Anda di halaman 1dari 7

Ini merupakan Tingkah Laku Bermasalah.

Tingkah laku bermasalah merupakan tingkah laku yang tidak normal atau abnormal behavior,dan terkeluar dari nilai dan norma sosial masyarakat, termasuk sekolah. Konsepnya bertentangan dengan tingkah laku normal yang lazimnya dipersepi, dirasai, dilakukan dan dialami oleh kebanyakkan orang dalam masyarakat.

Menurut pengasas Teori Psikoanalisa Freud (1956), manusia terdorong untuk bertindak langsang adalah disebabkan oleh naluri kematian atau ,memusnah diri thanatos . Freud (1956) mempercayai semua manusia memiliki naluri ini. Naluri kematian ini pada asalnya ditujukan kepada diri sendiri seperti membunuh diri tetapi manusia menyalur keluar dari dalam diri dengan pelbagai cara. Kelangsangan dilihat sebagai sesuatu yang tidak dapat dielakkan kerana ia bersifat naluri. Menurut Freud, tingkah laku langsang juga dilihat sebagai tenaga yang dihasilkan dari proses tubuh manusia. Proses tubuh menghasilkan tenaga yang mesti diluahkan sama ada melalui pendebatan, sukan atau melalui cara lain yang tidak dapat diterima oleh masyarakat seperti pergaduhan. Marah mempunyai banyak faktor bergantung kepada latar belakang didikan seseorang, setiap faktor yang dipengaruhi tersebut mempunyai pelbagai cara penyelesaian mengikut kesesuaian teknik yang sesuai pada proses terjemahan minda dan kemampuan tubuh badan, namun demikian, tindakan kemarahan yang tidak melalui proses yang betul seperti terjemahan terburuburu atau bertindak diluar kemampuan tubuh badan boleh membinasakan tenaga minda dan memudaratkan badan hasil tingkah laku yang tidak sejajar.

Sumber : Tingkahlaku langsang dan sifat marah

Tingkah laku langsang (misbehaviour) di kalangan kanak-kanak selalunya dikaitkan dengan tingkahlaku menggigit rakan, membuang atau membaling barang-barang permainan, menggunakan perkataan yang tidak sesuai, membuli kanak-kanak lain, menjerit apabila rasa marah dan sebagainya. Kanak-kanak menunjukkan tingkahlaku langsang yang tertentu mengikut peringkat umur. Sebagai contoh, bagi kanak-kanak yang berumur 2 tahun, tingkahlaku langsang yang selalunya ditunjukkan adalah seperti menggigit, mencakar dan menjerit apabila marah. Bagi kanak-kanak berumur 5 tahun pula, tingkahlaku yang ditunjukkan adalah seperti menipu, mencuri, menjawab apabila dimarahi dan menggunakan perkataan yang kasar apabila bercakap. Punca-Punca Yang Menyebabkan Berlakunya Tingkahlaku Langsang:Terdapat beberapa punca yang menyebabkan kanak-kanak menunjukkan tingkahlaku langsang. Antaranya ialah: Rasa tidak selesa Kanak-kanak yang letih, lapar atau tidak sihat selalunya cepat marah, meragam, merengek dan gelisah. Ini kerana mereka kurang memahami kemahiran mengawal emosi. Mereka tidak tahu cara yang sesuai untuk menyatakan keperluan melalui lisan atau melahirkan perasaan ketegangan. Tidak mengetahui sama ada tingkahlaku itu betul atau salah Tingkahlaku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak biasanya dipelajari melalui pemerhatian terhadap persekitaran. Kanak-kanak tidak dilahirkan dengan pengetahuan tentang kesemua peraturan yang ada dalam kehidupan. Mereka mencuba sesuatu tingkahlaku tanpa mengetahui sama ada tingkahlaku itu sesuai atau tidak, betul atau salah.

