Anda di halaman 1dari 8

CTU151/Pemikiran dan Tamadun Islam

BAB 5 ISLAM DI ALAM MELAYU 5.1


5.1.1 1. 2. 3. 4. 5.1.2 1. 2.

Teori Kedatangan Islam


Pengenalan Tiada satu tarikh yang tepat mengenai kedatangan dan proses islamisasi di Alam Melayu dan pelbagai andaian telah dikemukakan bila, dari mana dan bagaimana Islam datang ke Alam Melayu Terdapat sejarawan yang mengatakan Islam dibawa ke Alam Melayu seawal abad pertama hijrah (abad ke 7M dan ke 8M) dan ke Tanah Melayu abad ke 9M dan 10M. Pendapat lain Islam hanya bertapak di Alam Melayu pada abad ke 10M. Ada juga pendapat yang mengatakan Islam dibawa oleh pedagang-pedagang dari India, Arab-Parsi dan Cina sekitar abad ke 14M Islam Datang dari India Pijnappel, Snouck Hugronje, B. Harisson, Thomas Arnold, Morquette dan R.O Winstedt antara pengkaji Barat yang mengatakan Islam datang dari India menerusi aktiviti perdagangan cuma berbeza pendapat dari daerah mana ianya datang. Pijnappel Islam dari daerah Gujerat dan Malabar yang dibawa oleh pedagang berbangsa Arab. Buktinya nama Gujerat dan Malabar banyak disebut dalam sejarah awal kepulauan Melayu dan juga penemuan batu nesan oleh Morquette di Pasai bertarikh 1428M dan di Gerisik bertarikh 1419M yang menyamai batu nesan yang terdapat di Gujerat. R.O Winstedt batu nesan di Bruas, Perak mempunyai persamaan batu nesan di Gujerat. S.Q Fatimi Islam di Nusantara datang dari Bengal, Coromandel, India melului aktiviti perdagangan Thomas Arnold (The Muslim World) Islam dibawa oleh pedagang India muslim dari Malabar di daerah Selatan India berdasarkan persamaan mazhab yang dianuti iaitu mazhab Syafie sedangkan di Gujerat bermazhab Hanafi. Ibn Batutah (ahli pelayaran Islam) turut mengatakan bahawa Islam dibawa dari India berdasarkan pakaian yang dipakai oleh raja-raja Pasai menyamai pakaian raja-raja di India dan Merah Silu (Malik al Salih) dulunya adalah seorang hindu kemudian memeluk Islam dan mempunyai hubungan yang baik dengan orang-orang Bengal. Menurut catatan sejarah, kesultanan Pasi telah menerima Islam pada tahun 1042M dan sultan Malik al-Salih bukanlah raja pertama Pasai tetapi sudah diperintah oleh raja sebelumnya, Meurah Giri (Mahmud Shah). Batu nesan Malik al-Salih menunjukkan beliau meninggal pada 1297M, sudah tentu beliau menerima Islam lebih awal, sedangkan Gujerat menerima Islam sekitar 1301M. Islam datang dari China dan Champa Catatan Marco Polo (pengembara Venice) telah merakamkan bahawa beliau telah singgah di Perlak selepas menjelajah China pada akhir kurun 13M dan mendapati sudah ada penempatan orang Islam di situ. Hal ini disokong oleh P.E De Josselin de Jong berdasarkan wujudnya hubungan perdagangan antara Pasai dengan China Gardener dan Emmanuel berpendapat bahawa Islam telah sampai ke China melalui jalan darat pada zaman Khalifah Uthman b Affan dan kemudian zaman Umayyah dan Abbasiyah. Catatan sejarah China juga menyebut tentang kewujudan pedagang-pedagang Arab dan kawasan penempatan Arab di Canton Pada tahun 878-879M, tercetus pemberontakan di Canton ekoran rasa tidak senang hati penduduk tempatan terhadap kemajuan ekonomi pedagang-pedagang Arab. Situasi ini mendorong mereka untuk berhijrah mencari tempat perlindungan dan antara tempat yang dituju ialah Champa, Kedah dan Palembang. Penemuan batu nesan seorang keturunan Arab di Pekan, Pahang, batu nesan di Leran, Surabaya dan penemuan Batu Bersurat di Kuala Berang, Terengganu adalah antara bukti awal yang mengaitkan Islam datang dari China atau Champa

3. 4. 5. 6.

