tentang pendidikan inklusif di Malaysia adalah amat sedikit. Dalam iklim pendidikan yang menekankan kualiti, komitmen dan peranan guru adalah dua elemen yang kritikal dalam menentukan peningkatan kualiti pendidikan secara menyeluruh dan cepat. Kajian ini hanya kajian kes mengenai sikap serta peranan guru terhadap program pendidikan inklusif dan bukan untuk tujuan membuktikan sebarang teori. Walau bagaimana pun ia membuka ruang untuk perbincangan yang mungkin boleh di jadikan asas kajian yang lebih terperinci dan sistematik.

1.4.2

SOALAN KAJIAN

Antara persoalan yang dikenalpasti dalam kajian ini adalah: 1. Apakah faktor yang mempengaruhi sikap dan peranan guru dalam pelaksanaan pendidikan inklusif?

2. Sejauh mana guru di aliran perdana memberi komited dengan proses pengajaran dan pembelajaran murid berkeperluan khas dalam tanggungjawab mereka ? dan 3. Apakah strategi guru aliran perdana dalam mengatasi masalah murid berkeperluan khas?

2.0

SOROTAN PENULISAN

2.1

SEJARAH PENDIDIKAN INKLSIF

Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1986 mengeluarkan Falsafah Pendidikan Khas iaitu Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara (Sabilah, 2006).

Deklerasi Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Asasi 1948 dan ikrar masyarakat dunia di Persidangan Dunia mengenai pendidikan Untuk Semua 1990, menegaskan hak untuk semua mendapat pendidikan tanpa mengira perbezaan individu dan kemampuannya. Oleh yang demikian Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil satu langkah positif iaitu menyediakan satu program bagi membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah untuk belajar secara biasa mengikut kemampuan mereka dengan menitik beratkan aspek-aspek seperti intelek, Rohani, Jasmani, Emosi, Sosial, Bakat, Nilai-nilai moral dan Estetika.

Melalui kurikulum sekarang kanak-kanak ini dibimbing untuk menguasai kemahiran asas yang kukuh. Walau bagaimanapun masih terdapat kanak-kanak yang tidak dapat mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran yang disediakan disebabkan oleh pelbagai kecacatan yang menganggu proses pembelajaran mereka. Mengikut Bogdan & Kurgelmass (1984); Mercer (1973); masalah yang timbul berpunca dari ketidakmampuan dalam diri murid dan ini menyebabkan mereka sukar mengikuti kurikulum biasa. Oleh yang demikian, tumpuan adalah untuk mengubah kekurangan-kekurangan didalam diripelajar sahaja. Dengan ini perlu dibentuk pendidikan khas seperti berikut:-

1. Pendekatan mengeluarkan murid dari kelas biasa Murid yang difikirkan tidak boleh mengikut kurikulum biasa dikeluarkan sama ada

untuk sesuatu jangkamasa, ke kelas-kelas khas atau ke sekolah khas. Tujuannya adalah untuk menyediakan pengalaman pembelajaran setimpal dengan kelemahankelemahan yang terdapat pada murid tersebut.

2. Pendekatan pemulihan Pendekatan ini mempunyai beberapa bentuk dan strategi. Pada asasnya pendekatan ini bertujuan untuk menyediakan pencegahan yang boleh mengatasi atau menghilangkan kekurangan-kekurangan yang terdapat dikalangan murid-murid tersebut.

2.2

SIKAP DAN PERANAN GURU

Sikap adalah merupakan salah satu daripada faktor yang akan menentukan kejayaan seseorang pelajar dalam pembelajaran yang dipelajari dimana sikap mempunyai hubungan yang rapat dengan responsibiliti pelajar itu sendiri untuk memahami dan menyelesaikan tugasan atau aktiviti yang diberikan oleh guru. Secara ringkasnya, sikap wujud daripada keinginan seseorang dan rangsangan oleh orang disekelilingnya. Lazimnya, sikap individu itu sendiri lambat laun akan menjadi kebiasaan yang dipraktikkan dalam kehidupan seharian (Rahil, Abd. Majid, dan Zaidatul Akmar, 1998). Sikap kemungkinan besar mempengaruhi pencapaian seseorang dan adalah pengaruh penting kepada perubahan tingkah laku. Berdasarkan penyelidikan yang dilakukan oleh pendidik iaitu Sharifah Alwiyah Alsagoff (1983), sikap adalah keadaan dimana seseorang individu itu dipengaruhi untuk melakukan tindak balas secara positif dan negatif terhadap individu lain.

