Anda di halaman 1dari 15

EDU 3106 - BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

1.0 PENDAHULUAN

Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mempunyai rakyat yang terdiri dari pelbagai latarbelakang kaum dan keturunan. Antara kelompok kaum utama yang mewujudkan kepelbagaian kelompok di Malaysia ialah Melayu, India dan Cina. Malah di Malaysia timur iaitu Sabah dan Sarawak pula dianggarkan tidak kurang dari 30 suku etnik peribumi yang mempunyai pelbagai budaya dan cara hidup yang unik dan bervariasi antara satu sama lain. Dengan kepelbagaian etnik inilah yang menjadi cabaran para guru untuk memastikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dapat dicapai sama rata antara semua kaum tanpa wujudnya masalah peminggiran dan tercicir. Pihak UNESCO telah mengutarakan satu slogan standard dikenali sebagai Education For All bagi mengambarkan kesungguhan pihak UNESCO mempromosi pendidikan yang adil dan menyeluruh untuk semua tanpa sebarang diskriminasi. Justeru dalam merealisasikan Education For All, guru hendaklah mampu untuk memindahkan ilmu kepada murid dengan lancar dan menepati objektif. Bagi memastikan proses pemindahan ilmu lancar, guru haruslah mengenali budaya dan latarbelakang murid di dalam kelas bagi memastikan proses P&P dapat difahami oleh murid-murid. Antara kaedah pedagogi yang mengetengahkan kepentingan P&P berasaskan kefahaman budaya dan kelompok murid ialah pedagogi releven budaya. Menurut kamus dewan edisi keempat, pedagogi membawa maksud kaedah dan prinsip pengajaran. Relevan pula membawa maksud ada kaitan dan perhubungan. Dan budaya pula menurut kamus dewan edisi keempat ialah keseluruhan cara hidup. Justeru, jika ketiga-tiga perkataan ini disatukan dan dilihat dari aspek pendidikan membawa maksud kaedah pengajaran yang dikaitkan dengan cara hidup murid.

Menurut sejarah, idea pedagogi relevan budaya (culturally relevant pedagogy) ini dicetuskan oleh Gloria Ladson Billings pada 1992 sebagai satu kaedah untuk murid mencapai kecemerlangan di dalam pembelajaran namun tidak meminggirkan budaya dan cara hidup masing-masing. Menurut Gay (2000), pendekatan pedagogi relevan budaya merupakan pendekatan yang menggunakan pengetahuan budaya, pengalaman, rujukan dan gaya persembahan yang berbeza-beza mengikut perbezaan etnik murid dan menjadikan proses P&P lebih berkesan terhadap murid.

IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL

HALAMAN

EDU 3106 - BUDAYA DAN PEMBELAJARAN


2.0 CIRI-CIRI PEDAGOGI RELEVEN BUDAYA

Berdasarkan definisi yang dikemukakan dari tafsiran kamus dewan, dari Gloria Ladson Billing dan juga Gay, dapat disimpulkan bahawa pedagogi ini memerlukan guru bekerja lebih dalam memahami budaya murid secara umum bagi mengadakan suatu rancangan pengajaran yang mantap dan sesuai untuk semua murid. Bagi memastikan proses P&P relevan budaya berjalan dengan lancar, seorang guru itu haruslah memahami beberapa ciri-ciri yang perlu dititikberatkan sepanjang merancang rancangan pembelajaran.

2.1

Hubungkait Pengalaman & Cara Hidup

Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang dapat menyentuh feeling brain murid-murid dengan mengaitkan kehidupan seharian mereka sewaktu pembelajaran. Malah mereka dapat mengingati semula pengalaman lepas dalam memahami isi pelajaran yang dipelajari. Disinilah letaknya kepentingan guru untuk sedikit sebanyak memahami latarbelakang murid dan memberikan contoh berdasarkan apa yang sering dan telah dialami murid sepanjang kehidupan mereka. Terdapat perbezaan yang nyata antara kehidupan murid pesisir pantai, kawasan pedalaman dan juga di kawasan Bandar. Justeru pemahaman budaya serba sedikit membantu guru untuk membantu murid menghadam apa yang dipelajari dari isi pembelajaran. 2.2 Meningkat Daya Intelek Murid

