Anda di halaman 1dari 2

IMPLIKASI TEORI KOGNITIF TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Oleh kerana Piaget menyarankan bahawa kanak-kanak belajar melalui pengalaman dan melakukan aktiviti secara hands-on, penyediaan persekitaran pembelajaran yang menarik dan merangsang pembelajaran adalah penting. Persekitaran pembelajaran yang kondusif adalah penting untuk membolehkan kanak-kanak mencipta pengetahuan secara tidak langsung. Dengan ini, guru hendaklah bijak merancang pengajaran dan pembelajaran dengan teliti serta mengambil kira segala aspek yang berkaitan dengan keupayaan murid. Hal ini adalah kerana murid akan belajar melalui segala proses aktiviti yang dijalankan oleh guru semasa di dalam kelas. Selain itu, murid-murid pada sekolah rendah tidak berupaya untuk membuat imiginasi terhadap sesuatu situasi. Oleh itu, guru seharusnya mengaitkan isi pelajaran yang diajarkan kepada murid dengan situasi sebenar. Apabila sesuatu isi pelajaran itu dikaitkan dengan situasi sebenar, murid secara tidak langsung akan lebih memahami sesi pengajaran yang disampaikan oleh guru. Jadi, tugasan autentik yang berasaskan masalah alam nyata, pengalaman berasaskan konteks sebenar, aktiviti simulasi dan sebagainya bolehlah dijalankan oleh guru ketika di dalam kelas. Oleh sebab tahap perkembangan kognitif dan tahap perkembangan bahasa murid-murid sekolah rendah adalah terhad, mereka biasanya sukar memahami perkara yang lebih kompleks. Dengan ini, penjelasan guru mestilah jelas, tepat dan ringkas. Penerangan yang jelas ini adalah sangat penting kepada murid-murid kerana mereka berkemungkinan besar akan menyalahtafsir arahan atau kehendak guru sekiranya penjelasan guru kurang jelas.. Hal ini secara tidak langsung akan mengakibatkan sesi pengajaran tidak berjalan dengan lancar. Maka, penerangan guru haruslah jelas, selaras dengan pemikiran dan laras

bahasa murid. Guru juga adalah digalakkan sama sekali untuk menyertakan pelbagai contoh ketika sesi perbincangan bersama murid. Secara rumusan, ramai pakar pendidikan psikologi menganggap teori perkembangan Piaget sebagai hampir sempurna kepada sistem perkembangan kognitif manusia. Banyak pandangannya yang bersangkut paut dengan pemprosesan maklumat di dalam otak manusia. Melalui model pemprosesan maklumat Piaget menjelaskan bahawa penerimaan maklumat bergantung pada pemprosesan dan penterjemahan data sensori dan menukar data itu ke dalam bentuk yang boleh disimpan dan diguna semula apabila diperlukan. Dengan mempelajari bagaimana otak manusia memproses maklumat, kita dapat melihat dan mengkaji bagaimana manusia mampu berfikir, berpersepsi, menterjemah dan mempercayai. Jean Piaget memandang kecerdikan itu sebagai dasar kepada proses yang aktif di mana manusia dapat memperoleh maklumat melalui interaksi dengan pelbagai objek, idea dan pergaulan dengan orang lain di persekitarannya.

Anda mungkin juga menyukai