Kajian banyak menunjukkan bahawa murid-murid yang diletakkan dalam kelas biasa, belajar dengan kanak-kanak normal, adalah menunjukkan pencapaian yang lebih baik dari mereka yang diasingkan. Kelas Pendidikan Khas yang mana murid-murid diasingkan tidak menunjukkan pencapaian yang diharapkan oleh semua pihak. Daripada pemerhatian juga didapati bahawa murid lebih berjaya jikalau mereka berada dalam kelas biasa hampir sepanjang hari berbanding dengan kelas Pendidikan Khas. Ia merupakan amalan yang paling berkesan dan bermakna untuk anak-anak ini. Anak yang diasingkan daripada rakan sebayanya yang lain, akan

dengan sendirinya memberi kesan kepada diri mereka dan juga murid-murid yang lain bahawa mereka adalah sememangnya berlainan.

Minat adalah merupakan salah satu daya pengerak yang dapat membantu pelajar memberikan sepenuh perhatian kepada seseorang sama ada ianya melibatkan aktiviti atau kegiatan secara langsung atau tidak langsung. Ia merupakan pengalaman yang dapat mempengaruhi oleh tindakan individu itu sendiri dan ianya berkait rapat dengan gerakbalas emosi dan fizikal. Minat yang tinggi boleh merangsangkan seseorang individu itu untuk melakukan sesuatu perkara tanpa didesak atau dipaksa oleh orang lain yang melibatkan aktiviti dari segi pengajaran dan pembelajaran mahu pun yang melibatkan rutin seharian. Ciri-ciri ini amat diperlukan bagi memastikan wujudnya penglibatan yang maksimum dari pelajar didalam setiap aktiviti pembelajaran.

Menurut (Crow & Crow, 1980), minat adalah daya pengerak yang mendorong pelajar supaya memberikan perhatian kepada seseorang, benda dan kegiatan. Ia boleh merupakan

pengalaman yang berpengaruh yang telah dirangsang oleh kegiatan itu sendiri. Minat boleh menjadi punca kepada sesuatu kegiatan itu sendiri. Arah pemikiran dipengaruhi oleh pengalaman deria dan kesedaran pengamatan untuk membolehkan deria dan kesedaran pengamatan membolehkan perubahan perhubungan diantara idea dengan proses pemikiran. Oleh yang demikian, pelajar yang mempunyai minat yang maksimum serta sikap berdisiplin akan lebih bersemangat dan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan prestasi dalam setiap pembelajaran walaupun ianya sukar untuk dikuasai sepenuhnya.

Pencapaian pelajar yang lebih baik dengan persekitaran dan suasana bilik darjah yang sesuai dengan bilangan pelajar. Susun atur meja, kerusi dan peralatan adalah faktor keselesaan yang akan mempengaruhi pencapaian pelajar sama ada secara langsung atau sebaliknya. Persekitaran bilik darjah yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan serta keceriaan susun atau yang selesa akan menimbulkan minat kepada pelajar untuk belajar dan dapat membantu pelajar mengaplikasikan setiap kemudahan yang disediakan dengan baik. Sharifah Alwiah (1985) menyatakan suasana bilik darjah tidak kurang pentingnya untuk mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Bilik darjah yang cerah dan berwarna warni, selesa, riang dan

terdapat interaksi guru murid dan murid-murid yang seronok sudah pasti akan menghasilkan pembelajaran yang lebih mudah dan kekal jika dibandingkan dengan keadaan yang berlawanan.

Masyarakat pada masa kini juga melihat institusi pendidikan merupakan sebuah institusi yang boleh menjadi sumber utama bagi mendapatkan pekerjaan. Secara tidak langsung martabat pendidikan sebagai pembentuk keperibadian dan sahsiah yang baik dan berketerampilan dapat diwujudkan. Zaitun dan rakan-rakan (1991) dalam kajian terhadap kemudahan fizikal sekolah merumuskan bahawa tiada hubung kaitnya diantara kemudahan fizikal, sebaliknya ini adalah hasil daripada banyak faktor-faktor lain yang mempengaruhi seperti interaksi antara kemudahan fizikal dengan pengajaran guru, sikap pelajar, minat dan sebagainya. Rumusannya bolehlah dirangkaikan dari aspek-aspek iklim, sekolah atau fizikal, intelektual dan emosi. Memupuk aspek yang saling bersandar dalam mempengaruhi penguasaan pelajar dalam kelas-kelas pemulihan ini. Sistem pendidikan adalah meruapkan satu usaha yang berterusan sejajar dengan Falsafah Pedidikan Negara ( FPN) yang ingin melahirkan insan berintelektual, rohani dan jasmani. Ia juga berperanan untuk memberikan pendidikan bersepadu dan bersistematik bagi menjamin kejayaan dalam bidang pembelajran dan kurikulum. Kurikulum yang baik dan tersusun boleh menarik serta menimbulkan minat seseorang pelajar untuk mendapat pencapaian yang baik dan cemerlang dalam pelajarannya.