7.

5.1.3 1. 2. 3. 4. 5. 6.

CTU151/Pemikiran dan Tamadun Islam

5.1.4 1. 2. 3.

Islam datang dari Arab-Parsi Antara mereka yang menyokong teori ini ialah John Crawford, Caser Ajib Majul dan Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas serta Dr. Hamka. Teori mereka berasaskan bahawa telah wujud hubungan perdagangan di antara orang-orang Arab-Parsi dengan penduduk Alam Melayu sejak zaman Jahiliyah lagi. Tahap kedatangan Islam dari Arab-Parsi ke Alam Melayu terbahagi kepada 3 tahap Tahap persinggahan, tahap penempatan dan tahap penyebaran. Sumber Cina turut mencatatkan wujudnnya penempatan orang Arab di Sumatera pada abad ke 7M di bahagian barat pulau tersebut. Pemerintahan Khalifah Sulaiman Ab Malik (715-17M) dikatakan telah menghantar armada sebanyak 35 buah kapal ke muara Sabak di Jambi1 Islam turut berkembang dengan usaha yang dilakukan oleh golongan Syiah. Kesannya terdapat golongan syiah di Kepulauan Sila di Sulu, Sulawesi dan Kalimantan. Prof. Syed Muhammad Naquib, berpendapat:2 a. Hasil kesusasteraan keagamaan yang telah merujuk kepada sumber-sumber tulisan lama Islam tiada suatu pun laporan, rujukan atau sebutan yang merujuk kepada penulis atau kepada kitab yang berasal adri India atau digubah oleh orang India b. Mubaligh-mubaligh lama Ilsam di daerah ini pun terdiri dari orang-orang Arab seperti yang ternyata pada gaya nama dan gelaran mereka c. Kandungan faham keagamaan yang dibawa oleh mereka adalah bersifat Timur Tengah. Misalnya kedudukan dan cara penghuraian akidah pelbagai mazhab ilmu tasawuf, peribentuk tulisan jawi dan coraj beberapa huruf, nama gelaran bagi hari-hari mingguan, cara melafazkan al-Quran dan lain-lain Dr. Hamka berhujjah: a. Pengislaman ke negeri-negeri Melayu adalah langsung dari sumbernya Mekah iaitu terutusnya Syeikh Ismail dari Mekah yang singgah di Malabar untuk mengambil Fakir Muhammad menyertainya ke Nusantara untuk mengislamkan Merah Silu b. Pengislaman Parameswara oleh Syeikh Abdul Aziz dari Jeddah c. Pengislaman di Acheh dirintis oleh Syeikh Abdullah Arif d. Pengislaman di Sukadana, Kalimantan dilakukan oleh Syeikh Shamsuddin dari Mekah e. Tersangat dalamnya pengaruh mazhab Shafie di Alam Melayu membuktikan bahawa mubaligh utama ialah orang-orang Arab.

4.
5.

6.

7.

5.2
5.2.1 1. 2.

Faktor Perkembangan Islam


Keistimewaan Ajaran Islam Agama Islam yang memiliki keistimewaan telah menarik minat masyarakat Nusantara mudah menerimanya tanpa sebarang kekerasan dan pertumpahan darah. Antara sebab Islam mudah diterima: a. Islam adalam agama yang lebih rasional berbanding dengan faham Hindu dan animisma yang dianuti oleh mejoriti masyarakat di Nusantara ketika itu. b. Ajaran Islam menekankan konsep ketuhanan yang satu berbanding banyak tuhan dalam ajaran HinduBuddha c. Islam menegaskan ciri-ciri keadilan, hak individu dan masyarakat, kehidupan harmoni, beradab dan bertanggungjawab d. Ajaran Islam mudah difahami, dihayati dan dipraktikkan e. Islam mengutamakan persamaan hak, persaudaraan dan keadilan f. Ajaran Islam merangkumi semua aspek kehidupan dan mengseimbangkan tuntutan dunia dan akhirat g. Islam adalah agama yang menekankan tuntutan jasmani, rohani dan aqli. h. Sikap taat rakyat terhadap pemerintah di mana apabila raja memeluk Islam maka rakyat tanpa banyak soal akan turut memeluk Islam.

