Anda di halaman 1dari 14

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER : MEI 2012

KOD KURSUS : HBAE1203

TAJUK KURSUS

PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK : : : : 700212125268001 700212-12-5268 019 5319870 hzulianah@yahoo.com.my

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MEL

PUSAT PEMBELAJARAN

LABUAN

700212125268001 HBAE1203 Perkembangan Seni Kanak-kanak

ISI KANDUNGAN Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. Perkara Muka Surat

Pengenalan......................................................................................2 Definisi Kreativiti..........................................................................3-4 Kepentingan Kreativiti....................................................................4 Kreativiti Dalam Pengajaran dan Pembelajaran.............................4-6 Lima Tahap Perkembangan Pemikiran Kreatif Fisher...................6-7 Proses Pengajaran dan Pembelajaran Seni Melalui Pendekatan Pemikiran Kreatif Fisher.................................................................6-9

7.

Implikasi Pendekatan Fisher Terhadap Perkembangan Kreativiti Pelajar.............................................................................9-10

8. 9.

Kesimpulan......................................................................................11 Rujukan............................................................................................12

700212125268001 HBAE1203 Perkembangan Seni Kanak-kanak

1. PENGENALAN Pemikiran kreatif adalah satu kemahiran yang sangat penting bagi seseorang murid dalam menyelesaikan tugasan atau masalah yang diberikan oleh seorang guru. Oleh itu, cara pendekatan pengajaran yang sesuai mengikut jenis subjek yang diajar mampu mendorong menjana pemikiran kreatif murid. Pendekatan pengajaran yang digunakan oleh guru perlulah memudahkan murid dalam memahami sesuatu subjek yang diajar.

Dalam situasi sebenar pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran pendidikan seni visual di sekolah yang pernah yang perhatikan, ada di kalangan guru-guru yang mengajar pendidikan seni hanya meminta murid mewarna lukisan yang telah disiap dilukis atau yang hanya dibuat salinan daripada mana-mana buku bergambar. Melalui pembelajaran ini murid-murid hanya diajar mewarna sahaja, dimana murid tidak dapat menyerlahkan bakat melukis yang mereka ada kerana setiap kali mata pelajaran pendidikan seni murid hanya mewarna.Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan guru yang mengajar subjek ini bukannya guru opsyen pendidikan seni visual sebab itu guru tersebut tidak boleh melaksanakan pengajaran dengan baik mengikut apa yang dikehendaki.

Dalam melaksanakan pendekatan pengajaran tersebut akan dipengaruhi dengan tahap-tahap pemikiran kreatif murid yang sememangnya mempunyi pelbagai tahap dari segi pemikirannya. Dengan itu, perkembangan kreativiti Fisher ini bertujuan untuk mendorong menjana pemikiran kreatif dikalangan murid. Hal ini kerana ,murid masih tidak mampu untuk menjana idea secara kreatif tanpa adanya faktor penyumbangnya. Oleh itu, diharapkan dengan menggunakan perkembangan pemikiran kreatif Fisher diharapkan agar pelajar dilatih untuk lebih berdikari dalam proses menghasilkan kerja untuk meningkatkan daya kreativiti mereka. Selain itu, guru juga perlulah lebih tegas dan menjadi fasilitator untuk menyumbang atau membantu murid tersebut menyelesaikan tugasan yang diberikan.

Sememangnya wawasan 2020 dan pelan induk pembanguan pendidikan telah bertujuan untuk melahirkan rakyat kreatif. Untuk mencapai matlamat ini perlulah diterapkan elemen-elemen kreatif di dalam pengajaran dan pembelajaran. Salah satu matlamat pendidikan adalah untuk melatih murid-murid untuk berfikir secara kreatif.

700212125268001 HBAE1203 Perkembangan Seni Kanak-kanak

2.

DEFINISI KREATIVITI

Kreativiti merujuk kepada kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru atau dalam bentuk baru melalui kemahiran imaginasi ; ia melibatkan ; Keupayaan berfikir yang dapat melahirkan idea baru yang unik dan menarik. Keupayaan berfikir secara kritikal dan membuat penilaian secara analitikal terhadap idea dan seterusnya mengemukakan cadangan penyelesaian Keupayaan berfikir secara pratikal yang dapat menterjemahkan idea dan teori kepada bentuk aplikasi.

