Anda di halaman 1dari 2

PENYATAAN PROFESIONAL (SEBELUM ) Semester 5 merupakan semester yang mana setiap guru pelatih akan menjalani praktikum yang

pertama kami semua. Untuk tahun 2013, semua guru pelatih ambilan Januari 2011 akan menjalani praktikum fasa yang pertama. Hal ini merupakan sesuatu yang sangat saya nantikan sejak dari dulu lagi kerana saya sendiri hendak mengalami pengalaman untuk mengajar sendiri dan mengaplikasikan segala kemahiran yang pernah saya tuntut semasa di dalam kuliah. Tarikh praktikum kami akan bermula pada 1 April 2013 sehingga 26 April 2013. Ini bermaksud sepanjang bulan April kami tidak akan berada di institut sebaliknya kami akan berada di sekolah yang telah ditetapkan oleh institut. Sebelum kami semua menjalani praktikum kami diberi taklimat praktikum yang dianjurkan oleh Unit Praktikum. Ketua Unit Praktikum telah menerangkan mengenai perkara-perkara yang harus kami semua lakukan semasa sedang berpraktikum nanti. Dari segi pembahagian sekolah pula kelas saya telah bersetuju untuk mencabut undi sekolah yang akan kami praktikum nanti agar tidak berlaku sebarang perebutan. Jadi kami dengan sebulat suara untuk melakukan undian bersama-sama dengan pasangan masing-masing. Saya dengan pasangan saya iaitu Vesler Efan Spady telah mendapat Sekolah Kebangsaan Goebilt yang terletak di Kampung Goebilt, Bako. Secara jujurnya saya tidak pernah mendengar nama sekolah ini langsung sebelum ini. Akhirnya dengan bantuan pasangan saya kami dapat menjumpai SK Goebilt yang terletak di hadapan Kampung Goebilt. Masalah jarak sekolah ke rumah saya tidak menjadi penghalang kerana saya sudah mempunyai kenderaan sendiri jadi ianya bukanlah satu isu lagi walaupun agak sedikit penat kerana perlu memandu lebih kurang 45 minit namun dengan tekad dan kehendak yang kuat semuanya tidak akan menjadi masalah. Sebelum menjalani praktikum ini saya telah mempersiapkan diri saya dari segi mental dan fizikal. Saya membaca beberapa buah buku yang berkaitan dengan bagaimana hendak memenangi hati murid-murid dan juga kawalan kelas. Namun begitu walaupun saya tahu mengenai teori-teori yang berkaitan tetapi ini akan menjadi sukar kerana hendak mengaplikasikan kemahiran dan pengetahuan yang

ada semasa amali amat sukar sekiranya tidak mempunyai pengalaman. Hal ini sangat membimbangkan saya namun saya mengambilnya sebagai satu cabaran dan saya memegang prinsip jangan pernah berputus asa di dalam melakukan sesuatu perkara. Saya juga bersyukur kerana mendapat tahu yang pensyarah pembimbing saya semasa praktikum nanti adalah Puan Pura @ Mispura. Walaupun beliau tidak pernah mengajar saya tetapi menurut junior yang telah di ajar oleh beliau, mereka mengatakan bahawa beliau merupakan seorang pensyarah yang sangat berdedikasi dan beliau sentiasa membantu pelajar-pelajarnya. Saya berharap dengan pengalaman beliau yang luas dalam bidang pendidikan ini beliau dapat memberi tunjuk ajar kepada saya dan membimbing saya supaya saya dapat menjadi seorang pendidik yang mampu melahirkan murid-murid yang berjaya di dunia dan di akhirat. Akhir sekali saya berharap praktikum pertama ini saya dapat jalani dengan lancar tanpa ada sebarang masalah dan juga memperoleh pelbagai pengalaman yang sangat berguna untuk saya aplikasikan pada masa yang akan datang.