Anda di halaman 1dari 1

Kenduri Apabila bayi mencapai umur sebulan, kenduri harus diadakan.

Kuih berbentuk bulat yang berwarna merah dan kuning serta berintikan kacang, bersama telor yang diwarnakan merah harus diberikan kepada jiran tetangga dan saudara-mara yang terdekat. Mereka yang menerima kuih dan telor tersebut pula perlu menghadiahkan pakaian bayi, pati ayam, dan lain-lain kepada ibu dan bayi terbabit sebagai balasan. Pada masa kini, kebanyakan orang Cina menghadiahkan gelang emas kepada bayi. Kenduri ini berfungsi sebagai meraikan kelahiran orang baru dalam masyarakat, lazim diadakan di halaman rumah. Manakala bagi mereka yang berkemampuan pula akan mengadakan majlis di restoran. Pemujaan nenek moyang dan dewa adalah perlu sebagai pemberitahuan akan kehadiran ahli baharu dalam keluarga. Lazimnya, pemujaan dilakukan pada hari ke-30 selepas bayi dilahirkan bagi tujuan memperoleh perlindungan daripada dewa dan nenek moyang. Cukur jambul Upacara mencukur rambut bayi. Sehari selepas sempurnanya kenduri kelahiran bayi, rambut bayi harus dicukur. Kaum Cina mencukur rambut bayi kerana beranggapan bahawa rambut bayi yang dilahirkan adalah rambut sementara. Rambut yang tumbuh ketika dalam kandungan perlu dicukur bagi membolehkan tumbuhnya rambut yang baharu. Dari sudut antropologi, upacara mencukur rambut dalam masyarakat kita mempunyai pengertian yang besar iaitu sebagai pengesahan tentang kewujudan bayi dalam masyarakat.

Beri Nilai