Anda di halaman 1dari 19

PENDAHULUAN

Orang Islam di Filipina merupakan golongan minoriti di negara sendiri. Sebenarnya,


Islam merupakan agama terawal yang singgah di Filipina sebelum Sepanyol datang dan
meluaskan kegiatan penyebaran agama Kristian. Hal ini berkaitan dengan keadaan masyarakat
Filipina sebelum kedatangan Islam. Mereka mulanya adalah golongan yang menguasai Filipina,
namun ia berubah dan masyarakat Islam menjadi minoriti selepas kurun ke-18. Hal ini dikaitkan
dengan peranan yang dimainkan oleh bangsa Moro (sebutan untuk umat Islam Filipina) terhadap
proses perkembangan Islam di Filipina sehingga sekarang.

2.0 KEMASUKAN ISLAM KE FILIPINA

Kemasukan Islam di Asia mempunyai 3 bentuk penyebaran. Pertama, penyebaran Islam


melahirkan majoriti penduduk. Kedua, kelompok minoriti Islam. Ketiga, kelompok negera-
negara Islam tertindas. Islam di Filipina merupakan salah satu kelompok minoriti di antara
negara-negara yang lain.1 Hal itu pastinya tidak lepas dari sejarah latar belakang Islam di Filipina
itu sendiri. Bahkan lebih dari itu, bukan hanya penjajahan saja, akan tetapi konflik dalaman yang
masih berlanjutan sampai saat ini. Menurut Hamka, Islam telah datang ke negeri-negeri Melayu
melalui para pedagang. Golongan ini percaya, bahawa merekalah keturunan Syeikh atau seorang
Waliullah dari Arab. Buktinya, di Filipina sendiri, kegiatan penyebaran Islam dipelopori oleh
golongan Shariff dari Makkah seperti Shariff Kabunguwan, pengislaman di Sulu oleh Sayyid
Abdul Aziz dan juga Abu Bakar, seorang penyair Arab. Daripada kes-kes pengislaman tersebut,
didapati bukan sahaja para penyebar Islam itu kebanyakannya merupakan pendakwah
professional atau keturunan sufi Arab, bahkan mereka berperanan penting dalam pembangunan
sesebuah kerajaan Islam dan penyebaran Mazhab Syafie. Sumber paling tepat untuk dirujuk bagi
mengetahui proses pengislaman di Filipina adalah Salasilah Sulu, yang dilengkapkan oleh
riwayat. Walaupun sumber ini tidak mempunyai tarikh, namun ia dapat peristiwa-peristiwa yang
menghuraikan tentang kedatangan Islam.

2.1 Faktor-faktor kemasukan Islam Ke Filipina

1
Dari statistik demografi pada tahun 1977, Masyarakat Filipina berjumlah 44. 300.000 jiwa. Sedangkan jumlah
masyarakat Muslim 2.348.000 jiwa. Dengan peratus 5,3% dengan unsur dominan komuniti Mindanao dan
Mogondinao. Dr. Hamid A. 1985. Rabie, Islam Sebagai Kekuatan International, CV. Rosda Bandung.

1
Kemasukan Islam di Filipina disebabkan oleh keadaan sosio-budaya wilayah tersebut sebelum
kedatangan Islam. Filipina merupakan sebuah negara kepulauan yang terdiri daripada 7107 pulau
dengan pelbagai suku. Ia merupakan gugusan pulau-pulau yang luasnya lebih kurang 115,600
batu persegi. Sungguhpun begitu, lebih kurang 800 buah saja yang didiami orang. Pulau utama
ialah Luzon dan Mindanoa. Filipina merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai etnik.
Sebelum kedatangan Islam, Filipina adalah sebuah wilayah yang dikuasai oleh kerajaan-kerajaan
kecil. Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Filipina menganuti anismisme. Namun, selepas
Islam masuk, mereka dapat menerima ajaran Islam dengan sebaiknya kerana Islam boleh
mengakomodasi dengan tradisi asal mereka. Para ahli sejarah menemukan bukti abad ke-16 dan
abad ke-17 dari sumber-sumber Sepanyol tentang keyakinan agama penduduk Asia Tenggara
termasuk Luzon, yang merupakan sebahagian dari Filipina pada ketika itu, sebelum kedatangan
Islam. Sumber-sumber tersebut memberikan penjelasan bahawa sistem kepercayaan agama yang
sangat dominan ketika Islam datang pada abad ke-14 sarat dengan berbagai upacara pemujaan
untuk orang yang sudah meninggal.2 Hal ini jelas sekali bertentangan dengan ajaran Islam yang
menentang keras penyembahan berhala dan politeisme. Namun, jelas sekali Islam dapat
memperlihatkan kepada mereka bahawa agama ini memiliki cara tersendiri yang menjamin
arwah orang yang meninggal dunia berada dalam keadaan tenang, dan ternyata sekali mereka
dapat menerimanya.

Selain itu, tidak dapat diragukan lagi bahawa skala perdagangan Asia Tenggara mulai
melesat sangat pesat pada penghujung abad ke-14. Hasil dari perdagangan ini, kota-kota
berkembang dengan kecepatan sangat mengalakkan termasuk sepanjang wilayah pesisir
kepulauan Filipina. Para pedagang dari berbagai negeri bertemu dan menyebabkan adanya
pertukaran baik di bidang ilmu pengetahuan maupun agama. Di antara semua agama besar di
dunia, Islam barangkali yang paling serasi dengan dunia perdagangan. Al-Qur’an maupun Al-
Hadits sebagai sumber tertinggi dalam agama Islam banyak memuji kepada pedagang yang dapat
dipercaya. Hal ini mengakibatkan orang yang cenderung bergerak dalam dunia perniagaan pasti
terpikat dengan ajaran Islam. Dari sini, Islam terus memperluas pengaruhnya secara kebudayaan
iaitu melalui perkawinan antara etnik hingga akhirnya melalui sistem politik. Jalur yang terakhir
ini (politik) terjadi ketika Islam telah dipeluk oleh para penguasa khususnya para raja. Melalui
politik pula, seluruh masyarakat dapat diislamkan

2
Rujuk buku Cesar Adib Majul. 1988. Islam di Filipina. Hlm. 106-110.

2
2.2 Cara Kemasukan Islam di Filipina Melalui Wilayah-wilayah

Kepulauan

2.2.1 Kepulauan Sulu (1450-1915)

Seorang lagi pendakwah dari Palembang bernama Abu Bakar telah mendirikan
kesultanan Sulu dan meninggal dunia pada tahun 1840 M. Akan tetapi, spekulasi mengenai
tarikh sebenar penyebaran Islam di Sulu sentiasa menjadi tanda tanya. Di percayai juga bahawa
Islam datang ke Kepulauan Sulu sejak abad kesembilan lagi melalui perdagangan, tapi ia tidak
menjadi faktor yang penting dalam sejarah Sulu sampai abad ketiga belas ketika orang yang
menyebarkan Islam (da’i) mulai pertama kali tinggal di Buansa (Jolo) dan kemudian ke daerah-
daerah lain Kepulauan Sulu. Kedatangan Islam menurut Cesar Majul (1974: 5) membawa:
“hukum baru, standar etik yang luhur, dan pandangan hidup baru.” Kerana itu Islam menjadi
dasar utama bagi menjamin pembangunan Kesultanan Sulu sekitar tahun 1450. Islam menjadi
sumber hukum dan institusi mereka yang memberikan orde dan bentuk masyarakat mereka. 3
Dengan Islam ia sudah boleh membezakan masyarakat mereka daripada masyarakat pribumi
yang lain yang mendiami pulau-pulau di sekitarnya. Ia mengarahkan kesultanan Sulu ke suatu
perkembangan yang terpisah dari Visayas dan Luzon contohnya. Ini menjadi lebih nampak ketika
Sepanyol datang kemudian melakukan kolonialisasi di daerah Luzon, masyarakat di Sulu tidak
terjejas. Institusi Kesultanan Sulu berakhir tahun 1915, bererti 500 tahun. Sejumlah sarjana
percaya kesultanan sebagai suatu sistem yang terakhir.4 Untuk membincangkan teori kedatangan
Islam di Sulu, sumber yang terpenting ialah Salasilah Sulu atau Tarsilah Sulu. Kehadiran Tuan
Masya’ika merupakan tanda pertama kewujudan Islam di Kepulauan Sulu.5 Ia membuktikan
kewujudan masyarakat Islam di Sulu dan kemungkinan petempatan ini didiami oleh pedagang-
pedagang asing, yang sesetengah daripada mereka mengahwini anggota pemerintah dan malahan
3
Ibid. Hlm. 73.
4
Sila rujuk buku Saiful Muzani. 1993. Pembangunan dan Kebangkitan Islam di Asia Tenggara. Jakarta: Penerbit
PT Pustaka LP3ES. Hlm. 197.
5
Mengikut Salasilah Sulu, pada zaman Tuan Masya’ika belum terdapat penduduk yang beragama Islam.
Kedatangan Tuan Masya’ika ini bukanlah sebagai pelopor kepada penyebaran agama Islam di Sulu kerana tokoh
ulama yang bertanggungjawab dalam proses dakwah Islam di Sulu ialah Karim al-Makhdum atau Tuan Syarif
Aulia yang tiba pada tahun 1380M. Beliau telah membina masjid di Buansa kerana mendapati sudah terdapat
orang Islam di kawasan itu. Kewujudan orang Islam di Buansa dikatakan berasal dari keturunan Tuan Masya’ika
yang berkahwin dengan anak Raja Sipad. Kedatangan Karim al-Makhdum ini telah mengukuhkan kedudukan
Islam di Kawasan Kepulauan Sulu. Wan Abdul Rahman Latif et al. 2001. Sejarah Perkembangan Tamadun
Dunia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm.143.

