Anda di halaman 1dari 34

HURAIAN RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4 Minggu 1 Tunjang 1PJ Tajuk

Isi 2 Waktu Kecergasan Daya Tahan Kardiovaskular 1. Definisi Daya tahan kardiovaskular ialah keupayaan jantung dan sistem peredaran darah membekalkan oksigen kepada sel-sel badan semasa melakukan aktiviti dalam tempoh masa yang lama 2. Mengira dan mengesan nadi sebelum dan selepas bersenam 3. Fartlek

Kemahiran / Butir Mengajar 1. Mengesan dan mengira nadi - meletakkan 2 jari di leher - kira denyutan nadi selama 10 saat - darab bilangan denyutan nadi dengan enam 2. Mengira kadar nadi selepas bersenam - berlari setempat selama 3 minit - kira denyutan nadi selama 10 saat 3. Fartlek a) Bangkit tubi ( 30 saat ) - baring dan bengkokkan lutut - kedua-dua belah tangan disilang di atas dada - naik dan turunkan badan berulang-ulang seberapa banyak yang boleh. ( Meningkatkan kekuatan daya tahan otot abdomen serta paha ) b) c) d) Lompat jauh berdiri ( jarak lompatan bebas ) berdiri di belakang garisan bengkokkan lutut berdiri di atas bebola kaki hayun tangan ke belakang lompat sejauh mungkin sambil menghayunkan tangan ke hadapan. Mendarat dengan kedua-dua belah kaki sambil membengkokkan lutut. ( Meningkatkan kekuatan otot kaki ) Jangkauan melunjur ( jarak jangkauan dalam sentimeter ) duduk berlunjur lutut dibengkokkan sedikit luruskan tangan sambil menjangkau sejauh mungkin kekalkan kedudukan selama 3 saat ulang sebanyak 3 kali dan rekodkan jarak yang terbaik. ( Meningkatkan kelenturan bahagian belakang ) Tekan tubi ( ulangan dalam tempoh 30 saat ) kedua-dua tapak tangan di lantai, tangan dibuka seluas bidang bahu kaki rapat diluruskan bagi murid perempuan, kedua-dua lutut di lantai turunkan badan sehingga siku bersudut 90% ulang sebanyak mungkin dengan badan senantiasa lurus ( senaman ini meningkatkan daya tahan otot lengan dan bahu)

e) f)

lari ulang -alik ( tempoh dalam saat jarak dalam 10 meter ) Cadangan : gelanggang takraw / badminton Bersedia di belakang garisan Lari sejauh 10 meter dan sentuh garisan Berpatah balik dan sentuh garisan permulaan Lakukan larian ulang - alik sebanyak 4 kali secara berterusan. Masa diambil setelah tamat larian. ( meningkatkan ketangkasan dan kelajuan )

berlari atau berjalan ( jarak dalam meter) Cadangan : gelanggang permainan. - berlari atau berjalan selama 10 minit. - catatkan jarak setelah tamat aktiviti - ( meningkatkan daya tahan kardiovaskular dan daya tahan otot kaki)

Minggu 2 Tunjang 3PJ Tajuk Isi

1 Waktu Kesukanan Keselamatan di tempat permainan 1. Definisi - Bahaya di tempat permainan termasuk penggunaan peralatan permainan yang rosak , tingkah laku yang membahayakan dan bahaya daripada orang yang tidak dikenali. 2. Mengetahui bahaya di tempat permainan 3. Cara menjaga keselamatan di tempat permainan

Kemahiran / Butir Mengajar 1. Menceritakan tentang pengalaman di tempat permainan. 2. Menyatakan peraturan yang perlu dipatuhi semasa berada di taman permainan. Cth: - mengikut giliran - disiplin - tidak merosakkan alatan permainan - mendengar arahan 3. Senaraikan 5 tingkah laku yang berbahaya ( berdasarkan gambar sebuah taman permainan).Cth: - berebut-rebut - bertolak-tolakan - menyalahgunakan alatan 4. Main peranan secara kumpulan- lakonan aktiviti yang berbahaya dan mengikut peraturan di taman permainan berdasarkan gambar. Pengayaan : - Menyenaraikan 5 tingkah laku yang betul dan selamat di taman permainan di dalam buku folio. - Menulis karangan autobiografi bertajuk Aku Sebuah Taman Permainan yang Selamat

Minggu 2 Tunjang 1PK Tajuk Isi

1 Waktu Kesihatan Diri dan Keluarga Kesihatan Diri 1. Definisi Murid memahami bahawa akan berlaku perubahan diri fizikal dalam peringkat pertumbuhan dan perkembangan diri. 2. Membentuk sikap positif terhadap kesihatan diri- akil baligh

Kemahiran / Butir Mengajar 1. Membanding dan membincangkan gambar seorang kanak-kanak dan seorang remaja. 2. Menyatakan sebab-sebab berlaku perubahan.Cth: - perubahan hormon - perubahan usia - perubahan fizikal 3. Menerangkan maksud akil baligh.Cth: - cukup umur, permulaan peringkat dewasa 4. Menjawab soalan-soalan akil baligh secara lisan - permulaan kematangan dari segi jasmani, rohani, mental, sosial, dan seks. 5. Aktiviti kumpulan ( menyenaraikan perubahan fizikal semasa akil baligh ) - Badan lebih berpeluh kerana kelenjar peluh sangat aktif. - Jerawat mula tumbuh di muka - Bulu mula tumbuh di bahagian kekal dan kawasan genital - Organ jantina menjadi lebih matang dan membesar - Badan menjadi lebih tinggi dan berat - Lelaki- suara menjadi lebih garau - otot menjadi lebih kuat - berlaku ihtilam ( terkeluar air mani sewaktu tidur) - Perempuan - pertumbuhan payu dara - punggung membesar - kedatangan haid bermula Pengayaan : Perbendaharaan kata ( mencari maksud) - akil baligh - matang - suara garau - kelenjar peluh - haid - ihtilam - sistem endokrin - merembes - hormon - larinks - pelvis

Minggu 3 Tunjang 1PJ Tajuk Isi

2 Waktu Kecergasan Daya Tahan Otot 1. Kekuatan otot kaki a) Ketingting dalam jarak 10 meter b) Lompat 2 belah kaki sambil bergerak c) Ketingting dan lompat ke pelbagai arah

Kemahiran / Butir Mengajar 1. Kekuatan otot kaki a) Ketingting dalam jarak 10 meter - depa kedua- dua tangan - bengkokkan sebelah kaki - lompat dengan sebelah kaki b) Lompat 2 belah kaki sambil bergerak - berdiri tegak dan kaki rapat - bengkokkan lutut dan lompat ke hadapan c) Ketingting dan lompat ke pelbagai arah - ke hadapan - ke belakang - ke sisi kanan - ke sisi kiri Permainan kecil : Police Centry

Minggu 4 Tunjang 3PJ Tajuk Isi

1 Waktu Kesukanan Keselamatan Alatan Permainan 1. Mengetahui cara menjaga peralatan sukan dengan selamat 2. Menjaga padang dan gelanggang

Kemahiran / Butir Mengajar 1. Cara menjaga peralatan sukan dengan selamat ( di stor sukan / di padang permainan) a) Mengenalpasti peralatan rosak, kotor, dan bercampur ( berselerak ) b) Membaikpulih serta menjaga peralatan sukan.Cth: - mengepam bola yang kekurangan angin - menyusun peralatan di tempat yang sesuai - memastikan peralatan yang disusun mengikut jenis sukan c) Menyenaraikan kesan-kesan menggunakan peralatan yang rosak. Cth: - menyebabkan kecederaan - mengotorkan kawasan d) Menyenaraikan cadangan dan cara menjaga peralatan sukan.Cth: - menyediakan jadual tugasan - mencatatkan alatan yang dipinjam. 2. Menjaga padang dan gelanggang a) Mengenalpasti keadaan gelanggang dan tindakan murid yang boleh membawa bahaya. Cth: - bergayut di palang gol, tiang gol berkarat, padang berlubang, bermain di luar kawasan yang ditetapkan.

Minggu 4 Tunjang 1PK Tajuk Isi

1 Waktu Kesihatan Diri dan Keluarga Kesihatan Diri 1. Keperluan menjaga kesihatan tubuh badan dan anggota 2. Pengurusan diri yang sempurna a) Mendapatkan pemeriksaan kesihatan b) Penyalahgunaan ubat

Kemahiran / Butir Mengajar 1. Keperluan menjaga kesihatan tubuh badan dan anggota Contoh: pakaian dan badan yang bersih penting supaya tidak mudah dijangkiti penyakit. a) Melakonkan aktiviti kebersihan dan menamakan aktiviti tersebut. - mandi, gosok gigi, sikat rambut, berpakaian kemas b) Mencadangkan cara mengamalkan kebersihan diri yang betul -cara menggosok gigi dan memilih berus gigi yang sesuai. 2. Pengurusan diri yang sempurna a) Mendapatkan pemeriksaan kesihatan. Cth: - menerangkan kepentingan mendapatkan rawatan secara berkala - cth: rawatan gigi 3 bulan sekali b) Penyalahgunaan ubat - menerangkan kesan penyalahgunaan ubat cth: menyebabkan maut 3. Menyanyikan lagu Mandi Pagi mengikut rentak lagu Trek Tek-Tek atau Rasa Sayang Eh Minggu 5 Tunjang 2PJ Tajuk Isi 1 Waktu Kemahiran Permainan Hoki 1. Sejarah dan latar belakang 2. Cara menghantar bola a) menolak b) memukul

Kemahiran / Butir Mengajar 1. Sejarah dan latar belakang a) Penerangan mengenai sejarah dan latar belakang hoki - Berasal dari Greek tahun 2,000 SM - Tahun 1365 diperkenalkan di England . - Tahun 1892 diperkenalkan di Malaysia oleh tentera Inggeris - Tahun 1904 perlawanan pertama telah diadakan di antara Selangor dan Singapura - Antara jaguh hoki di negara Malaysia ialah Minarwan Nawawi, S. Kuhan, dan Chua Boon Huat. 2. Kemahiran menghantar bola a) Menolak i. Genggaman (grip) - Genggaman kayu seperti yang ditunjukkan untuk mengelecek bola. - Jarak antara tangan boleh dibuat mengikut kesesuaian. ii. Kedudukan badan dan bola

- Badan bongkok dan lutut bengkok sedikit, kaki langkah - Bahu kiri menuju ke sasaran - Mata sentiasa melihat bola - Berat badan pada kaki kanan - Bola di hadapan badan, di luar bahu dan berdekatan kaki kiri iii. Kedudukan kayu - Permukaan kayu menyentuh bola iv. Cara melakukan kemahiran - gerakkan kedua-dua lengan tangan dengan pantas dan kuat, tolak bola dengan tangan kanan dan tarik kayu dengan tangan kiri pada masa yang sama. - ketika menolak bola, berat badan pada kaki kanan dipindah ke kiri dan pastikan ada ikut lajak. b) Memukul i. Genggaman (grip) - tangan kiri di atas kayu dan tangan kanan rapat dengan tangan kiri. ii. Kedudukan badan dan bola - bahu kiri menghadap ke arah sasaran - siku bengkok sedikit - posisi bola di hadapan badan iii. Kedudukan kayu - hayun kayu ke belakang iv. Cara melakukan kemahiran - pindah berat badan dari kaki kanan ke kaki kiri. - kedua-dua siku diluruskan semasa memukul bola . - mata pandang bola - ikut lajak c) Permainan kecil - Bahagikan kepada beberapa kumpulan dan adakan pertandingan bersyarat ( kemahiran baru yang diajar) cth: A lawan B dan C lawan D Minggu 6 Tunjang 1PJ Tajuk Isi 1 Waktu Kecergasan Daya Tahan Kardiovaskular 1. Definisi - Daya tahan kardiovaskular ialah keupayaan jantung dan sistem peredaran darah membekalkan oksigen kepada sel-sel badan semasa melakukan aktiviti dalam tempoh masa yang lama 2. Senamrobik Kemahiran / Butir Mengajar 1. Senamrobik - berjalan pantas - berjoging - berlari - berenang - mengayuh sampan - merentas desa - menaiki tangga - berbasikal - bersenam skip

boleh menyusun kegiatan mengikut latihan fartlek

Minggu 6 Tunjang 1PK Tajuk Isi

1 Waktu Kesihatan Diri dan Keluarga Kesihatan Diri 1. Pengurusan Diri Kebersihan pakaian

Kemahiran / Butir Mengajar 1. Pengurusan Diri- Kebersihan pakaian a) Menyenaraikan ciri-ciri kebersihan yang terdapat di dalam gambar yang disediakan. Cth: cantik, kemas, menarik b) Soal jawab mengenai ciri-ciri pakaian bersih yang seharusnya diamalkan oleh murid sekolah Cth: - kasut- hendaklah putih dan bersih - uniform sekolah- digosok dan bersih, - stoking- tidak berbau busuk c) Menyatakan kesan-kesan memakai pakaian yang kotor dan lembab Cth: - i. Mudah dijangkiti penyakit kulit ( kudis buta, kurap, panau) ii. Penampilan diri yang tidak menarik. iii. Kesan sosial ( akan dijauhi oleh rakan-rakan) d) Aktiviti kumpulan melakonkan watak seorang ayah yang menasihati anaknya tentang pentingnya menjaga kebersihan pakaian. *Pengayaan: Meminta murid mencari maklumat mengenai petua-petua rawatan tradisional berkaitan penyakit kulit. Cth: Kurap, panau, bisul, gatal-gatal kulit, dan kudis buta. Minggu 7 Tunjang 2PJ Tajuk Isi 2 Waktu Kemahiran Permainan - Hoki 1. Menerima dan mengawal bola 2. Mengelecek bebas

Kemahiran / Butir Mengajar 1. Menerima dan mengawal bola a) Dari hadapan i. Genggaman - Genggam kayu secara hendak mengelecek - Genggam kayu tegak dengan tangan kiri sedikit ke hadapan dari kepala kayu. - Kayu hoki dicondongkan dan permukaannya mengadap bola. ii. Kedudukan badan dan bola - Berdiri kangkang dengan selesa - Badan mengadap bola yang datang dan di belakang kayu - Mata sentiasa perhatikan bola sehingga ia sentuh kayu. - Kedua-dua lutut dibengkokkan sedikit. iii. Kedudukan kayu - Kayu hoki dicondongkan dan permukaannya menghadap bola. iv. Cara melakukan kemahiran - Bergerak supaya badan dan kayu selari dengan arah datang bola. - Apabila bola terkena kayu, tolak kayu ke hadapan dan tahan bola

di sudut siku kayu di atas padang. - Tahan bola di hadapan badan dan sedia untuk membuat hantaran atau melepaskan bola bagi rakan. - Pastikan bola tidak terkena kaki. - Jika bola ditahan dekat kaki kanan, berat badan ke kaki kanan - Jika bola ditahan dekat kaki kiri, berat badan ke kaki kiri - Apabila bola melalui sebelah kiri badan, kilas kayu dengan cepat - Tahan bola dan kawal bola di hadapan badan dengan cepat. 2. Mengelecek bebas Tujuan: untuk mara ke hadapan dengan cepat apabila pemain tidak dikawal. a)Genggaman (grip) - Tangan kiri di bahagian atas kayu dan tangan kanan di pertengahan ( tujuan: kawalan bola lebih berkesan) - Bola digerakkan dengan beberapa pukulan kecil - Pastikan bola tidak dipukul terlalu jauh sehingga menyebabkan bola tidak dapat dikawal. - Galakkan pemain memandang ke hadapan. - Posisi bola di hadapan badan selari dengan bahu kanan. - Bola sentiasa menyentuh kayu di bahagian muka rata. - Genggaman tangan kanan longgar supaya bebas bergerak. - Bola di hadapan badan tetapi hendaklah dikawal dengan baik. 3. Permainan kecil : Pertandingan antara kumpulanMembawa bola hoki mengelilingi skital ( menerima dan mengawal/ mengelecek bebas ) Minggu 8 Tunjang 1PJ Tajuk Isi 1 Waktu Kecergasan Kelenturan 1. Definisi - Kemampuan kita menggerakkan anggota tubuh pada semua pergerakan yang mungkin tanpa berasa pedih atau sakit 2. Pergerakan bebas 3. Pergerakan kreatif

Kemahiran / Butir Mengajar 1. Pergerakan bebas - bertemakan suasana di tepi pantai - cth: berenang, bermain bola, mencangkung,dan berguling 2. Pergerakan kreatif a. bergerak seperti singa laut b. menyusur seperti ular c. berjalan seperti beruang d. terbang seperti burung e. bergayut seperti kera f. merangkak seperti penyu 3. Permainan kecil - melakukan pergerakan di sesuatu tempat mengikut kumpulan cth : di zoo, di pasar, semasa ribut taufan dan semasa perang

Minggu 8 Tunjang 1PK Tajuk Isi

1 Waktu Kesihatan Diri dan Keluarga Kesihatan diri 1. Sistem pencernaanDefinisi : Proses di mana makanan dihancurkan menjadi cecair dan diserapkan ke dalam darah