Ada pendapat lain mentarifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tidak ada sebelumnya. Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu creare yang membawa maksud membuat manakala daripada perkataan Greek pula creare bermaksud memenuhi. Kamus Dewan (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu

kemampuan(kebolehan) mencipta daya kreatif,manakala kekreatifan pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta,menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli.

Menurut Rogers atau Carl Rogers kreativiti merupakan satu proses yang wujud apabila seseorang itu bertindak ke atas sesuatu. Tindakan tersebut memberikan keunikan dan menampakkan kelebihan individu tersebut termasuk penggunaan bahan dan alat serta kemampuan mengendalikan kejadian dan peristiwa yang menyebabkan tindakan ke atas perkara tersebut.Manakala menurut June King Mcfee pula mentakrifkan kreativiti itu sebagai keupayaan seseorang mencipta sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu untuk mengolah idea. Menurut Cropley(2001),secara keseluruhannya,pakar-pakar dalam bidang kreativiti

bersepakat bahawa kreativiti meliliki tiga unsur teras iaitu: Keaslian(sesuatu produk,tindakan atau idea yang kreatif semestinya menyimpang dari kebiasaan) Keberkesanan(mencapai tujuan mengapa ianya dihasilkan) Beretika (istilah kreatif biasanya tidak digunakan untuk menjelaskan tindakantindakan yang mementingkan diri sendiri seperti jenayah,tingkah laku distruktif dan sebagainya) 3

700212125268001 HBAE1203 Perkembangan Seni Kanak-kanak

Kesimpulannya ,memahami konsep kreativiti yang sebenarnya sangat penting terutamanya bagi guru yang berperanan memupuk kreativiti murid dalam bilik darjah. Walaupun pelbagai pendekatan telah digunakan untuk mentakrif kreativiti tetapi ramai yang bersetuju bahawa tiga teras utama kreativiti ialah keaslian ,keberkesanan dan beretika.

3.

KEPENTINGAN KREATIVITI

Kreativiti perlu dibangunkan dalam kalangan murid sejak peringkat awal persekolahan lagi. Ia bertujuan untuk membolehkan mereka tahu potensi dan kecenderungan diri serta mencetuskan potensi yang tersembunyi dalam diri mereka. Antara kepentingan kreativiti kepada murid adalah untuk : Menggalakkan murid meneroka bidang dan teknologi baru. Membiasakan minda mencari jawapan bilalazim dan tidak konvensional. Mencerna idea untuk menghasilkan penulisan bagi menyelesaikan tugasan daripada lebih lancar. Menilai kualiti hasil kerja yang dihasilkan dan membuat penambahbaikan. Mengarahkan pemikiran bercapah dan think out of the box Mencari penyelesaian berdasarkan penaakulaan,imaginasi dan visualisasi. Menyerlahkan personaliti individu yang kreatif.

4.

KREATIVITI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Kreativiti sebagai satu anugerah Tuhan merupakan potensi yang dimiliki oleh semua individu. Namun begiyu tidak semua orang boleh menjadi individu yang kreatif. Pemikiran kreatif perlu dibangunkan dan dikembangkan dalam kalangan murid semasa proses

pengajaran dan pembelajaran. Kurikulum persekolahan perlu memberi peluang kepada murid untuk menjadikan mereka suka menyoal dan mencari jawapan,melihat hubung

kait,menjangka peristiwa yang akan berlaku,membuat spekulasi tentang kemungkinan ,meneroka idea,berfikir secara literal,dan sentiasa membuat refleksi secara kritikal tentang idea,tindakan dan hasil. Bagi memastikan kurikulum persekolahan dapat membangunkan daya kreativiti

murid,objektif pembelajaran yang berkaitan kreativiti perlu dikembangkan. Aktiviti yang meningkatkan minat dan kreativiti perlu disediakan dan murid perlu dibekalkan dengan 4