1 2

Azhar Mad Aros et. al. (2000), TITAS 2, Shah Alam: Fajar Bakti, hal. 254 Abdul Rahman Haji Abdullah (1984), Sejarah dan Pemikiran Islam, Damansara Utama: Penerbit Pena, hal. 320

CTU151/Pemikiran dan Tamadun Islam

5.2.2 1.

Melalui Perdagangan Mengikut catatan China pedagang-pedagang Islam telah ada diperaiaran Melayu sejak abad ke 7M. Mereka sering berulang-alik antara Arab, Parsi dan India dengan China melalui kepulauan Melayu. Sambil berdagang, mereka menjalankan kegiatan dakwah. Malah penghijrahan pedagang Islam dari Canton akibat peristiwa pemberontakan ke beberapa pusat perdagangan seperti di Kedah dan Palembang turut menyumbang kepada perkembangan Islam. Golongan pedagang juga merupakan golongan yang kaya dan dihormati oleh penduduk tempatan. Amalan agama mereka mudah mempengaruhi penduduk tempatan dan ada diantaranya berkahwin dengan penduduk tempatan yang secara tidak langsung agama Islam turut berkembang Ada dikalangan pedagang yang membawa bersama mereka mubaligh Islam ketika melakukan urusan perdagangan. Syeikh Abdul Aziz dari Jeddah dan Syeikh Ismail dari Mekah adalah antara mubaligh Islam yang turut serta dalam misi perdagangan yang kemudiannya berjaya mengIslamkan beberapa pemerintah kerajaan Melayu. Peranan Raja dan Pembesar Raja dan pembesar amat dihormati dan dipatuhi oleh rakyat. Dalam hal agama juga, rakyat menuruti tindaktanduk raja dan pembesar. Misalnya, apabila Parameswara (Iskandar Syah) memeluk Islam rakyat turut memeluk Islam tanpa banyak soal. Melalui Perkahwinan Perkembangan Islam juga disumbang melalui proses perkahwinan yang melibatkan raja-raja Islam dengan puteri-puteri raja negeri yang belum Islam Melalui perkahwinan ini, raja dan keluarga raja negeri tersebut turut menganut Islam. Misalnya, Parameswara berkahwin dengan puteri Raja Pasai. Pada masa pemerintahan kesultanan Melaka, Sultan Mansur Syah dan Sultan Muzaffar Syah telah mengahwinkan puteri-puteri mereka dengan raja dari jajahan takluk Melaka seperti Siak, Kampar, Inderagiri dan Jambi serta termasuklah raja Pahang dan Kedah. Ekoran dari perkahwinan diraja ini, kebanyakkan penduduk dibawah naungan empayar Melayu Melaka telah memeluk Islam. Perkawinan juga berlaku di kalangan saudagar Arab, China dan India dengan puteri-puteri golongan istana. Penaklukan Islam juga turut disebarkan melalui penaklukan . Misalnya Melaka telah menakluk Pahang dan mara hingga ke Pattani dan menewaskan kuasa Siam. Di seberang Melaka pula, termasuk Inderagiri, Aru dan Kampar. Dalam melaksanakan misi penjajahan, kerajaan Melayu Islam ini biasanya akan melaksanakan tanggungjawab dakwah ke atas raja dan rakyat di kawasan berkenaan. Peranan Pusat Kebudayaan di Nusantara Di zaman keagungan Melaka, lahir beberapa hasil kesusasteraan legenda-lagenda Islam yang diterjemahkan ke Bahasa Melayu. Misalnya, Sejarah Melayu ada menyebut Hikayat Muhammad Ali Hanafiah dan Hikayat Amir Hamzah Bahasa Melayu yang merupakan bahasa lingua franca di Alam Melayu telah memudahkan penyebaran Islam kerana menjadikan Islam mudah difahami. Di samping itu, Islam juga tersebar menurusi hasil tulisan karya-karya atau kitab-kitab yang berunsurkan agama yang ditulis dalam bahasa Melayu dengan menggunakan tulisan Jawi hasil pengaruh tulisan Arab. Terdapat beberapa buah pusat kebudayaan Islam yang penting di Alam Melayu yang memainkan peranan sebagai pusat intelektual dan keilmuan, antaranya Samudera-Pasai, Perlak, Melaka, Acheh dan Johor-Riau.