Kemahiran / Butir Mengajar 1. Sistem pencernaan a) Menerangkan tentang bagaimana proses pencernaan berlaku melalui mulut hingga ke dubur. b) Menunjukkan gambar rajah yang berkaitan dengan organ-organ yang terlibat dalam sistem pencernaan. Cth: mulut, esofogus, hati perut, usus,kolon dan dubur c) Menentukan fungsi organ-organ yang terlibat dalam sistem pencernaan. Mulut - Dengan bantuan gigi dan air liur ,makanan dikunyah dan menjadi lembut. Esofogus - Makanan yang telah dikunyah bergerak melalui saluran ini ke perut. Perut - Makanan dicernakan menjadi bahan yang lebih halus. Hati - Membantu proses pencernaan dengan menghasilkan enzim dan lelehan hempedu. Usus - Makanan menjadi seperti sup pekat dan nutrien makanan diserapkan ke darah. Kolon - Sisa makanan dihantar ke kolon menjadi tinja Dubur - Tinja dikeluarkan melalui saluran ini Pengayaan: Melabelkan bahagian-bahagian organ yang terlibat dalam sistem pencernaan daripada gambar rajah yang diberikan. Minggu 9 Tunjang 1PJ Tajuk Isi 2 Waktu Kecergasan Koordinasi 1. Definisi - Kebolehan menggunakan deria dan anggota badan untuk melakukan pergerakan dengan lancar dan sempurna. 2 Golek dan tangkap bola berpasangan. 3 Lambung dan pukul bola kecil 4 Golek dan kawal gelung rotan.

Kemahiran / Butir Mengajar 1. Golek dan tangkap bola berpasangan a) berpasangan dalam kedudukan berhadapan b) seorang menggolek bola kepada pasangannya dan pasangannya menangkap bola. Aktiviti ini dilakukan berulang kali 2. Lambung dan pukul bola kecil a) Seorang murid memukul bola dan rakan-rakannya cuba menyambut bola. ( Aktiviti dalam kumpulan ) 3. Golek dan kawal gelung rotan a) Murid menggolek gelung serta mengawal secara bebas. ( Aktiviti secara individu) 4. Permainan kecil: Pertandingan dalam kumpulan Aktiviti : - menggolek dan tangkap - lambung dan pukul bola. Murid yang sama memungut bola.

Minggu 10 Tunjang 3PJ Tajuk Isi

- golek dan mengawal gelung rotan 1 Waktu Kemahiran Gimnastik Artistik 1. Pendaratan

Kemahiran / Butir Mengajar 1. Pendaratan a) Lompatan ke hadapan dari peti lombol dan mendarat dengan dua belah kaki i. Berdiri di atas peti lombol. Rapatkan kaki. ii. Pandang ke hadapan dan lompat (hayun tangan semasa di udara) iii. Mendarat dengan dua belah kaki (lutut dibengkokkan sedikit ketika mendarat) b) Lompatan ke sisi dari peti lombol dan mendarat dengan dua belah kaki i. Berdiri di atas peti lombol dan rapatkan kaki. ii. Pandang ke hadapan dan lompat ke sisi (hayun tangan ke hadapan semasa di udara) iii. Mendarat dengan dua belah kaki (lutut dibengkokkan sedikit ketika mendarat) Arahan keselamatan: - Mendarat di atas rumput atau tilam - Bengkokkan lutut sedikit semasa mendarat untuk mengelakkan kecedaraan - Pandang ke hadapan semasa melompat supaya tidak jatuh - Penyokong bersedia untuk membantu

Minggu 10 Tunjang 3PK Tajuk Isi

1 Waktu Kesihatan diri dan keluarga Perasaan 1. Definisi Naluri dalaman seseorang individu. 2 Memahami perasaan - mengenalpasti pelbagai perasaan

Kemahiran / Butir Mengajar 1. Memahami perasaan a) Mengenalpasti pelbagai perasaan i. Menyatakan perasaan ketika menyambut Hari Ibu ii. Menyatakan tindakan yang wajar dilakukan semasa Hari Ibu cth: kad ucapan, memberi hadiah, mengadakan majlis jamuan iii. Menerangkan beberapa contoh perasaan apabila menghadapi situasi tertentu. Cth: marah, suka,sedih,mendapat kejayaan,dan cemas. iv. Membuat mimik muka mengikut perasaan yang ditentukan oleh guru v. Menyanyikan lagu Bila Rasa Gembira

Minggu 11 Tunjang 1PJ Tajuk Isi

2 Waktu Kemahiran Permainan - Bola Sepak 1. Sejarah dan latar belakang 2 . Kemahiran menendang a) Tendangan leret b) Tendangan tinggi c) Tendangan volley

Kemahiran / Butir Mengajar 1. Sejarah dan latar belakang a) Berasal dari Rome pada abad ke-9 b) Diperkenalkan oleh tentera British di Malaysia pada abad ke 19 c) Pada tahun 1927 Persatuan Bola Sepak Malaysia ditubuhkan. d) Antara jaguh bola sepak yang terkenal ialah Allahyarham Mokhtar Dahari dan Ghani Minhat 2. Kemahiran Menendang a) Tendangan leret i. Tendangan bola dengan bahagian kekura kaki ii. Tendang di tengah-tengah belakang bola b) Tendangan tinggi i. Tendang bola dengan bahagian kekura kaki ii. Tendang di bahagian bawah kaki. c) Tendangan Volley i. Menendang bola yang masih di udara 3. Permainan kecil a) Pertandingan permainan kecil dengan menggunakan hanya kemahiran menendang.

Minggu 12 Tunjang 1PJ Tajuk Isi

1 Waktu Kecergasan Kekuatan 1. Definisi Mampu melakukan aktiviti yang lebih mencabar dan lasak. 2. Tolak beban berpasangan. 3. Golek bola segar dalam kumpulan

Kemahiran / Butir Mengajar 1. Tolak beban berpasangan - Murid berpasangan. Seorang daripadanya berdiri tegak tanpa bergerak dan pasangannya cuba menolak. ( dilakukan secara berulang kali) 2. Golek bola segar dalam kumpulan - Murid membentuk bulatan dalam kumpulan. - Bola segar dihantar mengikut bulatan sama ada lawan atau ikut jam. (berulang kali) 3. Permainan kecil ( dalam kumpulan )

Minggu 12 Tunjang 1PK Tajuk Isi

Aktiviti : meleret bola segar ke sempadan. 1 Waktu Kesihatan diri dan keluarga Perasaan 1. Definisi - Naluri dalaman seseorang individu. 2. Memahami perasaan a) Mengenalpasti pelbagai perasaan (penyelesaian masalah)

Kemahiran / Butir Mengajar 1. Mengenalpasti pelbagai perasaan. a) Menunjukkan beberapa keping gambar yang berkaitan dengan tajuk. b) Menamakan perasaan yang dilihat di dalam gambar yang ditunjukkan. c) Mencari gambar-gambar yang menunjukkan pelbagai jenis perasaan di dalam akhbar. d) Menerangkan keperluan mengawal perasaan.Cth: Ketika sedih menghadapi sesuatu kecelakaan. e) Mengenalpasti keburukan akibat mengikut perasaan (kaedah sumbangsaran) Cth: Marah boleh membawa kepada pergaduhan f) Cara-cara menyelesaikan masalah - bertawakal - berdoa - bersabar dan bersyukur - bertemu kaunselor - meluahkan perasaan dengan rakan sebaya serta ibu bapa

Minggu 13 Tunjang 2PJ Tajuk Isi

2 Waktu Kemahiran Permainan bola sepak 1. Menahan bola a) Bahagian kaki b) Bahagian dada c) Bahagian paha 2. Menggelecek 3. Menanduk a) dekat b) jauh 4. Melontar

Kemahiran / Butir Mengajar 1. Menahan bola a) Bahagian kaki - angkat kaki sedikit untuk menahan bola b) Bahagian dada - condongkan badan ke belakang ketika menahan bola c) Bahagian paha -angkat paha ketika menahan bola 2. Menggelecek a) Gunakan bahagian dalam kaki, luar kaki dan kekura kaki untuk mengawal bola.

b) Pastikan bola dalam kawalan kaki semasa membawa bola. 3. Menanduk a) Tandukan dekat -Gerakkan kepala ke bola, tegangkan leher dan menanduk bola dengan bahagian dahi. - Pandang bola semasa menanduk b) Tandukan jauh -Condongkan badan sambil memerhati bola -Gerakkan badan ke hadapan, menanduk bola dengan bahagian dahi. -Pandang bola semasa menanduk. 4. Melontar a) Perhatikan kedudukan penerima dan lontar bola b) Bersedia di belakang garisan tepi c) Melontar bola dengan kedua-dua belah tangan melalui atas kepala 4. Permainan kecil ( Aktiviti kumpulan ) Aktiviti : Menggunakan kemahiran yang baru diajar Minggu 14 Tunjang 1PJ Tajuk Isi 1 Waktu Kecergasan Ketangkasan 1. Lari Zig Zag 2. Lari Ulang Alik- berperingkat

