Anda di halaman 1dari 3

ARAHAN PELAKSANAAN BINA INSAN GURU PPG PERINGKAT 1/4

Arahan Perlaksanaan Perkhemahan Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, kepada semua pelajar PPG KPM, Anda dikehendaki mengendali, mengurus dan melaksanakan satu perkhemahan dengan kerjasama pihak sekolah anda atau pihak yang berkenaan kepada pelajar sekolah anda atau komuniti setempat dengan mengambil kira semua domain dalam Buku Panduan ini dilaksanakan dengan sempurna dan jayanya. Bagi melaksanakan perkhemahan berkenaan anda dikehendaki melaksanakan beberapa tindakan sebelum, semasa dan selepas sebagaimana terdapat di dalam Buku Panduan Pelaksanaan BIG PPG. Sekiranya di sekolah anda terdapat ramai pelajar PPG, anda bolehlah melaksanakan perkhemahan ini secara berkumpulan dengan agihan kerja dan tugas seperti yang dimaklumkan dalam Buku Panduan Pelaksanaan ini. Instrumen pentaksiran BIG PPG ini adalah seperti berikut : a. b. c. d. Portfolio perkhemahan Laporan dalam bentuk audio dan video Laporan penilaian sahsiah oleh Guru Besar Semua audio dan video hendaklah di masukkan dalam cakera padat untuk dihantar kepada pensyarah sebagai bukti dan bahan penilaian e. Semua laporan, portfolio dan rakaman (audio / video) hendaklah diserahkan kepada pensyarah anda pada interaksi di IPG masing-masing dalam semester ini.

SENARAI SUSUN ATUR PORTFOLIO BIG PPG 1. Maklumat diri pelajar PPG 2. Isi Kandungan 3. Kertas kerja perkhemahan 4. Surat panggilan mesyuarat 5. Minit mesyuarat perkhemahan 6. Agihan tugas dan jawatankuasa 7. Jadual perkhemahan 8. Senarai nama pelajar / peserta perkhemahan 9. Surat kebenaran waris 10. Surat kepada pihak berkuasa tempatan (Polis, Pasukan Bomba dan Penyelamat, Hospital dan sebagainya) 11. Keputusan pertandingan (jika ada) FORMAT PENYEDIAAN RAKAMAN AUDIO-VIDEO 1. Pelajar boleh menggunakan sebarang perisian pengauditan video (video editing) seperti Corel Video Studio, Movie Maker, Cyberlink Power Director dan sebagainya. 2. Dimuatnaik dalam cakera padat CD / DVD. 3. Rakaman yang gagal ditonton / dibuka akan dikira tidak menepati kehendak penerbitan rakaman. 4. Rakaman boleh menggunakan format PLV, Mpeg-4, AVI, WMV dan sebarang format yang menyokong perisian Windows atau Apple. 5. Pelajar tidak perlu menghantar papan cerita (story board) bersama dengan laporan ini. 6. Tempoh rakaman adalah tidak melebihi 30 minit sahaja.

RINGKASAN ASPEK PENILAIAN a) b) c) d) Laporan Portfolio Rakaman Penilaian pihak sekolah (30 %) (30 %) (30 %) (10 %)

Sekian dimaklumkan, semoga anda semua berjaya melaksanakan tugasan ini dengan jayanya. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai