Anda di halaman 1dari 11

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG

PJM 3112: PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN (AMALI PENGURUSAN PERMAINAN TRADISIONAL) LAPORAN KARNIVAL PERTANDINGAN TRADISIONAL PISMP SAINS AMBILAN JANUARI 2011

JK MAKANAN
TARIKH:
19 FEBRUARI 2013

HARI:
SELASA

TEMPAT:
PADANG DAN TEMPAT LETAK KERETA, DAN TAZA IPG KAMPUS BATU LINTANG

Laporan Jawatankuasa (JK) Makanan Karnival Permainan Tradisional 2013


1.0 Senarai Jawatankuasa Kecil dan Induk 1.1. Ketua 1.2. Ahli-ahli JK : Tan Shi Jing : Carina Chan Hui Hung Lau Yieng Sin 2.0 Bidang Tugas JK Makanan 2.1 Memastikan makanan dan minuman yang disediakan adalah bersesuaian. 2.2 Memastikan minuman yang disediakan adalah mencukupi sepanjang karnival dijalankan. 2.3 Memastikan setiap peserta mendapat minuman air sejuk selepas permainan. 3.0 Pelan Tindakan JK Makanan 3.1 Pelan Tindakan Sebelum Pertandingan Tradisional Ketingting 3.1.1 Membincangkan semasa 3.1.2 aktiviti dijalankan. Berbincang dengan ahli kumpulan berkaitan dengan makanan dan minuman yang akan disediakan pada hari pertandingan. 3.1.3 Berbincang dengan ahli kumpulan berkaitan dengan peralatan yang diperlukan. 3.2 Pelan Tindakan Semasa Pertandingan Tradisional Ketingting 3.2.1 3.2.2 3.2.3 Menyusun meja-meja untuk meletakkan kontena yang berisi minuman sejuk. Menuang air ke dalam cawan kertas untuk para peserta. Memastikan cawan kertas yang diguna tidak dibuang di merata-rata tempat. tugas-tugas pertandingan yang perlu dijalankan tradisional permainan

3.3 Pelan Tindakan Selepas Pertandingan Tradisional Ketingting 3.3.1 3.3.2 3.3.3 3.3.4 Membersihkan kontena minuman sejuk dan mengemas meja Memulangkan peralatan yang telah dipinjam Mengadakan mesyuarat bagi tujuan post-mortem. Membuat laporan JK Makanan dan laporan-laporan lain yang difikirkan perlu.

4.0 1.

Laporan Kewangan JK Makanan Pendapatan Dana Kelas JUMLAH Bil. 1 2 3 4 Item Sirap Oren Gula Cawan kertas Ais Kuantiti 2 botol 1 bungkus 80 cawan 1kg Harga per unit (RM) 3.50 2.40 0.10 4.00 JUMLAH RM 21.40 RM 21.40 Harga keseluruhan (RM) 7.00 2.40 8.00 4.00 RM 21.40

5.0

Kekuatan semasa merancang dan semasa pertandingan Minuman sejuk yang disediakan telah memberi semangat kepada para peserta sebagai satu motivasi untuk menyertai permainan tradisional yang telah kami sediakan. Mereka tidak perlu risau tentang masalah kehausan dan dapat rehat sepenuhnya selepas tamatnya pertandingan. Maka, para peserta tidak perlu bergesa-gesa balik untuk minum air kerana masa tidak mengizinkan. Selain itu, penyediaan minuman sejuk juga merupakan sejenis ganjaran kepada para peserta yang telah berusaha dengan bersungguhsungguh untuk bermain permainan tradisional kami. Oleh kerana rasa

minuman sejuk itu adalah manis, maka apabila para peserta minum minuman sejuk tersebut, ia akan membekalkan tenaga yang berbentuk glukosa. Kami telah menggunakan kontena air untuk menyediakan minuman sejuk. Ini dapat menjimatkan kos kerana kami hanya perlu menyediakan sirap, gula dan ais yang berkos rendah. Maka, kami tidak perlu menyediakan air mineral yang berkos tinggi.