Kemahiran / Butir Mengajar 1. Lari Zig Zag a) Meletakkan skital ( penanda) dalam bentuk zig zag b) Berlari mengikut skital dalam bentuk zig zag ( berulang kali ) 2. Lari Ulang Alik- berperingkat a) Skital diletakkan dalam jarak berlainan b) Murid akan berlari mengikut jarak yang ditetapkan c) Jarak berubah dari dekat hinggalah ke jarak 10 meter. 3. Permainan kecil ( Aktiviti kumpulan ) a) Lari menuju skital dalam masa yang ditetapkan b) Lari berganti-ganti Minggu 14 Tunjang 1PK Tajuk Isi 1 Waktu Kesihatan diri dan keluarga Kekeluargaan 1. Gejala sosial a) Peranan keluarga dalam menangani masalah gejala sosial

Kemahiran / Butir Mengajar 1. Gejala sosial a) Peranan keluarga dalam menangani masalah gejala sosial i. Menerangkan beberapa contoh gejala sosial - Cth: lari dari rumah, penderaan, budaya lepak, ponteng sekolah ii. Menyatakan punca-punca masalah gejala sosial - Cth: pengaruh rakan sebaya, media massa, kurang pendidikan

agama dan kasih sayang keluarga. Cara menangani masalah gejala sosial - Cth : pendidikan agama/moral, kasih sayang keluarga, peraturan disiplin dan kawalan ibu bapa. iv. Membaca sajak 4 baris . Tajuk Kasih Sayang kemudian murid mendeklamasikan sajak. Contoh Sajak: Tanpamu kami lesu Tanpamu kami tiada Tanpamu siapalah kami Jika tiada kasih dan sayang iii.

Minggu 15 Tunjang 1PJ Tajuk Isi

2 Waktu Kecergasan Konsep Kecergasan 1. Definisi Melakukan kegiatan secara menyeluruh yang melibatkan daya tahan,kordiovaskular, daya tahan otot, kelenturan, komposisi tubuh badan dan kekuatan otot. 2. Kecergasan berasaskan kesihatan 3. Kecergasan berasaskan perlakuan motor

Kemahiran / Butir Mengajar 1. Kecergasan berasaskan kesihatan a) Membuat perbandingan sebelum dan selepas melakukan aktiviti b) Membandingkan denyutan nadi dengan membuat kiraan sebelum dan selepas aktiviti. - Jumlah denyutan yang banyak biasanya merupakan pelajar yang cergas. c) Menyenaraikan aktiviti atau pergerakan yang membawa kepada kecergasan. 2. Kecergasan berasaskan perlakuan motor a) Koordinasi - lambung,lompat, tepuk dan sambut bola kecil b) Imbangan - dirian skala depan Cara - berdiri tegak, tangan dilurus ke atas. - langkah ke hadapan sambil melentik ke belakang - tangan bergerak ke belakang dan ke bawah di sisi badan - pergerakan tangan diteruskan sehingga kedudukan ke depan dan satu kaki dinaikkan ke belakang pada masa yang sama c) Masa tindak balas permainan belalang dan belatuk d) Kepantasan lari pecut 40 meter e) Ketangkasan lari zig zag antara kon- jarak 10 meter f) Kuasa baling bola lisut / soft ball secara statik Permainan kecil Captain Ball pertandingan antara kumpulan Cara:-bentuk dan cara permainan seperti bola jaring -tiang gol digantikan dengan salah seorang pemain

Minggu 16 Tunjang 3PJ Tajuk Isi

1 Waktu Kesukanan Pengurusan diri 1. Amalan pemakanan untuk tenaga

Kemahiran / Butir Mengajar 1. Amalan pemakanan untuk tenaga a) Menyatakan jenis makanan yang dimakan sewaktu sarapan Cth: nasi lemak, roti canai dan kuih b) Menyatakan kepentingan bersarapan pagi Cth : memberikan tenaga untuk memulakan sesuatu aktiviti c) Menyenaraikan makanan yang dijual di kantin. d) Membuat carta aliran/ jadual untuk mengisi ruang-ruang mengikut makanan seimbang. Cth: karbohidrat, vitamin, protein, lemak, pelawas e) Menyatakan kepentingan makanan seimbang kaedah sumbangsaran Cth: memberi dan mengekalkan tenaga f) Menyenaraikan kesan kekurangan tenaga pada tubuh badan. Cth : - badan menjadi lesu - sukar memberikan tumpuan pada pelajaran Pengayaan : Murid membuat buku skrap Makanan-Makanan Yang Memberi Tenaga

Minggu 16 Tunjang 1PK Tajuk Isi

1 Waktu Kesihatan diri dan keluarga Kekeluargaan 1. Gejala sosial a) Peranan keluarga dalam menangani masalah gejala sosial

Kemahiran / Butir Mengajar 1. Gejala sosial a) Peranan keluarga dalam menangani masalah gejala sosial i. Bersoaljawab mengenai pengalaman yang biasa dialami sama ada daripada pembacaan atau menonton cerita tentang gejala sosial - Cth: lari dari rumah, penderaan, budaya lepak, ponteng sekolah ii. Menonton video yang berkaitan dengan gejala sosial - Cth: Kisah Benar, Gerak Khas iii. Memberi pendapat mengenai cerita yang ditonton. iv. Menyatakan kesan gejala sosial kepada keluarga dan masyarakat. Cth: memalukan keluarga,menimbulkan ketakutan kepada orang ramai. Pengayaan : Membuat buku skrap berkaitan kes-kes gejala sosial .

Minggu 17 Tunjang 2PJ Tajuk Isi

2 Waktu Kemahiran Olahraga - Balapan 1. Teknik asas permulaan 2. Teknik asas larian 3. Teknik asas penamat Teknik asas permulaan a) Ke garisan i. 2 belah tangan di belakang garis mula ii. Jarak antara kedua-dua belah tangan lebih luas dari bidang bahu. iii. Badan dalam keadaan rileks b) Sedia i. Badan digerakkan ke atas dan condong ke hadapan ii. Kedua-dua belah tangan menyokong berat badan iii. Kedua-dua belah kaki menekan kuat ke atas blok mula c) Berlepas i. Hujung kaki menolak blok mula dan meluru ke hadapan ii. Secara beransur-ansur badan ditegakkan iii. Ayunkan kedua-dua belah tangan

Kemahiran / Butir Mengajar 1

2. Teknik asas larian a) Semasa berlari badan condong sedikit ke hadapan b) Hujung kaki menolak permukaan balapan dengan kuat c) Kedua-dua belah tangan bengkok dan berhayun sepanjang masa berlari. d) Pandang ke hadapan 3. Teknik asas penamat a) Berlari terus melintasi garisan penamat b) Gerakkan bahagian torso ke hadapan apabila sampai ke garisan penamat. 4. Permainan kecil : lari pecut 40 meter.

Minggu 18 Tunjang 3PJ Tajuk Isi

1 Waktu Kesukanan Pengurusan diri 1. Amalan pemakanan untuk tenaga

Kemahiran / Butir Mengajar 1. Amalan pemakanan untuk tenaga a) Menyenaraikan jenis-jenis makanan seimbang Cth: karbohidrat- nasi , protein ikan bilis b) Menyatakan kepentingan makanan seimbang Cth : untuk tumbesaran, untuk tenaga c) Menklasifikasikan jenis makanan untuk menghasilkan tenaga. d) Membuat jadual/ carta aliran zat makanan

Minggu 18 Tunjang 2PK Tajuk Isi

1 Waktu Gaya Hidup Sihat Pemakanan 1. Kumpulan makanan dan fungsinya.

Kemahiran / Butir Mengajar 1. Kumpulan makanan dan fungsinya. a) Menimaginasikan keadaan di pasar ketika membeli keperluan untuk makan tengah hari. b) Menyenaraikan menu makanan tengah hari c) Menentukan menu yang mempunyai unsur makanan yang seimbang. d) Menyenaraikan keperluan makanan seimbang e) Mengenalpasti contoh-contoh kumpulan makanan f) Mencari maklumat mengenai perbezaan fungsi makanan mengikut kumpulan di pusat sumber. Aktiviti pengayaan: Menghasilkan menu yang mempunyai makanan seimbang

Minggu 19 Tunjang 2PJ Tajuk Isi

2 Waktu Kemahiran Olahraga Balapan 1. Lari berganti-ganti a) Menghantar dan menerima baton

Kemahiran / Butir Mengajar 1. . Lari berganti-ganti a) Menghantar dan menerima baton - Murid berpasangan - Kedudukan murid sebaris sambil murid A menghantar baton kepada murid B - Pembawa baton hendaklah memberi isyarat up kepada penerima - Letakkan baton ke dalam tangan penerima - Penerima baton terus berlari pantas tanpa menoleh ke belakang - Apabila menerima isyarat, hulurkan tangan lurus ke belakang - Genggam baton sebaik sahaja menerimanya Aktiviti cadangan: i. berpasangan secara statik ii. berpasangan lari pecut jarak 20 meter iii. berpasangan lari anak jarak 20 meter Permainan kecil : Lari berganti-ganti

Minggu 20 Tunjang 1PJ Tajuk Isi

1 Waktu Kecergasan Kelenturan 1. Jalan Ketam 2. Rangkak Kucing

Kemahiran / Butir Mengajar 1. Jalan Ketam a) Kedudukan murid baring terlentang b) Naikkan badan sambil kedua tangan menyokong belakang c) Angkat punggung ke atas separas pinggang d) Satu lutut dibengkok e) Apabila tangan bergerak kaki juga mengikut perlakuan yang sama Aspek keselamatan:Pasangan membantu menyokong belakang rakannya. 2. Rangkak Kucing a) Murid dalam kedudukan merangkak b Murid merangkak ke hadapan seperti kucing Permainan kecil : Permainan Datuk Harimau dalam perlakuan rangkak kucing.