Melalui sistem pendidikan masa dahulu dan masa sekarang secara langsung proses pencapaian ilmu dalam pembentukan peribadi akan membawa kepada perubahan demi perubahan kepada seseorang pelajar itu. Perkara yang penting dalam menentukan pencapaian yang cemerlang adalah bergantung kepada minat dan sikap pelajar itu sendiri. Menurut Atan (1980), pembelajaran ini adalah perubahan dari pengalaman. Pengalaman yang ada seseorang itu akan digunakan untuk sesuatu tindakan atau tingkahlaku. Pembelajaran memerlukan rangsangan dan kecerdasan pemikiran. Rangsangan yang diterima daripada alam sekeliling menjadi bahan diproses oleh kecerdasan untuk menjadi pengetahuan dan pengalaman. Menurut Rahil, Abd. Majid dan Zaidatul Akmalliah (1995), pembelajaran ialah satu gerakan ke arah penyelesaian masalah yang belum biasa ditemui mengenal pasti kuasa konsep mata pelajaran tertentu dan berupaya mengaplikasikan apa yang telah dipelajari dalam bilik darjah kepada masalah diluar bilik.

3.0

METODOLOGI KAJIAN

Kajian yang dijalankan adalah berbentuk deskriptif bermatlamat untuk menerokai sesuati bidang yang belum atau kurang dikaji dimana data dianalisis dan diperolehi dari soal selidik yang diedarkan kepada guru-guru yang mengajar kanak-kanak pendidikan khas ini. Soalan selidik yang dikemukakan kepada guru-guru biasa dan Pendidikan Khas bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi sikap guru-guru yang mengajar kanak-kanak Pendidikan Khas.

Tempat yang dipilih bagi menjalankan kajian adalah sekolah rendah di daerah Kepala Batas, Pulau Pinang. Populasi kajian adalah terdiri daripada 56 orang guru-guru biasa dan 17 orang guru yang mengajar kanak-kanak Pendidikan Khas. Sampel dalam kajian ini adalah terdiri daripada 17 orang guru yang sedang mengajar Pendidikan Khas dan 23 orang guru-guru biasa. Maka pemilihan sampel yang dipilih oleh pengkaji adalah sampelan tidak rawak bertujuan. Menurut Mohd. Najib (1997), sampel tidak rawak bertujuan iaitu penyelidik dengan segaja memilih sample yang bertujuan mendapat jumlah sample yang mewakili populasi.

Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk soalselidik. Soal selidik digunakan kerana ia lebih mudah untuk mendapatkan kerjasama responden (Tuckmen, 1998). Menurut Gravetter & Wallnau, 2004, kaedah deskriptif adalah satu prosedur atau teknik statistik bertujuan untuk meringkaskan data dalam bentuk yang lebih bermakna. Responden bebas memilih dan menyatakan pendapat, menilai mengikut kehendak soal-selidik dan mereka tahu apa yang difikirkan untuk menjawab. Soal selidik mempunyai beberapa kelebihan dibandingkan dengan cara-cara lain dalam usaha penyelidik mendapatkan maklumat. Ia dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu :

Bahagian A : Latar Belakang Guru

Di bahagian ini responden dikehendaki mengisi maklumat biodata diri, pengalaman mengajar, kelulusan ikhtisas, pengkhususan di maktab atau Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan kehadiran kursus yang pernah diikuti.

Bahagian B : Item Soal Selidik

Skala Likert digunakan dalam Bahagian B. Skala jenis ini digunakan kerana ianya dapat memberikan gambaran yang lebih tepat terhadap maklumbalas responden. Soalan ini direkabentuk untuk meninjau sikap serta peranan guru pendidikan khas dan guru-guru aliran perdana.

Selain itu juga, perbincangan dalam kertas ini adalah berasaskan beberapa sumber maklumat. Antaranya adalah respons guru yang terlibat dalam kajian rintis program pendidikan khas integrasi pendekatan inklusif dalam interaksi dengan penulis melalui perbincangan formal dan juga tidak formal. Selain itu maklumat juga di dapati daripada beberapa kajian ilmiah dan kajian tindakan yang berkaitan pendidikan inklusif secara langsung atau tidak langsung.