Inginkan perhatian Kanak-kanak perlukan perhatian, sokongan, dan kasih sayang kerana ia merupakan sebahagian daripada keperluan yang perlu dipenuhi dalam kehidupan. Apabila kanak-kanak merasakan diri terpinggir, mereka akan cuba mendapatkannya sama ada dengan bertingkahlaku yang sesuai ataupun tidak, contohnya menolong guru atau menganggu rakanrakan. Takut kepada sesuatu perkara Perasaan takut kepada sesuatu juga menyebabkan kanak-kanak bertingkahlaku langsang. Takut kepada individu, haiwan atau benda boleh mengakibatkan kanak-kanak menjerit dan menangis. Kaedah Untuk Mengawal Tingkahlaku Langsang :Bagi mengawal tingkahlaku langsang di kalangan kanak-kanak, terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan oleh guru. Kaedah yang dilakukan ini berpandukan prinsip-prinsip pembelajaran dalam modifikasi tingkahlaku, iaitu prinsip peneguhan, penghapusan, dan hukuman. Peneguhan Apabila kanak-kanak menunjukkan tingkahlaku yang baik, mereka dipuji supaya tingkahlaku ini dapat diteruskan. Bagi mengelakkan kanak-kanak bertingkahlaku langsang, konsep peneguhan negatif boleh digunapakai, di mana kanak-kanak akan diberi perhatian sekiranya tidak menunjukkan tingkahlaku tersebut. Penghapusan Penghapusan adalah satu cara untuk mengurangkan atau menghapuskan sesuatu tingkahlaku yang tidak diingini. Penghapusan bermaksud tidak mempedulikan tingkahlaku langsang yang kanak-kanak tunjukkan. Walau bagaimanapun, prinsip ini digunapakai sekiranya peneguhan yang diberi menyebabkan kanak-kanak bertingkahlaku langsang. Ini bermakna, jika perhatian daripada guru menyebabkan murid mengganggu rakan yang lain, maka guru tidak mempedulikan murid itu lagi supaya tingkahlaku tersebut dapat dihapuskan. Hukuman Terdapat beberapa bentuk hukuman yang boleh digunakan untuk mengelakkan kanak-kanak terus bertingkahlaku langsang. Antaranya memberi hukuman fizikal, membuat teguran, time-out dan response cost. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi

perhatian sebelum melaksanakan hukuman termasuk reaksi agresif yang mungkin timbul daripadanya, menghasilkan tingkahlaku mengelak atau melarikan diri, dan berkaitan dengan isu etika.

Perilaku langsang wujud dalam semua budaya. Kelangsangan merujuk kepada tindakan sengaja untuk menyakiti orang lain secara fizikal atau psikologi. Mungkin korang tak suka untuk menyakiti orang lain secara fizikal terhadap orang lain tetapi tindakan orang lain kdg2 memaksa kita mjadi langsang. Tindakan langsang mungkin berpunca drpd rase kecewa @ takut atau terpengaruh dengan tingkah laku orang lain. Kehilangan kasih sayang, kekurangan rasa dimanja oleh keluarga juga menyebabkan tingkah laku langsang (Dale,1997). Bagi remaja,perubahan fizikal mereka secara tidak langsung akan menyebabkan mereka mudah rasa tganggu & seterusnya bertindak langsang. Remaja yang keliru & bimbang dgn perubahan pada zaman remaja akan mula mencabar & mcari pendapat @ fahaman yg bbeza drpd parents mereka. Ini menunjukkan mereka bertingkah laku langsang. Tapi usah khuatir, coz ia boleh ditangani dengan gabungan pendekatan fizikal, lisan & psikologi. Kanak2 yg langsang perlu dibelai,diusap,dimanja pada sentuhan belakang badannya dan gaya pujukan pun mestilah lembut. Tanyakan mereka apa yang terjadi & Bantu mereka untuk dapatkan penyelesaian & nasihatkan mereka agar bsabar. Walaupun bukan mudah nak memujuk minta mereka bsabar jikalau kita sndri kurang sabar, apa yg dapat di sini,di samping ajar anak bersabar tapi melatih ibu bapa sabar dgn karenah anak2.manis2 aturan yg Esa.Itu peringkat kanak2. Bagi remaja pula, ia perlu penggabungan penggunaan ganjaran & hukuman. Nasihatkan mereka & beri mereka peluang untuk berfikir secara rasional dlm tempoh waktu yg ditetapkan, dalam 10minit ke.pujuk mereka jika enggan selesaikan sendiri, bermakna mereka bersetuju untuk dikenakan tindakan disiplin oleh guru.