2. 3.

5.2.3 1.

5.2.4 1. 2. 3. 4. 5. 5.2.5 1.

5.2.6 1. 2. 3. 4.

CTU151/Pemikiran dan Tamadun Islam

5.

6.

Antara karya dari Acheh yang terkenal Tajul Salatin (Mahkota Raja-raja) dan Bustanul Salatin (Taman rajaraja). Dan antara tokoh penulis Acheh: a. Hamzah Fansuri - Prosa puisi Syarabul Asyikin dan Asrarul Arifin. Puisi Syair Burung Pungguk, Syair Burung Pingai, Syair Perahu, Syair Dagang dan sebagainya. b. Syeikh Nurudin al-Raniri Siratul Mustakim, Akhbar al-Akhirah fi Ahwal al-Kiamah dan Kitab Hilal Zill c. Syeikh Syamsuddin al-Sumaterani Syarah Rubai Hamzah Fansuri, Miratul Mukminin dan Mirat al-Muhaqqiqin d. Syeikh Abdul Rauf al-Singkel Mirat al-Tullab, Durra al-Akkaid dan Majmuk al-Masail Tokoh agama dan penulis dari Johor-Riau pula seperti Raja Ali Haji, karyanya dalam bentuk prosa ialah Salasilah Melayu dan Bugis, Tuhfat al-Nafis, dalam bentuk puisi Hikayat Sultan Abdul Muluk, Gurindam Dua Belas dan Syair Sinar Gemala. Pendakwah Mengikut setengah pendapat, ahli-ahli sufi telah datang ke Nusantara sejak awal lagi bersama-sama dengan para pedagang. Mereka telah memainkan peranan penting dalam proses mengembangkan Islam. Buku-buku sejarah lama seperti Sejarah Melayu, Hikayat Raja-raja Pasai dan Hikayat al-Habib Hussain alQadri ada menyebut beberapa nama pendakwah Arab yang berperanan mengIslamkan raja-raja Melayu seperti pengIslaman Raja Melaka oleh Syeikh Abdul Aziz, raja Pasai (Merah Silu) oleh Syeikh Ismail, raja Acheh oleh Syeikh Abdullah Arif, raja Jawa oleh Syeikh Malik Ibrahim. Penduduk kepulauan Borneo dan Mindanao telah diIslamkan oleh tokoh agama keturunan Syeikh Alawiyyah dari Hadramaut, kepulauan Sulu oleh Tuan Syarif Awliya dan Pontianak oleh Sayid Habib Hussain al-Qadri Pendidikan secara formal dijalankan di masjid, istana dan rumah-rumah ulama. Ia kemudiannya berkembang dengan munculnya institusi pondok atau pesantren. Ada di antara ulama dilantik menjadi penasihat kepada raja.

5.2.7 1. 2.

3. 4.

5.3
5.3.1 1. 2. 3. 4. 5.