Maklumat tersebut digandingkan dengan maklumat perkembangan semasa yang didapati melalui projek rintis dalam program pendidikan khas. Dengan kata lain, secara khusus kaedah yang digunakan untuk mendapatkan maklumat bagi penulisan kertas ini adalah seperti berikut: 1. Analisis dokumen laporan kajian-kajian empirikal mengenai pendidikan inklusif di Malaysia: sikap guru; pengetahuan guru aliran perdana tentang pendidkan khas, persepsi guru tentang murid berkeperluan khas 2. Perbincangan tidak formal dengan guru dan pentadbir sekolah 3. Pemerhatian dalam kelas yang terdapat murid berkeperluan khas 4. Keratan artikel akhbar 5. Diari penulis: Pengalaman penulis dalam menjalankan pemantauan program pendidikan khas dan interaksi sosial seharian

4.0

DAPATAN KAJIAN

Penganalisaan data dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan B. Dalambahagian A, dapatan yang di analisis adalah berkisar kepada biodata responden. Sampel yang dikira sebagai responden adalah seramai 40 orang daripada 73 borang soal selidik yang telah diedarkan bagi kedua-dua jenis responden.

Majoriti responden yang mengajar Program Pendidikan Khas ini adalah terdiri daripada guru-guru perempuan iaitu 88.2 peratus dan guru lelaki 11.8 peratus. Responden guru biasa yang mengajar kelas aliran perdana pula, guru lelaki 17.9 peratus sementara guru perempuan 82.1 peratus. Jumlah responden yang ramai datangnya daripada guru-guru perempuan yang ramai mengajar kelas Pendidikan Khas ini mungkin kerana guru-guru perempuan mempunyai tahap kesabaran, prihatin, lemah lembut dalam mengajar dan melayani karenah kanak-kanak istimewa ini. Majoriti respoden adalah berumur dalam lingkungan 26 hingga 30 tahun sebanyak 27.5 peratus dan lebih 41 tahun 27.5 peratus. Selebihnya kurang 25 tahun 17.5 peratus dan 36 hingga 40 tahun juga 17.5 peratus. Bagi umur 31 hingga 35 tahun 10 peratus. Dari segi kelulusan iktisas, Sijil Perguruan adalah 57.5 peratus guru yang mengajar adalah lepasan maktab perguruan iaitu responden yang berumur lebih 30 tahun. Manakala 42.5 peratus kelulusan Diploma Perguruan yang baru diiktiraf oleh kerajaan. Hanya 5 peratus adalah guru berijazah yang mengambil kursus Pendidikan Khas di Universiti tempatan.

Dalam kegiatan ko-kurikulum pula guru-guru Pendidikan Khas juga mesti mengikuti kegiatan iaitu 70 peratus mengikut semua yang disenaraikan. 17.5 peratus persatuan sahaja, unit Pakaian Seragam 5 peratus dan sukan 7.5 peratus. Di sini menunjukkan guru-guru Pendidikan Khas tidak terkecuali dalam aktiviti-aktiviti di sekolah. Ini merupakan cabaran kepada guru-guru Pendidikan Khas ini kerana disamping mengajar kanak-kanak istimewa, mereka mesti merancang suatu cara yang kreatif untuk mengajar kanak-kanak ini. Ini akan menambah kerja dan tanggungjawab yang terpaksa mereka pikul.

Pendekatan Pendidikan inklusif ini telah wujud secara semulajadi di negara ini di mana pelbagai kategori murid berkeperluan khas belajar bersama rakan sebaya yang normal tanpa sebarang kemudahan tambahan atau khidmat sokongan. Namun begitu konsep pendidikan inklusif yang tersusun adalah satu inovasi pendidikan yang radikal di Malaysia buat masa ini. Berdasarkan analisis kajian-kajian yang ada di Malaysia beberapa dapatan dapat disimpulkan seperti berikut;

4.1

PENGETAHUAN GURU MENGENAI PENDIDIKAN KHAS DAN KANAKKANAK BERKEPERLUAN KHAS

Pepatah Melayu ada mengatakan tidak tahu maka tak cinta. Guru yang kurang pengetahuan tentang murid berkeperluan khas biasanya kurang prihatin terhadap MBK. Tahap pengetahuan guru aliran perdana tentang pendidikan khas adalah masih rendah. Spekulasi ini dibuat berdasarkan fakta berikut:

1.

Hanya 12 peratus (1/8) guru prasekolah aliran perdana tahu definisi pendidikan inklusif (Supiah Saad, 2003).

2.

Tidak ada seorang pun daripada 28 orang guru aliran perdana yang ditanya dapat memberi maksud pendidikan inklusif dan pendidikan khas dengan tepat. Kebanyakan menjawab tidak pernah dengar perkataan tersebut (pengalaman penulis sebagai panel temuduga biasiswa 2005).

3.

