Anda di halaman 1dari 4

Permainan tradisional merupakan permainan tradisi yang diturunkan oleh nenek moyang kepada kita.

Betapa berharganya permainan ini sehinggakan setiap lapisan masyarakat tanpa mengenal usia dan jantina. Permainan yang dijadikan

tanggungjawab terhadap kumpulan kami merupakan permainan batu seremban. Sepertimana yang kita semua tahu batu seremban ini seringkali dikatakan permainan yang hanya dimonopoli oleh kanak-kanak perempuan. Tetapi kita tidak sedari bahawa kepentingan permainan ini bukan terletak kepada kelembutan dan kelentikan tangan menyambut batu tetapi ianya bergantung kepada kemahiran dan kepakaran seseorang pemain tersebut. Persepsi masyarakat yang menganggap permainan ini hanyalah permainan yang dimonopoli oleh kanak-kanak perempuan sahaja membuatkan kami makin susah untuk melakukan publisiti. Apatah lagi trend semasa yang mana pelajar perempuan yang lebih cenderung untuk bermain permainan lelaki manakala pelajar lelaki pula malu untuk melibatkan diri dalam permainan ini. Maka, di awal publisiti permainan ini, kami tidak mendapat sambutan hangat. Oleh itu, kami mengambil inisiatif untuk bertanya setiap pelajar yang kami jumpa dan menjemput mereka untuk sama-sama memeriahkan permainan batu seremban ini. Boleh dikatakan usaha kami berbaloi apabila terdapat dalam kalangan pelajar yang kami sering bertanya menyatakan kesudian mereka untuk menyertai pertandingan. Malah di luar jangkaan kami pelajar tersebut kedua-duanya lelaki. Dari sinilah, semangat kami hidup semula bagi mencari peserta pertandingan. Batu seremban merupakan permainan yang mana banyak cara bermain dan peraturannya. Cara bermain dan peraturan ini turut dikatakan berbeza mengikut negeri. Justeru itu, kami membahagikan tugas di antara ahli kumpulan kami untuk mencari peraturan dan cara bermain. Sumber internet dan buku-buku di perpustakaan turut memberikan pendapat serta pandangan yang berbeza tentang pengiraan mata. Setelah diteliti, kami bersetuju untuk menjalankan hanya satu cara bermain dan menetapkan peraturan. Hal ini kerana, kami tidak mahu mengambil risiko jika terdapat salah faham di antara pemain yang akan membangkitkan isu tentang pengiraan mata. Oleh itu,

setelah cara bermain dan peraturan permainan bagi permainan batu seremban ini disetujui oleh pihak pengelola maka kami menyelaraskannya di hari pertandingan. Di hari pertandingan, saya ditugaskan untuk mengelolakan pemain. Setelah tamatnya permainan luar. Kami mendapat dua puluh peserta. Dengan bilangan peserta yang cukup ramai, kami mengambil keputusan untuk menjalankan pertandingan ini dalam bentuk kumpulan. Maka, kami pecahkan peserta kepada lima kumpulan. Terdapat empat kumpulan. Setiap kumpulan dianggotai oleh lima orang ahli. Oleh itu, peserta yang hadir di tempat pendaftaran dan ditandakan kehadiran akan mencabut undi bagi menentukan kumpulan. Setelah itu, pendaftaran dibuat sekali lagi. Pendaftaran kali ini adalah untuk memastikan bahawa setiap kumpulan mempunyai ahli yang cukup dan peserta adalah sama dengan orang yang mendaftar. Setelah pendaftaran ahli kumpulan, kami menyediakan kawasan. Contohnya kawasan untuk kumpulan A sampailah kumpulan B. Kawasan permainan yang cukup luas dan selesa membuatkan penyediaan tempat bagi peserta adalah mencukupi. Setiap kumpulan juga dilengkapkan dengan set batu. Set batu merupakan beberapa set batu yang berlainan saiz dan bentuk batu. Terdapat peserta yang mempunyai jari yang besar dan panjang. Jika set batu yang disediakan hanyalah kecil maka ianya tidak adil terhadap peserta tersebut. Maka kami telah mampu untuk mengatasi masalah tersebut sebelum ianya berlaku lagi. Selain daripada itu, terdapat juga peserta yang mengadu kerana penggunaan set batu yang berlainan akan menimbulkan ketidak adilan dalam perlawanan. Oleh itu, kami mengambil keputusan untuk membenarkan setiap peserta menggunakan set batu yang berbeza mengikut keperluan peserta itu sendiri. Sistem pertandingan yang dipilih oleh pihak kami adalah sistem kalah mati. Sistem ini dijalankan kerana bilangan peserta ramai. Maka apabila dalam kalangan ahli kumpulan tersebut dapat menjuarai atau memungut mata seratus atau paling banyak dalam ketiga-tiga pusingan maka mereka dikira juara. Apabila juara kumpulan dapat dikenalpasti kami mengadakan pertandingan pusingan akhir iaitu antara keempatempat juara kumpulan akan bertandingan sesama mereka. Kami dapati sistem ini tidak dapat memberi peluang kepada ahli lain. Hal ini kerana, juara kumpulan tersebut dapat memungut pungutan mata 100 dalam masa yang singkat. Peserta yang lain tidak diberi

peluang dan cepat berasa bosan. Penyelesaian bagi masalah ini, kami berpendapat pengelolaan dapat melakukan sistem liga dan sistem kalah mati apabila diberi masa yang lebih panjang. Selain daripada itu, kami turut melakukan perubahan peraturan pertandingan pada pusingan akhir perlawanan. Pasukan akhir ini disertai oleh peserta yang sememangnya mahir dalam perlawanan batu seremban. Oleh sebab itu, penentuan juara dengan mendapat pungutan mata 100 adalah tidak adil kepada peserta lain. Justeru itu, terdapat cadangan penambahbaikan oleh peserta sendiri yang mana mengatakan bahawa kami harus menentukan juara melalui bilangan yang dipungut oleh setiap peserta yang dapat dikumpul dalam masa 3 minit. Pungutan mata adalah dari pusingan pertama hinggalah pusingan kelima. Menggunakan kaedah ini secara tidak langsung mampu meningkatkan persaingan antara satu sama lain. Sepanjang pertandingan ini, kami dapati kami tidak mengambil berat dari segi gangguan peserta. Gangguan peserta yang dimaksudkan ialah, terdapat peserta lain yang menganggu peserta yang sedang bermain batu seremban. Pihak pengelola tidak menyatakan gangguan terhadap peserta ini dalam peraturan. Oleh sebab itu, terdapat sebilangan di antara peserta yang menganggu konsentrasi pemain. Maka, kami mengambil keputusan untuk mengisytiharkan bahawa mana-mana peserta yang menganggu peserta lain akan dikenakan tindakan. Contoh tindakan ialah tidak dibenarkan bermain satu pusingan dan boleh dikenakan hukuman keluar permainan. Dari pengelolaan ini, saya dapati bahawa, persiapan rapi haruslah dadakan. Persiapan yang bukan sahaja dari segi pelaksanaan tetapi bagaimana untuk menyelesaikan setiap masalah yang timbul dengan pemikiran yang logik dan rasional. Setiap pertimbangan haruslah difikirkan dengan sewajarnya. Sememangnya menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan kelancaran permainan tersebut. Tetapi sebagai pengelola dan juga bakal guru kita tidak seharusnya memandang enteng terhadap perasaan peserta. Iaitu dengan memastikan setiap peserta menghargai permainan nenek moyang kita dan tahu untuk mencari keseronokan di sebalik setiap permainan yang ada serta mampu untuk mewariskan permainan ini kepada generasi muda.