Anda di halaman 1dari 16

1

ETNIK CINA DI MALAYSIA a) Sejarah Orang Cina Malaysia merupakan golongan penghijrah orang Cina dari luar negara, yang rata-ratanya berasal dari Republik China. Penghijrahan mereka berlangsung sekitar abad ke-15 sehingga pertengahan abad ke-20. Awal penghijrahan mereka ini membentuk suku kaum Cina Peranakan yang mengamalkan adat dan budaya Melayu.

Pada abad ke-15, faktor perkahwinan menjadi faktor pencetus kedatangan orang Cina ke Malaysia. Perkahwinan Puteri Hang Li Po dengan Sultan Melaka, Sultan Mansur Syah membawa kepada kedatangan golongan bangsawan, pengikut-pengikut dan hambahamba dari negara China yang kebanyakannya berasal dari wilayah Fujian dan Guandong. Perkahwinan mereka dengan penduduk tempatan menjadi susulan daripada perkahwinan Puteri Hang Li Po dengan Sultan Mansur Syah yang kemudiannya membentuk suku kaum Cina Peranakan. Kaum Cina Peranakan ini mengamalkan adat dan budaya Melayu tetapi masih mengekalkan amalan agama Cina.

Pada abad ke-19 pula, penghijrahan orang Cina ke Tanah Melayu adalah atas faktor ekonomi dan pendatang-pendatang abad ini mengekalkan adat Cina secara menyeluruh. Kebanyakan mereka berhijrah untuk bekerja sebagai buruh terikat melalui perjanjian bertulis dan mereka dikenali sebagai kuli. Selebihnya datang secara bebas untuk bekerja. Mereka membentuk penempatan di Perak dan Selangor, terutamanya di kawasan-kawasan yang terdapat lombong bijih timah. Mereka bekerja sebagai buruh lombong di bawah sokongan British.

b) Agama Terdapat beberapa agama anutan orang Cina di Malaysia; antaranya adalah Buddha, Kristian, Hindu, Islam, Taoisme, Konfucianisme, Iktikad Bahai, Atheisme,

Freethinker. Majoriti orang Cina di Malaysia menganuti agama Buddha atau Taoisme. Masyarakat Cina menerima ajaran Buddha kerana ianya bersifat terbuka dan senang difahami, serta atas faktor kepercayaan bahawa beragama menenangkan masyarakat Cina yang berada dalam kesusahan disebabkan berlaku peperangan dan huru-hara di negara asal mereka.

c) Budaya Masyarakat Cina di Malaysia mempunyai keunikan adat dan budaya mereka yang tersendiri. Keunikan ini dipengaruhi oleh persekitaran dan alam sekeliling yang menjadi faktor kebergantungan kepada nasib. Antara adat resam dan pantang larang yang diamalkan oleh masyarakat Cina adalah ketika waktu mengandung dan selepas lahir.

Ketika waktu mengandung, wanita hamil tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja seperti memaku kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan mengalami kecacatan. Selain itu, mereka harus menjaga tingkah laku seperti tidak menggunakan kata-kata kesat serta tidak memukul binatang bagi menghindari bayi terkena badi. Wanita hamil juga tidak digalakkan kerap menggosok perut kerana percaya bahawa bayi yang lahir kelak bersifat manja.

Manakala selepas kelahiran, wanita-wanita Cina menganggap pusat bayi yang tenggelam ke dalam adalah sebagai satu petanda bahawa anak tersebut akan menjalani kehidupan yang senang pada masa depan; dan pusat bayi yang tersembul dipercayai sebagai petanda bagi hidup yang kurang baik. Selain itu juga, mereka sering mengambil kira tentang bentuk fizikal bayi yang dilahirkan. Bayi yang dilahirkan dengan telinga yang lebar dan tebal adalah petanda bayi tersebut akan menjalani kehidupan yang kaya. Tambahan lagi, bayi yang mempunyai pusaran kepala melebihi daripada satu pusaran dipercayai bahawa bayi itu akan menjadi nakal dan tidak mendengar kata. Budaya dan adat resam masyarakat Cina sedikit sebanyak mempunyai persamaan dengan masyarakat