3
telah memainkan peranan politik yang penting. Merekalah yang membawa unsur-unsur Islam
pada awalnya dan mempunyai keluarga Islam. Penduduk Filipina pula tidak pula menentang
mereka dan mengakui pertuanan mereka.6 Pada sekitar abad ke-14, terdapat bukti penting seperti
penemuan batu nesam Tuan Maqbalu (Muqbalu atau Miqbalu), yang bertarikh 710
Hijrah/1310M, di Bukit atau Bud Datu, Jolo. Walaupun tiada pengenalan yang jelas tentang
dirinya, tetapi kemungkinan besar beliau merupakan tuan pemerintah atau ketua di Sulu. Tarikh
1310 menjadi titik tolak kepada Sulu kerana ia menjadi panduan dalam menentukan tarikh
sebenar pertapakan Islam di Sulu.

Peristiwa penting seterusnya ialah dalam perkembangan Islam di Sulu ialah kedatangan
Sayid Abu Bakar iaitu seorang tokoh keturunan Arab yang datang dari Palembang melalui
Brunei pada 1450M untuk menyebarkan ajaran Islam.7 Pada mulanya, beliau telah mengislamkan
penduduk Melayu di kawasan persisir, diikuti oleh orang bukit (Buranun), sehingga meredakan
permusuhan di kalangan mereka. Beliau menyebarkan ajaran Abu Ishak al-Syirazi iaitu
pengarang kitab Darul Mazlum.8 Penyebaran ajaran ini dibuktikan dengan gelaran Syeikh, Sayid,
Makhdum dan Faqir yang biasa digunakan oleh ulama tasawuf.9 Walaupun Sayid Abu Bakar
telah memainkan peranan sebagai penyebar Islam di Sulu, beliau bukanlah yang mula–mula
memperkenalkan Islam di sini tetapi hanya memperkukuhkan kedudukan Islam di Sulu. Sayid
Abu Bakar telah berkahwin dengan Paramisuli iaitu anak kepada Raja Baguinda. Selepas
kemangkatan Raja Baguinda,10 Sayid Abu Bakar telah diangkat menjadi Sultan Sulu dengan
gelaran Sultan Syarif al-Hasyim.11 Strategi pertama beliau dalam mengukuhkan kuasa politiknya
adalah dengan mengasaskan kesultanan Sulu yang memakai gelaran Sultan Syarif al-Hasyim dan
memilih Buansa sebagai ibu kotanya. Sultan Syarif al-Hasyim (1450-1480) telah meletakkan
6
Ibid. Hlm. 90.
7
Rujuk buku Abdul Rahman Abdullah. Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara : Sebelum dan Sesudah Pengaruh
Islam. Hlm. 300. Lihat juga Al-Habib Alwi Thahir Al-Haddad. 1987. Sejarah Masuknya Islam di Timur Jauh.
Jakarta: Penerbit Lentera. Hlm. 76.
8
Kitab ini mengandungi ajaran tauhid bercampur tasawuf yang membahaskan tentang tiga perkara iaitu Zat Allah,
Sifat Allah dan Af’al Allah. Lihat Mahayudin Haji Yahya. 1990. Islam di Alam Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka. Hlm. 115. Lihat juga Abdul Rahman Abdullah. 1990. Pemikiran Umat Islam di Nusantara :
Sejarah dan Perkembangannya Hingga Abad ke-19. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 99.
9
Ibid, Hlm. 171.
10
Sultan Baguinda berasal dari Minangkabau, Sumatera dan beliau dikatakan orang pertama yang membuka
kerajaan Islam di Sulu. Menurut Salasilah Sulu, Raja Baguinda tiba sepuluh tahun selepas ketibaan Karim al-
Makhdum setelah baginda singgah di Zamboanga dan Basilan. Sewaktu, Baginda tiba juga, sudah ada orang dan
pemimpin yang berjumpa dengan Baginda setelah baginda sampai di Sulu, adalah dipercayai cucu-cucu kepada
Tuan Masha’ika dan keadaan ini membuktikan juga ketibaan Raja Baguinda adalah berlaku kira-kira lima puluh
tahun selepas kedatangan Tuan Masha’ika. Ibid., Hlm. 78-79.
11
Ibid. Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia. Hlm.144.

4
asas pembangunan agama dengan mendirikan masjid yang bernama Unwanul Islam.12
Pemerintahan kesultanan Sulu ini kemudaiannya diteruskan oleh sultan-sultan Sulu yang lain
yang mana mereka ini mempunyai kekuatan dan kelemahan yang tersendiri. Untuk menentukan
tahap-tahap waktu proses pengislaman di Sulu adalah sukar dilakukan. Hal ini demikian kerana,
dalam Salasilah Sulu tiada tarikh walaupun adanya peristiwa-peristiwa yang diceritakan. Tarikh-
tarikh yang diberikan dalam riwayat-riwayat pada permulaan abad ini merupakan amdaian-
andaian kasar dan tidak langsung dijadikan pegangan. Huraian-huraian sezaman mengenai
kedatangan Islam seolah-olah tiada. Namun, terdapat bukti arkeologi seperti penemuan batu
nesam yang dijaga dengan baik dan beberapa tahun kemudian, ia telah pecah.13

Sekitar tahun 1876, Sepanyol telah menyerang Jolo sehingga ibu kota Sulu berpindah pula
ke Maimbung. Jolo terus diduduki oleh Sepanyol hingga tahun 1899 apabila Amerika pula
mengambilalih kekuasaannya. Dengan penyerahan kuasa Sultan Jamalul Kiram II kepada
Amerika pada tahun 1915, maka tamatlah Kesultanan Sulu secara rasmi.

2.2.2 Mindanao (1515-1900)

Dari segi istilahnya, nama Pulau Mindanao merupakan perubahan bentuk daripada nama
“Maguindanao” yang bermaksud kebanjiran daripada air (Lembah Pulangi), hingga kelihatan
seperti tasik.14 Sejarah masuknya Islam masuk ke wilayah Filipina Selatan, khususnya kepulauan
Sulu dan Mindanao pada tahun 1380 M berlaku apabila seorang tabib dan ulama Arab bernama
Karimul Makhdum dan Raja Baguinda tercatat sebagai orang pertama yang menyebarkan ajaran

12
Al-Habib Alwi Thahir Al-Haddad, Sejarah Masuknya Islam di Timur Jauh, hlm. 78. Lihat juga Abdul Rahman
Abdullah, Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara : Sebelum dan Sesudah Pengaruh Islam. Hlm. 300.
13
Batu nesam ini mempunyai tulisan Arab, dan mengikut riwayat, di sekitar batu nesam inilah ramai daripada Sultan
Sulu telah dimahkotakan. Ia merujuk juga kepada Bud Dato, yang bermaksud bukit pemerintah.
14
Maka itu secara khususnya ia bermakna masyarakat Islam yang tinggal di Lembah Pulangi dan sekitarnya.
Walaupun di sini dipilih nama Mindanao, tetapi dalam sejarah Islam di Filipina nampaknya nama Maguindanao
lebih banyak diterima pakai. Sebenarnya, di Lembah Pulangi, terdapat dua kesultanan daripada keturunan
Kabungsuwan. Pertama, yang terdiri daripada keturunan Iranun yang menguasai Selatan Lembah Pulangi dan
kedua adalah Kesultanan Buayan yang mendakwa keturunan Kabungsuwan di belah ibu, yang menguasai
bahagian utara Lembah Pulangi.

