Anda di halaman 1dari 94

Cempaka Qistina

Bab 1
LUNAN muzik yang terpasang kuat membingitkan telinga. Selang-seli terdengar suara DJ berceloteh menghangatkan lagi suasana. Kerlipan lampu disko memancar mengikut rentak muzik yang rancak melekakan manusia yang sedang ghairah menari. Ditambah pula dengan bisikan syaitan yang sentiasa ingin menyesatkan anak keturunan Adam. Berpelukan dan bersentuhan antara lelaki dan perempuan menjadi satu kebiasaan. Dania menari sepuasnya, tidak sedikit pun mempedulikan orang di sekelilingnya. Seboleh mungkin mahu dihilangkan segala tekanan yang dirasainya. Tanpa disedari, ada mata yang begitu asyik memandang dirinya yang sedang leka menari. Tasya juga leka seperti rakannya, Dania. Tidak sedikit pun terbit rasa segan apabila ada mata yang rakus memerhati tubuhnya yang hanya dibaluti baju dan skirt yang sendat. Malah, timbul rasa bangga apabila dirinya menjadi perhatian.

Dia Yang Kucari

Tasya meleretkan senyuman menggodanya apabila sesekali matanya bertembung pandang dengan seorang lelaki muda yang dari tadi tersenyum ke arahnya. Dalam hati, Tasya ketawa penuh keangkuhan. Sangkanya, lelaki tersebut sudah tergoda dengan dirinya. Sayang sekali tidak diketahui oleh Tasya apa yang tersirat dalam fikiran anak muda tersebut. Penat menari, Dania mengajak Tasya berehat seketika. Ingin dibasahkan tekak yang sudah mulai kering. Tasya hanya menurut. Dia sekadar tersenyum apabila ada suara yang bersiul nakal ke arahnya. Dia mahupun Dania, kedua-dua mereka mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Haiqal, kau nampak tak dua orang girl kat sana tu? Apa kata kita berkenalan dengan diorang nak? Dani bersuara sambil tersengih-sengih. Matanya masih melekat pada dua orang gadis yang sedang leka meneguk minuman. Sengaja dicucuk jarum kepada Haiqal agar lelaki itu turut teruja. Haiqal meleretkan senyumannya. Sememangnya dari tadi dia turut memerhatikan dua orang gadis tersebut. Nampaknya, Dani juga sama seperti dirinya. Sejak dari awal lagi matanya telah melekat pada dua orang gadis tersebut. Paling menarik perhatian Haiqal ialah gadis seksi yang baju berwarna merah darah tersarung di tubuhnya. Dari tadi lagi gadis itu begitu lincah menari bersama rakannya. Happy kau malam ni. Kejap lagi dapat girl baru la kau. Yang ke berapa dah ni? kata Haiqal sambil ketawa. Matanya masih lagi tajam memerhatikan dua orang gadis tersebut. Kata-kata Haiqal disambut dengan suara ketawa Dani yang agak kuat. Belum tentu lagi, bro. Kena usyar dulu. Mana

Cempaka Qistina

boleh main redah aje. Dani tersengih-sengih. Minuman yang berada di tangannya diteguk lagi. Dari tadi lagi aku tengok kau asyik duk usyar girl yang pakai baju merah tu. Ingatkan tadi aku yang nak sambar dulu. Semakin kuat Dani ketawa. Cuma suaranya agak tenggelam dek bunyi muzik yang terpasang. Haiqal tersengih. Tidak sangka perbuatannya disedari oleh Dani. Aku bukan apa, girl yang pakai baju merah ni lain sikit. Aura dia semacam aje.... Haiqal meleretkan senyuman sinisnya. Keningnya diangkat sebelah sambil matanya tepat memandang gadis yang diperkatakan. Dalam kepalanya sudah merangka helah untuk memikat gadis tersebut. Hai... belum apa-apa lagi, takkan dah sangkut? usik Dani nakal. Dari tadi lagi dia perasan mata Haiqal tidak lepas-lepas daripada memandang gadis tersebut. Aku tengok kau macam dah syok gila dekat girl yang pakai baju merah tu. Tak dapat girl yang pakai baju merah tu, kawan dia pun okey. Boleh tahanlah jugak. Sambung Dani lagi sambil meleretkan senyumannya. Well... kalau macam tu jom kita jalankan tugas sekarang. Takkan nak tercegat aje dekat sini. Kau pun macam dah tak sabar-sabar. Haiqal gelak kuat. Baginya, sebelum ada yang sambar lebih baik mereka bertindak dahulu. Haiqal dan Dani bergerak meninggalkan tempat yang sedang mereka duduki. Dengan penuh yakin, mereka merapati dua orang gadis yang sedang rancak berbual itu. Mereka Sedikit pun tidak menyedari mereka sedang didekati. Dania dan Tasya yang sedang leka berbual, tiba-tiba ditegur oleh satu suara garau. Haiii... tegur Dani sambil tersengih-sengih

Dia Yang Kucari

dengan lagak playboynya. Matanya tidak lepas daripada memandang Tasya dan Dania. Memang cun awek dua orang ni. Bila tengok dekat-dekat lagi bertambah cun dan seksi. Dua orang aje ke? Nak kami temankan? Haiqal meleretkan senyuman nakalnya. Dania hanya memandang sekali imbas. Manakala Tasya sudah tersenyum lebar. Bangga apabila dua lelaki tampan menghulurkan salam perkenalan. Sudah menjadi kebiasaan ke mana sahaja mereka pergi, pasti ada lelaki yang ingin merapati. Biasalah lelaki seperti ini, pantang nampak yang berdahi licin, terus nak sambar. Dani... hmmm... what a nice name. Tasya meleretkan suaranya sambil tersenyum memandang Dani setelah lelaki itu memperkenalkan dirinya. Tasya. Tasya memperkenalkan dirinya pula. Dia menyambut huluran tangan Dani sambil matanya melirik memandang wajah tampan Haiqal. Dari awal lagi Tasya memang sudah teruja dengan kehadiran dua jejaka tampan di hadapannya itu. Huluran salam perkenalan daripada Dani disambut dengan hati yang gembira. Cuma Dania sahaja yang masih buat tidak tahu. Tasya sudah masak dengan sikap Dania. Tidak akan melayan lelaki yang tidak dikenalinya sesuka hati. Yang ni kawan I, Ameer Haiqal, kata Dani sambil meletakkan tangannya di atas bahu Haiqal. Terangkat kening Haiqal apabila nama penuhnya disebut oleh Dani. Just call me, Haiqal. Haiqal tersenyum meleret sambil memandang Dania yang masih kelihatan selamba. Dan yang ni...? Haiqal meleretkan suaranya. Dia

Cempaka Qistina

masih tidak puas hati dengan reaksi gadis tersebut. Huluran tangannya pula masih belum bersambut. Jual mahal betul kawan Si Tasya ni, omel Haiqal dalam hati. Janganlah sombong sangat. Takkan nak berkenalan pun tak boleh. Haiqal masih berusaha menarik perhatian gadis yang berbaju merah itu. Bengang juga Haiqal sebenarnya dengan reaksi kawan Tasya ni. Boleh dia buat derk aje. Tetapi suaranya masih mampu dikawal. Tetap lembut dan menggoda. Senyuman manis masih tetap menghiasi wajahnya. Tak boleh la nak buat muka bengang. Nak pikat perempuan kena la tunjuk baik dulu. Dania tidak membalas senyuman yang dihulurkan oleh Haiqal. Ada masalah ke kalau saya sombong? Dania berkata selamba. Rasa terpukul dengan kata-kata Haiqal yang nyata ditujukan kepadanya. Dania memandang Haiqal sekali imbas. Banyak cakap pulak mamat ni. Sememangnya dia sudah terlalu bosan dengan kerenah lelaki-lelaki yang berhidung belang seperti ini. Muak dan merimaskan. Mungkin dua orang lelaki yang berada di hadapannya ini tidak terkecuali juga. Tengok daripada gaya mereka sahaja dia sudah tahu. Mak aih... garangnya cik adik kita ni. Kami ni nak berkenalan aje, bukannya luak apa-apa pun, seloroh Dani. Biar betul minah ni? Kerek semacam aje. Haiqal yang tampan pun tidak mampu menarik perhatian gadis ini ke? Apa tidak cukup tampankah Si Haiqal ni? Dani bingung sendiri. Nampaknya kena kerja keraslah Haiqal malam ini. Nampak macam susah aje nak jinakkan awek yang sorang ni, desis hati Dani.

Dia Yang Kucari

Tasya menyiku lengan Dania apabila gadis tersebut masih buat tidak tahu. Kalau ya pun janganlah jual mahal sangat, detik hati Tasya. Dania. Akhirnya Dania memperkenalkan dirinya. Mendatar sahaja suaranya seperti orang yang tiada perasaan. Huluran tangan Haiqal disambut. Sempat mereka bertentangan mata seketika. Dania tetap kelihatan selamba. Sebentar sahaja tangan Dania berada dalam genggaman tangan Haiqal. Tidak selesa dengan cara pandangan mata Haiqal yang memerhatikan dirinya dari atas hingga ke bawah. Haiqal tersenyum puas, seolah-olah meraikan satu kemenangan. Akhirnya dia tahu juga nama gadis cantik yang berada di hadapannya kini. Tidak seperti Tasya, gadis cantik yang bernama Dania ni kelihatan mahal. Selalunya orang yang kelihatan lincah ini mudah untuk didekati. Jinak-jinak merpati aje rupanya Si Dania ni. Selama ini Haiqal belum pernah jumpa gadis seperti Dania. Selalunya gadis-gadis yang berkunjung ke kelab ni mudah benar didekati. Tetapi Dania memang berbeza. Gadis itu berada di kelasnya yang tersendiri. Namun, reaksi Dania yang selamba bagaikan mencabar ego Haiqal. Selalunya dia sering didampingi oleh gadis-gadis yang ghairah ingin berkenalan dengan dirinya. Sering saja ketampanan dan kemewahan yang dimilikinya menarik mana-mana gadis untuk merapati dirinya. Tetapi, malam ini nyata berbeza. Kehadirannya di sini ibarat tunggul kayu di mata Dania. Gadis itu langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi terhadapnya yang cuba merapati dirinya. Hmmm... I rasa bertuah sangat malam ni sebab dapat berkenalan dengan you all yang cantik manis ni.... Dani bersuara romantis sambil tersengih-sengih.

Cempaka Qistina

Bak kata orang berkawan biar seribu, bercinta biar satu... sampuk Haiqal sambil meleretkan suaranya. Sengaja mahu menarik perhatian Dania. Walaupun dia sedang berkata-kata dengan Tasya tetapi, matanya melirik ke arah Dania. Tasya menyilangkan kakinya. Skirt pendek yang dipakainya sekadar cukup menutupi bahagian pahanya yang terdedah. Benar-benar membuatkan Tasya kelihatan begitu seksi. Gayanya persis seperti ingin menggoda. Well... so do I. Terutama sekali dapat berkenalan dengan you. Tasya meleretkan senyumannya, cuba untuk menggoda Haiqal walaupun dia tahu dari tadi lagi mata lelaki itu sudah terarah kepada Dania. Bagi Tasya, Haiqal adalah lelaki yang cukup tampan dan kelihatan begitu seksi. Rambutnya hitam berkilat dan kulitnya pula putih bersih. Penampilan Haiqal memang cukup menarik, melambangkan lelaki moden. Telinga kiri Haiqal ditindik dengan subang silver berbentuk bulat, melengkapkan lagi gayanya. Malangnya, Dania masih selamba seperti tadi. Pelbagai cara dilakukan oleh Haiqal semata-mata mahu menarik perhatian gadis tersebut. Tapi sayang, Dania hanya buat tidak tahu sahaja. Haiqal bengang sendiri. Bengkak hatinya menahan perasaan. Sikap endah tak endah Dania terhadapnya membuatkan dia semakin sakit hati. Dalam hati, Haiqal sudah memasang tekad, tidak akan sesekali mengalah. Suatu hari nanti pasti Dania akan ditundukkan. Ketika itu Haiqal akan memastikan Dania akan menyerah kepadanya. Dania pula bagaikan tenggelam dalam dunianya sendiri. Tidak dipedulikan rakannya, Tasya yang leka berbual bersama Dani.

Dia Yang Kucari

Haiqal yang pada mulanya ingin berkata sesuatu, terus terhenti. Senyumannya mati. Baru saja dia mahu memulakan langkah untuk memikat Dania tetapi, sudah ada yang mengganggu. Mata Haiqal dihidangkan dengan sesuatu yang tidak disangka. Seorang lelaki kacak berkumis datang secara tiba-tiba merapati Dania. Tangannya liar menjalar dan erat memaut bahu gadis tersebut. Serentak itu Dania menarik muka masam memandang lelaki tersebut. Tangan lelaki yang melingkar liar di bahunya ditolak. Sorry, Dania... Zack lambat. Dah lama ke tunggu? pujuk Zack. Namun, Dania masih beriak seperti tadi. Wajahnya masih dimasamkan dan tangannya menolak tubuh lelaki tersebut sebagai tanda merajuk. Apesal kau lambat sangat ni, Zack? Dah lama tau Dania tunggu kau. Janji pukul berapa, sekarang ni dah pukul berapa? Hah, pandai-pandai la kau pujuk Si Dania ni, tutur Tasya, sengaja mahu membakar hati Zack. Siapa suruh datang lambat? Dani yang sedang duduk rapat di sebelah Tasya hanya memerhatikan sahaja lelaki asing yang tiba-tiba muncul di hadapan mereka. Sedikit pun Dani tidak menyampuk. Dia memandang ke arah Haiqal yang kelihatan sudah mula bengang. Sorry la, sayang. Zack bukannya sengaja nak datang lambat. Lagipun ada hal sikit tadi. Sambil tersenyum Zack mengucup jari-jemari Dania sebagai tanda memohon maaf. Dibelainya pipi Dania dan rambut lurus milik Dania yang keperangan melepasi bahu. Bahu Dania dirangkul erat bertujuan untuk memujuk gadis tersebut.

Cempaka Qistina

Dania masih membatukan dirinya. Masih tidak puas hati dengan kelewatan Zack. Cuma wajahnya sudah tidak semasam tadi. Kali ini, Dania hanya membiarkan saja tangan Zack yang merangkul erat bahunya. Jangan la merajuk macam ni, sayang. Tell me, apa yang perlu Zack buat supaya Dania tak merajuk macam ni. Ill do anything for you, my princess. Dania pun tahu, kan yang Zack sanggup buat apa aje untuk tebus kesalahan Zack ni? Zack terus memujuk. Haiqal tergamam dengan apa yang terhidang di hadapan matanya kini. Kehadiran Zack yang tiba-tiba membuatkan dia kehilangan kata. Dania terlalu jual mahal dengan dirinya sebentar tadi. Tetapi kini, gadis itu bagaikan tidak kisah dan membiarkan sahaja lelaki yang bernama Zack itu menyentuhnya malah memeluknya erat. Haiqal tidak puas hati. Entah dari mana lelaki itu datang. Tiba-tiba aje muncul. Kacau daun betullah mamat ni, desis Haiqal dalam hati. Dania akhirnya tersenyum. Jarinya yang runcing memegang muka Zack dan ditarik supaya menghala tepat ke wajahnya. Janji lepas ni jangan datang lambat lagi. Kalau datang lambat lagi, kita tak payah jumpa langsung lepas ni, tutur Dania seolah-olah mengugut Zack. Haiqal yang memerhati tingkah Dania dan Zack bagaikan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Patutlah tak layan. Haiqal terasa hatinya semakin membengkak. Terasa kalah dalam pertarungan egonya. Terasa seperti Zack mengejek dan mentertawakan dirinya. Dia tidak sepatutnya kalah pada lelaki sementah Zack. Hati Haiqal semakin mendidih. Sumpah, ni kali terakhir Zack datang lambat. After

Dia Yang Kucari

this, Zack janji takkan datang lambat lagi. Zack mengangkat kelima-lima jarinya seperti orang bersumpah. Zack tersenyum puas apabila melihat Dania mengangguk. Ditariknya Dania agar mengikut langkahnya. Sebelum berlalu pergi, sempat lagi Zack melemparkan senyuman sinis ke arah Haiqal. Sengaja mahu menyakitkan hati lelaki itu. Dia masih belum buta untuk menilai sikap Haiqal yang cuba untuk merapati Dania. Haiqal yang melihat bertambah sakit hati. Sedikit pun Dania tidak menoleh ke arahnya. Terasa dirinya seperti tunggul kayu sahaja di hadapan gadis tersebut.

DARI jauh Haiqal memerhatikan Dania yang sedang leka menari. Dia masih berada di tempat duduknya seperti tadi. Hilang terus moodnya untuk menari. Panas juga hatinya apabila melihat Zack merangkul erat pinggang Dania tanpa segan-silu. Tetapi, apa yang hendak dihairankan? Kalau diikutkan, dia juga sering melakukan perkara yang sama terhadap mana-mana perempuan yang pernah menari bersamanya. Namun kali ini, perasaan Haiqal terasa lain macam. Entah kenapa hatinya bagaikan dijentik perasaan cemburu melihat kemesraan antara Dania dan Zack. Haiqal meneguk minuman yang masih berbaki di hadapannya. Gadis cantik seperti Dania tentulah tidak akan sesuka hati melayan sesiapa sahaja. Orang cantiklah katakan. Sudah pasti Dania sering didatangi oleh lelaki kacak yang ingin mendampinginya. Tidak hairanlah jika kedatangannya sebentar tadi tidak dipedulikan oleh Dania. Jika diteliti, Haiqal yakin Dania lebih muda daripadanya. Kalau dilihat

10

Cempaka Qistina

daripada gaya gadis tersebut mungkin Dania masih remaja ataupun mungkin baru mencecah dua puluh tahun. Paling kurang tiga atau empat tahun lebih muda daripadanya. Dani dari tadi hanya memerhatikan sahaja tingkah Haiqal. Nampaknya, mood rakannya hari ini sudah benarbenar rosak. Jom la kita menari Haiqal, takkan kau nak duduk dekat sini aje? kata Dani tiba-tiba sambil tangannya erat merangkul bahu Tasya. Haiqal hanya mendiamkan diri, tidak mempedulikan kata-kata Dani. Dani hanya mengangkat bahu memandang Tasya yang berada di sebelahnya. Dia menggelengkan kepala mengenangkan sikap Haiqal. Siapa Zack tu? soal Dani kepada Tasya. Ingin tahu juga gerangan lelaki yang berjaya menjinakkan Dania. Zack tu kawan kita orang, dekat setahun jugaklah dia dah couple dengan Dania. Selalu jugaklah kita orang lepak dengan dia, terang Tasya bersahaja. Couple? Wow! Dani kagum. Memang hebat Zack ni rupanya. Orang yang mahal macam Dania tu berjaya juga ditundukkan. Tiba-tiba Dania datang merapati mereka. Mana Zack? soal Tasya ingin tahu. Ada dekat sana tu, dia kata nak jumpa kawan lama kejap. Sambil itu mata Dania memandang ke arah Zack yang sedang bercakap dengan seseorang. Dania hanya buat-buat tidak nampak renungan tajam Haiqal ke arahnya. Sebentar sahaja, Zack sudah kembali mendapatkan Dania.