Melayu seperti majlis kenduri dan cukur jambul. Masyarakat Cina mengadakan kenduri apabila bayi mencapai umur sebulan. Kuih yang berbentuk bulat, berwarna merah dan kuning, dan berintikan kacang, bersama dengan telur yang diwarnakan merah, diberikan kepada saudara-mara terdekat. Untuk adat bercukur rambut bayi pula, mereka beranggapan rambut bayi yang dilahirkan adalah rambut sementara dan rambut yang tumbuh ketika dalam kandungan itu perlu dicukur untuk menumbuhkan rambut baru. Hal ini merupakan cara pengiktarafan terhadap kelahiran orang baru ke dalam masyarakat.

d) Ekonomi Dari segi ekonomi, masyarakat Cina pada dasarnya mendominasi ekonomi di Malaysia. Lebih 90% kedai komersial dimiliki oleh orang Cina dan kecenderungan mereka bekerja sendiri dengan mengusaha perusahaan sendiri menjadi faktor dominasi ekonomi oleh orang Cina di Malaysia ini. Mereka juga terlibat aktif dalam sektor swasta antaranya dalam bidang komputer, automobile, industri perumahan dan jualan. Penglibatan aktif mereka ini menjadikan mereka sebagai majoriti kelas pertengahan di Malaysia. Mereka mempunyai peratus simpanan tertinggi di Malaysia kerana mempunyai etika kerja yang baik serta sifat suka menyimpan untuk kegunaan ketika kecemasan. Walau bagaimanapun, dengan adanya Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan oleh Tun Mahathir, dominasi mereka dalam ekonomi menyusut. Sungguhpun begitu, mereka masih tergolong dalam kelompok berpendapatan sederhana dan tinggi di Malaysia; di mana mereka menguasai 40.9% jumlah ekuiti hak milik ekonomi negara dan ini menjadikan mereka bangsa terkaya di Malaysia.

Entik India di Malaysia a) Sejarah Buruh tamil india telah dibawa masuk oelh penjajah Inggeris ke Tanah Melayu akhir kurun ke-19 sebagai buruh sukarela daripada India. Antara keturunan India yang datang ke Tanah Melayu ialah Tamil dari Tamil Naidu,Malayali dari Karala/Malabar,Telegu dari Andra Pradesh,Sikh dari Punjab,Tamil Chettiar dari Tamil Naidu,Gujrati dari India Utara. Pada permulaan sistem burh kontrak (indentured labour ) diamalkan kemudian diganti dengan Sistem Kanggani. Sistem Kanggani dimana Kanggani akan mengrekrut pekerja daripada kampung di India untuk dibawa bekerja di Tanah Melayu. Pada 1990, perkembangan dalam industri getah adalah berlaku dalam keadaan mendadak telah meningkatkan kedatangan buruh india. Selain itu, pada tahun 1921, seramai 8009 buruh India juga bekerja di landasan keretapi. b) Agama/Kepercayaan Keparcayaan yang diamalkan oleh kebanyakkan etnik India di Malaysia adalah Agama hindu yang dibawa oleh buruh Tamil India. Agama Hindu mempunyai kepercaayan menpercayai tiga dewa utama iaitu dikenali sebagai trimurti iaitu Dewa Brahman (Dewa pencipta), Dewa Vishnu (Dewa Pelindung ) dan Dewa Siva (Dewa Pemusnah).Agama Hindu dperkenalkan oleh orang-orang Aryan pada tahun 1500 di Lembah Sungai Indus dan Bhagavadgita diaanggap sebagai kitab suci mereka. Dalam kepercayaan etnik India, lembu juga di anggap suci terutama lembu jantan. Selain itu, kepercayaan animisma seperti pemujaan terhadap batu bata, pokok dan sungai juga diamalkan yang dianggap sebagai penjelmaan semula roh nenek moyang mereka. Malah

etnik India juga mempercayai hukum karma yang berkonsepkan perbuatan baik akan mendapat kebaikan dan perbuatan jahat akan dibalas dengan keburukan. c) Budaya & Perayaan Entik India di Malaysia masih mengamalkan lagi budaya yang dibawa daripada Negara India seperti pemakanan, perkahwinan dan sambutan perayaan. Dalam penyediaan makanan etnik India, daging lembu adalah tidak dibenarkan kerana agama Hindu melarang memakan daging lembu. Malah, Kaum India juga mengamalkan adat bertegur sapa sesama sendiri dengan menyebut vanakam untuk menyapa. Prosess perkahwinan ditentukan oleh ketua agama yang menilik keserasian pasangan dan masa bertuah untuk melangsungkan perkahwinan. Kebiasanya perkahwinan dilakukan pada waktu tengah malam atau waktu matahari akan naik di rumah pengantin perempuan atau kuil untuk mengelakkan nasib malang. Pasangan pengantin dikehendaki mengelingi api sebanyak tujuh kali untuk untuk menjadi pasagan suami isteri. Sambutan kelahiran dan pemberian nama anak juga sangat penting dalam budaya etnik India. Selama 16 hari selepas kelahiran bayi, ahli keluarga tidak boleh melakukan sebarang upacara agama. Selepas 16 hari, ketua agama akan dijemput untuk mencari nama bertuah mengikut aksara bintang dan hari kelahiran bayi. Sepanajang tahun calendar Hindu, terdapat pelbagai upacara sembahyang dan perayaan yang diamalkan. Entik Idnia yang mengamalkan agama Hindu akan sembahyang 3 kali sehari iaitu waku pagi, tengahari dan petang. Terdapat 21 jenis perayaan yang terdapat dalam etnik India seperti Deepavali, thaipusam dan thaiponggal. Deepavali merupakan perayaan yang paling utama bagi etnik India. Deepavali bermaksud perayaan cahaya dan upacara sembahyang diadakan untuk mendoakan roh keluarga yang sudah meninggal dunia. Thaipusam pula adalah perayaan bulan Thai untuk membersihkan diri dengan menggunakan susu, madu dan bunga di kuil dan membuat persembahan kepada Dewa Subramaniam. Manakala, perayaan Thaiponggal pula merupakan perayaan menuai dan masak padi baru serta memuja semangat padi.

Ia adalah masa yang amat baik untuk mangadakan perkahwinan dan upacara lain. Rumah akan dibersihkan dan dihiasi, ponggal pula akan dimasak di dalam periuk baru untuk dipersembahkan kepada Dewa Matahari dan juga disedekahkan kepada jiran tetangga.

d) Ekonomi Pada permulaan kedatangan buruh india ke tanah melayu, ekonomi etnik India adalah kebanyakan tertumpu di kawasan estet dan dan ladang yang berkerja sebagai buruh. Selepas kemerdekaan, pekerja estet etnik India mula berhijrah ke bandar dan menukar pekerjaan disebabkan kebanyakkan ladang getah dan sawit terpaksa ditutup.. Melalui sistem bancian penduduk pada tahun 1970, entik India berada di tangga ke-3 kadar kemiskinan di Malaysia iaitu sebanyak 39.2% dengan purata pendapatan keluarga RM 304.00 sebulan. Selain itu terdapat pelbagai ensentif dan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi entik India seperti Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Estet dan dasar ekomoni baru. Kini, hampir 16% pekerja profesional di Malaysia terdiri daripada kaum India. Ini termasuk doktor (28.4%), peguam (26.8%), doktor gigi (21%),

