Anda di halaman 1dari 17

WAJ3105 HUBUNGAN ETNIK

SOALAN :
Analisis perkembangan modenisasi di Malaysia dan luar negara. Hubungkaitkan pembangunan

ekonomi dan hubungan etnik di Malaysia.


Disediakan Oleh :

Jocylyn Justine Maria Binti Simpanan Rozie Marylenn Sabinus

KONSEP MODENISASI
suatu proses transformasi atau perubahan dalam segala aspek kehidupan masyarakat. - berencana - tidak berencana Perubahan berencana - suatu proses di mana matlamat, kaedah dan ukuran pencapaian ditentukan terlebih dahulu sebelum suatu perubahan dilaksanakan. Modenisasi mengandungi dua aspek utama:
pembangunan ekonomi pembangunan politik.

PEMBANGUNAN EKONOMI Matlamat Capai kemajuan dengan wujudkan masyarakat industri. Kaedah atau proses yang dilaksanakan Pembangunan teknologi : tradisional -> saintifik dan canggih. Pembangunan pertanian : sara diri -> komersial Industrialisasi : produksi secara besar-besaran. Urbanisasi : perpindahan penduduk ke bandar. Ukuran pencapaian pertumbuhan yang diukur dengan ukuran ekonomi (KDNK)

MODENISASI DI EROPAH Konsep dan proses modenisasi yang kita kenal hari ini memang bermula di Eropah Barat akibat daripada dua revolusi besar :
Revolusi Perancis (politik feudal) Revolusi Industri (ekonomi).

Modenisasi di Eropah Barat telah melimpah ke dunia ilmu pengetahuan dan maklumat. Persoalan modenisasi dapat ditinjau daripada dua sudut:
Sudut falsafah Sudut praktikal

Revolusi Perancis merupakan satu tempoh peralihan politik dan sosial dalam sejarah Perancis, daripada struktur kerajaan Perancis yang bermonarki mutlak dengan sistem feudal yang memberikan keistimawaan bagi golongan autokrat dan paderi Katolik, menjadi bentuk yang

R E V O L U S I P E R A N C I S 1789-1799

berasaskan prinsip Kesedaran terhadap


nasionalisme, kewarganegaraan dan hak rakyat.

Revolusi Industri ialah perubahan yang cepat di bidang ekonomi iaitu dari kegiatan ekonomi agraria ke ekonomi industri yang menggunakan mesin dalam mengolah bahan mentah menjadi bahan siap pakai. Revolusi Industri telah mengubah cara kerja

R E V O L U S I P E R I N D U S T R I A N

manusia dari penggunaan tangan menjadi


menggunakan mesin.

Sudut Falsafah Teori evolusi - teori yang sangat berpengaruh dalam perbincangan tentang kemajuan masyarakat. Evolusionisme - perkembangan negara miskin ke arah menjadi masyarakat moden adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan, dapat diramalkan. Dua aliran dalam menerangkan gagasan:
Bersifat sehala (unilinear), melalui tahap-tahap tertentu. Bersifat banyak hala (multilinear).

Sudut praktikal

Bertitik tolak daripada berlakunya kemajuan sains dan teknologi


Berdasarkan kemajuan sains dan teknologi, masyarakat di Eropah Barat mula mencari cara untuk mengatasi alam sekitar dan berusaha mengumpul kekayaan. Teknik produkdi tradisional diganti dengan jentera. Hasilnya, Revolusi Industri pada abad ke-18.

MODERNISASI DI EROPAH
Matlamat modernisasi Mengejar kehidupan yang lebih maju dan moden. Kaedah meningkatkan sains dan teknologi sehingga dapat melaksanakan industrialisasi. Ukuran Pencapaian Menggunakan kaedah seperti kadar pertumbuhan ekonomi dan keluaran dalam negeri kasar (KDNK).