Minggu 20 Tunjang 2PK Tajuk Isi

1 Waktu Gaya Hidup Sihat Pemakanan 1. Kumpulan makanan dan fungsinya.

Kemahiran / Butir Mengajar 1. Kumpulan makanan dan fungsinya. a) Menyesuaikan jenis makanan dan kumpulannya . b) Menerangkan secara ringkas fungsi kumpulan makanan tersebut. c) Mengadakan kuiz yang berkaitan dengan fungsi kumpulan makanan. Aktiviti pengayaan : i. Melukis gambar jenis-jenis makanan yang terdapat di dalam kumpulan makanan tertentu. ii. Menampal gambar jenis-jenis makanan yang terdapat di dalam kumpulan makanan tertentu di dalam buku skrap. Minggu 21 Tunjang 2PJ Tajuk Isi 2 Waktu Kemahiran Olahraga 1. Padang a) lompat jauh

Kemahiran / Butir Mengajar 1. Padang a) lompat jauh i. Lari landas - Meningkatkan kelajuan lari landas secara berperingkat hingga sebelum melonjak. - Jarak langkah yang tepat - Langkah-langkah yang terakhir : lutut tinggi, lari berentak dan

badan tegak Lonjakan - Hayun paha kaki bebas dengan cepat kepada kedudukan mendatar dan kekalkan posisi seketika - Melonjak ke depan dan ke atas - Lonjakan yang aktif - Badan tegak - Hayunan tangan dengan kuat ke depan dan ke atas. iii. Penerbangan ( Gaya Gantung ) - Naikkan paha kaki bebas dengan pantas pada kedudukan mendatar semasa lonjakan, kemudian kaki direndahkan. - Tangan dihayun ke atas dan ke belakang, lentikkan badan iv. Pendaratan - Tarik tangan dan condongkan badan ke depan - Luruskan kaki ke depan untuk mendarat, dengan tumit kaki. - Ketika mendarat, bengkokkan lutut sedikit - Selepas mendarat hayun badan ke depan/ ke tepi Cadangan : Peringkat permulaan a) Murid berlari bebas melompat landasan b) Murid berlari laju dan rakannya menanda kedudukan paling laju untuk membuat lonjakan. c) Mengira langkah dari tempat lonjakan ke tempat permulaan. ii.

Minggu 22 Tunjang 1PJ Tajuk Isi

1 Waktu Kecergasan Kekuatan 1. Definisi mampu melakukan aktiviti yang lebih mencabar dan lasak. 2. Tolak beban berpasangan. 3. Golek bola segar dalam kumpulan

Kemahiran / Butir Mengajar 1. Tolak beban berpasangan - Murid berpasangan. Seorang daripadanya berdiri tegak tanpa bergerak dan pasangannya cuba menolak. ( dilakukan secara berulang kali) 2. Golek bola segar dalam kumpulan - Murid membentuk bulatan dalam kumpulan. - Bola segar dihantar mengikut bulatan sama ada lawan atau ikut jam. (berulang kali) Permainan kecil ( dalam kumpulan ) Aktiviti : Meleret bola segar ke sempadan.

Minggu 22 Tunjang 2PK Tajuk Isi

1 Waktu Gaya Hidup Sihat Penyalahgunaan Bahan 1. Bahaya a) alkohol b) dadah c) gam

Kemahiran / Butir Mengajar 1. Bahaya Penyalahgunaan Bahan a) Pamerkan carta-carta atau poster berkenaan dadah b) Menyenaraikan keburukan penyalahgunaan dadah cth : membawa maut, meningkatkan kadar jenayah c) Memberi contoh-contoh lain yang berkaitan dengan penyalahgunaan bahan. Cth : gam, alkohol, ectassy d) Membuat persembahan dikir barat Jauhi Dadah Sayangi Diri Jauhi Dadah Sayangi Diri Agar Hidup Lebih Sempurna Salahguna dadah patut dihindari Agar masa depan lebih bahagia (Ulang semula) Salahguna dadah patut dihindari Agar masa depan lebih bahagia Gigih usaha sentiasa berdikari Pasti mencapai ke puncak jaya (Ulang rangkap pertama) Gigih usaha sentiasa berdikari Pasti mencapai ke puncak jaya Salahguna dadah merosak diri Menempuh hidup pasti tidak bermaya. ( Ulang rangkap pertama ) Minggu 23 Tunjang 1PJ Tajuk Isi 2 Waktu Kecergasan Masa Tindak balas 1. Baling Pundi Kacang 2. Belalang dan Belatuk 3. Sebut Nombor

Kemahiran / Butir Mengajar 1. Baling Pundi Kacang a) Baling secara berpasangan b) Dimulakan dengan jarak dekat c) Lambung ,tepuk tangan dan sambut (dilakukan secara berulang) 2. Permainan Belalang dan Belatuk a) Bentuk 2 kumpulan iaitu kumpulan Belalang dan Belatuk b) Apabila salah satu nama kumpulan tersebut disebut,kumpulan tersebut akan lari dan akan cuba ditangkap oleh kumpulan yang satu lagi.

3. Sebut Nombor a) Setiap murid diberi nombor yang berlainan b) Apabila nombornya dipanggil, murid itu mengikut arahan guru. Permainan kecil: a) Pukul lalat b) Belalang dan belatuk c) Harimau dan kambing Minggu 24 Tunjang 3PJ Tajuk Isi 1 Waktu Kemahiran Gimnastik Artistik 1. Pendaratan

Kemahiran / Butir Mengajar 1. Pendaratan a) Lompatan dari dua tingkat peti lombol, pusing 180 darjah dan mendarat dengan dua belah kaki i. Berdiri di atas dua tingkat peti lombol ii. Pandang ke hadapan dan lompat dari peti lombol sambil memusingkan badan 180 darjah semasa di udara iii. Hayun tangan ke hadapan semasa membuat pusingan iv. Tegak dan tegangkan badan semasa memusing v. Bengkokkan lutut sedikit ketika mendarat. vi. Menghadap peti lombol semasa mendarat Arahan keselamatan: - Mendarat di atas rumput atau tilam - Bengkokkan lutut sedikit semasa mendarat untuk mengelakkan kecedaraan - Pandang ke hadapan semasa melompat supaya tidak jatuh - Penyokong bersedia untuk membantu

Minggu 24 Tunjang 1PK Tajuk Isi

1 Waktu Gaya Hidup Sihat Penyalahgunaan Bahan 1. Cara menghindari diri daripada; a) Alkohol b) Dadah c) Gam

Kemahiran / Butir Mengajar 1. Cara menghindari diri daripada penyalahgunaan bahan a) Menyediakan buku folio (secara kumpulan) i) Membentuk kumpulan ii) Mencari maklumat yang berkaitan dengan tajuk : 1. alkohol 2. dadah 3. gam ( medan maklumat : akhbar/ majalah/ risalah/pusat sumber) iii) Menyenaraikan isi kandungan yang perlu dilengkapkan dalam buku folio murid: -tajuk -nama ahli kumpulan -kata alu-aluan

-definisi -kesan penyalahgunaan -cara menghindari -gambar-gambar -keratan akhbar/majalah -penutup b) Mempamerkan hasil folio

Minggu 25 Tunjang 2PJ Tajuk Isi

2 Waktu Kemahiran Permainan bola jaring 1. Sejarah dan latar belakang 2. Hantaran a) Hantaran aras bahu b) Hantaran aras dada c) Hantaran atas d) Hantaran bawah