ETNIK SABAH DI MALAYSIA a) SEJARAH Sabah adalah negeri kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak dengan jumlah keluasan 73,361km2. Kota Kinabalu merupakan ibu negeri Sabah yang dulunya di kenali sebagai Jesselton. Kedudukan Sabah yang sangat strategik di bawah lalauan angin monsun telah menyebabkan Sabah di rujuk sebagai negeri di bawah bayu. Pada tahun 1962, pihak British telah menubuhkan Suruhanjaya Cobbold yang bertujuan mengumpul pendapat dan pandangan penduduk Sabah mengenai pembentukan Persekutuan Malaysia dan hasil daripada penubuhan suruhajaya itu, kebanyakan pemimpin masyarakat etnik Sabah menyokong pembentukan ini. Pada 16 September 1963, secara rasminya Persekutuan Malaysia terbentuk yang terdiri daripada Sabah, Tanah Melayu dan Sarawak. Sabah merupakan negeri yang kaya dengan budaya dan mempunyai bilangan suku kaum yang banyak iaitu sebanyak 32 kaum dengan populasi penduduk sebanyak 3,206,742 pada tahun 2010. Etnik terbesar di Sabah adalah kaum Kadazan-Dusun, diikuti kaum Bajau dan Murut. Berdasarkan statistik pada tahun 1960 sehingga 2010, peratusan populasi kaum Kadazan-Dusun dalam tempoh 50 tahun telah menurun dari 31.9% kepada 17.7%. Peratusan taburan penduduk kaum Bajau meningkat dari 13.2% kepada 14% untuk tempoh 50 tahun ini. Suku kaum yang lain ialah Kedayan, Bisaya, Irranun, Rungus, Kimarang, Kwijau, Lundayeh, Ubian, Binadan, Orang Sungai, Tatana, Tagaas, Brunei, Suluk dan lain-lain. Terdapat perbezaan antara etnik-etnik terutamanya dari segi agama, budaya dan juga ekonomi.

Rajah 1: Carta taburan penduduk di Sabah mengikut kaum pada tahun 1960 2010 (Sumber: http://domba2domba.blogspot.com/2012/12/tahukah-anda-populasi-sabahmengikut.html)

b) KEBUDAYAAN i. Kadazan-Dusun

Kadazan-Dusun berasal daripada Indo-China dan merupakan kaum bumiputera asli yang terbesar di Sabah. Terdapa 27 suku kaum di dalam Kadazan-Dusun, antaranya ialah Dusun Liwan, Dusun Tindal, Dusun Pahu, Dusun Lotud, Bagahak, Dusun Labuk, Dusun Kimaragang, Tagahas, Tangara, Dusun, Rungus, Orang Sungai, Kuijau, Tambanuo, dan sebagainya. Pelbagai bahasa dan dialek di gunakan serta pelbagai kebudayaan dan adat resam trandisional terdapat dalam etnik ini. Kadazan dan Dusun digabung bersama kerana berkongsi bahasa dan budaya yang sama selain berlaku pertenglikahan politik. Pembentukan dua kaum ini telah memberi 30% populasi penduduk di Sabah. Tarian Sumazau adalah tarian tradisi kaum Kadazan-Dusun. Terdapat amalan ritual di dalam tarian ini yang mana tarian ini di tarikan bagi mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan juga menolak bala, menyemah semangat dan mengubati penyakit. Tarian ini terisi dengan gerakan perlahan dan lemah lembut. Pasangan lelaki dan wanita berhadapan dan mengerakkan kaki dengan langkah kecil. Tumit kaki diangkat dan diturunkan mengikut irama lagu. Manakala tangan

dikepakkan keluar turun naik seperti burung yang sedang terbang. Kebiasaannya, tarian Sumazau ditarikan semasa menyambut hari keramaian dan di majlis jamuan. ii. Bajau

Bajau merupakan kumpulan etnik kedua terbesar di Sabah dengan populasi peduduk sebanyak 15%. Kaum Bajau juga mempunyai suku kaum yang pelbagai, antaranya Ilanun, Sulu dan sebagainya. Tarian Brunsai merupakan tarian yang terkenal dalam kaum Bajau. Tarian ini sangat unik kerana tidak diiringi dengan muzik atau bunyi-bunyian. Bahagian yang penting pada tarian ini adalah kalang seperti berbalas pantun yang diiring oleh hentakan kaki penari lelaki. Tarian Brunsai biasanya ditarikan bagi meraikan majlis perkahwinan, kelahiran bayi, majlis kesyukuran dan meraikan orang yang sudah bernazar. Pakaian untuk penari Brunsai adalah berwarna-warni dan mempunyai corak yang menarik. c) AGAMA i. Kadazan-Dusun Kebanyakan orang Kadazan-Dusun menganuti agama Kristian tetapi terdapat jugaorang Kadazan-Dusun yang Bergama Islam seperti Orang Sungai yang tinggal di daerah Pitas. ii. Bajau Kebanyakan kaum Bajau beragama Islam dan mempunyai adat resam yang sama dengan masyarakat Melayu semananjung terutamanya adat resam kelahiran seperti berpantang, menempah bidan dan melenggang perut.

