Anda di halaman 1dari 5

BAHAGIAN C (40 MARKAH)

Jawab Dua Soalan Sahaja.

1. Di Malaysia, murid-murid berkeperluan khas diberi hak yang sama untuk menerima pendidikan sama seperti murid-murid normal. Terdapat pelbagai jenis program Pendidikan Khas yang boleh diikuti oleh murid-murid berkeperluan khas mengikut kesesuaian dan keperluan ketidakupayaan yang dialami. (a) Jelaskan dengan contoh empat jenis program Pendidikan Khas yang terdapat di Malaysia.

Sekolah Pendidikan Khas Sekolah yang dikhususkan bagi murid-murid berkeperluan khas bagi kategori Pendengaran dan Penglihatan sahaja. Sekolah tersebut diuruskan sepenuhnya oleh Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia. Program Integrasi Pendidikan Khas Merupakan program yang dibuka di sekolah harian biasa yang mempunyai kelas pendidikan khas yang diubahsuai. Program yang ditawarkan merangkumi ketiga-tiga kategori iaitu, Penglihatan, Pendengaran dan Pembelajaran. Selain itu diwujudkan juga Program Disleksia dan Autisme di beberapa buah sekolah. Program Inklusif Merupakan program di mana murid-murid pendidikan khas yang berkelayakkan belajar bersamasama murid-murid aliran perdana di kelas-kelas biasa, termasuk sekolah-sekolah yang mempunyai program integrasi ataupun sekolah-sekolah yang tidak mempunyai program integrasi yang dibuka 13

oleh JPWPKL. Program Pemulihan Khas Program ini diwujudkan bagi membantu murid-murid yang tidak mampu menguasai 3M ( Menulis, Mengira dan Membaca), ia dibuka di semua sekolah rendah di Kuala Lumpur.

(10 markah) (b) Bincangkan sejauh manakah sistem pendidikan khas di negara kita berusaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas.

(10 markah) 2. Masalah tingkah laku atau gangguan emosi merujuk kepada keadaan di mana ciriciri seperti tingkah laku ganas atau pasif yang berlaku pada tempoh yang lama dan menjejaskan prestasi pembelajaran kanak-kanak (a) Nyatakan perbezaan tingkah laku luaran dan tingkah laku dalaman di kalangan pelajar bermasalah emosi

(10 markah) (b) Bincangkan sejauh manakah faktor persekitaran perkembangan pelajar bermasalah emosi dan tingkah laku. mempengaruhi

14

(10 markah)

3. Alfread Binet (1916) mendefinisikan pintar cerdas sebagai keupayaan dalam pemahaman, membuat pertimbangan dan penaakulan yang baik. (a) Merujuk kepada definisi tersebut, huraikan dengan contoh ciri-ciri kanakkanak yang dikategorikan sebagai kanak-kanak pintar cerdas

Secara ringkasnya ciri-ciri pintar cerdas adalah: a. Pengamatan tinggi Menyedari sesuatu dengan lebih teliti berbanding dengan kanak-kanak yang sebaya dengannya yang mungkin akan terlepas pandang b. Keinginan untuk tahu tinggi Ingin mengetahui semua hal seperti objek, idea, keadaan situasi atau sesuatu acara c. Minat mendalam Mungkin akan menfokus sesuatu perkara yang diminati dalam jangka masa sebulan atau mungkin setahun serta akan menjadi terlampau dalam hal tersebut d. Menerima infomasi dengan pantas Selalu diandaikan seperti span,menyerap segala maklumat dengan cepat dan banyak (10 markah) (b) Sebagai seorang guru, bincangkan mengapakah kanak-kanak yang mempunyai kebolehan intelektual yang tinggi tidak memperolehi kecemerlangan dalam kehidupannya