Pedagogi releven budaya turut menggariskan antara ciri terpenting kaedah tersebut ialah mempu meningkatkan daya intelek murid. Namun ianya harus bersesuaian dengan kehidupan murid. Andaikata murid dari kawasan pesisir pantai dan kawasan pedalaman, aspek asas seperti membaca, menulis dan mengira harus diutamakan. Setelah asas ini mampu dicapai oleh semua murid, barulah guru boleh menumpukan kepada kemahiran yang lain. Dengan itu, isu ketidakadilan pendidikan tidak akan wujud dan jurang pendidikan dapat didekatkan. 2.3 Dwifokus (Kecemerlangan & Budaya)

Pembelajaran perlulah dwifokus iaitu mementingkan aspek kecemerlangan dan dalam masa yang sama tidak mengabaikan aspek kebudayaan. Penerapan sifat cinta dan berbangga dengan budaya hendaklah dititikberatkan dalam jiwa murid. Mereka boleh berkongsi cerita mengenai budaya masing-masing di dalam kelas dan seterusnya murid-murid yang lain turut dapat IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL HALAMAN

EDU 3106 - BUDAYA DAN PEMBELAJARAN


mengetahui dan memahami keunikan budaya rakan-rakan mereka. Contoh yang digunakan oleh guru boleh diambil dari pengalaman murid-murid itu sendiri. 2.4 Pembentukan Sebuah Keluarga Besar

Sewaktu berada di dalam kelas, murid boleh menjalani kehidupan seakan-akan sebuah keluarga besar dengan latarbelakang yang unik dan menarik. Setiap murid saling menyokong dan membantu dalam mencapai suasana kelas yang harmoni. Aspek pemindahan ilmu dijalankan dengan lancar oleh guru dan isi pelajaran dapat diperolehi murid. Sekiranya murid tersebut tidak faham, rakan yang lain akan menerangkan mengikut cara pemahaman berdasarkan budaya murid tersebut. 2.5 Pembentukan Murid Glokal

Persekitaran pelbagai budaya yang unik dan menarik akan mampu membina pedagogi releven budaya yang berkesan. Justeru aspek pemindahan ilmu dari guru kepada murid akan berjalan lancar malah murid dapat bersosialisasi dengan rakan berlainan budaya tanpa kekok. Secara tidak langsung akan melatih murid untuk bersikap glokal (global dan lokal). Mereka mampu bersosialisasi dengan individu berlainan budaya dan dapat memperkukuhkan adat budaya mereka sendiri.

IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL

HALAMAN

EDU 3106 - BUDAYA DAN PEMBELAJARAN


3.0 ELEMEN PEDAGOGI RELEVEN BUDAYA

Dalam pelaksanaan pedagogi releven budaya, terdapat beberapa cabang atau elemen yang terkandung di dalam pedagogi tersebut. Bagi merealisasikan hasrat menggunakan kaedah ini, guru boleh memilih elemen yang bersesuaian diantara elemen berempat ini untuk diaplikasi dalam proses P&P. Kesesuaian adalah bergantung kepada situasi kelas, isi pengajaran, komposisi murid berdasarkan etnik dan latarbelakang dan sebagainya. Antara empat elemen yang dimaksudkan ialah elemen adat resam dalam P&P, elemen kesusasteraan, elemen pemakanan dan elemen alam sekitar.

3.1

Elemen Adat Resam

Elemen ini menekankan aspek adat resam sesuatu kaum atau etnik murid. Di Malaysia, terdapat berpuluh etnik dan kaum sama ada di Malaysia barat atau di Malaysia timur. Antara adat resam yang biasa diamalkan dalam masyarakat berkisar mengenai adat perkahwinan, adat kehidupan di rumah, pantang larang dan sebagainya. Kemajmukan masyarakat menjadikan murid turut mempunyai latarbelakang yang berbeza. Sekiranya guru memilih untuk mengajar mengenai budaya masyarakat di Malaysia, guru boleh menjadikan murid sebagai bahan sumber pembelajaran dengan melibatkan mereka sewaktu sesi P&P.

Dalam menerapkan elemen adat resam dalam pedagogi relevan budaya, guru boleh menggunakan pendekatan mediatif dan kolaboratif. Sesi pengajaran dan pembelajaran boleh dimulakan dengan pendekatan mediatif iaitu dengan memaparkan beberapa bahan media contohnya gambar dan video mengenai adat resam etnik Iban dan melayu. Setelah itu, penggunaan pendekatan kolaboratif boleh dilakukan dengan membentuk beberapa kumpulan murid untuk melaksanakan aktiviti bersama. Antara contoh aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru bagi membentuk pedagogi releven budaya berasaskan elemen adat resam ialah dengan menggunakan pengurusan grafik (graphic organizer) bagi menunjukkan perbezaan dan persamaan adat resam satu kelompok dengan kelompok yang lain. Murid akan diberikan sehelai kertas major dan diberikan panduan graphic organizer seperti contoh di bawah. Murid akan berkolaborasi dalam menyiapkan tugasan. Diakhir pembelajaran, guru bolehlah merumuskan bahawa persamaan adat resam diantara etnik menunjukkan wujudnya perpaduan manakala perbezaan pula menjadi suatu keunikan yang harus dibanggakan.

IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL

HALAMAN

EDU 3106 - BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

IBAN

MELAYU

Rajah 1 : Contoh Graphic Organizer yang boleh digunakan untuk P&P releven budaya elemen adat resam. 3.2 Elemen Komponen Kesusasteraan

Elemen kedua ialah elemen komponen kesusasteraan yang merupakan suatu seni yang disampaikan indah dengan mengandungi maksud dan isi kandung yang tinggi mutu, sarat dengan mesej serta nilai. Kepelbagaian etnik Malaysia menjadi elemen sastera turut wujud dalam pelbagai bentuk. Antaranya seperti sajak (wujud dalam etnik melayu, cina dan india), pantun (melayu), syair (melayu), gurindam (melayu), cerita rakyat (semua etnik) dan sebagainya. Kewujudan ini menjadikan Malaysia kaya dalam aspek kesusasteraan dan perlu dipertahankan dan dipupuk semangat cintakannya sewaktu peringkat persekolahan lagi. Aktiviti di sekolah yang meraikan perbezaan budaya dan etnik melalui elemen kesusasteraan akan dapat memupuk semangat saling mengenali tanpa sebarang prejudis antara satu sama lain.

Antara contoh aktiviti yang boleh dilakukan guru sewaktu proses P&P ialah guru boleh meminta murid menyampaikan cerita rakyat mengikut kaum masing-masing. Setiap etnik atau kaum mempunyai cerita rakyat yang tersendiri. Contohnya jika di Malaysia atau secara lebih tepat kaum melayu, terdapat cerita kisah derhaka anak terhadap ibunya iaitu Si Tanggang. Akan tetapi dengan jalan cerita yang hampir sama, bagi orang-orang jawa atau Johor selatan cerita rakyat tersebut dinamakan Malim Kundang. Cerita sama tetapi watak dan nama yang berbeza.

Dalam melaksanakan pedagogi relevan budaya berelemenkan komponen kesusasteraan, guru boleh mengaplikasikan pendekatan direktif dan koperatif. Sesi P&P dimulakan dengan guru menerangkan secara langsung apa itu sastera dan elemen-elemen sastera seperti syair. Kemudian guru bolehlah menunjukkan demonstrasi mengalunkan syair berkenaan cerita rakyat IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL HALAMAN

EDU 3106 - BUDAYA DAN PEMBELAJARAN


contohnya Si Tanggang, Malim Dewa dan sebagainya di hadapan kelas. Murid-murid akan memerhati dan menilai cara guru mengalunkan syair tersebut. Kemudian pendekatan koperatif digunakan iaitu dengan membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan mereka diberikan beberapa rangkap syair yang berbeza untuk setiap kumpulan. Mereka akan berada di dalam kumpulan untuk berbincang bagaimana cara mengalunkan syair sepertimana yang

didemonstrasikan oleh guru. Setelah itu, wakil kumpulan akan dijemput mendeklamasi puisi dan syair mengenai kisah cerita rakyat. Setelah selesai, guru akan merumuskan isi pembelajaran dengan menerangkan cerita mengenai kisah-kisah cerita rakyat dari kelompok etnik yang berbeza ini. Dengan itu, murid dapat mengetahui budaya-budaya etnik lain dari sudut kesusasteraan kerana setiap etnik pasti aka nada budaya warisan dari sudut sastera seperti nyanyian atau sebagainya. 3.3 Elemen Pemakanan

Setiap etnik atau bangsa yang wujud di dunia akan mempunyai masakan yang berbeza antara satu sama lain. Contohnya di India, masyarakat di sana gemar memakan makanan dengan rempah yang pelbagai. Manakala di China, masyarakat cina di sana gemar memakan makanan sup. Dengan perbezaan inilah, masyarakat di Malaysia dapat merasai makanan yang berlainan dari kebiasaan malah kadang-kala diasimilasikan ke dalam budaya dan masakan mereka sendiri. Contohnya roti canai, pada permulaan diperkenalkan oleh bangsa india, namun makanan tersebut akhirnya menjadi sebati dengan jiwa masyarakat melayu dan tumbuhlah kedai-kedai roti canai yang dimiliki oleh orang melayu.

Elemen pemakanan juga tidak hanya melibatkan makanan yang dimasak sahaja kerana terdapat juga makanan yang tidak dimasak tetapi dimakan secara mentah tradisional contohnya makan sirih dalam kalangan etnik melayu dan india. Jika dilihat dasawarsa ini, amalan makan sirih sudah amat kurang diamalkan terutama oleh golongan muda atas faktor peredaran zaman dan ketidaksesuaian amalan tersebut pada masa kini. Atas sebab inilah perlunya warisan ini diajar kepada murid. Sekurang-kurangnya murid mengetahui mengenai amalan makan sirih ini sekalipun mereka tidak mungkin akan mengamalkannya. Dengan itu, secara tidak langsung berlakunya pedagogi relevan budaya iaitu etnik-etnik lain seperti cina dan bumiputera Sabah dan Sarawak dapat mengetahui mengenai budaya makan sirih etnik india dan melayu ini.

Bagi merealisasikan elemen pemakanan dalam pedagogi relevan budaya ini, guru boleh menggunakan pendekatan mediatif, kolaboratif dan metakognitif sewaktu sesi P&P. Sesi P&P IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL HALAMAN

EDU 3106 - BUDAYA DAN PEMBELAJARAN


boleh dimulakan oleh guru dengan memaparkan video mengenai makanan tradisional etnik melayu contohnya nasi lemak, nasi dagang, nasi goreng dan nasi ayam. Setelah itu murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan bersesuaian dan berbincang mengenai bahan-bahan yang digunakan di dalam masakan tersebut. Sewaktu sesi perbincangan ini, murid akan berkolaboratif dalam mencari maklumat dan memberikan pendapat mereka. Setelah itu murid akan diberikan tugasan untuk mencatat bahan-bahan yang digunakan tersebut untuk dibentangkan di hadapan. Antara contoh lain yang boleh digunakan oleh guru sewaktu P&P relevan budaya berelemen pemakanan adalah dengan mengadakan perbincangan secara terbuka dan bersahaja bersama murid. Murid boleh memberikan respon dengan menyatakan makanan yang sinonim dengan etnik atau bangsa masing-masing.

Halia Santan Beras pulut Bawang merah NASI DAGANG Halia Santan Daun pandan Bawang merah

telur Cili merah Bawang merah NASI GORENG Cili merah Ayam Daun pandan Bawang putih

NASI LEMAK

JENIS MAKANAN

NASI AYAM

Rajah 2 : Contoh Graphic Organizer yang boleh digunakan untuk P&P relevan budaya elemen pemakanan.

3.4

Elemen Alam Sekitar

Budaya manusia lahir dari persekitaran yang berada di sekeliling sesuatu kelompok tersebut. Justeru, kesinambungan antara persekitaran dan budaya akan berlaku dan seterusnya menjadi suatu skema yang dibentuk di dalam minda masyarakat tersebut. Bagi masyarakat yang tinggal di pesisir pantai, maka skema budaya mereka akan berkisarkan cara hidup bermasyarakat di pesisir pantai. Dan begitulah juga bagi masyarakat yang mendiami kawasan pedalaman, dengan keterbatasan interaksi dengan masyarakat luar, maka mereka menjadi sedikit kurang dapat mengasimilasi apa sahaja yang baru bagi mereka. Dengan itu timbullah isu yang membelenggu

IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL

HALAMAN

EDU 3106 - BUDAYA DAN PEMBELAJARAN


mereka kerana kerajaan ingin membantu mereka dengan infrastruktur moden namun mereka menolak pengaplikasian infrastruktur tersebut dalam kehidupan harian.

Justeru, jika guru tersebut berada di kawasan yang berbeza dari kehidupan asal, maka guru harus cuba memahami dan mengadaptasi persekitaran lokasi murid sewaktu pembelajaran. Contohnya guru boleh memberikan tugasan kepada murid untuk mendapatkan maklumat mengenai pantang-larang masyarakat setempat. Murid boleh menemubual warga berusia di tempat masing-masing dan dibentangkan di dalam kelas. Seterusnya guru mengaitkan pantanglarang tersebut secara logikal bagi memudahkan pemahaman murid. Malah unsur-unsur kerohanian turut dapat diselitkan. Contoh lain ialah murid diberikan kertas lukisan dan disuruh untuk melukis sebuah pemandangan di kawasan perkampungan mereka. Mereka pasti akan berusaha untuk menghasilkan sebuah lukisan pemandangan kampung mereka yang menarik untuk dikongsi bersama rakan mereka dan secara tidak langsung memupuk sifat bangga dengan budaya dan persekitaran mereka.

Selain itu, dalam merealisasikan pedagogi relevan budaya berasaskan elemen alam sekitar ini, guru boleh menggunakan pendekatan kajian luar, kajian masa depan dan kontekstual. Guru boleh melaksanakan lawatan sambil belajar ke pinggir pantai dan teluk bersama muridmurid. Murid-murid akan dibentuk di dalam beberapa kumpulan dan diberikan satu tugasan iaitu memerhati kawasan sekitar dan memilih sebuah pemandangan yang menarik pada pendapat mereka. Seterusnya, murid akan diberi peluang untuk berbincang di dalam kumpulan apa yang terjadi kepada pemandangan tersebut sekiranya sampah-sarap dibuang merata-rata, berlakunya rebut, banjir dan sebagainya. Setelah itu, murid dikumpulkan bersama-sama dan sesi sumbang saran dilangsungkan dengan guru bertanyakan murid mengenai apa yang terjadi jika kawasan pantai tidak dijaga. Malah guru juga boleh bertanya siapakah antara murid yang tinggal di kawasan pantai dan mereka yang sering dating berkelah di pantai. Murid yang mempunyai pengalaman tersebut boleh menceritakan mengenai pantai dan kehidupan di pantai (bagi murid yang tinggal di pesisir pantai). Dengan itu semua murid akan dapat mengetahui kisah kehidupan masyarakat pinggir pantai terutama nelayan dan matlamat pedagogi relevan budaya akan tercapai.

IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL

HALAMAN

EDU 3106 - BUDAYA DAN PEMBELAJARAN


4.0 PENDEKATAN PEDAGOGI RELEVAN BUDAYA

Kaedah pedagogi yang relevan menggunakan variasi strategi P&P yang pelbagai supaya proses pemindahan ilmu dari guru kepada murid menjadi lebih bermakna dan berjaya merealisasikan adn mencapai hasil pembelajaran sepertimana di dalam RPH. Penekanan diberikan kepada pengintegrasian pengetahuan, kemahiran asas serta memupuk nilai murni bagi perkembangan yang menyeluruh dari kepelbagaian kebolehan murid serta relevan dengan budaya yang diamalkan. Guru perlu mengambilkira kepelbagaian aspek budaya murid supaya setiap murid tidak terpinggir dalam proses pembelajaran mereka.

Menurut Abdul Rahman an-Nahlawi (1995) melalui Ahmad Zabidi Abdul Razak (2006), pedagogi relevan budaya dapat membentuk iklim sekolah yang berkesan sekaligus mampu mewujudkan integrasi dan keharmonian sesama pelajarnya yang berbeza status sosio-ekonomi mereka (SES) dan juga latarbelakang kebudayaan. Selain itu, sekolah juga mampu mengurangkan perbezaan-perbezaan sesama mereka. Pihak sekolah juga boleh mewujudkan kerjasama dengan keluarga pelajar. Hubungan yang mesra di antara sekolah dan keluarga akan membentuk pendidikan yang lebih sempurna bagi pelajar-pelajarnya.

KOLABORATIF DIREKTIF MEDIATIF GENERATIF KONTEKSTUAL Rajah 3 : Pendekatan pedagogi relevan budaya. 4.1 Pendekatan Kolaboratif PENDEKATAN PEDAGOGI RELEVAN BUDAYA

METAKOGNITIF KAJIAN LUAR KAJIAN MASA DEPAN KOPERATIF

Pembelajaran kolaboratif bermaksud kerjasama erat di antara dua pihak atau lebih. Murid akan berusaha bersama untuk mencapai matlamat pembelajaran. Pembelajaran melalui kaedah ini melibatkan sekumpulan murid yang berusaha ke arah mencapai prestasi yang cemerlang. Keberkesanan pembelajaran dapat ditingkatkan.

IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL

HALAMAN

EDU 3106 - BUDAYA DAN PEMBELAJARAN


Antara contoh aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru sewaktu sesi P&P dengan mengaplikasikan pendekatan pedagogi relevan budaya ini ialah diawal sesi murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan bercampur iaitu melibatkan murid berpencapaian tinggi, sederhana dan rendah. Guru memberikan tugasan untuk menyelesaikan teka silangkata mengenai jenis-jenis makanan etnik-etnik di Malaysia. Pembayang akan diberikan dan murid akan bersama-sama di dalam kumpulan untuk menyelesaikannya. Setelah selesai wakil kumpulan akan membentangkan jawapan mereka dan guru memberikan peneguhan positif kepada semua kumpulan dalam merangsang inkuiri murid untuk lebih meneroka pembelajaran di masa hadapan.

Penggunaan pendekatan ini akan memberikan impak positif dari sudut memupuk semangat kerjasama, kemahiran bersosialisasi dan juga memupuk kasih sayang antara murid di dalam kelas. Aktiviti yang menggabungkan beberapa tahap murid di dalam satu kumpulan turut dapat mengelakkan murid yang mempunyai tahap rendah dari rasa terpinggir di dalam kelas dan rakan yang tinggi tahap pencapaian boleh membantu rakan yang rendah tahap pencapaian mereka.

4.2

Pendekatan Direktif

Kaedah direktif adalah belajar melalui penerangan dan diikuti oleh ujian kefahaman dan latihan. Guru boleh memberikan penerangan secara langsung kepada murid tentang kepelbagaian budaya dalam kelompok mereka. Fokus diberikan kepada kemahiran asas, latihtubi dan latihan kecekapan. Guru bertindak sebagai model.

Antara aktiviti P&P yang mengaplikasi pendekatan direktif dalam pedagogi relevan budaya ialah aktiviti sastera seperti mendeklamasi sajak, mengalunkan syair dan sebagainya. Contohnya sewaktu sesi P&P bermula, guru boleh mengalunkan syair mengenai kisah-kisah rakyat seperti kisah Hang Tuah, batu belah batu bertangkup dan sebagainya. Guru akan mendemonstrasikan kaedah mengalunkan syair tersebut dan murid memerhati dan mempelajari teknik tersebut. Setelah itu guru akan memanggil wakil murid untuk mengalunkan syair tersebut dengan bimbingan. Di akhir sesi P&P, guru akan memberikan rumusan mengenai kaedah mengalunkan syair dan kaitan cerita rakyat dengan pedagogi relevan budaya. Murid akan dapat mempelajari elemen kesusasteraan etnik melayu.

IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL

HALAMAN

10

EDU 3106 - BUDAYA DAN PEMBELAJARAN


4.3 Pendekatan Mediatif

Melalui kaedah ini guru boleh menggunakan bahan media dalam pembelajaran. Antara contohnya penggunaan komputer dan buku elektronik. Dalam strategi ini, murid-murid diajar oleh guru untuk mengaplikasikan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, mengenalpasti andaian dan menilai kebenaran andaian, keputusan dan hipotesis khususnya yang berkaitan dengan budaya yang masih relevan untuk diamalkan oleh murid.

Justeru, dalam memastikan matlamat pedagogi relevan budaya tercapai, murid harus dibekalkan dengan pengetahuan mengenai budaya etnik lain melalui pelbagai media kerana untuk mengadakan lawatan ilmiah ke lokasi penempatan etnik tertentu agak sukar akibat kekangan kewangan di sekolah. Guru boleh menggunakan paparan foto dan video dalam menyalin pengetahuan mengenai budaya etnik lain ke dalam skema pengetahuan murid. Setelah itu, guru boleh menilai tahap kefahaman murid dengan menjalankan ujian formatif bagi memastikan mereka memahami mengenai budaya etnik lain dan sekaligus matlamat pedagogi relevan budaya akan tercapai.

4.4

Pendekatan Generatif

Guru boleh menggalakkan murid menjana idea-idea kritis dan kreatif yang sesuai dengan budaya yang diketengahkan. Kaedah ini boleh membantu murid-murid menyelesaikan masalah secara kreatif dan dapat membuat pertimbangan untuk meneruskan budaya yang relevan dengan kehidupan masa kini.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan guru ialah dengan menggunakan suatu kaedah atau aktiviti yang memupuk sifat inkuiri murid. Contohnya guru mengadakan sesi perbincangan bersama murid di dalam kelas mengenai jenis-jenis pakaian etnik di Malaysia berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka. Murid akan diberikan sebuah kertas lukisan dan diarahkan untuk melukis pakaian tradisional etnik-etnik di Malaysia berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka. Murid-murid akan menjana idea kreatif dan kritis dalam menggambarkan pakaian etnik di Malaysia beradasarkan imiginasi mereka. Diakhir pembelajaran, guru boleh mengadakan perbincangan dengan murid mengenai pakaian tradisional etnik di melaysia.

IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL

HALAMAN

11

EDU 3106 - BUDAYA DAN PEMBELAJARAN


4.5 Pendekatan Kontekstual

Murid juga, akan dapat mengaitkan bahan pengajaran dan pembelajaran kepada situasi dunia yang sebenar. Ini akan dapat memotivasikan murid-murid untuk membuat kaftan antara ilmu pengetahuan dengan pengaplikasiannya kepada budaya kehidupan mereka sebagai ahli keluarga, masyarakat dan rakyat. Pembelajaran lain yang boleh dikaitkan kepada pembelajaran kontekstual ialah pembelajaran `eksperential', pengalaman hidup sebenar, pembelajaran aktiviti dan pembelajaran berpusatkan murid.

Antara contoh aktiviti yang berkait dengan pendekata kontekstual dalam pedagogi relevan budaya ialah guru mengadakan sesi perbincangan dengan murid. Guru akan mengeluarkan satu topik contohnya kegiatan menanam pagi di sawah. Dengan latarbelakang beberapa orang murid yang berasal dari keluarga pesawah, mereka akan aktif memberikan respon kerana mereka hidup di dalam suasana keluarga pesawah. Guru boleh menjemput mereka ke hadapan untuk bercerita mengenai aktiviti menanam padi dan sekaligus murid lain yang berasal dari latarbelakang yang berbeza akan mengetahui tentang aktiviti tersebut. Dengan itu, matlamat pedagogi relevan budaya akan tercapai.

4.6

Pendekatan Metakognitif

Memberikan peluang kepada murid-murid memikirkan tentang proses pembelajaran, rancangan pembelajaran, pemantauan dan penilaian kendiri. Melalui kaedah ini murid-murid akan berbincang tentang tugasan yang diberi. Pada peringkat inilah guru boleh memberikan tugasan yang berkaitan dengan budaya masyarakat yang masih relevan untuk dibahaskan oleh mereka.

Pendekatan pedagogi metakognitif berkait rapat dengan kaedah inkuiri penemuan dan self-learning. Guru akan bertindak sebagai fasilitator sewaktu P&P berlangsung dengan membimbing murid melaksanakan aktiviti dengan lancar. Guru akan memberikan satu tugasan bertema contohnya proses membuat batik. Murid akan mencari maklumat dari pelbagai sumber dan merangka proses-proses pembuatan batik dengan aplikasi pengurusan grafik (graphic organizer). Setelah itu hasil tugasan akan dibentangkan di hadapan kelas dan guru akan bertindak memberikan tunjuk ajar kepada murid.

IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL

HALAMAN

12

EDU 3106 - BUDAYA DAN PEMBELAJARAN


4.7 Pendekatan Kajian Luar

Ini memerlukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru dilakukan di luar bilik darjah. Guru berperanan sebagai seorang fasilitator. Guru memberikan satu aktiviti penyelesaian masalah dan murid mesti berada, di luar bilik darjah untuk menyelesaikan masalah ini. Pada peringkat akhir murid akan menyediakan laporan terhadap aspek yang dibincangkan dalam sesi pembelajaran mereka.

Antara contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah dengan mengadakan lawatan ke lokasi petempatan etnik tertentu. Contohnya murid boleh dibawa ke perkampunga orang asli di Pos Brooke ataupun mengadakan program anak angkat bersama keluarga nelayan di muara sungai Marang. Dengan itu murid akan dapat mempelajari kehidupan masyarakat tersebut dan mengetahui adat resam, makanan, pakaian dan segala-galanya mengenai kaum tertentu. Sekaligus pedagogi relevan budaya dengan matlamat mendedahkan murid kepada budaya etniketnik tertentu akan tercapai dengan jayanya.

4.8

Pendekatan Kajian Masa Depan

Kajian masa depan adalah penting untuk golongan remaja dan murid. Guru akan dapat membantu murid untuk melihat manusia supaya berfikiran jauh. Dua prinsip dalam kajian masa depan ialah masa depan sahajalah merapatkan ruang di mana kita mempunyai kuasa dan pilihan untuk bertindak serta melakukan sesuatu dan terdapat bukan hanya satu masa depan tetapi beberapa masa depan yang perlu dihadapi. Pada kebiasaannya kaedah pedagogi relevan budaya ini biasanya diaplikasi keatas murid tahap dua dan di sekolah menengah. Kerana menurut Jean Piageat, kanak-kanak di peringkat tahap satu sekolah rendah masih kurang mampu membina pemikiran abstrak terutama kajian dan jangkaan di masa hadapan.

