Anda di halaman 1dari 13

HURAIKAN BAGAIMANA KERJAYA GURU DIKATAKAN SEBAGAI SATU IBADAH DARI SEGI PERSPEKTIF AGAMA.

KERJAYA GURU DIKATAKAN SEBAGAI SATU IBADAH DARI SEGI AGAMA ISLAM
Guru yang mengajar di sekolah pondok & madrasah arif dalam pengajian kitab-kitab suci dan digelar tok guru. Tok guru dianggap sebagai role model dan teladan untuk dicontohi oleh semua. Sering dirujuk bagi menyelesaikan perkara- perkara yang berkaitan dengan agama. Interaksi antara tok guru dengan murid, dan murid dengan murid, sesi soal jawab atau perbincangan jarang diadakan.

Teknik hafalan digunakan untuk membantu murid mengingati ayatayat yang tekandung dalam setiap kitab.

Menurut konsep perguruan dalam islam ,pendidik atau guru merupakan murabbi,mualim,muadib,alim atau ulamak. Hal ini menunjukkan guru merupakan profesion yang mulia dalam perspektif agama islam. Guru juga dikelaskan sebagai: a) Al-mu'allim menyampaikan ilmu yang benar b) Al-murabbi menjayakan proses tarbiah c) Al-mu'addi mengajarkan adab dan budi pekerti d) Al-mursyid membentuk kepimpinan insan e) Al-mudarris menitipkan pelajaran dan kemahiran f) Qdwatun hasanah beri contoh yang baik

Di samping itu, guru pergi ke sekolah dianggap sebagai pergi ke medan jihad kerana mereka mereka bertindak untuk menentang, membasmi dan mencegah kejahilan,kelemahan,kealpaan, kemunduran dan kehinaan akibat tidak berilmu pengetahuan. Mengajar dengan perasaan ikhlas dan tanpa sebarang muslihat dan tipu helah dianggap sebagai suatu ibadah. Oleh itu, keikhlasan guru dalam mencurahkan ilmu akan menjadi keberkatan kepada pelajar.

wahyu yang diturunkan dalam Surah Iqra,

Ilmu membentuk keperibadian yang tinggi (bersih dan suci) serta minda yang terbuka.

Semua itu diadun dari curahan ilmu dari guru dan pendidik yang mengajar.
Ilmu ibarat mutiara yang bernilai tinggi apalagi ilmu yang bersangkutan dengan ilmu ketuhanan. Tugas dan tanggungjawab guru bukan hanya mendidik malah membimbing pelajar ke jalan kebenaran, ke jalan takwa dan menunjuk jalan akhirat. Guru hendaklah menyedari bahawa tugas mendidik anak bangsa merupakan suatu amanah Allah Taala yang tidak boleh disiasiakan.

Guru juga mengamalkan konsep kerjayanya sebagai suatu ibadah dalam melaksanakan prinsip-prinsip Maqasid Assyariah (menjaga, memelihara dan memperkasakan agama, akal, nyawa,keturunan dan harta). Guru menggembeling tenaga dalam menyemai benih-benih keimanan, ketaqwaan dan keinsafan kepada generasi sekarang dan akan datang.

KERJAYA GURU DIKATAKAN SEBAGAI SATU IBADAH DARI SEGI AGAMA BUDDHA
Sebelum agama Buddha diajar di rumah rahib, pendidikan Brahmanic dijalankan di rumah seorang guru. Kriteria adalah berasaskan kepada sistem kasta dan dikhaskan untuk dijivas ( Brahmanas & Kshatriyas ) sahaja. Kaedah penyampaian yang digunakan secara lisan sahaja, iaitu dari pada seorang kepada orang lain dan tidak berpandukan buku. Murid-murid dikehendaki menghafal segala yang terkandung dalam Dhamma (kebenaran) dan Vinaya (disiplin/peraturan). Teknik penyampaian digunakan oleh guru Buddha termasuk penggunaan jadual,ilustrasi & eksperimen. Guru-guru dianggap sebagai role model.