Penjajahan
Saluran Utama Pemodenan Wilayah Bukan Eropah

Imperialisme ke wilayah lain melalui perdagangan berakhir dengan penjajahan terhadap wilayah terpilih seperti di Afrika dan Asia. Penjajahan dilaksanakan untuk memastikan perlanjutan pembekalan barang mentah, buruh dan juga pengawasan pasaran secara berterusan. Ini menyebabkan kebudayaan, kehidupan sosial dan politik masyarakat yang dijajah menjadi berubah.

Sistem kerja kolonial ini dianggap sebagai punca kemunduran dan kegagalan negara membangun untuk berkembang maju seperti yang dikemukakan oleh
teori imperialisme - Lenin, teori pergantungan - Paul Baran teori dependency - Andre Gunder Frank.

Proses penjajahan memunculkan pandangan bahawa masyarakat bukan Eropah Barat yang ketinggalan harus mencontohi organisasi sosial dan cara hidup masyarakat Eropah Barat.

LUAR EROPAH
Pemodenan atau Pembaratan Pembangunan ekonomi dan politik Eropah Barat- menjadi model di negara-negara membangun. Dua proses yang tampak serupa walaupun sebenarnya tidak sama:
Pemodenan - proses perubahan dalam semua aspek kehidupan melalui proses perencanaan, pelaksanaan dan penilaian. Pembaratan - proses peniruan gaya hidup Eropah Barat yang tidak disertai oleh suatu usaha perubahan secara berencana.

Dalam proses kemerdekaan wilayah jajahan, negara Eropah Barat menjadi model pilihan utama sebagai contoh bagi pembentukan negara.

Ada dua aspek utama yang ditiru :


Aspek politik : Model negara-bangsa dan demokrasi politik. Aspek ekonomi : Model berasaskan kapitalisme, industri dan teknologi.

Setelah merdeka, sistem yang ada dilanjutkan dengan sedikit penyesuaian tapi masih mengekalkan model Eropah Barat.

Pembangunan dianggap akan dapat dicapai sekiranya nilai dan unsur tradisional digantikan dengan nilai dan unsur moden. Pembangunan hanya muncul sebagai satu strategi yang bersifat universal pada era selepas Perang Dunia Kedua setelah negara-negara baru merdeka bergabung dalam komuniti dunia dan mengejar pembangunan.

PBB telah menyusun program bantuan antarabangsa berdasarkan perspektif modenisasi melalui Bank Dunia dan Dana Kewangan Antarabangsa (International Monetary Fund - IMF).

Pembangunan boleh diertikan sebagai perubahan yang terarah, mungkin dalam bentuk :
mengembangkan kepercayaan masyarakat (daripada yang bersifat agama kepada sekular), dalam pola-pola sosial mereka (daripada yang bersifat luar bandar kepada masyarakat bandar), dalam erti material (penggunaan tenaga haiwan kepada tenaga jentera untuk melaksanakan proses produksi).

Pertengahan abad ke-20 - dominasi Eropah Barat telah berakhir, dunia memasuki zaman peradaban global.

Menurut Barraclough (1978) ada tiga perkara yang menunjukkan ekonomi dunia telah dijalinkan bersama:
Perkembangan sistem pengangkutan dan jaringan komunikasi yang secara fizikal menghubungkan berbagai-bagai wilayah di dunia. Pertumbuhan yang begitu cepat dalam perdagangan yang diiringi oleh pola ketergantungan yang tinggi. Pengaliran modal yang besar, terutama dalam bentuk pelaburan secara langsung oleh firma Eropah Barat di daerah bukan-industri.

Pihak yang banyak berperanan dalam perkembangan ekonomi global adalah golongan kapitalis. Golongan kapitalis berusaha mengembangkan dirinya melampaui negara dengan cara untuk batas

mengembangkan sistem pengangkutan dan komunikasi. mewujudkan institusi-institusi yang khusus seperti pasaran kewangan, pasaran komoditi, dan perpindahan hak milik harta yang merangsang dan memudahkan pertukaran ekonomi secara jarak jauh.