Anda di halaman 1dari 4

MAJLIS BAKTI DISANJUNG BUDI DIJUNJUNG

PERSARAAN TN.HJ NORDIN B MOHAMED ALI

PENYELARAS PKG REMBAU

Makluman kepada sidang hadirin,

Assalammulaikum……………….

Selamat sejahtera………………

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Sukacita dimaklumkan bahawa majlis ini adalah meraikan Yang Berbahagia Tn.Hj

Nordin Bin Mohamed Ali Penyelaras PKG Rembau.

Justeru itu saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran dif-dif kehormat, tuan-tuan

dan puan-puan ke Majlis yang begitu bermakna pada petang ini.

Untuk melicinkan perjalanan majlis kita pada pagi ini, saya memohon kerjasama daripada

pihak sidang hadirin untuk mematuhi beberapa perkara berikut:

• Di sepanjang majlis ini berlangsung kerjasama tuan-tuan/puan-puan di pohon

untuk mematikan (switch-off) telefon bimbit masing-masing atau menukar kepada

mod getaran sebagai tanda menghormati majlis

• Semasa majlis perasmian tamat,tuan/puan sekelian di minta bergerak ke tempat

jamuan selepas tetamu utama dan dif-dif kehormat beredar terlebih dahulu

Segala kerjasama yang pihak tuan-tuan dan puan-puan berikan saya dahului dengan

ucapan setinggi-tinggi terima kasih.


Adap bermajlis salam bersambut,

Mengadap Illahi Maha terpuji,

Keredaanya,

Selamat dan Sejahtera

Bersamalah kita memanjatkan hidayah

Memohon restu,berkat di pinta

Untuk itu majlis dengan segala hormatnya menjemput Al-Fadil Ustaz Amran Bin Yazid
untuk memimpin bacaan doa.Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Al_Fadil
Ustaz

• Jazakallah…….. di ucapkan kepada A—Fadil Ustaz di atas bacaan doa sebentar

tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian

Sekapur sirih,seulas pinang

Salam penghormatan sajian ungkapan,

Ucapan aluan,sumbangsih perangsang,

Pembuka majlis sebagai santapan

Bagi meneruskan majlis kita pagi ini,majlis dengan segala hormat dan takzimnya

menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha Pn Rokiah Bte Hj Mahat selaku Pengerusi

Jawatankuasa Pengurusan PKG Rembau merangkap Guru Besar SK Undang Rembau

untuk menyampaikan ucapan alu-aluannya.

Majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih di atas ucapan yang telah diberikan,


Hadirin yang dihormati sekalian

Bila memandang ke muka laut,


Nampak sampan mudik ke hulu;
Bila terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik ingat selalu.

Akar keladi melilit selasih,


Selasih tumbuh di hujung taman;
Kalungan budi junjungan kasih,
Mesra kenangan sepanjang zaman.

Dari Daik pulang ke Daik


Sehari-hari berkebun pisang
Budi baik dibalas baik
Dalam hati dikenang orang

Tanam lenggun tumbuh kelapa


Terbit bunga pucuk mati
Budi tuan saya tak lupa
Sudah terpaku di dalam hati

Tenang-tenang air laut


Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
Budi baik rasa nak junjung

Kapal belayar dari Arakan


Ambil gaji jadi jemudi
Mati ikan kerana umpan
Mati saya kerana budi

Banyak ubi perkara ubi


Ubi keledek ditanam orang
Banyak budi perkara budi
Budi baik dikenang orang

Lipat kain lipat baju


Lipat kertas dalam puan
Dari air menjadi batu
Sedikit tak lupa budi tuan
Jentayu burung jentayu
Hinggap di balik pokok mayang
Bunga kembang akan layu
Budi baik bilakan hilang

Jika belayar ke tanah Aceh


Singgah dulu di kota Deli
Jika hendak orang mengasih
Hendaklah baik bicara budi

Bunga melati bunga di darat


Bunga seroja di tepi kali
Hina besi kerana karat
Hina manusia tidak berbudi

Dewa sakti melayang ke Daik


Hendak mencari Dewa Jaruga
Kalau ada budi yang baik
Sampai ke mati orang tak lupa

Limau manis dimakan manis


Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Manis sekali hati budinya

Cuaca gelap semakin redup


Masakan boleh kembali terang
Budi bahasa amalan hidup
Barulah kekal dihormati orang