Pengaruh Islam di Alam Melayu


Aspek Kepercayaan (Akidah)3 Kedatangan Islam telah mengubah masyarakat Islam di Alam Melayu daripada beragama Hindu-Buddha kepada berakidah Islam iaitu mentauhidkan Allah. Kesannya, pandangan semesta Melayu telah dibentuk berasaskan hablum minAllah (berbuat baik kepada Allah) dan hablum minannas (berbuat baik kepada manusia) Pandangan mereka terhadap kehidupan menjadi benar iaitu semata-mata untuk beribadah kepada Allah dan bukan untuk tujuan yang lain. Akidah Islam disebarkan di Alam Melayu melalui ajaran metafizik ahli sufi menerusi ilmu tasawuf. Diperingkat awal penerimaan Islam, masyarakat di Alam Melayu masih terpengaruh dengan amalan ajaran agama terdahulu, namun peringkat demi peringkat ianya mula terhakis apabila proses sinkretisme (usaha mencari penyesuaian) berlaku. Aspek Politik dan Pemerintahan4 Kedatangan Islam juga telah membawa beberapa pembaharuan dalam sistem politik dan pentadbiran Institusi kesultanan yang berdasarkan kerajaan Turki Uthmaniyyah diperkenalkan. Sistem ini berbeza daripada sistem Dewa-Raja kerajaan Hindu yang wujud sebelumnya Gelaran raja ditukar kepada sultan yang digunakan oleh ketua kerajaan dan juga sebagai ketua agama Islam. Sultan dihormati sebagai pemerintah dan bukan sebagai jelmaan dewa-dewa yang bersifat ketuhanan.

5.3.2 1. 2. 3.

3 4

Kertas Kerja Pengaruh Islam di Alam Melayu, Bengkel Pemantapan Pengajaran CTU151, Shah Alam: UiTM, 14-15 Jun 2006. Chua Hian Chong et. al (1996), Sejarah Peradaban Dunia, Petaling Jaya: Pustaka Delta, hal. 88

CTU151/Pemikiran dan Tamadun Islam

4.

Sultan dianggap sebagai pemegang amanah Allah di muka bumi dan bertanggungjawab memerintah dengan adil dan menjaga kebajikan rakyat jelata. 5. Ketaatan rakyat kepada sultan telah digambarkan dalam ungkapan,raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah. Sultan Sulu, Maulana al-Sultan Syarif Hasyim adalah antara contoh sultan yang alim dan adil. 6. Semasa menjalankan pentadbiran, sultan dibantu oleh penasihat, ulama dan mufti 7. Kerajaan Islam menggunakan undang-undang Syariah yang meliputi pelbagai perkara seperti hukum kesalahan jenayah iaitu mencuri, membunuh, berzina, jual beli, hal-hal perkahwinan, dan pembahagian harta pesaka. 8. Kerajaan Melaka dan Brunei telah menjadikan Islam sebagai agama rasmi, Melaka menjadi pusat penyebaran dan pusat pengajian Islam yang terkenal semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah 9. Acheh pula muncul seabagai pusat penyebaran Islam yang terkenal dengan gelaran Serambi Mekah pada kurun ke 16. 10. Islam telah membawa perubahan nilai dan etika pemerintahan kepada raja-raja. Contohnya, kitab Tajul Salatin karya Bukhari al-Jauhari, memperincikan tata susila dan kod etika yang harus dipakai oleh raja-raja dan sifat-sifat yang harus dimiliki seperti amanah, adil dan kewajipan melaksanakan syariah. 11. Islam juga telah membangkitkan semangat jihad dan semangat kebangsaan di kalangan penduduk Melayu menentang penjajahan kafir seperti penjajah Belanda, Inggeris, Portugis dan Sepanyol. 12. Terdapat golongan ulama yang terlibat dalam penentangan terhadap penjajah Inggeris dan Belanda. Mereka ialah Haji Abbas bin Muhmmad Taha, Syed Syeikh al-Hadi, dan Sheikh Tahir Jalaluddin di Tanah Melayu. Haji Abdul Karim Amrullah (HAMKA), Haji Agus Salim, Haji Omar Said Tjokroaminoto dan Haji Abdullah Ahmad di Indonesia. 5.3.3 Aspek Perundangan