5
Islam di kepulauan tersebut iaitu pada akhir kurun ke-14 M.15 Menurut catatan sejarah, Raja
Baguinda adalah seorang pangeran dari Minangkabau (Sumatra Barat). Beliau tiba di kepulauan
Sulu sepuluh tahun setelah berhasil mendakwahkan Islam di kepulauan Zamboanga dan Basilan.
Atas hasil kerja kerasnya juga, akhirnya Kabungsuwan Manguindanao, raja terkenal dari
Manguindanao memeluk Islam.16 Dari sinilah awal peradaban Islam di wilayah Mindanao ini
mulai dirintis. Pada masa itu, sudah dikenal sistem pemerintahan dan peraturan hukum yaitu
Manguindanao Code of Law atau Luwaran yang didasarkan atas Minhaj dan Fathu-i-Qareeb,
Taqreebu-i-Intifa dan Mir-atu-Thullab. Manguindanao kemudian menjadi seorang Datuk yang
berkuasa di Wilayah Davao di bahagian tenggara pulau Mindanao. Setelah itu, Islam disebarkan
ke pulau Lanao dan bahagian utara Zamboanga serta daerah pantai lainnya. Sepanjang garis
pantai kepulauan Filipina semuanya berada dibawah kekuasaan pemimpin-pemimpin Islam yang
bergelar Datuk atau Raja. Menurut ahli sejarah, kota Manila (ibu kota Filipina sekarang) berasal
dari kata Amanullah (negeri Allah yang aman).17 Ini dibuktikan lagi dengan kenyataan catatan
Kapten Thomas Forrest semasa beliau singgah di Mindanoa dan Sulu pada tahun 1775M, agama
Islam telah berkembang di sana sejak 300 tahun yang lalu dan dari sini boleh dianggarkan
bahawa Syarif telah tiba di tempat itu dalam tahun 1475 M. Di samping itu, mengikut catatan
orang-orang Sepanyol yang datang ke kepulauan ini, Mindanoa dan Sulu dalam tahun 1512 M,
telah mendapati ramai orang-orang yang telah memeluk agama Islam di beberapa daerah di
kepulauan itu, tetapi masih banyak lagi penduduk di bahagian utara kepulauan itu yang belum
lagi beragama. Orang-orang Islam di daerah-daerah ini telah lama mengadakan hubungan dengan
saudagar-saudagar Islam di Tanah Jawa, Tanah Melayu, China dan India.

Merujuk kepada peranan yang dimainkan oleh Syarif Muhammad Kabungsuwan, proses
pengislaman di kawasan-kawasan ini telah dijalankan melalui ikatan-ikatan politik dan beberapa
perkahwinan oleh Kabungsuwan selepas beliau berjaya mengukuhkan diri sebagai pemerintah
suatu pertempatan tertentu yang sekarang ini mungkin dipanggil Malabang. Kedatangan

15
Dari sinilah awal peradaban Islam di wilayah ini mulai dirintis. Pengislaman Pulau Minguindanoa melalui
pemerintahnya iaitu seorang ulama Arab bernama Syarif Muhammad Kabongsuan anak bongsu seorang
bangsawan. Beliau telah menetap di sebuah bandar yang pada masa itu bernama Magindano atau Mindanao.
Beliau terus mengembangkan ajaran Islam di situ dan sambutan daripada penduduk Islam sangat mengalakkan.
Beliau telah mendirikan kerajaan Islam di pulau ini dan diberikan nama Cotabatu (Kota Batu) sebagai ibu negeri.
16
Shariff Kabungsuwan merupakan seorang yang berketurunan Sayid Hadramaut dan berasal dari Tanah Arab dan
bermazhab Shafie. Ibid., Islam di Filipina. Hlm. 93-94 dan buku Abdul Rahman Abdullah. 2000. Sejarah dan
Tamadun Asia Tenggara: Sebelum dan Sesudah Pengaruh Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors. Hlm. 226-227.
17
Ibid. Islam di Filipina. Hlm. 107.

6
Kabungsuwan dari Johor sekitar 1515 iaitu pada abad ke-16 telah membentuk kerajaan Muslim
di Mindanao.18 Menurut sejarawan lagi, sebelum Kabungsuwan juga, telah ada orang-orang
Islam telah tiba dan menyebarkan Islam di Mindanao Cuma tidak disebutkan dalam tarsila19
Maguindanoa. Namun ia tidak disebutkan kerana kedatangan mereka adalah bertujuan untuk
mengukuhkan politik masing-masing seperti Syarif Awliya serta Syarif Hasan dan Syarif Maraja
Bersaudara.20 Mereka ini adalah berketurunan Arab dan bertanggungjawab membuka
pertempatan pertama di kawasan Lembah Pulangi. Peringkat inilah tergolongnya Syarif Awliya
dan Syarif Maraja. Selepas itu, iaitu dalam suku pertama abad ke-16, barula Kabungsawan
muncul dan melakukan proses Islamisasi. Pengislaman di Mindanao bermula agak lewat
daripada yang berlaku di Sulu. Tetap, pengislaman Sulu yang memberi bantuan kepada orang-
orang Maranao dan pengislaman orang Sarangani dalam bahagian pertama pada suku abad ke-
17. Pada masa ini, keluarga-keluarga pemerintah Mindanoa mengalakkan hubungan perkahwinan
antara keluarga diraja Sulu dan Tarnate.21

2.2.2 Manila/Luzon

Di Manila22 sendiri, telah berdiri sebuah kerajaan Islam. Tetapi malangnya perkembangan
Islam di sana mendapat tentangan yang kuat dari Sepanyol yang juga bermotif sama iaitu bagi
mengembangkan ajaran Kristian. Kemunculan kerajaan Muslim di Manila tidak dapat dipastikan.
Ada yang berpendapat ia muncul sejak awal abd ke-14 lagi, iaitu dengan penemuan batu nisan
kepunyaan Ahmad Timhar yang bertarikh 710 H/1310M. Beliau ialah seorang raja yang menjadi
nenek moyang kepada Raja Sulaiman bin Mahmud, iaitu raja Filipina ke-14 daripada salasilah
keturunan ini. Apabila kesultanan Manila di bawah Sultan Sulaiman jatuh ke tangan Sepanyol

18
Kabungsuwan adalah anak kepada Syariff Ali Zainul Abidin, seorang Arab dari Mekah yang berhijrah ke Johor
dan berkahwin dengan dengan puteri tempatan bernama Jusul Asiqin. Ibid., Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara:
Sebelum dan Sesudah Pengaruh Islam. Hlm. 303.
19
Ibid. Hlm. 92.
20
Syarif Aulia tiba pada abad ke-15 iaitu pada tahun 1460. Ada pendapat yang memdakwa bahawa Syarif inilah
juga Karim al-Makhdum yang tiba di Sulu pada tahun 1380 dulu. Semasa di Maguindanao, beliau telah berkahwin
dengan seorang puteri tempatan, hingga mendapat anak perempuan yang diberi nama Paramisuli, tetapi
meninggalkan negeri tersebut. kemudian dating dua orang bersaudara dari Johor yang dipercayai adik-beradik
kepada Syarif Aulia, iaitu Syarif Hasan dan Syarif Maraja. Syarif Maraja yang mengasaskan golongan datu dan
menjadi pemimpin pertama Maguindanao.
21
Ibid. Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara: Sebelum dan Sesudah Pengaruh Islam. Hlm. 100-101.
22
Tentang nama Manila itu sendiri, ia dikatakan berasal daripada perkataan Arab ‘fiamanillah’ yang membawa
maksud dalam lindungan Allah. Tapi ada yang mengatakan ia berasal dari bahasa Tagalog ‘may-nilad’, iaitu satu
kawasan yang penuh dengan pokok kecil.

