Anda di halaman 1dari 4

TALAM TOKYO Bahan Utk Lapisan Bawah (loyang 10x10x2") 300 gm sago kecil warna putih 60 gm sohoon 100

on 100 gm kelapa parut putih 100 ml santan pekat 300 ml air 1 sudu kecil garam.

Cara-Cara 1. 2. 3. 4. Cuci sago sebentar, rendam selama 30 minit dan toskan. Rendam sohoon dngn air suam selama 30 minit, toskan dan potong kecil2. Satukan bahan2 di atas dan masukkan ke dalam loyang 10x10x2" yang telah dioleskan dengan minyak. Saya alas plastik dan oleskan sedikit minyak. Kukus selama 25-30 minit dan tekankan sikit dengan sudu supaya lapisan menjadi sama rata.

Bahan Utk Lapisan Atas 4 biji telur 300 gm gula pasir 400 ml santan pekat 400 ml air +3 helai daun pandan(blender dan tapiskan) 100 gm tepung kastard sedikit pewarna hijau 1/8 sudu kecil alkaline water@air abu (takde, Yatie guna 1 sudu kecil air kapur) 1/2 sudu kecil garam

Cara-Cara 1. 2. 3. 4. Campurkan semua bahan dan blend rata. Kacau sebati dan tapiskan. Masukkan ke dalam periuk dan masak hingga naik wap. Tuangkan adunan ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit. Padamkan api dan angkat kuih setelah masak. Biarkan kuih benar-benar sejuk baru dipotong.

TALAM SINAR PESONA

Lapisan Tengah - Guna Loyang 10x10x2 @3 1 cawan labu manis- yg sudah di parut/sagat halus 1 1/2 cawan tepung beras* 2 sudu besar rata tepung jagung* 1 cawan santan pekat* 2 cawan air* 1/2 cawan gula castor* 1/2 sudu kecil garam*

Cara- Caranya 1. 2. Bancuh semua bahan yg bertanda (*) tapis dan masak hingga naik wap, Sentiasalah di kacau guna whisk dan guna api sederhana je dlm 5 minit - tutup api. Masukkan labu yg di parut tadi dan kacau rata. Ketepikan dulu.

Lapisan Atas dan Bawah. 1 1/4 cawan tepung gandum 2 sudu besar rata tepung jagung 1 cawan gula halus 3 biji telur 1 cawan santan pekat 2 cawan air 1/2 sudu kecil garam pewarna hijau dan perisa pandan pewarna coklat dan coklat emulco

Cara- Caranya 1. 2. Bancuh semua bahan, kecuali perisa dan pewarna. Tapis semua bahan ke dlm periuk & masak hingga naik wap. Hendaklah sentiasa di kacau guna whisk dan guna api sederhana je dlm 5 minit. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian sama banyak. Satu bahagian letak pewarna hijau dan perisa pandan, manakala satu bahagian lagi letak pewarna coklat/ coklat emulco. Gaul sebati. Ketepikan.

Cara Melapis dan Memasak Kuih. 1. 2. 3. 4. 5. Panaskan kukusan. Alaskan loyang dngn plastik dan sapu rata sekeliling loyang dngn sedikit minyak. Tuangkan adunan hijau dan kukus dlm 10 minit. Cakar2kan sedikit permukaannya dan tuangkan adunan tengah dan kukus selama 15 minit. Tuangkan pula adunan coklat dan kukus selama 20 minit. Setelah siap, angkat dan biarkan kuih betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik supaya kuih kelihatan cantik.

** Pastikan setiap lapisan tidak terdapat air di permukaannya. Sekiranya ada, sengetkan loyang dan buangkan airnya guna sudu/ kitchen towel, barulah tuang adunan seterusnya dan kukus spt masa yg di kehendaki. Ini bagi mengelakkan kuih lembik dan tak cantik setiap lapisan.

SHEPARD PIE

Bahan A (Untuk Inti): 500 gram daging kisar 1 labu bawang besar (dipotong dadu) 1 ulas bawang putih (dicincang) 1 cawan kacang panggang 8 biji cendawan butang (dibelah 4) 5 biji tomato masak (dipotong dadu) 1 batang lobak merah (dipotong dadu) 1 pokok daun parsli (dicincang) - Yatie guna yg kering je dlm 1 sudu kecil 1 sudu makan tepung jagung - dibancuh dgn 1 cwn air 1 sudu makan serbuk lada hitam 1 kiub stok daging 2 sudu makan minyak masak/minyak zaitun Garam secukup rasa

Cara Memasak Inti:1. 2. 3. 4. 5. 6. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi. Masukkan daging kisar dan cendawan butang, kacau rata hingga daging masak. Masukkan lobak merah, tomato dan semua bahan lain, kecuali bancuhan tepung jagung. Apabila daging mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga masak. Perasakan dengan garam dan bila daging sedikit kering, tutup api. Ketepikan. Sediakan bahan untuk membuat pai pula...

Bahan B (Untuk Pai): 1 kilogram kentang (dipotong kecil-kecil) 1/2 cawan susu segar 2 sudu makan mentega 1 sudu teh serbuk lada sulah garam secukup rasa Air untuk merebus kentang secukupnya

Cara Menyediakan Pai:1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Kentang direbus dengan air dan sedikit garam hingga empuk/air rebusan kering. Ketika kentang masih panas-panas, lecek hingga hancur sebati. Gaulkan dengan susu segar (akak tuangkan susu sedikit-sedikit), serbuk lada sulah dan mentega. Masukkan adunan kentang ke dalam bekas alluminium kecil Masukkan pula inti daging tadi dan tutupkan pula dengan kentang semula. Yatie tabur atasnya sedikit serbuk lada hitam dan sedikit daun parsli kering. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 200C (akak set oven 190C je) selama 30 minit/hingga bahagian atasnya keperangan. Keluarkan dari oven dan hidangkan ketika suam-suam panas gitu....

MACARONI SEAFOOD GRATIN Bahan-bahan 200 gm macaroni (bila rebus letak sedikit minyak) 1 cwn udang (kopek kulit dan ptng 2) 1 cwn crab stick (potong 2-3) 1 labu bawang besar (mayang halus)

2 sudu besar mentega 2 cwn mozarella cheese Cara-cara: 1. 2. 3. 4. 5. Rebus macaroni hingga lembut, bila dah lembut..angkat dan lalukan dngn air paip dan toskan. Panaskan mentega,tumis bawang hingga layu Masukkan udang & crab stick dan gaul rata. Masak sebentar sahaja. Perasakan dgn sedikit garam dan lada hitam. Masukkan macaroni dan gaul sebati. Matikan api, angkat dan ketepikan dulu.

**White Sauce** 2 sudu besar mentega 1 cwn susu segar 1 tin mushroom soup 2 cwn air 2 sudu besar tepung gandum 1 sudu kecil serbuk lada hitam sedikit garam sedikit oregano kering-utk tabur Cara-cara masak White Sauce 1. Panaskan butter, masukkan tepung dan gaul cepat2, masukkan pula susu, air dan mushroom soup. Gaul sebati, masukkan pula garam dan lada hitam. Ketepikan dulu.

Cara Penyediaan 1. 2. 3. 4. Sapu mangkuk casserol dgn mentega dan letakkan campuran macaroni tadi. Taburkan mozzarella cheese di atasnya dan tuang white sauce. Taburkan sedikit oregano kering diatasnya dan siap utk di bakar. Bakar selama 30 minit. Sedap di makan masa hangat2. Selamat Mencuba.

Anda mungkin juga menyukai