700212125268001 HBAE1203 Perkembangan Seni Kanak-kanak

pengetahuan,kemahiran dan alat yang membolehkan mereka membangunkan kreativiti dan memupuk sikap dan personaliti individu kreatif. Kreativiti dan inovasi adalah dua perkara yang saling berkait. Oleh itu dalam konteks pendidikan ,kreativiti dan inovasi saling bergandingan bagi memastikan kedua-dua proses tersebut dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi pembangunan modal insan yang dihasratkan. Pengajaran dan pembelajaran kreativiti banyak dikaitkan dengan pernanan guru dalam merangsang kreativiti pelajar timbul dua persoalan utama yang perlu dijawab. Persoalan pertama ialah sejauh manakan benarnya kenyataan bahawa kreativiti murid sememangnya boleh dipertingkatkan dalam bilik darjah? Persooalan kedua ialah mengenai bagaimana guru boleh membantu meningkatkan kreativiti murid atau apakah sikap,pendekatan atau tindakan yang guru perlu tunjuk dan lakukan ntuk merangsang kemampuan kreatif murid? Menurut beberapa kajian, Niu & Sternberg (2003); Torrance(1961) yang telah dilakukan untuk menjawab persoalan pertama yang penting itu.Niu & Sternberg(2003) telah menjalankan satu kajian untuk menganalisa dua cara yang digunakan di sebuah Sekolah Tinggi di Beijing,China.Pelajar ini telah diminta untuk menghasilkan satu hasil seni iaitu kolaj. Dalam kajian ini para pelajar telah dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan pertama, tidak menerima sebarang arahan supaya menjadi kreativiti apabila menghasilkan kolaj. Kumpulan kedua, telah menerima arahan supaya menjadi kreatif apabila menghasilkan kolaj dan kumpulan ketiga telah diajar secara terperinci bagaimana menghasilkan kolaj yang kreatif. Kolaj yang dihasilkan oleh para pelajar tersebut telah diadili secara subjektif dan objektif. Hasil kajian ini mendapati bahawa para pelajar yang telah diminta menjadi kreatif telah menghasilkan kolaj yang kreatif berbanding dengan rakan-rakan mereka yang tidak menerima sebarang arahan supaya menjadi kreatif. Hasil kajian juga mendapati, bahawa pelajar yang diajar secara perperinci bagaimana menghasilkan kolaj yang kreatif telah menghasilkan kolaj yang paling kreatif.Dapatan daripada kajian ini menunjukkan kepada kita bahawa kreativiti pelajar boleh ditingkatkan dalam bilik darjah melalui arahan yang disampaikan oleh guru kepada murid. Pengajaran dan pembelajaran kreativiti boleh ditingkatkan , beberapa percubaan telah dilakukan untuk membangunkan pelbagai pendekatan untuk meningkatkan kreativiti dalam bilik darjah. Secara keseluruhannya pendekatan ini boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu:( a) Strategi-strategi umum yang hanya melibatkan perubahan dalam stail pengajaran guru atau pedagogi (b) Pendekatan berstruktur yang melibatkan penggunaan teknik-teknik khusus.(c) Pendekatan penyelesaian masalah terhadap isi mata pelajaran. Disebabkan

700212125268001 HBAE1203 Perkembangan Seni Kanak-kanak

kekangan masa dan tenaga,perbincangan ini akan memberikan tumpuan kepada strategistrategi umum yang hanya melibatkan perubahan dalam stail pengajaran guru. Banyak kajian menunjukkan bahawa agak sukar untuk memupuk kreativiti kirannya guru sahaja yang mengawal dan menguasai suasana pembelajaran dalam bilik darjah. Untuk memupuk kreativiti dalam pengajaran dalam kelas interaksi guru dengan murid mestilah dua hala. Guru tidak seharusnya mendominasi dan mengawal aktiviti pembelajaran tetapi murid juga harus memainkan peranan yang aktif di samping memberikan maklum balas. Selain dari itu ,soalan-soalan tertutup adalah soalan yang memerlukan pelajar memberikan satu jawapan yang betul dan tepat dan biasanya bila menjawab soalan-soalan tertutup pelajar banyak menggunakan pemikiran konvergen iaitu pemikiran yang logic,sistematik,berstruktur dan tidak menggunakan daya imaginasi. Oleh kerana itu soalan-soalan tertutup tidak membantu dalam mengingkatkan daya kreativiti pelajar. Menurut Yong (1989),menyatakan bahawa walau pun pelbagai usaha telah dijalankan untuk memajukan proses pengajaran guru,sekolah masih lagi cenderung untuk menghasilkan para pelajar yang berorientasikan peperiksaan. Walaupun dalam KBSR dan KBSM telah dinyatakan bahawa fungsi peperiksaan dan penilaian bukan sahaja untuk menentukan taraf pencapaian pelajar tetapi juga untuk membantu memperbaiki lagi proses pengajaran-pembelajaran di bilik darjah tetapi hakikat sebenarnya ialah penekanan pembelajaran di sekolah masih lagi tertumpu kepada fakta-fakta untuk dihafal dan seterusnya digunakan dalam peperiksaan,lantaran itu aspek pemikiran sama ada kreatif atau kritis dipinggirkan.