7
dalam tahun 1571 M, orang-orang Sepanyol telah mengembangkan agama Kristian secara
paksaan, dan ini menyebabkan ramai penduduk tempatan memeluk agama itu kecuali di
bahagian Selatan Filipina kerana mereka tetap berpegang teguh dengan agama Islam sampailah
sekarang.23 Di pihak lain, orang-orang Filipina yang beragama Kristian berkiblatkan Manila
sebagai titik pusat mereka dan mengarah ke Barat, Sepanyol dan kemudian Amerika sebagai ibu
Negara dengan Roma (Vatikan) sebagai rumah suci mereka. Sebenarnya, pengislaman di Manila
bermula ekoran hubungan peribadi antara pemerintah Pulau Luzon (Manila) dengan pemerintah
Brunei pada masa itu.24 Asal-usul Manila lebih berkaitan dengan dasar ekspansi Brunei. Selain
itu, kebanyakan pemerintah di Manila adalah berketurunan daripada Brunei.25 Semasa usaha
cuba mendapatkan kembali Manila daripada Sepanyol, Brunei telah menghantar bantuan
ketenteraan, namun gagal. Buktinya dalam Pakatan Tondo 1588, terdapat ketua daripada kerabat-
kerabat Brunei, dan mereka telah cuba menghubungi Sultan Brunei untuk mendapatkan
pertolongan dalam usaha untuk mengusir Sepanyol seperti yang dirancangkan.26

Sebenarnya, walaupun adanya kesultanan Brunei yang beragama Islam, menjalinkan


hubungan dengan Manila, namun tidaklah semestinya menunjukkan yang sebahagian besar
daripada penduduk yang menghuni di kedua-kedua tebing Sungai Pasig itu terdiri daripada orang
Islam. Proses pengislaman bermula apabila adanya beberapa orang penduduk yang mula
memberikan perhatian kepada kebiasaan orang Islam seperti bersunat dan tidak makan babi.
Selain itu, sesetengah penduduk Manila pergi ke Borneo, terdedah kepada ajaran al-Quran, tetapi
yang lain-lainnya seperti mengikuti ajaran lama mereka. Orang Borneo juga mendirikan
pertempatan di sekitar sungai Pasig kerana mereka memerlukan satu kwasan yang strategic untuk
mengawal barangan dagangan yang keluar masuk dari dan ke kawasan di sekitar Tasik Laguna.
Keadaan ini menyebabkan mayarakat Manila terdedah dengan orang-orang Brunei dan turut
mengikuti amalan-amalan Islam, dalam pelbagai peringkat, dan boleh dilihat dalam kalangan
orang Borneo.27 Walau selepas Manila ditawan dan kemarakan Islam telah dipadamkan di sana,

23
Mohd Jamil bin Mukmin. 1992. Sejarah Perkembangan Islam. Kuala Lumpur: Nurin Enterpise. Hlm. 313.
24
Kenyataan oleh Antonio Pagafetta: “…Adalah dipercayai bahawa Sultan Brunei pada masa itu, yang bergelar
Sripada, adalah datuk kepada putera raja Luzon ini, dan bahawa putera raja ini yang baharu tiba dari suatu tempat
ekspedisi penghukuman terpaksa mengahwini sepupunya.” Selanjutnya, dipercayai bahawa putera raja itu adalah
Raja Matanda dari Manila ketika ketibaan orang Sepanyol ke sana pada tahun 1570. Ibid. Islam di Filipina. Hlm.
105.
25
Ibid., Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara: Sebelum dan Sesudah Pengaruh Islam. Hlm. 305.
26
Ibid. Islam di Filipina. Hlm. 106.
27
Suatu laporan Sepanyol pada tahun 1573 berkata:”di pulau Luzon ini terdapat tiga pertempatan Moro, yang tidak
mengetahui hokum Mahoma dalam bentuk keseluruhan. Mereka tidak makan babi, dan mengabdi kepada

8
masih terdapat tanda-tanda mengenai adanya penempatan yang sama di Mindoro yang dikuasai
oleh pemimpin Islam. Bukti lain adalah adanya usaha mubaligh oleh pengembang agama Borneo
di bahagian Luzon yang lain khususnya di Balayan.28

3.0 KEADAAN ISLAM SEMASA PENJAJAHAN

3.1 Masa Kolonial Sepanyol

Kedatangan orang-orang Spanyol ke Filipina pada tahun 1521 M, selain untuk menjajah juga
bertujuan untuk menyebarkan agama Kristian. Dengan kekerasan, pemujukan atau menundukkan
secara halus dengan hadiah-hadiah, orang-orang Sepanyol dapat memperluas kedaulatannya
hampir ke seluruh wilayah Filipina. Namun, ketika Sepanyol menakluk wilayah utara Filipina
dengan mudah dan tanpa perlawanan bererti, tidak demikian halnya dengan wilayah selatan.
Tentera kolonial Sepanyol harus bertempur mati-matian melawan kesultanan Islam di wilayah
selatan Filipina, yakni Sulu, Manguindanau dan Buayan.29 Rentetan peperangan yang panjang
antara Islam dan Sepanyol hasilnya tidak nampak kecuali bertambahnya ketegangan antara orang
Kristian dan orang Islam Filipina.30

Sejak masuknya orang-orang Sepanyol ke Filipina, pada 16 Mac 1521 M, penduduk


pribumi telah mencium adanya maksud lain dibalik “ekspedisi ilmiah” Ferdinand de Magellans.
Ketika kolonial Sepanyol menaklukan wilayah utara dengan mudah dan tanpa perlawanan
bererti, tidak demikian halnya dengan wilayah selatan. Mereka justeru menemukan penduduk
wilayah selatan melakukan perlawanan sangat gigih, berani dan pantang menyerah. Tentera
kolonial Sepanyol harus bertempur mati-matian kilometer demi kilometer untuk mencapai
Mindanao-Sulu (kesultanan Sulu ditakluk pada tahun 1876 M). Menghabiskan lebih dari 375
tahun masa kolonialisme dengan perang berkelanjutan melawan kaum Muslimin. walaupun
demikian, kaum Muslimin tidak pernah dapat ditundukan.

Mahoma.”
28
Dibuktikan oleh rahib mubaligh, kerana sekitar 1580 beliau terpaksa mengajar di sana dalam usaha menentang
kecenderungan Islam di sana. Hal ini kerana, orang-orang Borneo telah mengajarkan Islam di sana dan bahawa
orang-orang yang diislam telah menunjukkan minat mendalam terhadap ajaran Islam sehingga ada yang menunaikan
haji di Mekah.
29
Ibid. Islam di Filipina. Hlm. 92.
30
Tim Penyusun. 2006. Pengantar Studi Islam, Surabaya, IAIN Sunan Ampel Press, Cet. IV. Hlm. 307-308.

9
Selama masa kolonial, Sepanyol menerapkan politik devide and rule (pecah belah dan
kuasai) serta mision-sacre (misi suci Kristenisasi) terhadap orang-orang Islam. Bahkan orang-
orang Islam di-stigmatisasi (julukan terhadap hal-hal yang buruk) sebagai "Moor" (Moro).31
Ertinya orang yang buta huruf, jahat, tidak bertuhan dan huramentados (tukang bunuh). Sejak
saat itu julukan Moro melekat pada orang-orang Islam yang mendiami kawasan Filipina Selatan
tersebut.32 Tahun 1578 M terjadi perang besar yang melibatkan orang Filipina sendiri.33 Bangsa
Sepanyol memberikan layanan yang buruk terhadap orang-orang muslim di Semenanjung Iberia.
Mereka menyerang kerajaan Muslim Sulu, Manguindanau dan Manilad dengan fanatisme dan
keganasan yang sama seperti mereka memperlakukan penduduk muslim mereka sendiri di
Sepanyol.34 Menghadapi latar belakang seperti ini, orang-orang muslim Filipina (bangsa Moro)
harus berjuang bagi kelangsungan hidupnya sampai saat ini, lebih dari empat abad. Sepanyol
tidak pernah dapat menaklukkan kesultanan Islam Sulu walaupun dalam keadaan perang terus
menerus, dan harus mengakui keberadaannya yang merdeka.35 Agama Islam juga dilihat sebagai
sumber kekuatan dalam usaha masyarakat Filipina menentang ancaman Sepanyol. Masyarakat
Sulu di bahagian Selatan Filipina telah menjadikan Islam sebagai tunjang penting dalam usaha
mereka menentang Sepanyol. Sepanyol yang menjalankan dasar penyebaran dakyah Kristian
secara aktif menerima tentangan hebat daripada Kesultanan Sulu sejak abad ke-16 lagi dan
sepanjang tempoh itu, kesultanan Sulu sering sahaja menjadikan Islam sebagai sumber kekuatan
dan penyatuan rakyatnya. ‘Perang Moro’ yang berlangsung sepanjang abad ke-16 hingga abad
ke-20 membuktikan hakikat ini. Contohnya pada tahun 1578, apabila tentera Sepanyol cuba
mengusir orang Moro dari kawasan mereka di Bandar Jolo di Pulau Sulu tapi gagal bertahan
kerana penduduk semakin benci kepada mereka.36 Jalan buntu menimpa kedua-dua belah pihak
31
Politik Mindanoa dikuasai oleh Kesultanan Sulu yang dimonopoli oleh orang Islam Moro. Orang Islam Moro
merupakan satu unit politik yang tinggal berasingan dengan orang Filipina tempatan. Mereka mempunyai
petempatan sendiri dan merupakan penentang kepada kepada kemasukan Sepanyol kerana faktor penyebaran
agama Kristian. Ibid. Islam di Filipina. Hlm. 113.
32
Rujuk buku Jason F. Isaacson dan Colin Rubenstein. 2002. Islam in Asia: Changing Political Realities. London:
Transaction Publishers and American Jewish Committee. Hlm. 190-191.
33
Perang Moro iaitu perang antara orang Islam dengan tentera Sepanyol Kristian. Berlaku lebih kurang empat lima
kali pertempuran antara kedua-dua belah pihak. Ibid. Islam di Filipina. Hlm. 153 dan buku Abdul Rahman
Abdullah. 2000. Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara: Sebelum dan Sesudah Pengaruh Islam. Hlm. 302-303.
34
Bahkan Raja Philip memerintahkan Kepala Staf Angkatan Lautnya sebagai berikut: “Taklukkan pulau-pulau itu
dan gantikan agama penduduknya (ke agama Katolik)”.
35
Minoritas Muslim. Hlm. 195
36
Sepanyol telah menubuhkan gereja dan kota raya yang lengkap dengan segala senjata di Mindanoa sebagai satu
sekatan bagi menghalang serangan orang Islam Moro tetapi dengan pantasnya telah diruntuhkan oleh Moro,.
Buku oleh Josinder Singh Jessy. 1985. History of South-East Asia (1824-1965. Kedah: Penerbitan Darulaman.
Hlm. 29-30.

