Anda di halaman 1dari 20

Penyiraman hanya dilakukan pada sebelah pagi. Tanaman sayuran tidak sesuai dilakukan pada waktu tengah hari.

Pada waktu petang, guru dan penjaga yang ditugaskan akan melakukan siraman dan penjagaan pada batas.

Murid diterangkan dan ditunjuk cara teknik penyiraman yang betul untuk anak benih dan benih yang sudah bercambah. Murid membezakan teknik penyiraman antara anak benih dan benih yang sudah bercambah.

Murid ditugaskan mengikut kelas untuk menyiram anak benih serta pokok di setiap batas.
Murid juga perlu memerhati setiap pokok semasa menyiram untuk tujuan penjagaan, jika terdapat sebarang penyakit atau haiwan perosak.

Selepas setiap kali kerja penyiraman dilakukan, murid diajar untuk mengemas semula alatan menyiram untuk mengelakkan alatan dari hilang atau rosak.
Alatan yang sudah dibersihkan akan diletakkan di tempat yang telah ditetapkan.

GAMBAR ALATAN YANG TELAH DISUSUN

Penjagaan dijalankan di sepanjang program ini dilaksanakan. Setiap kelas dan guru telah dipertanggungjawabkan untuk menjalankan penjagaan terhadap keseluruhan kebun. Pada waktu petang, guru dan penjaga bekerjasama melakukan pemantauan terhadap projek. Dalam projek kebun sayur ini, penjaga bersama guru telah memasang pagar di sekeliling kebun untuk mengelakkan gangguan kepada kebun.

Murid diterangkan teknik-teknik penjagaan pokok. Untuk sayur seperti kacang panjang, murid membalut sayur tersebut dengan surat khabar terpakai untuk mengelakkan gangguan serangga perosak seperti semut, kumbang, dan sebagainya. Murid digilirkan mengikut kelas untuk membalut hasil-hasil dari pokok. Selain membalut, murid juga dikehendaki memantau tumbesaran dan keadaan hasil-hasil tersebut.

Masalah utama dalam memastikan keadaan hasil baik ialah gangguan dari ayam.

Ayam sering masuk ke dalam kawasan kebun kami. Tetapi, kami bernasib baik kerana ayam tidak menganggu hasil dari pokok. Ayam hanya mencakar tanah di bahagian bawah batas.

Pada mulanya kami berasa agak pelik karana tanah di kawasan kebun kering dan berbatu. Keadaan tanah sebegini tidak sesuai untuk haiwan seperti ayam untuk mencari makanan. Kami mendapat jawapannya apabila seorang murid yang ditugaskan memantau kawasan kebun terjumpa cacing di kawasan batas. Sabut kelapa yang digunakan sebagai medium tanaman dilihat mula menjadi habitat cacing. Cacing tidak mengganggu tanaman, sebaliknya menghasilkan baja organik vermikompos di mana baja ini membantu menyuburkan tanaman. Jadi, kami tidak melakukan proses penyahan cacing di kawasan batas kami.

Jadi, penyelesaiannya ialah kami hanya menghalau jika ternampak ayam yang memasuki kawasan kebun.

Murid kelas terdekat iaitu kelas 2 Mutiara dipertanggungjawabkan menghalau ayam jika ternampak emasuki kebun.
Masalah lain yang dapat kami dapati ialah dari serangga perosak seperti kumbang dan semut. Untuk menyelesaikan masalah ini, seorang penjaga telah memberi petua dari kampung tanpa menggunakan racun untuk mengelakkan gangguan serangga perosak.

Untuk menyelesaikan masalah ini, penjaga tersebut telah membekalkan sedikit bawang putih yang telah dikisar halus.

GAMBAR bawang putih dah blend

Prosesnya sanat mudah. Campurkan sedikit bawang putih yang telah dikisar tadi dengan air ke dalam bekas siraman. Kemudian lakukan siraman seperti biasa semasa proses penyiraman.
Selepas menggunakan petua kampung ini, kami dapati tiada lagi haiwan perosak yang mengganggu tanaman.

GAMBAR ALATAN YANG TELAH DISUSUN

Setiap kali selepas melakukan kerja, murid diminta membersihkkan semula alatan yang telah digunakan. Murid juga diajar untuk menyusun semula alatan selepas kerja pembersihan alatan.

Proses tuaian dilakukan pada fasa akhir program ini dijalankan. Guru menerangkan dan melakukan tunjuk cara kepada murid bagaimana untuk menuai hasil dengan betul. Ini penting untuk mengelakkan hasil tuaian rosak semasa murid mencabut dari batas.

Murid diminta mencabut hasil tuaian dengan berhati-hati. Semasa menuai. Guru memantau segala kerja murid. Murid diminta mengasingkan hasil tuaian mengikut jenis.

selepas mengasingkan hasil tuaian tadi, murid menimbang mengikut berat yang ditetapkan untuk proses jualan nanti. Selepas meninbang, murid akan mengasingkan pula hasil tuaian mengikut berat tadi.

Murid yang ditugaskan untuk mengira stok pula mengira hasil tuaian yang telah ditimbang dan diasingkan tadi. Proses ini terdapat dalam mata pelajaran matematik dan kemahiran hidup.

Selepas mengira stok untuk dijual, guru menunjukkan kepada murid proses akhir sebelum melakukan menjual produk. Guru menunjukkan cara mengemas hasil tuaian. Akar perlulah dipotong dari hasil tuaian. Murid memotong akar seperti yang telah ditunjukkan. Guru memantau kerja murid.

Selepas dibersihkan, murid membungkus hasil tuaian tadi dengan kemas untuk dijual.

Selepas proses pembungkusan, murid menyusun hasil tadi ke dalam bekas yang disediakan untuk menjual.

Hasil tuaian disusun secara teliti untuk mengelakkan rosak.

Selepas menetapkan kumpulan sasaran. Murid pn mula menjual. Selepas menuai, murid yang telah ditugaskan menjual hasil tuaian kepada warga sekolah dan ibu bapa. Jualan yang dilakukan hanya dapat dihabiskan dalam masa sehari. Murid menjual hasil tuaian semasa waktu rehat dan balik dengan membawa hasil tuaian ke sekeliling sekolah.

Akhir sekali, murid diajar bagaimana mengira keuntungan dan menyeimbangkan hasil jualan dengan stok awal. Murid bersama guru mengira hasil jualan.