1. Kedatangan Islam turut mempengaruhi pemakaian undang-undang tempatan di mana undang-undang syariah telah menjadi sebahagian undang-undang yang wajib dikuatkuasakan di samping pemakaian undang-undang adat. 2. Kerajaan Islam Melaka telah menguatkuasakan undang-undang syariah mengikut mazhab Syafei yang dikenalikan sebagai: a. Hukum Kanun Melaka merangkumi undang-undang jenayah, muamalat, munakahat dan sebagainya. Bentuk hukuman pula seperti hukum qisas, hukum hudud bagi kesalahan zina, mencuri, dan sebagainya, hukum diat (denda), hukum takzir (dera) dan lain-lain. b. Hukum Laut Melaka berkaitan dengan peraturan pelayaran dan peniagaan, kesalahan perdagangan dan sebagainya. 3. Undang-undang Islam ini turut dikuatkuasakan di negeri-negeri di bawah jajahan kerajaan Islam seperti Pahang dan Johor di bawah jajahan kerajaan Melaka. 5.3.4 1. 2. 3. 4. 5. Aspek Keilmuan Kegiatan ilmu berkembang pesat di Alam Melayu selepas proses pengislaman berlaku. Setiap lapisan masyarakat diberikan hak untuk menimba ilmu berbanding sebelum kemasukan Islam di mana hanya golongan bangsawan sahaja yang berhak menimba ilmu. Kedatangan Islam telah membawa transformasi intelektual yang cukup hebat di kalangan masyarakat Melayu sehingga mampu membina masyarakat yang berbudaya ilmu, saintifik dan rasional. Aktiviti keilmuan jelas berkembang pesat dengan lahirnya institusi pengajian pondok, pesantren dan madrasah. Masjid juga memainkan peranan dalam pengembagan ilmu. Kerajaan Islam Melaka dan Kerajaan Islam Pasai pernah menjadi pusat pengembangan ilmu yang terkenal. Hasil perkembangan ilmu yang pesat telah melahirkan tokoh-tokoh ilmuan seperti Nuruddin al-Raniri, Bukhari al-Jauhari, Abdul Rauf Singkel, Shamsuddin Sumaterani, Amir Hamzah , Hamzah Fansuri dan lainlain. Mereka turut mengembangkan ilmu melalui penulisan.

CTU151/Pemikiran dan Tamadun Islam

5.3.5 1.

Aspek Tulisan, Bahasa, Kesusasteraan dan Kesenian

Sebelum kedatangan Islam telah wujud tulisan Palava dan Dewanagari yang diperkenalkan oleh penganut agama Hindu-Buddha. 2. Ulama Islam dari Arab Barat telah memperkenalkan tulisan Arab kepada penduduk tempatan dan disesuaikan dengan kaedah sebutan bahasa Melayu. Maka terbentuklah tulisan yang dikenali tulisan jawi. 3. Melalui tulisan jawi, bahasa Melayu berkembang pesat di Kepulauan Melayu sehingga menjadi bahasa ilmu dan lingua-franca. 4. Perkembangan tulisan jawi telah memperkembangkan kesusasteraan Melayu apabila banyak karya sastera Arab dan parsi diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu 5. Islam telah mengubah fungsi sastera tempatan daripada bersifat hiburan semata-mata kepada pendidikan, dakwah dan kritikan sosial. 6. Contoh prosa yang bercorak keislaman ialah Hikayat Nabi Muhammad, Hikayat Para Nabi dan rasul, Hikayat Para Sahabat Nabi dan lain-lain lagi. 7. Manakala contoh puisi Islam ialah Syair makrifat, Syair Nur Muhammad, Syair Nabi Ayub dan lain-lain lagi 8. Kesenian Islam dapat dilihat melalui seni bina masjid di mana banyak dipengaruhi seni bina dari Asia Barat seperti kubah, penggunaan khat yang menghiasi masjid dan sebagainya. 9. Seni ukiran Islam juga dapat dilihat pada batu-batu nisan. 10. Warisan kesenian Islam dapat dilihat pada hasil tenunan, sajadah dan barang-barang hiasan rumah. 11. Seni lagu dan muzik yang bersifat dakwah yang dikenali sebagai nasyid dan qasidah mendapat tempat di kalangan penduduk Alam Melayu. Begitu juga, penggunaan alat-alat muzik seperti rebana, kompang, gambus dan sebagainya. 5.3.6 1. 2. 3. 4. 5. Aspek Sosial dan Kemasyarakatan Islam telah mencorak hidup sosial masyarakat Alam Melayu kepada konsep persamaan taraf dan konsep keadilan sesama manusia. Sistem kasta yang diamalkan mula dihapuskan. Islam telah menyatukan umat Melayu kepada satu akidah dan dianggap bersaudara. Hasil pemahaman terhadap Islam, masyarakat Alam Melayu memahami konsep hak jiran, hak orang miskin, saling hormat menghormati dan bantu membantu. Dalam aspek kekeluargaan, mereka memahami tanggangungjawab masing-masing sebagai seorang suami atau isteri Kedatangan Islam telah melahirkan konsep bangsa Melayu Islam. Konsep bangsa Melayu akan terus kekal selagi Islam tidak dipisahkan, tetapi sekiranya dipisahkan Islam maka hilanglah bangsa Melayu.