6.0

Kelemahan semasa merancang dan semasa pertandingan Masalah yang telah kami hadapi ialah apabila minuman sejuk diletakkan di bawah matahari yang terik, kami mendapati ais dalam minuman sejuk itu mudah tercair kerana tidak diletakkan di tempat yang teduh seperti di bawah pokok atau payung besar. Hal ini kerana dalam perancangan, kami telah terlupa dengan keperluan payung jikalau minuman disediakan. Selain itu, kami juga mendapati cawan kertas yang telah disediakan adalah tidak mencukupi kerana kami hanya menyediakan mengikut jumlah peserta yang menyertai tetapi terlupa para pensyarah, ahli kumpulan kami dan guru-guru pelatih yang lain. Hal ini menyebabkan beberapa orang guru pelatih perlu berkongsi cawan dan terdapat peserta yang tidak berpeluang untuk meminum minuman sejuk yang telah disediakan. Tambahan pula, kuantiti minuman sejuk yang telah kami sediakan juga terlalu banyak sehingga menyebabkan berlakunya pembaziran air. Hal ini kerana bilangan cawan kertas yang tidak mencukupi menyebabkan para peserta tidak mempunyai peluang meminum air yang telah disediakan.

7.0

Cadangan Penambahbaikan Oleh itu, kami akan memikirkan dan menyenaraikan peralatan yang diperlukan bagi JK makanan ini dengan teliti lain kali. Jikalau di tempat yang terbuka, kami mesti menyediakan payung yang besar untuk mengelakkan cuaca yang terik atau hujan yang lebat.

Di samping itu, kami mesti menyediakan bilangan cawan kertas yang mencukupi atau berlebihan. Hal ini adalah untuk mengatasi masalah bilangan peserta yang berkemungkinan bertambah dan sebagainya. Tambahan pula, kuantiti air yang disediakan juga harus bersesuaian dengan bilangan cawan kertas supaya pembaziran air tidak akan berlaku. Justeru, kami harus merancang dengan teliti.

8.0

Senarai Lampiran 8.1 Minit Mesyuarat JK Makanan.

8.2 Jadual bertugas JK Makanan

9.0

Kesimpulan Secara kesimpulannya, JK Makanan telah melaksanakan tugas yang diamanahkan kepadanya dengan lancar dan berjaya. Kami juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang pernah membantu JK kami, khususnya guru pembimbing, para guru pelatih dan semua yang terlibat dalam Karnival Permainan Tradisional 2013 ini. Semoga aktiviti yang bermakna ini akan diadakan lagi pada masa yang akan datang supaya kami dapat mempelajari lebih banyak perkara yang tidak kami ketahui. Sekian terima kasih.

Laporan disediakan oleh, ____________________ (TAN SHI JING) Ketua JK Makanan Karnival Permainan Tradisional 2013, PISMP Sains Ambilan Januari 2011.

23 FEBRUARI 2013.

Lampiran: Minit Mesyuarat

MINIT MESYUARAT JK MAKANAN PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL KETINGTING

ANJURAN PISMP SAINS AMBILAN JANUARI 2011 BIL 01/2013 ______________________________________________________________ TARIKH MASA TEMPAT KEHADIRAN: 1. Tan Shi Jing (Ketua) 2. Carina Chan Hui Hung 3. Lau Yieng Sin Mesyuarat bermula pada tepat jam 3.30 petang dan dipengerusikan oleh Tan Shi Jing dari mula hingga akhirnya. NO. 1 PERKARA Mesyuarat dimulakan pada pukul 3.30 petang Agenda: Berbincang tentang makanan dan minuman yang perlu disediakan 2 - Alat-alat yang perlu dipinjam Berbincang tentang makanan dan minuman yang perlu disediakan: 3 sirap (2 botol) gula (sebungkus) cawan kertas (50 cawan) CATATAN : 1 FEBRUARI 2013 : 3.30 4.00 petang : A 03

ais (1 kg) Alat-alat yang perlu dipinjami: dua buah meja ( ambil dari bilik kuliah) lima buah kerusi (ambil dari bilik kuliah)

kontena ( pinjam dari Pejabat Pembantu

Sains) Penutup Mesyuarat ini berakhir pada pukul 4.00 petang

Disediakan oleh, ____________________ (TAN SHI JING) Ketua JK MAKANAN Pertandingan Permainan Tradisional Ketingting, PISMP Sains Ambilan Januari 2011. Disemak oleh, ____________________ (CHANG TUN KUET) Pengerusi, Pertandingan Permainan Tradisional Ketingting, PISMP Sains Ambilan Januari 2011.

Lampiran: Jadual bertugas JK Makanan

Jadual Bertugas AJK Makanan: Masa 10.25 pagi 10.30 pagi Perkara Mengambil kontena daripada Pejabat Pembantu Sains. Mencuci kontena dan membancuh air dari mesin pengisian air di luar Dewan Brooke

11.00 pagi 11.10 pagi 1.15 petang

Mengangkat kontena ke lokasi permainan tradisional kami. Menyediakan meja untuk meletak kontena dan cawan kertas Memasukkan ais ke dalam kontena