11

Dia Yang Kucari

Sekejapnya... kata pergi jumpa kawan? soal Tasya kepada Zack. Mana boleh tinggalkan Dania ni lama-lama. Baru tinggal kejap, dah ada boy lain yang nak ganggu. Zack berkata sinis. Senyuman angkuh dilemparkan buat Haiqal. Dia sengaja merangkul erat bahu Dania di hadapan Haiqal untuk menambahkan lagi rasa sakit hati Haiqal. Matanya pula tajam memandang wajah tampan Haiqal. Dania tersenyum memandang Zack. Dia hanya membiarkan sahaja dirinya berada di dalam rangkulan lelaki buaya seperti Zack. Orang cantik macam Dania ni ramai yang nak kebas, tambah Zack lagi. Memang la nak yang cantik. Lagilah kalau yang tak bertuan. Haiqal membalas sinis. Tahu kata-kata Zack sebentar tadi memang sengaja ditujukan kepadanya. Tak bertuan? Zack tergelak suka. Hati Haiqal semakin mendongkol geram. Kurang ajar betul budak mentah ni. Zack seolah-olah sengaja mahu mencari pasal dengannya. Silap besarlah kalau ingat si cantik manis ni tak bertuan. Dania ni girl aku dan kau jangan sesuka hati nak datang dekat dia. Zack memberi amaran. Dia geram melihat Haiqal yang sengaja mahu mendekati Dania. Kesabaran Haiqal sudah semakin menipis. Rasa mahu ditumbuk sahaja wajah Zack ketika itu. Sakit juga hatinya apabila mengenangkan orang yang jual mahal seperti Dania ini boleh tunduk kepada budak mentah seperti Zack tetapi tidak kepada dirinya. Zack, dah la tu... kita datang sini, kan nak

12

Cempaka Qistina

seronok-seronok. Jangan la layan dia ni. Dania memaut erat tangan Zack. Hmmm... betul jugak. Malam ni kita enjoy puaspuas, okey. Zack ketawa kuat. Tau pun... buat apa nak layan sangat orang yang kita tak kenal, ujar Dania dengan selamba. Dengan bangga Zack merangkul bahu Dania meninggalkan Haiqal di situ. Sekali lagi senyuman sinis dilemparkan buat Haiqal. Hati Haiqal mendongkol geram. Lihatlah nanti, Zack mahupun Dania. Satu hari nanti Dania akan tersungkur di kakinya. Gelas minuman yang berada di tangan dihentak kuat ke atas meja. Dani terkejut melihat aksi rakannya itu. Relax la, Haiqal. Kata Dani, cuba untuk menenangkan Haiqal setelah agak lama dia mendiamkan diri. Haiqal dapat melihat cara Zack merapatkan tubuhnya kepada Dania. Entah apa yang mahu dibisikkannya kepada Dania. Menggunakan alasan muzik kuat untuk mengambil kesempatan. Taktik yang sering digunakan. Sebagai lelaki, Haiqal dapat mengagak apa yang ada dalam kepala anak muda tersebut. Terasa dirinya sudah tewas kepada anak muda seperti Zack. Nampak pun macam budak lagi. Mungkin Zack sebaya dengan Dania. Penolakan Dania terhadap dirinya sebentar tadi serta kehadiran Zack yang seolah-olah mempersendakan dirinya membuatkan Haiqal nekad. Pasti Dania akan menyesal kelak. Dania akan menjadi miliknya suatu hari nanti. Mungkin pada awal tadi dia sekadar ingin berkenalan dengan Dania. Tetapi kini tidak lagi. Akan dijeratnya Dania agar gadis itu tunduk kepadanya kelak. Dia tidak akan

13

Dia Yang Kucari

sesekali kalah kepada sesiapa. Tiba-tiba sahaja keinginan untuk memiliki Dania begitu membuak-buak di hati Haiqal. Haiqal bangun dari tempat duduknya, dia ingin segera pulang. Tidak dipedulikan langsung Dani yang sedang memanggil namanya berulang kali. Makin lama duduk di sini pun makin sakit hatinya.

14

Cempaka Qistina

Bab 2
ALAM keadaan yang masih separuh mamai, Dania terdengar ketukan di pintu biliknya. Bingit telinganya mendengar suara mama yang memanggil namanya berulang kali. Matanya dihalakan ke arah pintu. Sudah menjadi kebiasaan mamanya akan terus masuk sahaja ke dalam bilik, tidak pula mamanya mengetuk pintu berkali-kali begini. Mungkin pintu biliknya dikunci secara tidak sengaja ketika dia pulang semalam. Dania bangun untuk membuka pintu walaupun matanya terasa amat berat untuk dibuka. Sakit telinga Dania mendengar suara mamanya yang semakin kuat diselangselikan dengan bunyi ketukan di pintu bilik. Kenapa kunci pintu? Tak pernah-pernah pun sebelum ni kunci pintu. Kenapa kali ni kunci pintu pulak? Ada apa-apa yang nak disorok daripada mama ke? Belum apa-apa lagi telinga Dania sudah diserbu dengan pelbagai soalan daripada mamanya. Tangannya menggaru kepala yang tidak gatal. Saki-baki mengantuk masih belum hilang sepenuhnya walaupun diterjah dengan

15

Dia Yang Kucari

suara mamanya. Kacau daun betullah. Tak bolehkah kalau mamanya biarkan sahaja dia tidur dengan aman? Mana ada sorok apa-apa. Semalam Dania tak sengaja terkunci pintu agaknya. Dania menjawab malas. Mama nak apa? Dania ngantuklah.... Mana tak ngantuknya. Semalam balik pukul berapa? Sejak akhir-akhir ni selalu sangat balik lambat, bebel Puan Syarifah. Dania menuju semula ke katil untuk menyambung tidurnya yang terganggu sebentar tadi. Matanya yang separuh terbuka melihat mamanya yang sedang mengelilingi bilik. Lagaknya seperti orang hendak memeriksa sahaja. Entah apa agaknya yang sedang dicari oleh mamanya. Takkanlah mamanya tiba-tiba curiga dengan dirinya pulak? Ah, biarlah mamanya nak buat apa pun. Dia bukannya ada buat sebarang kesalahan. Selalunya mama tak kisah pun kalau Dania balik lambat. Kenapa tiba-tiba mama tanya ni? Dania merengus sedikit. Suaranya kedengaran agak serak kerana baru sahaja bangun tidur. Hairan juga Dania, sejak bila mamanya kisah pukul berapa dia balik? Selama ini mamanya memang tidak pernah bertanya pukul berapa dirinya pulang, dengan siapa dirinya keluar dan berkawan serta ke mana dia pergi. Mamanya memang tidak pernah kisah. Kenapa hari ini baru nak tanya? Mamanya lebih mementingkan kawan-kawan, persatuan dan entah apa-apa lagi. Kalau ikutkan orang lain pun sibuk juga. Bukan mamanya seorang sahaja yang bekerja. Tetapi entah di mana silapnya mamanya memang tiada masa untuk dirinya. Apatah lagi untuk bertanya masalahnya atau berbual mesra seperti ibu orang lain.

16

Cempaka Qistina

Papa pula dua kali lima sahaja dengan mama. Sentiasa sibuk. Kalau tidak ada urusan di pejabat, papa akan ke luar negara. Ada sahaja urusannya seolah-olah semuanya bagaikan tidak pernah selesai. Hari ni jumpa Tan Sri, esok pula jumpa Datuk Sri. Ada sahaja orang kenamaan yang ingin ditemuinya. Tetapi bertemu dan meluangkan masa dengan anak sendiri tiada pula masanya. Dalam masa seminggu, sehari nak jumpa papanya pun susah. Kenapa mama cari Dania pagi-pagi ni? Selalunya kalau nak tengok muka mama pagi-pagi macam ni pun payah, ujar Dania dengan mata yang separuh tertutup. Saja mama nak tengok anak mama ni. Takkan nak tengok anak sendiri pun tak boleh? Lagipun mama pelik kenapa Dania kunci pintu bilik. Ingatkan Dania tak ada dalam bilik. Tak pun memang Dania ada sorok sesuatu daripada mama tak? soal Puan Syarifah lagi bernada curiga. Hesy... mama ni, mana ada Dania sorokkan apa-apa daripada mama. Mama ni kacau Dania nak tidur la... rungut Dania. Ya la... mama nak keluar la ni. Ada mesyuarat kejap lagi. Jangan bangun lambat sangat. Ni pun matahari dah tegak atas kepala. Puan Syarifah masih lagi membebel. Dania kembali memejamkan matanya, rapat. Baru sahaja dia ingin beralih menghala ke dinding, Dania terdengar semula suara mamanya. Tak lama lagi dah nak berangkat. Barang dah siap kemas? Dania tidak terus menjawab. Sebaliknya Dania hanya mengangguk sebagai jawapan kepada pertanyaan mamanya. Matanya kembali dipejam rapat. Dah agak dah, mamanya memang tak pernah kisah pun tentang dirinya.

17

Dia Yang Kucari

Agaknya, masuk biliknya pun sekadar nak tanya sama ada sudah selesai mengemas barang atau belum. Kalau tak, jangan harap nak tengok mamanya pagi-pagi begini. Sering saja papa dan mamanya tiada di rumah. Entah berapa banyak lagilah duit dan kemewahan yang ingin dicari oleh papa dan mama. Yang ada ni pun sudah lebih daripada cukup. Dari dulu sampai sekarang Dania sentiasa dibiarkan keseorangan. Lantaran itulah Dania sering menghabiskan masa bersama Tasya dan rakan-rakannya yang lain. Tempat yang mereka kunjungi sudah semestinya pusat-pusat hiburan. Maklumlah, bukankah banyak tempat-tempat sebegini di kota metropolitan yang gah seperti Kuala Lumpur? Dengan cara sebegini saja Dania merasakan kekosongan hatinya dapat diisi. Lagipun bukan mama dan papanya ambil tahu. Kamu tu kalau nak keluar jangan balik lambat sangat, pesan Puan Syarifah lagi. Okey.... Balas Dania pendek. Pelik dengan perangai mamanya. Sejak bila pula mamanya suka membebel ni? Okey la, mama pergi dulu. Hmmm.... Itu sahaja jawapan Dania apabila sayup-sayup kedengaran suara mamanya yang sedang melangkah keluar dari bilik tidurnya. Terus disambung lenanya yang kembali datang menjemput.

HAMPIR pukul dua belas tengah hari barulah Dania terjaga daripada tidurnya. Kepalanya dirasakan berat dan pening. Tidur selepas subuh dan terbawa-bawa sehingga ke tengah

18

Cempaka Qistina

hari pastilah kesannya pening dan sakit kepala. Terasa malas nak bangun, tetapi tidak munasabah pula kalau Dania terus menyambung tidurnya semula. Selesai membersihkan diri, Dania turun ke bawah. Perutnya yang terasa lapar perlu diisi. Sampai sahaja di dapur, kelihatan Mak Ton sedang menyediakan lauk untuk makan tengah hari. Segera dilemparkan senyuman manis untuk insan yang banyak berjasa di rumah besar ini. Dania lapar? Kuih dengan makaroni goreng pagi tadi ada lagi. Kalau Dania nak, Mak Ton boleh tolong panaskan semula. Dania terdiam sejenak, matanya dilarikan seketika memandang ruang kabinet dapur. Tak apa la, Mak Ton. Dania breakfast dengan roti aje, jawab Dania bersahaja. Mak Ton hanya tersenyum. Dah tengah hari baru nak sarapan. Dia sebenarnya kasihan dengan anak majikannya ini. Ibu bapa Dania sentiasa tiada di rumah. Kedua-duanya sama sibuk untuk mencari harta dunia sampaikan tiada masa langsung untuk anak sendiri. Mak Ton tahu Dania sering pulang lewat. Kawankawan Dania pula kalau diikutkan pada pandangan matanya tidaklah dia begitu berkenan melihatnya. Namun, apa yang lebih menyedihkannya ialah sikap ibu bapa Dania yang sedikit pun tidak menghalang atau menegur anak mereka ini. Macam manalah nak tegur kalau dua puluh empat jam sibuk bekerja sahaja? Payah sangat nak lekat di rumah sendiri. Kalau macam tu, rugi aje buat rumah besar tapi macam tak berpenghuni sahaja. Kadangkala Mak Ton perasan yang Dania tertekan dan sunyi kerana sentiasa sendirian di rumah. Tiada papa dan

19

Dia Yang Kucari

mamanya sebagai tempat untuk dia bermanja. Lantaran itulah Dania sering menghabiskan masanya dengan kawankawan dan aktiviti yang tidak berfaedah di luar. Jatuh simpati Mak Ton pada anak majikannya itu. Namun, siapalah dirinya untuk bersuara atau menegur. Dia hanyalah orang gaji yang mencari rezeki di rumah besar ini. Tidak layak untuk berkata apa-apa. Harapan dan doanya hanya satu, agar Dania tidak terus tersalah jalan. Ada apa-apa yang Dania nak makan tengah hari ni? Mak Ton boleh masakkan kalau Dania nak. Lembut suara Mak Ton bertanya. Dania hanya menggeleng. Alangkah indahnya jika mamanya yang bertanyakan soalan itu kepadanya. Tentu dia akan merasakan yang dirinya lebih disayangi. Malangnya tidak pernah sekali pun mamanya bertanya soalan seumpama itu. Sekarang pun tidak pernah, akan datang pun belum tentu lagi. Tak apa la Mak Ton, Dania ingat nak keluar kejap lagi. Roti di tangannya segera dihabiskan. Air Milo yang masih berbaki diteguk perlahan. Mak Ton hanya mengangguk perlahan. Semalam lambat balik. Tengah hari ni nak keluar lagi. Terasa ingin ditegur anak majikannya ini tetapi takut dikatakan menyibuk pula. Dah siap kemas, Dania? Tak lama lagi dah nak pergi, kan? Ada apa-apa yang Dania nak Mak Ton tolong ke? tanya Mak Ton. Dania dah siap kemas, Mak Ton. Tinggal sikit aje lagi yang Dania belum habis pack. Lagipun Dania boleh buat sendiri, jawab Dania sambil tersenyum. Dia sudah selesai sarapan. Mug yang digunakan sebentar tadi diletakkan di singki.

20

Cempaka Qistina

Dania naik dulu la, Mak Ton. Segera Dania mendaki anak tangga meninggalkan Mak Ton keseorangan di ruang dapur tersebut. Sampai sahaja di bilik tidur, Dania terus mencapai telefon bimbitnya. Segera nombor telefon Tasya didail. Ingin diajak temannya itu keluar berjalan-jalan. Tak pun pergi shopping atau tengok wayang ke. Duduk di rumah pun bukannya boleh buat apa. Lainlah kalau papa dan mamanya ada bersama. Tetapi itu tidak mungkin terjadi. Sebaik saja panggilan disambungkan, terdengar suara Tasya menjawab di hujung talian. Ha... kau Dania, call aku ni mesti nak ajak keluar. Betul tak? soal Tasya ceria. Dania tergelak sebaik sahaja mendengar suara Tasya di corong telefon bimbitnya. Tau pun. Apa lagi, cepat la bersiap. Gesa Dania. Panggilan dimatikan. Pantas Dania menyiapkan dirinya. Dania memecut laju kereta Mini Cooper miliknya. Sebentar lagi dia akan mengambil Tasya di rumahnya seperti yang dijanjikan.

21

Dia Yang Kucari

Bab 3
dengan Tasya dan Dania.

ENYUMAN manis terukir di wajah Dani. Tidak sangka malam ini dia akan bertemu kembali

Haiqal juga ikut teruja apabila melihat kelibat Dania dan Tasya. Terus senyuman manis terukir di bibirnya. Tanpa menunggu lama Dani terus saja menegur Tasya yang sudah ada di hadapannya. Reaksi Tasya yang kelihatan gembira dengan kehadiran mereka melebarkan lagi senyuman Dani. Haiqal memandang ke arah Dania dengan penuh minat. Dikerlingnya Dania yang berada di sebelah Tasya dari atas hingga ke bawah untuk melihat penampilan gadis tersebut. Dia tahu Dania sengaja buat-buat tidak nampak. Reaksinya masih seperti dahulu ketika kali pertama mereka bertemu. Selamba sahaja, sama seperti orang yang tiada perasaan. Jual mahal betul perempuan ni, detik hati Haiqal. Atau sememangnya Dania sedang menunggu kehadiran lelaki yang bernama Zack tempoh hari?

22

Cempaka Qistina

Selalu ke datang sini? Sebelum ni tak ada pulak kita terserempak macam ni. Dani bertanya memulakan perbualan. Boleh la... tak la selalu sangat, jawab Tasya bersahaja. Kalau macam tu apa kata kita duduk sekali. Boleh borak-borak, pelawa Haiqal. Dia sebenarnya cuba mencari ruang agar Dania turut bercakap. Tapi malangnya Dania masih mendiamkan diri. Okey, tak ada masalah! Terus persetujuan diberikan oleh Tasya. Dani duduk di sebelah Tasya manakala Haiqal duduk berhampiran dengan Dania. Dani dan Tasya leka berbual bersama. Tidak mempedulikan Haiqal dan Dania. Tak nak order air lagi ke? Atau awak nak saya yang tolong orderkan? Haiqal bersuara agak nakal sambil tersenyum, cuba untuk menarik perhatian Dania. Dania masih lagi mendiamkan diri. Masih belum ada tanda-tanda yang dia akan bercakap. Cuma pandangannya sudah mula terarah kepada Haiqal. Satu permulaan yang baik bagi Haiqal. Haiqal tersenyum. Coke, maybe? soal Haiqal lagi. Okey, jawab Dania sepatah. Namun, itu sudah cukup untuk membuatkan Haiqal tersenyum lebar. Akhirnya bercakap jugak minah ni. Ditelitinya Dania satu per satu. Memang cantik orangnya. Rambutnya yang lurus panjang keperangan itu dipotong layer. Matanya yang bulat kelihatan galak bersinar, kulitnya pula putih gebu. Mempunyai ketinggian yang sederhana

23

Dia Yang Kucari

tetapi kelihatan cukup menawan dengan tubuh langsingnya. Kebetulan pula Dania memang seorang yang pandai bergaya. Keseluruhannya gadis di hadapannya ini memang cantik menawan jika dilihat daripada gaya dan penampilannya dan boleh juga dikategorikan sebagai seksi. Teringat kembali kejadian yang berlaku tempoh hari. Haiqal seolah-olah dapat melihat semula wajah Zack yang mentertawakannya. Ego lelakinya kembali tercabar. Kalau diikutkannya, dia memang tiada sebarang masalah dengan Zack. Tetapi, apabila dia teringatkan senyuman sinis Zack kepadanya tempoh hari, dapat dirasakan seolah-olah Zack mengejeknya. Ternyata Haiqal juga tidak mahu kalah dalam pertaruhan egonya. Mungkin inilah masanya untuk dia merapati Dania. Haiqal tersenyum sinis. Silap hari bulan Dania akan menjadi miliknya dan Zack akan berputih mata. Dania di sebelahnya dipandang lagi. Kawan awak yang hari tu tak datang ke? Apa nama dia...? Haiqal meleretkan suaranya, buat-buat lupa. Padahal dia masih ingat lagi nama anak muda tersebut. Sengaja Haiqal mahu menarik perhatian Dania untuk bercakap. Dania buat muka bosan. Banyak tanya pulak Haiqal ni. Apesal la mamat ni sibuk sangat? Takkan la selama kita duduk sini awak nak diam aje? Lagipun, takkanlah awak tak nak berkenalan dengan saya yang handsome ni? soal Haiqal nakal. Sengaja mahu mengusik Dania. Mahu dilihat sejauh mana ego gadis yang bernama Dania ini. Dania tersenyum sinis. Meluat pula dia mendengar kata-kata Haiqal yang dianggap perasan ni. Boleh tahan poyo jugak mamat ni.