15

MASALAH PENDIDIKAN PINTAR CERDAS Menurut Munirah (2008) Keperluan untuk membantu kanak-kanak gifted dan talented ini perlu dari segi bantuan kewangan dan khidmat nasihat selain pendidikan khas untuk mereka. Kita tidak mahu nasib kanak-kanak ini terabai apabila tiadanya perhatian dan mekanisme yang terbaik untuk mengembangkan minda mereka. Jika kemiskinan merupakan faktor kanak-kanak pintar cerdas tidak meneruskan pembelajaran, pihak berwajib perlu tampil ke hadapan bagi membantu memberikan sumber kewangan kepada mereka, supaya pemikiran kanak-kanak ini tidak terbantut dan tidak mensia-siakan anugerah kepintaran ini. Tidak semua kanak-kanak pintar cerdas ini terdiri daripada keluarga yang berada dan ada juga mereka yang keluarganya berpendapatan rendah. Jika kewangan tidak disalurkan kepada mereka yang memerlukan untuk tujuan pembelajaran, maka terjadilah keadaan di mana mereka merempat di jalanan atau menjadi peniaga apabila sudah dewasa kerana otak yang pintar tidak dikembangkan dan terbantut begitu sahaja. Ini kerana kita tidak bertindak bersungguh-sungguh dalam menangani isu kanak-kanak pintar cerdas ini. Janganlah kita membiarkan permata yang berharga ini terumbang-ambing kerana permata kalau dibiarkan berhabuk, lama-lama akan menjadi kaca . Suatu ketika dahulu, negara pernah dikejutkan dengan berita seorang kanak-kanak berumur 4 tahun yang mahir membaca akhbar sehingga dijadikan anak angkat Prof. Ungku Aziz. Namun di manakah Mohd Syukri Hadafi berada sekarang?. Ada yang menyatakan beliau sekarang menjadi penjual roti canai. Begitu juga dengan Sufiah Farooq, seorang yang mahir dalam bidang Matematik pada umur 7 tahun sehingga dihantar belajar ke luar negara. Namun setelah tiga tahun berada di Universiti Oxford, beliau melarikan diri dan berkahwin dengan orang Inggeris dan bercerai setahun kemudian. Sesungguhnya negara telah kehilangan aset yang sangat berharga kepada agama dan negara. Mengapakah perkara sebegini terjadi? Perkara ini berkaku kerana kita tidak menghargai otak pintar yang mereka miliki kerana sibuk dengan perbincangan dan percaturan yang dibuat sehingga tiada tindakan yang dilakukan. Pihak berwajib perlu mengambil ikhtibar atas kejadian yang berlaku agar tidak berulang ke atas Adi Putra Abdul Ghani, kanak-kanak pintar Matematik. Menurut Hollingworth dan McLoughlin (2001) telah memberi gambaran terperinci lima masalah atau cabaran yang terpaksa dihadapi oleh kanak-kanak ini iaitu: a. Mendapatkan tugasan yang mencabar di sekolah b. Bersabar dengan orang yang tidak secerdiknya (to suffer fools gladly) c. Mengelakkan sikap sinis / negatif terhadap autoriti d. Menentang kecenderungan mengasingkan diri (daripada orang lain yang tidak secerdiknya) dan e. Mengelakkan pembentukan sikap suka menipu dan memanipulasi orang lain. Hollingworth dan 16

McLoughlin (2001) juga mendapati kebanyakan pelajar pintar cerdas bersikap dingin (apathetic) kerana mereka merasa kecewa dengan persekitaran sekolah. Berpunca daripada perkembangan yang terlalu awal dalam lokus kawalan dalaman dan kepuasan hasil kerja sendiri, mereka menghadapi masalah untuk patuh kepada norma, menafikan pengiktirafan luaran dan memilih untuk menjalani hidup mengikut nilai sendiri. Semua tingkah laku tersebut dianggap oleh orang lain sebagai mencabar autoriti dan tradisi. Kegagalan pihak sekolah memberi perhatian yang wajar kepada pelajar pintar cerdas ini kerana menganggap mereka tidak perlu diberi program pendidikan dan bimbingan yang khusus. Berikut adalah gambaran keadaan guru yang merasa tertekan untuk mengakui keupayaan kanak-kanak pintar cerdas: RUMUSAN Kementerian Pelajaran telah menyediakan ruang untuk kanak-kanak keperluan khas menikmati pembelajaran seperti kanak-kanak biasa dengan mewujudkan Sekolah Pendidikan Khas. Oleh itu, kanak-kanak pintar ini juga tidak boleh dikecualikan dan mereka selayaknya mendapat pendidikan yang sesuai mengikut tahap minda mereka seperti kanak-kanak lain. Perlunya keperluan pendidikan untuk kanak-kanak pintar cerdas ini agar mereka dapat menikmati pembelajaran yang kondusif. Semua pihak perlu memainkan peranan untuk membentuk kanak-kanak pintar cerdas ini menjadi seorang ilmuan yang dapat menyumbang kepada negara. Mereka ini perlu dibimbing dengan kefahaman agama yang sempurna dari segi rohani dan jasmani agar kelak tidak tersasar daripada

(10 markah)

17