Kemahiran / Butir Mengajar 1. Sejarah dan latar belakang - Diperkenalkan oleh Dr. James Naismith di Amerika Syarikat pada tahun 1891 - Diperkenalkan di Malaysia selepas perang dunia ke-2 oleh orang Inggeris. 2. Hantaran a) Hantaran aras bahu i. Bawa bola ke belakang bahu ii. Baling bola ke arah kawan b) Hantaran aras dada i. Bawa bola ke dada ii. Tolak bola ke hadapan iii. Luruskan kedua-dua belah tangan c) Hantaran atas i. Bawa bola ke belakang kepala ii. Hantar bola ke sasaran d) Hantaran bawah i. Bawa bola ke paras pinggang ii. Hantar bola ke paras pinggang kawan Permainan kecil : Bola Captain

Minggu 26 Tunjang 1PJ Tajuk Isi

1 Waktu Kecergasan Ketangkasan 1. Lari Zig Zag 2. Lari Ulang Alik- berperingkat

Kemahiran / Butir Mengajar 1. Lari Zig Zag a) Meletakkan skital ( penanda) dalam bentuk zig zag b) Berlari mengikut skital dalam bentuk zig zag ( berulang kali )

2. Lari Ulang Alik- berperingkat a) Skital diletakkan dalam jarak berlainan b) Murid akan berlari mengikut jarak yang ditetapkan c) Jarak berubah dari dekat hinggalah ke jarak 10 meter. 3. Permainan kecil ( Aktiviti kumpulan ) a) Lari menuju skital dalam masa yang ditetapkan b) Lari berganti-ganti

Minggu 26 Tunjang 3PK Tajuk Isi

1 Waktu Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran Keselamatan rumah 1. Bahaya dan langkah-langkah keselamatan di rumah

Kemahiran / Butir Mengajar 1. Bahaya dan langkah-langkah keselamatan di rumah a) Menyenaraikan jenis-jenis alatan yang dianggap berbahaya di rumah cth: pisau, gas, ubat-ubatan b) Menentukan punca-punca yang menyebabkan bahaya cth : alatan yang berselerakdiletakkan di tempat yang tidak sesuai c) Menyarankan langkah-langkah keselamatan ( sumbangsaran ) cth: -melabel jenis ubat -meletakkan di tempat yang sesuai Pengayaan : Menyenaraikan pelbagai jenis alatan di rumah dan menentukan kesesuaian tempat barangan tersebut diletakkan. Cth: Jenis alatan - pisau, senduk,garfu , saterika, lampu, botol, sikat, sabun,jarum, gunting, kunci. Tempat - di dapur, atas almari, di dalam laci

Minggu 27 Tunjang 2PJ Tajuk Isi

2 Waktu Kemahiran Permainan bola jaring 1. Kemahiran menerima a) Dari hadapan b) Dari sisi c) Dari bawah d) Dari atas

Kemahiran / Butir Mengajar 1. Kemahiran menerima b) Dari hadapan i. hulurkan tangan dengan jari yang direnggangkan ii.sambut bola sambil membawa bola ke dada b) Dari sisi i. kilas badan ii. sambut bola di paras pinggang c) Dari bawah i. hulurkan tangan dan sambut bola di paras pinggang d) Dari atas i. lompat sambil menyambut bola di atas kepala

Permainan kecil Perlumbaan 4 Penjuru a) Bentuk 4 pasukan dan berbaris dalam empat penjuru b) Seorang pemain akan berdiri di hadapan barisan menghadap pasukan masing-masing c) Apabila isyarat diberikan dia akan menghantar bola kepada pemain nombor satu dalam barisannya dan pemain itu akan menghantar balik kepadanya. d) Aktiviti ini berterusan sehingga kepada pemain terakhir. e) Apabila pemain terakhir menerima bola,dia akan berlari dan mengambil tempat pemain yang memulakan aktiviti tadi dan bersedia untuk menerima hantaran. f) Pasukan yang pertama habis akan duduk menandakan mereka telah memenangi permainan ini. Minggu 28 Tunjang 3PJ Tajuk Isi 1 Waktu Kesukanan Isu-isu dalam Pendidikan Jasmani dan Kesihatan 1. Pengambilan ubat-ubatan 2. Kesan dan nilai

Kemahiran / Butir Mengajar 1. Menerangkan contoh ubat-ubatan yang dilarang digunakan oleh atlet Cth: steroid, dadah, ubat batuk 2. Menyatakan kesan ubat ubatan yang dilarang ke atas atlet Cth: kesan jangka panjang-merosakkan buah pinggang, saraf dan otot 3.Menyenaraikan nilai-nilai negatif pengambilan ubat-ubatan Cth: hilang keyakinan diri, maruah, terlibat dalam rasuah,hilang minat. Pengayaan : Menghasilkan sebuah poster bertajuk Badan Sihat Otak Cergas Minggu 28 Tunjang 3PK Tajuk Isi 1 Waktu Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran Keselamatan di sekolah 1. Bahaya dan langkah-langkah keselamatan di sekolah

Kemahiran / Butir Mengajar 1. Bahaya dan langkah-langkah keselamatan di sekolah a) Mencatatkan tempat-tempat yang berbahaya di kawasan sekolah Cth: pagar,gelanggang, tangga, tandas, kantin, stor, taman permainan b) Mencadangkan langkah-langkah baik pulih yang perlu bagi menjaga keselamatan sekolah. Cth : - menyapu cat untuk mengelakkan karat - membaiki peralatan yang rosak untuk mengelakkan kecederaan c) Memberi tugasan Menyediakan peraturan untuk menjaga keselamatan stor sukan. Cth: i. Mengisi borang semasa mengambil dan memulang peralatan. ii. Hanya murid bertugas sahaja yang dibenarkan masuk iii. Mengira jumlah peralatan semasa mengambil dan memulang alatan.

Minggu 29 Tunjang 2PJ Tajuk Isi

2 Waktu Kemahiran Bola Baling 1. Sejarah dan Latar Belakang 2. Hantaran a) Aras bahu b) Aras dada c) Arah atas d) Aras bawah e) Hantaran lantun kedua-dua belah tangan

Kemahiran / Butir Mengajar 1. Sejarah dan Latar Belakang a) Berasal dari Eropah dan dikenali sebagai Torball b) Tahun 1976 diperkenalkan di Malaysia oleh En. Lim Hock Han c) Tahun 1987 mula dipertandingkan di MSSM 2. Hantaran a) Aras bahu i. Bawa bola ke belakang bahu ii. Baling bola ke hadapan b) Aras dada i. Bawa bola ke dada ii.Tolak bola ke hadapan iii.Luruskan kedua-dua belah tangan c) Arah atas i. Bawa bola ke belakang kepala ii.Hantar bola ke sasaran d) Aras bawah i. Bawa bola ke paras pinggang ii. Hantar bola ke paras pinggang kawan dengan sebelah tangan e) Hantaran lantun kedua-dua belah tangan i. Bawa bola ke dada ii. Tolak bola ke bawah dengan kedua-dua belah tangan. Permainan kecil : Main monyet-monyet a) Bentuk beberapa kumpulan dan bentuk bulatan b) Dua atau tiga orang ahli kumpulan akan diletakkan di tengah-tengah c) Pemain yang berada di dalam bulatan akan cuba merebut bola yang dihantar oleh pemain yang membentuk bulatan. d) Sekiranya bola yang dibaling oleh pemain yang membentuk bulatan dapat dipintas oleh salah seorang pemain di dalam bulatan maka dia akan menggantikan tempat pemain yang memintas bola tersebut dan berada dalam bulatan tersebut.

iii

iv v vi vii viii

Minggu 30 Tunjang 1PJ Tajuk Isi

1 Waktu Kecergasan Kepantasan 1. Lari pecut 30 meter a) Teknik semasa larian b) Teknik penamat yang betul

Kemahiran / Butir Mengajar 1. Lari pecut 30 meter a) Teknik semasa larian i. Badan condong sedikit ke hadapan

ii. Hujung kaki menolak permukaan balapan dengan kuat iii. Kedua-dua belah tangan bengkok dan dihayun semasa berlari. iv. Pandang ke hadapan b) Teknik penamat yang betul i. Berlari terus melintasi garisan penamat ii. Gerakkan bahagian torso ke hadapan apabila sampai ke garisan penamat. Permainan kecil : a) Lari berganti-ganti dalam kumpulan jarak 30 meter dengan menggunakan teknik lari pecut.