5.

LIMA TAHAP PERKEMBANGAN PEMIKIRAN KREATIF FISHER

Fisher (1943) menjelaskan bahawa terdapat lima tahap dalam pemikiran kreatif iaitu: Peringkat pertama, pemikiran kreatif dirangsang dengan mengemukakan pelbagai bentuk soalan seprti apa,mengapa,siapa,bagaimana dan sebagainya. Guru perlu membantu murid untuk berinterasi secara aktif dan menjelaskan perasaan ingin tahu murid terhadap sesuatu isu. Guru perlulah merangsang minda murid dengan pelbagai soalan kritikal.

Peringkat kedua, peringkat penerokaan .Peringkat ini memerlukan seseorang itu untuk mempunyai pemikiran ke hadapan. Untuk itu latihan dan pendedahan seperti eksperimentasi,dan kajian atau latihan menyelesaikan masalah boleh membantu. Pada

700212125268001 HBAE1203 Perkembangan Seni Kanak-kanak

peringkat ini , kanak kanak berfikiran kreatif amat gemar untuk mencari jawapan dan jalan penyelesaian melalui pelbagai cara,gaya dan teknik.

Seterusnya ,peringkat ketiga, peringkat perancangan. Peringkat ini menggalakan pemikiran kreatif untuk merancang dan memetakan semua aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan. Aktiviti di peringkat ini akan dilakukan dalam cara; Perancangan secara verbal iaitu perancangan melalui perbincangan,pemerhatian ,interaksi dan sebagainya, Perancangan secara visual dilakukan melalui visual,graf,imej lukisan dan sebagainya.

Peringkat keempat,pemikiran kreatif bermula dengan set idea. Justeru melahirkan pemikiran kreatif melalui tindakan setelah merencana segala aktiviti. Pada peringkat ini segala perancangan dibantu melalui persoalan-persoalan seperti Bagaiman harus kita mengambil tindakan ke atas cadangan tersebut.

Peringkat yang terakhir ialah peringkat ini menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi proses penambahbaikan selain melihat pencapaian objektif kerja. Murid murid digesa untuk memberikan pendapat dan komen terhadap apa yang telah dilalui sebagai satu bentuk refleksi diri.

6.

PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI MELALUI PENDEKATAN PEMIKIRAN KREATIF FISHER lima tahap dalam perkembangan penerokaan,peringkat

Rancangan mengajar ini telah dirancang mengikut pemikiran kreatif Fisher,iaitu peringkat

rangsangan,peringkat

perancangan,peringkat aktiviti dan peringkat kajian semula. Mata pelajaran : Pendidikan Seni visual Tahun : Dua

Bidang Kajian : Membentuk dan Membuat Binaan Tajuk : Mobail

Jenis Aktiviti : Cantuman,Lipatan dan Guntingan Objektif Pengajaran : Guru dapat mengajar murid konsep mobail dan langkah-langkah untuk menghasilkan mobail menggunakan teknik cantuman,lipatan dan guntingan kertas. Hasil Pembelajaran : Pada akhir pelajaran murid akan dapat; 7

700212125268001 HBAE1203 Perkembangan Seni Kanak-kanak

Menyatakan konsep mobail Menyatakan cara-cara menghasilkan gegelang kunci dengan menggunakan teknik lipatan dan guntingan kertas. Menghasilkan mobail menggunakan teknik cantuman,lipatan dan guntingan kertas.

