Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN BIG FASA 5, AKTIVITI 2, SIRI 1/2013 Pada 21 Februari yang lalu, saya bersama-sama rakan sekelas serta

pelajar PISMP Semester 5 Pendidikan Pemulihan 1, PISMP Semester 5 Pendidikan Pemulihan 2 dan Pendidikan Bahasa Cina telah selamat menjalani program Bina Insan Guru Fasa 5 Siri 1/2013 dengan jayanya. Alhamdulillah, setelah bertungkus lumus dalam melaksanakan pelbagai prosedur, program wajib ini dapat disempurnakan dengan bantuan dan komitmen oleh semua pihak yang terlibat. Program BIG kali ini telah dilaksanakan di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kota Setar, Alor Setar, Kedah. Pejabat ini terletak dalam lingkungan 20 kilometer daripada Ipg Kampus Darulaman dan mengambil masa kira-kira 20 minit untuk sampai ke pejabat ini. Sebelum bergerak ke PPD, pelbagai prosedur telah diatur satu-persatu bagi melicinkan perjalanan program kali ini. Mesyuarat agung program merupakan mesyuarat pertama yang dijalankan bersama semua pelajar yang terlibat. Mesyuarat ini bertujuan untuk melantik ahli jawatankuasa tertinggi (AJK) serta ahli jawatankuasa pengelola sekaligus mengagihkan tugas-tugas yang khusus untuk setiap AJK yang dilantik. Dalam mesyuarat yang dilaksanakan, saya telah dilantik sebagai Ajk Tugas-Tugas Khas. Tugas saya dikuhuskan untuk menguruskan hal ehwal pengacaraan majlis semasa berlangsungnya program tersebut. Oleh kerana bidang tugas tersebut merupakan kelebihan buat diri saya dan kebetulan memiliki pengalaman yang secukupnya dalam bidang pengacaraan, tugas ini telah saya galas dengan penuh komitmen. Sepanjang prosedur sebelum program berlangsung, saya telah dibimbing oleh para pensyarah yang berpengalaman untuk semakan pelaksanaan program BIG kali ini. Setelah selesai semua prosedur sebelum program berlangsung, kini tiba masanya untuk kami bergerak ke PPD bagi melaksanakan tentatif program yang telah dirancang. Semua pelajar yang terlibat dengan program BIG kali ini telah diarahkan untuk berkumpul di hadapan Bangunan Gerko Ipg Kampus Darulaman seawal jam 7.30 pagi. Hal ini untuk mengelakkann para pelajar datang lewat sekaligus menyebabkan tentatif yang dirancang terganggu. Sebelum tayar bas bergolek, kami telah diberikan taklimat ringkas oleh AJK

Kumpulan. Taklimat ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat ringkas tentang aktiviti yang bakal berlangsung di ppd nanti. Kami kemudiannya dibahagikan kepada kumpulan aktiviti yang terdiri daripada tujuh orang, dengan ahli kumpulannya bercampur-campur kelas. Setelah selesai taklimat tersebut, kami kesemuanya naik ke atas bas dan kemudiannya bertolak tepat jam 8.00 pagi. Setelah mengambil masa selama kira-kira 20 minit, kami selamat tiba di Pejabat Pelajaran Daerah tersebut. Semua pelajar kelihatan cukup gembira dan tidak sabar untuk menjalani kesemua aktiviti yang telah tertulis dalam tentatif program. Ketibaan kami disambut ceria oleh pegawai-pegawai dan staf-staf PPD dengan tangan terbuka. Kami diiring ke dewan mesyuarat yang menjadi venue program berlangsung. Saya terpukau seketika dengan keindahan dan infrastruktur bangunan serta kemudahan yang terdapat di PPD tersebut. Secara peribadi, persekitaran di ppd tersebut sangat menyelesakan dan sekaligus memberi motivasi untuk saya menjejak kaki sebagai seorang pegawai di ppd tersebut suatu masa nanti. Tepat jam 8.30 pagi, majlis dimulakan dengan ketibaan pegawai-pegawai yang bakal membuat taklimat dan aktiviti bagi program big kali ini. Taklimat sesi pertama yang disampaikan oleh pegawai PPD bertajuk fungsi dan peranan PPD Kota Setar. Taklimat yang cukup bermakna ini menjelaskan tentang apa tujuan penubuhan PPD Kota Setar khususnya. Setelah dua jam berlalu, majlis berhenti sementara bagi memberi laluan untuk minum pagi. Kami dibekalkan roti dan air kotak untuk minum pagi. Selesai minum pagi, kami meneruskan lagi program sesi interaksi, bengkel dan lawatan ke seluruh bangunan yang terdapat di PPD tersebut. Hasil daripada lawatan yang dilakukan, kami dapat mengumpul beberapa maklumat penting mengenai setiap jabatan dan bidang tugas yang terdapat di PPD Kota Setar ini. Setelah selesai semua aktiviti, kini tiba ke acara majlis penutup. Kami kemudiannya diarahkan menulis refleksi kendiri setelah selesainya majlis penutup. Setelah selesai menulis refleksi, kami semua bergerak turun ke kafe PPD untuk menjamu selera makan tengah hari yang telah disediakan oleh pihak kafe tersebut. Majlis kemudiannya bersurai tepat jam 2.00 petang. Kami semua pulang menaiki bas IPDA yang telah disediakan.