Minggu 30 Tunjang 3PK Tajuk Isi

1 Waktu Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran Penyakit Berjangkit 1. Jenis penyakit 2. Cara merebak

Kemahiran / Butir Mengajar 1. Jenis-penyakit a) Menyenaraikan jenis-jenis penyakit berjangkit Cth : Tibi (batuk kering), taun, denggi, selesema b) Menunjukkan gambar-gambar yang menunjukkan penyakit-penyakit tersebut. 2. Cara merebak a) Menerangkan cara-cara penyakit merebak; i. udara ii. air iii. sentuhan iv. serangga (nyamuk, lalat) b) Menyesuaikan jenis penyakit dengan punca penyakit

Minggu 31 Tunjang 2PJ Tajuk Isi

2 Waktu Kemahiran Permainan bola baling 1. Menerima dan menyambut a) Dari hadapan b) Dari atas c) Dari sisi d) Dari bawah 2. Mengawal bola a) Dengan tangan b) Dengan kaki ( penjaga gol ) 1. Menerima dan menyambut a) Dari hadapan i. Hulurkan tangan dengan jari yang direnggang ii. Sambut dan bawa bola ke dada b) Dari atas i. Lompat sambil menyambut bola di atas kepala dengan kedua-dua belah tangan

Kemahiran / Butir Mengajar

c) Dari sisi i. Kilaskan badan ii. Sambut bola di paras pinggang d) Dari bawah i. Rendahkan badan ii. Sambut bola di paras bawah pinggang 3. Mengawal bola a) Dengan tangan i. Tangkap bola dengan kedua-dua belah tangan sambil membawa bola ke dada. b) Dengan kaki ( penjaga gol ) i. Gunakan kaki untuk menahan bola Permainan kecil Mini bola baling ( tiga lawan tiga ) a) Untuk membuat jaringan pemain membaling bola ke arah skital pihak lawan . b) Gol dikira sekiranya bola mengenai skital.

Minggu 32 Tunjang 1PJ Tajuk Isi

1 Waktu Kecergasan Kepantasan 1. Lari pecut di lengkungan balapan

Kemahiran / Butir Mengajar 1. Lari pecut di lengkungan balapan a) Lakukan larian bebas seperti burung layang-layang b) Larian seperti burung layang-layang dan membelok mengikut susunan skital c) Berlari dilengkungan dengan cara condongkan badan ke arah kiri. * Teknik ini ialah latihan untuk larian di sekolah untuk lari pecut di lengkungan balapan. Permainan kecil : Lari zig zag dalam kumpulan

Minggu 32 Tunjang 3PK Tajuk Isi

1 Waktu Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran Keselamatan 1. Orang yang tidak dikenali

Kemahiran / Butir Mengajar 1. Orang yang tidak dikenali a) Menceritakan tentang kisah penculikan kanak-kanak b) Menyatakan punca-punca penculikan cth: kecuaian, wang, dendam, kurang siuman c) Menerangkan tentang orang yang menjadi mangsa penculikan. Cth: kanak-kanak , wanita atau gadis d) Membincangkan langkah-langkah menghindari penculikan cth: i. jauhi orang yang tidak dikenali ii. berjalan dalam kumpulan iii. elakkan memakai barang kemas e) Melakonkan situasi penculikan (aktiviti kumpulan)

Minggu 33 Tunjang 2PJ Tajuk Isi

2 Waktu Kemahiran Gimnastik 1. Gimnastik Irama a) Imbangan b) Schottische c) Lompat kucing

Kemahiran / Butir Mengajar 1. Gimnastik Irama a) Imbangan skala ke depan i. Berdiri tegak, tangan diluruskan ke atas ii. Langkah ke hadapan sambil melentik ke belakang iii. Tangan bergerak ke belakang dan ke bawah di sisi badan iv. Pergerakan tangan diteruskan sehingga kedudukan ke depan dan satu kaki dinaikkan ke belakang pada masa yang sama. b) Schottische i. Berdiri tegak, rapatkan kaki ii. Tangan di sisi dan pandang hadapan iii. Berjalan tiga langkah ( kanan, kiri, kanan ) iv. Hayun tangan dan hujung kaki dilunjurkan v. Ketingting dengan kaki kanan yang lurus dan kaki kiri dibengkokkan ke hadapan. vi. Mendarat dengan kaki kanan vii. Turunkan kaki kiri dan berdiri tegak. c) Lompat kucing i. Berdiri tegak ii. Melangkah dengan kaki kanan iii. Bengkokkan kaki kanan dan melonjak dengan kaki yang sama. Hayun kaki kiri ke hadapan. iv. Apabila kaki kiri mula jatuh, hayun kaki kanan ke hadapan v Mendarat di atas kaki kiri vi. Lunjurkan kaki kanan

Minggu 34 Tunjang 3PJ Tajuk Isi

1 Waktu Kesukanan Keselamatan 1. Keselamatan semasa beraktiviti a) Alatan permainan b) Padang dan Gelanggang

Kemahiran / Butir Mengajar 1. Keselamatan semasa beraktiviti a) Menunjukkan gambar kemalangan dalam aktiviti bersukan b) Mengumpulkan peralatan yang rosak secara kumpulan c) Mengambil contoh peralatan yang rosak dan akibatnya d) Menyenaraikan peralatan dan tempat berbahaya yang terdapat di gelanggang dan padang sekolah. Pengayaan : Menyediakan papan tanda sementara bagi mengelakkan kemalangan semasa melakukan aktiviti. Cth : awas besi berkarat, awas kawasan berlubang atau awas palang reput.

Minggu 34 Tunjang 3PK Tajuk Isi

1 Waktu Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran Keselamatan 1. Keselamatan di tempat permainan a) Bahaya dan langkah-langkah keselamatan

Kemahiran / Butir Mengajar 1. Keselamatan di tempat permainan a) Bahaya dan langkah-langkah keselamatan i. Melawat ke tempat /padang permainan ii. Menunjukkan papan kenyataan/pemberitahuan tentang keselamatan di tempat tersebut. iii. Bersoal jawab berkaitan tentang punca tempat-tempat tersebut dianggap berbahaya. iv. Menyenaraikan langkah-langkah yang perlu dalam mengekalkan keselamatan tempat tersebut. v. Bergotong-royong membersih atau membaik pulih tempat/ padang permainan. Cth: membuang ranting-ranting,membuat peraturan tambahan, memastikan tiada kaca atau paku berkarat di kawasan tersebut.

Minggu 35 Tunjang 2PJ Tajuk Isi

2 Waktu Kemahiran Gimnastik 1. Gimnastik Berirama a) Teknik alatan ( bola ) b) Rangkaian Pergerakan

Kemahiran / Butir Mengajar 1. Gimnastik Berirama a) Teknik alatan ( bola ) i. Melantun bola - Berdiri tegak - Pegang bola dengan kedua-dua belah tangan lurus ke hadapan - Bengkokkan lutut dan lantun bola dengan kedua belah tangan - Kawal bola dengan tangan dan berdiri atas bebola kaki serta lantun bola semula. - Sambut bola dengan kedua belah tangan dan berdiri tegak ii. Menghayun bola - Luruskan kedua belah tangan. Imbang bola di atas tangan kanan - Hayun tangan kanan ke belakang - Hayun tangan kanan ke hadapan dan pindah bola ke tangan kiri - Hayun tangan kiri ke belakang - Hayun tangan kiri ke hadapan dan berhenti iii. Melambung dan menyambut bola - Imbang bola di atas sebelah tangan - Bengkokkan kaki dan hayunkan tangan ke belakang - Hayun tangan ke hadapan ,lambung bola ke atas dari hujung jari tangan. - Berdiri di atas sebelah kaki - Sambut bola dengan tangan yang sama. Ikut lajak bola, bengkokkan kaki.

b) Rangkaian Pergerakan - Lakukan gerakan berikut dalam kiraan empat - Chaine - Schottische - Pirovette Minggu 36 Tunjang 1PJ Tajuk Isi 1 Waktu Kecergasan Imbangan 1. Imbangan dekam 2. Imbangan sekala

Kemahiran / Butir Mengajar 1. Imbangan dekam a) mula dari kedudukan dekam b) kedua-dua siku rapat dengan lutut dan cuba imbangkan badan - sokongan di atas dua belah tangan - rapatkan lutut pada siku dan imbangkan badan - kedudukan kepala menghadap ke depan. 2. Imbangan sekala a) Berdiri tegak, tangan diluruskan ke atas b) Langkah ke hadapan sambil melentik ke belakang c) Tangan bergerak ke belakang di bawah sisi badan d) Pergerakan tangan diteruskan sehingga kedudukan ke depan dan satu kaki dinaikkan ke belakang pada masa yang sama. Permainan kecil: 1. Menjalankan pertandingan imbangan dekam iaitu murid yang lama dapat mengimbangkan badan dikira sebagai pemenang. 2. Lawan sentuh lutut.(berpasangan) a) Kedua-dua murid akan menghadap antara satu sama lain dalam keadaan mencangkung. b) Murid tersebut akan cuba menyentuh lutut pasangannya dan pasangannya akan cuba mengelak sentuhan tersebut. c) Murid yang berjaya menyentuh lutut lawannya terlebih dahulu akan dikira sebagai pemenang.