24

Cempaka Qistina

Awak ni tak boleh duduk diam-diam ke? Atau awak ada masalah kalau saya tak bercakap? Selamba ayat yang dituturkan oleh Dania. Rimas juga dia dengan Haiqal yang duduk rapat di sebelahnya ini. Sudahlah mata lelaki itu asyik memandang dan merenung dirinya. Korek biji mata baru tahu. Macamlah tak ada benda lain yang nak dipandang. Boleh pun bercakap. Ingatkan bisu tadi, balas Haiqal sambil ketawa mengusik. Tengah tunggu kekasih hati ke? Zack mungkin? Sengaja Haiqal bertanya. Mahu dilihat bagaimana pula reaksi Dania apabila nama Zack disebut. Jangan sebut nama lelaki tu boleh tak? Dania bersuara agak kasar sambil menjeling ke arah Haiqal. Panas hati apabila nama Zack mula disebut. Bunyi macam ada masalah aje. Takkan la awal-awal lagi dah ada masalah dengan boyfriend, kut? Haiqal bersuara agak sinis. Namun, senyumannya pula semakin lebar. Nampaknya makin senanglah kerjanya kali ini. Peluang untuk merapatkan diri dengan Dania sudah semakin terbuka luas. Dania ingin membalas namun, terhenti apabila suara Tasya mendahului kata-katanya. Dania, aku dengan Dani nak pergi menari ni. Kau nak ikut tak? soal Tasya tiba-tiba. Kau menari aje la dengan Dani tu. Aku malas la nak menari malam ni. Meluat betul Dania melihat Dani yang tersengih-sengih ke arahnya macam kerang busuk. Dah tak ada kerja lain ke? Sure? soal Tasya lagi meminta kepastian. Dania mengangguk. Betul, aku nak duduk aje kat

25

Dia Yang Kucari

sini. Aku memang tak ada mood nak menari. Dah penat nanti pandai-pandai la kau datang sini semula. Leka Haiqal memerhatikan Dania. Sekilas dia terpandangkan tanda hitam di pergelangan tangan Dania. Saiznya tidaklah begitu besar tetapi cukup jelas pada pandangan matanya. Sekali pandang sudah boleh ingat. Haiqal terus memerhati tanpa menyedari Dania perasan akan perbuatannya itu. Kenapa? tanya Dania sambil memandang wajah Haiqal. Kurang selesa dengan cara Haiqal memandangnya. Haiqal hanya menggeleng perlahan. Sekadar tersenyum memandang Dania yang sedang merenung ke arahnya dengan wajah yang sengaja diselambakan. Dania memandang pergelangan tangannya. Kemudian pandangannya dihalakan ke arah Haiqal sekali lagi yang sedang merenungnya. Tentu tanda lahir yang berada di pergelangan tangannya ini menarik perhatian Haiqal. Tahi lalat ni sebenarnya tanda lahir. Mama cakap kalau hilang senang nak cari.... Betul la tu. Kalau awak hilang suatu hari nanti, senang la saya nak cari awak. Tengok sekali aje dah boleh ingat. Haiqal tersengih kecil. Kata-kata Haiqal disambut dengan suara tawa Dania. Terpaku seketika Haiqal melihat Dania dalam keadaan sebegitu. Barisan gigi Dania yang putih bersih serta tersusun rapi menambahkan lagi seri di wajahnya. Bibir halusnya menguntum senyuman ceria. Pertama kali dia melihat Dania ketawa seumpama itu. Haiqal terasa hatinya bagaikan dijentik satu perasaan indah. Hmmm... tanda lahir pun comel macam tuannya, komen Haiqal bersahaja.

26

Cempaka Qistina

Tak sangka ek, playboy macam awak pun pandai buat lawak jugak. Dania terus ketawa dengan kata-katanya. Haiqal turut ketawa mendengar ungkapan playboy yang ditujukan kepadanya. Pada mulanya sahaja Dania kelihatan seperti susah untuk didekati. Atau mungkinkah jeratnya sudah mulai mengena? Haiqal tersenyum sinis. Opsss... silap tu. Saya bukan playboy. Haiqal menafikan sambil tersengih. Mana ada playboy yang mengaku diri dia playboy, balas Dania sambil tersenyum sinis. Hmmm... kalau pergi uji bakat filem untuk watak playboy agaknya tentu dah lama David Teo ambil awak berlakon, sambung Dania lagi. Dalam pada itu Haiqal ketawa sinis dalam hatinya. Playboy atau tidak, itu tidak penting. Apa yang penting Dania akan ditundukkan malam ini. Haiqal memandang pula dirinya dari atas hingga ke bawah. Ada gaya playboy ke aku ni? Muka aku ni ala-ala muka playboy ke? Haiqal bertanya kepada dirinya sendiri. Sebelum ni, tak ada pula orang kata dirinya playboy. Lagipun dia memang bukan playboy. Cuma mungkin dia boleh dikategorikan sebagai agak nakal. Selama ini pun bukan dia yang datang kepada mana-mana perempuan. Nak buat macam mana kalau diorang datang menyerah diri kepadanya? Kalau nak dibandingkan dengan Dani, rasanya lelaki itu lebih layak digelar sebagai playboy. Kenapa? Awak takut ke kawan dengan playboy macam saya ni? duga Haiqal sambil mengangkat keningnya. Dania hanya ketawa sambil meneguk minumannya. Malas mahu mengulas apa-apa.

27

Dia Yang Kucari

Kenapa tak ajak boyfriend datang sini? Kawan yang nama Zack hari tu tak datang ke? Haiqal bertanya ingin tahu. Buat apa ajak dia? Lagi menyakitkan hati ada la. Dania merengus marah. Sakit hatinya apabila lelaki itu menyebut nama Zack sekali lagi. Buat rosak mood aje. Dia sudah malas mahu ambil tahu tentang Zack. Kalau boleh, nama Zack pun dia tidak mahu dengar lagi. Haiqal tersenyum meleret. Di sebalik senyumannya tersembunyi seribu satu makna. Yang pasti makna itu tidak diketahui oleh Dania. Nampaknya kali ini Zack benar-benar tidak lagi menjadi penghalang. Jangan la marah. Takkan la sebab Zack kita nak rosakkan mood malam ni. Haiqal bersuara seperti ingin menggoda. Dirapatkan lagi kedudukannya dengan Dania. Dengan selamba tangan sasa Haiqal merangkul erat bahu Dania sambil membelai-belai rambut Dania. Semakin lebar senyumannya apabila Dania langsung tidak membantah perbuatannya itu. Akhirnya, kau mengalah juga kepada aku. Haiqal ketawa dalam hatinya. Dulu kau tidak layan pun aku, pandang aku pun kau tak mahu. Sekarang kau dah pun berada dalam pelukan aku. Bukannya susah sangat pun nak tundukkan gadis secantik kau ni. Awak pun sama. Kenapa tak ajak girlfriend, maybe? soal Dania sambil tersenyum sinis memandang Haiqal. Sengaja mahu mengenakan lelaki itu pula. Tapi Dania sendiri hairan, kenapa dia dengan begitu mudah melayan Haiqal? Sedangkan sebelum ini begitu sukar untuk dia berkawan atau melayan sembarangan lelaki. Mungkin kerana dia begitu kecewa dengan sikap Zack membuatkan dirinya dengan mudah menerima Haiqal pula.

28

Cempaka Qistina

Kalau nak tahu, saya ni single lagi. Haiqal berkata perlahan. Tangannya bermain-main dengan hujung rambut Dania. Dania masih tersenyum sinis. Lelaki! Mudahnya mengaku single, tetapi kekasih keliling pinggang. Malam ni nak buat apa? Takkan sepanjang malam nak lepak dekat sini aje? Tak ada apa-apa rancangan ke selepas ni? Haiqal sudah mula menjerat. Suaranya begitu hampir di telinga Dania. Nak buat apa lagi? Balik rumah terus tidur la. Dania tersenyum kecil. Entah mengapa dengan senang sahaja dia merelakan Haiqal menyentuhnya. Takkan terus nak balik rumah? Rugi la. Dekat rumah bukannya boleh buat apa-apa pun. Selain dari balik rumah ada banyak lagi perkara lain yang kita boleh buat. Haiqal melunakkan suaranya. Bahu Dania dielus mesra. Habis tu awak nak suruh saya buat apa? Mata Dania tepat memandang ke arah Haiqal. Apa kata kalau kita pergi ke suatu tempat? Haiqal tersenyum menggoda. Ke mana? Soal Dania ingin tahu. Dia sedikit kehairanan. Rahsia... tapi kalau nak tahu, kena la ikut. Haiqal tersenyum meleret. Jeratnya sudah mengena.

PAGI itu, Dania terjaga dalam keadaan yang amat keliru. Diperhatikan ruang kamar yang begitu asing pada pandangan matanya. Yang pasti, ini bukan bilik tidurnya. Dania memegang kepalanya yang terasa pening. Bagaimana dia boleh ada di

29

Dia Yang Kucari

situ? Ketika ini fikirannya dirasakan kosong. Dia langsung tidak ingat apa-apa. Apa yang telah berlaku sebenarnya? Dania cemas apabila menyedari keadaannya sekarang. Kain selimut ditarik menutupi tubuhnya yang terdedah. Selimut tebal yang membaluti tubuhnya dicengkam erat. Dania hampir menjerit apabila dia baru menyedari yang Haiqal sedang tidur lena di sebelahnya. Lebih menakutkan apabila melihat dirinya dan Haiqal sekadar dibaluti dengan selimut. Saat itu juga Dania mencampak bantal ke arah Haiqal yang masih lena. Dia menjerit-jerit bagaikan orang terkena histeria. Lelaki tak guna! tempik Dania kuat. Haiqal tersedar daripada tidurnya. Dia menggosok matanya beberapa kali. Masih lagi separuh mamai. Kau ni memang lelaki tak guna yang pernah aku jumpa! Dari mula aku jumpa kau hari tu, aku dah tau yang kau ni memang lelaki tak guna. Kau ni manusia yang bertopengkan syaitan! Dania menjerit kuat. Suaranya bergema ke seluruh ruang bilik. Sekali lagi Dania mencampakkan bantal ke arah Haiqal. Apa ni pagi-pagi lagi dah bising?! marah Haiqal apabila tidurnya diganggu. Mendengarkan kata-kata Haiqal itu, Dania bertambah marah. Perasaan bencinya pula semakin meluapluap. Apa yang kau dah buat kepada aku, hah?! Apa yang kau dah buat?! tempik Dania lagi. Sudah hilang sabar sepenuhnya. Aku buat apa? Haiqal bertanya dengan angkuh. Dania bagaikan tidak percaya mendengar kata-kata

30

Cempaka Qistina

yang keluar daripada mulut Haiqal. Kalau diikutkan hatinya mahu dirobek-robekkan sahaja wajah tampan Haiqal dengan tangannya. Kau ni memang lelaki tak guna!!! jerit Dania sekali lagi. Kenapa nak marah-marah pulak ni? Bukan ke semalam kau yang rela? Bukannya aku yang paksa kau pun. Takkan dah tak ingat? soal Haiqal dengan sinis. Riak wajahnya terlalu selamba seperti tiada apa yang berlaku. Dania terdiam. Benarkah begitu? Bukannya aku yang paksa kau datang sini. Kau jugak yang rela ikut aku datang sini. Takkan la sekarang nak salahkan aku pulak? Semalam aku tengok kau seronok aje, ni kau nak marah-marah pulak? ujar Haiqal yang mula berang. Langsung tidak menunjukkan rasa bersalah. Sedikit demi sedikit memori semalam kembali ke dalam ingatan Dania. Benar, malam semalam dia juga yang mengikut Haiqal dan dengan rela hati membiarkan Haiqal melakukan apa sahaja terhadap dirinya. Memang silap dirinya yang mudah sahaja hanyut dengan mainan perasaan. Kenapalah dia menjadi begitu bodoh bagaikan lembu dicucuk hidung? Menurut sahaja setiap kata-kata Haiqal. Begitu mudah dia terpedaya dan begitu mudah juga dirinya digoda oleh Haiqal dengan kata-kata manis lelaki itu sehingga dia sendiri yang terjerat. Akhirnya, sekelip mata sahaja dirinya tewas di tangan Haiqal. Serta-merta Dania menjadi takut. Tubuhnya menggeletar dan seram sejuk. Dunia yang tadinya terangbenderang serta-merta menjadi gelap-gelita. Kau ni memang tak guna! Lelaki yang paling tak guna pernah aku jumpa! Serentak itu Dania memukul

31

Dia Yang Kucari

Haiqal kuat. Berkali-kali pukulannya mengenai tubuh Haiqal akibat rasa takut yang yang semakin merantai jiwanya. Haiqal naik berang. Kenapa pagi ini Dania mahu menyalahkan dirinya pula? Haiqal mencengkam kuat pergelangan tangan Dania. Tangan Dania ditarik kuat sekali gus menghentikan perbuatan gadis itu yang sedang memukul-mukul tubuhnya. Kau...! tempik Haiqal kuat. Namun, Haiqal tidak jadi meneruskan kata-katanya. Tiba-tiba sahaja lidahnya menjadi kelu. Suaranya yang ingin keluar tersekat di kerongkong. Rasa marahnya serta-merta hilang. Saat itu juga Haiqal dapat melihat air mata Dania yang mengalir menuruni wajahnya. Hati lelakinya tersentuh. Tumpah rasa bersalah terhadap gadis itu. Serta-merta rasa kasihan terbit di hati Haiqal apabila melihat air mata Dania yang mengalir perlahan. Rasa teramat berdosa memperlakukan Dania sebegitu. Sudahlah Dania masih terlalu muda, masih terlalu mentah. Tidak patut perkara seperti semalam berlaku kepada Dania. Rasa bersalah yang tiada langsung pada mulanya semakin menggigit tangkai hati Haiqal. Sekelip mata sahaja perasaannya bertukar kasihan apabila melihat Dania dalam keadaan begini. Haiqal terdiam. Cuba disentuhnya wajah Dania namun, segera tangannya ditepis kasar. Jangan kau sentuh aku lagi! Aku benci kau! Benci! Kau dah rosakkan hidup aku. Sampai bila-bila aku bencikan kau! marah Dania walaupun dia tahu salah itu terletak juga di bahunya sendiri. Air matanya pula semakin laju merembes keluar. Dania semakin gementar apabila dia kembali teringat dengan jelas setiap peristiwa yang berlaku semalam.

32

Cempaka Qistina

Itu yang membuatkan dirinya menghamburkan perasaan marahnya kepada Haiqal. Rasa takut dengan impak peristiwa semalam menjadikan Dania semakin tidak keruan. Kini, seratus peratus setiap kesalahan mereka diletakkan di bahu Haiqal sepenuhnya. Dania... aku tak.... Haiqal masih belum mampu berkata-kata. Suaranya masih tidak mahu keluar. Dia ingin meminta maaf. Rasa bersalah terus menyelubungi Haiqal membuatkan lidahnya menjadi kelu. Aku dah tak nak dengar apa yang kau nak cakap. Sampai bila-bila pun aku takkan maafkan kau! Ingat tu. Ujar Dania dengan tegas. Terus dia bangun dan meninggalkan katil. Pakaiannya yang bertaburan di atas lantai dikutip. Kakinya melangkah ke bilik air untuk menyarung kembali tubuhnya dengan pakaian. Haiqal menunduk lemah, dipandang sekeliling bilik itu. Kepalanya diangkat apabila terdengar pintu bilik air dibuka. Tanpa sempat Haiqal bersuara, Dania terlebih dahulu meninggalkan dirinya keseorangan di situ.