Pada peringkat induksi set rancangan pengajaran ini guru telah menggunakan peringkat rangsangan dalam pemikiran kreatif Fisher. Peringkat ini murid telah dirangsang dengan pelbagai soalan.Contoh soalan, apakah nama benda yang terdapat dalam gambar ini?Pernahkah kamu melihat semua benda ini? Di manakah kamu selalu jumpa atau nampak benda tersebut? Soalan yang dikemukakan pada aras pengetahuan mengikut Taksonomi Bloom. Di peringkat ini guru menunjukkan gambar benda seperti ikan,burung,rama-rama, dan sebagainya.Tujuannya adalah untuk merangsang minda murid ,di samping itu guru membina soalan berkaitan gambar bagi membantu merangsang pemikiran murid. Selain itu, di bahagian ini juga guru mengadakan aktiviti permainan dengan murid bertujuan untuk merangsang minat murid. Sewaktu pelaksanaan aktiviti satu yang dijalankan selama lima minit. Peringkat penerokaan guru telah merancang pengajaran mengikut pemikiran Fisher. Dengan terlaksananya aktiviti pertama dalam induksi set murid telah berjaya dirangsang untuk berusaha menjawab persoalan yang dikemukakan melalui gambar ditunjukkan dan soalan-soalan berkaitan yang dikemukakan. Di peringkat kedua melalui pemikiran ini ,guru mula meminta murid membuat penerokan melalui penerangan dan soalan soalan yang dikemukakan untuk murid fikirkan bagi membuat penerokaan . Setelah guru memberikan penerangan tentang konsep mobail guru akan mengemukakan soalan . seperti,Jelaskan bagaimana untuk membina sebuah mobail?dan Terangkan teknik-teknik yang digunakan untuk membina mobail?melalui soalan yang diajukan guru murid meneroka bagi mana untuk menghasilkan mobail . Soalan yang dibina aras kefahaman mengikut Taksonomi Bloom. Di sini guru dan murid akan berinteraksi di antara satu sama lain agar murid lebih mudah memahami konsep untuk membentuk mobail kerana menurut pakar psikologi kanak-kanak iaitu Vygotsky menyatakan bahawa perkembangan kanak-kanak tidak mengikut tahap-tahap perkembangan.

Sebaliknya,Voygotsky menegaskan bahawa setiap fungsi dalam perkembangan budaya kanak-kanak muncul dalam dua aras iaitu aras sosial dan individu.Teori budaya sosial menyatakan bahawa kanak-kanak belajar melalui interaksi sosial dan budaya. Menurut beliau ,kanak-kanak berinteraksi menggunakan bahasa atau dialogdenganahli-ahli yang lain.oleh itu

700212125268001 HBAE1203 Perkembangan Seni Kanak-kanak

kanak-kanak, mengembangkan bahasa mereka melalui interaksi dengan ibu bapa serta rakanrakan di dalam budaya mereka. Seterusnya, Peringkat perancangan dibuat mengikut Pemikiran Fisher. Di peringkat ini guru membuat perancangan sebelum memulakan aktiviti dengan memperkenalkan bahan- bahan dan alat-alat yang diperlukan untuk membuat mobail. Guru juga mempamerkan hasil atau contoh beberapa mobail yang telah siap dibina untuk dilihat oleh murid. Di samping itu, guru menerangkan fungsi alat dan bahan untuk membuat mobail. Aras soalan yang dikemukakan di peringkat ini adalah aras kefahaman. Contohnya, Bagaimanakah cara membuat mobail?, Jelaskan fungsi alat dan bahan untuk membuat mobail? . Peringkat seterusnya aktiviti . Murid mula membina atau membuat rekaan mobail mereka sendiri mengikut kreativiti murid setelah melihat tunjukcara yang dibuat oleh guru.Sebelum murid membuat mobail rekaan mereka , guru terlebih dahulu menunjukkan cara membuat mobail menggunakan teknik cantum,lipatan dan guntingan. Sewaktu peringkat ini guru mengemukakan beberapa soalan aras aplikasi untuk memberikan rangsangan kepada semua murid. Contohnya,Binakan sebuah mobail yang menarik menggunakan teknik guntingan,cantuman dan lipatan ? Peringkat penilaian atau kajian semula, guru akan bertanya beberapa soalan kepada murid untuk mengetahui pencapaian pengajaran dan pembelajaran murid pada hari itu. Pertanyaan yang dikemukakan kepada murid dapat dijadikan penilaian kepada pencapaian guru dan juga pencapaian murid. Antara soalan yang dikemukakan ialahbagaimanakan perasaan awak semua setelah berjaya membina mobail ciptaan sendiri. Soalan yang dibina mengikut Taksonomi Bloom ,aras analisis. Di samping itu,guru juga mengemukakan beberapa soalan untuk menambahbaik hasil kerja murid pada masa hadapan. Murid diminat mengkritik hasil kerja rakan-rakan dengan tujuan untuk penambahbaik. Guru akan mengemukakan soalan misalnya,Buat perbandingan hasil kerja rakan-rakan ?

