Anda di halaman 1dari 1

PELANGGAN Produk ini umumnya disasarkan pada mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaya.

Gerai akan di buka di Engine Tower di Fakulti Kejuruteraan. Oleh itu sesiapa sahaja yang berada di situ boleh menjadi pelanggan produk kami. Bagi permulaan perniagaan ini, kami lebih menfokuskan pada pelajar Fakulti Kejuruteraan dan staff-staff yang terdapat di Engine Tower sebagai pelanggan kami. Para pelajar dari fakulti-fakulti berdekatan dan para pelajar dari kolej berdekatan juga menjadi sasaran jualan produk ini. Produk ini disasarkan kepada para pelajar untuk mengalakkan mereka makan secara sihat. Buah-buahan merupakan makanan yang berkhasiat dan penuh dengan zat-zat penting. Namun para pelajar di Universiti Malaya tidak menjadikan makanan ini sebagai makanan harian mereka. Oleh itu kami cuba menarik minat mereka dengan menyaluti buah tersebut dengan coklat. Gabungan rasa ini amat unik dan dapat membangkitkan selera mereka. SAIZ PASARAN Saiz pasaran perniagaan kami ini hanyalah secara kecil-kecilan. Hal ini kerana ini merupakan kali pertama kami melakukan perniagaan. Sebagai permulaan perniagaan yang pertama ini, kami lebih cenderung untuk mendapat pengalaman dahulu daripada melakukan jualan secara besar-besaran. Hal ini juga dapat membantu kami mengurang kos perbelanjaan modal dan sekiranya berlaku kerugian, tidak banyak perlu ditanggung. Kami memilih untuk membuka gerai di Engine Tower kerana di situ merupakan kawasan para pelajar berkumpul dan ini memudahkan mereka untuk mendapatkan makanan sekiranya mereka lapar. FAKTOR KEKUATAN PRODUK DAN NILAI KEPADA PELANGGAN Keistimewaan yang terdapat pada produk ini ialah keunikan gabungan rasa buah dan coklat di samping bentuknya yang menarik. Seperti kita ketahui, buah-buahan bersalut dengan coklat telah lama dicipta. Namun hanya buah strawberry dan pisang sahaja yang terkenal di Negara kita. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa rasa coklat merupakan yang paling sedap dan utama. Coklatlah yang memainkan peranan yang dominan dalam memacu perniagaan ini. Selain itu, kekuatan produk ini juga terletak pada harga. Harga yang kami tawarkan amat berpatutan dan murah. Ini bagi membantu para pelajar berjimat cermat dan mengalakkan para pelajar membeli makanan yang murah lagi berkhasiat. Kebiasaannya para pelajar lebih suka membelanjakan wang mereka kepada sesuatu yang murah. Oleh itu ini merupakan kelebihan produk kami. Nilai yang terdapat dalam produk ini ialah dapat membentuk masyarakat yang sihat dan mempunyai kebijaksanaan dalam memilih makanan. Tujuan kami juga untuk mengalakkan masyarakat makan makanan yang segar.

Anda mungkin juga menyukai