33

Dia Yang Kucari

Bab 4
ANIA membuka pintu rumahnya dengan berhati-hati. Kalau boleh dia tidak mahu sesiapa tahu kepulangannya saat itu walaupun dia yakin yang mama dan papanya memang tiada di rumah. Walaupun begitu, dia juga tidak mahu pembantu rumahnya, Mak Ton menyedari dirinya yang baru pulang. Jam tangan dikerling, hampir pukul sepuluh pagi. Baru sahaja Dania ingin mendaki anak tangga pertama, dia terdengar namanya dipanggil. Segera Dania menoleh ke arah suara yang memanggil. Lega kerana itu bukanlah suara mamanya tetapi suara Mak Ton. Dania segera mendaki anak tangga, tidak dipedulikan panggilan Mak Ton. Hairan Mak Ton melihat tingkah Dania yang agak ganjil. Dilihatnya gadis itu sedang menangis dan berada dalam keadaan yang tidak terurus. Kalau tidak salah, semalaman Dania tidak pulang ke rumah langsung. Dia ingin bertanya tetapi terbit sedikit rasa takut dan musykil di hatinya. Ada rasa risau yang bermukim di hati tuanya apabila melihat keadaan Dania itu. Adakah Dania menghadapi

34

Cempaka Qistina

sebarang masalah atau ada perkara buruk yang sudah terjadi kepada anak majikannya itu? Mak Ton bingung sendiri. Perlukah dia menelefon majikannya memberitahu keadaan Dania? Tetapi, pasti majikannya itu sedang sibuk memandangkan mereka baru sahaja berangkat ke Singapura secara tiba-tiba petang semalam. Entah apa halnya, dia sendiri pun kurang pasti. Orang sibuklah katakan, ada sahaja hal yang perlu diuruskan. Mak Ton menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Jelas terpancar riak kerisauan di wajah tuanya yang sudah dimakan usia. Nak cakap ke tak nak? Karang kalau cakap, banyak pulak puan tanya. Nanti tak tahu nak jawab apa. Isy... tak payah cakap dululah. Mak Ton berkata sendirian. Kepalanya sekali lagi digaru kebingungan. Di dalam bilik, Dania menangis sepuasnya. Bantal peluknya dipukul berkali-kali untuk melepaskan rasa yang terbuku dalam hati. Cadar yang tersarung kemas di tilamnya dicengkam kuat. Dania meraung sekuat hati. Dunianya terasa gelap. Menggeletar tubuhnya akibat rasa takut, marah, benci dan sedih. Bercampur baur menjadi satu. Bermacam-macam andaian buruk berlegar-legar di mindanya kini. Dibaling kuat bantal yang tersusun kemas ke lantai. Dania turut mencampak barang-barang yang ada berhampiran dengannya. Habis semuanya berterabur di atas lantai. Dania menangis lagi. Bengkak matanya menampung air mata yang tidak berhenti mengalir. Perit tekaknya akibat meraung berkali-kali. Peristiwa semalam kembali terlayar di ingatan Dania. Tertekan apabila mengingati semua yang terjadi adalah di luar kawalannya. Semuanya mengusutkan fikirannya yang semakin berkecamuk. Dania memandang ke sekeliling bilik tidurnya

35

Dia Yang Kucari

yang sudah pun bersepah. Apa yang harus dilakukannya kini? Semuanya sudah pun terjadi dan dirinya sudah tidak mampu untuk mengubah apa-apa. Dania tersandar lemah di penjuru katil. Terasa masa depannya kini bagaikan sudah musnah. Hancur hatinya mengenangkan perkara yang baru sahaja menimpa dirinya. Lebih baik dia mati daripada terus hidup terseksa sebegini. Apa yang akan terjadi kepada dirinya kelak? Bagaimana kalau suatu hari nanti papa dan mamanya tahu? Bagaimana pula kalau orang sekeliling tahu? Dania menjerit sekali lagi. Tertekan. Raungan Dania kini lebih kuat daripada tadi. Mak Ton yang berada di luar bilik, kehairanan. Dari mula Dania balik ke rumah sehinggalah sekarang, Dania masih belum berhenti menangis. Risau hatinya mendengar Dania yang tiba-tiba menjerit kuat. Berkali-kali pintu bilik gadis itu diketuknya namun, masih tiada respons. Mana tahu kalau-kalau Dania bertindak di luar kawalan. Mak Ton memberanikan diri membuka pintu bilik tidur Dania yang tidak berkunci. Teragak-agak dia mendapatkan Dania yang sedang duduk di tepi katil. Ada sedikit keraguan di hatinya untuk merapati Dania. Tetapi tidak patut pula rasanya jika dia terus membiarkan Dania menangis di situ. Kalau tidak dipujuk entah sampai bila pula Dania akan menangis. Segera Mak Ton memeluk erat tubuh Dania. Seketika, Dania meronta-meronta minta dilepaskan. Penuh kasih sayang Mak Ton memujuk anak majikannya itu. Akhirnya, Dania terus menangis di bahu Mak Ton. Sabar Dania, jangan nangis macam ni. Mak Ton, kan ada. Dania boleh cerita kepada Mak Ton kalau Dania ada apa-apa masalah. Tak elok menangis macam ni, Dania. Sedaya upaya Mak Ton cuba memujuk Dania. Rambut anak majikannya itu diusap perlahan.

36

Cempaka Qistina

Dania tak nak hidup lagi, Mak Ton. Lebih baik Dania mati aje daripada hidup macam ni! Dania terus meraung. Jangan macam ni, Dania. Tak baik cakap macam tu, Tuhan marah. Kalau orang lain dengar Dania menjeritjerit macam nikan malu. Sabar ya, nak. Mak Ton terus memujuk. Dania terus mengalirkan air mata. Sesekali rasa tenang hadir dalam hatinya dengan pujukan lembut Mak Ton yang penuh keibuan. Alangkah indahnya jika mamanya yang merangkul erat tubuhnya kini. Dania nak mama. Mana mama, Mak Ton? Dania nak mama! Semakin kuat pula tangisan Dania. Suaranya kedengaran begitu hiba. Hari ini Dania betul-betul rindukan mamanya. Saat yang sukar begini, Dania benar-benar mengharapkan kehadiran mamanya supaya berada di sisinya memujuk dan meredakan perasaan sedihnya. Kini di mana mamanya berada? Puan dan tuan... pergi Singapura... jawab Mak Ton teragak-agak. Serba salah untuk memberitahu Dania. Belum pun sempat Mak Ton habis berkata-kata, Dania meraung lagi. Kenapa diorang pergi tak bagi tahu Dania dulu? Sampai hati diorang tinggalkan Dania macam ni. Mama... kenapa mama tinggalkan Dania macam ni? Kenapa mama tak ada bila Dania betul-betul perlukan mama? Laju air mata Dania turun bersama kata-katanya. Tangisannya pula semakin menjadi-jadi. Tubuh Mak Ton dicengkam kuat seolah-olah ingin meminjam kekuatan daripada pembantu rumahnya itu. Kenapa papa dan mamanya sering sahaja sibuk? Kenapa papa dan mamanya tidak pernah ada bersamanya

37

Dia Yang Kucari

waktu dirinya amat memerlukan kehadiran mereka? Kenapa dirinya sering dibiarkan begini? Untuk apa harta setinggi gunung kalau dirinya sering dibiarkan kesunyian? Mak Ton tertanya-tanya kepada dirinya sendiri apabila melihat keadaan anak majikannya itu. Apa sebenarnya yang mengganggu Dania sehingga membuatkan dia bersedih sedemikian rupa? Melihatkan daripada cara gadis itu menangis pasti sesuatu telah berlaku. Situasi Dania kini benar-benar membuatkan Mak Ton serba salah. Sabar Dania... jangan menangis macam ni. Papa dan mama Dania ada kerja tu. Mak Ton, kan ada dekat sini dengan Dania. Kalau ada apa-apa masalah, Dania boleh cerita kepada Mak Ton. Kalau mampu insya-Allah, Mak Ton tak keberatan tolong Dania. Dania tak boleh menangis macam ni. Pujuk Mak Ton. Hiba hati Mak Ton melihat keadaan anak majikannya itu. Walaupun Dania bukan darah dagingnya namun, gadis itu sudah dijaga sedari kecil lagi. Sedikit sebanyak kasih sayangnya sudah tumpah buat Dania. Terusterusan Mak Ton memujuk Dania di penjuru bilik tidur Dania. Air matanya turut mengalir melihat anak majikannya itu yang bersedih. Tubuh Dania didakap lebih erat lagi.

DANIA memasukkan beberapa helai baju lagi ke dalam bagasi miliknya. Rasanya sudah tiada barang lagi yang perlu dikemas. Tinggal beberapa barang kecil sahaja yang masih belum dimasukkan ke dalam beg. Kurang dari seminggu, dia akan berangkat ke London bersama papa dan mamanya. Papanya akan mula bertugas di London manakala mamanya akan menguruskan perniagaan keluarga di sana. Dania pula

38

Cempaka Qistina

akan menyambung pengajiannya di sana. Akan bermulalah kehidupan baharunya di London kelak. Dania melangkah menuju ke tingkap biliknya. Fikirannya menerawang mengingati papa dan mamanya. Esok papa dan mamanya akan pulang ke tanah air. Tanpa sedar air mata Dania menitis lagi. Perlukah dia menceritakan segala-galanya kepada papa dan mamanya? Sanggupkah dia berterus terang tentang apa yang telah terjadi? Dania buntu sendiri. Bagaimana pula penerimaan papa dan mamanya nanti? Adakah dia akan dimarahi atau dirinya akan dipersalahkan? Memikirkan kemungkinan penerimaan papa dan mamanya adalah negatif, Dania semakin takut dan sedih. Terasa dirinya berseorangan menghadapi semua ini. Apa yang pasti, Dania takut... takut dan tertekan mengenangkan masa depannya. Bagaimana kalau dia mengandung? Apa yang harus dijawab kepada papa dan mamanya nanti? Sekelip mata sahaja dunianya bagaikan sudah musnah. Berkali-kali Dania menyalahkan dirinya sendiri. Dania akui, apa yang terjadi memang salah dirinya. Dia yang terlalu bodoh kerana merelakan setiap perbuatan Haiqal terhadap dirinya. Kalau dari awal lagi dia sudah menghalang Haiqal daripada menyentuh tubuhnya, tentu semua ini tidak akan terjadi. Bayangan wajah Haiqal semakin menambahkan rasa sakit hati Dania. Sesungguhnya, Dania terlalu bencikan lelaki yang bernama Ameer Haiqal. Kini, Dania tidak mahu lagi meletakkan kesalahan itu di bahunya. Bagi Dania, memang semua yang terjadi ini adalah salah Haiqal dan bukan salah dirinya. Haiqal adalah lelaki durjana yang telah merosakkan masa depannya. Bagaimanalah dia boleh terperangkap dengan tipu daya lelaki buaya seperti Haiqal. Sekarang dirinya pula yang terpaksa menanggung seksa.

39

Dia Yang Kucari

Dania berasa dirinya sudah kotor kini. Dia bukan lagi gadis suci. Maruahnya sudah tercemar dengan perbuatan lelaki bernama Ameer Haiqal. Berkali-kali dia cuba meletakkan kesalahan itu sepenuhnya di bahu Haiqal. Tapi Dania tetap tidak mampu mengelak daripada menyalahkan dirinya sendiri. Kalau dia tidak pergi ke pusat hiburan sebegitu sudah tentu perkara ini tidak akan terjadi. Ketidakmatangannya juga yang menyebabkan dirinya dengan mudah tersungkur di kaki Haiqal. Dania menangis lagi. Peristiwa malam itu benarbenar mengganggunya. Sungguh, Dania menyesal dengan apa yang terjadi. Namun, menyesal sekarang pun sudah tiada gunanya. Memang salah sendiri kerana dengan mudah menyerahkan diri kepada Haiqal. Kesucian dirinya yang diragut oleh Haiqal sudah tidak mampu dikembalikan. Dania sudah tidak sabar ingin meninggalkan Kuala Lumpur. Dan ingin meninggalkan segala-galanya yang ada di sini. Ingin lari jauh daripada realiti dan perasaan takut yang menghantui dirinya kini. Kalau boleh, saat ini juga dia ingin pergi. Terasa masa bergerak begitu perlahan. Alangkah bagus jika dirinya punya kuasa untuk memutarkan waktu. Namun, semua itu adalah mustahil. Keberangkatan Dania ke London bagaikan satu kelebihan buat dirinya. Pemergiannya nanti bagaikan jalan keluar untuk dia melupakan segala-galanya yang berlaku di sini. Sekali dia melangkah, tidak akan sesekali berpaling lagi. Tinggallah segala kenangan pahit itu di sini. Pemergiannya ini langsung tidak diberitahu kepada sesiapa, termasuk Tasya. Biarlah... tiada siapa pun perlu tahu pemergiannya kali ini.

40

Cempaka Qistina

HAIQAL masih lagi teringatkan Dania. Siang dan malam wajah gadis itu tidak pernah luput daripada ingatannya. Haiqal terbaring lemah di atas katil miliknya. Hari sudah merangkak ke tengah malam namun, matanya tetap juga tidak mahu lelap. Terasa sesak nafasnya akibat ingatannya yang terlalu kuat terhadap Dania. Tanpa sedar akhirnya, Haiqal terlena. Lena bersama bayangan wajah Dania dalam tidurnya.

41

Dia Yang Kucari

Bab 5
AIQAL memandu keretanya dengan laju. Rasanya dengan cara itu sahajalah dia dapat melepaskan perasaan yang semakin berkecamuk. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia jadi begini. Yang pasti, dia lebih marahkan dirinya sendiri. Kenapalah dia boleh bertindak sejauh itu. Semakin bertimpa-timpa rasa menyesal Haiqal atas perbuatannya terhadap Dania. Tiba-tiba Haiqal menjerit kuat untuk melepaskan perasaannya. Stereng kereta dihentak kuat dengan tangan. Selama ini, sejahat-jahatnya tidak pernah sekali pun dia tidur dengan mana-mana perempuan. Datanglah bagaimana rupa perempuan pun, yang genit, yang seksi namun, tidak pernah sama sekali dirinya tergugat. Haiqal akui, dirinya sering kali digoda oleh perempuan-perempuan cantik tapi tiada satu pun yang berjaya menundukkan egonya. Hidupnya mungkin bebas dan pergaulannya juga tidak terbatas namun, dirinya belum sekeji itu untuk tidur dengan mana-mana perempuan sesuka hati. Sikap ego Dania dan perasaan tidak mahu kalah

42

Cempaka Qistina

terhadap Zack telah mendorong Haiqal untuk bertindak lebih jauh. Bukankah tindakannya itu terlalu melampau? Sekadar mahu mempertahankan ego lelakinya, dia sanggup bertindak sejauh itu. Tapi bukankah Dania sendiri merelakan setiap perbuatannya? Tangan Haiqal tiba-tiba menggeletar. Bagaimanalah keadaan Dania kini? Pasti Dania menderita. Haiqal menyesal, menyesal kerana terlalu mengikut egonya dan perasaan tidak mahu kalah kepada Zack. Bisikan syaitan di telinganya telah berjaya mendorongnya untuk bertindak sejauh itu. Dia memang melampau kerana memperdayakan gadis mentah seperti Dania. Kini, di mana dia mahu mencari Dania? Terasa hampir mustahil untuk mencari gadis itu kerana tiada satu perkara pun yang Haiqal tahu mengenai Dania. Langsung tidak diketahuinya alamat rumah dan nombor telefon gadis itu. Sudah puas Haiqal mencari Dania namun, gadis itu tetap tidak kelihatan. Habis serata pusat hiburan yang berada di Kuala Lumpur dicarinya. Akhirnya dirinya juga yang kecewa, bayang Dania langsung tidak kelihatan. Di mana lagi dia mahu mencari gadis itu? Adakah Dania sengaja mahu melarikan diri daripadanya? Kelibat Dania langsung tidak kelihatan di mana-mana. Gadis itu hilang dan lenyap begitu sahaja sehinggakan jejaknya juga tidak kelihatan. Kawankawan Dania, seorang pun dia tidak kenal. Mereka baru sahaja berkenalan dan berjumpa pun baru dua kali. Apa-apa sahaja mengenai Dania memang tiada dalam pengetahuan Haiqal. Tiba-tiba Haiqal teringatkan Tasya. Mungkin Tasya dapat membantu. Hanya Tasya sajalah satu-satunya rakan Dania yang dikenalinya. Pasti Tasya tahu mengenai Dania memandangkan mereka ialah rakan baik. Haiqal lega, terasa dirinya sudah memperoleh jalan keluar. Kenapalah dia tidak

43

Dia Yang Kucari

terfikir langsung tentang Tasya sejak dari awal lagi? Kalau tidak, sudah tentu dia tidak akan hilang arah begini. Sudah pasti awal-awal lagi Dania sudah ditemuinya. Haiqal tidak mahu membuang masa lagi. Malam ini juga dia harus bertemu dengan Tasya.

HAIQAL melangkah pantas menuju ke The Sky Night Disco. Matanya mencari kelibat Dani. Sudah diagak, Tasya pasti ada bersama Dani. Haiqal menarik nafas lega, terasa hilang segala lelahnya apabila melihat kelibat Tasya di situ. Akhirnya dapat juga Haiqal berjumpa dengan Tasya di situ. Haiqal segera mendapatkan Tasya dan Dani yang sedang leka berbual. Dani tidak langsung menyedari kehadirannya di situ. Tasya, tahu tak Dania dekat mana sekarang ni? tanya Haiqal terus dengan nafasnya yang termengah-mengah. Wow... Haiqal, terkejut aku. Kau ke mana selama ni? Hari tu tiba-tiba aje kau menghilang. Alih-alih sekarang ni kau muncul tiba-tiba pulak. Dani sedikit hairan melihat keadaan Haiqal yang nampak serabut. Entah kenapa dengan temannya yang seorang ini. Aku ada hal sikit. Haiqal menjawab pendek, menyembunyikan perkara yang sebenar. Ketika ini ada perkara yang lebih penting yang dia perlu tahu daripada Tasya. Tahu tak dekat mana Dania sekarang? Haiqal bertanya lagi. Matanya tepat memandang Tasya. Tidak dipedulikan Dani yang memandangnya hairan. Relax la bro... datang sini tiba-tiba tanya pasal

44

Cempaka Qistina

Dania. Apa kata kalau kita minum-minum dulu, tenangtenang dulu. Yang kau kecoh sangat ni kenapa? Dani menepuk bahu Haiqal. Tidak pernah-pernah dia melihat Haiqal dalam keadaan begini. Dah macam kucing hilang anak aje. Haiqal mengeluh perlahan. Serabut betul fikirannya saat ini. Ada hal apa cari Dania? tanya Tasya kepada Haiqal yang kelihatan tidak tentu arah. Dia dekat mana sekarang? Kenapa tak nampak Dania pun kebelakangan ni? Haiqal tidak menjawab pertanyaan Tasya. Baginya, Tasya tidak perlu tahu apa yang berlaku antara dirinya dan Dania. Tak tahu la, dua tiga hari ni aku tak jumpa Dania langsung. Tiba-tiba aje Dania senyapkan diri. Pelik jugak, selalunya Dania tak macam ni pun. Tasya menjawab tenang. Nombor phone dia ada tak? tanya Haiqal tidak sabar. Tasya mengerutkan dahinya. Dia dan Dani berpandangan seketika, pelik dengan sikap Haiqal yang nampak tidak tentu arah. Ada, dah dua tiga hari jugak la aku cuba call Dania, tapi tak dapat. Tasya sendiri pun pelik, ke mana hilangnya Dania. Tiba-tiba aje menyepikan diri. Bila call pulak, talian tak dapat disambungkan. Entah ke manalah hilangnya Dania ni. Haiqal terdiam seketika. Sekali lagi terasa hilang punca. Ke mana lagi mahu mencari Dania? Alamat rumah dia tau tak? Terlintas pertanyaan tersebut di fikiran Haiqal. Bagi Haiqal, mungkin ini sahaja

45

Dia Yang Kucari

jalan yang ada untuk bertemu dengan Dania semula. Walau apa pun aralnya, Haiqal tidak peduli. Yang pasti dia harus bertemu Dania. Tasya mengangguk. Tau, tapi tak guna kalau cari dia dekat sana pun. Kenapa? tanya Haiqal kehairanan. Semalam, aku pergi rumah Dania. Dia tak ada pun. Pelik juga bila sampai rumah dia, tak ada orang langsung. Semuanya berkunci, orang gaji pun tak ada, beritahu Tasya. Tak ada? Takkan la.... Haiqal seperti tidak berpuas hati. Mungkin dia dah pindah. Tapi... kalau dia pindah kenapa tiba-tiba aje? Pelik jugak sebab Dania langsung tak bagitau apa-apa pun. Bukan sahaja Haiqal, Tasya juga hairan dengan kehilangan Dania secara tiba-tiba itu. Haiqal mengeluh kuat. Kenapalah ada sahaja halangan untuk dia bertemu dengan Dania? Haiqal, relax la... apa yang kau kecoh-kecoh sangat ni? soal Dani yang tiba-tiba mencelah setelah agak lama dia mendiamkan diri. Haiqal memicit-micit kuat tengkuknya. Terasa lelah dengan situasi yang buntu ini. Usaha bagaimana lagi yang harus dilakukannya agar berpeluang bertemu dengan Dania? Apa yang penting sangat ni, Haiqal? Beria-ia betul kau cari Dania ni, kenapa? tanya Dani lagi, tidak puas hati. Pelik kerana Haiqal seolah-olah menyembunyikan sesuatu daripadanya. Boleh bagi alamat dia tak? Please... rayu Haiqal. Dibiarkan sahaja soalan Dani tidak berjawab. Dani menggelengkan kepalanya sambil mengeluh

46

Cempaka Qistina

perlahan. Nampaknya, Haiqal langsung tidak mahu bercerita apa-apa kepadanya. Nak pergi rumah dia jugak ke? Tanya Tasya bagaikan tidak percaya melihat tingkah Haiqal. Bersungguhsungguh benar Haiqal mahu mencari Dania. Entah apalah yang penting sangat sehingga Haiqal beria-ia benar mahu berjumpa gadis itu. Haiqal tidak memberi sebarang reaksi. Bagi Haiqal biar dia sendiri yang memastikan perkara tersebut, baru hatinya akan puas. Selagi ada ruang, dia akan tetap mencari Dania. Tasya mengambil pen dan kertas yang terdapat di dalam beg tangannya. Dia mencatatkan alamat rumah Dania berserta nombor telefon gadis itu di atas sehelai kertas. Setelah siap alamat rumah Dania dicatatkan oleh Tasya, kertas tersebut terus diberikan kepada Haiqal. Haiqal meneliti seketika alamat rumah Dania yang sudah ditulis oleh Tasya. Tidak susah rasanya mahu mencari rumah gadis itu. Thanks. Tanpa membuang masa, Haiqal terus meninggalkan Tasya dan Dani di situ yang masih lagi terpinga-pinga memandang ke arahnya.