Jenis Langsang direct -serangan bsifat fizikal & lisan,-tumbuk mangsa,kuarkan kata2 kesat depan orang tu indirect-Tindakan langsang yang sukar dikenal pasti,-menaruh dendam dalam diam instrumental-Jadi langsang sbb nak dapatkan sesuatu ttpi takde niat nak sakiti hati org lain, -potong barisan, ambil mainan orang lain. Hostile- Sengaja nak dera & sakiti hati orang lain,- ancam nak bunuh, cederakan @ putuskan hubungan Proaktif-Tindakan langsang secara sengaja thadap orang lain cara untuk dapatkan sesuatu @ capai mtlmt ttentu,-Sengaja sembunyikan buku kawan. Reaktif- Jadi langsang sbgai suatu tindak balas thadap kekecewaan @ provokasi drpd orang lain,-balas dendam dgn menyakiti pelajar yg sembunyikan bukunya. Fizikal -Ambik tindakan yang ada potensi untuk cederakan fizikal orang lain. -sepak @ tolak orang lain dengan tujuan untuk menjatuhkannya.

Di Malaysia, 13 peratus atau 130 000 orang kanak-kanak dan remaja didapati mengalami masalah tingkahlaku dan emosi (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2005). Antara sebab yang menyumbang kepada tingkahlaku bermasalah termasuklah tekanan dalam keluarga, teknik keibubapaan yang kurang sesuai, keadaan persekitaran, dan kurangnya ilmu pengetahuan untuk menanganinya. Pengesanan dan intervensi awal dianggap penting untuk membantu kanak-kanak, remaja dan orang dewasa supaya perkembangan yang sihat dapat diperoleh. Perkembangan yang sihat ini dapat membentuk kesejahteraan mental yang baik untuk menghadapi cabaran dalam kehidupan

Dalam mengharungi kehidupan, pelbagai cabaran dari segi fizikal dan psikologikal dihadapi oleh setiap individu. Cabaran dan rintangan hidup ini kadangkala menyebabkan berlakunya gangguan emosi dan tingkahlaku. Sekiranya pengesanan awal, rawatan, penjagaan dan pemulihan tidak dibuat, maka impak yang amat besar akan dialami oleh individu itu sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Kita akan kehilangan modal insan untuk membangunkan negara ke arah mewujudkan masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Tingkah laku kanak-kanak adalah suatu perkara yang berlainan namun saling berkaitan antara satu sama lain. Kanak-kanak adalah insan yang jujur dan tidak bijak menyembunyikan perasaannya. Sebab itulah kanak-kanak bersifat telus sehingga ia boleh menjadi saksi kejadian dalam prosiding mahkamah. Carl Rogers (1999) menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan. Sekiranya individu itu mempunyai konsep diri yang positif maka berupaya berinteraksi dan bertindak dengan lebih yakin.

Tingkah laku adalah perlakuan atau percakapan seseorang individu. Ia juga merupakan semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara sedar ataupun tidak sedar atau separa sedar. Lewis M.Beaker (2001), sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Garry Martin dan JosephPear (2003) berpendapat bahawa tingkah laku juga merangkumi aktiviti aksi, prestasi, bertindakbalas, tindakan dan reaksi dari segi teknik, aktiviti yang melibatkan otot-otot, kelenjar dan aktiviti eletrik oleh setiap organ. Mengikut (PL94-142) masalah Tingkah laku atau gangguan emosi yang serius merujuk kepada keadaan di mana ciriciri yang berikut berlaku dalam tempoh yang lama, pada darjat yang ketara dan keadaan ini menjejaskan pembelajaran. Tingkah laku terbahagi kepada dua iaitu tingkah laku positif dan tingkah laku negatif.

Tingkah laku manusia merupakan sejenis tingkahlaku yang ditonjolkan oleh manusia yang dipengaruhi oleh budaya, sikap, emosi, nilai, etika, autoriti, hubung baik, pujukan, paksaan, serta genetik. Tingkah laku merupakan satu faktor yang penting dalam kehidupan masyarakat manusia. Ini dapat dibuktikan melalui sudut pandangan humanisme di mana setiap manusia harus mempunyai tingkah laku yang berbeza. Tingkah laku manusia ini dapat dikaji dalam disiplin dan akademik seperti psikologi, kerja sosial, sosiologi, ekonomi, dan antropologi. Pengurusan tingkahlaku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai.