Anda di halaman 1dari 1

Nilai Murni

Berdasarkan novel yang telah saya kaji, terdapat beberapa nilai murni yang telah saya peroleh. Antaranya adalah bertanggungjawab seperti keluarga Encik Hasrul merupakan keluarga yang bertanggungjawab kerana akur akan arahan pertukaran yang ditetapkan oleh Jabatan Pertanian. Selain itu, kasih sayang. Contohnya Encik Hasrul dan Puan Sarah yang menyayangi anak mereka dan sentiasa mengambil berat perkembangan anak mereka di sekolah. Mereka juga sangat menyayangi anak angkat mereka, iaitu Satiah malah sanggup menanggung kos perubatan Satiah di hospital. Kerajinan seperti Hartini yang rajin membantu ibunya di dapur juga salah satu daripada nilai murni yang terdapat di dalam novel. Nilai setia kawan ditekankan dalam novel ini. Persahabatan Hartini dan Satiah yang erat menyebabkan mereka sentiasa mengambil berat antara satu sama lain. Terdapat nilai gigih dalam novel ini. Hartini gigih mencari pendekatan tanpa berputus asa supaya dapat mengubah pendirian Pak Morit sehingga bersetuju untuk menghantar Satiah ke hospital. Murid-murid di situ lebih tekun belajar dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap apa-apa yang diajarkan oleh guru. Nilai tabah sentiasa dipaparkan oleh watak Satiah dalam novel ini. Contohnya, Satiah sentiasa sabar dan tabah terhadap penyakitnya. Walaupun dia menanggung penderitaan yang tidak terperi, dia tetap bertenang dan tidak mahu kawan dan emaknya menaruh bimbang terhadapnya. Akhir sekali, bersyukur seperti Encik Hasrul yang mengadakan majlis doa kesyukuran kerana Satiah dan Hartini Berjaya memperoleh kejayaan dalam PMR.

Pengajaran
Terdapat beberapa pengajaran yang saya peroleh daripada novel Cempaka Putih. Antaranya adalah kita harus menghormati dan taat kepada ibu bapa seperti Hartini yang menghormati ibu bapanya. Ketika menghadapi kegelisahan, dia akan meminta pandangan daripada ibu bapanya. Satiah juga menghormati dan taat kepada ibu bapanya. Dia menerima perintah bapa tanpa mengingkari kehendak bapanya. Kita mestilah membantu orang yang menghadapi kesusahan seperti Encik Hasrul dan Puan Sarah yang sentiasa menghantar Satiah ke hospital dan sanggup menanggung kos perubatan Satiah. Selain itu, kita hendaklah ikhlas dalam persahabatan. Contohnya Hartini dan Satiah telah menjalin hubungan persahabatan dengan ikhlas walaupun berbeza kaum. Satiah menjadi teman belajar, menangis dan ketawa Hartini. Kita janganlah menganiaya orang lain seperti Junainah yang telah menganiaya Hartini dengan meletakkan pil ecstasy di dalam almari. Perbuatannya telah terbongkar dan dia telah menerima balasan. Kemudian, sebagai murid kita mestilah bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan. Contohnya Hartini, Satiah dan rakan-rakan yang lain bersungguh-sungguh belajar secara berkumpulan untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan PMR. Akhir sekali, kita hendaklah bijak menyelesaikan masalah seperti Encik Hasrul yang bijak menyelesaikan masalah anaknya yang telah difitnah mengedar pil ecstasy.

Anda mungkin juga menyukai