10

d) EKONOMI i. Kadazan-Dusun Kaum Kadazan biasanya tinggal di kawasan lembah dan melakukan aktiviti penanaman padi sebagai sumber ekonomi. Kaum Dusun tinggal di kawasan pergunungan di pedalamn Sabah. Aktiviti ekonominya adalah menanam padi sawah dan padi huma. Terdapat juga kaum Dusun yang memburu dan menangkap ikan di sungai. ii. Bajau Kaum Bajau terbahagi kepada duaiaitu yang menetap di Barat Sabah yang di kenali sebagai Bajau Samah dan di Timur Sabah di kenali Bajau Pantai Timur. .Bajau Samah Pantai Barat tinggal di sekitar Putatan, Tuaran, Kota Marudu Kota Belud dan Papar, bekerja sebagai petani dan nelayan di samping menunggang kuda manakala Bajau di Pantai Timur menetap di sekitar udat, andakan, Lahad Datu, unak, Semporna dan Tawau, bekerja sebagai nelayan dan terkenal sebagai penyelam yang mahir. Bajau Samah Pantai Barat mahir dalam pembuatan parang dan menjadi penternak serta pesawah.

11

ETNIK SARAWAK DI MALAYSIA a) Sejarah Sarawak merupakan negeri terbesar di Malaysia dan menempatkan sebanyak 2.07 juta orang (Retrieved from http://ms.wikipedia.org/wiki/Bumiputra_di_Sarawak, March 2013) yang terdiri daripada pelbagai kaum. Sebanyak 27 etnik besar terdapat di Sarawak dan kaum Iban dilihat sebagai etnik terbesar di Sarawak. Kaum kedua terbesar di negeri Sarawak ialah kaum Cina ataupun dikenali sebagai Tiongha-Malaysia. Kaum Melayu dilihat sebagai kaum ketiga terbesar dan diikuti dengan kaum Bidayuh.

Rajah 2: Peratusan etnik dan kaum di Sarawak (Sumber: http://id.wikipedia.org/wiki/Serawak,_Malaysia, 2013) Kaum Iban yang merupakan etnik terbesar di Sarawak juga dikenali sebagai Dayak Laut. Etnik Iban secara tradisionalnya tinggal di rumah panjang. Rumah panjang ini boleh memuatkan sehingga 30 keluarga. Dahulunya, etnik ini tinggal di kawasan pergunungan, namun kini raa-rata sudah berpindah ke merata kawasan sejajar dengan kemodenan yang melanda. Sumber ekonomi utama etnik ini ialah penanaman padi huma. Namun ada juga yang terlibat dengan penangkapan ikan, pemburuan dan mengutip hasil hutan. Etnik ini amat mementingkan adat dalam kehidupan mereka. Antara adat yang penting ialah organisasi rumah panjang, adat pemilikan tanah, pertanian pindah. Dalam komuniti Iban, kehidupan mereka berasaskan hak sama rata. Dalam setiap rumah panjang