5.4
5.4.1 1. 2. 3. 4. 5. 6.

Tamadun Melayu Sebagai Asas Pembinaan Tamadun Malaysia


Sejarah dan Asas Sistem Pemerintahan Dari segi sejarah terbukti bahawa wilayah politik/negara-bangsa Malaysia merupakan lanjutan dari kemunculan politik-politik/kerajaan-kerajaan Melayu awal. Politik-politik Melayu ini juga merupakan kesinambungan dari beberapa buah kerajaan Melayu yang pernah wujud sebelum ini seperti Srivijaya, Temasik, Kesultanan Melayu Melaka, Johor Riau-Lingga dan sebagainya. Keseluruhan politik ini terangkum dalam satu wilayah budaya yang dikenali Gugusan Kepulauan Melayu, Alam Melayu atau Nusantara. Di wilayah-wilayah inilah tamadun Melayu wujud dan berkembang. Malaysia kini merupakan negara-bangsa yang berbentuk persekutuan yang terdiri dari beberapa buah negeri Melayu Melaka, Perak, P. Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak Lantaran itu, tamadun Melayu merupakan landasan pembinaan tamadun Malaysia Setiap politik Melayu di atas diperintah oleh raja atau sultan atau Yang di-Pertua.

CTU151/Pemikiran dan Tamadun Islam

7.

8.

9. 5.4.2 1. 2.

Perlembagaan Persekutuan Malaysia (PPM) memaktubkan dua institusi beraja yang menjadi kompenan penting dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen: a. Yang di-Pertuan Agong b. Majlis Raja-raja Melayu Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa dan hak: a. memperkenankan undang-undang yang diluluskan oleh parlimen b. melantik Perdana Menteri dan Jemaah Kabinet, Ketua Hakim Negara dan Hakim-hakim, Duta-duta dan Pesuruhjaya Tinggi ke luar negara c. menerima nasihat daripada Perdana Menteri dan Jemaah Menteri d. mengampunkan setiap kesalahan sama ada di mahkamah sivil yang dilakukan di Wilayah Persekutuan atau di mahkamah tentera. e. sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia f. sebagai Ketua Agama Islam di negeri-negeri yang tidak beraja Yang diPertuan Agong tidak terlibat di dalam politik dan pemerintahan negara. Sistem Perundangan Tradisional Berdasarkan sejarah, negeri-negeri Melayu memiliki kanun perundangan yang berasaskan adat Melayu dan hukum syariah. Melaka memiliki Hukum Kanun Melaka dan Hukum Laut Melaka; Johor dengan Undang-undang Johor dan kemudiannya, Undang-undang Tubuh Negeri Johor, 1895; Pahang dengan Undang-undang Pahang; Kedah dengan Undang-undang Kedah; Perak dengan Undang-undang 99 Perak dan Undang-undang Keturunan Daripada Turun Negeri Perak; dan lain-lain lagi. Tradisi pemerintahan berdasarkan perundangan dan perlembagaan ini telah dilanjutkan pula kepada entiti politik Malaysia dalam PPM dan perlembagaan negeri. Agama Islam dan Adat-Istiadat Melayu Islam dan adat Melayu, telah menjadi salah satu struktur terpenting kemelayuan dan saling melengkapi dalam tamadun Malaysia. Islam terus menjadi faktor definitif Melayu iaitu Melayu sebagai yang mengamalkan adat istiadat Melayu, berbahasa Melayu dan beragama Islam seperti yang termaktub dalam PPM Islam bukan sahaja menjadi faktor yang mentakrifkan Melayu, tetapi Islam juga sebagai agama bagi persekutuan Malaysia (perkara 3(1), PPM), dan setiap raja atau sultan adalah ketua agama bagi setiap negeri. Melalui peruntukan 3(1) ini, membolehkan kerajaan pusat melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan kerajaan negeri melalui pihak berkuasa agama negeri melaksanakan pembangunan Islam dalam pelbagai bidang. Walaupun Islam sebagai agama bagi persekutuan, tidak bermakna agama-agama lain tidak boleh dianuti atau diamalkan oleh orang bukan Islam. Menurut PPM, wujud kebebasan beragama tetapi bagi penganut agama Islam, kerajaan boleh menggubal undang-undang untuk mengawal atau menyekat aliran atau fahaman yang menyeleweng. Bahasa Melayu dan Islam Penyebaran dan perkembangan Islam di Alam Melayu tidak boleh dipisahkan dari peranan yang dimainkan oleh bahasa Melayu. Bahasa Melayu melalui tulisan jawi bukan sahaja menjadi bahasa tulisan kitab-kitab agama dan kesusasteraan Melayu, malahan menjadi bahasa pengantar komunikasi utama perkembangan Islam di Alam Melayu. Bahasa Melayu telah menjadi medium dakwah oleh para mubaligh/pendakwah. Bahasa Melayu juga menjadi lingua franca di kalangan para pedagang yang berdagang di kawasan ini dan menjadi bahasa persatuan dan kesatuan Melayu. Berdasarkan pernyataan sejarah ini, maka dimaktubkan di dalam Perkara 152 PPM bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia.

