Anda di halaman 1dari 18

TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL (ALBERT BANDURA)

Albert Bandura menyatakan manusia belajar secara semula jadi melalui proses peniruan dan pemerhatian. Individu meniru tingkah laku yang baik dan buruk. Kanak-kanak meniru perbuatan yang dilakukan terutama perbuatan yang mendapat peneguhan.

3 Jenis Peniruan
Peniruan secara langsung Peniruan sekat lakuan dan tak sekat lakuan Oeniruan elisitasi

3 unsur yang saling berhubung dalam teori pembelajaran sosial


Individu (Kognitif)

Persekitaran

Tingkah Laku

Langkah Pembelajaran Peniruan/Pemerhatian (ARPM)


Attention/Perhatian Retention/Mengingat dalam ingatan Production/Pengeluaran Motivation and Reinforcement/Motivasi dan Peneguhan

Model
Orang yang ditiru perbuatannya dipanggil model. Terdapat tiga jenis model iaitu: a) Model Sebenar/Hidup b) Model Simbolik c) Arahan Verbal

Implikasi Teori Pembelajaran Sosial Dalam P&P


Proses pembelajaran berlaku melalui proses pemerhatian dan peniruan. Guru memberi pengukuhan kepada perbuatan pelajar yang positif. Setiap pelajar perlu melihat model dengan jelas. Guru perlu tunjukkan hasil kerja terbaik pelajar kepada pelajar lain.

Teori Pembelajaran Humanistik


Manusia adalah makhluk yang istimewa dan mempunyai keupayaan yang berlainan dengan haiwan. Manusia bertindak berdasarkan keperluan, motivasi, minat dan nilai.

5 Objektif Asas Pendidikan Daripada Pandangan Humanistik


a) Pembelajaran arah kendiri dan tidak berharap pada orang lain. b) Mengembangkan keupayaan bertanggungjawab ke atas pembelajaran dan perkara yang dipelajari. c) Mengembangkan kreativiti d) Mengembangkan daya ingin tahu e) Mengembangkan kecenderungan aspek seni dan emosi.

Prinsip-prinsip Pendekatan Humanistik


Pelajar lebih mudah belajar sesuatu perkara yang mereka ingin ketahui. Mengetahui cara belajar lebih penting daripada mengetahui banyak pengetahuan. Pelajar yang membuat penilaian kendiri merupakan penilaian yang lebih bermakna. Perasaan sama penting dengan fakta. Pelajar belajar lebih baik dalam persekitaran yang kondusif.

Teori Carl Rogers


Manusia adalah baik dan mempunyai motivasi yang tinggi untuk mencapai potensi diri. Insan yang sempurna mempunyai kualiti berikut: a. Berfikiran terbuka b. Menerima hidup seadanya c. Mempercayai fikiran dan perasaan sendiri d. Menghargai kebebasan diri dan bertanggungjawab atas tindakan sendiri e. Kreatif dan melibatkan diri dalam aktiviti sosial.

Rogers menekankan pembelajaran berpusatkan pelajar. Prinsip umu yang dikemukakan Rogers: a) Kita tidak boleh mengajar seseorang secara langsung, tetapi kita hanya dapat membimbing pembelajarannya. b) Seseorang akan berasa tenang jika tiada ancaman.

Teori Abraham Maslow


Keperluan fisiologi dan keperluan psikologi perlu dipenuhi agar seseorang itu bermotivasi untuk mengembangkan potensi diri, belajar perkara baru, memanipulasi keupayaan diri dan mencabar diri untuk melakukan yang terbaik.

Keperluan manusia dibahagikan kepada dua bahagian: a) Keperluan kekurangan b) Keperluan perkembangan Jika keperluan kekurangan belum dipenuhi, keperluan perkembangan tidak akan bermakna.

Hierarki Keperluan Maslow


Pen Keperluan estetika

Keperluan pencapaian intelek


(pencapaian akademik) Keperluan penghargaan (pengiktirafan) Keperluan kasih sayang (kasih sayang daripada keluarga dan rakan-rakan) Keperluan keselamatan (kehidupan tidak terancam, samada fizikal dan emosional) Keperluan fisiologi (makan, minum, tempat tinggal, udara, berkumuh)

Implikasi Pendekatan Humanistik Terhadap P&P


Guru perlu fokus kepada pelajar, bukan subjek dan silibus. Guru perlu menerima pelajar seadanya. Guru perlu memberi peluang kepada pelajar untuk memilih tugasan dan aktiviti pembelajaran. Guru bertindak sebagai fasilitator. Pelajar menentukan aktiviti pembelajaran dan bahan yang ingin dipelajari bagi meningkatkan motivasi belajar.

Pendidikan Dari Perspektif Islam


Pendidikan dan pengajaran membawa maksud mendidik akhlak dan jiwa kanak-kanak, menanam rasa fadhilah, membiasakan anakanak dengan sifat kesopanan yang tinggi serta mempersiapkan mereka untuk suatu kehidupan yang suci, ikhlas dan jujur.

Peringkat perkembangan kanak-kanak menurut pandangan Sayidina Ali r.a.


Peringkat Umur Tindakan

0-7 tahun

Main dengan kanakkanak Disiplinkan anak-anak. Jadi ketua kepada anak-anak. Bergerak seiring dengan anak-anak remaja. Jadikan anakanak sebagai rakan berbincang.

7-14 tahun

14-21 tahun