Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI Alhamdulillah, syukur kami ke hadrat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah kurnianya saya dan kumpulan

saya dapat menyiapkan tugasan ini walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran kesibukan tugas seharian. Pada mulanya, apabila menerima tugasan bagi subjek WAJ 3106 Hubungan Etnik , saya agak keliru tentang kehendak soalan .Saya berasa begitu bimbang dan tercabar untuk menyiapkan tugasan ini kerana pengetahuan sedia ada saya tentang Hubungan Etnik amatlah sedikit. Namun demikian, cabaran dan halangan ini tidak mematahkan semangat saya untuk cuba menghasilkan tugasan yang terbaik, bermula dengan mencari nota yang berkaitan melalui internet dan buku-buku yang dicadangkan oleh pensyarah, Encik Selvaraj. Melalui segala pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang telah saya perolehi, dengan izin Allah s.w.t, saya akan praktikan sebaik mungkin nanti. Setelah saya banyak membuat pencarian maklumat, saya berharap ilmu ini akan terus bermanfaat kepada saya dalam menghargai kemakmuran dan kemerdekaan Malaysia. Saya juga mula sedar kepentingan subjek Hubungan Etnik ini dimana dengan hanya betul-betul memahaminya barulah saya dapat melaksanakan tugas saya sebagai guru dengan sebaik mungkin bagi melahirkan modal insan yang sempurna.

Selain itu, melalui proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini yang saya laksanakan bersama rakan-rakan telah membuatkan hubungan silaturrahim antara kami semakin rapat. Sikap toleransi dan bekerjasa sama pensyarah dan semua rakanrakan juga dapat di tingkatkan melaui proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini. Saya mula lebih mengenali sikap dan sahsiah rakan-rakan dan cara pengajaran pensyarah dan hal ini sekaligus mengukuhkan hubungan dua hala kami.

Tambahan pula, pengalaman berinteraksi bersama pensyarah dan rakan-rakan bagi melaksanakan tugasan ini membolehkan saya memperbaiki dan meningkatkan cara saya berkomunikasi. Hal ini sekaligus dapat melatih saya untuk berkomunikasi

dengan lebih baik . Selain itu, tunjuk ajar yang diberikan oleh Encik Selvaraj dalam proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini membolehkan saya memperbaiki kelemahan yang terdapat pada diri saya dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa hadapan. Berbagai maklumat dan input yang berguna dapat saya perolehi melalui tugasan yang diberikan ini .Sebagai seorang pendidik, ianya amat penting dan berguna sekali dalam proses melahirkan murid yang bersemangat patriotik, boleh bekerjasama dengan orang lain, mengapresiasi kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia, menyelesaikan konflik secara rundingan, menyayangi alam sekitar dan menyumbang ke arah perpaduan dan pembangunan negara akan tercapai. Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggitinggi penghargaan kepada Encik Selvaraj Palaniapan yang telah banyak membantu saya dan ahli kumpulan dalam memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini. Begitu juga dengan rakan seperjuangan yang tidak lokek berkongsi ilmu sehinggalah tugasan ini dapat disiapkan. Disediakan oleh, . (SURIANI BT. MD. DAUD) 810705-03-5540

Anda mungkin juga menyukai