3. 5.4.3 1. 2. 3. 4. 5. 6. 5.4.5 1. 2. 3. 4. 5.

CTU151/Pemikiran dan Tamadun Islam

6. 5.4.6 1. 2. 3. 4.

Akta Pendidikan (1961) juga telah menetapkan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara. Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera dan Undang-undang Adat Persetujuan melonggarkan syarat-syarat kewarganegaraan oleh pemimpin-pemimpin Melayu telah membolehkan pemimpin-pemimpin bukan Melayu mengakui keduduka istimewa orang Melayu dan orang Islam. Pembentukan gagasan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963, taraf kedudukan istimewa telah diperluas kepada kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak. Keistimewaan orang Melayu dan bumiputera dimaktubkan menurut Perkara 153 PPM. PPM juga mengiktiraf peranan undang-undang adat yang dapat dilaksnakan di kalangan orang Melayu dan masyarakat pribumi. Namun dari segi perlaksanaannya undang-undang tersebut tidak boleh mengatasi atau bertentangan dengan peruntukan dalam PPM. Kewarganegaraan Dan Jatidiri Kebangsaan Selepas kemerdekaan Malaysia berusaha mewujudkan satu jati diri kebangsaan bagi warganegaranya yang mengandungi beberapa kompenan pelbagai kaum. Asas-asas kebangsaan tersebut telah sedia ada seperti yang termaktub di dalam Akta Pendidikan (1961) dan Akta Bahasa (1967) Selepas tragedi 13 Mei 1969, Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan untuk digunakan sebagai instrumen perpaduan kaum. Begitu juga Dasar Kebudayaan Kebangsaan (1971) dan Rukun Negara (1971) Dasar Kebangsaan Kebangsaan telah diterima sebagai dasar negara untuk mewujudkan jati diri. Dasar ini menyatakan bahawa kebudayaan kebangsaan negara hendaklah berasaskan kebudayaan masyarakat asal rantau ini dan Islam menjadi teras kebudayaan kebangsaan dan nilai-nilai baik dari budaya lain akan diambil kira. Dasar ini juga mengambil kira bahawa imej atau citra kebangsaan mestilah citra kemelayuan.

5.4.7 1. 2. 3. 4.

5.

Anda mungkin juga menyukai