Anda di halaman 1dari 1

Bermula dari era penjajahan Barat, orang-orang Melayu di Nusantara mula meninggalkan tulisan Jawi, iaitu tulisan khas

yang dicipta oleh bijakpandai Melayu silam setelah berkembangnya Islam di Nusantara. Tulisan ini amat mirip dengan tulisan Arab cuma bezanya, tulisan Arab menggunakan 28 huruf sedangkan tulisan Jawi mempunyai huruf-huruf tambahan iaitu: Pe, Nge, Ce, Ge, Nye, De dan terbaru Ve. Huruf De jarang ditemui ianya dituliskan, tapi ianya wujud dan rupanya ialah seperti huruf Dal dengan tiga titik di atasnya. Di zaman dahulu, jika mahu mengeja PADA maka dieja dengan Pe dan De, barulah berbunyi Pada (hujungnya itu berbunyi e), dan tidak dieja dengan Fa dan Dal kerana ini akan berbunyi Fada. Mungkin timbul kesulitan dalam menulis dan mengatur huruf menyebabkan Fa digunakan bagi menggantikan Pe, begitu juga Dal digunakan bagi menggantikan De. Jika anda ingin menukar tulisan rumi ke jawi dengan cepat, anda boleh gunakan kemudahan yang disediakan oleh laman web ini: http://www.ejawi.net/converter.php Tapi mungkin anda perlu menulis banyak tulisan jawi. Masalahnya ialah bila mahu menaip huruf jawi. Pemproses perkataan rumi akan menuliskan dari kiri ke kanan sedangkan tulisan jawi adalah dari kanan ke kiri. Ada satu perisian percuma yang boleh membantu anda menulis jawi dengan mudah dan cepat iaitu Jawi Multi-Key. Anda bolehlah muat-turun perisian itu dengan klik di sini kemudian sila pasang (install) di komputer anda. Bagi menggunakan perisian Jawi Multi-Key, terdapat satu fail panduan yang boleh anda baca. Sila klik di siniuntuk muat-turun. Terdapat juga koleksi font jawi untuk dipasang (install) di komputer anda. Muat-turun fail zip ini, unzip dan kemudian salin (copy) semua font ini ke folder Windows/fonts. Jika anda tidak faham bagaimana melakukannya, minta bantuan dari kawan-kawan. Semoga artikel ini bermanfaat. Wallahualam.

Anda mungkin juga menyukai