Kesemuanya 12 orang warga pendidik aliran perdana yang ditemui secara tidak dirancang (dalam situasi dan masa berasingan), tidak faham maksud special education atau pendidikan khas. Mereka faham singkatan OKU (orang kurang upaya) tapi bila ditanya lebih lanjut tentang kanak-kanak OKU, buta dan pekak adalah golongan OKU yang mereka tahu (Diari penulis dari Januari 2004 hingga Jun 2005, interaksi sosial).

4.2

SIKAP PENERIMAAN GURU TERHADAP MURID BERKEPERLUAN KHAS

Kajian Haniz Ibrahim (1998) telah mendapati beberapa halangan yang menjadi kekangan kepada keberkesanan pendidikan inklusif; antaranya adalah sikap negatif guru sekolah rendah terhadap pelaksanaan pendidikan inklusif. Berlandaskan fakta ini, analisis dapatan daripada beberapa kajian kes terdahulu serta kajian rintis dibuat.

Sikap guru aliran perdana terhadap perubahan dan pelaksanaan pendidikan inklusif adalah satu isu yang telah banyak dikaji secara empirikal di negara maju. Menurut Clough dan Lindsay (1991) untuk meminimumkan kesan negatif ke atas pendidikan inklusif, perubahan tidak boleh dibuat secara mendadak atau mengambil kira satu pandangan sahaja (immediately or unilaterally). Kekeliruan sukar dielakkan terutama bagi guru yang belum pernah mendengar tentang pendidikan murid khas. Kajian Haniz Ibrahim (1998) telah mendapati guru aliran perdana di sekolah rendah bersikap negatif terhadap pelaksanaan pendidikan inklusif. Berlandaskan fakta ini, analisis dapatan daripada beberapa kajian kes terdahulu serta kajian rintis dibuat. Keputusan analisis menunjukkan;

4.2.1

Penerimaan guru terhadap murid berkeperluan khas:

Penerimaan awal guru aliran perdana terhadap murid berkeperluan khas yang belum didiagnosis lebih positif berbanding murid yang sudah di label dengan sesuatu masalah. Kesan Labelling ke atas murid berkeperluan khas adalah ketara dalam pelaksanaan pendidikan inklusif. Dapatan kajian tindakan oleh Nik Khairunnisa 2004 menunjukkan guru aliran perdana tidak melibatkan murid berkeperluan khas dalam P&P menyebabkan murid berkeperluan khas berkenaan tidak suka masuk ke kelas pendekatan inklusif.

Selain itu dapatan juga menunjukkan guru aliran perdana berkenaan tidak memahami dengan jelas peranan yang boleh dimainkan untuk menangani murid khas. Keadaan yang sebaliknya berlaku di dalam perkembangan kajian rintis pendekatan inklusif untuk murid autisma selepas guru diberi pendedahan yang cukup tentang murid berkeperluan khas. Guru-guru

yang pada awalnya risau dan ragu-ragu untuk mengambil bahagian dalam projek tersebut telah memberi komitmen yang padu selepas memahami peranan mereka sebenar dan murid-murid khas yang terlibat menunjukkan perkembangan yang sangat positif. Selepas 2 bulan diinklusifkan murid-murid autisma turut menduduki peperiksaan pertengahan tahun untuk setiap mata pelajaran, sama seperti rakan sebaya yang normal. Pencapaian mereka dalam peperiksaan tersebut juga membanggakan.

4.2.2

Komitmen Pentadbir sekolah:

Persepsi dan komitmen guru besar dalam menangani isu MBK mempunyai impak ke atas sikap guru terhadap MBK. Berdasarkan dua sumber maklumat yang didapati dalam konteks yang berbeza, dua situasi sikap guru aliran perdana hasil campur tangan pentadbir dapat dibuat perbandingan; iaitu; 1. Terdapat guru yang proaktif, mencari jalan penyelesaian bagi menangani murid berkeperluan khas dengan berkesan. Mereka ini adalah guru yang prihatin dan bersikap positif dalam banyak perkara. 2. Ada guru yang komited atas dasar kewajipan yang diamanahkan. Mereka akan membuat kerja mengikut arahan dan kurang inisiatif untuk memperbaiki kemahiran dan pengetahuan tentang murid berkeperluan khas.

4.3 PERANAN GURU

Definisi pendidikan inklusif ialah keadaan dimana murid berkeperluan khas duduk dan belajar bersama murid aliran perdana di dalam kelas aliran perdana. Memasukkan murid pendidikan khas ini ke dalam kelas aliran perdana tidaklah mudah jika dilihat sekadar luaran sahaja. Jalanmenuju ke arah inklusif bukanlah mudah. Menurut John Charema (2010) ianya melibatkan perubahan sikap, perubahan nilai, perubahan program latihan perguruan dan perubahan sistem disekolah. Apabila perubahan ini melibatkan beberapa aspek dalam kehidupan, tidak semua orang sanggup dan selesa untuk berhadapan dengannya. Namun permintaan

terhadap pendidikan inklusif semakin meningkat (John C, 2010). Ini adalah kerana masyarakat terutama sekali mula mengetahui tentang kepentingan program inklusif bagi murid berkeperluan khas.