10
kerana tiada persefahaman dicapai.37 Malahan di kalangan pejuang Moro telah timbul satu
amalan yang disebut sebagai Juramentado iaitu kesanggupan mengorbankan nyawa sewaktu
berperang dengan Sepanyol.38 Dari sinilah kemudian timbul kebencian dan rasa curiga orang-
orang Kristian Filipina terhadap Bangsa Moro yang Islam hingga sekarang. Sejarah mencatat,
orang Islam pertama yang masuk Kristian akibat politik yang dijalankan kolonial Sepanyol ini
adalah isteri Raja Humabon dari pulau Cebu.

Di Manila pula, kewujudan Islam ada disebut oleh Pigafetta. Keluarga yang memerintah
Manila adalah berketurunan Brunei dan berasal dari Borneo. Buktinya, seorang rahib pada tahun
1630 ialah: “pemimpin teragung negara itu pada waktu itu seorang raja tua, Raja Soliman, dan
Lacandola. Kedua orang ini, oleh kerana mereka telah menyembah agama Mahoma, mereka
telah memakai nama Mahomaten, di samping adat resam mereka.”39 Rajah Sulayman, tokoh
Islam berketurunan Tausug (keturunan bangsa Moro di selatan Filipina) terus berjuang
mengembalikan kedaulatan kerajaan Manila sehingga mati dibunuh penjajah pada 1571. Lapu-
Lapu yang juga beragama Islam berketurunan Tausug adalah Raja Mactan, sebuah wilayah di
Pulau Cebu dan beliau dikenang kerana berjaya membunuh lagenda pelayar, penakluk dan
penyebar Kristian Sepanyol berbangsa Portugis, Ferdinand Magellan pada 27 April 1521. Lapu-
Lapu atau juga dikenali Kalifah Pulaka masyhur sebagai tokoh nasionalis dan rakyat Filipina
yang pertama menentang kolonial Sepanyol. Sebagai mengenang jasanya, rakyat Cebuano
menggantikan nama kota Opon di Cebu kepada Kota Lapu-Lapu, selain mendirikan patung
tokoh itu. Semasa Sepanyol memerintah jiga, Brunei telah kehilangan kuasa politik dan
perdagangan di Nusantara, dan semakin ramai orang Manila terpengaruh dengan ajaran
Kristian.40

Semasa Filipina berada di bawah Sepanyol, pelbagai usaha untuk menghapuskan pengaruh
dan orang-orang Islam telah dilakukan. Contoh, selepas kekalahan Brunei kepada Sepanyol pada
1578, Sepanyol telah mengarahkan Kapten Esteban Rodriguez de Figueroa untuk pergi ke Sulu
menuntut ufti daripada pemimpinnya dan kemudian meneruskan perjalanan ke Mindanao utnuk
memaksa pemimpin-pemimpinnya.41 Antara kekerasan yang digunakan oleh Sepanyol seperti
37
D. G. E. Hall. 1981. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 306-307.
38
Abdul Rahman Abdullah. 2000. Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara: Sebelum dan Sesudah Pengaruh Islam.
Hlm. 299.
39
Ibid. Islam di Filipina. Hlm. 105.
40
Ibid. Hlm. 106.
41
Ibid. Hlm. 120-122.

11
membakar masjid-masjid, mengarahkan pemimpin Islam supaya tidak lagi menerima pelajar-
pelajar untuk mendalami Islam, pemusnahan Al-Qurab dan manuskrip Arab serta pemusnahan
makan-makan sultan dan mubaligh Islam. Dalam usaha menguasai Pulau Mindanao juga,
Sepanyol telah membina kota Zamboanga pada tahun 1635 dan ia telah membawa kekalahan
kepada Maguindanao. Kesultanan Maguindanao telah berakhir semasa pemerintahan Sultan
Mangigin (1899-1900), dengan ketibaan tentera Amerika pada tahun 1899 di Filipina.42

3.2 Masa Imperialisme Amerika Syarikat

Sekalipun Sepanyol gagal menundukkan Mindanao dan Sulu, Sepanyol tetap menganggap kedua
wilayah itu merupakan sebahagian dari kawasan takluknya. Secara tidak sah dan tidak bermoral,
Sepanyol kemudian menjual Filipina kepada Amerika Syarikat sebanyak US$ 20 juta pada tahun
1898 M melalui Perjanjian Paris. Pada tahun 1896, Presiden Mc. Kinley dari AS memutuskan
untuk menduduki Filipina untuk “mengkristiankan dan membudayakan” rakyat sebagaimana ia
katakan. Amerika datang ke Mindanao dengan menampilkan diri sebagai seorang sahabat yang
baik dan dapat dipercaya. Hal ini dibuktikan dengan ditandatanganinya Perikatan Bates (20
Agustus 1898 M) yang menjanjikan kebebasan beragama, kebebasan mengungkapkan pendapat,
kebebasan mendapatkan pendidikan bagi Bangsa Moro. Amerika berhasil menduduki jajahan
Sepanyol ini pada tahun 1899, namun mendapatkan tentangan dari negara muslim Sulu.
Perikatan tersebut ternyata hanya taktik mengambil hati orang-orang Islam agar tidak
memberontak, karena pada saat yang sama Amerika sedang menghadapi masalah dengan
pemberontakan kaum revolusioner Filipina Utara pimpinan Emilio Aguinaldo. Terbukti setelah
kaum revolusioner kalah pada 1902 M, kebijakan AS di Mindanao dan Sulu bergeser kepada
sikap campur tangan langsung dan penjajahan terbuka. Setahun kemudian (1903 M) Mindanao
dan Sulu disatukan menjadi wilayah Moroland dengan alasan untuk memberadabkan (civilizing)
rakyat Mindanao dan Sulu. Periode berikutnya tercatat pertempuran antara kedua belah pihak.
Kesultanan Sulu jatuh ke tangan Amerika pada tahun 1914. Pada tahun 1915, Raja (Sultan)
Muslim dipaksa turun tahta, tetapi diakui sebagai ketua komuniti muslim. Hanya pada April
1940 Amerika menghapuskan Kesultanan Sulu dan menggabungkan bangsa Moro ke dalam
Filipina.43
42
Ibid., Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara: Sebelum dan Sesudah Pengaruh Islam. Hlm. 304-305.
43
Minoritas Muslim. Hlm. 195.