7. IMPLIKASI PENDEKATAN FISHER TERHADAP PERKEMBANGAN KREATIVITI PELAJAR Hasil daripada pengajaran mengikut perkembangan Fisher implikasi dapat dilihat melalui beberapa perkara,antaranya Di peringkat rangsangan implikasi yang dikesan dapat merangsang minda murid .melalui soalan yang dikemukakan dan aktiviti permainan. Menurut Piaget dan Vygotsky, mereka bersetuju berkenaan kebaikan bermain dalam 9 mengembangkan kreativiti kanak-

700212125268001 HBAE1203 Perkembangan Seni Kanak-kanak

10

kanak.Kretiviti boleh dirangsang melalui aktiviti bermain. Bagi kanak-kanak ,masa bermain merupakan masa yang penuh keseronokan dan cabaran.Justeru ,rangsangan melalui permainan berbentuk akademik juga perlu diwujudkan. Apabila bermain ,kanak-kanak menggunakan daya imaginasi ketika bermain. Menurut Piaget dan Vygotskt lagi, imaginasi terikat kepada cara bagaimana kanak-kanak memahami dunia persekitarannya dan perkaraperkara yang berlaku dipersekitaran mereka. Murid juga seharusnya diberi peluang untuk memilih bahan dan alatanyang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti bermain dan aktiviti seni. Oleh itu, dalam pengajaran dan pembelajaran ,adalah berfaedah jika guru menyediakan aktiviti-aktiviti yang berbentuk permainan untuk mengembangkan bakat kretiviti kanakkanak. Di peringkat penerokaan implikasi yang dapat dilihat Di sini guru dan murid berinteraksi di antara satu sama lain agar murid lebih mudah memahami konsep untuk membentuk mobail . Murid dan guru bersifat fleksibel , mereka boleh menerima dan memberikan pandangan dan pendapat masing-masing.Sewaktu murid mengemukakan dan memberikan jawapan daripada soalan yang dikemukakan murid lebih bersifat terbuka.Menurut pakar psikologi kanak-kanak iaitu Vygotsky menyatakan bahawa perkembangan kanak-kanak tidak mengikut tahap-tahap perkembangan. Sebaliknya,Voygotsky menegaskan bahawa setiap fungsi dalam

perkembangan budaya kanak-kanak muncul dalam dua aras iaitu aras sosial dan individu.Teori budaya sosial menyatakan bahawa kanak-kanak belajar melalui interaksi sosial dan budaya. Menurut beliau ,kanak-kanak berinteraksi menggunakan bahasa atau dialogdenganahli-ahli yang lain.oleh itu kanak-kanak, mengembangkan bahasa mereka melalui interaksi dengan ibu bapa serta rakan-rakan di dalam budaya mereka. Seterusnya, Peringkat perancangan ini murid dapat mengutarakan idea dan pendapat yang asli mereka untuk membuat perancangan apa yang ingin dibina mengikut citarasa murid sendiri. Ini bermakna mereka boleh mencetuskan idea bukan dari cedokan idea atau pendapat orang lain. Setiap murid mempunyai kreativiti sendiri tentunya idea mereka unik dan menarik jika murid diberi peluang untuk merancangkan apa yang dibuat sebelum aktiviti bermula. Memandangkan setiap individu mempunyai kreativiti sendiri tentunya hasil karya yang mereka hasilkan berbeza di antara satu sama lain . Peringkat seterusnya aktiviti ,setelah langkah rangsangan,perancangan dan penerokaan

dilalui oleh murid tentunya mereka akan mempunyai keyakinan yang tinggi dalam membuat aktiviti membina mobail yang menarik mengikut kreativiti masing-masing. Di sini murid bersikap lebih fleksibel jika ada sebarang kesulitan yang berlaku sewaktu membuat aktiviti. Di peringkat ini juga, seseorang murid itu mempunyai daya sensitiviti yang tinggi terhadap 10

700212125268001 HBAE1203 Perkembangan Seni Kanak-kanak

11

keadaan di sekeliling mereka. Murid akan lebih sensitif dan peka dengan keadaan yang ada dipersekitaran sewaktu melaksanakan tugasan mereka. Peringkat penilaian atau kajian semula, semasa membuat apresiasi seni dapat membantu murid membuat penilaian atau kritikan yang munasabah berkaitan hasil karya yang telah dihasilkan.Tanpa adanya apresiasi seni murid tidak dapat membuat pertimbangan yang

penting apabila melihat hasil seni yang dihasilkan. Sewaktu apresiasi dijalankan murid berfikir secara logik dan bersikap rasional. Setiap kritikan dapat diterma kerana adanya sikap terbuka di dalam menerima pandangan dan pendapat orang lain mengenai hasil karya dan kerja murid-murid. Di sini , guru mengamalkan sikap bebas serta demokratik.