Kepentingan program inklusif ini boleh dinilai dari aspek akademik, sosial dan emosi murid pendidikan khas apabila mereka mula diinklusifkan.Menurut Jennifer Katz & Pat Mirenda (2002) menyatakan dalam kajian mereka bahawa faedah pendidikan inklusif bukan sahaja kepada murid pendidikan khas namun turut juga mempengaruhi murid aliran perdana seperti pencapaian dalam akademik dan kemahiran bukan akademik seperti kemahiran asas kehidupan (seperti contoh komunikasi, kemahiran motor dan kemahiran kefungsian hidup. Oleh itu adalah penting bagi guru, ibubapa, sekolah dan pihak luar memainkan perananmereka masingmasing dengan sewajarnya bagi menjamin keberkesanan program pendidikaninklusif di sekolah. Setiap pihak yang bertanggungjawab dalam menjayakan program pendidikaninklusif perlu sedar dan memahami peranan mereka amsing- masing bagi mengerakkan pendidikan inkusif ini ke arah kebaikan semua pihak.

Peranan guru sebenarnya telah berubah secara dramatic sejak beberapa dekad ini, iaitu berubah daripada individu yang menyampaikkan ilmu dengan pengajaran secara terus kepada fasilitator dan konsultan (Nancy Disa Turner, 2008). Ini adalah benar kerana sekarang guru bukan sahaja sebagai penyampai maklumat namun melangkaui perhubungan yang lebih rumit dan mendalam.Guru menjadi bahan rujukan kepada beberapa aspek dalam kehidupan tidak kira dalam aspek pendidikan mahupun rohani.Selepas keluarga, guru merupakan salah satu pihak yang paling berpengaruh dalam pendidikan murid pendidikkan khas. Mereka berperanan sebagai sumber sokongan yang berterusan kepada ibubapa( Eitan, Rachel & Zohar 2009). Ini adalah kerana sokongan dan perhatian yang guru berikan kepada murid pendidikan khas ini membuka mata ibubapa tentang kepentingan pendidikan inklusif dan memberi sokongan moral kepada mereka.

Dalam

melaksanakan

pendidikan

inklusif

yang

berkesan

guru

pendidikan

khasmemainkan peranan penting kerana mereka perlu mempunyai pengetahuan unik sebagai amalanyang terbaik bagi membantu mereka di dalam sesi pengajaran dan konsultasi bersama

guru aliran perdana (Lim Kilanowski et.al 2010). Pengetahuan dan pengalaman mereka berinteraksi dan berhubung dengan murid pendidikan khas memberikan mereka kelebihan dalam menjalinkanhubungan dengan guru aliran perdana. Mereka perlu selalu berbincang dan mendapatkan idea bagi mencari jalan penyelesaian tentang beberapa konflik pendidikan inklusif di dalam kelas aliran perdana.

Pembelajaran

kooperatif

merupakan

kaedah

pembelajaran

yang

sinonim

dengan pendidikan inklusif. Ini disokong dengan dapatan yang dikaji oleh Lim Kilanowski et.al 2010 yang menyatakan pembelajaran kooperatif merupakan model bagi amalan dalam inklusif yang paling berguna. Dalam pembelajaran kooperatif guru pendidikan khas dan guru aliran perdanaakan berkerjasama di dalam pengajaran dan pembelajaran namun mengikut gaya masingmasingdalam menyampaikan isi kandungan pembelajaran. Menurut Frederickson et. al 2004 mendapati adalah satu kebiasaan dalam memaparkan definisi kejayaan inklusif di kalangan guru melibatkan proses inkusif.