Rahib dan rahib perempuan buddha juga amat dihormati oleh penganutnya. Mereka dianggap sebagai role model kerana mereka mempunyai ilmu yang lengkap dan mendalam mengenai doktrin dan disiplin Buddha. Mereka sebagai sumber di mana penganut memperoleh pahala melalui pemberian hadiah (berbentuk wang tunai atau barangan) dan sokongan moral. Sebagai balasan, rahib dan rahib perempuan dikehendaki menumpukan perhatian sepenuh kepada pengajian doktrin Buddha, bertafakur dan berhemah tinggi.

KERJAYA GURU DIKATAKAN SEBAGAI SATU IBADAH DARI SEGI AGAMA HINDU
Guru dianggap wakil Tuhan di dunia ini. Guru diberi penghormatan yang amat tinggi dan berada di kedudukan keduas elepas ibu bapa. Beliau benar-benar pakar dari segi kitab-kitab suci dan berupaya menunjukkan jalan yang benar dan betul berdasarkan pengalaman, amalan & celik akal yang tinggi. Dianggap sebagai role model di mana gaya hidupnya harus dicontohi. Menggunakan cara hafalan & banyak menghabiskan masa untuk memahami setiap ayat dalam kitab. Terdapat 2 jenis guru, iaitu -Acharyas -upadhayas

Menurut agama Hindu, guru merupakan wakil yang dihantar oleh Tuhan ke dunia ini.
Justeru,guru merupakan pekerjaan yang mulia dan dipandang tinggi oleh masyarakat Hindu.

Hal ini dapat dilihat melalui hieraki sosial masyarakat hindu, guru diberi penghormatan yang amat tinggi.
Murid-murid amat menghormati guru mereka dan tetap mengikuti segala ajaran yang disampaikan agar memperoleh ilmu dan pengetahuan sama ada yang melibatkan akademik,sosial dan keagamaan yang sempurna. Tanggungjawab ibu bapa hanyalah kepada kebajikan fizikal anak-anak, sementara guru bertanggungjawab terhadap kebajikan kerohanian anak mereka. Mereka menggunakan cara hafalan. Menghabiskan masa untuk memahami setiap ayat yang terkandung dalam kitab berkenaan. Apabila guru sudah berpuas hati, barulah mereka dikatakan sudah menamatkan pengajian mereka, lalu dibenarkan meninggalkan guru mereka.

KERJAYA GURU DIKATAKAN SEBAGAI SATU IBADAH DARI SEGI AGAMA KRISTIAN
Yesus Kristus adalah Maha guru yang menyampaikan segala ajaran Kristian dua ribu tahun yang lalu, kemudian rasul-rasul (apostles), & waliwali (saints). Peranan serta ciri-ciri personaliti guru-guru: -membimbing & membantu murid-murid untuk melengkapi diri dengan ilmuseperti dalam kitab-kitab suci. -melindungi murid-murid daripada pengaruh negatif/ajaran sesat. -menunjukkan arah yang tepat berpandukan kitab-kitab suci. -memberi dorongan yang wajar untuk tingkatkan pencapaian

Yesus sentiasa berusaha untuk mengajar tentang pelbagai perkara merangkumi duniawi dan surgawi dan memberi nasihat kepada anak anak muridnya supaya mereka dapat melakukan perkara yang baik berlandaskan firman Tuhan yang terdapat di dalam Alkitab atau Bible. Guru sebagai seorang pemimpin dan menjadi role model kepada anakanak murid hendaklah sentiasa berusaha untuk mendidik dan memberi ilmu pengetahuan dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan. Hal ini membuatkan seseorang guru akan sentiasa berasa puas hati kerana dapat melahirkan anak-anak murid yang berjaya dan menjadi manusia yang berguna kepada bangsa dan agama. Tuhan lebih mengetahui tujuan dan usaha kita sebagai seorang guru, keikhlasan kita akan sentiasa dilihatNya dan dia lebih mengetahui waktunya dan akan membalas kebaikan kita tersebut.

TAMAT

Anda mungkin juga menyukai