8.

KESIMPULAN

Usaha yang berterusan perlu dijalankan untuk memupuk kreatifiti di kalangan murid. Kejayaan usaha ini sangat bergantung kepada para guru. Walaupun warga pendidik telah didedahkan dengan pelbagai teknik pengajaran untuk membantu mereka memupuk kreativiti murid tetapi kebanyakkan teknik-teknik pengajaran ini tidak digunakan dalam bilik darjah. Salah satu sebab utamanya perkara ini berlaku kerana polisi system pendidkan kita yang masih lagi secara keseluruhannya berorientasikan peperiksaan. Oleh itu kerjasama dari semua pihak amat diperlukan supaya system yang berorintasikan peperiksaan dapat diubah kepada sisitem yang lebih seimbang yang akan memupuk setiap potensi minda pelajar.

Pada mulanya kreativiti dianggap memainkan peranan penting hanya dalam bidang seni dan sastera sahaja . Namun kini, para penyelidik mendapati kreativiti turut memainkan peanan penting dalam bidang-bidang pentadbiran ,perniagaan,keusahawanan,sains,matematik,seni bina,kejuruteraan dan sukan. Perkembangan ini menyebabkan usaha untuk memupuk kreativiti di peringkat sekolah dianggap sebagai sangat mendesak dan penting. Dalam dunia penuh persaingan global ketika ini,memiliki pengetahuan dan kepintaran yang tinggi tidak memadai. Pengetahuan dan kepintaran tersebut mesti disertai dengan kreativiti agar pelajar kita dapat bersaing di peringkat global apabila mereka dewasa kelak. Akan tetapi usaha ke arah pemupukan kreativiti pelajar ini akan terbantut seandainya halanga-halangan terhadap pemupukan kreativiti tidak diatas terlebih dahulu. Namun dengan adanya tokoh seni seperti Fisher, yang telah memperkenalkan perkembangan pemikiran kreatif Fisher ini diharap dapat membantu para guru mengajar pendidikan seni dengan lebih baik, 11

700212125268001 HBAE1203 Perkembangan Seni Kanak-kanak

12

berbanding sebelum ini . Bentuk pengajaran yang diperkenalkan oleh Fisher ini dilihat dapat banyak membantuk murid ke arah pemikiran yang lebih kreatif. Perkembangan pemikiran Fisher ini menekankan kepentingan membina minda yang kreatif dalam kalangan murid. Hari ini ,kreativiti dan pemikiran asal dikenali sabagai salah satu faktor penggerak sesebuah Negara untuk bersaing di arena antarabangsa. Sistem pendidikan ini mengenali kepentingan kreativiti dipupuk dari masa kanak-kanak masih kecil lagi kerana minda mereka belum dibentuk sepenuhnya oleh persekitaran melalui norma masyarakat . Kanak-kanak dilahirkan dengan sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka.(lebih kurang 3000 patah perkataan)

9. Buku :

RUJUKAN

Abdul Shukor Hashim el.at(2011).HBAE1203 Perkembangan seni kanak kanak,Open Universiti Malaysia.Selangor. Kementerian Pendidikan Malaysia.(2011).Buku panduan kreativiti pembangunan dan amalan dalam pengajaran dan pembelajaran.Bahagian Pembangunan Kurikulum,Putrajaya. Kemente rian Pendidikan Malaysia,(2000).Sukatan pelajaran pendidkan seni visual KBSR dan KBSM..Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia,(2000).Huraian sukatan pelajaran pendidikan seni visual KBSR dan KBSM ,Dewan Bahasa dan Pustaka. PPK, Pusat Perkembangan Kurikulum.http://www.ppk.kpm.my/html/about%20cdc/about_per.htm (2003) Robyn Mann,(2002)Im creative art and crafts for primary school 2,teachers guide.SNP Pan Pacific Publishing.Singapore. Laman Web: __ Kreativiti dan Pembelajaran kanak-kanak.http://www.scrib.com/doc/.(15 Jun 2012) __Kreativiti dan kanak-kanak .http://zahizah4gmailcom.blogsport.com. (18 Jun 2012)

12

700212125268001 HBAE1203 Perkembangan Seni Kanak-kanak

13

13

Anda mungkin juga menyukai