12
Patut dicatat bahawa selama periode 1898-1902, AS ternyata telah menggunakan waktu
tersebut untuk membebaskan tanah serta hutan di wilayah Moro untuk keperluan ekspansi para
kapitalis. Bahkan periode 1903-1913 dihabiskan AS untuk memerangi berbagai kelompok
perlawanan Bangsa Moro. Namun Amerika memandang peperangan tidak cukup efektif
meredam perlawanan Bangsa Moro. Amerika akhirnya menerapkan strategi penjajahan melalui
kebijakan pendidikan dan pemujukan. Kebijakan ini kemudian disempurnakan oleh orang-orang
Amerika sebagai ciri khas penjajahan mereka. Sebagai hasilnya, politik dan kesatuan di antara
masyarakat Muslim mulai goyah dan budaya mulai diserang oleh norma-norma Barat. Pada
dasarnya kebijakan ini lebih disebabkan keinginan Amerika memasukkan kaum Muslimin ke
dalam arus utama masyarakat Filipina di Utara dan mengasimilasi kaum Muslim ke dalam tradisi
dan kebiasaan orang-orang Kristian. Seiring dengan berkurangnya kekuasaan politik para Sultan
dan berpindahnya kekuasaan secara bertahap ke Manila, pendekatan ini sedikit demi sedikit
mengancam tradisi kemandirian yang selama ini dipelihara oleh masyarakat Muslim.

3.3 Masa Peralihan

Masa pra-kemerdekaan ditandai dengan masa peralihan kekuasaan dari penjajah Amerika ke
pemerintah Kristian Filipina di Utara. Untuk menggabungkan ekonomi Moroland ke dalam
sistem kapitalis, dilaksanakan hukum-hukum tanah warisan jajahan AS yang sangat kapitalistis
seperti Land Registration Act No. 496 (November 1902) yang menyatakan keharusan
pendaftaran tanah dalam bentuk tertulis, ditandatangani dan di bawah sumpah. Kemudian
Philippine Commission Act No. 718 (4 April 1903) yang menyatakan hibah tanah dari para
Sultan, Datu, atau kepala Suku bukan Kristian sebagai tidak sah, jika dilakukan tanpa ada
selewengan atau izin dari pemerintah. Namun, ketentuan tentang hukum tanah ini merupakan
legalisasi penyitaan tanah-tanah kaum Muslimin (tanah adat dan ulayat) oleh pemerintah
kolonial AS dan pemerintah Filipina di Utara yang menguntungkan para kapitalis. Kepemilikan
tanah yang begitu mudah dan mendapat legalisasi dari pemerintah tersebut mendorong migrasi
dan pemukiman besar-besaran orang-orang Utara ke Mindanao.44 Banyak pemukim yang datang,
seperti di Kidapawan, Manguindanao, mengakui bahawa motif utama kedatangan mereka ke
44
Bahkan seorang senator Manuel L. Quezon pada 1936-1944 gigih melaksanakan program pemukiman besar-
besaran orang-orang Utara dengan tujuan untuk menghancurkan keragaman (homogenity) dan keunggulan jumlah
Bangsa Moro di Mindanao serta berusaha mengintegrasikan mereka ke dalam masyarakat Filipina secara umum.
Ibid. Hlm. 196.

13
Mindanao adalah untuk mendapatkan tanah. Untuk menarik banyak pemukim dari utara ke
Mindanao, pemerintah membangun koloni-koloni yang disubsidi lengkap dengan seluruh alat
bantu yang diperlukan. Konsep penjajahan melalui koloni ini diteruskan oleh pemerintah Filipina
begitu AS dari negeri tersebut. Sehingga perlahan tapi pasti orang-orang Moro menjadi minoriti
di tanah kelahiran mereka sendiri.45

3.4 Masa Pasca Kemerdekaan


Sekitar abad ke-18, hanya Mindanao yang mampu mengekalkan komuniti Islamnya. Itupun,
mendapat pelbagai tentangan dan cabaran oleh penjajah dan juga pemerintah Filipina sendiri.
Jika kita imbas kembali, pada 1898, satu perjanjian ditandatangani Amerika dan Sepanyol,
membawa kepada persetujuan Sepanyol untuk menyerahkan tanah jajahannya, Filipina kepada
pihak Amerika. Apa yang pelik, walaupun pihak Sepanyol tidak berjaya menguasai kepulauan di
selatan (Mindanao), kawasan tersebut turut ‘dipindah milik’ kepada Amerika. Apabila tentera
Amerika tiba di Filipina, antara tugas utama mereka ialah untuk menamatkan persengketaan
yang telah lama berlaku di Selatan Filipina dengan cara rundingan. Perkara ini dipersetujui oleh
sultan-sultan Moro dan pada 1899, perjanjian ‘Kiram-Bates’ ditandatangani dengan persetujuan
pihak Amerika bahawa mereka tidak akan campur tangan dalam urusan dalam Kesultanan Moro.
Namun pada Mac 1904, Presiden Roosevelt tanpa meminta pandangan pihak Moro telah
membatalkan perjanjian ini. Penentangan Moro berlaku semula dan berlarutan selama 47 tahun.
Selepas perang Dunia Kedua pada 1946, pihak Amerika telah bersetuju untuk memberikan
kemerdekaan kepada Filipina.

Kemerdekaan yang didapatkan Filipina pada 4 Julai 1946 dari Amerika Syarikat ternyata
tidak memiliki erti khusus bagi Bangsa Moro. Hal ini disebabkan kerana, penjajah pertama
(Amerika Syarikat) dari Filipina ternyata memunculkan penjajah lainnya (pemerintah Filipina).
Namun patut dicatat, pada masa ini perjuangan Bangsa Moro memasuki babak baru dengan
dibentuknya perlawanan yang lebih terorganisasi dan maju, seperti MIM (Mindanao
Independece Movement), MNLF, MILF, MNLF-Reformis, BMIF.46 Namun pada masa yang sama
juga, merupakan masa terpecahnya kekuatan Bangsa Moro yang melemahkan perjuangan
mereka secara keseluruhan. Tekanan semakin terasa hebat dan berat ketika Ferdinand Marcos

45
Ibid. Tim Penyusun. Hlm. 308.
46
Ibid., Islam in Asia: Changing Political Realities. Hlm. 191-193.

14
berkuasa (1965-1986). Dibandingkan dengan masa pemerintahan semua presiden Filipina dari
Jose Rizal sampai Fidel Ramos maka masa pemerintahan Ferdinand Marcos merupakan masa
pemerintahan paling represif bagi Bangsa Moro. 47 Pembentukan Muslim Independent Movement
(MIM) pada 1968 dan Moro Liberation Front (MLF) pada 1971 tidak boleh dilepaskan dari
sikap politik Marcos. Perkembangan berikutnya, MLF sebagai induk perjuangan Bangsa Moro
akhirnya terpecah. Bangsa Moro perpecah kepada dua kelompok. Pertama, Moro National
Liberation Front (MNLF) pimpinan Nur Misuari yang berideologikan nasionalis-sekuler.48
Kedua, Moro Islamic Liberation Front (MILF) pimpinan Hashim Salamat, seorang ulama
pejuang, yang murni berideologikan Islam dan bercita-cita mendirikan negara Islam di Filipina
Selatan.49 Namun dalam perjalanannya, ternyata MNLF pimpinan Nur Misuari mengalami
perpecahan kembali menjadi kelompok MNLF-Reformis pimpinan Dimas Pundato (1981) dan
kelompok Abu Sayyaf pimpinan Abdurrazak Janjalani (1993).50 Tentu saja perpecahan ini
memperlemah perjuangan Bangsa Moro secara keseluruhan dan memperkuat posisi pemerintah
Filipina dalam menghadapi Bangsa Moro. Kesannya, ketidaksefahaman ini mewujudkan
perpecahan di kalangan bangsa Moro. Pada 1996, hasil rundingan damai dipersetujui antara
Filipina dan MNLF yang mana wujud Kawasan Autonomi Muslim Mindanao atau ARRM
dipimpin Nur Misuari yang dilantik menjadi Gabenor.51 penubuhan MNLF berjaya menyatukan
bangsa Moro melalui pimpinan Nur Misuari. Namun, penyatuan ini hanya seketika ekoran
perselisihan fahaman dan haluan para pemimpin kanan.