Minggu 36 Tunjang 3PK Tajuk Isi

1 Waktu Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran Penyakit berjangkit 1. Cara mencegah

Kemahiran / Butir Mengajar 1. Cara mencegah a) Menerangkan tentang pentingnya menjaga kebersihan diri, pakaian dan persekitaran b) Menyatakan kesan tidak menjaga kebersihan Cth: Tempat air bertakung menyebabkan pembiakan nyamuk c) Langkah-langkah pencegahan Cth: - Menanam tin-tin kosong, tayar buruk - Menutup makanan dengan tudung saji - Membasuh tangan sebelum makan

Minggu 37 Tunjang 2PJ Tajuk Isi Kemahiran / Butir Mengajar

2 Waktu Gimnastik Gimnastik Artistik 1. Dirian statik

1. Dirian statik a) Posisi badan dan kaki i. Badan tegak dan buka dada ii. Lengan ke depan iii. Lengan ke sisi iv. Bengkokkan lutut hingga 90 darjah b) Duduk dan silang i. kaki lurus dan kangkang ii. melutut dan tangan lurus ke atas iii. melutut sebelah iv. posisi V dengan sokongan tangan di belakang v. berbaring dan angkat kaki vi. sokong depan/ belakang/sisi vii. dirian bahu, kaki lurus ke atas c) Lengan,tangan,jari i. Gerakkan lurus ke depan/ belakang/ sisi/ atas ii. Jari buka/ tutup d) Posisi kaki i. Luruskan jari kaki ke depan/ke belakang Permainan kecil Murid melakukan beberapa gerakan secara rangkaian Minggu 38 Tunjang 1PJ Tajuk Isi 1 Waktu Kecergasan Imbangan 1. Imbangan dekam 2. Imbangan sekala

Kemahiran / Butir Mengajar 1. Imbangan dekam a) Mula dari kedudukan dekam b) Kedua-dua siku rapat dengan lutut dan cuba imbangkan badan - sokongan di atas dua belah tangan - rapatkan lutut pada siku dan imbangkan badan - kedudukan kepala menghadap ke depan. 2. Imbangan sekala a) Berdiri tegak, tangan diluruskan ke atas b) Langkah ke hadapan sambil melentik ke belakang c) Tangan bergerak ke belakang di bawah sisi badan d) Pergerakan tangan diteruskan sehingga kedudukan ke depan dan satu kaki dinaikkan ke belakang pada masa yang sama. Permainan kecil: 1. Menjalankan pertandingan imbangan dekam iaitu murid yang lama dapat mengimbangkan badan dikira sebagai pemenang.

Minggu 38 Tunjang 3PK Tajuk Isi

1 Waktu Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran Keselamatan 1. Keselamatan di jalan raya a) Tanda keselamatan di jalan raya

Kemahiran / Butir Mengajar 1. Keselamatan di jalan raya a) Tanda keselamatan di jalan raya i. Menunjukkan beberapa contoh papan tanda keselamatan yang terdapat di jalan raya. Cth: -kanak-kanak melintas,awas,berhenti ii. Menyenarai dan melukis beberapa papan tanda keselamatan di jalan raya (berpandukan gambar yang dipamerkan). iii. Bersoal jawab tentang maksud tanda-tanda yang terdapat pada papan tanda tersebut. iv. Mengadakan kuiz mengenai papan tanda keselamatan jalan raya.

Minggu 39 Tunjang 2PJ Tajuk Isi

2 Waktu Kemahiran Rekreasi 1. Kraf perkhemahan a) alatan / bahan b) bentuk

Kemahiran / Butir Mengajar 1. Kraf perkhemahan a) Alatan / bahan i. Menyenaraikan alatan-alatan penting untuk berkhemah cth: beg galas, kompas, lampu suluh, pisau/parang, makanan ii. Menjelaskan kepentingan/kegunaan peralatan tersebut kompas untuk menentukan arah mata angin/kiblat pisau/parang untuk mencantas dan memotong kayu b) Bentuk i. Bersoaljawab mengenai bentuk-bentuk peralatan yang dibawa. Cth: ringan, tidak berbahaya, mudah dibawa, peralatan serbaguna ii. Perbincangan mengenai kebaikan rekreasi Cth: mengisi masa lapang, membentuk disiplin diri, menambah ilmu Pengetahuan. iii. Membentangkan hasil kerja Minggu 40 Tunjang 3PJ Tajuk Isi 1 Waktu Kesukanan Etika 1. Semangat kesukanan a) Kesungguhan dan disiplin diri

Kemahiran / Butir Mengajar 1. Semangat kesukanan a) Kesungguhan dan disiplin diri i. Tayangan video tentang Kecemerlangan Atlit Malaysia dalam Sukan Sea ii. Menyenaraikan sikap-sikap positif yang terdapat pada para atlet negara

contoh: disiplin diri, yakin diri, berusaha, bersemangat, patriotik iii. Membandingkan sikap-sikap tersebut yang ada dalam pasukan sekolah. iv. Mengemukan pandangan dan cadangan untuk membaiki sikap pemain terhadap semangat kesukanan v. Menyanyikan lagu Fikirkan Boleh Jika kau fikirkan kau boleh Kau pasti boleh melakukan Jika kau fikirkan ragu-ragu Usahamu tidak menentu Jika kau fikirkan kekalahan Kau hampiri kegagalan Jika kau fikirkan kemenangan Kau hampiri kejayaan Tabah apa kau usahakan Sabar dalam pemikiran Bertindak ikut kemampuan Fikirkan boleh, kau bolehkau boleh

Minggu 40 Tunjang 3PK Tajuk Isi

1 Waktu Kebersihan dan keselamatan persekitaran Pertolongan Cemas 1. Definisi 2. Rawatan awal kecederaan ringan

Kemahiran / Butir Mengajar 1. Definisi pertolongan cemas - pertolongan sementara yang diberi kepada mangsa ketika berlaku kemalangan bagi mengelakkan mangsa daripada menjadi lebih parah 2. Rawatan awal kecederaan ringan a) Menyenaraikan jenis-jenis kecederaan ringan cth: luka,melecet, terseliuh, kejang otot b) Mengemukan pandangan/cadangan mengenai langkah-langkah untuk bertindak. Cth: luka bersihkan tempat luka dan memberhentikan pendarahan c) Membimbing cara-cara mengikat anduh.

Minggu 41 Tunjang 2PJ Tajuk Isi

2 Waktu Kemahiran Rekreasi 1. Kraf perkhemahan a) alatan / bahan b) bentuk

Kemahiran / Butir Mengajar 1. Kraf perkhemahan a) alatan / bahan i. menunjukkan contoh alatan kraf perkhemahan cth: senduk kayu, penyangkut baju, tempat letak kasut dan para-para

ii. menyenaraikan contoh-contoh alatan kraf perkhemahan iii. membimbing cara-cara membuat penyangkut baju b) bentuk i. Perbincangan mengenai bentuk yang sesuia untuk membuat kraf perkhemahan cth: serbaguna, tanpa menggunakan banyak peralatan, penggunaan bahan semula jadi, murah.

Minggu 42 Tunjang 3PJ Tajuk Isi

1 Waktu Kesukanan Etika 1. Semangat kesukanan a) Kesungguhan dan disiplin diri

Kemahiran / Butir Mengajar 1. Semangat kesukanan a) Kesungguhan dan disiplin diri i. Menyediakan buku skrap tentang Kecemerlangan Atlit Malaysia dalam Sukan Sea. - Membentuk kumpulan -. Menyenaraikan maklumat yang perlu dimasukkan dalam buku skrap. Cth: - Tajuk - Nama ahli kumpulan - Kata alu-aluan - Berita dan gambar Atlit Malaysia dalam Sukan Sea - Penutup - Menghantar dan mempamerkan hasil kerja.

Minggu 42 Tunjang 3PK Tajuk Isi

1 Waktu Kebersihan dan keselamatan persekitaran Pertolongan Cemas 1. Perkhidmatan Kesihatan a) Unit Kesihatan Sekolah

Kemahiran / Butir Mengajar 1. Perkhidmatan Kesihatan a) Unit Kesihatan Sekolah i. Membuat lawatan ke kantin, ke bilik kesihatan, ke tempat pembuangan sampah. ii. Mencatat keadaan tempat-tempat yang dilawati iii. Mengaitkan pengalaman lawatan tersebut dengan aspek kesihatan iv. Membuat laporan serta cadangan . v. Membentangkan hasil laporan serta cadangan Pengayaan : Mencari maklumat mengenai peranan unit kesihatan sekolah.

Anda mungkin juga menyukai