Antara contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah guru mengadakan sesi perbincangan bersama murid-murid mengenai contoh budaya-budaya etnik di Malaysia. Setelah itu guru akan membimbing secara rapat murid dalam aktiviti meramal dan menjangka apa yang akan terjadi kepada sesuatu budaya setelah dunia semakin berkembang.

IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL

HALAMAN

13

EDU 3106 - BUDAYA DAN PEMBELAJARAN


4.9 Pendekatan Koperatif

Murid-murid akan dapat belajar secara kerjasama dan berinteraksi dengan murid yang datangnya dari pelbagai latar budaya tersebut. Pembelajaran koperatif akan menjadi menarik kerana muridmurid melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran. Murid turut dilatih dengan akauntabiliti diri dan bertanggungjawab sesama ahli. Kemahiran dan interaksi sosial dapat dipupuk dalam diri murid.

Pendekatan pedagogi relevan budaya ini dapat dilaksanakan dengan murid-murid dibahagikan ke dalam kumpulan dan setiap kumpulan diletakkan seorang murid yang berasal dari kehidupan di pinggir laut. Murid yang mempunyai pengalaman hidup di tepi pantai akan bercerita mengenai kisah kehidupan di tepi pantai. Setelah itu, guru akan membimbing sesi perbincangan dengan menambah beberapa elemen penambahbaikan. Secara tidak langsung, murid yang berasal dari keluarga nelayan akan berada bangga dengan kehidupan mereka kerana murid-murid yang lain tidak mempunyai pengalaman kehidupan seperti meraka. 5.0 RUMUSAN

Berdasarkan penjelasan dari beberapa sumber dan tokoh mengenai pedagogi relevan budaya ini, dapat disimpulkan bahawa pedagogi relevan budaya ini amat bersesuaian untuk diamalkan dalam nuansa pembelajaran dan pengajaran di Malaysia. Ini kerana komposisi masyarakat di Malaysia yang terdiri dari pelbagai kelompok etnik telah mewujudkan sebuah masyarakat majmuk dan sudah pasti kehadiran mereka di dalam darjah akan menjadikan darjah tersebut terdiri dari pelbagai etnik. Dengan itu amat penting pedagogi relevan budaya ini dijalankan di dalam darjah dengan penggunaan pelbagai kaedah contohnya penggunaan bigbook terutama dalam menjelaskan elemen kesusasteraan pedagogi relevan budaya. Dengan itu guru dapat merealisasikan objektif P&P dan dapat mendedahkan murid kepada kepelbagaian kelompok di Malaysia.

IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL

HALAMAN

14

EDU 3106 - BUDAYA DAN PEMBELAJARAN BIBLIOGRAFI


Buku Ilmiah

Hajah Noresah Bt. Baharom et. al. (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka Sdn. Bhd. Ismail Hamid. 1983). Kesusasteraan Melayu Lama Dari Peradaban Islam. Petaling Jaya. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syeh Ahmad & Zuraidah A. Majid. (2011). Budaya dan Pembelajaran. Shah Alam. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Siti Hawa Haji Salleh. (1987). Cendekia Kesusasteraan Melayu Tradisional. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Rujukan Internet

Gilda Oran. Culturally Relevant Pedagogy. Dilayari pada 27 Februari 2013 dari URL http://www.education.com/reference/article/culturally-relevant-pedagogy/#B Pedagogi Relevan Budaya dan Kepelbagaian Kelompok. Dilayari pada 25 Februari 2013 dari URL http://www.scribd.com/doc/38154088/Pedagogi-Relevan-Budaya-Dan

Kepelbagaian-Kelompok Culturally Relevant Pedagogy Primer. Dilayari pada 26 Februari 2013 dari URL

http://www.tolerance.org/tdsi/culturally-relevant-pedagogy-primer Culturally Relevant Teaching. Dilayari pada 26 Februari 2013 dari URL

http://en.wikipedia.org/wiki/Culturally_relevant_teaching

Jurnal Ilmiah

Ahmad Zabidi Abdul Razak. (2006). Ciri Iklim Sekolah Berkesan. Jurnal Pendidikan 31 (2006), 3 - 19. Robiah Sidin & Nor Sakinah Mohamad. (2007). ICT dalam Pendidikan: Prospek dan Cabaran dalam Pembaharuan Pedagogi. Jurnal Pendidikan 32 (2007), 139 - 152. Rusnani Abdul Kadir & Rosseni Din. (2006). Computer Mediated Communication: A Motivational Strategy Toward Diverse Learning Style. Jurnal Pendidikan 31 (2006), 41 51.

IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL

HALAMAN

15

Anda mungkin juga menyukai