HAIQAL memandu keretanya menuju ke alamat yang diberikan oleh Tasya. Dia benar-benar berharap dapat bertemu dengan Dania walaupun Tasya sendiri telah menyatakan bahawa rumah tersebut telah kosong. Walaupun begitu, Haiqal tetap ingin memastikannya sendiri. Benarkah Dania sudah tidak ada seperti yang diberitahu oleh Tasya kepadanya?

47

Dia Yang Kucari

Selagi dia tidak melihat sendiri dengan matanya, selagi itulah dia tidak akan tenang. Haiqal terus keluar dari keretanya sebaik sahaja sampai di rumah beralamat seperti yang telah ditulis oleh Tasya. Kelihatan kawasan banglo dua tingkat yang tersergam indah itu agak sunyi. Haiqal kembali memeriksa alamat yang tercatat di atas kertas yang berada di tangannya. Rasanya kalau mengikut alamat yang diberikan oleh Tasya, memang inilah rumahnya. Haiqal yakin dia tidak tersilap rumah. Haiqal cuba menekan loceng beberapa kali namun, tiada sebarang sahutan. Menandakan tiada sesiapa di rumah itu. Benar kata Tasya, tiada orang di rumah ini. Besar kemungkinan Dania dan keluarganya memang sudah berpindah. Sekalipun kalau benar Dania dan keluarganya sudah berpindah, tapi mereka berpindah ke mana? Kenapa tiada sebarang jejak atau petunjuk yang ditinggalkan oleh Dania agar senang untuk dia menjejakinya? Haiqal terduduk di hadapan pintu pagar rumah besar tersebut. Dia bagaikan sudah putus asa. Ke mana lagi dia mahu mencari Dania? Sudah pelbagai cara dicuba namun, semuanya sia-sia belaka. Nombor telefon Dania juga sudah didailnya berkali-kali namun, tetap tidak dapat dihubungi. Segala usahanya kini sia-sia belaka. Tiada satu pun yang mendatangkan hasil. Haiqal melangkah menuju ke arah keretanya semula. Tubuhnya terasa lemah serta-merta. Enjin keretanya dihidupkan semula namun, dia masih belum bergerak meninggalkan kawasan tersebut. Lama dibiarkan tubuh tegapnya bersandar pada kusyen kereta. Matanya hanya terpaku memandang jalan raya. Fikirannya terasa kosong. Beginikah pengakhiran hubungan mereka? Tiada ruang lagikah untuk dirinya bertemu semula dengan Dania?

48

Cempaka Qistina

Sedikit demi sedikit perasaan kecewa semakin menggigit tangkai hati Haiqal. Akhirnya hanya jalan buntu yang ditemuinya. Rasa bersalah semakin bertimpa-timpa di hatinya. Kalaulah dia tidak mengikut kata hatinya tempoh hari, tentu dirinya kini tidak akan menanggung beban perasaan yang berat seperti ini. Haiqal mengeluh perlahan, terasa kelopak matanya berair.

49

Dia Yang Kucari

Bab 6
ANIA kini sudah pun berada di London. Pengajiannya di universiti sudah bermula. Walaupun kejadian hitam itu masih belum mampu surut daripada ingatannya, Dania bertekad, dia mahu melupakan segala yang berlaku. Namun sehingga kini, dia langsung tiada sebarang kekuatan untuk berterus terang kepada papa dan mamanya. Dua bulan Dania berada di negara orang. Hatinya masih lagi sunyi dan kosong. Malah, dirinya lebih sunyi berbanding dahulu. Terasa dirinya terpinggir keseorangan di bumi asing ini. Papa dan mamanya pula lebih sibuk berbanding dahulu. Tiada langsung masa dan ruang yang diperuntukkan untuk dirinya. Segala kemungkinan buruk yang bermain di fikirannya sebelum ini seolah-olah menjadi kenyataan. Kebelakangan ini dia kerap muntah-muntah apatah lagi pada waktu pagi. Tubuhnya cepat letih dan tidak bermaya walaupun dirinya tidak melakukan sebarang kerja berat. Kepalanya pula sering terasa pening. Bagaimana dia mahu

50

Cempaka Qistina

menghadapi situasi ini jika segala sangkaan buruk itu benarbenar berlaku sedangkan tiada sesiapa pun yang berada di sisinya ketika ini? Dania mencapai beg sandangnya yang terletak di atas katil. Sebelum pulang ke rumah sebentar tadi, dia sempat ke farmasi yang terletak berhampiran jalan yang menuju ke rumahnya. Pregnancy test yang dibeli di farmasi sebentar tadi dikeluarkan dari dalam beg. Alat itu digenggam sekuat hati. Ada rasa ragu-ragu di hati Dania namun, ini sahaja cara yang ada untuk mengetahui sama ada dirinya mengandung ataupun tidak. Dengan perasaan yang semakin berdebar, Dania melangkah ke dalam bilik air. Dania semakin tidak keruan. Perasaannya sudah tidak tentu arah. Alat yang berada di tangannya hampir terlepas. Menggigil tangannya memandang alat ujian kehamilan tersebut. Saat itu juga air mata yang sudah sedia bertakung di kelopak matanya gugur. Ujian kehamilannya adalah positif, bermakna dirinya kini benar-benar mengandung. Dania terasa dunianya serta-merta telah bertukar menjadi gelap. Seluruh tubuhnya kini sudah menggigil ketakutan, risau dan cemas. Serta-merta Dania terduduk. Tubuhnya tersandar lesu di pintu bilik air yang ditutup rapat dari dalam. Kakinya kini sudah tidak mampu lagi menampung tubuhnya untuk terus berdiri. Dania meraung sendirian di situ. Kenapalah nasibnya jadi begini? Saat itu juga terlintas bayangan wajah papa dan mamanya di ruang mata. Bagaimana kalau papa dan mamanya tahu yang dirinya sudah mengandung? Dania semakin takut, masa depannya kini bagaikan sudah musnah. Tidak dapat dibayangkan, bagaimanalah dia mahu menghadapi hari-hari yang mendatang? Bagaimana dia mahu menyorokkan kandungan ini? Lambat-laun papa dan

51

Dia Yang Kucari

mamanya sudah tentu akan perasan. Perubahan fizikal dirinya sudah tentu akan lebih ketara dari sehari ke sehari. Tidak sanggup rasanya ke hulu ke hilir dengan membawa perut yang kian membesar. Sungguh ngeri rasanya mahu membayangkan semua itu. Apa pula kata orang di sekeliling nanti? Dirinya masih belum bersuami tapi sudah mengandung pula. Tidak semena-mena terlintas pula bayangan wajah Haiqal di minda. Serta-merta Dania menjadi marah. Alat ujian kehamilan yang berada di tangannya dicampak kuat ke arah dinding. Seolah-olah alat tersebut dicampakkan ke arah Haiqal yang sedang berdiri di hadapannya kini. Barangbarang yang berada di bilik air tersebut turut menjadi mangsa. Habis semua barang tersebut dicampak sekuat hati. Berterabur semuanya di atas lantai. Pasti dirinya akan berdendam dengan Haiqal seumur hidup. Dania teresak-esak lagi setelah dia penat mencampakkan semua barang yang ada di situ. Bahunya terenjut-enjut menahan tangis. Sesungguhnya hakikat yang maha pedih ini tidak mampu diterima. Tiada siapa yang memberikan dirinya semangat kala ini melainkan bisikan syaitan yang sentiasa mahu menyesatkan dan menghasut dirinya ke arah kejahatan.

PAGI itu, Dania bangun daripada tidur dengan rasa mual yang teramat. Dia berlari menuju ke bilik air lalu membasuh mukanya yang pucat. Air yang terpasang laju membuak-buak keluar daripada paip sedikit sebanyak menyegarkan dirinya. Tekaknya terasa pahit dan masam. Dania berkumur berkalikali untuk menghilangkan rasa yang tidak selesa.

52

Cempaka Qistina

Dania kenapa ni? Mama dengar teruk sangat Dania muntah. Tak sihat ke? Terjengul wajah Puan Syarifah di pintu bilik air. Dia memandang anak tunggalnya itu semacam sahaja. Dania berpaling ke arah mamanya, terkejut dengan kemunculan mamanya yang tiba-tiba sahaja. Wajahnya seboleh mungkin diselambakan seolah-olah tiada apa yang berlaku. Paip air ditutup. Dania melangkah keluar dari bilik air. Tidak dipedulikan mamanya yang masih lagi tercegat memandang ke arahnya. Mama tanya ni, Dania tak sihat ke? Sampai muntah-muntah macam ni? Puan Syarifah mengulang soalannya apabila Dania langsung tidak mahu menjawab pertanyaannya sebentar tadi. Tak ada apa-apa la, mama, jawab Dania dengan selamba. Tubuhnya dibaringkan semula di atas katil. Kepalanya terasa agak pening seperti hari-hari sebelumnya. Dania pura-pura tidur. Tidak mahu mamanya bertanya itu dan ini. Kalau mamanya sudah mengesyaki sesuatu, dia juga yang akan susah nanti. Sudah pasti sampai ke lubang cacing mamanya akan mengorek rahsia yang disimpan kemas selama ini. Bukannya dia tidak tahu perangai mamanya ini. Mana boleh tak ada apa-apa. Dua tiga hari ni mama dengar Dania asyik muntah-muntah aje, ujar Puan Syarifah yang masih tidak puas hati dengan jawapan anak tunggalnya itu. Pertama kali Puan Syarifah terdengar Dania muntah-muntah begini adalah secara tidak sengaja apabila dia kebetulan lalu berhampiran bilik Dania. Sekali terdengar tu tidak apalah memandangkan ketika itu dirinya sedang

53

Dia Yang Kucari

tergesa-gesa mahu bertemu rakan niaganya. Tapi apabila sudah kali kedua terdengar Dania muntah-muntah begitu, Puan Syarifah sudah mula rasa tidak sedap hati. Dania ni memang benar tidak sihat atau.... Dania yang pada mulanya berbaring terus bangun menghadap mamanya. Kata-kata mamanya itu tiba-tiba sahaja menaikkan suhu kemarahannya. Kalau dah dua tiga hari mama dengar Dania asyik muntah-muntah, kenapa hari ni mama baru nak tanya? Sibuk sangat ke mama sampai anak mama sendiri pun mama tak boleh nak ambil tau? Selama hari ni mama tak pernah ambil kisah pun, kenapa hari ni mama baru nak tanya?! kata Dania tidak puas hati. Suaranya sudah mula meninggi. Hilang terus rasa hormatnya selama ini kepada mamanya. Puan Syarifah tergamam seketika. Tidak pernahpernah Dania meninggikan suara dan berkata kasar kepadanya seperti ini. Sejak bila pula Dania berperangai seperti ini? Kenapa kurang ajar sangat ni? Mama tanya elokelok tak boleh nak jawab elok-elok ke?! Suara Puan Syarifah turut meninggi. Sakit hatinya apabila mengenangkan anak yang ditatang bagai minyak yang penuh selama ini akhirnya meninggikan suara kepadanya. Selama hari ni mama tak pernah nak ambil tau hal Dania pun. Sakit pening Dania, makan pakai Dania, ada mama ambil tau? Kalau pasal syarikat boleh pula mama ambil tau! Dania melepaskan rasa tidak puas hatinya. Sudah tidak peduli lagi jika mamanya marah. Dania! Jangan nak melampau sangat. Nak jadi anak kurang ajar pulak?! Tinggi suara Puan Syarifah. Baginya, kata-kata Dania memang sudah melampau kali ini.

54

Cempaka Qistina

Memang Dania kurang ajar! Dania jadi kurang ajar pun disebabkan siapa? Salah papa dan mama sendiri yang selama ni tak cukup mengajar Dania. Kalau Dania kurang ajar siapa yang sepatutnya ajar Dania supaya jangan jadi anak kurang ajar? Takkanlah tanggungjawab tu semuanya nak diserahkan kepada ustaz atau ustazah dekat sekolah?! jerit Dania, sengaja mencabar kesabaran Puan Syarifah. Saat itu juga tangan Puan Syarifah mengenai pipi Dania. Kuat tamparannya ke wajah Dania sehingga tangannya turut terasa perit. Kata-kata Dania sebentar tadi benar-benar telah membuatkan Puan Syarifah hilang sabar. Dania memegang pipinya yang terasa pijar dan sudah mula bertukar kemerahan. Tidak pernah-pernah lagi mamanya menamparnya seperti ini. Dania hanya tersenyum hiba memandang mamanya. Puan Syarifah tergamam dengan perbuatannya sendiri. Kenapa mama tampar Dania? Betul, kan apa yang Dania cakap ni? Balas Dania. Tidak dipedulikan langsung perasaan mamanya itu. Dania... mama.... Puan Syarifah memandang tapak tangannya. Tidak percaya dengan perbuatannya terhadap Dania sebentar tadi. Dania ni satu-satunya anak mama yang ada dekat dunia ni. Dania tak mintak banyak, mama. Dania cuma nak kasih sayang papa dan mama aje. Takkan itu pun papa dan mama tak boleh bagi pada Dania? Mahal sangat ke harga kasih sayang papa dan mama tu sampaikan anak mama sendiri pun tak boleh nak rasa kasih sayang papa dan mama tu? Dania bersuara lirih. Dania terasa seperti ingin menangis. Bukan kerana

55

Dia Yang Kucari

rasa sakit di pipinya tetapi sedih mengenangkan nasib dirinya selama ini yang terlalu menagih perhatian daripada papa dan mamanya yang tidak pernah mahu mengerti. Sukar benarkah papa dan mamanya mahu meluangkan sedikit sahaja waktu bersamanya? Tapi, papa dan mama tetap sayangkan Dania walaupun kami sibuk. Perlahan sahaja suara Puan Syarifah di hujung kata-katanya. Dia akui, dia memang menyayangi anaknya itu, cuma dia dan suaminya memang terlalu sibuk. Sebagai ibu yang melahirkan Dania, mustahil dia langsung tidak menyayangi anaknya itu. Bukan dengan kata-kata aje, mama.... Dania berkata lemah sambil air matanya mula mengalir perlahan. Dia tahu, mama dan papanya memang menyayangi dirinya. Apa sahaja kemahuannya selama ini pasti dituruti. Apa sahaja yang dia mahu pasti akan diperolehinya. Dia memang terlalu dimanjakan dengan harta benda dan wang ringgit. Tapi bukan sekadar harta dunia dan wang ringgit yang Dania perlukan, kasih sayang dan perhatian daripada papa dan mamanya amat Dania harapkan selama ini. Puan Syarifah sudah kehilangan kata. Perlahanlahan kakinya melangkah keluar dari bilik Dania. Terlupa terus tujuan asalnya masuk ke bilik Dania sebentar tadi.

56

Cempaka Qistina

Bab 7
ANIA mundar-mandir di dalam bilik tidurnya. Duduk salah, berdiri pun salah. Semuanya bagaikan tidak kena. Mamanya sudah hampir tahu yang dirinya mengandung. Kalau mamanya benar-benar sudah tahu nanti bagaimana pula? Pasti mama dan papa mengamuk. Apa yang harus dilakukannya kini? Dania buntu, terasa seperti ingin digugurkan sahaja kandungannya ini. Sudah tidak sanggup lagi untuk menyimpan bayi yang semakin hari semakin membesar di dalam rahimnya ini. Namun, akal waras Dania pula menegah. Takut juga untuk berhadapan dengan sebarang komplikasi. Tapi jika terus menyimpan anak ini, dirinya pula yang akan menghadapai kesukaran kelak. Syaitan sentiasa berbisik di telinganya. Akal jahat pula tidak henti-henti menghasut dan menyuruh dia memilih jalan kejahatan. Tiada satu pun jalan keluar yang mampu difikirkannya saat ini. Dania duduk di atas katil dengan perasaan yang berbelah bahagi. Pil yang berada di tangannya dipandang lama. Mahu makan ataupun tidak? Itulah persoalan yang

57

Dia Yang Kucari

berlegar-legar di fikiran Dania saat ini. Jika dia menelan pil ini, serta-merta sahaja kandungannya ini boleh gugur. Tapi Dania bagaikan tidak sanggup pula untuk membunuh bayi yang tidak bersalah ini. Terus-terusan Dania berperang dengan perasaannya sendiri. Daripada dia terus mengandung, lebih baik jika kandungan ini digugurkan sahaja. Jika bayi ini lahir tanpa bapa bukankah akan lebih susah kelak? Mungkin lebih baik jika bayi ini tidak dilahirkan terus. Dirinya juga yang akan terlepas daripada beban ini. Akal jahat dan bisikan syaitan terus meracuni fikiran Dania, biar anak keturunan Adam ini terus hanyut dan sesat bermandikan dosa. Baru sahaja Dania ingin memasukkan pil tersebut ke dalam mulutnya, tangannya terlebih dahulu ditepis kuat. Baru kini Dania menyedari kehadiran mamanya di situ. Berterabur pil-pil di dalam genggamannya ke atas lantai. Ubat apa yang Dania cuba makan ni?! tanya Puan Syarifah agak kuat. Hatinya sudah mula rasa tidak sedap. Takkan Dania nak bunuh diri pulak? Ubat biasa aje la, mama. Lagipun Dania rasa nak demam, takkan makan ubat pun tak boleh? bohong Dania kepada mamanya. Wajahnya ditundukkan agar mamanya tidak perasan yang dia sedang berbohong. Jangan nak tipu mama. Cakap betul-betul pada mama, ubat apa ni? soal Puan Syarifah lagi. Entah mengapa sukar benar untuk dia mempercayai kata-kata anaknya itu. Puan Syarifah yakin Dania berbohong kepadanya. Tengok daripada reaksi Dania sahaja dia sudah tahu yang anaknya itu sedang berbohong. Jangan-jangan Dania mengandung tak? teka Puan Syarifah dengan nada yang penuh curiga.