12

terdapat seorang ketua yang bertanggungjawab membuat keputusan yang melibatkan komuniti dalam rumah panjang tersebut. Ketua ini hendaklah arif dalam adat dan ritual serta mempunyai kualiti seperti keberanian, kebijaksanaan dan pandai berhujah. Dari segi adat dalam pemilikan tanah, tidak ada istilah pemilikan kekal. Pemilikan tanah diberikan kepada keluarga yang membuka tanah tersebut dan mengusahakannya. Pemilikan ini terbatal sekiranya keluarga tersebut pindah dari rumah panjang tersebut atau tanah tidak diusahakan. Pada masa dahulu, etnik ini mengamalkan kepercayaan animisme. Sekarang, kebanyakan mereka menganut agama Kristian dan masih ada lagi yang mengamalkan kepercayaan dahulu. Bidayuh merupakan etnik kedua terbesar dalam kaum Dayak. Mereka dikenali sebagai Dayak Darat dan banyak terdapat di Selatan Sarawak. Dahulu, etnik Bidayuh melakukan aktiviti seperti memburu dan menangkap ikan. Selain itu, mereka juga memungut hasil hutan seperti buah-buahan dan madu. Etnik Bidayuh tinggal di rumah panjang seperti etnik Iban. Mereka hidup dalam keadaan gotong royong. Tradisi atau adat orang Bidayuh adalah seperti bidonan dan sigumbang. Bidonan adalah cerita hikayat dan sebagainya. Sigumbang adalah lagu cinta dan persahabatan. Bidayuh meraikan Gawea Oran, Gawea Podi/Nuruk/Umoh, Gawea Boras, Tubi Bauh/ Gawea Sowah Bauh. (http://www.cdc.net.my/paular/culture.html, 2013). Bidayuh juga merupakan pahlawan. Keberanian pahlawan mereka diukur dengan jumlah tengkorak yang tergantung di rumah. Kebnyakan Bidayuh tradisional, adalah animisme atau tiada agama. Mereka menyambut gawai. Kebanyakan daripada mereka kini menjadi Kristian dan terdapat juga kahwin campur. (http://eyeonborneo.wordpress.com/ethnicgroups/bidayuh/bidayuh-culture/, 2013).

LANGKAH-LANGKAH PERPADUAN

13

Langkah-Langkah Mengeratkan Hubungan Entik di Malaysia - Individu, Masyarakat dan Kerajaan Langkah-langkah perpaduan antara kaum amat penting dalam membentuk sebuah negara yang aman dan sejahtera. Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana mempunyai penduduk atau rakyat yang berlainan dari segi bangsa, agama, bahasa dan juga budaya. Peranan individu, masyarakat dan juga kerajaan amat penting dalam memupuk perpaduan antara kaum di Malaysia. a) Individu Sentiasa bersikap ramah mesra dengan orang sekitar seperti jiran tanpa mengira kaum, adat dan budaya. Memperbanyakkan amalan membaca buku-buku sejarah ketamadunan bagi memahami dan mencapai erti perpaduan dalam pembangunan sesebuah negara.

b) Masyarakat Mengamalkan sikap saling membantu serta tidak mengamalkan diskriminasi ke atas sesuatu kaum yang lain. Menghadiri majlis-majlis keraian seperti majlis sambutan hari raya, tahun baru cina, deepavali dan sebagainya bagi menggalakkan perpaduan kaum.

c) Kerajaan Mengamalkan dasar kesamarataan tanpa mengira kaum seperti dalam aspek pengambilan pekerja dalam sesuatu agensi atau syarikat. Mengadakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan kepelbagai kaum seperti program sukarelawan komuniti di kawasan rukun tetangga dan program