Guru mula beberapa bentuk sokongan dan program peningkatan kemahiran bagi masyarakat. Ini adalah penting bagi memastikan semua pihak yang berkenaan memndapat latihan dan pendedahan yang berterusanmengenai program inklusif yang berkesan. Guru juga memainkan peranan yang sangat pentingdalam kejayaan program inklusif (Burrack, Root et.al 1997) yang turut menyatakan ianya ada perkaitan program latihan perguruan yang mereka hadiri sebelum mula mengajar. Komitmen guru dan sekolah dalam menjayakan program inklusif adalah salah satu perkara yang paling penting dalam merealisasikannya. Ini disokong oleh Avramidis et.al 2000 yang menyatakan guru dengan sikap positif adalah disebabkan ilmu pendidikan inklusif dan pendidikan khas yang mereka perolehi semasa program latihan penguruan.Selain itu para guru juga perlu dibina secara professional dan bersedia secara psikologi,social dan sikap supaya dapat menghadapi situasi yang memerlukan mereka menyokong pendidikan inklusif dengan apa cara sekalipun (Mittler, 2000). Ini adalah penting kerana banyak karenah dalam pendidikan inklusif yang perlu mereka hadapi sepanjang karier mereka sebagaiguru inklusif. Karenah birokrasi sekolah, karenah rakan sekerja, karenah murid aliran perdana, karenah murid masalah pembelajaran dan karenah ibubapa adalah perkara yang sering terjadi dalam karier sebagai guru.

5.0

CADANGAN DAN KESIMPULAN

Kerjasama antara guru-guru keperluan khas dan guru biasa adalah terdedah kepada beberapa faktor luaran. (Soodak L. et al, 1998) Faktor-faktor ini boleh mendorong atau menggalakkan kedua-dua pihak. Tujuan penyelidikan ini adalah untuk menentukan pendapat dua kategori guru-guru mengenai kerjasama dalam kelas inklusif. Melalui kedua-dua temuduga dan kaedah pemerhatian, didapati bahawa keperluan khas guru-guru mempunyai semangat kurang bagi kerjasama dalam kelas daripada rakan-rakan tetap mereka. Penemuan ini menunjukkan bahawa terdapat keperluan untuk guru keperluan khas dibuat menyedari manfaat bekerjasama dengan guru biasa. Mungkin mereka boleh inhibitions telah dibawa oleh jurang dalam pelaksanaan. Selain itu, beberapa keperluan khas guru ditandakan satu bentuk kompleks kelebihan, yang menjadikan sukar untuk bekerjasama dengan profesional lain. Dalam usaha untuk menghapuskan sikap negatif ini, adalah penting untuk memperbaiki struktur sokongan di sekolah-sekolah dan pada masa yang sama melatih guru-guru keperluan khas mengenai keperluan untuk bekerjasama dengan guru-guru biasa dan keperluan untuk menghormati mereka juga. (Jausovec dan Siegel 1994,)

Selepas menentukan kategori guru mempunyai semangat kurangnya untuk kerjasama, ia kemudian perlu untuk membongkar beberapa sebab di sebalik sikap negatif ini atau halangan kepada proses kerjasama. Kajian mendedahkan bahawa beberapa faktor telah sinonim kepada guru-guru biasa dan lain-lain adalah sinonim kepada guru-guru keperluan khas. Ia didapati bahawa keperluan istimewa guru bimbang tentang kurangnya peranan yang jelas di sekolah. Mereka dijangka menjalin peranan mereka sendiri dan ia sukar. Kebimbangan lain seperti kekurangan struktur sokongan dan pengalaman miskin juga dipetik oleh kumpulan. Pentadbiran sekolah patut membuat perubahan dengan mengambil kira kerjasama antara kedua-dua jenis guru. (Snyder, 1999)

Mereka harus memberi sumber yang mencukupi untuk membantu kanak-kanak keperluan khas dan mereka juga perlu menangani penjelasan peranan guru keperluan khas. Dalam kes ini, pentadbir sekolah boleh memberitahu kedua-dua kategori guru apa harapan dan tugas-tugas mereka di dalam kelas inklusif ini. Maklumat ini juga perlu dalam proses mereka bentuk

kurikulum latihan untuk kedua-dua keperluan guru-guru biasa dan istimewa. Semasa latihan, kedua-dua kategori guru-guru perlu diberi penjelasan yang jelas mengenai apa yang mereka sepatutnya lakukan di dalam kelas supaya dapat mengurangkan kejadian perselisihan antara kedua-dua kumpulan. (Vaughn et al, 1996)

Penyelidikan yang bertujuan untuk mewujudkan model yang paling berkesan bagi kerjasama antara keperluan khas dan guru biasa. Sejak didapati bahawa model yang paling berkesan ialah kelas mengintegrasikan model, maka sekolah-sekolah termasuk hendaklah menerima pakai model ini. Ini bermakna perlu ada bekalan yang mencukupi guru keperluan khas dalam bilik darjah untuk membolehkan masa yang cukup bagi mereka untuk berurusan dengan kelas-kelas tertentu. Model lain yang tidak menggalakkan kehadiran berterusan oleh guru keperluan khas tidak boleh menjadi pendekatan terbaik kerana guru keperluan khas tidak mendapat masa untuk belajar pelajar. Oleh itu, guru biasa adalah terlalu membebankan dan perlu menangani semua cabaran kelas sahaja