58

Cempaka Qistina

Mana ada! Dania menafikan tekaan Puan Syarifah yang sememangnya tepat. Cakap betul-betul! Dania mengandung, kan? Jangan nak tipu mama lagi! gesa Puan Syarifah. Dania tak mengandung la. Dania sudah mula takut-takut. Kalau tak mengandung, habis tu ni ubat apa? Dania nak gugurkan kandungan, kan? Bulat mata Puan Syarifah memandang anaknya itu. Dania terdiam. Wajah mamanya tidak berani lagi dipandang. Jadi, betul la Dania mengandung? Puan Syarifah meminta kepastian. Tiada kata yang keluar daripada mulut Dania. Tidak tahu bagaimana caranya lagi untuk terus membohongi mamanya. Sejak bila Dania mengandung ni? Siapa lelaki tu? Mama dan papa akan minta dia bertanggungjawab pada Dania. Cepat cakap siapa lelaki tu?! Bertubi-tubi soalan daripada Puan Syarifah. Dania tak cakap pun yang Dania mengandung. Kenapa mama tak percayakan Dania ni? Dania masih mahu mengelak. Seboleh mungkin dia tidak mahu mamanya tahu perkara sebenar. Agaknya perkara ni Dania dah lama tau tak? Saja, kan Dania tak nak bagitau perkara yang sebenar kepada papa dan mama?! Puan Syarifah bagaikan sudah hilang sabar. Jika benar Dania memang mengandung, nampaknya perkara ini sudah bertukar menjadi perkara yang besar. Mama ni kenapa? Tak habis-habis nak tuduh Dania

59

Dia Yang Kucari

yang bukan-bukan? ujar Dania tidak puas hati apabila rahsianya hampir terbongkar. Kalau tak mengandung, kenapa Dania macam takut-takut bila mama tanya tadi? Mama dapat rasakan yang Dania memang ada sembunyikan sesuatu daripada mama, kan? Dania tidak menjawab. Semakin dia menidakkan kata-kata mamanya semakin mamanya akan mencurigai dirinya pula. Tapi, kalau dia berdiam diri pula seolah-olah mengiakan apa yang diteka oleh mamanya itu. Dania buntu. Kalau betul Dania mengandung, perkara ni tak boleh dibiarkan macam tu aje! Mama kena bagitau hal yang sebenarnya kepada papa. Tegas Puan Syarifah kepada anaknya sebelum dia melangkah keluar. Dania sudah tidak keruan. Fikirannya semakin berserabut. Beg tangannya dicapai sebaik sahaja mamanya keluar dari bilik. Dikeluarkan beberapa jenis ubat yang terdapat di dalam begnya. Dania nekad. Dia tetap mahu menggugurkan kandungannya ini. Barulah semua masalah ini boleh selesai, fikirnya. Dosa pahala sudah tidak dihiraukannya. Yang dia tahu, kandungannya ini harus gugur saat itu juga. Hasutan syaitan telah berjaya memperdayakan Dania. Syaitan bersorak kegembiraan, biar seorang lagi anak Adam mati dalam kekafiran. Tanpa berfikir panjang terus sahaja Dania menelan berjenis-jenis ubat yang berada di tangannya itu. Begitu banyak ubat yang ditelan sehinggakan Dania sendiri pun sudah tidak tahu jumlah ubat yang telah diambilnya. Air mineral yang berada di sisi katil diambil untuk membantunya menelan ke semua ubat tersebut. Sebentar sahaja, akhirnya Dania terasa seluruh

60

Cempaka Qistina

dunianya kini telah bertukar menjadi gelap-gelita. Dania sudah tidak sedarkan diri. Tubuhnya terbaring kaku di atas lantai.

PUAN SYARIFAH mengetuk pintu bilik tidur Dania. Naik lenguh tangannya mengetuk pintu bilik Dania yang berkunci rapat. Namun masih tiada sebarang tindak balas daripada anaknya itu. Puan Syarifah memanggil Dania berkalikali tetapi Dania langsung tidak menyahut panggilannya. Selalunya Dania tidak begini. Kali ini bunyi ketukan di pintu semakin kuat. Puan Syarifah sudah tidak sedap hati. Dia bergegas mendapatkan kunci pendua yang disimpannya di dalam bilik tidurnya. Dia bergegas membuka pintu bilik tidur Dania. Sebaik sahaja pintu berjaya dibuka, Puan Syarifah hampir pengsan. Terlepas kunci yang berada di tangannya akibat rasa terkejut. Kelihatan Dania sudah terbaring kaku berhampiran katil. Langsung tidak sedarkan diri. Puan Syarifah semakin gerun apabila melihat darah yang mengalir. Paha dan betis anaknya sudah dibasahi dengan darah merah yang pekat. Puan Syarifah sudah menggigil ketakutan. Berhampiran Dania pula bertaburan ubat yang pelbagai jenis. Berlari dia mendapatkan Dania. Terketar-ketar tangannya menyentuh tubuh anak gadisnya yang terbaring kaku. Dania! Dania anak mama... bangun nak!!!! Puan Syarifah sudah meraung kesedihan. Tubuh Dania dipangku dan pipi Dania ditampar perlahan. Dania langsung tidak menunjukkan sebarang tindak balas. Wajah dan bibirnya sudah bertukar pucat

61

Dia Yang Kucari

bagaikan tiada darah langsung yang mengalir dalam tubuhnya. Puan Syarifah perasan tubuh Dania pula sudah mula terasa sejuk. Anak mama... kenapa jadi macam ni? Bangun Dania... bangun! Puan Syarifah meraung sambil berkali-kali memanggil nama Dania dengan kuat. Air matanya sudah mengalir deras. Tubuh Dania dirangkul erat, perasaannya semakin takut dan berdebar-debar. Terasa seperti ada batu besar yang menghempap kepala Puan Syarifah kala ini. Tidak sangka Dania sanggup bertindak sejauh ini. Puan Syarifah memandang sekeliling. Darah merah mengalir di atas lantai. Pil dan pelbagai jenis ubat yang bertaburan di merata-rata tempat mencemaskan hatinya. Kenapa dia begitu cuai sebentar tadi? Sebagai ibu, dia sepatutnya mengawasi Dania. Kalau apa-apa terjadi kepada anaknya ini, dialah orang pertama yang harus dipersalahkan. Puan Syarifah bergegas mendapatkan telefon bimbitnya. Nombor telefon suaminya didail.

SUASANA di sekeliling bilik terasa dingin dan sunyi. Puan Syarifah dan suaminya, Encik Hisyam kini berada di hospital. Tidak sedikit pun suara dari luar mengganggu dan memecah kesunyian yang dirasai oleh mereka. Puan Syarifah menangis teresak-esak menahan rasa sendu. Selang-seli terdengar suara suaminya Encik Hisyam yang memujuk lembut. Encik Hisyam turut menahan sebak, sesekali kelopak matanya turut berair. Apa lagi yang boleh disesalkan,

62

Cempaka Qistina

semuanya sudah terjadi. Mungkin ini sudah suratan takdir daripada Ilahi. Encik Hisyam pasrah. Semua ni salah saya, bang... salah saya.... Puan Syarifah merintih lagi kepada suaminya. Suaranya tersekatsekat menahan sebak. Sabar la... mungkin ini dugaan Allah untuk kita. Encik Hisyam mengeluh perlahan. Dia turut sebak. Mahu tidak mahu inilah yang harus mereka tempuhi. Kalau tak kerana saya, tentu Dania tak jadi macam ni. Dia la satu-satunya anak kita tapi kita tak mampu nak jaga dia.... Puan Syarifah teresak di bahu suaminya. Air matanya semakin laju mengalir. Salah abang juga... kita yang tak mampu nak jaga Dania elok-elok. Encik Hisyam menepuk bahu isterinya perlahan-lahan. Kita berdua terlalu sibuk sampaikan kita lupa tanggungjawab kita kepada Dania. Sedikit sebanyak Encik Hisyam turut menyesal dengan sikapnya yang terlalu mementingkan kerja sehinggakan Dania terabai. Sekarang, kalau mahu menyesal pun sudah tiada gunanya lagi. Anak mereka, Dania sudah menjadi mangsa akibat kesibukan mereka suami isteri. Dia la satu-satunya anak kita, bang... tapi sekarang.... Semakin kuat pula tangisan Puan Syarifah. Memang Dania satu-satunya anak kita... dan kita gagal jadi ibu bapa yang baik untuk dia. Encik Hisyam berkata lemah. Suaranya turut kedengaran sebak. Apa yang kita dah buat, bang? Apa yang kita dah buat pada anak kita?! raung Puan Syarifah lagi. Sabar la, ya.... Encik Hisyam terus memujuk isterinya itu.

63

Dia Yang Kucari

Rupa-rupanya dah lama Dania berahsia dengan kita. Kenapa dia tak bagitau kita awal-awal? Puan Syarifah mengelap air matanya. Kita yang terlalu sibuk sampai abaikan Dania. Sekarang anak kita sendiri pun dah tak percayakan kita. Sebab itu la agaknya Dania dah tak reti nak kongsi masalah dia dengan kita. Encik Hisyam akhirnya mengeluh perlahan. Masa yang berlalu terus menyaksikan tangisan Puan Syarifah dan Encik Hisyam yang penuh penyesalan.

64

Cempaka Qistina

Bab 8
UASANA di Tropicana Golf & Country Resort sedikit sebanyak membantu menghilangkan resah di hati Haiqal. Cuaca agak terik namun, masih terdapat tiupan angin yang mampu menghilangkan bahang cuaca. Haiqal sukakan keindahan landskap kawasan tersebut. Suasana padang golf yang menghijau menggamit pandangan matanya. Begitu santai dan mendamaikan. Hilang sedikit rasa tegang yang bermukim di hatinya. Kau ni kenapa, Haiqal? Dari mula kita datang tadi aku tengok kau asyik termenung aje. Kebelakangan ni aku tengok kau lain macam pulak, soal Emir dengan wajah bersahaja. Entah la Mir, aku sendiri pun tak tau nak cakap macam mana. Haiqal mengeluh perlahan sambil memandang rakannya itu. Kau ada masalah ke? Cuba kau cakap pada aku, mana tau aku boleh tolong. Emir memerhatikan reaksi di wajah Haiqal.

65

Dia Yang Kucari

Aku... aku dah banyak buat dosa, Mir. Haiqal berkata lambat-lambat. Sukar baginya untuk meluahkan kata yang terpendam di lubuk hatinya kini. Emir tersenyum kecil memandang Haiqal. Dia ketawa perlahan sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Semua orang buat dosa. Aku atau kau, kita semua ni sama aje. Selagi kita bergelar manusia, selagi itu la kita tak lari daripada buat silap dan buat dosa macam orang lain. Tapi dosa aku kali ni terlalu besar, Mir. Haiqal berkata lagi. Aku tau.... Emir berkata perlahan. Perempuan tu... aku tak pernah lupakan dia... luah Haiqal. Dia terdiam seketika. Emir turut terdiam memerhatikan Haiqal, cuba menyelami apa yang dirasai oleh rakannya itu. Dia sudah tahu apa yang pernah terjadi kepada Haiqal. Dahulu, Haiqal sudah menceritakan segala kisah hidupnya. Aku rasa terbeban dengan rasa tanggungjawab aku kepada dia, Mir. Dia pulak tiba-tiba hilang macam tu aje. Betul-betul buat aku tak tentu arah. Haiqal meraup mukanya dengan kedua-dua belah tapak tangannya. Tengkuknya yang terasa lenguh dipicit perlahan. Mungkin satu hari nanti kau akan jumpa dia? Emir cuba memberi keyakinan kepada Haiqal. Aku dah tak tau nak cari dia dekat mana. Rumah dia pun aku dah pergi tapi dia langsung tak ada. Kat mana lagi aku nak cari dia, Mir? Bila aku call handphone dia, langsung tak dapat. Sudah pelbagai usaha yang dilakukan oleh Haiqal selama ini namun, semuanya tidak mendatangkan hasil. Apa yang dia dapat hanya perasaan lelah yang tidak henti.

66

Cempaka Qistina

Aku takkan pernah dapat lupakan dia, Mir. Aku nak minta maaf dengan dia dan aku nak tebus segala dosa aku pada dia. Aku betul-betul rasa bersalah. Selagi aku tak jumpa dia dan tak minta maaf dengan dia, selagi itu la hidup aku tak akan tenang. Aku berdosa dengan apa yang aku dah buat. Haiqal mengeluh perlahan. Insya-Allah Haiqal, aku yakin suatu hari nanti kau tetap akan jumpa dia semula. Sebagai rakan, Emir memberi keyakinan kepada Haiqal. Selagi aku hidup, aku akan terus cari dia. Cuma sekarang ni aku betul-betul buntu. Ke mana lagi aku nak cari dia? Haiqal memandang Emir, dalam hatinya terasa hiba tiba-tiba. Mungkin belum masanya untuk kau jumpa dengan dia lagi. Mesti ada sebabnya. Mungkin Allah tak nak pertemukan lagi kau dengan dia masa ni. Akan datang, mana tau? Tanpa perlu kau cari, dia sendiri yang akan datang kepada kau. Tenang Emir menuturkan kata-katanya. Masih tidak putus asa memberi keyakinan kepada Haiqal. Mungkin betul, tapi macam mana kalau aku tak akan jumpa dia langsung sampai bila-bila? Tentu seumur hidup, aku akan rasa bersalah. Macam mana aku nak tebus semula dosa aku pada dia, Mir? Haiqal berkata lemah. Kita serahkan segalanya kepada Allah, Haiqal. Dia yang menentukan segalanya. Insya-Allah... suatu hari nanti bila tiba masanya, kau dan dia akan tetap berjumpa. Kau kena yakin Haiqal, ni semua ketentuan Allah. Emir masih menasihati rakannya itu. Bahu Haiqal ditepuk perlahan. Kalau boleh, aku betul-betul nak bertanggungjawab atas perbuatan aku. Selepas kejadian tu, tak pernah sekali pun aku dapat tidur lena, setiap masa aku teringatkan dia.

67

Dia Yang Kucari

Emir terdiam, tersentuh juga hatinya melihat keadaan Haiqal begitu. Nampaknya Haiqal benar-benar sudah menyesal atas segala kesilapannya. Begitu bersungguhsungguh Haiqal mahu menebus segala dosanya. Mesti dia bencikan aku. Mungkin dia tak akan maafkan aku sampai bila-bila. Kalau aku jadi dia pun, mesti aku buat perkara yang sama. Sekarang mungkin dia bencikan kau. Mana tau satu hari nanti Allah gerakkan hati dia untuk maafkan kau. Selama mana dia akan marahkan kau? Ada hikmahnya kau tak dapat jumpa dia sekarang. Mungkin masa yang akan ubati luka dia tu. Lama-kelamaan dia akan maafkan kau jugak. Mana tahu masa yang akan datang bila kau jumpa dia semula, dia dah boleh maafkan kau? Percaya la cakap aku. Kalau boleh Emir tidak mahu Haiqal berputus asa dan terus menyalahkan takdir. Aku pun harap macam tu. Selagi dia tak maafkan aku, selagi itu la aku tak dapat nak maafkan diri aku, Mir. Insya-Allah, Haiqal... insya-Allah.... Emir menepuk bahu Haiqal beberapa kali. Aku lega sebab aku ada kawan macam kau. Dalam keadaan aku macam ni kau masih boleh terima aku seadanya sebagai kawan kau walaupun aku dah banyak buat silap. Kau sanggup dengar semua masalah aku dan nasihatkan aku. Haiqal tersenyum hambar. Dalam ramai-ramai rakannya hanya Emir seorang sahaja yang berbeza. Aku, kan kawan kau. Tak ada guna la kalau aku kawan dengan kau tapi tak boleh nak tolong kau. Emir tergelak perlahan sambil memandang Haiqal yang kelihatan lebih tenang berbanding tadi. Haiqal ikut tergelak. Kau pun tahu la kawan-kawan

68

Cempaka Qistina

aku yang lain, sorang pun tak ada yang sama macam kau. Semuanya kaki enjoy macam aku ni. Bila ada kau, lega sikit hati aku sekarang ni. Sekurang-kurangnya dapat jugak aku share masalah aku ni dengan kau. Emir tersenyum kecil, ada sesuatu yang ingin disampaikannya kepada Haiqal. Kalau boleh biarlah Haiqal benar-benar mengerti apa yang cuba disampaikan ini. Apa kata kau ambil peluang ni untuk kau ubah cara hidup kau, Haiqal. Aku tak bermaksud apa-apa, cuma apa kata kau guna kesempatan ni untuk kau tinggalkan segala keseronokan dunia yang kau kejar selama hari ni. Hidup tanpa arah tujuan yang akhirnya tak bawa kau ke mana-mana pun, nasihat Emir penuh berhati-hati. Takut temannya terasa hati dengan kata-katanya. Aku faham maksud kau... tapi... entah la. Aku tak bersedia lagi nak tinggalkan cara hidup aku sekarang ni. Pintu hati aku ni masih belum terbuka sepenuhnya untuk berubah, ujar Haiqal berterus terang. Emir mengangguk perlahan. Dalam hal begini dia tidak boleh memaksa Haiqal untuk terus berubah menjadi baik secara mendadak. Aku sedar, aku tak boleh nak paksa kau, Haiqal. Tapi, kalau tak hari ni, aku harap sangat suatu hari nanti kau boleh berubah menjadi lebih baik. Setiap orang yang nak berubah tu tak boleh buat secara drastik, semuanya kena buat secara perlahan-lahan. Emir tersenyum di akhir katakatanya. Haiqal terdiam seketika. Ya, mungkin suatu hari nanti dia akan berubah. Yang pasti bukan ketika ini, bisiknya dalam hati. Kau ni asyik dengar cerita pasal aku aje, bila aku

69

Dia Yang Kucari

nak dengar cerita pasal hidup kau pulak? soal Haiqal tibatiba setelah mendiamkan diri seketika. Hmmm... tak ada yang menarik tentang aku pun. Tak tau nak cerita macam mana pada kau. Emir tergelak suka. Riang sahaja bunyinya. Takkan la tak ada? Kau masih taruh hati pada sepupu kau tu ke? Dari kecil sampai besar takkan kau tak berubah hati lagi? usik Haiqal sambil tergelak. Yup... aku masih sukakan dia. Tapi kau pun tahu, kan kisah cinta aku ni one sided love aje. Sampai sekarang pun adik sepupu aku tu tak tau yang aku cintakan dia. Cara aku layan dia selama ni pun sama macam cara aku layan seorang adik. Sebab tu sampai sekarang dia tak perasan aku sukakan dia. Emir akui memang sudah lama dia memendam rasa cinta buat sepupunya itu. Tapi dirinya masih tiada keberanian untuk berterus terang. Takkan sampai sekarang kau masih tak bagitau dia? Mana tahu kalau dia pun sukakan kau. Haiqal memberi semangat. Aku masih tak ada kekuatan nak bagitau dia. Akan datang tak tau la. Emir tergelak lagi. Sampai bila kau nak tunggu, Mir? Nanti tak pasalpasal orang lain yang kebas dulu, kata Haiqal lagi. Entah la Haiqal, aku pun tak pasti sampai bila. Aku tak tau macam mana nak mula. Emir berterus terang. Kau kena la yakin, Mir. Terus terang dengan sepupu kau tu tentang perasaan kau yang sebenarnya pada dia. Lagi cepat kau cakap, lagi bagus. Kata la sekalipun kalau sepupu kau tu minat pada sesiapa, sekurang-kurangnya kau boleh tau lebih awal. Tak ada la kau terus mengharap macam ni, nasihat Haiqal pula.