Ditandatanganinya perjanjian perdamaian antara Nur Misuari (ketua MNLF) dengan


Fidel Ramos (Presiden Filipina) pada 30 Agustus 1996 di Istana Merdeka Jakarta lebih
47
Pada awal kemerdekaan, pemerintah Filipina disibukkan dengan pemberontakan kaum \
komunis Hukbalahab dan Hukbong Bayan Laban Sa Hapon. Sehingga tekanan terhadap perlawanan Bangsa
Moro dikurangi. Gerombolan komunis Hukbalahab ini awalnya merupakan gerakan rakyat anti penjajahan Jepun.
Setelah Jepun menyerah, mereka mengarahkan perlawanannya ke pemerintah Filipina. Pemberontakan ini boleh
diatasi di masa Ramon Magsaysay, menteri pertahanan pada masa pemerintahan Eipidio Qurino (1948-1953).
48
Ibid.,. Islam in Asia: Changing Political Realities. Hlm. 191.
49
Ibid., Filipina. Hlm. 307
50
Kelahiran Kumpulan Abu Sayyaf pada 1989 bermula daripada sekumpulan kecil Militan Islam berpecah daripada
MILF dan menbentuk satu kumpulan baru yang dikenali sebagai Mujahideen Commando Freedom Fighters
(MCFF). Ibid., Hlm. 201.
51
Namun, pentadbiran Nur Misuari tidak kekal lama. Misuari akhirnya ditahan atas tuduh melancarkan
pemberontakan serangan ke atas Manila ketika dia tidak dibenarkan bertanding dalam pilihanraya Gabenor
Wilayah pada November 2001. Kesempatan ini diambil Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) untuk
mengetuai pasukan rundingan damai dengan Filipina di mana Malaysia memainkan peranan sebagai pihak ketiga.
Walaupun Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro MNLF dan Barisan Pembebasan Islam Moro MILF berpecah,
namun matlamat mereka sama, bezanya adalah strategi. Walaupun bangsa Moro dijajah dan berperang
mempertahankan tanah air, mereka tetap tidak mengalah kerana perjuangan ini adalah perjuangan nenek moyang
mereka. Ibid. Islam in Asia: Changing Political Realities. Hlm. 194.

15
menunjukkan ketidaksepakatan Bangsa Moro dalam menyelesaikan konflik yang telah
memasuki 2 kurun itu.52 Di satu pihak mereka menghendaki diselesaikannya konflik dengan cara
diplomatik (diwakili oleh MNLF), sementara pihak lainnya menghendaki perjuangan
bersenjata/jihad (diwakili oleh MILF).53 Semua pihak memandang caranyalah yang paling tepat
dan efektif. Namun Ramos telah memilih salah satu di antara mereka walaupun dengan penuh
risiko.54

4.0 PENGARUH KEDATANGAN ISLAM


Islam telah membawa peradaban yang tinggi ke Filipina terutama di Filipina selatan. Islam telah
membawa perubahan ke kawasan Filipina Selatan iaitu dengan mewujudkan kerajaan yang agak
besar dengan sistem yang biasa terdapat dalam kerajaan Islam abad ke-14 dan 15. Ia memberi
sistem politik, ekonomi, sosial, perhubungan luar dan keagamaan yang lebih baik berdasarkan
kepada agama Islam. Selain itu, wujud juga kemajuan ilmu pengetahuan dengan terdapatnya
sistem pendidikan Islam seperti institusi pendidikan/surau, masjid, kitab-kitab dan adanya para
ulama.
Dengan tertubuhnya sebuah kerajaan Islam, sistem politik juga turut mengalami
perubahan. Contohnya, Kesultanan Sulu mempunyai institusi politik yang boleh dikatakan paling
berpusat dan paling kuat dipengaruhi oleh institusi-insitusi politik negara-negara Islam yang
lebih tua. Pada abad 16 sesetengah ciri sruktur formal kerajaan Sulu dapat dijejaki sehingga ke
Brunei berbanding dengan struktur kerajaan Mindanao dan Buayan yang pengaruh-pengaruh
pentingnya hanya dapat dijejaki sehingga ke Ternate sahaja.55 Dalam Salasilah Sulu ada
dinyatakan proses pengislaman Sulu sudah berjalan dengan baik sungguhpun kesultanan itu

52
Ibid, Islam di Filipina. Hlm. 310
53
Ibid. Islam in Asia: Changing Political Realities. Hlm. 194.
54
Dan jadilah bangsa Moro seperti saat ini, minoriti di negeri sendiri. Malah, dunia juga turut mengakui kehidupan
bangsa Moro tersisih sejak dahulu lagi. Tekanan demi tekanan dialami bangsa Moro apabila laporan media Barat
mengaitkan MILF dengan pertubuhan rangkaian pengganas. Apabila menyentuh pandangan mengenai perjuangan
kumpulan Abu Sayaf, nyata pendekatan mereka terlalu radikal. Dalam setiap rundingan bagi sesebuah negara
berkonflik, terdapat beberapa tahap yang perlu dilalui bagi mencapai persefahaman. Rundingan keamanan antara
kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) bertemu di Kuala Lumpur bagi mencari penyelesaian
terhadap konflik di Mindanao. Panel keamanan Manila diketuai Rodolfo Garcia, dan ketua perunding MILF diketuai
Mohagder Iqbal. Kedua-dua pihak berusaha mencari jalan ke arah memuktamadkan memorandum persefahaman
mengenai tuntutan wilayah. Paling penting isu yang merujuk kepada tuntutan MILF terhadap wilayah untuk
menjadikan tanah air kaum Muslim. Apa yang penting, prinsip keadilan menjadi perkara utama dalam perjuangan
hak asasi manusia. Kebangkitan rakyat Moro menentang adalah kesinambungan daripada perjuangan yang berabad
lamanya. Selepas lebih 30 tahun berjuang di wilayah ini, keadaan tidak banyak berubah dari segi politik.
55
Cesar Adib Majul, Islam di Filipina, hlm. 464.

16
masih belum wujud lagi. Pemimpin yang diiktiraf di kawasan sekitar Buansa pada ketika terdiri
daripada Datu, Tuan, syaikh dan orang kaya. Datu merupakan gelaran yang paling tinggi dalam
struktur politik. Tuan merupakan gelaran yang kedua terpenting selepas datu. Syaikh pula
merupakan tokoh-tokoh agama dan orang kaya pula gelaran untuk rakyat biasa tetapi kaya tetapi
ada kalanya digelar mantri disebabkan mereka memegang jawatan politik yang tertinggi untuk
membeza mereka daripada ahli-ahli kelas pemerintah yang mempunyai jawatan yang sama.56
Penubuhan Kesultanan Buansa pada pertengahan abad ke 15 adalah untuk menempatlkan
institusi politik Islam tetapi tidak menghapuskan unsur-unsur struktur politik yang lama.
Berdasarkan ini gelaran Mahasari Maulana Al Sultan yang dianugerahkan kepada sultan pertama
iaitu Sharif al-Hasyim dipakai oleh sultan-sultan yang menggantinya. Gelaran ini bermaksud
sultan adalah pemimpin agama. Sementara itu, gelaran yang berunsurkan Hindu dikalangan
pemerintah-pemerintah tidak bermakna bahawa penduduk Sulu pada waktu itu iaitu sebelum
kedatangan Islam beragama hindu tetapi hanya peminjaman gelaran sahaja. Raja adalah gelaran
yang digunakan oleh kerabat di raja tetapi tidak semestinya pemerintah. 57 Menurut, Cesar Adib
Majul kedua-dua sultan ini mempunyai sistem insitusi politik yang sama. Dalam sistem politik,
Sultan mempunyai kedudukan yang paling tinggi iaitu berperanan sebagai ketua angkatan
perang. Sultan juga berperanan sebagai ketua agama dan bergelar “bayangan Allah di muka
bumi” (Zil-lullah-ard) serta simbol perpaduan dan keutuhan negeri.58
Dalam aspek perdagangan ia melibatkan sultan dan datu-datu. Mereka ini menanam
modal yang agak besar dengan pedagang-pedagang Cina. Sulu mengimport sebahagian besar
barangan dari Mindanao dan kepulauan sekitarnya. Antara barangan lain yang diimport ialah
barangan kelengkapan perang seperti meriam dan ubat bedil yang diperolehi dari British dan
Belanda. Menjelang akhir kurun ke-18, Sulu juga menjalankan perdagangan dengan Bugis
khususnya dengan masyarakat Tausug. Menurut Warren, terdapat lebih kurang 14 hingga 15
kapal singgah di pelabuhan Sulu setiap tahun.59 Hubungan perdagangan dengan China telah
56
Ibid, hlm. 465.
57
Ini merupakan prinsip asas dalam kehidupan politik dan tidak pernah dipertikaikan oleh sesiapa. Suatu sifat Sultan
yang tidak pernah dicabar ialah hak-haknya dalam keagamaan. Sultan melantik Qadi, Imam, Bilal dan Khatib untuk
masjid agung. Qadi Besar sentiasa dirujuk mengenai soal perundangan semua hukum yang penting untuk
menentukan hukum-hukum itu tidak dilaksanakan bertentangan dengan mana-mana rukun asas Islam. Dalam
pemerintahan Sultan Azim ud-Din I dan Harun ar-Rashid, orang Arab pernah memegang jawatan ini. Pada
umumnya, para ulama lebih cenderung menyokong dan memperkuatkan kedudukan Sultan yang dianggap sebagai
pelindung syari’ah.
58
Ibid, hlm. 468. Lihat juga Carmen A. Abubakar, Unsur Islam dalam Budaya Politik Masyarakat Tausug Filipina,
hlm. 205.
59
James Francis Warren. The Sulu Zone 1768-1898. Singapore; Singapore University Press. 1981. Hlm. 11.

