Anda di halaman 1dari 12

PERATURAN MEMBERI MARKAH (PMM)

PMM adalah opsyen atau jawapan yang betul/tepat kepada item-item yang diuji. Opsyen bagi soalan-soalan objektif adalah objektif atau satu jawapan sahaja ditetapkan sebagai jawapan tepat dan betul. Opsyen bagi soalan-soalan subjektif, terdiri daripada 1 atau lebih jawapan yang dianggap berkaitan atau boleh diterima

TUJUAN PMM
Bertujuan menyediakan jawapan yang tepat atau betul terhadap soalan yang dikemukakan. Sebagai panduan kepada pemeriksa soalan. Bertujuan mengesahkan kesahihan ujian

PERATURAN MEMBERI MARKAH


Sebelum memeriksa karangan, kita perlu menyediakan PMM. Bagi ujian sumatif seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), PMM telah disediakan oleh pihak yang bertanggungjawab. Amnya, ada dua teknik membina PMM iaitu teknik global (impresif, holistik, tanggapan) dan teknik analisis (perincian) (Abdul Aziz (1993: 155). Pemarkahan global boleh digabungkan dengan pemarkahan analisis, dan boleh dinamakan teknik eklektik.

Teknik Global
Global atau holistik bermaksud menyeluruh. Rasional teknik ini ialah keseluruhan lebih penting daripada bahagian. Berasaskan rasional ini, pemeriksa melakukan penilaian secara keseluruhan terhadap sesuatu karangan. Karangan itu dibaca sekali lalu untuk menganggarkan prestasi calon berasaskan sesuatu skala seperti gred A hingga E. Pemeriksa meletakkan nilainya sendiri terhadap karangan itu. Katakan pemeriksa memberi gred B. Karangan itu dibaca sekali lagi untuk mengenal pasti kekuatan-kekuatan dan kesilapan-kesilapannya pula. Sesudah itu dimuktamadkanlah markahnya.

Cara ini amat subjektif, memerlukan pemeriksa yang cukup mahir dan berkebolehan membaca secara kritikal. Amat subjektif bermakna kebolehpercayaan pemarkahan amat rendah. Bagaimanapun, kebolehpercayaan pemarkahan pemeriksa itu dapat ditinggikan sedikit melalui penyelarasan antara para pemeriksa dan penyediaan model jawapan untuk rujukan bersama. Satu lagi teknik global dilakukan melalui perbandingan. Dengan teknik ini pemeriksa membaca karangan berkenaan sekali lalu dan menyusunnya mengikut kualiti.

Karangan terbaik diletakkan di atas dan yang paling lemah diletakkan di bawah sekali. Kesemua karangan itu dibaca sekali lagi untuk memastikan kedudukannya. Kemudian ditentukan peratus A, B, C dan seterusnya. Teknik bandingan ini sesuai untuk memarkah esei panjang seperti kerja projek. Teknik ini juga sesuai untuk memilih esei, cerpen, sajak, novel dan lainlain bagi sesuatu peraduan, terutamanya pada peringkat saringan. Satu contoh PMM teknik global diberi dalamLampiran A.

Teknik Analisis
Markah diberi berdasarkan kriteria tertentu. Sekiranya jawapan calon mempunyai banyak unsur yang dinyatakan dalam kriteria itu, maka tinggilah markahnya. Pemarkahannya sistematik dan kebolehpercayaannya tinggi. Pemeriksa pula tidak semestinya pakar dalam bidang berkenaan. Teknik pemarkahan ini sesuai untuk ujian pencapaian dan boleh juga digunakan untuk ujian formatif kerana ia boleh digunakan untuk tujuan diagnostik dan memberi maklumat kembali kepada pelajar dan pengajar.

contoh
a) Perincian Aspek Karangan Biasa Teknik ini digunakan untuk memarkah karangan berdasarkan peruntukan markah tertentu. Bagi karangan Bahasa Melayu, pembahagian markah mungkin seperti di bawah. Isi = 30% Bahasa = 40% Gaya dan Olahan = 30% Jumlah = 100%

Ciri-Ciri PMM
1. Pastikan hanya ada satu jawapan betul atau terbaik 2. Jangan memberi bayangan (clue/hint) kepada jawapan. 3. Stem dan opsyen mesti selaras 4. Opsyen mestilah homogen (dari aspek kandungan, bentuk, penjang dan struktur bahasa), jelas dan tepat

5.

Sumber-sumber bagi menulis distraktor (pengganggu) adalah seperti berikut: (i) kesilapan umum (misconceptions) atau salah konsep (ii) satu penyataan yang benar atau betul tidak memenuhi tugasan item (iii) satu penyataan yang mungkin dianggap betul oleh pelajar yang kurang pasti

6.

7.

8.

9.

Opsyen hendaklah mempunyai daya tarikan yang sama kepada pelajar. Elakkan daripada mengulang maklumat yang sama dalam setiap opsyen. Susun opsyen secara logik mengikut darjah, kronologi kuantiti, urutan magnitud dan sebagainya. Elakkan daripada menggunakan perkataan penentu spesifik seperti sentiasa, tidak pernah dan lebih kurang.

Setiap pokok soalan diikuti dengan beberapa pilihan. Semua pilihan ada kebenarannya tetapi bukan semuanya tepat. Hanya satu sahaja pilihan yang paling tepat atau terbaik Contoh: Apakah cara pemarkahan yang paling sesuai untuk memastikan ujian tersebut mempunyai unsur keobjektifan yang tinggi?

A. B C D

Memeriksa soalan demi soalan Menanda kertas jawapan dengan berhati-hati memeriksa kertas jawapan demi kertas jawapan Menanda kertas jawapan berdasarkan Peraturan Memberi Markah