70

Cempaka Qistina

Tengok la dulu macam mana. Emir tergelak kecil. Haiqal juga ikut tergelak memandang rakannya itu. Kelakar la kita nikan? Tadi aku yang nasihatkan kau, sekarang ni kau yang nasihatkan aku pulak, kata Emir yang masih dengan sisa tawanya. Biasa la tu... kawan-kawan.... Ujar Haiqal di hujung sisa tawanya.

HAIQAL tersandar lemah di keretanya. Wajahnya diraup beberapa kali. Sejak kebelakangan ini prestasi kerjanya semakin merosot. Entahlah, fikirannya sering sahaja terganggu. Kerjanya tidak mampu disiapkan dengan segera. Bayangan wajah Dania sentiasa menabiri ruang matanya. Walaupun segala kisah hidupnya sudah diceritakan kepada Emir namun, hatinya tetap tidak tenang. Terasa begitu sukar hidupnya kebelakangan ini. Tidak mungkin perkara ini akan berakhir dengan begitu mudah. Haiqal tidak pernah menyangka segalanya akan bertukar begini. Tidak pernah lagi sebelum ini hidupnya tidak keruan disebabkan seorang perempuan. Dahulu hatinya memang keras, ego lelakinya terlalu tinggi. Pada mulanya, Dania sekadar sama seperti perempuan yang lain, langsung tiada sebarang makna buat dirinya. Tetapi selepas apa yang telah berlaku antara dirinya dan Dania, Haiqal terasa dirinya pula dibelenggu rasa bersalah yang tidak sudah atas perbuatannya terhadap Dania. Masih Haiqal ingat dengan jelas wajah Dania yang mengalirkan air mata pagi itu. Ketika itulah ego lelakinya kalah dengan permainan yang diciptanya sendiri.

71

Dia Yang Kucari

Bagaimanalah agaknya keadaan Dania kini? Entah di mana pula gadis itu berada kini. Sejak Dania hilang tempoh hari, Haiqal tetap berharap dan masih cuba untuk mencari Dania. Sudah beberapa kali Haiqal pergi semula ke rumah Dania, berharap benar agar gadis itu dapat ditemuinya di situ. Namun, sebanyak itu jugalah dia kecewa dan semakin hampa. Harapan yang hanya tinggal harapan. Kelibat Dania langsung tidak kelihatan di rumah itu. Pernah juga Haiqal terfikir, perlukah dia menghentikan sahaja segala usaha pencariannya selama ini? Adakah dirinya harus pasrah sahaja dengan ketentuan ini? Mungkin benar kata Emir, masih belum masanya lagi untuk dirinya bertemu semula dengan Dania. Selagi nyawa dikandung badan, selagi itulah adanya peluang untuk dirinya bertemu semula dengan Dania. Ingatannya terhadap Dania tidak mungkin dapat dipadam begitu sahaja. Selagi rasa bersalah dan rasa berdosa ini tidak surut dari hatinya, selagi itulah dirinya tidak akan berhenti berharap.

72

Cempaka Qistina

Bab 9
APANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUALA LUMPUR menyambut kepulangan Puan Syarifah dan Encik Hisyam dengan suasana yang agak lengang. Kebetulan tidak ramai orang yang berada di situ pada ketika ini. Puan Syarifah memandang sekeliling. Sudah ada perubahan di sini, tidak sama lagi seperti dahulu ketika dia meninggalkan Kuala Lumpur. Sudah lebih lima tahun dia dan suaminya berada di perantauan dan selama itu jugalah dia telah meninggalkan bumi Malaysia. Puas sudah Puan Syarifah dan Encik Hisyam duduk di negara orang, kini tiba masanya untuk mereka pulang dan kembali semula ke tanah air. Rasa sayu menjentik tangkai hati Puan Syarifah apabila menjejakkan semula kakinya di bumi kelahirannya ini. Terasa terubat rindunya kepada tanah air sendiri. Maklumlah, sudah lama dia menetap di bumi asing. Puan Syarifah terasa air matanya hampir menitis, kepulangannya semula ke sini kali ini dirasakan benar-benar lain. Entahlah,

73

Dia Yang Kucari

dia sendiri tidak mengerti dengan perasaannya saat ini. Suaminya yang masih setia berada di sisinya kelihatan tenang sahaja. Telah banyak pengajaran yang diperoleh oleh Puan Syarifah dan suaminya selama hidup di negara orang. Di sanalah juga Puan Syarifah dan Encik Hisyam lebih mengenali Tuhan. Dahulu, ketika berada di Malaysia, Puan Syarifah tidak pula sedar akan hidupnya yang sering melupakan Maha Penciptanya. Dia dan suaminya kini sudah mendapat pengajaran dan mereka suami isteri sudah berubah kini. Cuba untuk menjadi khalifah yang lebih baik di muka bumi Allah ini selagi masih diberi kesempatan untuk terus hidup. Apa yang terjadi dahulu biarlah terus menjadi pengajaran buat mereka suami isteri. Kini, Puan Syarifah dan Encik Hisyam lebih banyak mendekatkan diri kepada Allah. Mereka tidak lagi sibuk seperti dahulu dan terlalu mementingkan urusan dunia berbanding urusan dengan Tuhan. Syukur, mereka suami isteri masih diberi kesempatan dan peluang untuk berubah sebelum terlambat. Perkenalan mereka dengan Ustazah Azizah, merupakan jiran yang tinggal bersebelahan rumah ketika di London telah banyak membantu mereka kembali mendekatkan diri kepada Tuhan. Ustazah Azizah dahulunya merupakan guru yang mengajar agama di sekolah menengah. Dia berhenti mengajar apabila suaminya terpaksa bertugas di London. Sehingga kini Ustazah Azizah dan suaminya masih lagi menetap di Londan kerana suaminya, Encik Tajuddin masih lagi bertugas di pejabat kedutaan Malaysia di sana. Ustazah Azizahlah yang telah banyak membimbing Puan Syarifah kembali semula ke pangkal jalan. Kalau bukan kerana jasa Ustazah Azizah, belum tentu Puan Syarifah

74

Cempaka Qistina

mampu berubah seperti hari ini. Apa pun Puan Syarifah tetap memanjatkan rasa syukurnya yang tidak terhingga.

EMIR sedang berbincang dengan Suzzy tentang kertas kerja yang berada di hadapannya. Perbincangan antara dia dan Suzzy sudah pun hampir selesai. Tiba-tiba terdengar ketukan di pintu biliknya. Serentak itu, terjengul muka Haiqal di muka pintu. Haiqal sedikit terkejut apabila melihat Suzzy berada di dalam bilik Emir ketika itu. Sudahlah sesuka hati sahaja membuka pintu. Mana nak tahu Suzzy berada di dalam bersama Emir. Salahnya juga kerana main serbu macam tu aje. Sorry, Mir... aku tak tau kau ada guest. Tak apa la. Aku keluar dulu, tak nak ganggu korang berbincang, kata Haiqal, menyedari kesilapan dirinya. Eh Haiqal, masuk la. Kebetulan kita orang dah siap bincang pun. Emir menahan Haiqal yang ingin melangkah keluar. Suzzy, awak boleh keluar sekarang. Rasanya cukup sampai sini saja untuk hari ini. Emir memberi arahan kepada Suzzy. Baik Encik Emir, saya keluar dulu. Suzzy berkata dengan sopan sebelum melangkah keluar. Sempat dia tersenyum kecil kepada Haiqal. Kebetulan aku ada urusan dekat pejabat kau ni, sebab tu la aku datang. Tak tau pulak kau tengah berbincang dengan Suzzy tadi. Sorry la aku dah ganggu korang, ucap Haiqal. Hal kecil aje la. Emir tergelak kecil.

75

Dia Yang Kucari

Haiqal memandang wajah Emir. Rakannya itu kelihatan gembira sekali. Entah apalah yang seronok sangat sampai senyuman tak lekang di bibir. Kau ni kenapa? Dari tadi tersengih-sengih. Dah macam kerang busuk aje aku tengok. Haiqal bertanya, hairan. Emir tidak menjawab. Sebaliknya gelengan kepala sahaja dihadiahkan sebagai jawapan kepada pertanyaan Haiqal. Bibirnya pula tidak putus-putus mengorak senyuman ceria. Aku tanya tak nak jawab. Dah tu tersengih-sengih sorang-sorang. Kau ni dah tak betul ke? Haiqal menggelengkan kepalanya. Geram juga dengan sikap Emir yang dari tadi menyengih tak bertempat. Entah apalah yang seronok sangat tu. Tak nak pulak beritahu. Ala... kau ni salah ke kalau aku happy? Kalau aku sedih karang bukan ke kau jugak yang susah hati tengok aku macam tu, kata Emir sambil tergelak perlahan. Kalau dah gembira sangat cepat la cerita dengan aku. Nak jugak aku tau apa yang buat kau happy sangat tu. Tertanya-tanya juga Haiqal apa yang membuatkan rakannya yang seorang ini gembira semacam aje. Tak ada apa pun sebenarnya. Well, lambat-laun kau akan tau jugak nanti. Emir masih ingin berahsia. Senyuman gembira masih jelas terpancar di wajah Emir. Haiqal mengangkat bahunya. Tidak mahu memaksa. Kalau dah begitu kata Emir, apa boleh buat. Lagipun seperti kata Emir, lambat-laun pasti perkara tersebut sampai juga ke telinganya. Kau tu datang sini takkan la nak cakap pasal tu aje. Mesti ada benda lain yang kau nak cakap dekat aku, kan?

76

Cempaka Qistina

Cakap cepat apa dia? Tengok muka kau aje aku dah tahu, ni mesti ada sesuatu, kan? tanya Emir. Aku saja datang sini nak jumpa kau. Kau tu pulak asyik tersengih aje, bukannya nak kongsi dengan aku pun, jawab Haiqal dengan nada merajuk. Takkan merajuk kut? Emir sekadar mengusik. Aku ni bukannya perempuan la nak merajuk tak tentu pasal. Haiqal menafikan kata-kata Emir. Sambil itu Haiqal sempat lagi melihat Emir yang sedang tersengih suka tanpa sebab. Emir tersenyum-senyum, mempamerkan wajah tidak bersalahnya. Kepalanya yang tidak gatal digaru perlahan. Dah lama peristiwa tu berlaku. Dah makan masa bertahun. Kau macam mana sekarang? Haiqal sekadar tersenyum nipis. Memang sudah beberapa tahun peristiwa itu berlalu namun, sehingga kini dirinya masih tidak mampu melupakan Dania. Okey la Emir, aku ada hal lain lagi ni. Aku balik dulu la. Ujar Haiqal lalu bangun melangkah keluar daripada bilik Emir. Emir hanya mengangguk dan pemergian Haiqal dengan ekor matanya. menghantar

HAIQAL melangkah menuju ke keretanya yang diparkir tidak jauh dari ofis Emir. Sambil Haiqal berjalan matanya tertumpu kepada seorang gadis yang leka memandang telefon bimbitnya yang berada di tangan. Tanpa gadis itu sedari, hampir sahaja tubuh tegap Haiqal dilanggarnya. Hampir terlepas telefon bimbit yang berada di tangan gadis itu akibat terkejut.

77

Dia Yang Kucari

Errr... sorry.... Gadis itu berkata perlahan. Haiqal sekadar tersenyum. Semakin lebar senyumannya melihat gadis yang tidak diketahui nama itu sedikit menggelabah. Tak apa... hal kecil aje. Balas Haiqal bersahaja. Sayangnya, Haiqal tidak sempat langsung melihat wajah gadis itu dengan jelas. Gadis itu tergesa-gesa meninggalkan dia di situ tanpa sedikit pun menoleh ke arahnya semula.

78

Cempaka Qistina

Bab 10
WAN mendung beransur-ansur berarak pergi. Mentari yang tadinya bersembunyi di sebalik awan, kembali menjelmakan diri. Bumi yang tadinya basah ditimpa hujan, kembali panas apabila disimbah cahaya mentari. Jam baru sahaja merangkak ke angka sebelas setengah pagi. Haiqal berdiri sambil melihat pemandangan gah kota metropolitan Kuala Lumpur yang terbentang luas di hadapan mata. Pemandangan alam menjadi begitu indah dan mempesonakan selepas dibasahi hujan. Kelihatan beberapa ekor burung berterbangan bebas. Kesibukan kota tidak sedikit pun memberikan kesan terhadap makhluk ciptaan Tuhan itu. Haiqal sukakan suasana hening sebegini. Begitu damai dan mengasyikkan. Dipandang lagi titik-titik kecil air hujan yang menitik jatuh ke bumi. Jernih bak mutiara. Bersinar apabila dipanah cahaya matahari. Ketenangan yang Haiqal rasakan kini rupa-rupanya bukan miliknya yang kekal. Kenangan lalu tiba-tiba mengganggu fikirannya. Membawa pergi ketenangan yang

79

Dia Yang Kucari

baru bermukim di hatinya. Satu per satu rentetan perjalanan hidupnya terlayar di ruang minda. Andainya hujan ini dapat membawa pergi segala dosaku.... Haiqal menundukkan kepalanya, mengeluh sendirian. Sampai bila dia harus berperasaan begini? Tidak bolehkah segalanya hilang begitu sahaja? Haiqal masih tidak jemu menikmati pemandangan luar yang masih kelihatan lembap. Bumi Allah ini kelihatan bercahaya dan tenang selepas dibasahi hujan. Segala kekotoran dibawa pergi. Alangkah bertuahnya jika hujan ini mampu memadam segala dosa silamnya sepertimana bumi Allah ini kelihatan bersih selepas hujan. Bukankah elok jika hujan ini mampu menyucikan dirinya daripada semua noda hitam? Tidaklah dirinya akan terus terbeban dengan rasa bersalah ini. Tak mungkin semudah itu.... Haiqal merintih perlahan. Tiba-tiba Haiqal tersenyum sinis. Mampukah dia berubah? Berubah menjadi insan yang lebih baik. Terus terang dia masih belum bersedia meninggalkan cara hidupnya kini. Mampukah dalam sekelip mata segala keseronokan dunia ini ditinggalkan begitu sahaja? Rasanya tidak mudah untuk Haiqal melakukan perubahan yang drastik dalam hidupnya. Perlahan-lahan keluhannya dilepaskan, cuba melepaskan lelah di dada. Terasa seperti satu bebanan perasaan yang begitu menekan. Kata orang, pelangi akan muncul selepas hujan di tengah hari. Sepertimana hatinya yang ditimpa hujan ketika ini. Adakah pelangi itu akan mucul mewarnai hatinya kelak? Alangkah indahnya jika pelangi itu mengusir pergi awan mendung yang masih berada di hatinya. Sepertimana

80

Cempaka Qistina

indahnya pelangi yang dilihat ketika ini, menerangi langit yang tadinya mendung ditimpa hujan. Semoga suatu hari nanti pelangi itu akan menerangi seluruh hatinya yang kini dirasakan kosong dan sunyi. Haiqal berharap benar agar dirinya tidak lagi dibalut luka dengan kenangan silam yang sentiasa mengganggu ketenangannya selama ini. Dania.... Sekali lagi nama itu meniti di bibir Haiqal. Jiwanya dicengkam pilu setiap kali mengingati gadis tersebut. Kenapa sejak akhir-akhir ini ingatannya sering saja kepada Dania? Sering saja wajah Dania bermain di mindanya. Senyuman Dania sentiasa menabiri ruang matanya. Masihkah dia ingat kepada diri Haiqal? Satu-satunya gadis yang meninggalkan kesan paling mendalam dalam hidupnya. Mana mungkin semudah itu Haiqal dapat melupakan Dania. Tidak pernah sesaat pun gadis tersebut hilang daripada ingatannya. Sudah lama kejadian itu berlaku. Hari demi hari, tahun demi tahun. Namun, berita mengenai Dania langsung tidak diketahuinya. Segala-galanya masih segar di ingatannya, bagaikan baru semalam ia terjadi. Satu peristiwa yang begitu disesalinya sehingga kini. Peristiwa yang tidak mungkin dapat dilupakan daripada lipatan sejarah hidupnya. Di mana dia sekarang? Haiqal sendiri tiada jawapannya. Pertemuan mereka dahulu terlalu singkat namun, memberi impak yang besar kepada kehidupannya kini. Terasa rindu kepada gadis tersebut. Bahkan rasa rindu itu semakin mendalam dari sehari ke sehari. Haiqal terasa semakin berdosa terhadap Dania setiap kali kenangan silam itu menerjah ingatannya. Bagaimanakah caranya untuk menebus segala dosanya terhadap Dania?