17
bermula sejak zaman purba tetapi mengikut laporan Dalrymple, pertama kali orang China
berniaga di Sulu pada zaman pemerintahan Sahabodin atau Sultan Shahabud Din.60
Kesedaran di kalangan penduduk telah bertambah kuat kerana mereka menyedari jika
mereka tidak menubuhkan atau tidak memantapkan institusi-institusi Islam, pengaruh Kristian
mungkin meresap masuk kepada penduduk. Ini selari dengan pendapat para ulama di yang
menegaskan kedatangan orang Sepanyol itu adalah untuk menghapuskan Islam dari bahagian
Darul Islam.61 Kemajuan ilmu pengetahuan dengan terdapatnya sistem pendidikan Islam seperti
institusi pendidikan, surau, masjid, kitab-kitab agama dan wujudnya para ulama. Sultan yang
pertama Syarif al-Hasyim telah mengasaskan beberapa buah sekolah(madrasah) bagi kanak-
kanak mempelajari Al-Quran. Madrasah inilah merupakan satu-satu cara semacam bentuk
pendidikan dan latihan. Mengikut Hurtado62 terdapat bukti tentang wujudnya perbezaan antara
peringkat petugas-petugas keagamaan seperti imam, khatib dan lebai. Sumber-sumber Belanda
pula ada menyebut tentang hukum sebagai suatu istilah yang digunakan oleh rakyat yang
bermakna hakim-hakim mereka. Di kalangan golongan ulama pula adalah imam, hakim dan
qadi. Mereka menjadi tempat rujukan mengenai hal-hal yang bersangkutan dengan ibadah,
perkahwinan, zakat, fitrah dan juga mengenai dasar.

5.0 KESIMPULAN

Proses islamisasi di Filipina pada masa awal adalah melalui tiga cara, iaitu perdagangan,
perkahwinan dan politik. Islam diterima oleh orang-orang Mindanao, Sulu, dan Manila serta dan
sepanjang pesisir pantai kepulauan Filipina dan seterusnya dapat mengakomodasi dengan tradisi
tempatan. Proses Kristianisasi oleh Sepanyol menjadi titik tolak kepada perjuangan bagi
menegakkan syiar Islam di bumi Filipina. Umat Islam Filipina yang kemudian dikenal dengan
bangsa Moro, pada akhirnya menghadapi berbagai hambatan baik pada masa kolonial maupun
60
Apa yang dimaksudkan di sini ialah mula-mula sekali yang menjalankan perdagangan secara tetap. Perdagangan
telah berjalan dengan agak tetap diantara pedagang-pedagang China dengan pedagang-pedagang Sulu sepertimana
yang terbukti pada tahun 1628 terdapat perdagangan alcayceria China di Jolo yang telah dirampas dan kemudian
dimusnahkan oleh Sepanyol. Barangan yang didagangkan ialah mutiara dan kulit karangan laut. Hasil-hasil dari
wilayah ini dihantar ke Jolo dan ditukarkan dengan barangan lain yang dibawa oleh pedagang – pedagang asing.
Cesar Adib Majul, Islam di Filipina, hlm. 512.
61
Apabila motif patriotisme bergabung dengan tanggungjawab kepada agama, maka perjuagan untuk menentang
Kristian bertambah kuat di kalangan penduduk Sulu. Ini ditambah pula dengan ajaran Islam itu sendiri yang
memberikan semangat kenberanian kepada para pejuang yang ingin menegakkan syiar Islam.
62
Melchor Hurtado seorang tahanan kumpulan Jesuit yang ditawan pada tahun 1603 dan pernah hidup selama satu
tahun dikalangan orang Maguindanao, Sirungan, Raja Buayan serta mengetahui hukum Islam dan tidak makan babi
dan tidak minum arak. Lihat Cesar Adib Majul, Islam di Filipina, hlm. 130-131.

18
pasca kemerdekaan. Bila diteliti ke belakang, perjuangan bangsa Moro dapat dibahagi menjadi
tiga fasa: Pertama, Moro berjuang melawan penguasa Sepanyol selama lebih dari 375 tahun
(1521-1898). Kedua, Moro berusaha bebas dari kolonialisme Amerika selama 47 tahun (1898-
1946). Ketiga, Moro melawan pemerintah Filipina (1970-sekarang). Lima abad melawan
penjajahan Sepanyol, Amerika, penaklukan Jepun dan Filipina ditempuh bangsa Moro melalui
peperangan bagi meraih kemerdekaan.Namun, pembahagian pola pemilikan tanah yang tidak
adil dan kebanjiran pendatang luar ke wilayah ini menimbulkan kemarahan bangsa Moro yang
miskin dan tersisih selama ratusan tahun. Akibat dari penindasan, mereka bertekad keluar dari
kepompong jajahan, melalui peperangan.Dan kini, dunia sering menyalahtafsirkan perjuangan
mereka.Kecaman demi kecaman mereka hadapi sehingga ada yang menganggap bangsa Moro
adalah pengganas.63

Kesimpulannya, Islam masuk Filipina dengan jalan yang berliku dan harus menghadapi
rintangan dan hambatan dari dalam maupun luar negeri. Pada awal tahun 1970-an, Islam di
Filipina merupakan komuniti minoriti dan tinggal di beberapa daerah dan pulau khusus. Dengan
suatu pihak bagi kaum minoriti Islam berhadapan dengan kepentingan pemerintah, hingga
timbullah konflik yang berkepanjangan antara pemerintah dan komuniti muslim. Perjuangan
orang Islam di Filipina Selatan dapat dianggap sebagai sebahagian daripada warisan seluruh
penduduk Filipina dalam sejarah perjuangan mereka untuk mendapatkan kebebasan.64

63
Menurut Majul, ada tiga alasan utama yang menjadi penyebab sulitnya bangsa Moro berintegrasi secara penuh
kepada pemerintah Republik Filipina. Pertama, bangsa Moro sulit menerima Undang-Undang Nasional kerana jelas
undang-undang tersebut berasal dari Barat dan Katolik dan bertentangan dengan ajaran Islam. Kedua, sistem sekolah
yang menetapkan kurikulum yang sama tanpa membezakan perbezaan agama dan kultur membuat bangsa Moro
malas untuk belajar di sekolah yang didirikan oleh pemerintah. Ketiga, adanya trauma dan kebencian yang
mendalam pada bangsa Moro atas program perpindahan penduduk yang dilakukan oleh pemerintah Filipina ke
wilayah mereka di Mindanao, kerana program ini telah mengubah mereka dari majoriti menjadi minoriti di segala
bidang kehidupan. Ibid, Islam di Filipina. Hlm. 311
64
Bagi orang-orang Islam di Sulu, patriotisme dan Islam sangatlah erat hubungannya bagi mempertahankan Darul
Islam dan ia merupakan satu tanggungjawab yang agung. Unsur-unsur ini mungkin terserap kepada para mujahid
untuk melancarkan jihad menentang penjajah Barat yang didalangi oleh Kristian yang sememangnya menjadi musuh
tradisi Islam. Jihad di Selatan Filipina ini bermula sejak 1521 lagi. Mereka menentang penjajahan Sepanyol selama
377 tahun (1521-1898). Kemudiannya mereka menentang kuasa kafir Amerika pula selama 47 tahun (1898-1946).
Sejak 1970 pula, umat Islam di Selatan Filipina ini telah berjuang menentang kuasa pemerintah Filipina sehingga ke
hari ini.

19