14

sayangi komuniti yang melibatkan kawasan projek perumahan rakyat (PPR) dan perumahan awam. Langkah-Langkah Mengeratkan Hubungan Entik di Malaysia - Badan Bukan Kerajaan (NGO). Badan bukan kerajaan (NGO) seperti persatuan, pertubuhan dan organisasi swasta juga memainkan peranan penting dalam mengeratkan hubungan etnik berbilang kaum yang terdapat di Malaysia. Terdapat pelbagai pertubuhan induk yang berteraskan perpaduan antara etnik seperti Pertubuhan Belia Malaysia dan Dewan Perniagaan&Perusahaan Malaysia. dengan barisan kepimpinan yang disertai oleh pelbagai etnik ini dapat mempercrpatkan proses mengeratkan hubungan etnik di Malaysia. pihak Ngo juga mengadakan pelbagai dialog dan seminar dalam usaha memahami permasalahan yang wujud di antara etnik-etnik dan jalan penyelesaiannya. Syarikat multinational seperti Maxis, Lion Group dan Berjaya Group sering menganjurkan aktiviti kemasyarakatan melibatkan pelbagai etnik melalui penajaan dalam bidang pendidikan, penjagaan alam sekitar, kebajikan. Antara aktiviti yang menjadi keutamaan adalah dalam bidang pendidikan dengan menyediakan kemudahan belajar dan dana bantuan kepada semua pelajar tanpa mengira kaum dan etnik. Selain itu, hari keluarga atau Corporate Social Responsibility dianjurkan untuk membantu kerajaan memperbaiki kualiti kehidupan dalam kalangan masyarakat yang memerlukan tanpa mengira batas etnik di seluruh pelosok negara. Sejajar dengan kemajuan teknologi dan sains, pihak NGO juga menyediakan pelbagai ensentif dan bantuan untuk merapatkan jurang ekonomi antara etnik. Pihak NGO menyediakan dana dan geran untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan ekonomi Malaysia. Malah, penubuhan Koridor Raya Multimedia (MSC) dan lain-lain lagi penyediakan pelbagai peluang pekerjaan kepada semua etnik dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia. Jesture, taraf hidup rakyat akan meningkat, jurang ekonomi antara etnik dapat dirapatkan dan akhirnya akan wujud keharmonian rakyat di Malaysia.

15

Langkah-Langkah Mengeratkan Hubungan Entik di Malaysia Peranan sekolah dalam mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan pelajar adalah sangat penting. Sekolah yang ditubuhkan mengikut kaum telah menyebabkan perpaduan di peringkat persekolahan agak sukar. Oleh yang demikian, langkah-langkah perlu diambil di peringkat pendidikan untuk memupuk semangat patriotisme sekali gus membawa kepada keharmonian kaum. Kewujudan sekolah kebangsaan dapat membawa kepada keharmonian kaum di mana pelajar-pelajar yang terdiri daripada berbilang kaum ditempatkan dalam sekolah yang sama dan belajar kurikulum bersepadu. Salah satu cara untuk membawa kepada keharmonian kaum adalah melalui mata pembelajaran sejarah. Dalam pendidikan sejarah, kesedaran sejarah, sikap toleransi dan kepekaan masyarakat dalam perkongsian tanggungjawab terhadap masa depan negara adalah ditekankan (http://dunianura.blogspot.com/2012/02/pendidikan-sejarah-dalammemupuk.html, 2013). Selain itu, mata pelajaran ini patut dikaji supaya dapat menceritakan peranan dan sumbangan setiap kaum dalam membawa kemerdekaan di Malaysia. Peranan tokoh-tokoh seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Dr. Ismail, Tun Tan Cheng Lock, Tun Siew Sin, Tun Sambathan patut dibincangkan dalam kurikulum sejarah. (http://dunianura.blogspot.com/2012/02/pendidikan-sejarah-dalam-memupuk.html, 2013). Di samping mata pelajaran sejarah dikaji semula, penggunaan Bahasa Malaysia adalah salah satu langkah bagi membawa kerharmonian kaum. Penggunaan bahasa ini sebagai bahasa pengantar sekali gus menyenangkan komunikasi antara kaum boleh membawa perpaduan kaum. Ini kerana mesej mudah disampaikan dalam kalangan pelajar dan guru-guru.

16

REFERENCES Nota CTU553, http://notactu553.blogspot.com/2012/11/tajuk-07.html http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/185-masyarakatmajmuk/3243-masyarakat-india-di-malaysia.html http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/322-kebudayaan-dimalaysia/5729-warisan-budaya-india.html http://catatanrozaidi.blogspot.com/2013/02/penguasaan-ekonomi-mengikut-kaum-di.html http://domba2domba.blogspot.com/2012/12/tahukah-anda-populasi-sabah-mengikut.html http://ms.wikipedia.org/wiki/Sabah http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/395-artikel/7481etnik-sabah-dalam-kepelbagaian-kebudayaan.html http://www.sabah.gov.my/about.asp

Anda mungkin juga menyukai