81

Dia Yang Kucari

Lamunan Haiqal terhenti apabila terdengar bunyi ketukan di pintu. Haiqal melangkah ke arah meja kerjanya dan kembali duduk di atas kerusi empuk miliknya. Kot biru gelap yang membaluti tubuhnya dibetulkan agar kelihatan lebih kemas. Masuk! Haiqal memberi arahan. Terjengul muka Lisa di sebalik pintu. Slack hitam dan kemeja pink cair dipadankan dengan kasut tumit tinggi menyerlahkan penampilannya. Sesuai benar dengan jawatan yang disandangnya kini. Ada apa, Lisa? Haiqal mengangkat kepala, matanya diarahkan ke wajah Lisa yang sudah pun berdiri di hadapannya. Encik Haiqal, petang ni pukul tiga kita ada perjumpaan dengan wakil Syarikat Khazanah Holdings. Lisa mengingatkan Haiqal. Haiqal mengangguk. Dia sudah berpesan kepada Lisa pagi tadi agar mengingatkan dirinya mengenai janji temu tersebut. Lisa mengatur langkah menuju ke pintu setelah memberitahu maklumat penting kepada bosnya. Haiqal hanya memandang. Ingatan terhadap Dania beransur-ansur berlalu pergi. Haiqal mengeluh seketika, cuba mengusir pergi kenangan yang tiba-tiba datang menjelma. Dia mencapai fail yang diletakkan di atas meja. Sehelai demi sehelai isi kandungan fail itu diselak dan diteliti. Tiba-tiba telefon bimbit Haiqal berbunyi nyaring menandakan ada panggilan masuk. Tanpa melihat nama si pemanggil, Haiqal terus menekan butang answer. Kenapa you buat I macam ni, Haiqal? Suara Linda

82

Cempaka Qistina

menerjah di hujung talian. Sengaja mahu melepaskan rasa tidak puas hatinya. Haiqal menjarakkan sedikit telefon bimbit tersebut daripada telinganya. Sakit gegendang telinganya apabila tibatiba saja diterjah oleh suara Linda yang agak kuat. I buat apa? tanya Haiqal sedikit kasar. You tahu, kan I ada call you banyak kali? You sengaja tak nak jawab, betul tak? marah Linda. Sakit hatinya mengenangkan sikap endah tak endah Haiqal. Lenguh jarijemarinya mendail nombor Haiqal berkali-kali. Bukan setakat hari ni sahaja malah sebelum ini pun sama. Kan I dah jawab ni. You nak apa call I ni? tanya Haiqal bernada bosan. Memang dia malas mahu melayan panggilan telefon daripada Linda. Kenapa sekarang ni susah sangat I nak jumpa you? Nak jawab panggilan telefon I pun payah. Bila I ajak keluar, you tak nak. Dulu tak macam ni pun, rungut Linda. Kalau dulu senang aje. Tapi sekarang bukan setakat susah nak jumpa, nak dengar suara pun payah. I tengah sibuk la sekarang ni, banyak kerja. Lagipun you tak pernah complaint pun sebelum ni. Kenapa sekarang nak marah pulak? Kata Haiqal dengan selamba. Rimas dengan sikap Linda yang mengada-ada. Tapi you tak patut buat I macam ni. At least bila I call, jawab la.... Haiqal sudah mula bosan. Suka hati la nak jawab ke tak nak jawab ke. Yang Linda sibuk tu buat apa? Linda, I tengah ada kerja ni. You pun tak ada perkara penting nak cakap pada I, kan? Okey la Linda, bye! Haiqal memutuskan talian. Menyesal dia menjawab panggilan

83

Dia Yang Kucari

daripada Linda sebentar tadi. Buat semak kepala aje. Telefon bimbitnya sekali lagi berbunyi nyaring. Tertera nama Linda di skrin telefon. Haiqal membiarkan sahaja telefon bimbitnya terus berbunyi sehinggalah panggilan tersebut mati begitu sahaja.

HAIQAL dan Lisa sudah sampai di tempat yang dijanjikan. Mereka sedang menunggu wakil dari Syarikat Khazanah Holdings. Tidak sampai lima minit menunggu, kelihatan kelibat wakil dari Syarikat Khazanah Holdings. Haiqal tersenyum penuh kelegaan. Apa khabar, Encik Haiqal? Dah lama ke tunggu? Rasanya kami tak lambat, kan? Azean bertanya ramah kepada Haiqal dan Lisa. Tangannya dihulurkan untuk bersalaman dengan Lisa, pembantu Haiqal yang akan bersama-sama menguruskan projek mereka di Sepang nanti. Fine, thank you. Memang tak lambat, tepat seperti yang dijanjikan. Haiqal tersenyum senang. Dalam pada itu ada sesuatu yang lebih menarik perhatian Haiqal. Matanya terpaku memandang rakan sekerja Azean. Cantik orangnya, tak pernah lihat pun sebelum ni. Rasanya ini baru pertama kali mereka bertemu. Gadis itu benar-benar menarik perhatiannya. Perkenalkan ini Maisara, rakan sekerja saya yang baru. Azean memperkenalkan Maisara kepada Haiqal dan Lisa. Yang ni pulak Encik Haiqal, selaku pengurus projek di Sepang nanti. Yang cantik manis ni Lisa, pembantu Encik Haiqal, terang Azean kepada Maisara.

84

Cempaka Qistina

Lisa, selamat berkenalan. Lisa tersenyum ramah memperkenalkan dirinya sambil menyambut huluran tangan Maisara. Haiqal menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Maisara. Ameer Haiqal. Just call me Haiqal. Nice to meet you Cik Maisara. Harap lepas ni kita dapat bekerjasama dengan baik. Haiqal tersenyum kecil. Sorry, Encik Haiqal, saya.... Maisara tidak menghabiskan kata-katanya. Dia berharap yang lelaki itu akan faham sendiri. Tangan Haiqal dibiarkan sahaja tidak bersambut. Seboleh mungkin dia tidak mahu Haiqal salah faham ataupun berkecil hati. Tak apa, saya... faham. Haiqal segera menarik tangannya kembali. Seboleh mungkin Haiqal cuba mengawal riak wajahnya. Macam manalah boleh lupa. Orang yang bertudung macam Maisara ni tentulah lain sikit. Buat malu aje. Haiqal mengutuk dirinya sendiri. Walau apa pun, Haiqal kagum dengan Maisara. Pandai membawa dan menjaga diri ke mana sahaja gadis itu pergi. Gadis di hadapannya ini tentulah lain daripada manamana perempuan yang pernah ditemuinya sebelum ini. Wajah Maisara direnung lagi. Bagaikan ada sesuatu pada Maisara yang membuatkan Haiqal terus merenung gadis tersebut. Ah, tak mungkinlah... detik hati kecil Haiqal. Encik Haiqal ingat lagi Taufiq, kan? Sara yang akan menggantikan Taufiq untuk projek di Sepang ni, terang Azean, cuba menghilangkan rasa serba salah Haiqal. Hmmm... Taufiq... dah tentu ingat. Haiqal mengangguk beberapa kali. Di ruang matanya terbayang wajah anak muda yang begitu komited terhadap kerjanya.

85

Dia Yang Kucari

Seketika kemudian perbincangan dimulakan. Maisara tidak banyak bercakap. Dirinya lebih banyak mendengar untuk lebih memahami memandangkan tugas ini baru diambil alih daripada Taufiq. Dia hanya menambah apabila perlu sahaja. Azean yang lebih banyak memainkan peranan berbincang dengan Haiqal dan Lisa. Selesai perbincangan, Azean dan Maisara meminta diri terlebih dahulu. Cuma Haiqal dan Lisa sahaja masih di tempat duduk mereka. Haiqal hanya memerhatikan sahaja Maisara dan Azean yang berlalu pergi.

KETIKA dalam perjalan pulang, mulut Azean becok bertanya itu dan ini. Tak boleh duduk diam langsung. Ada sahaja perkara yang ingin diperkatakannya. Apesal kau diam aje waktu perbincangan tadi? Cakap pun bila perlu aje. Kenapa ek? Takkan kau segan dengan Encik Haiqal tu? Azean bertanya kehairanan. Wajah Maisara dipandang lama. Aku, kan baru aje ambil tugas ni. Jadi, aku guna masa ni untuk aku study betul-betul pasal projek ni. Akan datang senang la aku nak buat kerja. Faham? Maisara ketawa apabila Azean menganggukkan kepalanya berkali-kali. Kelakar betul, macam aksi budak tadika pun ada. Ooo.... Azean menjawab tanda mengerti. Tetapi suara Azean lain macam saja bunyinya. Macam orang tak percaya sahaja lagaknya. Lagipun nikan pertama kali aku jumpa diorang,

86

Cempaka Qistina

tak biasa lagi. Lain la macam kau, peramah. Kau pun tentu dah biasa dengan Encik Haiqal dan Cik Lisa tu, kata Maisara sambil memandang Azean. Hmmm... betul la tu. Aku memang dah selalu sangat jumpa dengan Encik Haiqal tu. Kebetulan ni bukan projek pertama kita orang bekerjasama. Lagipun Encik Haiqal tu memang selalu datang ofis kita. Kau tak perasan ke? tanya Azean lagi. Selalu datang ofis kita? Tapi kenapa aku tak pernah jumpa dia pun sebelum ni? Maisara berkata dengan wajah kehairanan. Tidak pernah pula dia bertembung dengan Haiqal di pejabat mereka kalau benarlah lelaki itu kerap datang. Mungkin sebab kau baru lagi kerja. Lagipun Encik Haiqal tu selalunya berurusan terus dengan Datuk Othman, bapa saudara kau tu. Kalau dia ada datang pun mungkin kau tak perasan. Kebetulan kebelakangan ni dia dah jarang datang, terang Azean. Maisara mengangguk. Mungkin benar kata Azean. Barulah dia tahu duduk perkara sebenar. Kalau kau nak tau, Encik Haiqal tu pekerja kesayangan. Bos dia, Tengku Ismail tu sanggup bayar tinggi semata-mata nakkan Encik Haiqal tu terus bekerja dengan dia. Orang profesional la katakan. Sebab tu la ramai yang suka bekerja dengan dia. Buat kerja pun tip top, puji Azean sambil menaikkan ibu jari kanannya. Kalau macam tu tinggi la payment dia. Maisara mengangkat keningnya. Tau tak apa. Aku dengar keluarga dia ada syarikat sendiri, tapi dia tetap kerja dengan Tengku Ismail. Orang nak cari pengalaman la katakan. Azean tergelak sendiri. Tapi, kan... dari tadi aku perasan dia asyik tengok

87

Dia Yang Kucari

kau aje. Tak berkelip-kelip mata dia pandang kau. Janganjangan dia suka dekat kau tak? Azean serkap jarang. Merepek la kau ni. gelengkan kepalanya beberapa kali. Maisara menggeleng-

Eleh... merepek konon, usik Azean lagi sambil tersengih-sengih. Maisara terdiam seketika. Tidak mengulas usikan Azean sebentar tadi. Kau ni kenapa pulak, Sara? Boleh pulak kau termenung aje sambil aku tengah bercakap. Sempat jugak kau berkhayal ek? sergah Azean agak kuat. Azean menggelengkan kepalanya. Buat habis air liur aje. Ruparupanya dia bercakap sorang-sorang. Pelik benar perangai Maisara hari ini. Maisara tersentak daripada lamunannya apabila ditegur oleh Azean. Dah la, jom balik. Ajak Maisara. Azean di belakang hanya menggeleng. Dituruti langkah Maisara yang sudah pun dua langkah di hadapannya.

MAISARA singgah sebentar di Seven Eleven ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya. Ketika itu jam sudah menunjukkan angka lapan malam. Ada barang yang hendak dibelinya. Tambahan pula tekaknya tiba-tiba terasa dahaga. Maisara mencapai barang yang ingin dibelinya. Sesudah itu kakinya melangkah menuju ke kaunter untuk membuat bayaran. Ketika Maisara ingin melangkah keluar, dia hampir terlanggar seorang lelaki muda yang ingin masuk ke dalam

88

Cempaka Qistina

Seven Eleven tersebut. Saat itu juga terlepas plastik barang daripada pegangan tangan Maisara. Errr... cik... minta maaf, ucap lelaki yang hampir dilanggar oleh Maisara itu. Maisara tidak sempat memandang wajah lelaki yang hampir dilanggarnya itu. Tubuhnya menunduk sedikit untuk mengambil beg plastik yang sudah terjatuh. Baru sahaja tangan Maisara ingin mencapai beg plastik, tiba-tiba dia terdengar namanya disebut oleh lelaki itu. Cik Sara? Suara lelaki itu penuh nada kejutan. Maisara segera mengangkat wajahnya, ingin melihat gerangan lelaki yang menyebut namanya itu. Dahinya dikerutkan. Haiqal? Awak rupanya.... Haiqal tergelak perlahan. Maisara mengetap bibirnya. Pertemuan yang tidak disangka-sangka. Sorry... saya betul-betul tak perasan awak nak keluar tadi. Haiqal memohon maaf. Hal kecil aje. Ujar Maisara yang cuba beriak bersahaja. Ada barang yang rosak tak? Saya gantikan semula. Haiqal memandang barang yang berada di dalam beg plastik yang dipegang oleh Maisara. Tak ada apa yang rosak pun, semuanya elok lagi. Maisara menjawab dengan tenang pertanyaan Haiqal itu. Haiqal tersenyum lega. Wajah Maisara direnung lagi. Sejak pertemuan mereka tempoh hari dirinya bagaikan tidak dapat melupakan Maisara. Sering sahaja wajah Maisara bermain di mindanya. Saya... balik dulu. Maisara cuba memaniskan

89

Dia Yang Kucari

wajahnya. Tidak betah dia berlama-lama di situ apatah lagi setelah melihat Haiqal yang merenung dirinya sebegitu rupa. Betul-betul membuatkan dia rasa tidak selesa. Haiqal ingin menahan. Entah kenapa Maisara nampak seperti tergesa-gesa sahaja. Langkah Maisara sudah semakin jauh. Akhirnya Haiqal hanya mampu memerhatikan sahaja Maisara yang semakin menghilang daripada pandangan matanya.

90

No. ISBN:- 978-967-0448-33-6 Jumlah muka surat:- 608 Harga Runcit:- S/M: RM23, S/S: RM26 Harga Ahli:- S/M: RM19, S/S: RM22 Sinopsis:Pertemuan Dania dan Haiqal bermula di sebuah kelab malam yang terkenal di ibu kota. Dania seorang gadis lincah sering menghabiskan masanya di kelab malam. Manakala bagi Haiqal pula kelab malam ini adalah tempat untuknya berhibur. Sikap Dania yang tidak mengendahkan Haiqal benar-benar membuatkan Haiqal tercabar. Dalam diam dan tanpa sedar Haiqal sudah jatuh hati kepada Dania. Haiqal bertekad untuk menundukkan Dania. Dania yang merupakan anak tunggal kurang mendapat kasih sayang daripada keluarga. Menghabiskan masa di kelab malam merupakan cara untuk membuang rasa

bosan apabila dirinya sering ditinggalkan oleh papa dan mamanya yang sentiasa sibuk bekerja. Pertemuan kedua Dania dengan Haiqal terus disambar oleh Haiqal apabila dia mendapat tahu hubungan Zack dan Dania bermasalah hingga masing-masing terlanjur. Dania sekeluarga kemudiannya berpindah ke London tanpa pengetahuan sesiapa pun. Haiqal yang menyesali tindakannya, cuba mencari Dania tetapi gagal. Lima tahu berlalu. Atas urusan kerja Haiqal berkenalan dengan Maisara, seorang gadis yang sopan bertudung. Maisara berbeza dengan gadis-gadis yang pernah dikenalinya sebelum ini. Sedikit sebanyak kehadiran Maisara telah menarik perhatian Haiqal. Dalam masa yang sama Haiqal sering berpelesiran dengan Linda. Bagi Haiqal hubungannya dengan Linda sekadar suka-suka, tetapi tidak pula bagi Linda. Dengan penuh harapan Linda benar-benar mengharapkan yang Haiqal akan menyukai dirinya. Akhirnya, Haiqal mengetahui Maisara adalah Dania yang dikenalinya lima tahun lalu. Pada hari pertunangan Emir iaitu rakan baik Haiqal, Haiqal dikejutkan dengan berita Maisara adalah tunang rakan baiknya itu. Maisara adalah sepupu kepada Emir. Emir memang mencintai Maisara sejak kecil dan ikhlas menerima Maisara seadanya. Maisara tidak menyangka yang Emir berkawan rapat dengan Haiqal, lelaki yang punya kisah silam bersama dirinya suatu ketika dahulu. Tidak sanggup mahu mengkhianati rakannya sendiri, Haiqal mengkhabarkan rasa hatinya kepada Maisara, tetapi sayang Maisara tidak mempunyai rasa yang serupa. Akhirnya terbuka juga pintu hati Haiqal untuk berubah. Sebelum ini Emir banyak menasihati Haiqal tetapi Haiqal beralasan yang dirinya masih belum bersedia. Haiqal perlahan-lahan berubah dan menjadi lelaki yang lebih baik.

Suratan menentukan Haiqal kemalangan lalu koma. Maisara yang datang bersendirian ketika melawat Haiqal di hospital mengalirkan air mata apabila melihat keadaan Haiqal. Emir yang kebetulan datang ke hospital untuk melawat Haiqal hairan melihat Maisara datang bersendirian dan tidak pula mengkhabarkan kepadanya. Maisara akhirnya memberitahu Emir siapa Haiqal dalam kehidupan silamnya. Demi kebahagiaan Haiqal dan Maisara, Emir mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangannya dengan Maisara. Setelah Maisara sah menjadi isteri Haiqal dugaan datang menimpa. Maisara keguguran. Linda menabur fitnah hingga mengundang kesengsaraan Maisara. Setelah sedar akan kesilapannya, Haiqal segera meminta kemaafan daripada Maisara. Puas Haiqal cuba meyakinkan Maisara yang dirinya tidak akan mengulangi kesilapan yang sama. Namun, Maisara enggan menerima kemaafan suaminya. Kucari dia yang jauh di mata.... rupa-rupanya dia dekat di hati.... Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan DIA YANG KUCARI di rangkaian kedai buku Popular, MPH dan kedai-kedai buku berhampiran anda. Anda juga boleh membeli secara pos atau online dengan kami. Untuk pembelian secara online, sila layari laman web kami di:- www.kakinovel.com. Untuk pembelian secara pos, tuliskan nama, alamat

lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin dilanggan, jumlah naskhah yang dibeli di atas sekeping kertas. Poskan dengan wang pos atau money order (atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE) ke alamat berikut:Kaki Novel Enterprise No. 31-1, Jalan Wangsa Delima 12, DWangsa, 53300 Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Tel:- 03-4149 5337 Faks:- 03-4149 1196