Untuk menjana suasana pembelajaran yang kondusif, hubungan positif antara guru danmurid adalah penting. Sebagaimana dinyatakan sebelum ini, murid berkeperluan khas mempunyai konsep kendiri yang rendah hasil interaksi yang negatif dan pengalaman yang tidak konstruktif. Untuk mengubah konsep kendiri murid berkeperluan khas, usaha orang dewasa yang berterusan serta gigih dan dan mengambil masa yang lebih panjang. Bagi murid berkeperluan khas, perubahan adalah perkara yang tidak digemari kecuali ke arah perkara/tugasan yang sangatdiminatinya. Kolaborasi antara semua pihak yang terlibat amat diperlukan seperti kolaborasi antara pihak profesional dengan ibu bapa. Kolaborasi yang berkesan dapat diwujudkan jika semua pihak yang terlibat mengamalkan pemikiran yang terbuka dan mempunyai matlamat yang sama, iaitu memaksimumkan potensi dan meminimumkan ketidakupayaan kanak-kanak khas. Tambahan pula, pendidikan untuk semua yang telah diperkenalkan perlu sentiasa diingati dalam usaha penyediaan perkhidmatan kepada kanak-kanak berkeperluan khas. Ini adalah supaya hak untuk mendapat peluang pendidikan atau perkhidmatan yang sama rata terjamin, terutamanya dalam persekitaran semula jadi.

Walaubagaimanapun, pembaharuan perlu dibuat bagi memastikan kejayaan pendidikan inklusif dan di akui untuk mengubah sikap itu untuk menerima pendidikan inklusif bukannya mudah untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berpendidikan khas. Untuk kelas inklusif yang berjaya, guru biasa dan guru Pendidikan Khas perlu memberi penekanan terhadap komunikasi semua guru yang terlibat dalam program ini mesti bersikap jujur dan terbuka dalam menangani segala masalah dan peranan yang timbul. Guru-guru yang terlibat dalam kelas inklusif hendaklah bersedia untuk menghadapi sebarang rintangan dan halangan yang mendatang. Mereka juga perlu belajar untuk berkompromi dan juga membuat sesuatu yang berlainan sama sekali daripada yang dirancangkan. Disamping itu juga guru kelas biasa dan guru pendidikan khas perlu bekerjasama dan menerima kanak-kanak berpendidikan khas yang mempunyai berbagai-bagai perbezaan individu. Pelaksanaan Pendidikan Inklusif memerlukan kerjasama semua pihak agar keberkesanan program yang dilaksanakan dapat dihasilkan. Pendidikan Inklusif memberi peluang ke arah pemantapan sistem pendidikan untuk golongan bekeperluan khas di Negara kita sekaligus mengangkat martabat pendidikan Malaysia dipersada dunia.

BIBLIOGRAFI

Akta Pendidikan 1996

Mohd Najib Ghafar & Sanisah Jahaya. 2006. Bias Pengajaran Guru dalam Pelajaran Khas dan Pelajaran Normal. Sabah: Annual Conference on Teacher Education.

Supiah Saad. 2010. Komitmen dan Peranan Guru dalam Pelaksanaan Pendekatan Pendidikan Inklusif di Malaysia. Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sabilah Binti Wahab. 2006. Persepsi Pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Terhadap Mata Pelajaran Kemahiran Hidup di Tiga Buah Sekolah di Daerah Johor Baru. Sekudai: Universiti Teknologi Malaysia. Roben W. Taylor & Ravic P. Ringlaben. 2012. Impacting Pre-Service Teacher Attitudes toward Inclusion. Canadian Center of Science and Education.

V. Donnelly & A. Watkins. 2011. Teacher educations for inclusion in Europe European Agency for Development in Special Needs Education.

Denmark.

D. Vaillant. 2011. Preparing teacher for inclusive education in Latin America. Uruguay. ORT University.

W. Hodgkinson & M. Cheryl. 2012. The Role of postgraduate student in co-authoriting open educational. Centre for Educational Technology, University of Cape Town, Cape Town. South Africa.

Ainscow, M (1977) : Towards inclusive schooling British Jornal of Special Education Vol. 24. No. 1 (pp. 3-6) Culatta, R.A. & Tompkins, JR., Fundamentals of Special Education , 1999. Lokman Mohd Tahir & Nurul Qistin Mustafa. 2009. Pendidikan Teknik dan Vokasional untuk

Pelajar Berkeperluan Khas. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, jil. 24, 73-87. Liew Ping Yee & Manisah Mohd. Ali. 2008. Amalan Program Intervensi Awal Kanak-kanak Autistik Mengikut Perspektif Ibu Bapa. Jurnal Pendidikan 33, 19-33.